url
stringlengths
31
187
title
stringlengths
11
166
content
sequence
https://www.rotikaya.com/saya-berdoa-jangan-minta-kaya-hanya-mahu-istiqamah-hidup-sederhana/
“Saya Berdoa Jangan Minta Kaya, Hanya Mahu Istiqamah & Hidup Sederhana”
[ "Pasti ramai yang masih ingat lagi dengan Raja Dangdut, Iwan Syahwan yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan.", "Meskipun pernah mengecapi populariti dan kemewahan satu ketika dahulu namun kini Iwan selesa hidup sederhana sahaja. ", "BACA: Iwan Tolak Permintaan Cipta Lagu Untuk Penyanyi Wanita, Bertegas Suara Itu Aurat", "Memetik mStar Online, Iwan berkata dia juga tidak berharap dengan kemewahan kerana ia akan datang dengan pelbagai ujian yang besar.", "“Alhamdulillah hidup saya sekarang daripada segi ekonomi semuanya cukup-cukup sahaja. Saya berdoa jangan minta kaya. Saya hanya mahu istiqamah dan hidup dalam keadan sederhana.", "“Kalau kaya ujian kita juga besar kerana saya sudah laluinya sebelum ini. Daripada ujian itu juga mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Bila kita banyak duit, macam-macam kita mahu. Ujian perempuan jangan tanyalah,” katanya.", "Dalam pada itu, Iwan berkata dia kini menampung hidup daripada hasil wang royalti daripada lagu-lagu yang dihasilkan olehnya sebelum ini.", "“Alhamdulillah sampai sekarang saya masih menerima royalti. Kiranya duit royalti ini macam pencen kami. Walaupun tak banyak, tapi masih ada juga wang untuk kami menyara kehidupan,” katanya.", "Sebelum ini, Iwan mendedahkan dia pernah menolak permintaan penyanyi wanita untuk menghasilkan lagu buat mereka. Iwan berkata dia tidak menerima tawaran tersebut apatah lagi suara merupakan aurat bagi wanita." ]
https://www.rotikaya.com/elizabeth-tan-menangis-teringin-ada-anak-tapi-kena-cari-duit-tanggung-keluarga/
Elizabeth Tan Menangis Teringin Ada Anak, Tapi Kena Cari Duit Tanggung Keluarga
[ "Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Dr Siew.", "Memetik mStar Online, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata dia mengakui bimbang selepas menimang cahaya mata kerier seninya terjajas apatah lagi keluarga banyak bergantung harap padanya.", "“Saya sebenarnya nak sangat ada anak sebab takun ini saya 33 tahun. Saya tahu ia akan memberi kesan kepada kerjaya saya.", "“Sejujurnya saya saya houseman dan pendapatan dia tak banyak sangat. Saya yang jaga dan tanggung banyak perkara, macam kedua ibu bapa saya, rumah dan kereta. Semuanya pada saya. Saya tak nak kecewakan semua orang tapi saya nak anak,” katanya.", "Dalam pada itu, Lizzy mengakui agak tertekan kerana terlalu banyak berfikir namun dia percaya dengan perancangan Tuhan.", "“Saya terlalu banyak berfikir itu yang buatkan saya tertekan tapi saya percaya semua perancangan Tuhan. Saya akan timang anak pada masa yang sesuai dan semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/demi-anak-tiri-watie-sanggup-tangguh-zuriat-sendiri/
Demi Anak Tiri, Watie Sanggup Tangguh Zuriat Sendiri
[ "Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkata dia tidak menolak rezeki jika dikurniakan zuriat.", "Memetik Kosmo, bagaimanapun usahawan itu berkata dia mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak tirinya terlebih dahulu.", "BACA: “Masa Arwah Masih Ada Tak Pernah Sekali Watie Main Golf Dengan Shuib” – Ibu Shuib", "“Pasal perancangan anak, saya ambil keputusan untuk jaga anak-anak yang sedia ada dulu. Tapi kalau dikurniakan rezeki untuk dapat zuriat… Alhamdulillah saya tak menolak,” katanya.", "Dalam pada itu, Watie berkata sejak awal perkahwinan lagi suaminya meminta untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.", "Pada 23 Jun lalu, Shuib selamat mendirikan rumah tangga bersama Watie dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Putra Glass House, Shah Alam." ]
https://www.rotikaya.com/syamsul-kongsi-gambar-anak-netizen-fokus-wanita-bersama-sumayyah/
Syamsul Kongsi Gambar Anak, Netizen Fokus Wanita Bersama Sumayyah
[ "Umum mengetahui, meskipun sudah berpisah pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah menjalin hubungan baik demi kedua-dua anak mereka, Syaikhul dan Sumayyah.", "Baru-baru ini, perkongsian Syamsul menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video di Instagram memaparkan anak perempuannya sedang menangis.", "BACA: Pertama Kali Ira Kazar Kongsi Gambar Syamsul Yusof Di IG", "Video itu dipercayai dirakam ketika Syamsul membuat panggilan video bersama anak perempuannya. Syamsul turut menulis kapsyen mengatakan dia garang kerana sayang akan anak-anaknya.", "Bagaimapun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah gelang tangan pada wanita yang memegang Sumayyah. ", "Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna di TikTok, rata-rata netizen berpendapat gelang tersebut adalah milik Puteri Sarah.", "Dalam pada itu, ramai yang turut tumpang gembira melihat hubungan baik antara Syamsul dan Puteri Sarah." ]
https://www.rotikaya.com/mahu-cari-boyfriend-leona-siap-sediakan-borang-permohonan/
Mahu Cari Boyfriend, Leona Siap Sediakan Borang Permohonan
[ "Nampaknya, perkongsian anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi perhatian di media sosial.", "Menerusi perkongsian di TikTok itu, Leona dilihat memuat naik fotonya memakai dress pendek berwarna merah jambu dalam bentuk video.", "Namun, apa yang lebih menjadi bualan apabila Leona turut menyediakan borang permohonan mencari teman lelaki. Malah, Leona turut menyertakan kapsyen seolah dia serius mencari teman lelaki.", "Menerusi borang tersebut, individu yang ingin membuat permohonan perlu menyenaraikan maklumat diri, Top 5 lagu, 5 fakta mengenai diri serta beberapa soalan lain. Diruangan komen, Leona turut memberitahu borang tersebut bukan dibuat sendiri sebaliknya diambil di TikTok.", "Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ramai yang mahu mencuba nasib untuk menjadi teman lelaki personaliti media sosial itu.", "Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan mengenai kelayakan gaji minimum jika mahu mencuba nasib menjadi kekasih anak kepada Azhar Sulaiman itu." ]
https://www.rotikaya.com/pada-yang-komen-macam-tahu-tanggunglah-dosa-shuib/
“Pada Yang Komen Macam Tahu, Tanggunglah Dosa” – Shuib
[ "Meskipun sudah empat hari mendirikan rumah tangga, kisah pengantin baru Shuib dan isterinya Watie Hanifiah menjadi bualan ramai di media sosial.", "Semalam, Shuib dilihat ada memuat naik gambar bersama Watie bermain golf. Shuib turut menyertakan kapsyen mengatakan itu merupakan pertama kali dia bermain golf dengan Watie.", "BACA: “Masa Arwah Masih Ada Tak Pernah Sekali Watie Main Golf Dengan Shuib” – Ibu Shuib", "Sementara itu, menerusi Insta Story, Shuib memuat naik video mengatakan dia sengaja menulis kapsyen pertama kali pada foto berkenaan.", "Menurutnya, kapsyen itu sekaligus menegaskan dia dan isterinya tidak pernah bermain golf bersama seperti yang didakwa oleh netizen.", "Dalam pada itu, Shuib juaa memberitahu suara lelaki dalam video tular dimana memaparkan Watie bermain golf itu adalah rakan kepada isterinya.", "“Saja je buat kapsyen pertama kali sebab memang pertama kali main golf dengan Watie. So, pada yang komen-komen macam tahu, tanggunglah dosa fitnah itu ya.", "“Inilah first time, pertama kali. Kalau kata pasal ‘nice nice’ (video tular ), itu orang lain, kawan Watie,” katanya.", "Sebelum ini, ibu kepada pelawak itu iaitu Salamiah Jalani dilihat meninggalkan komen pada gambar pasangan itu serta mengatakan itu merupakan pertama kali anaknya bermain golf dengan Watie." ]
https://www.rotikaya.com/maksud-saya-kiss-dahi-mungkin-ada-netizen-bila-dengar-kiss-je-fikir-lain-kan/
“Maksud Saya Kiss Dahi, Mungkin Ada Netizen Bila Dengar Kiss Je Fikir Lain Kan?”
[ "Gara-gara tindakannya menjerit dan meminta Janna Nick dan Dini Schatzmann bercium ketika majlis resepsi mereka, pelakon Ain Edruce dikecam oleh netizen.", "Memetik mStar Online, Ain mengakui kesilapannya itu serta memohon maaf dengan tindakannya yang kurang sopan ketika berada dimajlis berkenaan.", "Menurut Ain, apabila dia mencerit cium itu dia maksudkan cium dahi, namun mungkin ada segelintir netizen memikirkan perkara lain.", "“Sebenarnya majlis tu dihadiri oleh beberapa rakan terdekat saja dan tertutup, bila nikah pasti ada upacara batal air wuduk, jadi saya minta cium dahi.", "“Ain tak saksikan upacara nikah dan bila jerit minta untuk cium tu hanyalah cium dahi, mungkin ada segelintir netizen ni bila dengar cium saja akan berfikiran lain kan?” katanya.", "Dalam pada itu, Ain turut berasa geram apabila ada netizen yang gemar bercakap tanpa mengetahui cerita yang sebenar.", "“Kadang-kadang geram juga bila orang bercakap mengenai perkara ni tanpa tahu cerita sebenar, tapi Ain nak minta maaf kalau buat orang kurang senang dan kalau tak suka perangai Ain jangan jemput datang ke majlis kahwin nanti okay,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/ara-johari-jadi-mangsa-cabul-lelaki-tarik-tangan-cium/
Ara Johari Jadi Mangsa Cabul, Lelaki Tarik Tangan & Cium
[ "Penyanyi Ara Johari berdepan detik cemas apabila dicabul lelaki tidak dikenali selepas selesai mengadakan persembahan di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.", "Menerusi perkongsian di Insta Story, Ara berkongsikan dia tiba-tiba didekati seorang lelaki yang ingin bergambar dengannya. Ujarnya, pada awalnya dia melayan lelaki tersebut.", "BACA: Ara Johari Kurung Diri Dalam Rumah, Tertekan Dituduh ‘Kaki Mabuk’", "Bagaimanapun, Ara berkata dia kurang selesa apabila lelaki tersebut mahu bersalam dengannya. Menurut Ara, lelaki tersebut menggenggam tanggannya dengan kuat ketika bersalam dan ketika itu dia sudah rasa takut.", "Kata Ara lagi, selepas bersalaman dia sangkakan lelaki tersebut sudah pun beredar namun masih ada di kawasan sekitar.", "Lebih mengejutkan, dia didatangi lelaki itu lagi yang bertindak menarik tangan penyanyi itu serta mencium sebanyak dua kali.", "Ara berkata dia terus menjerit susulan tindakan biadab lelaki berkenaan dan lelaki tersebut berjaya ditahan oleh orang awam yang berada di kawasan berkenaan yang kemudian dibawa oleh pihak polis ke balai.", "Menurut Ara lagi, dia turut membuat laporan polis memandangkan tindakan suspek adalah satu bentuk jenayah gangguan seksual." ]
https://www.rotikaya.com/masa-arwah-masih-ada-tak-pernah-sekali-watie-main-golf-dengan-shuib-ibu-shuib/
“Masa Arwah Masih Ada Tak Pernah Sekali Watie Main Golf Dengan Shuib” – Ibu Shuib
[ "Meskipun sudah empat hari mendirikan rumah tangga, kisah pengantin baru Shuib dan isterinya Watie Hanifiah menjadi bualan ramai di media sosial.", "Terbaru, Shuib dilihat ada memuat naik gambar bersama Watie bermain golf. Shuib turut menyertakan kapsyen mengatakan itu merupakan pertama kali dia bermain golf dengan Watie.", "Turut menjadi perhatian apabila ibu kepada pelawak itu iaitu Salamiah Jalani dilihat meninggalkan komen mengatakan itu merupakan pertama kali anaknya bermain gold dengan Watie.", "“Ya, mama tahu masa arwah masih ada belum pernah sekali pun manja (panggilan Watie) main golf dengan Shuib. Inilah baru nampak selepas sah menjadi isteri,” tulisnya.", "Difahamkan, komen Salamiah itu dipercayai menjawab dakwaan netizen mengatakan pasangan itu pernah bermain golf bersama sebelum berkahwin." ]
https://www.rotikaya.com/dituduh-menduakan-siti-sarah-abang-arwah-tampil-pertahankan-shuib/
Dituduh Menduakan Siti Sarah, Abang Arwah Tampil Pertahankan Shuib
[ "Sejak Jumaat lalu, kisah perkahwinan pasangan pengantin baru, Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah menjadi perhatian serta bualan ramai di media sosial.", "Berikutan keputusannya untuk berkahwin selepas dua tahun pemergian arwah isterinya, Siti Sarah, ada netizen menuduhnya tidak setia kerana cepat bertemu pengganti.", "Bagaimanapun, abang kepada arwah Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin tampil mempertahankan adik iparnya itu serta menyifatkan komen netizen tersebut mengarut.", "Makin lama makin merapu kome ni!! Lain kali kita refer dulu baru tulis soal agama. #CapCut #shuibwatie #raissuddinfamily ", "Malah, Firdous turut meminta netizen supaya mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum melemparkan komen terhadap adik iparnya.", "Menerusi perkongsian di TikTok itu juga, Firdous turut menyertakan komen netizen yang berpendapat Shuib menduakan arwah isterinya yang begitu menyayangi pelawak tersebut.", "Netizen turut mendakwa Shuib tidak akan bertemu dengan arwah isterinya di akhirat kerana sudah mempunyai isteri baru.", "Dalam pada itu, Firdous turut menyertakan klip ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkenaan perkahwinan suami selepas kematian isteri.", "“Kalau isteri mati dulu memang akan jadi isteri kita. Kita kahwin ramai mana pun tidak kiralah sampai empat sekali pun… kalau mereka (suami) mati dan tak kahwin lain selepas kita maka mereka akan menjadi isteri kita di dalam syurga,” kongsinya." ]
https://www.rotikaya.com/fiza-halim-pakai-tudung-tapi-nampak-rambut-dada/
Fiza Halim Pakai Tudung Tapi Nampak Rambut, Dada
[ "Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan penyanyi Fiza Halim menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video membeli-belah di sebuah butik beg berjenama mewah.", "Menerusi video itu, Fiza dilihat mengenakan baju dan tudung berwarna putih, namun tudung digayakannya itu menjadi perhatian ramai.", "Perkongsian Fiza itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur pelakon itu supaya memakai tudung dengan lebih kemas serta tidak menampakkan rambut dan dadanya.", "Tidak kurang juga, ada segelintir mendakwa pelakon itu seolah memberi bayangan akan menanggalkan tudung tidak lama lagi.", "Sebelum ini, Fiza dikecam apabila dikatakan terlalu seksi apabila mengenakan pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badannya." ]
https://www.rotikaya.com/video-bulan-madu-shuib-watie-dipenuhi-komen-lucah/
Video Bulan Madu Shuib, Watie Dipenuhi Komen Lucah
[ "Umum mengetahui, pasangan pengantin baru Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah kini sedang berbulan madu di Pulau Langkawi selepas sah bergelar suami isteri pada Jumaat lalu.", "Menerusi di TikTok @shuibsepahtu73, turut dikongsikan video daripada Instagram @iamwatie memaparkan wajah pelawak itu, serta kapsyen daripada Watie.", "BACA: Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Watie Sifatkan Shuib Suami Kiriman Tuhan", "Replying to @ina ???? #watieshuib #shuibsepahtu #shuibsepahtu? #masukfyp #berandafyp #fyp #watiehanifiah #foryoupage ", "Namun, diruangan komen perkongsian video itu dipenuhi dengan komen yang disifatkan sangat biadab dan lucah daripada netizen.", "Dapat dilihat ada yang meninggalkan komen double meaning mengatakan Shuib dilihat nampak penat dan ‘lemas’ malam tadi.", "Dalam pada itu, ada yang kurang senang dengan komen lucah netizen lain serta meminta supaya mendoakan yang baik-baik buat pasangan tersebut." ]
https://www.rotikaya.com/che-ta-bawa-cash-rm30-ribu-belikan-ibu-gelang-emas-sempena-raya-haji/
Che Ta Bawa Cash RM30 Ribu, Belikan Ibu Gelang Emas Sempena Raya Haji
[ "Baru-baru ini, pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta membelikan gelang emas buat ibu tercinta sempena Aidiladha.", "Menerusi video dikongsikan di TikTok, Che Ta dilihat ke sebuah kedai emas bersama ibunya. Che Ta turut menulis kapsyen dia membawa ibuna membeli gelang sempena raya haji dan mengakui rambang mata.", "BACA: “Antara Artis Yang ‘Mencabar’ Nafsu Saya Adalah Che Ta” – David Teo", "Bawak mak mai beli gelang qaya haji … Qambang mataaaaa mai #angsaemasjewellery #cheta #emas #rcw #fyp ", "“Bawa mak pergi beli gelang raya haji. Rambang mata datang,” tulisnya.", "Turut menjadi perhatian apabila Che Ta mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM30,000 daripada beg tangannya untuk membayar gelang berkenaan secara tunai.", "Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu kerana membahagiakan ibu serta tidak lokek berkongsi rezeki dengan keluarga.", "Dalam pada itu, ada juga netizen berharap mereka juga dapat melakukan perkara sama buat ibu mereka suatu hari nanti." ]
https://www.rotikaya.com/taufu-fa-ira-kazar-dipuji-cukup-rasa-lemak/
Taufu Fa Ira Kazar Dipuji Cukup Rasa Lemak
[ "Nampaknya isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mahir dalam memasak. Selepas sambal sotong dipuji oleh kakaknya, kali ini taufu fa buatan Ira pula dipuji.", "Menerusi perkongsian di Insta Story, Ira memuat naik semula perkongsian oleh Wiwie Darvienda Mazweena yang memuji taufu fa dibuat isteri Syamsul itu dikatakan cukup lemak.", "BACA: Pertama Kali Ira Kazar Kongsi Gambar Syamsul Yusof Di IG", "Malah, dalam video itu wanita tersebut turut memuji air tangan Ira enak dan dikatakan sekarang kerap memasak.", "“Dulu masa saya duduk sana, tak pernah pun adik ipar saya masak untuk saya. Lain macam eh dia sekarang. Lemaknya rasa,” katanya.", "Beberapa hari lalu, perkongsian Ira menjadi perhatian ramai apabila pertama kali memuat naik gambar suaminya di Insta Story.", "Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah pun berkahwin dengan Ira di Thailand dengan berwalikan bapa wanita tersebut iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi." ]
https://www.rotikaya.com/mamat-dedah-punca-tak-dapat-hadir-majlis-nikah-shuib/
Mamat Dedah Punca Tak Dapat Hadir Majlis Nikah Shuib
[ "Pelawak Mamat Sepah memberitahu dia tidak dapat hadir ke majlis pernikahan sahabatnya, Shuib kerana komitmen kerja dimana dia terlibat dengan program Mega Spontan 2023.", "Memetik Astro Gempak, Mamat memohon maaf serta memberitahu dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahan untuk mengucapkan tahniah.", "“Masa petang itu saya ada menghubungi Shuib. Dulu masa dia kahwin pun saya ada. Saya orang terakhir datang sebab ada penggambaran dan sangat sibuk masa itu.", "“Jadi dipendekkan cerita, untuk yang kedua ini pula saya buat ‘video call’ dengan dia sekejap, walaupun ‘line’ tak berapa cantik saya hubungi dia.", "“Saya kata ‘good luck brother’. Selamat pengantin baru, maaf saya tak dapat datang,” katanya.", "Dalam pada itu, Mamat sempat mengimbas kembali momen ketika  perkahwinan Shuib bersama arwah Siti Sarah Raissuddin. Malah, Mamat turut mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana pernah memberikan duit ketika perkahwinannya.", "“Saya masih ingat, 10 jambang bunga ros saya beri pada arwah ketika itu. Masa saya datang, arwah menangis. Kemudian masa saya kahwin dulu, Shuib pernah beri saya duit, terima kasih Shuib, beribu dia kasi. Terima kasih.", "“Saya tak dapat nak hadir. Selamat pengantin baru buat Shuib, saya doakan berkekalan hingga ke syurga,” katanya.." ]
https://www.rotikaya.com/kekasih-baru-sharifah-sakinah-rupanya-mat-salleh-juga/
Kekasih Baru Sharifah Sakinah Rupanya Mat Salleh Juga
[ "Selepas hampir setahun bercerai, pelakon Sharifah Sakinah dikatakan sudah move one dan dikatakan sudah ada pengganti baru.", "Memetik Utusan, kekasih baru Sakinah dikatakan Mat Salleh juga macam bekas suami terdahulu. Kekasih pelakon itu dikhabarkan menetap di Bali dan tampa orangnya serta merupakan seorang usahawan.", "“Dengarnya, kekasih baru Sakinah ini pun Mat Salleh juga macam bekas suami terdahulu. Orangnya tampan juga, dan khabarnya menetap di Bali, Indonesia. Kalau tak silap, kekasihnya itu merupakan seorang usahawan. Cuma tak pastilah pula usahawan apa,” tulis Cik Bunga.", "Malah, kekasih barunya itu juga dikatakan betul-betul mengjaga dan mengasihi Sakinah serta menerima pelakon itu seadanya.", "“Makna kata, dia boleh menerima Sakinah seadanya dan boleh melayan ‘kepala gila’ pelakon itu sebagaimana yang orang tahu,” tulis Cik Bunga.", "Apa pun kita doakan yang terbaik buat Sakinah dan semoga hubungan kali ini berbekalan. ", "Terdahulu, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015 namun berpisah pada Mei 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 6 tahun.", "Kemudian Sakinah mengumumkan berkahwin dengan Michael Hansen jejaka berasal dari Sweden pada hujung 2020 namun berpisah pada Februari 2021." ]
https://www.rotikaya.com/masa-bercinta-tak-pernah-keluar-berdua-watie-sifatkan-shuib-suami-kiriman-tuhan/
Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Watie Sifatkan Shuib Suami Kiriman Tuhan
[ "Isteri kepada Shuib Sepahtu iaitu usahawan, Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur dikurniakan pelawak itu sebagai suaminya.", "Menerusi satu perkongsian di Instagram, Watie turut menyifatkan Shuib adalah ‘suami kiriman tuhan’. Menurutnya, ketika fasa bercinta mereka tidak merasa momen berdua kerana sering ditemani ibu Shuib dan anak-anak.", "BACA: Ibu Shuib Dedah Watie Ada Persamaan Dengan Arwah Siti Sarah", "Kata Watie lagi, Shuib turut menasihatina supaya bercaya kerana apabila bercinta dengannya kerana tidak seperti bercinta dengan orang lain diluar sana.", "“Banyak benda actually pertama kali yang buat bersama dia ni……Dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tak mcm bercinta dengan orang lain dia cakap.", "“Bila dating, bawak kawan,bawak anak,bawak mak. Jalan tak boleh nak pimpin-pimpin tangan, takde dinner date, takde nak pi travel berdua-duaan. Bila nak suprisekan birthday kita pun, dia datang buat suprise dok table lain, pandang-pandang jeling-jeling je dari jauh,” katanya.", "Bagaimanapun, Watie berkata berkat kesabarannya itu indah apabila mereka sah bergelar suami isteri serta tahu erti berbulan madu.", "“Dan rupanya sabar itu indah. Allah nak kita lalui segala momen itu di saat yang tepat. Sekarang kami berdua tahu erti berbulan madu,” katanya.", "Pada 23 Jun lalu, Shuib sah bergelar suami Watie dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights." ]
https://www.rotikaya.com/ibu-shuib-dedah-watie-persamaan-dengan-arwah-siti-sarah/
Ibu Shuib Dedah Watie Ada Persamaan Dengan Arwah Siti Sarah
[ "Malam tadi, pelawak Shuib selamat disatukan dengan wanita pilihan hatinya Watie Hanifiah. Ibu kepada pelawak tersebut, Salamiah Jalani meluahkan rasa syukur anaknya itu terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga lagi.", "Memetik Astro Gempak, Salamiah berkata bukan mudah untuk Shuib menerima wanita lain dalam hidupnya selepas pemergian isterinya, Siti Sarah.", "“Alhamdulillah syukur sangat sebab Shuib dah terbuka hati terima orang lain dalam hidupnya sekaligus menggantikan ibu untuk anak-anaknya.", "“Sebelum ini tak dinafikan dia tidak yakin untuk berumah tangga lagi kerana dia bukan saja memikirkan tentang dirinya malah anak-anaknya juga.", "“Sya nasihatkan kalau dapat pasangan yang baik apa salahna. Ternyata Watie seorang wanita yang baik serta bersabar dengan anak-anak,” katanya.", "Dalam pada itu, Salamiah berkata Watie juga mempunyai banyak persamaan dengan arwah Siti Sarah serta berharap hubungan anak dan menantunya itu akan berkekalan.", "“Ciri-ciri Watie ini sebenarnya banyak dengan arwah Siti Sarah. Iyalah, saya pun bukannya orang baik. Kalau saya tak suka, saya terus je marah. Tapi dia macam arwah, kalau dia marah dia masih lagi datang kepada kita dan meminta maaf.", "“Sikap lucu lain yang sama dengan arwah adalah Watie ni pelupa. Kalau tengok telefon tu, dia akan fokus sampai tak peduli orang panggil. Tapi saya selalu ingatkan dia, tak boleh begitu.", "“Lagi satu apa yang sama adalah dia seorang yang suka melayan saya setiap kali datang ke rumah. Seperti arwah juga, saya teringin hendak makan apa-apa, dialah orang yang sibuk dapatkan atau masakkan untuk saya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/banglo-untuk-ibu-bukan-watie-shuib/
“Banglo Untuk Ibu, Bukan Watie” – Shuib
[ "Pelawak Shuib Sepahtu menafikan dakwaan menghadiahkan banglo untuk isterinya, Watie Hanifiah sebagai hadiah perkahwinan.", "Memetik BH Online, Shuib berkata sebaliknya banglo tersebut adalah untuk dihadiahkan buat ibunya, Salamiah Jalani di Johor.", "BACA: Lima Kali ‘Blackout’, Ini Antara 10 Momen Majlis Nikah Shuib & Watie", "“Macam mana pula boleh timbul dakwaan saya belikan isteri banglo? Saya memang ada beli banglo, tetapi hadiah untuk ibu.", "“Insya-Allah, banglo yang dibeli di Johor akan siap pada Januari depan. Jadi, cerita saya hadiah isteri banglo tidak betul,” katanya.", "Dalam pada itu, Shuib berkata ibunya masih ingin menjaga anak bongsunya, Ayash Affan yang kini berusia dua tahun. ", "“Sebelum ini, ibu kata mahu jaga Ayash sampai pandai berjalan. Baru-baru ini, saya tanya lagi, tetapi ibu kata tunggulah sehingga Ayash pandai bercakap pula.", "“Tetapi, tidak mengapalah kerana ibu pun rajin turun ke Kuala Lumpur. Ada kala sebulan tiga kali ibu akan berulang-alik ke rumah saya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/lima-kali-blackout-ini-antara-10-momen-majlis-nikah-shuib-watie/
Lima Kali ‘Blackout’, Ini Antara 10 Momen Majlis Nikah Shuib & Watie
[ "Semalam, pelawak Shuib dan Watie Hanifiah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis indah yang diadakan di Putra Glass House, Shah Alam.", "Disebalik majlis tersebut, ada momen menarik berlaku ketika acara berlangsung antaranya bekalan elektrik dewan mengalami masalah teknikal sehingga blackout sebanyak lima kali.", "Memetik Media Hiburan, ini antara beberapa hal menarik sepanjang majlis pernikahan Shuib dan Watie malam tadi.", "1. Tampil serba putih, Shuib dan isteri tampak bergaya menerusi persalinan rekaan pereka fesyen tersohor, Fizi Woo.", "2. Majlis pernikahan mereka diacarakan oleh kawan baik Shuib, Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah.", "3. Mikrofon Shuib tidak berfungsi sewaktu majlis akad nikah dimulakan, lalu Nabil spontan menyelamatkan keadaan dengan memberikan mikrofon lain.", "4. Watie mengalirkan air mata lalu menangis sebak sejurus Shuib sah bergelar suaminya.", "5. Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra yang mesra disapa Dekta turut dilihat sebak lalu menangis selepas bapanya selamat bernikah dengan Watie.", "6. Bekalan elektrik dewan mengalami sedikit masalah teknikal dan ‘blackout’ sebanyak lima kali. Namun, Nabil dan Shiera selaku hos bijak mengawal keadaan.", "7. Penyanyi terkenal, Anuar Zain dan Lah Ahmad hadir menghiburkan tetamu.", "8. Ketika Anuar menyampaikan lagu, Shuib dan Watie berarak ke atas ruangan pelamin bersama anak-anak mereka.", "9. Dayang Nurfaizah juga membuat persembahan sebagai kejutan. Siti Jewels menghadiahkan persembahan Dayang sebagai ‘surprise’ untuk mereka berdua.", "10. Majlis turut diserikan dengan persembahan bunga api di luar perkarangan lokasi kahwin." ]
https://www.rotikaya.com/pertama-kali-ira-kazar-kongsi-gambar-syamsul-yusof-di-ig/
Pertama Kali Ira Kazar Kongsi Gambar Syamsul Yusof Di IG
[ "Sudah lima bulan bergelar isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, Ira Kazar tidak pernah memuat naik gambar bersama suaminya di media sosial.", "Bagaimanapun, selepas seminggu lebih kes perceraian Syamsul dengan Puteri Sarah berlalu, Ira pertama kali dilihat memuat naik gambar suaminya di Instagram.", "Menerusi perkongsian di Insta Stor, anak kepada pelakon Kazar Saisi itu berkongsikan gambar Syamsul namun tidak disertakan kapsen pada hantaran berkenaan.", "Sebalikna, Ira hanya meletakkan lagu Nasty nyanyian penyanyi antarabangsa, Chris Brown dan Tyga sebagai latar belakang posting tersebut.", "Pada 14 Jun lalu, Syamsul sah bercerai talak satu dengan Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur." ]
https://www.rotikaya.com/shuib-watie-honeymoon-di-langkawi-sebelum-bawa-anak-anak-bercuti-ke-turkiye/
Shuib & Watie Honeymoon Di Langkawi Sebelum Bawa Anak-Anak Bercuti Ke Turkiye
[ "Pelawak Shuib dan isterinya Watie Hanifiah berkata mereka tidak merancang untuk segera memiliki cahaya mata sendiri selepas mendirikan rumah tangga.", "Memetik mStar Online, Watie berkata Shuib meminta dia memberi tumpuan terlebih dahulu untuk menjaga empat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Siti Sarah.", "“Dari awal lagi dia dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saa ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” katanya.", "Sementara iu, Shuib berkata dia tidak mahu isterinya sibuk bekerja sehingga tanggungjawab terhadap anak-anak terabai. Ujarnya, sementara waktu ini anak bongsunya dijaga oleh ibunya.", "“Saya ada beberapa projek dan mungkin akan melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus beri fokus kepada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai. Uwais sekarang ni dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian kedua ibu bapa,” katanya.", "Difahamkan, pasangan itu memilih untuk berbulan madu di Pulau Langkawi sebelum bercuti bersama anak-anak di Turkiye." ]
https://www.rotikaya.com/shuib-sah-bergelar-suami-watie-dengan-sekali-lafaz/
Shuib Sah Bergelar Suami Watie Dengan Sekali Lafaz
[ "Tahniah diucapkan buat Shuib Sepahtu yang sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah dengan sekali lafaz pada jam 8.47 malam tadi dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam.", "Memetik mStar Online, Shuib dinikahkan oleh abang kandung Watie, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Zubairi Ghazali.", "Pada majlis itu, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288, bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan. Shuib menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.", "Pasangan pengantin dilihat cantik dan kacak dengan buasan rona putih hasil rekaan oleh Fizi Woo. Difahamkan, majlis pasangan itu mendapat tajaan bernilai RM1.7 juta termasuk barangan kemas." ]
https://www.rotikaya.com/shuib-berdebar-nak-akad-nikah-kali-kedua/
Shuib Berdebar Nak Akad Nikah Kali Kedua
[ "Bakal diijabkabulkan malam ini, pelawak Shuib mengakui berdebar untuk bernikah kali kedua dengan wanita pilhan hatinya, Watie Hanifiah.", "Memetik Gempak, Shuib berkata apa yang lebih mendebarkan ketika akad nikah nanti apabila dia perlu menyebut nama Wati yang agak panjang iaitu Fati Nikmatul Adawiah Hanafiah.", "BACA: “Shuib Menang Besar” – Video Watie Berbaju Songket Jadi Perhatian", "“Mestilah berdebar dan tak dapat bayangkan bagaimana indahna nanti momen akad nikah saa bersama keluarga dan anak-anak dan cinta baru ini. Debaran tu tak tahu macam mana saya nak ungkapkan.", "“Apa yang lebih mendebarkan juga sebenarnya ketika akad nikah nanti. Nama Watie ni dah lah panjang, nasib baik tak perlu sebut senafas tapi kena sekali jalan sahajakan…Apa pun saya harap semua akan berjalan dengan lancar,” katanya.", "Dalam pada itu, Shuib yakin Watie dapat menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya serta memuji bakal isterinya itu seorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi.", "“Watie ni saya boleh kata dia ada sifat keibuan yang semula jadi. Dia seorang yang boleh sabar melayani kerenah anak-anak saya.", "“Ternyata saya sendiri banyak belajar dengan dia bagaimana boleh bersabar dengan anak-anak ini. Insya Allah saya yakin dia dapat sama-sama menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/aliff-syukri-berang-pengasas-tudung-liat-bayar-hutang/
Aliff Syukri Berang Pengasas Tudung Liat Bayar Hutang
[ "Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang dengan seorang ahli perniagaan yang juga pengasas tudung mengelak membayar hutang tertunggang bernilai jutaan ringgit.", "Menerusi perkongsian di Instagram itu juga, Aliff mendakwa individu tersebut turut menjaga cerita tidak benar dengan mengatakan seolah dia yang bersalah dalam hal tersebut.", "Bagaimanapun, Aliff berkata dia mempunyai segala bukti serta perjanjian bertulis yang sudah dibuat antara mereka sebelum ini.", "“Hutang saya berjuta tak reti bayar. Semua video apa yang dia lakukan saya rekod. Acah-acah teraniaya.", "“Malah buat cerita dengan rakan-rakan saya macam saya pula yang bersalah. Video bukti dan agreement semua ada ya. Sabar ya kak,” tulisnya.", "Dalam pada itu, Aliff berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang dan sempat memberikan ‘hint’ tentang siapakah individu yang dimaksudkannya itu.", "“Sampai sekarang ni saya terpaksa buat tindakan peguam. Saya beri hint dia jual tudung, selalu keluar televisyen, acah-acah alim dan kaya.", "“Kereta mewah sempat beli, pergi umrah pakej mewah, beg prada. Hutang? Sedih! Waktu nak pinjam bukan main manis meminta,” katanya.", "Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen meminta Aliff supaya memberi fokus kepada ibadah haji yang sedang dilakukan serta berdoa supaya usahawan itu berlembut hati untuk membayar hutang berkenaan." ]
https://www.rotikaya.com/pu-abu-bahagia-amal-poligami-syukur-dapat-satukan-semula-dua-isteri/
PU Abu Bahagia Amal Poligami, Syukur Dapat Satukan Semula Dua Isteri
[ "Pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu berkongsikan rumah tangganya kini bahagia dengan dua isterinya iaitu Ain Afini dan Hana Azraa.", "Memetik Utusan Online, berjaya menyatukan semula kedua-dua isteri, PU Abu meluahkan rasa syukur mampu menara kelima-lima anaknya.", "“Saya ada dua isteri sekarang. Isteri pertama sudah lama saya rujuk semula. Isteri pertama, Ain Afini, manakala isteri kedua ialah Hana Azraa.", "“Setakat ini, Alhamdulillah. Kedua-dua isteri pun berniaga. Selain bekerja dengan syarikat umrah, saya juga ada buat pekerjaan lain seperti khidmat latihan dan konsultansi seperti program motivasi untuk syarikat korporat dan institusi pendidikan.", "“Adapun kenyataan daripada mana-mana pihak, kenyataan yang benar adalah daripada saya sendiri. Sebabnya, segala isu berkaitan cerai, rujuk datang dari saya. Sayalah pelafaznya bukan orang lain,” katanya.", "Sementara itu, PU Abu berkata dia belum ada kesempatan untuk beraya bersama kedua-dua isteri kerana sering berada di tanah suci atas urusan kerja.", "“Setakat ini belum ada kesempatan beraya bersama sebab saya bekerja di luar negara, banyak berulang-alik ke tanah suci. Ramadan sampai Syawal di sana.", "“Saya kerja di Madinah hampir setahun, dari bulan Muharam sampai Syawal di sana dan akan balik Malaysia tiga bulan sekali,” katanya.", "Dalam pada itu, PU Abu turut berkongsikan tips poligami iaitu tahap kesabaran perlu tinggi lebih-lebih lagi suami merupakan pemimpin rumah tangga.", "“Lelaki tahap kesabarannya perlu tinggi. Sabar, sabar dan sabar. Perkahwinan adalah soal suami dan isteri dalam membentuk keluarga bahagia.", "“Selain itu, jangan pernah ambil berat sebarang kenyataan daripada pihak luar. Sebab bila baca akan buat kita melenting dengan tulisan netizen. Saya ini sampai tahap sudah lali dengan kecaman,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/ada-936-screenshot-sejarah-layari-laman-lucah-pada-telefon-bimbit-ebit-lew/
Ada 936 ‘Screenshot’ Sejarah Layari Laman Lucah Pada Telefon Bimbit Ebit Lew
[ "Semalam, seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit  Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah diperoleh hasil analisis daripada sebuah telefon bimbit.", "Memetik Harian Metro, Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latifah Abdul Aziz berkata daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.", "BACA: Roslan Shah Ralat Ebit Lew Batal Hadir Acara Di Singapura Saat Akhir", "“Saya mohon untuk merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021,” kata saksi ketujuh pendakwaan itu.", "Latifah turut memaklumkan beliau juga diarahkan untuk menjalankan analisis bagi sebuah lagi telefon bimbit dan menemui lapan imej berunsur lucah.", "Katanya lagi, imej-imej itu adalah daripada aplikasi WhatsApp dan mendapati hanya satu imej sahaja yang mempunyai penambahan pelekat aplikasi WhatsApp.", "Sementara itu, pada prosiding tersebut peguam yang mewakili Ebit Lew iaitu Ram Singh membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google.", "Menurutna, tiada bukti dalam sejarah carian melalui Gooogle mendapati sesebuah laman sesawang tersebut dilawati oleh anak guamnya sebagaimana dikatakan saksi.", "Ram Singh berkata terlalu banyak carian dibuat di dalam telefon bimbit itu yang dianalisis saksi dan tidak relevan kepada pertuduhan.", "Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berkata pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh pertuduhan.", "Katanya, keterangan itu penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh-tarikh tersebut yang melayari laman sesawang berkenaan sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu." ]
https://www.rotikaya.com/cat-farish-shikin-maembong-nikah-14-julai/
Cat Farish, Shikin Maembong Nikah 14 Julai
[ "Penyanyi, Cat Farish bakal melangsungkan pernikahan dengan kekasih hatinya, Shikin Maembong pada 14 Julai ini.", "Memetik mStar Online, Shikin berkata mereka bakal diraikan dalam tiga acara majlis iaitu pernikahan, berinai dan bersanding.", "“Dua perkahwinan terdahulu tiada langsung majlis bersanding dan hanya buat akad nikah saja tapi saya cadang nak buat majlis berinai secara kecil-kecilan.", "“Tapi adik-beradik yang lain minta saya buat majlis yang lebih teratur. Jadi Insya Allah malam berinai pada 12 atau 13 Julai. Selepas itu 14 Julai kami akan bernikah dan keesokan harinya bersanding,” katanya.", "Dalam pada itu, Shikin turut meluahkan rasa syukur perancangan perkahwinannna turut dibantu adiknya, Emma Maembong yang merancang serta mencari tajaan.", "Menurut Shikin, dia sudah mendapat beberapa tajaan termasuk dewan untuk mengadakan majlis nikah dan pakaian pengantin.", "“Alhamdulillah keluarga menyambut baik keputusan saya dan Cat untuk mendirikan masjid malah Emma antara orang yang paling sibuk mahu menguruskan semuanya.", "“Saya memang banyak berkongsi cerita dengan Emma, jadi bila saya beritahu nak kahwin dia tawarkan diri membantu sebagai wedding planner,” katanya.", "Terdahulu, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nadzri Redzuwan yang juga anak kepada cef selebriti, Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaa mata, Putri Arianna Natasya kini berusia 8 tahun.", "Shikin kemudian pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 namun bercerai dua tahun kemudian." ]
https://www.rotikaya.com/syamsul-belum-bercakap-dengan-ibu-yusof-haslam-fikir-positif-anak-masih-sibuk/
Syamsul Belum Bercakap Dengan Ibu, Yusof Haslam Fikir Positif Anak Masih Sibuk
[ "Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata anaknya iaitu Syamsul Yusof masih belum menghubunginya atau isterinya, Datin Patimah Ismail selepas sah bercerai dengan Puteri Sarah minggu lalu.", "Memetik mStar Online, Yusof berkata mungkin anaknya sibuk kerja apatah lagi sedang menjalani penggambaran Original Gangster dan belum berkesempatan untuk menghubunginya.", "BACA: “Mereka Bercerai Talak Satu, Kalau Ada Jodoh Boleh Berbaik Semula”", "“Dengan Sarah ada berhubung tapi Syamsul setakat ini dia belum berhubung dengan mak atau pun ayah dia. Tapi saya rasa mungkin dia sedang sibuk ‘shooting’ Original Gangster jadi kita bagi dia masa.", "“Saya rasa gembira kerana Syamsul dengan Sarah dah bercerai tapi dengan cara yang baik, hubungan Sarah dengan Syamsul dengan anak-anak okay,” katanya.", "Mengulas mengenai hubungan Syamsul dan Puteri Sarah yang dilihat mesra selepas bercerai, dia melihat ada anak rakan-rakannya kembali rujuk selepas bercerai namun hanya takdir menentukan.", "“Ramai kawan-kawan saya anak mereka ada berlaku perceraian, selepas beberapa tahun kemudian rujuk balik. Tapi saya tidak boleh menyatakan apa-apa sebab segalanya takdir yang akan menentukan.", "“Mungkin takdir tak tertulis begitu, itulah jadinya, kalau tidak, tidaklah, hanya Allah menentukan. Kami sebagai orang tua hanya doakan yang terbaik,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/roslan-shah-ralat-ebit-lew-batal-hadir-acara-di-singapura-saat-akhir/
Roslan Shah Ralat Ebit Lew Batal Hadir Acara Di Singapura Saat Akhir
[ "Pengacara Roslan Shah telah meluahkan rasa terkilan terhadap pendakwah, Ebit Lew apabila membatalkan kehadirannya dalam sebuah acara di Singapura disaat akhir yang sepatutnya bermula pada Jumaat ini.", "Menerusi perkongsian di Insta Story, Roslan berkata pihak Ebit yang berurusan dengannya tidak memaklumkan lebih awal mengenai perancangan pendakwah itu yang akan mengerjakan ibadah Haji.", "BACA: Telefon Bimbit Ebit Lew Ada Sejarah Layari Laman Web Lucah – Saksi", "Bukan itu saja, Roslan turut memuat naik tangkap layar mesej yang dihantar oleh pihak pengurusan Ebit yang teruja serta memaklumkan bahawa pendakwah itu akan hadir pada acara tersebut.", "Roslan turut memaklumkan kepada pihak pengurusan Ebit bahawa pihak penganjur memarahinya kerana pendakwah tersebut membatalkan kehadiran ke acara tersebut disaat akhir sedangkan tempahan hotel serta iklan sudah pun di buat.", "Dalam pada itu, menerusi mesej dikongsikan itu dia turut meminta pihak pengurusan Ebit menganti semula kerugian dialami pihak penganjur.", "Susulan itu, Roslan turut memberi peringatan kepada pengurus Ebit Lew supaya menepati janji sedangkan dia sendiri yang menghubunginya untuk menyertai acara tersebut." ]
https://www.rotikaya.com/jadi-pondan-tak-penat-jangan-pura-pura-alim-tapi-menonggeng/
“Jadi Pondan Tak Penat, Jangan Pura-Pura Alim Tapi Menonggeng”
[ "Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.", "Baru-baru ini, menerusi sesi live Sajat ditanya sama ada dia penat hidup sebagai seorang pondan. Sajat berkata dia tidak penat menjadi pondan kerana itu lebih baik daripada berpura-pura.", "BACA: Pakai Skirt Pendek & Bra, Sajat Menari Buat Show Di Australia", "“Jadi pondan tidak penat. Jangan jadi pura-pura alim, pura-pura baik barangkali dia yang menonggeng,” katanya.", "Menurut Sajat lagi, perlu berpura-pura berlagak menjadi seorang ‘jantan’ dihadapan khlayak ramai dan sentiasa ‘control’ sedangkan lelaki itu sebenarnya ‘sebaliknya’ adalah lebih penat.", "“Orang yang penat control jantan, pura-pura sado, menonggeng.. haa, itu lagi penat bermuka-muka. Macam ni (pondan) tak ada, tak kisah.", "“Penat dik, dia nak kena control, ikut firasat.. bila dengan perempuan saja kena jadi maskulin, bila dengan lelaki terus jadi lain ‘ bukan Syamsul dah tapi Syamsiah’,” katanya.", "Sebelum ini, Sajat berkata dia tidak sabar untuk pulang ke Malasia selepas dua tahun menetap di Australia. Sajat sempat berseloroh mengatakan pasti ramai peminat di Malaysia tidak sabar untuk bergambar dengannya serta mangatakan dirinya artis nombor satu." ]
https://www.rotikaya.com/janna-nick-seronok-bangun-tidur-ada-orang-kemaskan-katil/
Janna Nick Seronok Bangun Tidur Ada Orang Kemaskan Katil
[ "Selepas seminggu berkahwin, pelakon Janna Nick mengakui bahagia menjalani kehidupan berumah tangga dengan suami tercinta Dini Schatzmann.", "Memetik Astro Gempak, Janna berkata kehidupannya sedikit berubah selepas berkahwin apatah lagi suaminya seorang yang sangat pembersih dan rajin membuat kerja rumah.", "“Alhamdulillah seronok lepas berkahwin ni kita tahu setiap kali balik kerja walaupun dalam keadaan stres tapi kita tahu mesti ada orang di rumah yang akan bersama kita.", "“Apa yang best bila bangun tidur ada orang kemas katil..tu paling seronok bagi saya. Sebelum kahwin saya tahu dia seorang pembersih dan rajin tapi bila tinggal sekali ya memang terbukti  dia memang seorang lelaki begitu.", "“Kalau dulu balik kerja akan terus baring atas katil saja tapi dengan Dini dia akan terus jerit suruh saya mandi dulu,” katanya.", "Dalam pada itu, Dini turut berkongsikan kehidupan bersama isteri tercinta apabila dapat merasa masakan pertama Janna iaitu mee sanggul serta memuji kesedapan air tangan isterina itu.", "“Mestilah seronok sebab kita ada teman tak kira nak tidur bersama dia, bangun pagi pun bersama dia. Apa yang penting boleh buat semua perkara bersama lah. Saya juga dapat merasa masakan pertama Janna selepas berkahwin ini iaitu mee sanggul. Sangat sedap.", "“Selepas berkahwin ini tak banyak perkara yang berbeza tentang Janna sebab dia seorang yang pandai berkomunikasi. Dia tidak pernah sorok akan sikap dan dirinya dari awal perkenalan sehingga kini, jadi mudah,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/sharifah-sakinah-akui-trauma-nak-kahwin-lagi/
Sharifah Sakinah Akui Trauma Nak Kahwin Lagi
[ "Sudah dua kali perkahwinannya berakhir dengan perpisahan, pelakon Sharifah Sakinah mengakui trauma untuk mendirikan rumah tangga lagi.", "Menerusi temubual bersama Melodi, Sakinah berkata jika dia berkenalan dengan seseorang ianya akan mengambil masa yang lama.", "“Buat masa ini, saya lebih memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada diri sendiri agar menjadi lebih baik. Saya dah trauma… Perkahwinan pertama dan kedua semuanya ada pengajaran.", "“Berkenalan itu perkara biasa. Kalau saya jumpa seseorang, akan ambil masa yang lama dan ada had pergaulan,” katanya.", "Dalam pada itu, Sakinah sempat memberikan pesanan kepada selebriti di luar sana supaya bijak menggunakan media sosial serta mengingatkan netizen supaya gunakan kata-kata yang baik.", "“Untuk selebriti, tolong guna media sosial untuk perkara baik. Tolong jangan salah guna, untuk mental health awak juga dan untuk netizen, tolong gunakan kata-kata dengan baik,” katanya.", "Terdahulu, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015 namun berpisah pada Mei 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 6 tahun.", "Kemudian Sakinah mengumumkan berkahwin dengan Michael Hansen jejaka berasal dari Sweden pada hujung 2020 namun berpisah pada Februari 2021." ]
https://www.rotikaya.com/adam-shahz-tak-minat-supercar-suka-kereta-kecil-senang-cilok-atas-jalan/
Adam Shahz Tak Minat Supercar, Suka Kereta Kecil Senang ‘Cilok’ Atas Jalan
[ "Setiap lelaki pasti ada impian untuk miliki kereta atau pun motosikal idaman. Termasuklah pelakon Adam Shahz yang lebih meminati motosikal berkuasa tinggi berbanding kereta.", "Memetik mStar Online, Adam berkata dia juga meminati kereta yang kecil dan comel seperti Mini Cooper kerana baginya lebih mudah untuk dibawa.", "BACA: Fatin Afeefa Patut Uruskan Persekolahan Anak, Adam Shahz Pula Tak Muncul Di Mahkamah?", "“Kereta idaman saya yang comel-comel dan kecil sahaja macam Mini Cooper sebab mudah nak bawa di bandar. Bagi saya kereta itu cukup sekadar tak kena hujan, janji ada kereta dan senang nak kemana-mana,” katanya.", "Dalam pada itu, Adam berkata lagi dia pernah berdepan pengalaman terlibat kemalangan ketika usia belasan tahun sehingga membuatkan dia kurang berminat dengan kereta.", "“Saya sebenarnya tak berapa minat dengan kereta sebab pernah mengalami kemalangan waktu usia 19 tahun dulu, waktu itu pandu kereta arwah ayah sampai terbalik jadi sekarang ni lebih minat kepada motorsikal saja,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/jaga-hati-tunang-fadlan-hazim-hadkan-adegan-bersentuhan-dengan-wanita/
Jaga Hati Tunang, Fadlan Hazim Hadkan Adegan Bersentuhan Dengan Wanita
[ "Pelakon Fadlan Hazim berkata dia mengambil pendekatan menghadkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita yang bergandingan dengannya.", "Memetik Harian Metro, Fadlan berkata dia mahu menjaga hati pasangannya dan tunangnya, Aiya Mukhamedsalova juga kini berpakaian lebih sopan.", "“Sejak bertunang, saya mengambil pendekatan untuk kurangkan bersentuhan dengan gandingan. Apatah lagi, saya kini berlakon dengan Ayda Jebat yang juga merupakan isteri dan juga seorang ibu.", "“Bukan permintaan tunang, namun saya sendiri yang ingin menjaga hatinya, apatah lagi kami sudah ke fasa seterusnya. Dan Insya Allah akan mendirikan rumah tangga.", "“Malah, dia juga sudah berpakaian lebih sopan berbanding sebelum ini. Biarpun beragama Islam, namun budaya dan gaya hidup mereka berbeza berbanding kita disini,” katanya.", "Dalam pada itu, Fadlan berkata dia belum mempunyai tarikh untuk perkahwinannya namun majlis dijangka diadakan pada penghujung tahun ini.", "“Belum ada tarikh tetap lagi. Sekarang saya sedang menguruskan dokumen sebab prosedur berkahwin dengan orang asing agak rumit.", "“Sudah sampai masanya untuk saya berkahwin. Semua rakan sudah beristeri dan usia saya pun bukan muda lagi,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/payung-rahmah-semakin-rancak-sekarang-ni-gais-bantu-ramai-rakyat/
Payung Rahmah Semakin Rancak Sekarang Ni Gais, Bantu Ramai Rakyat!
[ "Anda mesti dah tahu tentang Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2023 dan sekarang digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kan?", "Yang paling melekat di kepala kami adalah Menu Rahmah. Sekarang dah nampak Menu Rahmah ni merata-rata tempat. Boleh dikatakan ramai juga usahawan yang mengusahakan restoran menyahut seruan untuk mewujudkan Menu Rahmah kepada pelanggan yang memerlukan.", "Menu Rahmah hanya RM5 sahaja tau. Semua cukup lengkap lauk pauknya. Bukan saja nasi, chicken chop pun harga RM5. Malah air di Cha time pun sama. Ada yang jual durian pun pakai harga Rahmah. Terbaik lah!", "Sekurang-kurangnya dapat juga membantu rakyat yang memerlukan. Ye lah faham dengan keadaan ekonomi negara sekarang ini, ramai lagi yang masih tak mampu untuk makan bermewah. Dengan adanya Menu Rahmah ini, boleh juga mereka merasa makanan sedap-sedap. Hehe.", "Tapi tahukah anda sebenarnya bukan Menu Rahmah jer yang diperkenalkan. Jualan Rahmah dan Bantuan Bakul Rahmah turut diadakan untuk membantu mereka yang menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini.", "Jualan Rahmah menawarkan barang keperluan yang harganya sehingga 30% lebih murah daripada harga pasaran manakala Bantuan Bakul Rahmah pula terdiri daripada pemberian barangan asas atau baucar bernilai RM100 setiap bulan untuk tempoh 6 bulan kepada setiap ketua isi rumah miskin tegar.", "Terbaharu, Inisiatif Payung Rahmah diperluaskan lagi kepada Pakej Rahmah Cermin Mata pula. Fuh, sangat membantu!", "Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam hantaran di laman Facebook rasminya, berkata melalui inisiatif yang dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear itu, rakyat boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 dan RM100, selain menaik taraf kanta kepada ‘blue cut lens’ dengan perlindungan sinaran ultra ungu pada harga RM100 sahaja.", "Pakej ini boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear di Malaysia! Jadi, kalau ada yang rabun tu, anda boleh dah usha mana yang patut untuk membelinya.", "Tambah beliau, Inisiatif Payung Rahmah ini akan diteruskan dengan pelbagai lagi tawaran menarik sesuai dengan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia.", "Seperti yang anda tahu, Kerajaan mengambil berat tentang kebajikan B40 dan miskin tegar, jadi dengan adanya inisiatif ini dapatlah meringankan beban rakyat dalam menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.", "Langkah-langkah ini berjaya memberikan kelegaan kepada kumpulan sasaran. Bagi anda yang layak dan masih tidak mendapat manfaat daripada inisiatif ini, kena cepat-cepat rebut peluang ini. Jangan malu jangan segan okay!", "Untuk Menu Rahmah dan Jualan Rahmah boleh didapati di seluruh negara dan mudah diakses oleh rakyat manakala untuk inisiatif lain, anda boleh buat permohonan.", "Jangan risau, proses permohonan tidak menyusahkan dan mesra pengguna. Bantuan segera disediakan untuk anda yang layak!" ]
https://www.rotikaya.com/selesai-kes-pukul-luar-mahkamah-bekas-isteri-minta-radhi-bayar-rm300000/
Selesai Kes Pukul Luar Mahkamah, Bekas Isteri Minta Radhi Bayar RM300,000
[ "Bekas isteri Radhi OAG iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri meminta bayaran RM300,000 berikutan persetujuan mereka bagi menyelesaikan kes di luar mahkamah berhubung dakwaan wanita itu dicederakan penanyi berkenaan.", "Memetik BH Online, Shahira berkata Radhi boleh melunaskan bayaran secara penuh atau RM1,000 sebulan untuk tidak membebankan penyanyi itu dimana ianya bertujuan bagi keperluan anak.", "BACA: Beza 5 Tahun Dengan Anak Sulung, Radhi OAG Rancang Kahwin Lepas Kekasih Habis Belajar", "“Saya faham situasi Radhi, permintaan (RM300,000) untuk anak-anak dan Radhi sudah setuju dengan perkara itu. Selepas ini, kami akan buat ‘hitam putih’ (dokumen rasmi) untuk tandatangani (persetujuan).", "“Sebenarnya Radhi nak beri RM5,000 dan RM500 sebulan, saya rasa tidak cukup untuk dua anak. Saya juga perlu bayar pinjaman kereta dan rumah, selain keperluan baju, makanan, vitamin, tuisyen dan sekolah anak.", "“Zaman sekarang bukan macam 1960-an, 1970-an. Kalau diikutkan saya mahu lebih daripada jumlah itu tetapi bila bincang saya minta RM300,000,” katanya.", "Ketika prosiding, Shahira memberitahu hasratnya untuk menarik balik kes itu selepas perbincangan dengan Radhi, serta mahu menjimatkan masanya dan mahkamah.", "“(Saya sudah berbincang dengan Radhi), saya ingin menarik balik kes atas sebab tertentu. Salah satunya ingin menjimatkan masa saya dan mahkamah. Saya faham pekerjaan Radhi, maka saya ingin tarik balik kes dan selesaikan secara baik,” katanya.", "Mengikut pertuduhan, Radhi didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira Ayu di parkir Emporis Menara D Kota Damansara, di sini, pukul 2.29 petang pada 19 April 2022.", "Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali." ]
https://www.rotikaya.com/ramai-sakit-mata-tengok-seluar-hannah-delisha/
Ramai Sakit Mata Tengok Seluar Hannah Delisha
[ "Baru-baru ini nama Hannah Delisha menjadi perhatian ramai apabila tular video di TikTok memaparkan pelakon tersebut sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.", "Menerusi video dikongsikan, difahamkan gambar itu diambil selepas selepasi sesi penggambaran drama Andai Itu Takdirku.", "selesai sudah pengambaran #andaiitutakdirnya jam 7 malam 1jun 2023.dari director dept saya jamal khan @Amy Nawari and abby ingin mengucapkan terima kasih pada semua penonton malaysia,singapore dan indonesia yg menyokong hasil usaha kami.jika ada kesilapan kecil2 dari department kami,kami mohon maaf dan in sya allh kami akan perbaiki di masa akan datang. tq @srone @astro bagi peluang pada team kami. ", "Dalam gambar tersebut, Hanna dilihat memakai seluar berwarna merah jambu namun jenis kain tersebut menampakkan bentuk yang tidak sepatutnna.", "Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang meninggalkan komen ‘sakit mata’ melhat gambar berkenaan serta komen berbaur lucah." ]
https://www.rotikaya.com/kenapa-ada-lelaki-tu-pergi-kursus-kahwin-tapi-nafkah-tak-bagi-ubai-perli-siapa/
“Kenapa Ada Laki Tu Pergi Kursus Kahwin Tapi Nafkah Tak Bagi” – Ubai Perli Siapa?
[ "Umum mengetahui, penyanyi Shila Amzah telah pun mengikat tali pertunangan bersama kekasih hatinya, pempengaruh media sosial, Ubai pada Mei lalu.", "Malah, para peminat tahu pasangan itu sering melakukan siaran langsung bersama-sama. Baru-baru ini, ketika sesi live, pasangan itu bersembang mengenai kursus kahwin.", "BACA: Lamar Shila Amzah Di Taman Tema, Netizen Tak Sangka Ubai Romantik", "Ketika itu, Shila mempersoalkan mengapa Ubai sudah mengambil kursus kahwin sedangkan ketika itu tiada niat untuk berkahwin.", "Malah, Shila turut menjelaskan bahawa ibu tunggal tidak perlu pergi kursus kahwin sekali lagi jika mahu berkahwin kerana sudah tahu hal-hal yang sepatutnya ada dan tidak perlu ada.", "“Untuk apa orang yang pernah kahwin pergi kursus kahwin lagi, sebab dia dah tahu dah dalam perkahwinan tu perlu ada apa dan bila dia keluar dari perkahwinan itu dia dah tahu apa yang kena ada dan yang tak perlu ada,” katanya.", "Sementara itu, kenyataan Ubai menjadi perhatian apabila seakan memerli namun tidak menyatakan nama mana-mana pihak.", "“Habis tu, kenapa ada sorang laki tu, dah pergi kursus kahwin, tak tahu beranak pulak, mangkuk hayun nafkah tak bagi apa semua, apa masalah dia?”", "“Tak, saya ada kenal sorang, tu maksudnya waktu kursus dia tido yer? ataupun waktu kursus tu dia pergi tak faham bahasa melayu? dia cari yang english”,”kataUbai" ]
https://www.rotikaya.com/kakak-dedah-bapa-guna-gaji-asif-suhaimi-untuk-berjudi-beli-dadah/
Kakak Dedah Bapa Guna Gaji Asif Suhaimi Untuk Berjudi, Beli Dadah
[ "Tiada angin tiada ribut perkongsian kakak kepada YouTuber terkenal, Asif Suhaimi iaitu Siti Nur Atina menjadi perhatian apabila mendedahkan mengenai tindakan bapa mereka yang menggunakan bayaran diterima oleh Asif untuk perkara tidak baik.", "Menerusi perkongsian di Facebook, Atina berkata dia sudah lama menjaga aib bapanya sendiri namun semakin lama dibiarkan semakin menjadi-jadi.", "Menurut Atina lagi, dia terpaksa mendedahkan perkara itu kerana tidak tahan dengan tuduhan dilemparkan bapanya yang mengatakan dia mengambil duit hasil kerja adiknya.", "Atina turut berkongsikan sehari sebelum raya Asif ada menerima bayaran sebanyak RM7,000 namun hanya RM4,000 saja diberikan kepada bapanya dan selebihnya disimpan untuk keperluan adiknya itu.", "Bukan itu saja, Atina mendedahkan pada tahun 2019 bapanya itu pernah memaksa Asif untuk mengugut Syahmi supaya membayar gaji sedangkan bukan waktu menerima pembayaran.", "Lebih mengejutkan, Atina mendakwa bapanya sendiri pernah mengambil dadah di depan Asif dan setiap hari Asif perlu menghadap sikap bapanya itu." ]
https://www.rotikaya.com/arwah-isteri-dalam-semua-aspek-suami-rohana/
“Arwah Isteri Terbaik Dalam Semua Aspek” – Suami Rohana
[ "Lewat malam tadi, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi Rohana Jalil yang menghembuskan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) jam 11.33 malam.", "Memetik Harian Metro, suami kepada Allahyarham Rohana iaitu Jagangir Khan menyifatkan arwah isterinya sebagai wanita terbaik yang menjadi suri hatinya sehingga ke akhir hayat.", "BACA: Semua Mesin Tak Mampu Lagi Rawat Rohana Jalil, Kuman Dah Merebak Ke Seluruh Badan", "Menurut Jahangir yang juga pesara polis berkata meskipun kerjaya mereka berbeza namun mereka kekal hidup bersama selama 40 tahun.", "“Apa yang saya boleh rangkumkan mengenai keperibadian arwah isteri, dia adalah terbaik dalam semua aspek. Saya bertuah kami dapat kekal hidup bersama sehingga akhir hayatnya.", "“Walaupun kami sibuk dengan kerjaya masing-masing iaitu saya sebagai anggota polis dan dia penyanyi, namun kehidupan rumah tangga kami bahagia kerana sikapnya yang baik,” katanya.", "Kata Jahangi lagi, dia menyedari isterinya kurang sihat sejak tahun lalu apabila melihat tubuh arwah isterinya semakin kurus dan ada mengajaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan.", "“Apabila melihat tubuhnya semakin susut dan kurus, saya ada mengajak arwah ke hospital untuk melakukan pemeriksaan, tapi dia menolak tidak mahu pergi dan memberitahu tiada apa-apa.", "“Sehinggalah pada April lalu apabila dia sudah sakit, saya terus bawa ke hospital dan doktor memaklumkan arwah mengalami kebocoran usus. Selama dua bulan saya bersama anak-anak dapat menjaganya,” katanya.", "Dalam pada itu, Jahangir meluahkan rasa syukur tiga anak perempuannya sudah boleh hidup berdikari dan akan menghabiskan penuh masanya bersama anak-anak." ]
https://www.rotikaya.com/duit-kahwin-masih-belum-cukup-azri-iskandar-tangguh-lagi-nikah-dr-azra/
Duit Kahwin Masih Belum Cukup , Azri Iskandar Tangguh Lagi Nikah Dr Azra
[ "Nampaknya pelakon Azri Iskandar terpaksa menangguh lagi majlis perkahwinannya bersama Dr Azra Diera susulan wang dikumpul untuk majlis masih belum cukup.", "Memetik mStar Online, Azri berkata dia da pasangannya itu kini sedang sibuk dengan urusan kerja masing-masing dan akan umumkan tarikh majlis kahwinnya apabila sudah bersedia.", "BACA: “Duit Kahwin Masih Belum Cukup” – Azri Iskandar Tak Jadi Nikah Tahun Ini", "“Belum sampai masanya lagi… terpaksa tunda sebab terlalu sibuk. Saya pun masih dalam proses kumpul duit lagi.", "“Sekarang ini belum ada tarikh muktamad lagi. Saya tak nak kongsi tarikh sebab takut tangguh lagi. Biar betul-betul dah bersedia, barulah saya akan umumkan secara rasmi,” katanya.", "Sementara itu, Azri meluahkan rasa syukur hubungannya dengan Azra baik-baik saja apatah lagi sudah setahun mengikat tali pertunangan.", "“Alhamdulillah semuanya okay saja. Semuanya berjalan dengan baik, kami tidak pernah bergaduh dan tak ada apa-apa isu,” katanya.", "Pada Jun tahun lalu, Azri mendedahkan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya Dr Azra di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis. Pasangan itu sepatutnya berkahwin pada hujung tahun lalu." ]
https://www.rotikaya.com/saya-pilih-jurusolek-thailand-supaya-tiada-mua-malaysia-terasa-hati/
“Saya Pilih Jurusolek Thailand Supaya Tiada MUA Malaysia Terasa Hati”
[ "Meskipun sudah seminggu berlalu, namun kisah perkahwinan pelakon Janna Nick masih lagi menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi solekannya mendapat pujian.", "Seperti umum mengetahui, wajah Janna ditatarias oleh jurusolek ternama berasal dari Thailand iaitu Babara Beer. Malah, ada netizen ‘menyiasat’ harga dikenakan jurusolek tersebut iaitu RM10,000.", "Memetik Oh Bulan, Janna terkejut apabila ramai mengetahui tentang harga dikenakan oleh jurusolek berkenaan namun akur apabila netizen sendiri yang ‘membongkar’ harga tersebut.", "“Apabila cerita tentang solekan saya digembar gemburkan adalah diluar kuasa saya. Malah orang ramai sudah tahu harga yang dibayar untuk solekan itu membuat saya terkejut.", "“Bukan salah saya, sebab netizen sendiri yang pergi korek dan tanya pada pihak jurusolek itu sendiri. Untuk saya tiada apa pun yang perlu dihebohkan sangat, saya gembira dengan hasilnya,” katanya.", "Dalam pada itu, Janna turut mendedahkan sebab mengapa dia memilih jurusolek daripada Thailand itu kerana terlalu ramai jurusolek tempatan yang hebat serta mahu berlaku adil supaya tiada yang terasa hati.", "“Untuk bandingkan jurusolek tempatan dan Thailand pun tiada isu pada saya. Mengapa saya memilih jurusolek Thailand adalah disebabkan terlalu ramai jurusolek tempatan yang sangat hebat dan cantik.", "“Apabila terlalu ramai sehingga ada lima orang yang selalu solek saya, semua cantik. Sampaikan saya risau kalau saya pilih si dia, yang di sana pula akan terasa hati. Jadi saya ambil jalan mudah, pilih jurusolek Thailand supaya tiada MUA Malaysia yang terasa hati,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/iwan-tolak-permintaan-cipta-lagu-untuk-penyanyi-wanita-bertegas-suara-itu-aurat/
Iwan Tolak Permintaan Cipta Lagu Untuk Penyanyi Wanita, Bertegas Suara Itu Aurat
[ "Pasti ramai yang masih ingat lagi dengan Raja Dangdut, Iwan Syahwan yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan.", "Memetik mStar Online, bapa kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose itu mendedahkan dia pernah menolak permintaan penyanyi wanita untuk menghasilkan lagu buat mereka.", "BACA: Iwan Selalu Tarbiah Aprena & Oktovia, Syukur Sekarang Dah Berhijab", "Menurut Iwan, dia tidak menerima tawaran tersebut apatah lagi suara merupakan aurat bagi wanita. Dedahnya lagi, anak-anak perempuanya juga turut meminta membuatkan lagu untuk mereka  namun turut ditolak.", "“Saya memang akan menolak lebih-lebih lagi ramai penyanyi perempuan yang minta saya buatkan lagu untuk mereka.", "“Saya rasa mereka pun faham. Bagi perempuan, suara itu tetap aurat termasuk anak-anak perempuan saya sendiri pun ada yang minta saya buatkan lagu. Mereka pun menyanyi juga. Namun saya tetap berkeras untuk menolak permintaan mereka,” katanya.", "Dalam pada itu, Iwan berkata dia tidak mahu lgi mengulangi kehidupannya yang dulu serta berusaha untuk kekal istiqamah mencari keredaan Allah.", "“Kehidupan kita ini tidak lagi macam dulu. Allah beri saya sekali sahaja peluang. Sekiranya saya kembali seperti dulu, saya tidak tahu bagaimana keadaan saya. Setakat ini saya mengambil keputusan untuk istiqamah bagi tidak mengulangi kehidupan masa lalu.", "“Hidup saya sekarang untuk mencari reda Allah. Semua orang juga seperti itu. Antara mereka yakin atau tidak,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/kalau-kita-hidup-bahagia-dibelai-disayang-suami-kenapa-nak-minta-cerai/
“Kalau Kita Hidup Bahagia, Dibelai & Disayang Suami Kenapa Nak Minta Cerai?”
[ "Isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tidak menafikan dakwaan suaminya yang mengatakan dia banyak kali meminta cerai sepanjang perkahwinan mereka.", "Memetik mStar Online, Shuhada berkata jika dia bahagia bersama Hafidz sudah pasti dia tidak akan meminta untuk berpisah.", "BACA: “Kalau Mereka Nak Kahwin…Allah Janji, Pembalasan-Nya Lebih Pedih” – Shuhada", "“Kalau kita hidup bahagia, dibelai dan disayang suami kenapa nak minta cerai. Puncanya daripada mana?", "“Jadi punca itu sendiri daripada dia dan dia pun dah mengaku yang akan buat pendedahan hubungannya bersama Atirah. Semua orang pun sudah tahu punca berlakuna perceraian saya dengan Hafidz. Dia yang memilih ke arah ini,” katanya.", "Sementara itu, Shuhada berkata dia menyerahkan keputusan kepada mahkamah mengenai lafaz cerai kali pertama dan kedua yang pernah dilafazkan oleh Hafidz.", "“Saya serahkan kepada mahkamah untuk buat keputusan kerana ini adalah berkaitan hukum Allah. Jadi kalau berlaku, kita nak tahu jatuhnya talak berapa. Sebabnya saya takut akan pembalasan, kalau kita mainkan hukum Allah,” katanya. ", "Dalam pada itu, Shuhada berharap semuanya akan selesai dengan segera dan baik apatah lagi urusan persekolahan anak-anak tertunda disebabkan masalah mereka.", "“Saya tak dapat buat pendaftaran anak-anak sekolah sebab ada perkara yang tidak lengkap. Saya pun dah terima dengan hati terbuka dan berharap ia berakhir dengan baik tapi mungkin tidak boleh berkawan baik,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/kalau-mereka-nak-kahwinallah-janji-pembalasan-nya-lebih-pedih-shuhada/
“Kalau Mereka Nak Kahwin…Allah Janji, Pembalasan-Nya Lebih Pedih” – Shuhada
[ "Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengulas mengenai khabar angin kononnya suaminya itu bakal berkahwin dengan wanita didakwa menjadi orang ketiga rumah tanga mereka.", "Memetik Harian Metro, Shuhada berkata dia menyerahkan segalanya pada Allah serta tidak mahu perkara itu menganggu mental dan emosi anak-anaknya.", "BACA: “Shuhada Dah Lama Minta Cerai, Kehendaknya Sudah Dituruti” – Hafidz Roshdi", "“(Kalau mereka nak kahwin) saya serahkan segalanya kepada Allah. Allah janji, pembalasan-Nya lebih pedih.", "“Untuk anak-anak berjumpa bakal ibu tiri, itu semua atas kehendak anak-anak sendiri sebab mereka memang menentang perkara ini. Saya tak mahu mengganggu emosi dan mental anak-anak. Cukuplah saya yang hadap semua ini,” katanya.", "Sementara itu, Shuhada berkata kedua-dua anaknya iaitu Humairah dan Umar akan dijaga olehnya kampung halamannya di Perlis dan Hafidz perlu ke negeri itu juga mahu bertemu dengan anak-anak.", "Dalam pada itu, Shuhada turut mengulas mengenai dakwaan netizen yang menganggapnya tidak dapat ‘move on dimana ia bukan berkaitan perasaannya terhadap pelakon itu.", "“Kalau bercakap mengenai ‘move on’, dari segi apa? Sebenarnya, bukanlah saya nak kembali kepada dia. Bila Allah uji dan tegur hati kita, Allah pinjamkan kebahagiaan dan ambil semula, jadi, ‘move on’ untuk saya adalah antara saya dan ujian Allah itu.", "“Insya-Allah, ia akan berlaku, tetapi akan mengambil sedikit masa. Bukanlah saya tak boleh ‘move on’ daripada dia atau apa,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/opai-buka-kaunter-permohonan-maaf/
Opai Buka Kaunter Permohonan Maaf
[ "Semalam, isu mengenai kereta McLaren milik suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang terjawab apabila rakannya memaklumkan sudah pun menjual kereta tersebut namun belum berkesempatan menukar nama.", "Hari ini, perkongsian Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai menjadi perhatian apabila usahawan itu membuka kaunter permohonan maaf di Instagram Story.", "BACA: “Saya Pemilik Kenderaan Itu” – Pemilik Sebenar Kereta McLaren Dedah Cerita", "Menerusi perkongsian itu, Opai turut meminta netizen menulis nama penuh dan nombor kad pengenalan supaya dosa-dosa mereka dapat diampunkan.", "Perkongsian itu dibuat Opai dipercayai sering dikecam teruk susulan kontroversi terpalit dirinya termasuk isu hangat diperkatakan beberapa hari lalu.", "Terdahulu, pemilik kereta tersebut yang juga rakannya Hafiz Wasa berkata Opai membeli kereta itu kerana mahu membantunya yang berdepan masalah peniagaan ketika negara dilanda pandemik.", "Tambahnya lagi, Hafiz menyifatkan Opai seorang yang baik serta tidak sama dengan apa yang ditonton oleh netizen dalam video tular baru-baru ini." ]
https://www.rotikaya.com/jurumekap-dedah-mk-minta-labuhkan-tudung-isteri/
Jurumekap Dedah MK Minta Labuhkan Tudung Isteri
[ "Jumaat lalu, penyanyi rap MK K-Clique akhirnya menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, Siti Hajaar dengan sekali lafaz.", "Meskipun sudah beberapa hari berlalu, kisah perkahwinan MK masih lagi menjadi bualan ramai apatah lagi ramai memuji penampilan isteri kepada penyanyi tersebut.", "Terbaru, perkongsian jurumekap menggunakan nama Nurul MF menjadi perhatian apabila mendedahkan MK sendiri yang meminta untuk melabuhkan tudung isterinya untuk majlis resepsi.", "Jurumekap itu turut menyifatkan wanita tersebut dimiliki oleh lelaki tepat sebagai pasangan hidup.", "‘“Kak, minta tolong labuhkan lagi tudung isteri saya’ – MK K-Clique", "“Alhamdulillah you’re are in the right hand Hajaar. Semoga Allah terus pelihara kalian berdua,” tulisnya.", "Perkongsian jurumekap itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen ang memuji kecantikan Siti Hajaar yang memiliki perwatakan lemah lembut. Malah, ramai ang meluahkan rasa syukur Hajaar dipertemukan dengan suami yang menjaga aurat isterinya." ]
https://www.rotikaya.com/nasib-baik-kaki-perempuan-kalau-kaki-lelaki/
“Nasib Baik Kaki Perempuan, Kalau Kaki Lelaki?”
[ "Sebut saja nama Ismail Izzani, pasti ramai tahu pelakon itu sering terpalit kontroversi sehingga ada yang melabelnya gemar bersosial dan kaki perempuan.", "Memetik Utusan Online, Ismail berkata dia akur bahawa itu asam garam kehidupan sebagai seorang selebriti apabila terjun dalam dunia penuh glamor.", "BACA: “Tidaklah! Mana Ada Hamilkan Anak Orang” – Ibu Ismail Izzani", "Bagaimanapun, Ismail berkata dia enggan peduli dengan segala tanggapan orang sekeliling terhadap dirinya dan sebagai manusia dia juga tidak terlepas melakukan kesilapan.", "“Nasib baik kaki perempuan, kalau kaki lelaki? (sambil tertawa) Bukankah lagi bahaya? Saya juga ada kehidupan peribadi dan sejak tiga tahun belakangan ini saya cuba belajar menyusun keutamaan dalam hidup seperti membahagikan masa kerja, keluarga dan berdepan kontroversi.", "“Saya juga manusia biasa tak lepas melakukan kesalahan. Ini bukan bermaksud saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan saya tak cakap saya menyesal berada dalam bidang ini,” katanya.", "Dalam pada itu, Ismail berkata segala kontroversi membabitkan dirinya mematangkan dirinya untuk menjadi manusia lebih baik serta baginya ada hikmah disebaliknya.", "“Kontroversi adalah proses pembelajaran. Bagi saya, ada masalah dalam industri ini normal. Kalau tiada apa-apa yang berlaku dalam hidup bosan juga. Ini adalah cabaran yang saya perlu hadapi sekarang. Jaga reputasi diri, fikirkan soal keluarga dan masa depan.", "“Saya percaya sentiasa ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Pokok pangkal bagaimana saya berdepan dan bukan lari daripada masalah,” ujarnya" ]
https://www.rotikaya.com/shuhada-dah-lama-minta-cerai-kehendaknya-sudah-dituruti-hafidz-roshdi/
“Shuhada Dah Lama Minta Cerai, Kehendaknya Sudah Dituruti” – Hafidz Roshdi
[ "Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini menetapkan 27 Julai depan untuk keputusan lafaz cerai pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.", "Memetik BH Online, perkara itu dimaklumkan oleh Hafidz sebaik saja selesai prosiding pengesahan lafaz cerai tengah hari tadi.", "Menurut Hafidz, biar apa pun keputusannnya nanti dia akan meneruskan kehidupan baru serta mengekalkan silaturahim antara kedua keluarga demi anak-anak.", "“Alhamdulillah, saya sudah selesai memberikan keterangan bagi kes lafaz cerai yang mana saya dan Nurul Shuhada hadir bersama bagi kes cerai difailkan pada 27 Februari lalu.", "“Hak penjagaan anak-anak akan dibicarakan kelak. Jadi, berikan kami ruang untuk mencapai kata sepakat, demi kepentingan Humairah dan Umar,” katanya.", "Sementara itu, Hafidz turut menafikan beberapa perkara yang memburukkan namanya dimana dia tidak menuduh isterinya itu melakukan pengguguran serta perjumpaannya dengan anak-anak.", "“Banyak sudah dikongsi dalam media sosial. Sebagai contoh, saya tidak menuduh Nurul Shuhada membuat pengguguran dan tidak sama sekali membuat laporan palsu. Ia adalah mengikut apa yang dimaklumkan menerusi komunikasi dalam WhatsApp.", "“Saya berjumpa anak-anak, dua minggu lalu dan bukan tiga minggu lalu seperti yang dinyatakan Nurul Shuhada. Pertemuan ini berlaku selepas musim Aidilfitri.", "“Itu pun selepas banyak permintaan dibuat oleh peguam bagi pihak saya, tetapi tidak berjaya. Instagram (IG) saya sudah digodam dan itulah sebab gambar dan video lewat dikongsi. Tiada strategi atau sebarang niat lain dalam hal ini.", "“Saya tak nampak ada masalah jika saya memuat naik gambar saya bersama anak-anak pada bila-bila masa. Itu hak saya. Nampaknya ada pihak yang cuba mensensasikan perkara ini, tetapi mengapa? Ini kerana Humairah dan Umar adalah anak saya dan hak saya,” katanya.", "Dalam pada itu, Hafidz memberitahu isterinya itu sudah lama minta diceraikan serta menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.", "“Khusus untuk hari ini, walaupun sudah banyak sesi perdamaian dan dialog dijalankan, tetapi perceraian diminta bukan tahun ini.", "“Nurul Shuhada minta diceraikan sudah lama sebenarnya. Jadi, hari ini kehendaknya sudah dituruti. Mahkamah sudah dengar dan akan putuskan mengikut undang-undang, jadi saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/penyanyi-bertudung-ada-hubungan-dengan-pengurus-sendiri-berstatus-suami-orang/
Penyanyi Bertudung Ada Hubungan Dengan Pengurus Sendiri Berstatus Suami Orang?
[ "Tiada angin tiada ribut, hangat diperkatakan mengenai penyanyi wanita berhijab didakwa berskandal dengan pengurusnya yang berstatus suami orang.", "Memetik Utusan Online, ‘hubungan’ tersebut sudah lama dihidu oleh rakan-rakan dalam industri beberapa tahun lalu.", "“Kalau Cik Bunga sebut nama, memang ramai yang akan terkejutlah dan tak akan menyangka penyanyi bertudung ini boleh terjebak dengan suami orang”", "Difahamkan, pengurusnya itu sudah berkahwin, namun belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata lagi,", "Malah, baru-baru ini penyanyi tersebut dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang selebriti tempatan bagaimanapun pengurusnya itu tidak bawa isteri hadir sama ke majlis tersebut.", "“Kiranya, pengurus itu datang cuma berdua sahaja dengan penyanyi wanita tersebut. Kata kenalan Cik Bunga itu lagi, kedua-duanya pun menetap di hotel yang sama,” lapor Utusan.", "Dalam pada itu, Cik Bunga juga turut meluahkan rasa hairan dengan isteri pengurus tersebut tentang hubungan skandal suaminya sedangkan ramai yang sudah mengesyaki perkara berkenaan." ]
https://www.rotikaya.com/sharifah-sakinah-berang-anak-6-tahun-jadi-mangsa-buli-netizen/
Sharifah Sakinah Berang Anak 6 Tahun Jadi Mangsa Buli Netizen
[ "Pelakon Sharifah Sakinah berang dengan sikap netizen yang membuli dan mengejek anaknya, Anais berikutan tular video di TikTok membabitkan anak tunggalnya itu dengan kakaknya, Sharifah Shahirah.", "Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sakinah turut memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika ianya berterusan.", "Menurut Sakinah, dia mengakui kecewa anaknya menjadi amngsa buli. Ujarna, dia tidak kisah jika ada yang mahu bercakap buruk tentang dirinya namun bukan pada kanak-kanak.", "“Saya ingin mengetengahkan satu insiden yang berlaku, baru-baru ini membabitkan anak perempuan saya, Anais dan kakak saya seperti yang tular dalam aplikasi TikTok.", "“Saya tak kisah jika kalian nak membuat andaian atau bercakap buruk pasal saya, tetapi bukan pada kanak-kanak berusia 6 tahun.", "“Sepanjang 15 tahun saya aktif dalam IG, saya cuba membataskan diri daripada berkongsi perkara peribadi termasuk membuat ulasan mengenai produk mengarut sebagai isi kandungan. Keutamaan saya lebih kepada menjaga perasaan anak dan reputasi keluarga.", "“Sangat mengecewakan apabila melihat anak saya menjadi mangsa buli. Mengambil kira ini adalah amaran terakhir, saya akan mengambil tindakan undang-undang demi untuk melindungi keluarga,”  katanya.", "Dalam pada itu, Sakinah turut menitipkan pesanan kepada netizen di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam menulis komen di media sosial.", "“Marilah kita bersama memupuk persekitaran dalam talian yang penuh belas ihsan dengan mengangkat antara satu sama lain berbanding menjatuhkan mereka,” tulisnya." ]
https://www.rotikaya.com/semua-mesin-tak-mampu-lagi-rawat-rohana-jalil-kuman-dah-merebak-ke-seluruh-badan/
Semua Mesin Tak Mampu Lagi Rawat Rohana Jalil, Kuman Dah Merebak Ke Seluruh Badan
[ "Penyanyi Rohana Jalil yang menerima rawatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor akibat kebocoran usus sejak April lalu masih belum sembuh.", "Memetik mStar Online, pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Jepun memaklumkan Rohana berada dalam keadaan stabil namun tubuhnya lemah.", "“Sekarang ini doktor tidak boleh buat apa-apa kerana keadaan Rohana terlalu lemah dan kalau nak buat prosedur rawatan seterusnya pun agak susah.", "“Rohana tak boleh makan atau minum dan hanya bergantung kepada antibiotik untuk sembuhkan usus yang bocor itu,” katanya.", "Sementara itu, pengurusnya itu memaklumkan Rohana tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin perubatan juga sudah tidak mampu merawat penyanyi itu.", "“Dia sudah tidak boleh dirawat di ICU kerana penggunaan mesin-mesin rawatan semuanya tidak lagi memberi kesan terhadapnya.", "“Disebabkan usus telah bocor, kuman-kuman semua telah menyerang ke organ-organ seperti paru-paru dan buah pinggang.", "“Apabila kuman dah merebak ke organ utama, doktor kata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa kerana dia pun sudah tidak kuat untuk melawan penyakitnya itu,” katanya.", "Bercerita mengenai punca masalah kesihatan alami Rohana, Jepun berkata penyanyi itu pernah melakukan pembedahan bariatrik bagi masalah gastrik dua tahun lalu atas nasihat doktor.", "“Cuma kesilapannya apabila doktor tidak memberitahu kami keadaan usus Rohana selepas melakukan pembedahan itu.", "“Doktor hanya memberitahu usus ada luka dan kemerah-merahan tapi doktor tidak memaklumkan sebenarnya ia sudah menjadi teruk,”katanya.", "Kata pengurusnya lagi, doktor hanya memberikan ubat antibiotik bagi merawat usus Rohana dan melakukan rawatan susulan tanpa diminta merujuk ke hospital pakar.", "Jepun berkata dia turut kesal dengan tindakan pihak hospital kerana tidak memaklumkan perkara sebenar kepada mereka.", "“Sepatutnya dia sebagai pakar perut menasihatkan kami untuk merujuk kepada doktor pakar. Namun, dia ambil tindakan sendiri dan meneruskan dengan rawatan susulan yang mana tidak juga memberikan kesembuhan kepada Rohana,” katanya " ]
https://www.rotikaya.com/ketiak-dia-lebih-cerah-daripada-masa-depan-aku/
“Ketiak Dia Lebih Cerah Daripada Masa Depan Aku”
[ "Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon Yasmin Hani menjadi perhatian ramai apabila dilihat ada memuat naik gambarnya di Instagram.", "Menerusi gambar terbaru, gambar dimuat Yasmin memaparkan dirinya memakai singlet berwarna hijau bagi mempromosikan sebuah produk pada hantaran tersebut.", "Namun, apa yang menjadi perhatian adalah bahagian ketiak pelakon itu sehingga ada netizen yang mengatakan ketiakna lebih cerah daripada masa depannya. Sementara itu, ada netizen mengatakan bahawa semakin berusia wanita itu semakin cantik wanita tersebut.", "Dalam pada itu, ada yang mengatakan ibu kepada dua cahaya mata itu tidak berubah dari dulu sehingga sekarang.", "Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelakon Alif Hadi mengakui kini sedang berkawan rapat dengan Yasmin Hani dan dalam fasa mengenal hati budi." ]
https://www.rotikaya.com/janna-nick-dah-minta-maaf-kepada-ustaz-wadi/
Janna Nick Dah Minta Maaf Kepada Ustaz Wadi
[ "Pelakon Janna Nick berkata dia tidak menyangka kehadiran Ustaz Wadi Annuar ketika majlis resespinya menimbulkan rasa kurang senang netizen sehingga pendakwah itu dikecam.", "Memetik mStar Online, Janna berkata naitnya menjemput pendakwah itu untuk memohon keberkatan daripada Allah agar majlisnya berjalan lancar.", "BACA: Honeymoon Di Pantai, ‘Bodyguard’ Teman Janna Nick & Dini Schatzmann", "Menurut Janna lagi, dia memohon maaf serta mengakui kesilapannya bahawa majlis tersebut tidak sesuai dengan kehadiran pendakwah berkenaan.", "“Tujuan saya menjemput ustaz ke majlis adalah kerana pada malam sebelum hari pernikahan kami adakan bacaan doa selamat dan Yasin. Malam itu juga dia ada menyampaikan ceramah bertajuk ‘memimpin isi rumah ke syurga’.", "“Saya undang dia ke majlis perkahwinan sekali dan tak tahu kalau dalam Islam ini orang dah jemput wajib datang. Apa-apa pun saya minta maaf… saya sedar itu kelalaian dan kesilapan saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan kehadiran Ustaz Wadi.", "“Niat saya cuma memohon keberkatan meminta seorang ustaz yang tinggi ilmu agamanya untuk mendoakan perkahwinan saya,” katanya.", "Dalam pada itu, Janna memberitahu dia sudah membuat pemohonan maaf kepada pendakwah berkenaan serta enggan memanjangkan isu itu lagi.", "“Ustaz Wadi dah buat penerangan bagi pihak dia dan saya pun tak nak panjangkan perkara ini kerana saya menghormatinya dan para ulama yang berada di Malaysia sebab mereka adalah ilmuan yang mengajar dan menyampaikan ilmu kepada kita.", "“Saya sebagai orang yang cetek ilmunya ini sangat menghormati mereka, saya rasa diri ini sangat hina jika dibandingkan dengan mereka.", "“Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi… kalau dia pun sudah maafkan saya harap semua boleh hentikan isu ini,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/kongsi-foto-hadir-perkahwinan-mk-nabila-razali-tutup-ruangan-komen/
Kongsi Foto Hadir Perkahwinan MK, Nabila Razali Tutup Ruangan Komen
[ "Penyanyi dan pelakon Nabila Razali dilihat ada. berkongsi foto ketika menghadiri ke majlis perkahwinan rakan selebriti iaitu MK K-Clique dan isterinya Siti Hajaar.", "Menerusi perkongsian itu, Nabila memuat naik gambarnya yang mengenakan busana serba putih bersama pasangan pengantin baru itu.", "Nabila turut menyertakan ucapan istimewa buat MK serta berbesar hati dapat menyaksikan majlis indah pasangan tersebut.", "Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila Nabila bertindak menutup ruangan komen perkongsian itu." ]
https://www.rotikaya.com/gelagat-watie-ketika-bachelorette-party-jadi-perhatian/
Gelagat Watie Ketika Bachelorette Party Jadi Perhatian
[ "Tinggal beberapa hari saja lagi pelawak Shuib Sepahtu bakal disatukan dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada 23 Jun ini.", "Baru-baru ini, tular video memaparkan Watie bersama rakan-rakannya meraikan Bachelorette Party sebelum bergelar isteri kepada Shuib.", "BACA: “Shuib Menang Besar” – Video Watie Berbaju Songket Jadi Perhatian", " ? original sound – D | H? – D | H? ", "Menerusi video itu, Watie dilihat memakai baju rona tema putih bergelak ketawa meraikan parti tersebut bersama rakan-rakannya.", "Diruangan komen, video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang seolah terkejut dengan gelagat Watie. Malah, ada yang mengatakan ianya berbeza  ketika Watie muncul di sebuah program televisyen sebelum ini.", "Dalam pada itu, ada yang mengatakan ianya perkara biasa bagi wanita yang berperangai ‘gila-gila’ apabila bersama rakan-rakan mereka." ]
https://www.rotikaya.com/saya-pemilik-kenderaan-itu-pemilik-sebenar-kereta-mclaren-dedah-cerita/
“Saya Pemilik Kenderaan Itu” – Pemilik Sebenar Kereta McLaren Dedah Cerita
[ "Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang apabila terpalit dengan dakwaan menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk kenderaan mewahnya McLaren.", "Terbaru, memetik mStar Online, pemilik sebenar kereta berkenaan iaitu Hafiz Wasa tampil memberikan penjelasan mengenai perkara itu.", "BACA: Masuk Hospital, Fatin Afeefa Kata Suami Kena Pukul Dengan Geng H?", "Menurut Hafiz, kereta mewah itu sudah pun dibeli oleh Opai namun masih belum berkesempatan untuk menukar nama disebabkan kekangan masa.", "“Ya, saya pemilik kenderaan itu, tapi Opai dah beli kereta itu daripada saya pada November lalu. Cuma kami belum lakukan penukaran pindah milik lagi sebab dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah dan sedikit pembedahan. Semua masih dalam proses tapi bayaran dah selesaikan.", "“Jadi itu memang kereta dia pun, pelik dengan netizen ni..mungkin sebab video Opai yang viral baru-baru ini menyebabkan ia jadi bualan,” katanya. ", "Sementar aitu, Hafiz berkata Opai membeli kereta itu kerana mahu membantunya yang berdepan masalah peniagaan ketika negara dilanda pandemik.", "Tambahnya lagi, Hafiz menyifatkan Opai seorang yang baik serta tidak sama dengan apa yang ditonton oleh netizen dalam video tular baru-baru ini.", "“Saya ada jalankan perniagaan dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bisnes kami ada masalah situ, itu sebab kami buat keputusan untuk jual kereta tersebut.", "“Saya rasa Opai beli kereta itu pun sebab nak tolong saya, ikutkan dia ada banyak pilihan kereta lain yang lebih mewah.", "“Kami dah kenal sejak 2016. Sepanjang perkenalan saya dengan Opai, dia dekat luar tidak sama macam di dalam video. Dia seorang yang baik dan hormat orang,” jelasnya." ]
https://www.rotikaya.com/55-kali-tak-gagal-buat-kejutan-untuk-isteri-hafiz-mahamad-siap-sewa-satu-panggung/
55 Kali Tak Gagal Buat Kejutan Untuk Isteri, Hafiz Mahamad Siap Sewa Satu Panggung
[ "Sebut saja nama usahawan dan personaliti media sosial Hafiz Mahamad, pasti ramai tahu individu itu dikenali ramai kerana sering membantu mereka yang memerlukan.", "Malah, ramai yang mengagumi caranya menghargai isteri tercinta, Syafiqah Aina serta tidak pernah lupa untuk memberi kejutan buat ibu kepada anak-anaknya itu.", "Baru-baru ini, sempena ulang tahun kelahiran isterinya Hafiz sekali lagi membuat kejutan buat Aina dimana kelihatan wanita itu terharu dan sebak atas pemberian suaminya itu.", "Menerusi video dikongsikan, memaparkan video Aina sedang menangis sambil bermain telefon di atas sofa. Aina berkata ianya kejutan paling bermakna buat dirinya.", "Tidak memberitahu kejutan apa yang diterima oleh Aina, namun ramai membuat andaian bahawa pasangan tersebut bakal menunaikan ibadah Haji.", "Sementara itu, dalam perkongsian lain Hafiz dilihat turut membuat kejutan buat isterinya dengan menyewa satu panggung wayang serta menghadiahkan satu dokumentari buat Aina. " ]
https://www.rotikaya.com/opai-jawab-isu-nombor-plat-qpa1-tak-guna-atas-jalan/
Opai Jawab Isu Nombor Plat QPA1, Tak Guna Atas Jalan
[ "Usahawan yang juga suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menjelaskan dia menggunakan nombor plat QPA1 untuk kenangan ketika berkahwin dengan isteirnya.", "Menerusi satu video dimuat naik di Insta Story, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai berkata dia tidak menggunakan nombor plat berkenaan ketika memandu kereta tersebut di atas jalan.", "BACA: Masuk Hospital, Fatin Afeefa Kata Suami Kena Pukul Dengan Geng H?", "“Ni penjelasan saya, biasalah orang kahwin pakai nombor plat ‘fancy’ cantik-cantik letak nama sendiri. Jadi benda ni pun dah kahwin hampir setengah tahun, dah viral lama dah.", "“So, jangan kata JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) panggil apa semua, atas jalan raya tak pakai nombor plat tu,” katanya.", "Sementara itu, Opai berkata pihak JPJ tidak memanggilnya mahupun menghubunginya mengenai isu tersebut.", "“JPJ tak ada panggil pun, tak ada surat sampai. JPJ tak ada ‘call’ apa pun,” katanya.", "Dalam pada itu, Opai juga berkata orang ramai tidak menggunakan namanya atau isu berkaitan dirinya untuk viral semata-mata.", "“Saya rasa sudah-sudahlah, bosanlah orang Malaysia dah bosan dengar cerita Opai. Orang pakai nama saya pun sebab senang nak masuk FYP (For Your Page) sebab memang kita bagus,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/ebit-lew-perjelas-mondy-buat-tatu-sendiri-caprice-kongsi-video-sebenar/
Ebit Lew Perjelas Mondy Buat Tatu Sendiri, Caprice Kongsi Video Sebenar
[ "Pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew mempertahankan wanita bertatu yang dibantunya dengan menjelaskan tatu dibadannya itu dibuat sendiri dan tidak melibatkan wang ribuan ringgti seperti didakwa netizen.", "Bagaimanapun, perkongsian penyanyi rap, Caprice menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video lama memaparkan wanita bernama Mondy itu sedang menjalani proses mencacah tatu dengan menggunakan khidmat orang lain.", "BACA: Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Lelaki Kepada Pengadu – Saksi", "Difahamkan Mondy menggunakan khidmat pelukis tatu yang terletak di Tangerang Selatan, Indonesia yang menjalankan bisnes dengan menggunakan akaun media sosial bernama @mandala_genk18.", " ? suara asli – TATTOO TANGERANG SELATAN – TATTOO TANGERANG SELATAN ", "Sementara itu, menerusi perkongsian di TikTok, Mondy dilihat turut berkongsikan sebelum ini video memaparkan dirinya sedang baring menjalani proses mencacah tatu pada wajah.", "Dalam pada itu, diruangan komen perkongsian Caprice itu, rata-rata netizen mempersoalkan penjelasan Ebit Lew serta tentang logik seseorang itu boleh mencacah tatu dibadan sendiri." ]
https://www.rotikaya.com/isteri-mk-rupanya-anak-tiri-noniswara/
Isteri MK Rupanya Anak Tiri Noniswara
[ "Jumaat lalu, penyanyi rap MK K-Clique akhirnya menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, Siti Hajaar dengan sekali lafaz.", "Sementara itu, pelakon Datin Seri Noniswara turut berkongsikan berita gembira anak tirinya iaitu Siti Hajaar yang selamat bergelar isteri.", "Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Noniswara turut mengucapkan tahniah buat suaminya, Datuk Seri Syeikh Nordin yang menerima menantu.", "“Alhamdulillah, tahniah encik suami dapat menantu. Tahniah buat si manis saya, anak tiri Hajaar dan MK,” tulisnya.", "Memetik mStar, Noniswara tidak hadir pada majlis resepsi anak tirinya dan MK yang diadakan di Hotel Wydnham Acmar, Klang pada malam Sabtu lalu.", "Pada majlis pernikahan Jumaat lalu, Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan." ]
https://www.rotikaya.com/masuk-hospital-fatin-afeefa-kata-suami-kena-pukul-dengan-geng-h/
Masuk Hospital, Fatin Afeefa Kata Suami Kena Pukul Dengan Geng H?
[ "Sejak semalam hangat diperkatakan apabila suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang didakwa menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk kenderaan mewahnya McLaren.", "Susulan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik sebenar tampil membuat laporan polis.", "BACA: Bukan Nombor Plat Sebenar, JPJ Gesa Pemilik McLaren Buat Laporan", "Terbaru, perkongsian Fatin menjadi perhatian apabila berkongsikan video suaminya berada di hospital. Malah, Fatin turut menulis kapsyen suaminya dipukul dengan geng Honda.", "Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan kenyataan itu sama ada benar ataupun hanya berjenaka.", "Sebelum ini, suami kepada artis tersebut dikecam teruk selepas mendakwa menghina kereta bukan supercar sebagai najis pada sebuah acara pertunjukan kereta." ]
https://www.rotikaya.com/leona-perlukan-terapi-netizen-nasihat-tuhan/
Leona Perlukan Terapi, Netizen Nasihat Dekati Tuhan
[ "Perkongsian pempengaruh media sosial sensasi yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menjadi perhatian ramai di Twitter.", "Menerusi perkongsian status itu, gadis berusia 21 tahu. itu memberitahu dia mahu mendapatkan bantuan psikiatri atau terapi.", "Bagaimanapun, Leona tidak memberitahu punca dia mahu mendapatkan bantuan terapi. Namun, rata-rata netizen membuat andaian mungkin Leona tertekan dengan kecaman dilemparkan terhadapnya.", "Sementara itu, diruangan komen ada segelintir netizen menyarankan agar Leona mendekatkan diri dengan Tuhan serta mengadu pada Allah.", "Malah, ada yang menitipkan pesanan pada Leona agar berehat seketika daripada media sosial untuk mendapatkan ketenangan.", "Sebelum ini, bapa kepada influencer itu yang juga pelakon Azhar Sulaiman Azhar meluahkan rasa bimbang mengenai anaknya itu.", "Azhar memberitahu bahawa setiap orang ada hari ‘bodohnya’, namun dia bimbang jika anaknya itu sejenis ‘bodoh’ kerana tidak henti menimbulkan kontroversi." ]
https://www.rotikaya.com/bukan-nombor-plat-sebenar-jpj-gesa-pemilik-mclaren-buat-laporan/
Bukan Nombor Plat Sebenar, JPJ Gesa Pemilik McLaren Buat Laporan
[ "Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kereta mewah McLaren membuat laporan selepas tular mengenai kenderaan tersebut minggu lalu.", "Memetik Harian Metro, JPJ turut mengesahkan nombor plat yang digunakan bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.", "BACA: “Saya Tak Suka Pergi Konsert, Dengar Muzik Haram” – Opai", "JPJ meminta pemilik membuat laporan polis susulan tular gambar dalam kejadian membabitkan suami artis popular sebelum ini.", "“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya", "Sebelum ini, suami kepada artis tersebut dikecam teruk selepas mendakwa menghina kereta bukan supercar sebagai najis pada sebuah acara pertunjukan kereta.", "Sementara itu, difahamkan sebuah laman bernama SCRUT di Facebook turut mendedahkan mengenai kenderaan berkenaan yang menggunakan nombor plat ‘QPA1’ serta turut dikongsikan nama didakwa pemilik yang sebenar." ]
https://www.rotikaya.com/keluarga-tak-pernah-setuju-nadia-tanggal-tudung-haris-annuar-terkilan-netizen-serang-ibu/
Keluarga Tak Pernah Setuju Nadia Tanggal Tudung, Haris Annuar Terkilan Netizen Serang Ibu
[ "Bulan lalu perkongsian pengacara televisyen, Nadia Annuar mengejutkan ramai apabila tampil tidak lagi berhijab selepas memuat naik satu perkongsian sempena hari jadinya.", "Memetik mStar Online, adik kepada personaliti itu iaitu Harris Annuar yang juga pelakon dan personaliti media sosial berkata dia sudah menasihati kakaknya itu.", "Menurut Harris, keluarganya juga tidak pernah bersetuju dengan tindakan kakaknya itu namun sudah menjalankan tanggungjawab menasihati Nadia.", "“Ketika Nadia mengambil keputusan membuka hijab dia ada memberitahu kami sekeluarga dan memang tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Sekurang-kurangnya kami sudah terlepas daripada dosa kerana sudah pun menasihatinya,” katanya.", "Menurut Harris lagi, keluarga membantah tindakan Nadia itu namun mungkin kakaknya itu ada alasan tersendiri berbuat demikian.", "“Apabila Nadia memberitahu niatnya untuk membuka hijab, reaksi kami sekeluarga tidak marah tetapi kami membantah tindakannya itu.", "“Daripada pihak keluarga saya sebenarnya semua tidak bersetuju tapi terpulang pada diri dia sendiri. Mungkin dia ada alasannya tersendiri. Saya pun tak tahu,” katanya.", "Sementara itu, Harris berkata tindakan kakanya itu tidak memberikan kesan buatnya lebih-lebih lagi dia sering mengikuti jemaah tabligh.", "“Bagi saya, ia tidak mendatangkan masalah kerana macam saya katakan, bila saya beritahu yang saya tidak bersetuju dengan keputusannya itu, saya sudah terlepas daripada dosa. Mungkin Allah nak tunjukkan dia perkara yang lebih baik. Walaupun saya pergi tabligh, tetapi ia tidak memberi kesan.", "“Kalau ikutkan tujuan tabligh sebenarnya adalah untuk mendekatkan orang dengan Allah. Kalau kita jauhkan dia dari Allah dan tidak menegurnya, jadi masalah juga nanti,” katanya.", "Bagaimanapun, Harris meluahkan rasa terkilan apabila ibunya usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton dikecam netizen susulan keputusan kakaknya itu.", "“Untuk diri saya memang tidak terkena apa-apa tempiasnya kerana saya jenis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.", "“Tapi mungkin mummy terasa sikitlah sebab mummy pun meniaga buat live lagi di media sosial. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata-kata netizen. Lagi pun, hati seorang ibu. Mestilah dia sedih bila melihat anaknya yang dulu berhijab tiba-tiba nak buka hijab semula,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/noki-kecewa-tuju-tak-datang-majlis-kahwin-mk/
Noki Kecewa Tuju Tak Datang Majlis Kahwin MK
[ "Penyanyi dan pelakon Noki mengakui terasa hati apabila saalah seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju tidak hadir pada majlis nikah dan persandingan sahabat mereka, MK.", "Memetik mStar Online, Tuju berkata MK ada menghantar jemputan namun menurutnya sebagai sahabat lama sepatutnya hadir pada kedua-majlis tersebut.", "BACA: MK K-Clique Segera Nikah Siti Hajaar Kerana Mahu Elak Fitnah", "“Saya tak mahu fikirkan sangat tapi kalau ikut logik, dia sahabat kam yang berkawan sejak dulu sepatutnya datang. MK ada beri jemputan ke majlis pernikahan dan kenduri hari ini,” katanya.", "Dalam pada itu, Noki berkata dia memahami perasaan MK dimana dia juga kecewa dan sedih Tuju tidak hadir pada hari bahagia sahabat mereka meskipun bukan majlisnya.", "“Saya nak komen banyak pun susah sebenarnya cuma jujurnya memang terasa biarpun bukan saya yang bersanding malam ini. Sebagai sahabat saya faham perasaan mereka. Kecewalah memang kecewa,” katanya.", "Sementara itu, Noki berkata kali terakhir mereka berkomunikasi dengan Tuju sejak enam bulan lalu dan tidak menafikan berlaku sedikit salah faham sehingga hubungan renggang.", "“Kami memang tak ada hubunginya langsung sejak enam bulan lalu, apa yang saya boleh katakan kami memang ada sedikit salah faham rasanya susah sikit untuk diselesaikan,” katanya.", "Bagaimanapun, Noki berkata dia tiada masalah jika Tuju ingin kembali semula bersama K-Clique namun hubungan mungkin tidak akrab seperti dahulu.", "Sebelum ini hangat diperkatakan apabila ketiadaan Tuju pada majlis pernikahan MK pada Jumaat lalu sekaligus menimbulkan tanda tanya peminat." ]
https://www.rotikaya.com/essam-muhammad-luah-rasa-syukur-dijodohkan-dengan-mizz-nina/
Essam Muhammad Luah Rasa Syukur Dijodohkan Dengan Mizz Nina
[ "Khamis lalu, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah pun bergelar isteri kepada penyanyi rap daripada Amerika Syarikat, Essam Muhammad.", "Menerusi satu perkongsian di Instagram, Essam menzahirkan rasa syukur diatas perkahwinannya dengan Mizz Nina serta menyifatkan pertemuan mereka itu disusun Allah dengan cukup sempurna.", "“Alhamdulillah hidup ini indah bagi saya. Kata-kata saja tidak dapat menyatakan rasa syukur kerana Allah mengurniakan wanita paling heba, permaisuriku, isteriku tercinta.", "“Jika lautan adalah dakwat kepada pen juga sudah kering bagi menggambarkan restu dan rahmat yang Allah SWT berikan buat kami berdua.", "“Perjalanan ini begitu indah dan penuh makna setelah dikurniakan dengan ketentuan Allah SWT. Begitu sempurna apa yang sudah tertulis buat kami berdua.", "“Kadang kala Allah mengejutkan kita dengan perancangan-Nya yang melangkaui apa yang kita fikirkan terbaik buat kita,” katanya.", "Terdahulu, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan perceraian pada 14 Jun 2022." ]
https://www.rotikaya.com/juliana-evans-selamat-bersalin-anak-kedua/
Juliana Evans Selamat Bersalin Anak Kedua
[ "Pelakon Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan cahaya mata kedua bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Sabtu.", "Berita gembira itu dikongsikan oleh Juliana menerusi di Instagram miliknya meluahkan rasa syukur di atas kelahiran cahaya mata kedua.", "Menerusi perkongsian itu, Juliana turut berkongsikan wajah anak kedua anaknya untuk tatapan peminat di media sosial.", "Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada April 2017. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah kini berusia empat tahun." ]
https://www.rotikaya.com/ben-amir-suka-wanita-comel-minat-gim/
Ben Amir Suka Wanita Comel, Minat Main Gim
[ "Perkongsian Ben Amir memuat naik foto sijil kursus kahwin di media sosial menjadi perhatian apabila ada yang membuat andaian pelakon itu bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.", "Memetik mStar Online, Ben berkata dia belum lagi memikirkan soal kahwin serta kini gembira dengan kehidupan bujang dan mahu memberi fokus pada kerjaya lakonan.", "BACA: Shooting Belum Habis Dah Cabut, Ben Amir Setuju Bayar Ganti Rugi RM100,000", "“Saya ikut kursus itu semasa waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu dan sekarang baru terima sijil, lambat lagi kalau nak kahwin pun.", "“Selepas dua tahun baru dapat ambil sijil tu, saya saja nak kongsi ada sijil kursus kahwin, buat masa ini saya nak fokus kepada filem aksi pertama dan idam untuk berlakon banyak lagi watak lain.", "“Tak fikir nak kahwin lagi sebab saya pun masih lagi muda baru 33 tahun, happy saja hidup bujang ni dan keluarga pun tak ada tanya atau letakkan tekanan pada saya,” katanya.", "Ditanya sama ada Ben sukakan wanita comel, pandai memasak dan minat ke gim, pelakon itu mengakui perkara tersebut. ", "“Betul, tu betullah, semua orang ada taste masing-masing.  Saya sukakan wanita main gim kerana dari segi mentaliti sebab saya juga seorang yang menjaga kecergasan.", "“Jadi apabila bercakap soal kecergasan ni sebenarnya membabitkan mentaliti dan juga disiplin, itu yang saya suka,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/pu-riz-tak-sabar-nantikan-kelahiran-cahaya-mata-kedua/
PU Riz Tak Sabar Nantikan Kelahiran Cahaya Mata Kedua
[ "Suami kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu pendakwah bebas PU Riz mengakui teruja dan tidak sabar menantikan cahaya mata kedua mereka.", "Memetik Harian Metro, PU Riz mengakui perasaan takut memang ada apabila menimang cahaya mata namun baginya anak-anak memberikan kebahagiaan dan kegembiraan.", "“Meskipun ada perasaan takut, tapi saya percaya anak-anak ini banyak memberi kebahagiaan dan kegembiraan. Apabila kita penat selepas melakukan kerja, memeluk dan melihat wajah anak pun sudah buat kita gembira,” katanya.", "Dalam pada itu, PU Riz memaklumkan anak keduanya itu bakal dilahirkan lebih kurang sebulan lagi.", "Tambah PU Riz lagi, dia dan isteri juga sudah bersedia dari segi mental dan fizikal dalam rutin penjagaan anak seperti membuat susu dan menukar lampin pakai buang.", "Sementara itu, PU Riz berkata dia dan Neelofa sudah mempunyai cadangan nama bagi anak kedua mereka itu namun akan didedahkan selepas tujuh hari kelahiran." ]
https://www.rotikaya.com/mahu-elak-fitnah-mk-k-clique-segera-nikah-siti-hajaar/
MK K-Clique Segera Nikah Siti Hajaar Kerana Mahu Elak Fitnah
[ "Penyanyi rap, MK K-Clique meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya dengan wanita pilihan hati, Siti Hajaar berjalan lancar meskipun perancangan dibuat dalam masa dua minggu sahaja.", "Memetik mStar Online, MK berkata dia dan isteri mahu utamakan perkara wajib dahulu dan segerakan nikah kerana mahu mengelak fitnah serta mengakui ada dugaan sebelum berlangsung majlis pernikahan.", "“Perancangan untuk berkahwin memang ada sebelum ini, tapi kami belum tetapkan sebarang tarikh. Jadi saya perlu pilih tarikh sesuai untuk urusan dokumen dan sebagainya.", "“Syukur segalanya berjalan lancar walau dalam tempoh dua minggu melakukan persiapan. Ada juga dugaan kecil, tapi tidak ganggu proses majlis.", "“Kami mahu utamakan perkara wajib. Dalam masa sama mahu elak fitnah orang ramai. Jadi kami segerakan bernikah,” katanya.", "Berkongsi mengenai perkenalan mereka, MK berkata dia dan isterinya yang juga seorang usahawan menjalin hubungan cinta sejak empat tahun lalu.", "“Saya tak rahsiakan, cuma tak menunjuk hubungan kami. Perkara yang belum pasti lebih elok tidak terlalu berkongsi.", "“Selepas ini pun saya tak mahu terlalu dedahkan kisah hidup bersama isteri. Mungkin ketika hadir di majlis tertentu saja saya akan bawa dia bersama,” katanya.", "Dalam pada itu, MK berkata isterinya banyak mengajarnya tentang kehidupan serta menegur supaya tidak melakukan tindakan tidak sepatutnya.", "“Syukur dia banyak mengajar saya tentang kehidupan termasuk daripada segi percakapan, adab dan penampilan. Dari sudut kerjaya seni dia banyak menegur supaya menjaga tingkah elak melakukan perkara tidak sepatutnya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/sophia-albarakbah-pakai-bikini-berlari-tepi-pantai-nampak-punggung/
Sophia Albarakbah Pakai Bikini, Berlari Tepi Pantai Nampak Punggung
[ "Sebut saja nama Sophia AlBarakbah, pasti ramai tahu nama pelakon jelita itu hangat diperkatakan susulan kontroversi tersuka suami orang.", "Terbaru, nama pelakon itu menjadi bualan apabila tular videonya memakai bikini ketika berada di sebuah pantai.", "Menerusi video di TikTok itu, Sophia dilihat memakai cardigan berwarna biru berlari-lari sehingga terlihat seluar dalamnya dan sipi-sipi kulit punggungnya apabila ditolak angin.", "Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut melihat video berkenaan serta sedih sedih melihat seseorang beragama Islam berpakaian sedemikian.", "Sementara itu, ada netizen menyifatkan apa yang dilalui oleh Sophia itu adalah ujian buatnya serta mendoakan agar pelakon itu berubah suatu hari nanti.", "Difahamkan video itu merupakan video lama miliknya yang pernah dimuat naik dalam Instagram namun baru tular di  TikTok." ]
https://www.rotikaya.com/mk-k-clique-sah-bergelar-suami-siti-hajaar/
MK K-Clique Sah Bergelar Suami Siti Hajaar
[ "Tahniah diucapkan buat penyanyi rap, MK K-Clique akhirnya sah bergelar suami kepada Siti Hajaar dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.35 pagi tadi di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang.\n", "Memetik mStar Online, MK dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’il Huda, Mahdi Mat Zain berwalikan bapa pengantin perempuan, Datuk Sri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.", "Dalam majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan. MK turut menyerahkan enam dulang hantaran berbalas enam dulang daripada pengantin perempuan.", "Sementara itu, MK meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan lancar serta memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.", "“Alhamdulillah, majlis lancar dan dipermudahkan walaupun persiapan dibuat dalam masa singkat. Doakan kebahagiaan kami bersama,” katanya.", "Difahamkan, pasangan itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, pada Sabtu ini." ]
https://www.rotikaya.com/kongsi-video-joget-syed-tegur-dai-syed/
Kongsi Video Joget, PU Syed Tegur Da’i Syed
[ "Pendakwah bebas, PU Syed menegur rakan seperjuangan iaitu Da’i Syed supaya dapat menjaga akhlak dan nama baik sebagai golongan yang menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat.", "Menerusi perkongsian video di Instagram, PU Syed berkata pendakwah selebriti itu tidak sepatutnya berkongikan video memaparkan aksi menari bersama isteri untuk tontonan umum.", "A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)", "“Saya nasihat agar jagalah status kita membawa gelaran agamawan yang menyampaikan tazkirah dan peringatan kepada masyarakat.  Atau mungkin kamu rasa kamu artis, tapi jagalah kita punya akhlak.", "“Tak perlu kita menunjuk sangat isteri walaupun isteri kamu tu seorang dikenali, tapi alangkah bagusnya kalau tiada video atau konten berjoget-joget di media sosial,” katanya.", "Dalam pada itu, PU Syed turut menjelaskan tindakan berkongsi adegan ‘mesra’ itu secara tidak langsung mengundang persepsi buruk orang ramai terhadap golongan asatizah (ustaz dan ustazah).", "“Mungkin ada yang mengatakan kenapa ustaz macam ni, berjoget-joget dalam media sosial. Ni satu fitnah yang kadang-kadang dapat kepada para asatizah.", "“Asatizah ni ada pakaian, mungkin kita nak jadi munafik, menyamar baik depan orang, tidak. Maksudnya ada perbezaan kita dengan orang awam.“", "“Jadi saya nasihatkan, moga kita dapatlah berubah jadi lebih hebat lagi dengan menjaga adab serta tatasusila sebagai golongan pendakwah agar tak terpalit fitnah,” katanya.", "Sementara itu, PU Syed turut berharap netizen dapat membezakan antara dirinya dan Da’i Syed oleh kerana mereka mempunyai awalan nama serupa, namun dari program realiti dakwah berbeza." ]
https://www.rotikaya.com/azhar-sulaiman-berang-lelaki-buat-lawak-pinjam-leona-satu-malam/
Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam
[ "Perkongsian pelakon Azhar Sulaiman menjadi perhatian apabila memuat naik paparan tangkap layar seorang netizen yang meninggalkan komen terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona.", "Azhar yang naik angin dengan komen individu itu turut mengajak untuk bersua muka dengannya serta mendedahkan wajah individu tersebut.", "BACA: “Saya Risau Kalau Leona Ni Jenis Yang Bodoh Setiap Hari” – Azhar Sulaiman", "Susulan pendedahan itu, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut apatah lagi berani meninggalkan komen lucah terhadap wanita.", "Bagaimanapun, diruangan komen Azhar berkata dia tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki tersebut memandangkan sudah mendapat malu selepas pendedahan berkenaan.", "Malah, Azhar memberitahu ada peminat yang memberikan salinan kad pengenalan lelaki itu meskipun tidak diminta.", "Sementara itu, ada netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan lelaki itu yang dipercayai sudah mempunyai isteri." ]
https://www.rotikaya.com/mizz-nina-kini-isteri-essam-muhammad/
Mizz Nina Kini Isteri Essam Muhammad
[ "Selebriti dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina mengumumkan berita gembira apabila selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Essam Muhammad merupakan penyanyi rap Amerika Syarikat.", "Menerusi perkongsian di Instagram itu, Mizz Nina memaklumkan majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta rakan terdekat.", "Mizz Nina turut meluahkan rasa syukur dengan perkahwinannya itu serta menganggap ianya takdir terindah ditentukan oleh Allah SWT.", "“Saya baru sahaja berkahwin (nikah) pada suku kedua 2023, bersama suami tercinta Essam Muhammad dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan rapat,” katanya.", "“Allah sebaik-baik perancangan dan telah menentukan takdir terindah. Syukur dengan perkahwinan yang mendapat restu kedua orang tua.", "“Kami akan saling melengkapi satu sama lain dan meneruskan hidup kami untuk berdakwah. Kami berkongsi aspirasi dan matlamat serta teruja dalam menempuh fasa baru kehidupan bersama,” katanya.", "Dalam pada itu, Mizz Nina berkongsikan bakal mengadakan majlis resepsi secara tertutup di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.", "Terdahulu, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan Noh Salleh sebelum menfailkan penceraian pada 14 Jun 2022." ]
https://www.rotikaya.com/honeymoon-di-pantai-bodyguard-teman-janna-nick-dini-schatzmann/
Honeymoon Di Pantai, ‘Bodyguard’ Teman Janna Nick & Dini Schatzmann
[ "Menerusi perkongsian terbaru, pelakon Janna Nick bersama suaminya, Dini Schatzmann dikhabarkan sedang berbulan madu di sebuah resort yang terletak di Thailand.", "Perkongsian Janna itu menjadi perhatian ramai apabila kelihatan seekor anjing turut menemani mereka serta turut sama melakukan aktiviti di air.", "BACA: Nora Danish Minta Janna Nick & Dini Schatzmann Cepat-Cepat Buat Anak", "Kapsyen Janna turut menghiburkan ramai apabila mengatakan anjing itu mempunyai persamaan dengan suaminya yang suka mengikutnya ke mana sahaja.", "Diruangan komen, ada segelintir netizen yang kurang senang dengan situasi berkenaan apatah lagi anjing antara haiwan dikategorikan sebagai najis mughallazah.", "Dalam pada itu, ada yang menyifatkan perkongsian Janna itu seolah mengundang kecaman serta ada yang memberikan nasihat supaya tidak perlu memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.", "Bagaimanapun, ada yang mengatakan perkongsian Janna itu tidak salah kerana sebagai umat Islam sudah tentu tahu mengenai hukum hakam. " ]
https://www.rotikaya.com/lamborghini-berasap-syamsul-yusof-enggan-ulas-lanjut/
Lamborghini Berasap, Syamsul Yusof Enggan Ulas Lanjut
[ "Pengarah sensasi, Syamsul Yusof enggan mengulas lanjut mengenai insiden kereta didakwa miliknya berasap di tepi jalan dalam video tular baru-baru ini.", "Memetik Harian Metro, Syamsul berkata kereta jenama Lamborghini miliknya itu ada di rumah serta mengakui itu adalah keretanya.", "“Kereta ada di rumah, okay sahaja. Memang itu kereta saya, tapi dah okay dah,” katanya.", "Bagaimanapun, Syamsul enggan mengulas lanjut dan terus beredar untuk pulang selepas melafazkan talak satu buat kali kedua kepada bekas isteri, Puteri Sarah Liyana.", "Baru-baru ini, tular video memaparkan kereta berwarna kuning keemasan itu dalam keadaan berasap dan Syamsul dilihat tenang ketika kejadian. " ]
https://www.rotikaya.com/hanya-10-peratus-cakap-buruk-tentang-biskut-saya/
“Hanya 10 Peratus Cakap Buruk Tentang Biskut Saya”
[ "Umum mengetahui, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memulakan perniagaan biskut diberi nama ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’ selepas berdepan ujian rumah tangga. ", "Bagaimanapun, Shuhada memaklumkan perniagaannya itu bakal ditutup namun tidak mendedahkan perniagaan biskutnya itu dihentikan. ", "Difahamkan, bulan lalu tular perkongsian seorang individu yang yang sempat membeli biskut tersebut secara online namun dikatakan indah khabar dari rupa. ", "Memetik Utusan Online, Shuhada berkata dia sedar mengenai perkara itu dan berusaha menjejaki pelanggan tersebut, namun tiada sebarang maklum balas diberikan.", "“Hanya 10 peratus bercakap buruk tentang biskut yang saya jual. Bila saya berusaha mengesan pelanggan itu, tak pula dia balas mesej di WhatsApp. Mereka sengaja hendak menjadikan isu dan cuba memanaskan keadaan.", "“Tiada isu pun sebenarnya, kalau 10 pelanggan yang datang beli hanya seorang yang cakap ada masalah, yang lain itu hanya tambah garam sahaja,” katanya.", "Dalam pada itu, Shuhada berkata dia terbuka menerima sebarang maklum balas daripada pelanggan serta mengakui ianya pengajaran buat dirinya supaya lebih mendalami dunia perniagaan.", "“Itu juga adalah satu pengajaran buat saya untuk mendalami lebih banyak ilmu tentang perniagaan seperti pemilihan produk serta bagaimana untuk kekal lama dalam bidang ini. Saya terbuka sahaja menerima komen daripada pelanggan,” katanya.", "Terdahulu, individu itu berkata biskut diterima ada yang hancur kerana pembungkus plastik yang digunakan. Malah, kotak biskut tersebut seperti terkena cat." ]
https://www.rotikaya.com/aliff-syukri-mengamuk-mercedes-benz-kena-langgar/
Aliff Syukri Mengamuk Mercedes Benz Kena Langgar
[ "Perkongsian usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri menjadi perhatian apabila berkongsikan detik cemas kenderaan mewah miliknya terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.", "Menerusi video dikongsikan di Instagram itu, kereta jenis Mercedes Benz dinaiki Aliff itu dilanggar dari arah belakang oleh pemandu lain di sebuah lebuh raya.", "“Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kereta saya dilanggar dari arah belakang…padahal jalan jem sangat-sangat pada waktu ini.. dan saya bawa perlahan sangat,” katanya.", "Dalam video itu, kedengaran Aliff mengamuk ke arah pemandu berkenaan serta meminta supaya memandu dengan berhati-hati.", "“Apa masalah ni? Pandulah betul-betul. Ayio kereta saya. Tolong pandu betul-betul. Kalau saya tak pakai tali pinggang tadi dah habis,” katanya.", "Dalam pada itu, Aliff berkata dia mengalami sakit di bahagian kepala akibat terhantu serta mengakui tidak dapat mengawal perasaan ketika kejadian kerana terkejut dengan apa yang berlaku.", "“Tiba-tiba kepala saya terhentak sakit sangat…kepala saya sakit-sakit. Ujian sungguh untuk saya, syukur saya selamat. Terima kasih korang yang sentiasa doakan saya….maaf kalau saya teremosi sebab saya amat stress dan terkejut,” katanya.", "Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan usahawan itu yang dikatakan tidak mampu mengawal perasaan.", "Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan mereka yang mengecam kerana kejadian itu tidak kena pada diri mereka. Kata netizen lagi, jika terjadi pada diri sendiri pasti tidak dapat mengawal emosi." ]
https://www.rotikaya.com/hadiahkan-gol-buat-isteri-safawi-rasid-sahkan-syifa-melvin-hamil-6-bulan/
Hadiahkan Gol Buat Isteri, Safawi Rasid Sahkan Syifa Melvin Hamil 6 Bulan
[ "Pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid mengakui hantaran gol yang dibuat semalam ketika perlawanan Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon adalah hadiah buat isteri tercinta, Syifa Melvin.", "Menerusi video tular di TikTok, Safawi turut mengesahkan isterinya itu kini sedang hamil anak sulung mereka dan usia kandungan sudah mencecah enam bulan.", "BACA: Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa, Syifa Melvin Bahagia Di Bangkok", "“Ya, dia mengandung. Gol itu hadiah untuk isteri saya Jadi, doakan kami.. semoga selamat semuanya, bersalin,” katanya.", "Semalam, cara pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu meraikan gol dengan memasukkan bola di dalam baju adalah simbolik kepada isterinya yang dikatakan sedang hamil.", "Untuk rekod, Syifa dan Safawi sah menjadi suami isteri pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di sekitar ibu kota." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-dakwa-wanita-bertatu-sebenarnya-influencer-miliki-sejuta-followers/
Netizen Dakwa Wanita Bertatu Sebenarnya Influencer, Miliki Sejuta Followers
[ "Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pendakwah popular, Ebit Lew membantu seorang wanita gelandangan warga Indonesia sehingga dibawa ke Malaysia untuk bekerja.", "Bagaimanapun, terbaru tular di Twitter apabila netizen melakukan siasatan mengenai ibu tunggal bernama Mondy itu.", "BACA: Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Lelaki Kepada Pengadu – Saksi", "Menerusi perkongsian di Twitter, ada netizen tidak faham mengapa wanita itu dibantu sedangkan video yang dimuat naik di TikTok mencecah ratusan ribu tontonan di TikTok.", "Dia memang buat review pulak tu kat tiktok siap jadi model jugak?", "Style rempitzz camtu tapi takdelah tahap miskin homeless pun. Mak dia pun ada je rumah tgk kat tiktok tu", "Netizen itu turut mendedahkan, wanita tersebut sememangnya membuat review di TikTok serta turut menjadi model.", "Malah, melihat video dikongsikan oleh wanita itu tidak memaparkan kesusahan hidup sebagai gelandangan tetapi lebih kepada videonya sebagai imej wanita penuh bertatu. Hasil pemerhatian mendapati, akaun TikTok milik wanita itu kini sudah mencecah sebanyak 1 juta pengikut." ]
https://www.rotikaya.com/puteri-sarah-gelak-syamsul-kata-hubungan-selepas-ini-sebagai-kawan/
Puteri Sarah Gelak Syamsul Kata Hubungan Selepas Ini Sebagai Kawan
[ "Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan suaminya, pengarah terkenal Syamsul Yusof akhirnya bertemu titik noktah apabila sah bercerai talak satu semalam.", "Memetik temu bual OhBulan, selesai saja perceraian pasangan itu dilihat tenang dan Syamsul mengatakan hubungan mereka selepas ini sebagai kawan.", "Apa yang menjadi tumpuan para media apabila Puteri Sarah sempat tergelak mendengar kenyataan daripada bekas suaminya itu.", "Replying to @Shira Shahira Kenapa Puteri Sarah gelak? ?? Alhamdulillah, mereka berbaik sebagai kawan ?#ohbulan #news #SyamsulYusof #PuteriSarah ", "Dalam pada itu, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur segalanya sudah pun selesai dan sehari sebelum perceraian itu mereka berjumpa untuk berbincang.", "Terdahulu, Syamsul berkata meskipun sudah berpisah dia dan bekas isteri akan kekal berhubung demi anak-anak mereka." ]
https://www.rotikaya.com/kes-saman-puteri-sarah-terhadap-ira-kazar-selesai-peguam-syamsul/
Kes Saman Puteri Sarah Terhadap Ira Kazar Selesai – Peguam Syamsul
[ "Selepas kes cerai  Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sudah pun berakhir, kes saman Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar sudah pun selesai.", "Memetik BH Online, perkara itu disahkan oleh peguam syarie yang mewakili pengarah sensasi itu iaitu Azmi Mohd Rais. Azmi bagaimanapun berkata maklumat terperinci mengenai isu saman itu tidak boleh didedahkan.", "BACA: “Saya Akan Beritahu Anak Kami Sudah Bercerai” – Syamsul Yusof", "“Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman sivil yang mendakwa Ira mengganggu rumah tangganya. Penyelesaian sudah dibuat secara penuh dan muktamat, justeru tiada sebarang isu yang timbul antara kedua-dua pihak,” katanya.", "Ketika ditanya hari ini, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut mengenai kes saman difailkan terhadap Ira sebelum ini.", "“Mengenai kes (saman) dengan dia, saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut,” katanya.", "Dalam pada itu, Datul Akberdin merupakan peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah berkata pihaknya belum dapat berkongsi lanjut mengenai perkara itu.", "“Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, setelah prosiding ditetapkan di mahkamah tinggi kelak, baru kami akan usulkan mengenai perkara itu.", "“Setakat ini tak boleh dikongsi lagi, sebab kami kena ke mahkamah untuk merekodkan semua perkara, jadi ia masih dalam proses dan sulit,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/syamsul-yusof-doakan-puteri-sarah-bertemu-lelaki-baik/
Syamsul Yusof Doakan Puteri Sarah Bertemu Lelaki Baik
[ "Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya bertemu titik noktah apabila sah bercerai talak satu hari ini.", "Memetik BH Online, Syamsul mendoakan bekas isterinya itu bertemu jodoh dengan lelaki yang baik serta mengecapi kebahagiaan.", "“Walaupun bukan bergelar suami isteri, saya tetap berharap Puteri Sarah bertemu lelaki yang boleh menjaganya dengan baik.", "“Saya doakan Puteri Sarah temui kebahagiaan. Saya harap dia bertemu jodoh dengan seseorang yang baik dan boleh membahagiakannya. Jika anak-anak ada bapa baharu, saya juga akan terima,” katanya.", "Dalam pada itu, Syamsul berkata meskipun sudah berpisah dia dan bekas isteri akan kekal berhubung demi anak-anak mereka.", "“Ikatan kami akan kekal demi anak-anak. Apa yang boleh bantu, saya akan tolong kerana dia tetap ibu kepada anak-anak saya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/ar-badul-nafi-nikah-artis-muda/
AR Badul Nafi Nikah Artis Muda
[ "Pelakon dan veteran, AR Badul menafikan khabar angin mengatakan dia bernikah dengan pelakon Annie Arifin seperti yang hangat diperkatakan di medoa sosial ketika ini.", "Memetik Harian Metro, Badul berkata dakwaan tersebut tidak benar sama sekali serta mengatakan Anne berhak mencari pasangan hidup lebih baik daripadanya.", "BACA: AR Badul Kecewa Dengan Menantu, Dituduh Tamak Harta Arwah Anak", "“Dari mana khabar angin itu datang? Sebelum ini, ada juga dakwaan yang mengatakan Annie adalah anak saya? Mungkin, Annie juga boleh cari lelaki yang lebih baik daripada saya.", "“Dunia sekarang memang macam ini.(wujud fitnah). Bila ada peluang untuk menjelaskan kepada pihak media, saya akan menjawab khabar angin seperti itu.  Kalau tiada peluang, cerita seperti itu akan berlarutan seperti itu,” katanya.", "Dalam pada itu, pelakon yang kini sudah mencecah usia 73 tahun itu berkata dia sedar dengan keadaan dirinya sendiri. Malah, ujarnya ada pula dakwaan yang mengatakan dirinya menggunakan ilmu untuk memikat wanita.", "“Zaman muda dulu, saya kacak dan orang memang sering kaitkan dengan ramai wanita. Kalau sekarang pun masih ada, saya anggap, alah bisa tegal biasa. Kini, saya sudah 73 tahun takkan lah tidak sedar diri lagi. Bukan kata saya baik.", "“Ada pula yang kata saya gunakan ilmu? Rahsianya ialah kita baik hati dengan orang. Nak cuba berkawan dengan mana-mana wanita boleh, kalau dia tidak layan, janganlah susahkan diri,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/saya-akan-beritahu-anak-kami-sudah-bercerai-syamsul-yusof/
“Saya Akan Beritahu Anak Kami Sudah Bercerai” – Syamsul Yusof
[ "Pengarah sensasi Syamsul Yusof berkata dia bersedia untuk memberitahu anak-anak mereka mengenai status hubungannya dengan bekas isterinya, Puteri Sarah.", "Memetik Kosmo, Syamsul berkata meskipun sudah berpisah dengan isteri pertamanya namun rasa sayangnya terhadap anak-anak tidak pudar.", "“Saya akan memberitahu kepada anak-anak dan tidak mungkin akan menipu mengenai status saya dengan Sarah.", "“Biarpun sudah berpisah dengan Sarah, saya akan jelaskan bahawa kami berdua masih sayangkan mereka,” katanya.", "Dalam pada itu, Syamsul berkata selepas ini proses untuk berjumpa dengan Syaikhul dan Sumayyah lebih mudah kerana boleh bertemu bila-bila masa sahaja.", "“Bila-bila masa saya boleh berjumpa dengan anak-anak. Kami boleh berbincang pasal anak-anak walaupun hak penjagaan menjadi milik Sarah,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/nora-ariffin-mengaku-rohnya-sudah-tiada/
Nora Ariffin Mengaku Rohnya Sudah Tiada
[ "Perkongsian penyanyi Datuk Nora Ariffin menjadi perhatian apabila mengakui rohnya sudah lama mati dan hanya mempunyai jasad serta amanah arwah suami iaitu Johan Nawawi.", "Menerusi posting berkenaan, ibu kepada empat cahaya mata itu dilihat memuat naik gambar dirinya berserta kenyataan tersebut.", "BACA: Doktor Sahkan Masih Boleh Hamil Tapi Nora Ariffin Mahu Fokus Amal Ibadah", "“Roh saya memang sudah lama mati, yang ada hanya jasad dan amanah arwah Johan untuk menjaga anak-anaknya,” tulisnya.", "Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta supaya penyanyi itu bersyukur apatah lagi sudah pun kembali mendirikan rumah tangga.", "Malah, ada yang mengatakan tidak adil buat suami yang sekarang dan sebagai isteri perlu menjaga hati serta perasaan mereka.", "Dalam pada itu, ada segelintir pengkutnya menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi itu agar terus kuat menghadapi dugaan dan dipermudahkan segalanya.", "Terdahulu, Nora mengesahkan dirinya bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli pada Disember 2021." ]
https://www.rotikaya.com/syamsul-yusof-bayar-nafkah-anak-rm6000-sebulan-edah-rm15000/
Syamsul Yusof Bayar Nafkah Anak RM6,000 Sebulan, Edah RM15,000
[ "Akhirnya kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof terlerai apabila pengarah itu menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu.", "Memetik Kosmo, Hakim Syarie Akmallluddin memerintahkan Puteri Sarah menjalani edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perceraian mereka.", "Sementara itu, atas persetujuan bersama, mahkamah merekodkan, Syamsul membayar nafkah bulanan RM6,000 kepada dua anak mereka serta nafkah edah buat Puteri Sarah sebanyak RM15,000 untuk tiga bulan.", "Dalam pada itu, Puteri Sarah sempat bersalaman mencium tangan sebelum melepaskan statusnya sebagai isteri kepada kepada pengarah sensasi itu.", "Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka selepas JKP mengesahkan berlaku shiqaq dan kewujudan pihak ketiga." ]
https://www.rotikaya.com/puteri-sarah-syamsul-yusof-sah-bercerai-talak-satu/
Puteri Sarah, Syamsul Yusof Sah Bercerai Talak Satu
[ "Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah menemui titik nokah apabila pasangan itu sudahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.", "Memetik Kosmo, Syamsul melafazkan talah satu pada jam 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah.", "Hakim Syarie Akmallluddin memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.", "Terdahulu, sebelum melafazkan cerai, Puteri Sarah dan Syamsul dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang.", "Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6 dan Summayah, 4 tahun." ]
https://www.rotikaya.com/shuib-menang-besar-video-watie-berbaju-songket-jadi-perhatian/
“Shuib Menang Besar” – Video Watie Berbaju Songket Jadi Perhatian
[ "Baru-baru ini tular video dikongsikan di TikTok memaparkan tunang kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah dilihat anggun mengenakan busana tradisional songket.", "Difahamkan, Watie turut memperagakan koleksi barangan kemas daripada sebuah jenama kedai emas dipercayai untuk tujuan promosi.", "Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang segan melihat penampilan Watie disebabkan tudungnya yang singkat hingga mendedahkan bahagian dada.", "Malah, ada segelintir netizen turut menitipkan nasihat supaya Watie melabuhkan tudung supaya dilihat lebih manis dan sopan." ]
https://www.rotikaya.com/puteri-sarah-syamsul-mugkin-cerai-hari-ini/
Puteri Sarah, Syamsul Mungkin Cerai Hari Ini
[ "Hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Puteri Sarah berharap suaminya, Syamsul Yusof akan menamatkan kemelut rumah tangga mereka hari ini.", "Memetik Utusan Online, Puteri Sarah dilihat tampil dengan busana berwarna kelabu dilihat ceria dan tiba di mahkamah sebentar tadi.", "“Insya-Allah boleh selesai semua, doakan harapnya semoga kita (Sarah dan Syamsul) berpisah,” katanya.", "Dalam pada itu, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abd Kader memberi bayangan keputusan penceraian akan dapat diketahui dalam perbicaraan hari ini.", "“Hari ini (perbicaraan) untuk pengesahan dua lafaz cerai yang didakwa Puteri Sarah sebelum ini dan juga status permohonan cerai baru. Insya-Allah besar kemungkinan kita akan selesaikan semua sekali,” katanya.", "Menurutnya lagi, pihak mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu mengenai dakwaan dua kali lafaz cerai sebelum meneruskan kepada permohonan yang baru.", "“Namun, sebelum pergi kepada permohonan lafaz cerai yang baru, kita kena selesaikan pengesahan dua lafaz cerai yang didakwa sebelum ini.", "“Selagi dua benda itu belum selesai, mahkamah tidak boleh teruskan ke lafaz cerai baru sebab nak tahu sudah berapa kali perkara itu dilakukan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/shila-amzah-tak-suka-gabungan-nama-shibai/
Shila Amzah Tak Suka Gabungan Nama #ShiBai
[ "Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa kurang senang dengan penggunaan tanda pagar yang menggabungkan namanya dengan tunangnya, Ubai yang digunakan oleh netizen.", "Menerusi sesi live baru-baru ini, Shila berkata dia tidak suka apatah lagi sebutan tanda pagar berkenaan kedengaran kurang sopan.", "BACA: Lamar Shila Amzah Di Taman Tema, Netizen Tak Sangka Ubai Romantik", "“Hashtag itu (#ShiBai) bunyi tidak elok, kemudian orang ramai suka buat main dengan perkara itu. Jadi saya tidak suka,” katanya.", "Dalam pada itu, Shila berkata dia meminta agar netizen menghormati pendiriannya mengenai perkara itu serta menyifatkan mereka yang menggunakan tanda pagar itu seorang yang tiada akal.", "“Saya tiada masalah untuk beritahu orang yang saya tidak suka. Orang kena hormat yang saya tak suka. Kalau mereka buat juga maknanya mereka tiada otak, setidaknya saya dah beritahu saya tidak suka hashtag itu,” katanya.", "Sebelum ini, menerusi Instagram Shila ada meminta peminatnya menukar tanda pagar berkenaan serta memberi cadangan menggunakan nama masing-masing sahaja." ]
https://www.rotikaya.com/muat-naik-gambar-jumpa-anak-hafidz-roshdi-kuat-berlakon/
Muat Naik Gambar Jumpa Anak, Hafidz Roshdi Kuat Berlakon?
[ "Jika anda mengikuti Instagram Hafidz Roshdi, baru-baru ini pelakon itu ada memuat naik gambar dan video bersama anak-anaknya.", "Menerusi perkongsian itu, Hafidz juga memaklumkan akhirnya dapat bertemu dengan anak-anak selepas 3 bulan tidak berjumpa.", "Memetik Utusan Online, isteri kepada pelakon itu iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa hairan dengan sikap suaminya yang memuat naik gambar tersebut sehari sebelum prosiding sulh berlangsung semalam.", "Shuhada turut mendedahkan pertemuan Hafidz dengan anak-anakya itu adalah pada tiga minggu lalu.", "“Kenapa dia baru berkongsi video dan gambar bersama anak-anak semalam (kelmarin) sedangkan perjumpaan itu adalah tiga minggu lalu? Adakah sebab ada kes hadanah hari ini (semalam)?” soalnya.", "Difahamkan, menerusi perkongsiannya itu Hafidz turut memaklumkan dia mencipta akaun Instagram baru buat anak-anaknya yang diberi nama @humairahnumar.muhammad.hafidz", "Dalam pada itu, Shuhada berkata tindakan suaminya itu menimbulkan persoalan kerana Hafidz tidak pernah mengambil tahu urusan anak-anak mereka selama ini.", "“Sebelum ini, tak pernah pula hendak buat akaun Instagram anak. Selama anak-anak hidup pun dia tak pernah ambil tahu hal mereka. Untuk apa tindakan ini dibuat secara tiba-tiba?” soalnya lagi.", "Pada Isnin lalu, pasangan itu gagal mencapai kata sepakat selepas Hafidz berubah fikiran di saat-saat akhir berhubung tuntutan hadanah (hak penjagaan) dua anak mereka." ]
https://www.rotikaya.com/boleh-nasihat-tapi-bukan-dengan-cara-maki-hamun/
“Boleh Nasihat Tapi Bukan Dengan Cara Maki Hamun” 
[ "Penyanyi Haqiem Rusli berkata dia terbuka untuk menerima nasihat dan komen positif daripada netizen membabitkan isu berkaitan isteri dan rumah tangganya.", "Memetik Harian Metro, Haqiem berkata dia akan menerima jika nasihat diberikan netizen itu betul dan perlu ada adab.", "BACA: “Saya Pantang Kalau Orang Kacau Isteri Saya” – Haqiem Rusli", "“Kalau nasihat mereka itu baik dan betul, saya boleh terima tapi bukan dengan cara maki hamun di media sosial Dalam hidup ini, kita kena ada adab, walaupun nak beri nasihat,” katanya.", "Sementara itu, Haqiem berkata dia memilih untuk berdiam diri kerana keadaan akan jadi lebih teruk jika dia membalas komen netizen.", "Dalam pada itu, hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga Haqiem berkata dia juga berdepan liku-liku dalam perkahwinan.", "“Selepas berkahwin, saya berasa lebih matang dari cara berfikir dan bercakap dengan orang. Pada masa sama, saya lebih berdisiplin dan berdikari kerana sebelum ini, saya tinggal bersama ibu dan semua urusan ibu yang uruskan.", "Sebelum ini hangat diperkatakan apabila isteri kepada penyanyi itu Anis Sofea membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab sekaligus mengundang kecaman netizen." ]
https://www.rotikaya.com/daiyan-trisha-sibuk-jadi-princess-netizen-samakan-beg-dengan-bawang/
Daiyan Trisha Sibuk Jadi Princess, Netizen Samakan Beg Dengan Bawang
[ "Baru-baru ini pelakon Daiyan Trisha menjadi perhatian apabila berkongsikan dirinya berada di Southern France, Chicago.", "Menerusi perkongsian di Instagram, Daiyan dilihat mengenakan ala-ala ‘princess’ berwarna krim dan emas sambil memegang beg tangan.", " ? And I Love Her (live) – The Beatles Revival Band ", "Daiyan turut menulis kapsyen pada perkongsiannya itu mengatakan dirinya sibuk menjadi puteri.", "Diruangan komen, rata-rata netizen tertarik dengan beg tangan bulat yang dibawa oleh pelakon itu serta mempersoalkan isi didalam beg berkenaan.", "Malah, ada segelintir netizen menyamakan beg tersebut dengan bawang holland serta ada yang mengatakan beg itu dilihat seperti lampu." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-tak-senang-amelia-christie-kerap-teman-sharnaaz-di-tour-polis-evo-3/
Netizen Tak Senang Amelia Christie Kerap Teman Sharnaaz Di Tour Polis Evo 3
[ "Umum mengetahui, filem Polis Evo 3 kini sedang hangat ditayangkan di pawagam dan kutipan dicatatkan filem tersebut sememangnya luar biasa.", "Difahamkan, bagi mempromosikan filem tersebut, barisan pelakon kini sedang sibuk mengikuti tour Polis Evo 3 serta berjumpa dengan peminat.", "BACA: Sharnaaz Ahmad Tak Kejar Anugerah, Cukup Diingati ‘Penjahat’ Paling Hebat Di Malaysia", "Apa yang menjadi perhatian ramai kehadiran Sharnaaz Ahmad. Namun, ada yang kurang senang melihat kelibat Amelia Christie yang mengikut aktor itu ke sana sini.", "Menerusi video dikongsikan di TikTok, ada yang mempertikaikan motif Amelia menyertai tour promosi itu serta ada yang mendakwa seolah dia merupakan pelakon dalam filem tersebut.", "Bagaimanapun, ada peminat yang membidas dan mempertahankan pasangan itu asalkan tidak menganggu perjalanan tour berkenaan." ]
https://www.rotikaya.com/patutlah-ustaz-balik-awal-kalau-dah-begini-suasananya/
“Patutlah Ustaz Balik Awal Kalau Dah Begini Suasananya”
[ "Umum mengetahui, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila tular pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar yang hadir serta membacakan doa pada majlis resepsi pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann.", "Menjelaskan mengenai isu tersebut, Ustaz Wadi berkata beliau dijemput untuk makan kenduri dan bacaan doa namun beliau beredar daripada majlis selepas pengantin memberikan ucapan.", "Terbaru, tular pula video memaparkan situasi di majlis berkenaan memaparkan gelagat rakan artis iaitu Ain Edruce menjerit perkataan ‘kiss’ ketika Dini menyarungkan cincin kepada Janna. Malah, turut kedengaran beberapa suara lain turut menjerit ‘we want kiss’ dan ‘cium’ buat pasangan pengantin.", "Kemain ha ain edruce sampai nak terkeluar anak tekak tu ???? #jannanick #janna #dinischatzmann #kahwin #ainedruce #jannanickerfans ", "Video dikongsikan di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan patutlah pendakwah bebas itu pulang awal.", "Malah, ada yang meluahkan rasa kasihan serta mengatakan pasti Ustaz Wadi tidak selesa dengan situasi tersebut apatah lagi duduk di kerusi barisan hadapan." ]
https://www.rotikaya.com/zul-tolonglah-cakap-biar-jelas-macam-kemam-buah-rambutan/
“Zul Tolonglah Cakap Biar Jelas, Macam Kemam Buah Rambutan”
[ "Umum mengetahui, drama Perempuan Itu kini sedang rancak ditayangkan di platform digital lakonan hebat Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa.", "Bagaimanapun, ada netizen yang mengkritik cara pelakon berbadan sasa itu melontarkan skrip serta ada yang mengatakan Zul ‘kemam’ dialog.", "BACA: Bakal Tunai Haji, Zul Ariffin Berangkat Ke Tanah Suci 10 Jun Ini", "Memetik Kosmo, menerusi komen yang ditinggalkan netizen, ada yang mengatakan mereka tidak faham dengan dialog yang diperkatakan oleh Zul dalam drama berkenaan.", "“Rasa-rasanya Zul kena pergi kelas komunikasi, belajar cara bercakap,” seloroh netizen.", "Dalam pada itu, ada netizen mengatakan Zul control macho serta ada yang meminta pelakon itu mengikuti kelas komunikasi untuk bercakap.", "Ada saja netizen ni, tapi apa yang pasti ramai yang tak senang duduk tengok drama Perempuan Itu apatah lagi watak suami yang curang terhadap isterinya." ]