url
stringlengths 31
187
| title
stringlengths 11
166
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.rotikaya.com/azwan-ali-mahu-berkahwin-gadis-pilihan-sesuci-wajah-siti-nurhaliza/ |
Azwan Ali Mahu Berkahwin? Gadis Pilihan Sesuci Wajah Siti Nurhaliza
| [
"Terbaru, Azwan Ali ada memberitahu media yang kini beliau dalam proses menurunkan berat badan untuk satu majlis istimewa.",
"Mendakwa menerima ‘lamaran’ dari seseorang, Azwan Ali tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin tidak lama lagi.",
"Azwan Ali yang kini memiliki berat 81 kg mengidamkan berat ideal 65 kg supaya beliau nampak lebih menarik pada hari istimewa itu nanti.",
"Gym menjadi destinasi utama selebriti penuh kontroversi ini & mendakwa akan tampil dengan imej baru sebelum 25 Disember.",
"“Kalau saya berkahwin, pencarian saya adalah gadis sesuci wajah Datuk Siti Nurhaliza,” jelas Azwan yang pernah putus cinta satu ketika dulu."
] |
https://www.rotikaya.com/inul-darasista-akhirnya-jadi-buat-konsert-goyang-di-malaysia/ |
Inul Daratista Akhirnya Jadi Buat Konsert Goyang Di Malaysia
| [
"Tidak lama dulu, konsert artis dangdut kontroversi ini terpaksa di’batalkan di’saat-saat akhir kerana bantahan pelbagai pihak.",
"Kali ini Inul Daratista pasti tidak akan berpatah balik ke Indonesia demi konsert yang bakal di’jayakan bersama Dewa 19.",
"Inul Daratista bersama kumpulan Dewa 19 akan membuat persembahan di KL Live (Life Centre), Jalan Sultan Ismail Ahad ini.",
"Konsert yang di’anjurkan oleh Bank Mandiri (Indonesia) ini khas untuk rakyat Indonesia yang bekerja di’Malaysia. Nampaknya tiada ruang untuk rakyat Malaysia menikmati gerudi Inul Daratista.",
"Rakyat Indonesia yang berminat boleh ke Bank Mandiri Remitannce di Jalan Ipoh (Chow Kit) atau menghubungi telefon bimbit di talian, 012-6713246 untuk mendapatkan tiket percuma."
] |
https://www.rotikaya.com/satu-hari-scha-al-yahya-jehan-miskin-di-langkawi/ |
Twitter: Satu Hari Scha al-Yahya & Jehan Miskin di Langkawi
| [] |
https://www.rotikaya.com/gossip-pengarah-filem-bosan-sikap-ibu-diana-danielle/ |
(Gossip) Pengarah Filem Bosan Sikap Ibu Diana Danielle?
| [
"Ramai sedia maklum yang karier Diana Danielle hari ini banyak di’uruskan oleh ibunya & boleh di’katakan ibu Diana Danielle bagai bayang-bayang untuk pelakon muda ini.",
"Seorang pengarah ada memberitahu yang beliau bosan dengan perangai ibu Diana Danielle yang mula tidak mempedulikan para pengarah yang membawa anak beliau ke tahap hari ini.",
"Pengarah muda tersebut mendakwa mereka sudah berkawan lama & atas dasar itu, beliau ingin tawarkan peranan penting untuk Diana Danielle dalam filem terbarunya.",
"Namun si ibu semacam endah tidak endah dengan tawaran yang di’berikan. Entah kerana duit, entah kerana status pengarah itu sendiri.",
"Sikap ibu Diana Danielle yang sering menjadi bualan para penggiat seni di’lihat lambat laun akan memakan kerjaya anak’nya sendiri."
] |
https://www.rotikaya.com/yassin-senario-merajuk-dengan-dunia-seni-mula-jual-baja/ |
Yassin (Senario) Merajuk Dengan Dunia Seni: Mula Jual Baja
| [
"Yassin Bin Yahya atau lebih di’kenali dengan nama Yassin Senario kini di’katakan merajuk dengan dunia seni lakonan Malaysia.",
"Yassin mendakwa yang beliau sering menerima skrip lakonan yang tidak bermutu & beliau lebih rela melakukan pekerjaan lain.",
"Filem terakhir beliau yang ke layar adalah Duyung sekitar tahun 2008 dahulu & tahun 2010 di’katakan ada dua filem lakonan beliau akan muncul di’panggung.",
"Yassin kini berkata beliau lebih selesa mengusahakan perniagaan keluarganya iaitu menjual baja untuk tanaman — Secretani.",
"Melihat kepada laman web rasmi Secretani, memang family Yassin ada sense of business yang tinggi. Kami berminat mahu beli sebotol."
] |
https://www.rotikaya.com/kerana-insaf-azwan-ali-tulis-buku-selamat-tinggal-dunia-pondan/ |
Kerana Insaf, Azwan Ali Tulis Buku: Selamat Tinggal Dunia Pondan
| [
"Di’dorong rasa insaf dalam diri Azwan Ali, selebriti kontroversi ini akan menulis sebuah buku tentang pengalaman beliau.",
"Apa yang menarik adalah tajuk buku tersebut — ‘Selamat Tinggal Dunia Pondan’.",
"Adakah Azwan Ali secara terang-terangan akan mengaku yang beliau selama ini hidup dalam dunia pondan?",
"“Biarlah pembaca sendiri yangg menilai hasil tulisan saya. Yang pasti isi kandungannya sesuatu yg dinantikan. Saya sendiri dapat rasa yg kehidupan saya semakin indah sejak saya berubah. Keindahan itu hanya saya dan orang yg rapat dengan saya dapat rasakan”",
"Azwan Ali ada merujuk yang istilah ‘pondan’ dalam buku beliau tidak semestinya merujuk kepada gaya kehidupan beliau sebelum ini."
] |
https://www.rotikaya.com/gossip-norman-hakim-memey-suhaiza-tunjuk-kemesraan-di-ikea/ |
(Gossip) Norman Hakim & Memey Suhaiza Tunjuk Kemesraan di IKEA
| [
"Semalam, ada peminat hiburan yang terserempak dengan Norman Hakim & Memey Suhaiza di tempat lepak kegemaran kami, IKEA.",
"Mereka di’lihat berjalan berdua sahaja tanpa di’temani sesiapa dan mengukuhkan lagi dakwaan mereka bercinta.",
"Orang ramai di IKEA di’katakan memandang pasangan ini penuh perasaan meluat sehingga ada antara mereka yang menarik muka tidak selesa dengan kehadiran mereka.",
"Lebih-lebih lagi apabila Memey Suhaiza dikhabarkan dengan sengaja memeluk Norman Hakim sebagai tanda kemesraan mereka.",
"Seperti lupa bagaimana mereka boleh sampai ke hubungan hari ini, apa yang terjadi sebelum ini benar-benar menjadi lesen untuk mereka berbuat apa sahaja di’khalayak ramai.",
"Kalau sudah muncul di IKEA pun boleh jadi bahan orang benci, Norman Hakim & Memey Suhaiza perlu cepat-cepat sedar diri. Atau, kahwin."
] |
https://www.rotikaya.com/lelaki-kahwini-gadis-maya-dalam-majlis-perkahwinan-nyata/ |
Lelaki Kahwini Gadis Maya Dalam Majlis Perkahwinan Nyata
| [
"Ada antara kami yang garu kepala & kebingungan dengan berita yang di’bawakan oleh sebuah agensi berita Amerika Syarikat ini.",
"Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali dengan nickname SAL9000 di’katakan telah jatuh cinta dengan ‘teman wanita’ dalam permainan video & merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan di Tokyo.",
"Oleh kerana ‘teman wanita’ beliau tidak wujud, SAL9000 membawa Nintendo DS miliknya ke Guam untuk upacara perkahwinan rasmi & berbulan madu.",
"Majlis meraikan perkahwinan beliau di Tokyo akan di’pancarkan terus menerusi internet. Nama permainan video tersebut ialah ‘Love Plus’.",
"Love Plus adalah satu permainan video di’mana anda di’beri tugas untuk menjaga ‘teman wanita’ maya anda sebagaimana teman wanita dunia nyata."
] |
https://www.rotikaya.com/waheeda-suka-sediakan-sarapan-ala-barat-jarang-memasak/ |
Waheeda Suka Sediakan Sarapan Ala-Barat & Jarang Memasak
| [
"Sebenarnya, tidak hairan mana kalau gadis zaman sekarang ini tidak ada kemahiran memasak. Normal.",
"Namun, jika sudah berkahwin sekali pun, tiada niat mahu memasak atau merajinkan diri ke’dapur, pasti ada sesuatu yang tidak kena.",
"Jarang rasanya walaupun pada zaman sekarang seorang suami suka menyatakan isteri jarang memasak di’rumah — walaupun isterinya seorang yang bekerjaya.",
"Seingat kami, Waheeda sudah tidak bekerja & ini masa yang sangat sesuai untuk beliau mengasah skill memasak.",
"Apa yang terjadi, Akhil Hayy mengakui yang Waheeda jarang memasak di’rumah & lebih gemar sediakan sarapan ringkas ala-Barat — sosej & telur dadar.",
"Come on Waheeda. Inilah masanya untuk buktikan yang awak lebih baik dari bekas isteri Akhil Hayy. Sekurang-kurangnya champion dalam kategori memasak untuk anak-anak.",
"Dan, menjadi ibu & mengajar anak menjadi penyanyi adalah tidak kool. Sekurang-kurangnya pada kami yang jahil ilmu rumahtangga."
] |
https://www.rotikaya.com/kutipan-pembukaan-new-moon-buat-the-dark-knight-terduduk/ |
Kutipan Pembukaan New Moon Buat The Dark Knight Terduduk
| [
"Itu dia penangan vampire handsome dalam filem terbaru siri Twilight, New Moon.",
"Kami sendiri tidak menyangka filem ini akan menerima sambutan sebegini hangat.",
"Kami akui kami belum lagi menonton Twilight yang pertama & angka yang di’catat New Moon buat kami tercari-cari DVD yang pertama.",
"New Moon mencatat rekod kutipan tayangan hari pertama dengan mengumpul USD72.7 juta mengalahkan The Dark Knight (USD67.2).",
"Para peramal & pengkritik filem menjangkakan New Moon akan dengan mudahnya mengalahkan kutipan The Dark Knight dalam seminggu yang mendatang.",
"Filem yang banyak di’gemari oleh kaum Hawa ini masih belum sampai ke panggung Malaysia. Kami harap ia akan sampai selepas kami tonton Twilight yang pertama."
] |
https://www.rotikaya.com/video-awal-kemunculan-tiz-zaqyah-nur-kasih-dalam-iklan-seksi/ |
(Video) Awal Kemunculan Tiz Zaqyah Nur Kasih Dalam Iklan, Seksi!
| [
"Secara peribadi, aku sukakan Tiz Zaqyah versi tidak bertudung kerana lebih comel & jujur.",
"Kenapa tiada siapa perasan akan kelibat Tiz Zaqyah dalam iklan di’bawah atau aku seorang sahaja yang tidak tahu.",
"Dalam saat ke 15, Tiz Zaqyah muncul dengan outfit yang agak seksi tetapi masih terkawal. Sesuai dengan model lain yang muncul dalam iklan yang sama.",
"Tiada isu besar pun dalam hal ini melainkan aku tidak sedar kehadiran Tiz Zaqyah sebelum gadis ini muncul di dalam drama Nur Kasih."
] |
https://www.rotikaya.com/wan-sharmila-kembali-single-akui-sudah-bercerai-bulan-lalu/ |
Wan Sharmila Kembali Single, Akui Sudah Bercerai Bulan Lalu
| [
"Wan Sharmila memang sentiasa akan ada kejutan jika melibatkan hal peribadi.",
"Jika sebelum ini, awal perkenalan Wan Sharmila dengan peminat seni, kita di’kejutkan dengan berita gadis genit ini sebenarnya sudah berkahwin & kita hanya mampu menatap gambar perkahwinan mereka.",
"Namun hari ini, satu lagi kejutan di’buat dengan mengumumkan perkahwinan beliau dengan pemilik Radius One, Fazli Baharom menemui jalan akhir.",
"Mengakui yang mereka telah bercerai hampir sebulan lalu, Wan Sharmila berharap peminat faham akan situasi beliau.",
"“Saya mengaku sudah berpisah, tetapi saya minta maaf kerana tidak mahu berkongsi masalah rumah tangga kami dengan khalayak. Saya harap mereka memahami saya,” kata beliau kepada media.",
"Wan Sharmila yang sering di’sangka berumur lingkungan 22 tahun ini sebenarnya wanita yang hampir mencecah 30 tahun tidak lama lagi. Pada umur 28 tahun kini, Wan Sharmila perlu kuat memegang status janda."
] |
https://www.rotikaya.com/malaysian-i-am-legend-dvd-sleeve-fail-they-said-it/ |
Malaysian ‘I Am Legend’ DVD Sleeve Fail: They Said It
| [
"Ya. Itulah yang mereka katakan. Gambar ini timbul di’salah satu komuniti web terbesar dunia & kami sedikit malu.",
"Walaupun tiada bukti nyata yang menyatakan DVD sleeve/cover ini memang asalnya dari Malaysia, tetapi tajuk perbincangan mereka memang meletakkan Malaysia sebagai fokus.",
"Tidak mengapa. Apa yang kelakarnya di’sini, pencipta DVD cover ini seakan-akan tidak mementingkan detail sehinggakan nama Adam Sandler boleh timbul di’belakang cover.",
"Malaysia atau tidak, kita sedia maklum memang bersepah DVD sebegini di pasar malam. Atau sekurang-kurangnya Petaling Street."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-rich-velvet-anak-kecil-mereka-belakang-pentas-muzik-muzik/ |
(Gambar) Rich, Velvet & Anak Kecil Mereka Belakang Pentas Muzik Muzik
| [
"Kali terakhir kami dengar cerita tentang pasangan ini adalah ketika mereka berkahwin dahulu.",
"Sedikit terkejut juga kami apabila melihat anak mereka sebenarnya sudah besar & sihat belaka.",
"Velvet nampak berseri-seri dalam gambar, mungkin kerana lagu suaminya berjaya ke final Anugerah Juara Lagu 2009.",
"Aurora dendangan Estranged berjaya ke final setelah menyampaikan persembahan bertenaga malam tadi. ",
"Tuah anak. Semoga ada rezeki kali kedua buat Estranged di final AJL 2009 nanti. Velvet tiada lagu baru?"
] |
https://www.rotikaya.com/tempahan-album-pertama-susan-boyle-pecah-rekod-amazon-com/ |
Tempahan Album Pertama Susan Boyle Pecah Rekod Amazon.com
| [
"Selepas video nyanyian’nya untuk Britain’s Got Talent menerima lebih 100 juta tontonan di’Youtube, album Susan Boyle hari ini menjadi rebutan ramai.",
"Album pertama Susan Boyle dengan tajuk ‘I Dreamed A Dream’ akan di’lancarkan Isnin ini tetapi tempahan melalui Amazon.com dari orang ramai melebihi tempahan mana-mana album & artis sebelum ini.",
"“Lapan bulan lepas, tiada siapa kenal siapa Susan Boyle, hari ini, album yang dia bikin lebih banyak terjual dari mana-mana artis,” kata Ketua Jualan Amazon.com, Julian Monaghan.",
"Album terbaru Susan Boyle akan mengandungi barisan lagu baru “Wild Horses” dan “You’ll See” termasuk “I Dreamed a Dream”, “Memory” dan “Cry Me a River”. "
] |
https://www.rotikaya.com/hafiz-af7-sumbangkan-suara-latar-sebagai-ben-10-versi-bahasa-melayu/ |
Hafiz AF7 Sumbangkan Suara Latar Sebagai Ben 10 Versi Bahasa Melayu
| [
"Cartoon Network Asia telah memilih Hafiz AF7 untuk menyumbangkan suara dalam siri televisyen Ben 10 Alien Swarm.",
"Hafiz akan membawakan watak Ben Tennyson & menurut Budiey, siri pertama voiceover Hafiz untuk Ben 10 berjalan sangat bagus.",
"Rumah kami tiada kanak-kanak dan kami tidak pernah rasa perasaan seorang kanak-kanak teruja melihat Ben 10.",
"Tetapi, di’kedai & pasaraya, produk Ben 10 memang laris & menjadi rebutan kanak-kanak."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-terbaru-anak-erra-fazira-emran-main-kayu-tiga/ |
Gambar Terbaru Anak Erra Fazira & Emran Main Kayu Tiga?
| [
"Pertama, tentang Emran main kayu tiga, kenapa kami tidak pernah dengar?",
"Erra Fazira di’katakan terkejut dengan gossip tersebut & sedikit pun tidak percaya.",
"Erra Fazira memberitahu yang Emran kini sedang sibuk dengan tugas baru di Bernama TV & sentiasa balik pada waktu malam.",
"“Kalau saya bergaduh dengan Emran selepas balik, kamu semualah puncanya,” pelakon itu berjenaka bersama para wartawan.",
"Berkenaan Aleesya yang kelihatan begitu sihat & ceria, Erra Fazira mahu Aleesya membesar sebagai kanak-kanak normal.",
"Namun, Erra Fazira tidak akan menghalang jika minat Aleesya satu hari nanti terarah ke bidang nyanyian atau lakonan."
] |
https://www.rotikaya.com/sosilawati-tuntut-rm1-38-juta-dari-bekas-suami-nash/ |
Sosilawati Tuntut RM1.38 juta Dari Bekas Suami, Nash
| [
"Hari ini Harian Metro melaporkan yang Datuk Sosilawati Lawiya, semalam memfailkan tuntutan RM1.38 juta terhadap bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan Lefthanded, Nash di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.",
"RM1.38 juta itu adalah dana pelaburan terkumpul yang Nash pinjam untuk jaminan masa depan mereka & di’laburkan dalam pelbagai amanah saham termasuk Public Mutual.",
"Selain itu, Sosilawati juga ada menuntut supaya Nash memberikan maklumat terkini tentang modal yang di’laburkan dalam tempoh 14 hari.",
"Sebelum ini, Nash ada berjanji untuk membayar jumlah tersebut secara ansuran namun sehingg kini gagal berbuat demikian.",
"Bukan sedikit duit RM1.38 juta. Kalau maintain lifestyle sederhana, sampai anak cucu pun belun tentu habis makan. Tapi kalau milik orang lain, baik di’pulangkan."
] |
https://www.rotikaya.com/seorang-maut-dalam-kemalangan-bas-krew-jelajah-miley-cyrus/ |
Seorang Maut Dalam Kemalangan Bas Krew Jelajah Miley Cyrus
| [
"Seorang maut dalam kemalangan yang melibatkan bas pembawa krew konsert Miley Cyrus terbabas di Virginia.",
"Miley Cyrus di’laporkan tidak berada di’dalam bas kerana sedang mempunyai komitmen lain.",
"Namun laporan ada menyebut bas tersebut adalah pengangkutan pilihan utama Miley Cyrus sebagai pengantara konsert.",
"Miley Cyrus di’jadualkan akan mengadakan konsert di North Carolina hujung minggu ini & bas membawa krew untuk membuat persiapan untuk konsert tersebut.",
"Seorang yang maut di’percayai pemandu bas itu sendiri & sembilan yang lain mengalami cedera ringan. Siasatan masih di’jalankan."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-ning-baizura-sevagai-cover-cosmopolitan-edisi-disember-2009/ |
(Gambar) Ning Baizura Sevagai Cover Cosmopolitan Edisi Disember 2009
| [
"Khabarnya Ning Baizura terpaksa berganti sehingga 3 pasang baju berlainan semata-mata untuk menjayakan sessi fotografi Cosmopolitan ini.",
"Edisi Disember agak istimewa buat Cosmopolitan kerana ianya menjadi tanda ulangtahun ke-4 kewujudan majalah untuk wanita kosmo ini.",
"Aku pernah beli Cosmopolitan bersama teman wanita beberapa bulan lalu & itu’lah kali terakhir kerana kandungan tidak berapa realistik dengan kehidupan kami.",
"Banyak tips & artikel bagai di’alihbahasa bulat-bulat dari artikel untuk majalah edisi antarabangsa.",
"Mungkin itu beberapa bulan lepas. Untuk peminat Ning Baizura & mereka yang mahu kelihatan gorgeous, dapatkan majalah ini di kedai mamak berdekatan."
] |
https://www.rotikaya.com/trailer-filem-duhai-si-pari-pari-soundtrack-mirip-my-happy-ending/ |
Trailer Filem Duhai Si Pari-Pari & Soundtrack Mirip ‘My Happy Ending’
| [
"‘Aku Tak Percaya Cinta’ sebelum ini di’katakan menciplak melodi lagu ‘Girlfriend’ milik Avril Lavigne.",
"Menonton trailer filem terbaru lakonan Liyana Jasmay ini, kami perasan ada lagu yang intro’nya sangat mirip dengan satu lagi lagu Avril Lavigne, My Happy Ending.",
"Dengarkan pada saat ke 30. Kami tidak tahu apa judul lagu ini & adakah Liyana Jasmay pemilik suara tersebut kerana tiada info tepat.",
"Berkenaan filem Duhai Si Pari Pari ini, ia di’arahkan oleh Azmi Mohd Hatta & mengangkat genre komedi romantik khayalan.",
"Duhai Si Pari Pari di’bintangi oleh Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak, Harun Salim Bachik. Turut di’bintangi oleh Datuk Aziz Satar, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil, Hans Isaac & Din Beramboi.",
"Filem ini akan menemui penonton pada 31 Disember 2009. Trailer Duhai Si Pari Pari selepas ini… "
] |
https://www.rotikaya.com/gossip-lana-nordin-lakukan-pembedahan-plastik-di-bangkok/ |
(Gossip) Lana Nordin Lakukan Pembedahan Plastik di Bangkok?
| [
"Kalau ada yang masih ingat lagi, Lana Nordin ini pernah di’gelar Pamela Anderson Malaysia atas sebab yang tidak berapa boleh di’terima.",
"Kali ini beliau kembali dengan sesuatu yang baru untuk ‘peminat’ yang dambakan kecantikan.",
"Seorang peminat hiburan melaporkan yang Lana Nordin telah pergi ke Bangkok semata-mata untuk lakukan pembedahan hidung.",
"Tidak tahu apa sebab Lana Nordin mahu bina hidung baru sedangkan hidung Lana Nordin yang kami pernah nampak masih cantik molek terletak.",
"Jangan terkejut selepas ini jika Lana Nordin muncul di’kaca televisyen atau majalah dengan imej baru.",
"Wartawan pasti bertanya tentang perubahan hidung yang ketara, pasti Lana Nordin akan menafikan & muncul dengan petua tradisional kononnya."
] |
https://www.rotikaya.com/terkini-oprah-winfrey-akan-lancar-rangkaian-tv-kabel-sendiri/ |
(Terkini!) Oprah Winfrey Akan Lancar Rangkaian TV Kabel Sendiri
| [
"Selepas berjaya di’nobatkan antara orang paling berpengaruh di Amerika Syarikat menerusi talk-show beliau, Oprah Winfrey merancang untuk meluaskan empayar.",
"Oprah Winfrey, 55 akan menamatkan rancangan bual bicara beliau pada 9 September 2011 dan memulakan “The Oprah Winfrey Network” (OWN).",
"OWN yang pada awalnya tertangguh pelancaran’nya sejak awal 2009 akan mula ke’udara pada Januari 2011.",
"Jurucakap Oprah berkata belum pasti talk-show Oprah akan di’siarkan di OWN atau Oprah Winfrey akan keluar dengan idea untuk rancangan baru.",
"‘The Oprah Winfrey Show’ yang berpusat di Chicago di’pancarkan terus ke seluruh Amerika Syarikat & lebih 140 negara lain bermula pada tahun 1986.",
"Sejak itu, rancangan ini menjadi rancangan paling banyak menghasilkan pendapatan dalam sejarah TV dunia."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-azza-watie-berparti-sambut-hari-lahir-ada-pole-dance/ |
(Gambar) Azza & Watie Berparti Sambut Hari Lahir, Ada Pole Dance!
| [
"Bukan Watie & Azza sudah bergelar ibu orang? Nampak gaya macam masih rindukan zaman anak dara.",
"Gambar-gambar di’bawah menunjukkan Azza & Watie (ex-Elite) yang masih berkawan rapat berparti meraikan hari lahir salah seorang rakan mereka.",
"Dahulu, jika ingatan kami masih belum berkarat, kekasih Azza ini di’katakan seorang yang ‘agak kampung’ & berimej baik dan Azza berharap yang beliau mampu membimbing Azza menjadi isteri yang baik.",
"Jika melihatkan kepada koleksi gambar yang ada, nampaknya perjalanan mereka berada di arah bertentangan."
] |
https://www.rotikaya.com/gossip-nora-danish-bersama-jejaka-ke-klcc-mencari-perfume/ |
(Gossip) Nora Danish Bersama Jejaka Ke KLCC Mencari Perfume
| [
"Ingat lagi beberapa hari lalu, ada kami siarkan foto tentang seorang jejaka yang di’dakwa kekasih baru Nora Danish.",
"Ini perkembangan terbaru, seorang peminat melaporkan yang beliau terserempak dengan pasangan ini di KLCC.",
"Peminat ini juga memberitahu yang Nora Danish nampak biasa sahaja di’samping jejaka tersebut tetapi kelihatan mesra apabila mencuba minyak wangi di satu outlet di KLCC.",
"Nora Danish di’lihat memegang & mencium tangan jejaka tersebut beberapa kali — untuk menhidu bau wangi perfume.",
"Entah betul atau tidak, nampaknya kisah cinta Nora Danish sudah bermula. Tunggu masa sahaja Nora Danish tampil memberi kenyataan rasmi."
] |
https://www.rotikaya.com/faizal-tahir-muntah-darah-kerana-jangkitan-kuman-dalam-paru-paru/ |
Faizal Tahir Muntah Darah Kerana Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru
| [
"Orang kuat Monkey Bone, Edris Adrian melaporkan yang pemeriksaan awal terhadap Faizal Tahir mendapati beliau menghidap jangkitan kuman di paru-paru.",
"Berita Faizal Tahir yang di’kejarkan ke hospital kerana mengalami sakit dada & muntah darah di’ketahui umum awal pagi tadi melalui KOSMO!",
"Faizal Tahir yang di’jadualkan beraksi pada separuh akhir Muzik-Muzik malam ini terpaksa membatalkan niat tersebut dan akan di’ganti dengan seorang artis naungan Monkey Bone.",
"Edris Adrian juga memberitahu keadaan Faizal Tahir agak serius tetapi beliau dalam keadaan yang beransur pulih.",
"Sama-sama’lah kita doakan semoga Faizal Tahir cepat sembuh & jangkitan kuman (jika benar) tersebut tidak terlalu serius. Superman lepas ini kena lebih aktif jaga diri."
] |
https://www.rotikaya.com/in-your-face-akhil-hayy-juga-belum-ada-tauliah-jais/ |
In Your Face: Akhil Hayy Juga Belum Ada Tauliah – JAIS
| [
"Ha! Terkeluar juga kenyataan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tentang status dakwah Akhil Hayy.",
"Sedang orang sibuk memperkatakan tentang Dr.Asri yang memberikan ceramah & kuliah tanpa tauliah, nampaknya ‘ustaz kontroversi’ kita turut terkena tempias.",
"JAIS memberi maklumat kepada orang ramai yang menyatakan Akhil Hayy tidak & tidak pernah di’berikan kebenaran untuk memberi ceramah atau kuliah agama di’mana-mana tempat di Selangor.",
"Akhil Hayy juga di’laporkan pernah di’tahan kerana memberi ceramah tanpa tauliah di Seksyen 8 Shah Alam tidak berapa lama dahulu.",
"Nampaknya selepas ini kalau Akhil Hayy mahu terus cari makan, perlulah apply atau dapatkan tauliah dari JAIS. Nanti orang was-was dengan ilmu yang di’turunkan."
] |
https://www.rotikaya.com/penyanyi-curi-telefon-bimbit-di-singapura-dikenal-pasti-mamat/ |
Penyanyi Curi Telefon Bimbit di Singapura DiKenal Pasti: Mamat
| [
"Kesahihan berita ini hampir 100% kerana ada akhbar dari Singapura yang melaporkan berita ini beserta nama Mamat.",
"Semalam, Mamat di’laporkan di’lepaskan dengan ikat jamin seorang saudara yang menetap di’Singapura. Kes Mamat ini sedang dalam siasatan pihak polis.",
"Pelakon yang telefon bimbitnya di’curi mendakwa ingin menggugurkan dakwaan terhadap Mamat kerana kasihankan anak-anak beliau, namun pihak polis tidak membenarkan tindakan sedemikian.",
"Kami sedih melihat keadaan Mamat hari ini, sudahlah sedang dalam proses penceraian dengan isteri dek kerana orang ketiga, kini terlibat pula dalam kes kecurian.",
"Walaupun tuduhan yang akan di’kemukakan mungkin bersifat minor, tetapi peluang kedua yang di’berikan oleh peminat hiburan selepas titik hitam dahulu tidak di’hargai sepenuhnya oleh Mamat.",
"Kami doakan semoga ada jalan keluar yang lebih tenang buat Mamat."
] |
https://www.rotikaya.com/hans-isaac-bakal-terbit-filem-baru-ramli-ac-mizal-semuanya-ok/ |
Hans Isaac Bakal Terbit Filem Baru ‘Ramli’: AC Mizal? Semuanya OK
| [
"Pengarah & penerbit filem hits, Cuci bakal melahirkan filem kedua beliau dengan tajuk ‘Ramli’",
"Mengikut laporan, Ramli bukan tajuk final untuk projek filem ini, tetapi idea yang ada sudah tetap & dalam progress.",
"Filem Ramli akan mengisahkan tentang seorang penjual burger yang bercita-cita tinggi namun menjadi lupa setelah mengecapi kesenangan.",
"Vanida Imran & Fauziah Latiff antara nama yang di’sebut Hans Isaac untuk membintangi filem terbaru beliau ini. Ada seorang lagi nama selebriti popular yang tidak di’dedahkan.",
"Filem ini akan menelan belanja sebanyak RM1.3 juta yang Hans Isaac anggap masih kecil berbanding kos Cuci The Musical, RM3.6 juta.",
"Ketika di’minta mengulas tentang hubungan dengan AC Mizal, Hans Isaac positif menyatakan semuanya dalam keadaan OK,”Biasalah adik beradik”."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-datuk-paduka-khairuddin-abu-hassan-tunang-umie-aida/ |
(Gambar) Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Tunang Umie Aida
| [
"Ramai sebenarnya yang masih tercari-cari wajah sebenar pemilik nama Datuk K tahun 2009 ini.",
"Semenjak mengikat tali pertunangan dengan Umie Aida, tidak sekali pun Datuk K muncul memberi kenyataan rasmi.",
"Apa yang peminat tahu, beliau & Umie Aida akan berkahwin dalam majlis eksklusid & tertutup khas buat teman rapat & keluarga.",
"Semalam, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ada keluar TV kerana isu mahu saman malu berjumlah RM500 juta ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan Negeri Selangor.",
"Ketika inilah wartawan rakam cukup-cukup gambar Datuk K Umie Aida untuk tatapan peminat — lebih-lebih lagi mengenangkan majlis kahwin yang tertutup."
] |
https://www.rotikaya.com/video-stefani-germanotta-atau-lady-gaga-sebelum-bertukar-aneh/ |
(Video) Stefani Germanotta atau Lady Gaga Sebelum Bertukar Aneh
| [
"Video di’bawah menunjukkan Stefani Germanotta atau sekarang lebih di’kenali dengan nama Lady Gaga sedang menyanyikan sebuah lagu ciptaan sendiri yang penuh sentimental.",
"Persembahan ini di’rakamkan di NYU Talent Show lewat tahun 2005. Empat tahun yang lalu, Lady Gaga seorang yang cukup normal.",
"Ketika itu juga, Lady Gaga nampak sedikit berisi berbanding sekarang yang gemarkan badan kurus kering & fesyen aneh.",
"Masih, lagu-lagunya menghiasi iTunes kami. Aneh tapi sedap orang-orang tua kata. Video selepas ini… "
] |
https://www.rotikaya.com/apabila-bekas-isteri-wakil-rakyat-gagal-matematik-mudah/ |
Apabila Bekas Isteri Wakil Rakyat Gagal Matematik Mudah
| [
"Kami sahaja atau laporan akhbar yang salah lapor? Ada bekas isteri wakil rakyat minta muta’ah berjuta ringgit.",
"Siti Aishah Chou Abdullah mendakwa bekas suaminya mampu membayar wang berjumlah RM3 juta ringgit yang di’minta sebagai muta’ah selepas bercerai tahun lalu.",
"Dakwaan itu adalah asas yang mana bekas suaminya, Wan Ismail Wan Jusoh pernah memberitahu yang beliau ada simpanan berjumlah RM1 juta dalam bentuk aset & saham amanah.",
"Siti Aishah juga mendakwa yang bekas suaminya mempunyai kilang getah & sebuah syarikat di’luar negara.",
"Begini ya, Siti Aishah minta RM3 juta tunai tetapi Wan Ismail ada RM1 juta dalam bentuk bukan tunai.",
"Di’mana letaknya kemampuan Wan Ismail Wan Jusoh dalam soal ini? Tuntutan ini kami rasa lebih kepada tamak & bukan’nya memikirkan masalah tidak cukup makan pakai anak-anak. – BERNAMA"
] |
https://www.rotikaya.com/liyana-jasmay-tulis-lagu-bersama-aizat-masih-teman-tapi-mesra/ |
Liyana Jasmay Tulis Lagu Bersama Aizat: Masih Teman Tapi Mesra
| [
"Lagu ‘Aku Tak Percaya Cinta’ berjaya memperkenalkan bakat nyanyian Liyana Jasmay ke hadapan peminat muzik tempatan.",
"Walaupun ada yang mengkritik lagu tersebut sangat mirip dengan sebuah lagu popular Avril Lavigne, Girlfriend, Liyana Jasmay tetap positif tentang bakat beliau.",
"Liyana Jasmay menegaskan yang beliau tidak pernah cuba untuk meniru Avril Lavigne & secara jujur lebih meminati Miley Cyrus.",
"“Saya memang ‘target’ untuk popular di kalangan remaja dan juga kanak-kanak. Golongan ini memang suka muzik yang berentak rancak dan ‘catchy’. Sebenarnya saya suka dengan Miley Cyrus.”",
"Salah satu lagu terbaru untuk album mini Liyana Jasmay berjudul ‘Penyelamat Cinta’ di’tulis bersama Aizat & Liyana Jasmay positif yang kerjasama beliau dengan Aizat adalah cukup professional."
] |
https://www.rotikaya.com/siti-nurhaliza-mahu-jadi-ibu-angkat-anak-shahira-ijoy/ |
Siti Nurhaliza Mahu Jadi Ibu Angkat Anak Shahira & Ijoy
| [
"Ketika berlangsungnya majlis cukur jambul anak kecil pasangan Shahira & Ijoy, Auddra, Datuk Siti Nurhaliza ada datang untuk mengambil bahagian.",
"Mungkin kerana naluri keibuan pada Siti Nurhaliza timbul melihat keajaiban ciptaan Ilahi, terdetik di’hati Siti Nurhaliza untuk menjadikan Auddra sebagai anak angkat.",
"Siti Nurhaliza ada meminta izin untuk meminjam Auddra untuk di’jaga buat sementara & pasangan itu bersetuju. Kool kan?",
"“Siti beritahu saya, dia nak pinjam Auddra. Dia kata nak jaga untuk sementara. Saya dan suami tak kisah. Apa salahnya kalau dia nak pinjam dan jadi ibu angkat kepada Auddra”",
"Sudah sampai masanya Siti Nurhaliza ada perasaan inginkan anak sendiri. Sama-samalah kita doakan supaya pasangan Siti Nurhaliza & Datuk K cepat di’kurniakan cahaya mata."
] |
https://www.rotikaya.com/omg-nasha-aziz-seronoknya-makcik-dapat-autograf/ |
OMG! Nasha Aziz! Seronoknya Makcik Dapat Autograf
| [
"Kalau kami jumpa Nasha Aziz pun boleh jadi lebih excited dari yang begini. Mungkin bukan excited perkataan yang tepat untuk makcik-makcik di’atas.",
"Tetapi, timing jurukamera yang mengambil gambar memang bagus & menampakkan unsur humor di’situ. Kepada makcik yang berkenaan, jangan marah ya?"
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-zahida-rafik-dalam-mode-seorang-muslimah-sejati/ |
(Gambar) Zahida Rafik Dalam Mode Seorang Muslimah Sejati
| [
"Tetapi tidak mengapalah, ada juga imej timbul di’mata kita yang Zahida Rafik pandai bertudung litup. Tetapi, make-up & bulu mata palsu yang melekat pada wajah itu mencacatkan sedikit pemandangan.",
"Terlebih putih mungkin sebab flash kamera, atau pencahayaan sekeliling. Atau, memang Zahida Rafik seorang pemakai bedak di’muka."
] |
https://www.rotikaya.com/anne-hathaway-bakal-bawa-watak-black-cat-dalam-spider-man-4/ |
Anne Hathaway Bakal Bawa Watak Black Cat dalam Spider-Man 4
| [
"Ada khabar angin yang mengatakan Anne Hathaway yang popular sebagai puteri ini akan memegang watak ganas & exotic dalam Spider-Man 4.",
"Bukan calang-calang watak yang di’berikan, si seksi & licik Black Cat. Black Cat merupakan bekas teman wanita kepada Spider-Man yang tidak pernah di’sebut dalam mana-mana filem Spider-Man sebelum ini.",
"Sumber agak rapat dengan Marvel Entertainment mengesahkan yang penerbit ada menghubungi Anne Hathaway untuk berlakon dalam Spider-Man 4.",
"Entah kenapa, Black Cat mengingatkan kami kepada Halle Berry si Catwoman. Kita tengok nanti siapa lebih hot apabila bertukar menjadi kucing jadian."
] |
https://www.rotikaya.com/rm200-juta-untuk-ac-mizal-buat-bisnes-tinggalkan-hans-isaac/ |
RM200 juta untuk AC Mizal Buat Bisnes: Tinggalkan Hans Isaac
| [
"Kali ini AC Mizal memang kena betul-betul ada business plan yang tahan gagal kerana bisnes ini melibatkan wang yang cukup besar.",
"Modal RM200 juta untuk AC Mizal ini di’suntik oleh Aras Dua Sendirian Berhad.",
"Kita sedia maklum yang AC Mizal adalah duta untuk barangan magnetik seperti gelang & rantai. Konsep perniagaan AC juga tidak lari dari apa yang di’dutakan.",
"Disember ini, AC Mizal akan melangkah jauh dengan membuka kedai di Oxford Road, London, Sydney, Australia dan versi tempatan di Wisma Sentral, Kuala Lumpur.",
"Mengulas tentang hubungan dengan Hans Isaac, AC Mizal berkata cukup sampai setakat ini kerjasama beliau dengan teman baiknya itu.",
"Komen Hans yang mengatakan AC Mizal tidak komited akan sessi latihan Cucu The Musical betul-betul mengguris perasaan beliau.",
"Tidak mengapa AC, modal RM200 juta sudah ada, sekarang masa untuk AC Mizal bina sesuatu yang lebih kukuh untuk keluarga."
] |
https://www.rotikaya.com/penyanyi-popular-malaysia-ditangkap-curi-telefon-bimbit/ |
Penyanyi Popular Malaysia Ditangkap Curi Telefon Bimbit
| [
"Kisah ini masih tiada nama yang di’kaitkan namun jika satu masa terbongkar, pasti gempar dunia hiburan Malaysia.",
"Semalam, seorang penyanyi rock popular Malaysia berusia lingkungan 30-an di’tahan kerana di’syaki mencuri telefon bimbit bernilai SGD280 (RM682).",
"Telefon bimbit itu dikatakan milik seorang pelakon Singapura & penyanyi ini menumpang tidur di’rumah pelakon ini sejak 3 November lalu.",
"Satu hari, pelakon ini bangun tidur & menyedari yang penyanyi ini lesap bersama telefon bimbit yang baru sahaja di’beli.",
"“Saya mula mengesyaki dia yang mencuri setelah teman wanitanya yang tidak pernah saya kenali mengirimkan SMS kepada rakan saya untuk memberitahu nombor telefon barunya. Namun, nombor itu sebenarnya nombor telefon bimbit milik saya”",
"Begitulah kisahnya si penyanyi rock popular tidak berduit tetapi masih mahu hadiahkan sesuatu buat teman wanita.",
"Lebih menyedihkan, ketika di’tangkap, penyanyi ini merayu-rayu untuk di’lepaskan kerana memerlukan wang — bekas isteri & anaknya sakit."
] |
https://www.rotikaya.com/hot-fm-twisties-bingit-bakal-berpindah-ke-layar-televisyen/ |
Hot FM Twisties Bingit Bakal Berpindah Ke Layar Televisyen
| [
"Dalam pada ada gesaan dari pakar ekonomi untuk menghentikan program realiti, kini muncul program baru.",
"Hot FM Twisties Bingit bukanlah satu program realiti baru kepada mereka yang mendengar radio Hot FM. Cuma kali ini, tarafnya di’angkat ke layar televisyen.",
"Ramai mula mempersoalkan keperluan program realiti hiburan selepas lambakan artis yang wujud dalam industri seni tanah air.",
"Penambahan band-band bebas yang bersaing dalam Hot FM Twisties Bingit ini akan menambahkan bilangan artis yang wujud, tetapi belum tentu masa hadapan’nya.",
"Hot FM Twisties Bingit boleh kami katakan Akademi Fantasia versi berkumpulan kerana berjaya menarik minat ramai anak muda (bersama band masing-masing) untuk mencuba nasib.",
"Program realiti ini akan di’tayangkan di 8TV dan pemenang utama akan membawa pulang hadiah bernilai RM80,000 beserta kontrak rakaman dengan Monkey Bone."
] |
https://www.rotikaya.com/eja-janji-akan-perkenalkan-nur-eishal-kepada-media/ |
Eja Janji Akan Perkenalkan Anak, Nur Eishal Kepada Media
| [
"Dari dahulu lagi, Eja memang misteri orangnya & ini tidak terkecuali tentang anak kecilnya, Nur Eishal.",
"Di’temui pihak media di majlis perasmian Islamic Fashion Festival (IFF) yang berlangsung di JW Mariott Hotel,KL semalam, Eja masih belum mahu imej anaknya di’rakam.",
"“Eja faham diluar sana ramai tertanya-tanya bila Eja akan memperkenalkan anak Eja.Banyak perkara perlu difikirkan. Keadaan dan masa yang tidak mengizinkan, tambahan pula Eja bersalin tiga minggu lebih awal dari jangkaan”",
"Nur Eishal yang membawa maksud ‘cahaya bunga syurga’ merupakan anak pertama hasil perkahwinan Eja yang di’rahsiakan lebih 10 tahun.",
"Eja yang kini di’ikat sebagai duta Bio-Essence selama dua tahun kini mengakui tidak lagi pentingkan kerjaya kerana sudah bergelar ibu.",
"Bercakap tentang Nur Eishal, Eja mengakui satu sifat yang di’ikut oleh anak kecil itu adalah kegemaran akan warna merah."
] |
https://www.rotikaya.com/kisah-silam-fizz-fairuz-ada-hubungan-teman-tapi-mesra-dengan-lelaki/ |
Kisah Silam Fizz Fairuz: Ada Hubungan Teman Tapi Mesra Dengan Lelaki
| [
"Kami cuba untuk keluar dengan tajuk lebih sopan tapi straight to the point. Ini sahaja yang terbaik hasil brainstorming 35 saat.",
"Seperti berjalan dari forum ke forum, kami di’halakan ke’sebuah blog milik seorang wartawan di sebuah majalah hiburan suam-suam kuku.",
"Dalam banyak-banyak tulisan blog beliau, ada beberapa siri bertajuk ‘Ada Apa Dengan Kita’ yang di’tulis pada tahun 2007 dahulu.",
"Siri tulisan ini menulis secara tepat hubungan wartawan ini dengan Fizz Fairuz sebelum Fizz Fairuz bergelar & popular sebagai artis.",
"“Apatah lagi apabila ianya dikaitkan dengan seseorang yang kita pernah mesrai“. Ini di’tulis merujuk kepada sekeping gambar Fizz Fairuz yang pertama kali keluar dalam majalah beliau.",
"“Sebagaimana ada janji antara kita dulu, apa yang berlaku antara kita dulu adalah sejarah yang mematangkan hidup kita“. Yang ini pula di’tulis apabila wartawan ini sedang menonton drama Kaizer di TV3 & dalam masa yang sama membaca SMS dari Fizz Fairuz yang masih di’simpan — dari 2002!",
"“…walaupun cerita kemesraan sekadar satu persinggahan“. Di’tulis ketika wartawan ini melihat Fizz Fairuz di’atas pentas menyampaikan anugerah dalam satu majlis anugerah kecil-kecilan tempat beliau bekerja.",
"Satu soalan, jika seorang lelaki berkawan rapat, sangat rapat dengan lelaki lain secara normal, ayat-ayat begini tidak akan keluar biar pun timbul rasa sayang sebagai sahabat."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-apabila-rosyam-nor-rakan-pelakon-bersosial/ |
(Gambar) Apabila Rosyam Nor & Rakan Pelakon Bersosial
| [
"Eh mana gambar Rosyam Nor? Ada, selepas ini kerana tidak berapa sesuai untuk di’muatkan di’muka hadapan.",
"Gambar ini di’peroleh dari sebuah forum remaja yang membangkitkan isu Rosyam Nor yang berparti seolah-olah tiada anak & isteri.",
"Walaupun dalam gambar di’bawah beliau tidak kelihatan begitu ekstrim, namun berada di’tempat yang tidak sepatutnya seorang bapa berada akan menimbulkan persepsi kurang senang.",
"Lagi gambar selepas ini & anda pasti terkejut siapa lagi yang ada bersama. Air tenang jangan di’sangka tiada buaya. "
] |
https://www.rotikaya.com/syanie-dina-sertai-the-biggest-loser-asia-bermula-24-november/ |
Syanie & Dina Sertai The Biggest Loser Asia, Bermula 24 November
| [
"Dan, cabaran pun bermula buat dua orang artsi yang mewakili Malaysia ke The Biggest Loser versi Asia.",
"Episod pengenalan untuk The Biggest Loser Asia akan ke’udara 24 November, jam 9 malam ini di saluran Hallmark dan akan menunjukkan sessi uji bakat yang melibatkan lebih 2,000 peserta dari seluruh Asia.",
"Dari Malaysia, kita akan mempunyai Syanie & Dina yang masing-masing akan di’temani Zainal Alam Kadir & Jehan Miskin. Kami kurang pasti fungsi dua selebriti lelaki ini — pemberi motivasi mungkin.",
"Juara The Biggest Loser Asia akan membawa pulang wang tunai USD100,000 dan sebuah kereta mewah Renault. Jika di’izinkan, kita akan ada dua ‘selebriti baru’ dalam dunia hiburan.",
"The Biggest Loser Asia akan di’kendalikan oleh dua pakar kecergasan yang awesome, Dave Nuku dan Kristy Curtis dan kem kecergasan mereka akan bertempat di Melaka."
] |
https://www.rotikaya.com/eja-rugi-rm240000-kerana-poster-sebesar-bangunan/ |
Eja Rugi RM240,000 Kerana Poster Sebesar Bangunan
| [
"RM240,000 untuk kerugian yang Eja alami kerana Gulatis melanggar perjanjian lisan antara mereka berhubung penggunaan gambar Eja.",
"Mengikut perjanjian, gambar Eja itu hanya akan di’gunakan dalam satu borang peraduan & sebagai balasan, Eja menerima baucer pembelian barangan di Gulatis bernilai RM1,500.",
"Namun, Gulatis dengan selamba menggunakan foto tersebut pada papan iklan, poster dan banner seolah-olah Eja adalah duta Gulatis.",
"Oleh kerana itu, syarikat dan agensi tidak menawarkan sebarang kontrak kerja, dakwa Eja.",
"Menuntut RM240,000 dalam hemat kami agak munasabah dengan pelanggaran janji yang di’buat. Jangan jadi seperti seorang pelakon wanita, kerana tajuk akhbar saman lebih RM1 juta."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-apa-motif-azwan-ali-dalam-kes-ceramah-dr-asri/ |
(Gambar) Apa Motif Azwan Ali Dalam Kes Ceramah Dr.Asri?
| [
"Gambar di’atas di’ambil ketika bekas mufti Perlis, Dr.Asri tampil di’mahkamah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi ceramah tanpa tauliah.",
"Tidak mengapalah, kes sebegitu kerja mahkamah untuk tentukan. Tapi, apa Azwan Ali buat tampil tiba-tiba memberi sokongan kepada Dr.Asri?",
"Kami memang tahu yang Azwan Ali baru sahaja pulang mengerjakan umrah & jika beliau ikhlas tampil memberi sokongan, maka bersyukurlah Azwan Ali semakin serius mendekati Islam sebenar.",
"Jika ada niat untuk mempromosikan diri supaya melekat imej Islamik ala-ala Amy Search, tidak perlulah."
] |
https://www.rotikaya.com/gossip-faizal-af4-kena-tangkap-basah-di-terengganu/ |
(Gossip) Faizal AF4 Kena Tangkap Basah Di Terengganu?
| [
"Pertama sekali, berita ini tidak dapat di’sahkan kesahihannya dari mana-mana pihak di bahagian Faizal AF4.",
"Tetapi jika menurut clue yang di’beri penulis di Gua.com.my, Faizal AF4 adalah orang yang paling hampir untuk di’kaitkan dengan isu terbaru ini.",
"Menurut penulis tersebut, seorang juara realiti TV telah di’tangkap basah di kampung halamannya & artis ini pernah di’calonkan untuk menjadi belia contoh.",
"Masih segar rasanya dalam fikiran peminat hiburan yang Faizal AF4 pernah di’calonkan untuk menjadi belia contoh peringkat negeri Terengganu.",
"Berita tangkap basah Faizal AF4 ini sengaja tidak di’hebahkan kerana mahu menjaga nama baik penyanyi ini dan keluarga — maklumlah, belia contoh.",
"Faizal AF4 juga dikatakan ada merancang untuk berkahwin hujung tahun ini bersama gadis tersebut. Kita tunggu dan lihat sahaja ya?",
"Entah betul entah tidak andaian ramai tentang Faizal AF4 ini, namun kami berharap ada pihak yang memberi kenyataan jelas tentang hal ini."
] |
https://www.rotikaya.com/tahniah-sheila-majid-diiktiraf-pemilik-vokal-wanita-terbaik/ |
Tahniah! Sheila Majid Di’iktiraf Pemilik Vokal Wanita Terbaik
| [
"Hari ini mencatat satu lagi sejarah gemilang buat Ratu Jazz Malaysia Sheila Majid apabila di’anugerahkan Outstanding Female Vocalist yang disampaikan oleh Federation for Asian Cutural Promotion (FACP).",
"“Saya amat gembira kerana dianugerahi gelaran ini. Mereka adalah satu badan antarabangsa dan saya bersyukur dan berasa dihargai kerana dipilih,” kata Sheila Majid yang sudah 24 tahun dalam dunia seni tanah air.",
"Perkembangan lain menurut Sheila Majid adalah beliau akan mengeluarkan 2 single terbaru tahun hadapan sempena meraikan 25 tahun penglibatan & bakat beliau dalam dunia nyanyian.",
"Kami di’sini sentiasa menunggu konsert terbaru Sheila Majid. Jika boleh, buat secara besar-besaran kerana 25 tahun dalam dunia seni bukan mudah. Bintang realiti sekarang mahu survive 2 tahun pun terkangkang."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-kekasih-baru-nora-danish/ |
(Gambar) Kekasih Baru Nora Danish?
| [
"Sedikit meragukan sebenarnya untuk percaya yang gambar di’atas adalah kekasih baru Nora Danish.",
"Satu, kebarangkalian untuk Nora Danish untuk keluar makan & duduk di’sebelah sesiapa sahaja sangat tinggi kerana Nora Danish sedang single.",
"Dua, satu gambar begini tidak memberi apa-apa indikasi tepat tentang hubungan mereka. Mungkin sekadar teman keluar beramai-ramai.",
"Apapun, dalam gambar di’atas, Nora Danish nampak comel & natural. Sedikit mengantuk pun ada, tapi yalah, tetap comel."
] |
https://www.rotikaya.com/pengubat-rindu-rabbani-akan-release-single-kolaborasi-ustaz-asri-mawi/ |
Pengubat Rindu: Rabbani Akan Release Single Kolaborasi Ustaz Asri & Mawi
| [
"Rabbani pagi tadi muncul sebagai tetamu dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) & membawa berita gembira.",
"Selain menyebut yang mereka akan terus aktif & menyambung perjuangan Rabbani tanpa Ustaz Asri, mereka mengumumkan ada hadiah untuk peminat yang rindukan alunan suara Ustaz Asri.",
"Rabbani mengesahkan yang mereka akan keluarkan sebuah lagu yang di’cipta oleh KRU. Lagu tersebut merupakan dendangan bersama Ustaz Asri & Mawi.",
"Tidak sabar rasanya kami ingin dengar buah tangan terakhir Ustaz Asri yang pasti kini sudah di’rindui peminat nasyid tanah air."
] |
https://www.rotikaya.com/orang-ekonomi-bersuara-hentikan-program-realiti-tv-membazir/ |
Orang Ekonomi Bersuara: Hentikan Program Realiti TV, Membazir!
| [
"Lama sudah sebenarnya kami teringin nak dengar orang dari latarbelakang ekonomi bercakap tentang habit orang Malaysia yang gemarkan program realiti TV.",
"Hari ini, hero kami, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin bersuara.",
"Menurut beliau, segala program TV yang berunsurkan undi dari penonton melalui SMS perlu dihentikan segera kerana menggalakkan pembaziran.",
"“Pada saya program seperti ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta. Keadaan seperti ini perlu dihentikan”",
"Kami rasa pun sudah sampai masa orang Malaysia lebih sayangkan duit dari bakat baru yang belum tentu ke’mana.",
"Duit zaman sekarang bukan senang hendak di’cari. Tapi, mintalah sesiapa pun untuk belanjakan, RM1 juta pun boleh rata dalam 24 jam."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-datuk-k-tambah-aset-misai-kini-bertemankan-janggut-manis/ |
(Gambar) Datuk K Tambah Aset, Misai Kini Bertemankan Janggut Manis
| [
"Ini adalah kesinambungan kepada entri sebelum ini yang mana kami tiada sebarang info tentang apa yang berlaku.",
"Kali ini bukan sahaja info, tetapi kami juga tahu milik siapa gambar cantik yang kami sertakan ini. Terima kasih kepada Cik Syikin & Gallery MMU.",
"Majlis yang di’hadiri Siti Nurhaliza & Datuk K ini adalah majlis untuk makan malam mengutip dana untuk Yayasan Universiti Multimedia (YMU) dan majlis ini berjaya mengutip lebih RM200,000.",
"Yang menariknya, dalam gambar-gambar yang ada, janggut di’wajah Datuk K bagai sengaja di’biarkan untuk kelihatan lebih macho. "
] |
https://www.rotikaya.com/khabarnya-ida-nerina-masih-belum-sembuh-dari-kemalangan/ |
Khabarnya Ida Nerina Masih Belum Sembuh Dari Kemalangan
| [
"Agak lama dunia hiburan tidak dengar berita tentang aktress berbakat besar Malaysia Ida Nerina selepas beliau terlibat dengan kemalangan tidak lama dulu.",
"Berita terbaru yang diterima dari seorang peminat seni menyatakan yang Ida Nerina masih belum sembuh dari sakit akibat kemalangan tersebut.",
"Peminat itu memberitahu yang beliau terserempak dengan Ida Nerina di sebuah kompleks membeli belah di Bangsar & Ida Nerina di’lihat masih berkerusi roda.",
"Ida Nerina juga dikatakan perlu di’bantu oleh rakan-rakan yang ada untuk memudahkan pergerakan beliau.",
"Jika benar Ida Nerina masih belum sembuh, sama-samalah kita doakan kesejahteraan & semoga cepat sakit yang di’alami sembuh.",
"Pasti ramai peminat seni lakonan samada TV atau teater atau filem yang merindukan comeback & lakonan berkesan Ida Nerina."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-siti-nurhaliza-hadiri-acara-di-universiti-multimedia/ |
(Gambar) Siti Nurhaliza Hadiri Acara Di Universiti Multimedia
| [
"Tidak dapat dipastikan bila & apakah acara yang di’hadiri Datuk Siti Nurhaliza kita ini. Tapi, kemesraan antara Siti Nurhaliza & Tun Dr. Siti Hasmah masih seperti dulu.",
"Yang menarik minat kami adalah corak baju biru yang Siti Nurhaliza pakai itu mirip corak pada kulit ular. Tapi kalau di’lihat dari dekat, ia hanyalah corak biasa & Siti Nurhaliza nampak cantik malam itu."
] |
https://www.rotikaya.com/barisan-jelitawan-dalam-filem-terbaru-prof-a-razak-mohaideen/ |
Barisan Jelitawan Dalam Filem Terbaru Prof. A Razak Mohaideen
| [
"Pengarah ‘kesayangan’ ramai, Prof. A Razak Mohaideen kembali lagi. Kini dengan 8 orang jelitawan mengiringi comeback beliau.",
"Menurut satu sumber dari forum Cari, Prof. Razak sekarang dalam rangka untuk mengarah sebuah filem terbaru dengan tema thriller.",
"Jadi, apa kena mengena 8 jelitawan dengan filem tema thriller begini bukan?",
"Penyampai cerita ini memberitahu yang konsep filem baru ini begini, 8 orang jelitawan di’tempatkan di’sebuah pulau (atas sebab apa tidak jelas) & seorang demi seorang hilang.",
"Ini menimbulkan misteri kepada mereka yang ada kerana kehilangan rakan secara misteri & aneh.",
"Lebih menarik, Rozita Che Wan & Fauziah Ghous antara nama yang di’sebut bakal membintangi filem ini.",
"Jika benar 8 jelitawan di’sumbatkan dalam satu filem, dan filem ini meletup pula di’pawagam, memang hasil tangan Prof. Razak kali ini memang akan menjadi epik.",
"Kita tunggu & lihat sahaja. Sampai sudah masanya sekarang Prof. Razak tampil dengan filem yang lebih bermutu dari siri Anak Mami."
] |
https://www.rotikaya.com/robert-pattinson-lelaki-paling-seksi-tahun-2009/ |
Hero Twilight New Moon, Robert Pattinson: Lelaki Paling Seksi 2009
| [
"Hero yang namanya naik menerusi filem pertama Twilight, Robert Pattinson hari ini di’angkat sebagai Lelaki Paling Seksi Tahun 2009 oleh majalah People.",
"Dalam temubual bersama wartawan awal hari ini, Pattinson secara berjenaka yang gaya rambut beliau dalam Twilight menyumbang 75% faktor seksi.",
"“Jadi, saya kena kurangkan sikit efek rambut dalam penampilan saya supaya orang boleh nampak bahagian saya yang lebih seksi”",
"Robert Pattinson akan kembali menggegarkan panggung seluruh dunia dengan sambungan Twilight, New Moon. Gelaran Sexiest Man Alive tahun lalu di’pegang oleh Hugh Jackman."
] |
https://www.rotikaya.com/fasha-sandha-bersuara-nora-danish-taknak-tegur-saya-tak-kisah/ |
Fasha Sandha Bersuara: Nora Danish Taknak Tegur, Saya Tak Kisah
| [
"Akhirnya, pihak ketiga yang nampak seperti pihak kedua dalam kancah penarikan diri Nora Danish dari set Spa Qistina mula bersuara.",
"Walaupun Fasha Sandha secara teknikalnya tidak ada kena mengena dengan masalah Nora Danish, namun respons dari mulut beliau memang di’nanti-nanti.",
"“Industri hiburan ini kecil saja. Terpulang kepada dia (Nora Danish) kalau tak mahu tegur,” kata Fasha Sandha kepada Berita Harian hari ini.",
"Fasha Sandha memaklumkan yang beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berlakon bersama Nora Danish. Beliau pun sudah sedia maklum yang akan ada kemungkinan bertembung dengan jadual Nora Danish.",
"Kami nampak dalam hal ini, Fasha Sandha nampak lebih professional dalam hal kerja berbanding Nora Danish yang membawa emosi ke lokasi.",
"Kami sedar yang Fasha Sandha memang ada sejarah hitam sehinggakan Qabil Ambak pun fikir dua kali untuk berumahtangga dengan beliau, namun dalam soal kerja & mencari rezeki, emosi sebegitu perlu di’tolak ketepi.",
"Satu soalan, adakah Fasha Sandha senyap kerana memang dia berdiam diri atau media cetak maish memboikot Fasha Sandha?"
] |
https://www.rotikaya.com/drama-puteri-bakal-ke-layar-perak-tanpa-nora-danish/ |
Drama Puteri Bakal Ke Layar Perak Tanpa Nora Danish
| [
"Kalau seseorang selebriti itu ada terlibat dengan kontroversi yang agak besar begini, memang wajah dia sahajalah yang akan muncul di media cetak & elektronik.",
"Kini giliran Nora Danish yang hari ini muncul di Utusan Malaysia menjelaskan untuk kesekian kali kedudukan beliau dalam kontroversi yang melanda.",
"Kami yang sudah membaca banyak kali naik bosan & ada cerita lain timbul semasa sessi temubual.",
"Satu ayat keluar dari mulut Nora Danish menyatakan ada ura-ura yang Aziz M.Osman berminat untuk membawa drama sitkom Puteri ke layar perak.",
"Drama sitkom Puteri yang berlangsung selama 10 musim adalah siri drama yang betul-betul membawa nama Nora Danish naik dalam persada seni.",
"Malangnya, Aziz M.Osman sudah sedia memaklumkan kepada Nora Danish yang beliau tidak lagi sesuai dengan watak Puteri kerana sudah berkahwin & mempunyai anak. Ouch!"
] |
https://www.rotikaya.com/timbaland-miley-cyrus-adalah-justin-timberlake-yang-baru/ |
Timbaland: Miley Cyrus Adalah Justin Timberlake Yang Baru
| [
"Penerbit yang banyak mengeluarkan hits, Timbaland baru-baru ini mengakui yang beliau terpesona dengan bakat yang ada pada Miley Cyrus dan meramalkan remaja itu akan menjadi Justin Timberlake yang seterusnya.",
"“Dia (Miley Cyrus) datang dari latar belakang muzik yang sama, & suaranya memang cukup baik. Apa yang boleh saya cakap, saya cukup terpesona apabila bekerja dengan beliau”",
"“Tidak mustahil satu hari nanti Miley akan menjadi bintang sebesar Justin (Timberlake)”, ujar Timbaland kepada wartawan.",
"Pada kami, Miley Cyrus ada pakej & bakat untuk menjadi lebih besar, tetapi meletakkan Miley Cyrus setaraf dengan Justin Timberlake agak tidak sesuai."
] |
https://www.rotikaya.com/gossip-ayu-oiam-kahwin-senyap-lahirkan-anak-sulung/ |
(Gossip) Ayu OIAM Kahwin Senyap & Lahirkan Anak Sulung?
| [
"Lama sudah bukan kita tidak dengar perkembangan seni juara One in a Million musim ke-2 ini. Hari ini muncul satu gossip hebat melanda Ayu.",
"Beberapa minggu lepas, ada seorang penulis media hiburan menulis tentang seorang bintang realiti TV yang dikatakan sudah berkahwin & melahirkan seorang anak luar nikah.",
"Hasil siasatan wartawan awam di sebuah forum, bintang realiti TV itu dikatakan sebagai Ayu OIAM. Ayu dikatakan sebelum ini telah terlanjur dengan kekasih beliau yang bekerja di’sebuah kedai makan.",
"Akibat perbuatan itu, mereka terpaksa berkahwin & Ayu khabarnya sekarang berada di Kuala Kangsar, Perak dan masih dalam pantang.",
"Selepas gossip yang mengatakan Ayu OIAM minum arak, rakan artis yang nampak perut buncit Ayu dalam satu majlis menyangka ia disebabkan tabiat Ayu yang mengambil alkohol berlebihan.",
"Entah betul entah tidak. Ayu betul-betul kena tampil ke pihak media & menjelaskan hal ini. Jika terus senyap, maka cerita ini juga tidak akan senyap.",
"Lagipun, ada peminat yang rindukan alunan suara Ayu membawakan single terbaru. Sayang bakat yang ada kalau tiba-tiba senyap begini."
] |
https://www.rotikaya.com/mercedes-benz-beli-brawn-gp-lotus-f1-umum-pemandu-minggu-hadapan/ |
Mercedes-Benz Beli Brawn GP, Lotus F1 Umum Pemandu Minggu Hadapan
| [
"Sedikit berita sukan tetapi bukan bola sepak, juara perlumbaan Formula 1 2009 kini menjadi milik Mercedes-Benz.",
"Pengerusi Mercedes-Benz, Dieter Zetsche bercakap menerusi sidang akhbar yang Brawn GP akan berlumba pada kejohanan 2010 dengan nama Mercedes GP Team.",
"Mercedes-Benz yang membekalkan segala kelengkapan enjin kepada pasukan Brawn GP & McLaren musim lalu akan terus menjadi pembekal kepada kedua-dua pasukan.",
"Namun, menjelang 2011, pegangan saham Mercedes-Benz dalam McLaren F1 Team akan di’serahkan kepada pihak lain. ",
"Dalam kisah yang lain, pasukan Formula 1 Malaysia, Lotus F1 Team akan mengumumkan pemandu pertama mereka minggu hadapan.",
"Ini adalah berikutan pengumuman Tony Fernandes menerusi Twitter baru-baru ini & kini rakyat Malaysia masih berteka-teki siapa bakal memandu kereta F1 pertama Malaysia."
] |
https://www.rotikaya.com/diana-danielle-bakal-heroin-anu-dalam-botol/ |
(Gossip) Diana Danielle Bakal Heroin Anu Dalam Botol?
| [
"Pertama sekali, kami tidak approve tajuk filem dengan hanya ‘…’, kalau anu tidak dibenarkan LPF, cari perkataan lain. Itu cerita lain.",
"Seorang penulis di Murai.com.my hari ini ada menulis yang beliau dengar Diana Danielle bakal membintagi filem kontroversi …Dalam Botol terbitan Raja Azmi Raja Sulaiman.",
"Baru-baru ini, para pelakon & pengarah filem ini Khir Rahman berkampung di Hotel G, Jalan Gurney, Pulau Pinang selama 10 hari untuk latihan yang di’panggil Dry Run.",
"Video untuk latihan ini boleh di’tonton di Murai.com.my. Seperti tajuk, masih tiada sebarang pengesahan yang mengatakan Diana Danielle akan memegang watak utama dalam filem ini.",
"Namun, taktik memancing pelakon wanita muda seperti Diana Danielle untuk filem kontroversi sebegini nampaknya akan menimbulkan isu lain.",
"Tidak terlalu mudakah Diana Danielle untuk berada dalam filem yang tajuknya pun sudah menimbulkan komplikasi negatif di’kalangan masyarakat?"
] |
https://www.rotikaya.com/victoria-beckham-dapat-watak-dalam-filem-madagascar-ke-3/ |
Victoria Beckham Dapat Watak Dalam Filem Madagascar Ke-3
| [
"Isteri bintang bola sepak sensasi David Beckham ini di’khabarkan menerima tawaran untuk membintangi Madagascar 3.",
"Pastinya bukan muncul secara nyata, suara Victoria Beckham akan digunakan untuk watak yang masih belum di’ketahui. Jika benar berita ini, ini bukan pertama kali Victoria Beckham menyumbangkan suara ke sebuah produksi animasi.",
"Sebelum ini, Victoria Beckham ada merakamkan suara sebagai Queen Amphitrite, karakter dalam rancangan TV popular “SpongeBob SquarePants” yang dijadualkan ke’udara tahun 2010.",
"Dalam berita lain, Victoria Beckham juga pernah di’tawarkan untuk muncul sebagai cameo untuk filem Sex & The City 2 namun menolaknya tanpa sebarang sebab.",
"Mungkin Victoria Beckham lebih minat kerja belakang tabir produksi berunsur kartun. Maklumlah, anak beliau sendiri gemarkan 2 filem terawal Madagascar."
] |
https://www.rotikaya.com/konsert-penutup-jelajah-malaysia-singapura-hujan-ahad-ini/ |
Konsert Penutup Jelajah Malaysia & Singapura Hujan 22 November Ini
| [
"Ahad ini akan menjadi hari terakhir konsert jelajah Singapura & Malaysia Hujan yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu. Hujan atau panas, goreng saja gitar itu.",
"Konsert yang akan berlangsung di KL Live, Life Centre itu bakal menyaksikan peminat Hujan berkumpul menikmati persembahan tenaga band indie paling popular hari ini.",
"Konsert ini akan dihoskan oleh pengacara comel molek, Yasmin Hani & peminat juga akan dihidangkan video eksklusif belakang tabir konsert jelajah mereka.",
"Berminat? Tiket berharga RM15 and RM20. Anda boleh hubungi 017-206-7904 (Alef) atau 012-384-6990 (Nana) atau e-mail sahaja [email protected]."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-fesyen-tudung-bunga-telur-siti-nurhaliza/ |
(Gambar) Fesyen Tudung Bunga Telur Datuk Siti Nurhaliza
| [
"Nama fesyen tudung ini kami reka sendiri. Dan, kami sebenarnya kurang pasti samada yang di’pakai Siti Nurhaliza ini tudung atau sekadar hiasan kepala?",
"Namun, hiasan ala fish-net di’hujung kepala itu mengingatkan kami kepada ikatan bunga telur yang biasa kita lihat di’rumah-rumah kenduri kahwin kampung.",
"Sekali nampak memang cantik tetapi jika direnung betul-betul fesyen Siti Nurhaliza hari ini, kami rasa ada baiknya tudung di’tolak ketepi buat sementara. Pakai biar ikhlas, Zainal Abidin kata."
] |
https://www.rotikaya.com/rahsia-kecantikan-camelia-jangan-jangan-sesekali-mandi-air-panas/ |
Rahsia Kecantikan Camelia: Jangan, Jangan Sesekali Mandi Air Panas
| [
"Orang tua-tua kata, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata masuk blog jadi bahan.",
"Camelia hari ini muncul sebagai tetamu di radio HOT FM dan salah satu soalan yang di’tanya adalah berkaitan rahsia kecantikan beliau.",
"Mungkin untuk menyatakan yang beliau menggunakan produk kecantikan beribu ringgit sesuatu yang terlalu cliche, beliau tampil dengan petua sendiri.",
"Camelia mengatakan, jangan mandi air panas untuk mengelakkan kulit cepat kering dan berkedut. Pada hemat kami, Camelia pada saat ini merujuk kepada air suam yang biasa.",
"Selepas itu Camelia sambung, mandilah dengan air suam sepertimana yang beliau lakukan. Dan, kami mula berfikir air panas pada awal tadi adalah air sebetul-betul panas.",
"Baiklah Camelia, kami akan ikut petua yang Cik Camelia berikan. Tiada lagi mandi air panas selepas ini. Oh ya, kami tidak pernah."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-hannah-tan-bergaya-untuk-urtv-dalam-kebaya-moden/ |
(Gambar) Hannah Tan Bergaya untuk URTV Dalam Kebaya Moden
| [
"Pertamanya, betul ke baju yang Hannah Tan pakai dalam gambar sebelah kebaya moden? Kami kurang arif.",
"Apapun, Hannah Tan nampak manis & comel dalam persalinan tersebut. Yang bergambar bersama Hannah Tan dalam gambar adalah Mastura, orang URTV.",
"Gambar ini dirakam ketika Hannah Tan menjalani sessi fotografi dengan URTV baru-baru ini.",
"Kalau mahu lihat gambar penuh, boleh ramai-ramai beli URTV keluaran akan datang.",
"Sedikit berita tentang Hannah Tan, beliau kini sedang sibuk menjalani rakaman album studio pertama beliau yang akan dipasarkan ke pasaran Jepun.",
"Perjanjian Hannah Tan dengan pihak syarikat rakaman dari sana khabarnya bernilai RM6 juta. Harapnya nama Hannah Tan bolem boom di negara matahari terbit itu."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-duo-aktress-comel-malaya-lisa-surihani-nora-danish/ |
(Gambar) Duo Aktress Comel Malaya Lisa Surihani & Nora Danish
| [
"Gambar dua orang rakan baik ini munsul di mStar Online hari ini & kami tidak lepaskan peluang untuk mengulas sedikit persahabatan erat dua aktress comel Malaysia ini.",
"Hari ini kami tidak akan bercakap tentang isu Nora Danish tarik diri dari Spa Qistina, tetapi lebih kepada sokongan moral yang wujud antara kedua mereka.",
"Nora Danish & Lisa Surihani antara selebriti yang aktif di Twitter & ini dijadikan medium untuk mereka berdua menunjukkan tanda persahabatan ikhlas mereka.",
"Lisa Surihani khabarnya hari ini sedang menjalani pengambaran Mertua vs. Menantu musim ke-2. Makin kerap wajah Lisa Surihani muncul di kaca TV selepas ini.",
"Baca tulisan mereka di Twitter selepas ini. Anda ada akaun Twitter? "
] |
https://www.rotikaya.com/nana-kini-ex-era-fm-dipindahkan-ke-xfm/ |
Nana (Kini ex-ERA FM) Dipindahkan ke Radio Kurang popular, XFM
| [
"Lumrah bekerja dibawah orang lain, jika sampai masa, kita perlu menurut sahaja kehendak mereka yang lebih besar.",
"Terbaru, Nana yang antara penyampai senior di ERA FM dipindahkan ke stesyen radia kurang popular XFM.",
"Orang kuat ERA FM, Nazri Noran mengesahkan berita ini namun Nana yang masih dalam proses menghabiskan sisa cuti tidak dapat di’hubungi untuk komen.",
"Agak kurang bernasib baik nasib Nana kerana sebelum ini rakan setugas lain dipindahkan ke stesyen radio yang agak gah bilangan pendengarnya.",
"Nazri Noran memberitahu yang pertukaran dalaman ini adalah untuk kebaikan kedua-dua stesyen radio tersebut.",
"ERA FM kini sudah di’pintas populartinya oleh HOT FM yang dimiliki oleh Media Prima. XFM walaubagaimanapun masih bergelut untuk meletakkan diri dikalangan radio popular."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-vanessa-hudgens-tuntut-bagasi-di-lapangan-terbang/ |
(Gambar) Vanessa Hudgens Tuntut Bagasi di Lapangan Terbang
| [
"Editor’s Note: Come on guys. Ini pun boleh jadi bahan cerita? Nasib baik Vanessa Hudgens comel.",
"Dalam siri beberapa keping gambar dibawah, Vanessa Hudgens nampak sabar menunggu kehadiran bagasi di LAX (Los Angeles Airport).",
"Aktress berusia 20 tahun ini sedang sibuk menjalani pengambaran sebuah filem aksi berjudul Sucker Punch di Vancouver bersama Jamie Chung.",
"Menurut Vanessa Hudgens, beliau teruja akan kehadiran filem ini kerana ia memperlihatkan sudut kental sekumpulan gadis termasuk dirinya sendiri."
] |
https://www.rotikaya.com/saksi-tuduhan-manohara-didera-tengku-fakhry-mengarut/ |
Saksi Tunggal: Tuduhan Manohara Didera Tengku Fakhry Mengarut
| [
"Tengku Azwani Tengku Iskandar, saksi tunggal Perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa segala dakwaan deraan adalah tidak benar.",
"Azwani yang mendakwa dirinya sentiasa bersama Manohara berkata pasti wanita itu akan mengadu sesuatu kepada beliau jika benar didera oleh Tengku Fakhry.",
"Azwani yang juga sepupu kepada Tengku Fakhry memberitahu mahkamah yang beliau nampak hubungan Manohara & Tengku Fakhry nampak mesra & tiada tanda-tanda penderaan terjadi.",
"Rumah kediaman Tengku Azwani juga di’katakan hanya 10 minit dari kediaman rasmi Tengku Fakhry & Manohara.",
"Dalam prosiding yang sama, mahkamah juga mendengar afidavit bertulis Tengku Fakhry berkaitan tuntutan hutang berjumlah RM1,112,250 terhadap Manohara.",
"Orang Malaysia sudah masuk mahkamah bicara, Manohara & ibunya di Indonesia masih belum berjumpa peguam yang sudi. Dan, ya, gambar di’atas adalah gambar Manohara Odelio Pinot."
] |
https://www.rotikaya.com/mel-gibson-pernah-idam-watak-james-bond-tidak-layak-kerana-pendek/ |
Mel Gibson Pernah Idam Watak James Bond: Tidak Layak Kerana Pendek
| [
"Tidaklah pendek sangat jika ketinggian 5′ 9″ menjadi batasan untuk Mel Gibson memegang watak fiksyen penyiasat lagenda, James Bond.",
"Kisah ini di’dedahkan Tom Mankiewicz, penulis skrip di Konvensyen Bond di Los Angeles baru-baru ini.",
"“Gibson pernah berniat untuk memegang watak Bond, tetapi Cubby (pengarah filem James Bond) menolak idea gila itu”, kata Tom Mankiewicz kepada wartawan.",
"Seseorang dari syarikat penerbitan ada berkata yang idea Mel Gibson untuk James Bond sesuatu yang bagus & isu ini di’balas oleh Cubby dengan ayat,”saya mahu arah filem James Bond, bukan filem Mel Gibson”.",
"Mungkin ada baiknya Mel Gibson tidak jadi pegang watak James Bond, wajahnya sendiri tiada wajah seorang Bond."
] |
https://www.rotikaya.com/vince-af1-putus-cinta-antara-benua/ |
Vince AF1 Putus Cinta Antara Benua
| [
"Sejak lama dulu, kami memang tidak pernah percaya akan cinta jarak jauh. Lagikan pula kalau terpisah beribu batu dek lautan biru.",
"Vincent Chong atau lebih di’kenali sebagai Vince AF1 baru sahaja pulang ke Malaysia dari Taiwan & kini di’katakan sedang merakamkan album terbaru.",
"Ada cerita yang beliau bawa dari Taiwan dan kali ini berkaitan cinta hati beliau yang terpaksa Vince tinggalkan kerana jarak & komitmen.",
"Vince menemui seorang gadis Mexico yang juga pelajar di Taiwan, Veronica Larrauri Abad dan bercinta sebelum pulang ke Malaysia. Perhubungan yang diteruskan dengan bantuan internet nampaknya tidak bertahan lama.",
"Ini semua kerana gadis itu bercadang untuk pulang ke Mexico selepas habis belajar & Vince juga mahu meneruskan karier di’Malaysia.",
"Mana tahu, jika betul berjodoh antara mereka berdua, satu hari mereka akan bertemu & jatuh cinta sekali lagi. Mana tahu."
] |
https://www.rotikaya.com/gossip-dasar-lelaki-faizal-yusof-tayang-pengganti-siti-nordiana/ |
(Gossip) Dasar Lelaki, Faizal Yusof Tayang Pengganti Siti Nordiana
| [
"Baru beberapa hari lepas media menulis tentang niat Siti Nordiana untuk memfailkan penceraian terhadap Faizal Yusof minggu hadapan.",
"Tup tup hari ini timbul satu gossip di’kalangan peminat hiburan yang Faizal Yusof ini sudah pun membawa calon pengganti baru sebagai isteri kepada ibu beliau.",
"Seorang tetangga yang kebetulan berjiran dengan rumah keluarga Faizal Yusof ini turut memberitahu, jika di’bandingkan Nana dengan gadis baru ini, jauh lebih manis & comel Siti Nordiana itu sendiri.",
"Entah. Jika betul cerita yang di’bawa oleh wartawan awam ini, maka Nana memang ada sebab yang sangat kukuh untuk minta cerai. Masa untuk berdikari & berkarya semula."
] |
https://www.rotikaya.com/johnny-depp-akan-bantu-nicholas-cage-keluar-dari-masalah-kewangan/ |
Johnny Depp Akan Bantu Nicholas Cage Keluar Dari Masalah Kewangan
| [
"Nicholas Cage yang kita kenal sebagai pelakon Hollywood dalam senarai Kelas A kini berhadapan dengan krisis kewangan peribadi paling teruk.",
"Selepas dua rumah mewah beliau di’lelong baru-baru ini, Nicholas Cage kini berhadapan dengan tuntutan bayaran cukai sebanyak USD5 juta. ",
"Prihatin dengan apa yang melanda Nicholas Cage, seorang lagi pelakon kelas A Hollywood, Johnny Depp di’laporkan menghubungi Cage untuk menghulurkan bantuan.",
"Johnny Depp dikatakan sanggup memberikan apa sahaja yang termampu dari segi sokongan moral & kewangan demi membawa Nicholas cage keluar dari masalah kewangan sekarang.",
"Johnny Depp bertindak demikian sebagai membalas jasa Cage yang memperkenalkan beliau kepada ejen lakonan dan seterusnya mendapat watak pertama menerusi filem A Nightmare on Elm Street."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-sekitar-konsert-seribu-warna-siti-nurhaliza/ |
(Gambar) Sekitar Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza
| [
"Malam tadi berlangsungnya konsert solo kedua Siti Nurhaliza tahun ini selepas kejayaan konsert ‘SATU’ beberapa bulan lalu.",
"Tahun ini sahaja, Siti Nurhaliza menjayakan 2 konsert solo & mengikut perancangan, ada dua lagi konsert yang bakal di’jayakan oleh legenda hidup Malaysia ini.",
"Satu konsert sempena 15 tahun Siti Nurhaliza menjadi anak seni & satu lagi konsert kerjasama bersama M.Nasir.",
"Konsert Seribu Warna malam tadi di’hadiri kira-kira 9,000 orang & Siti Nurhaliza mendendangkan 12 buah lagu termasuk sebuah lagu Anuar Zain & Faizal Tahir. ",
"“Saya hargai bakat Anuar dan Faizal. Lagu-lagu mereka juga diminati ramai. Ikutkan ramai lagi penyanyi lelaki lain yang terbaik tetapi saya perlu buat pilihan.”",
"Siti Nurhaliza yang bersyukur konsertnya malam tadi berjalan dengan tenang juga sempat berjenaka dengan wartawan sambil berkata,”Nasib baik tiada yang bakar kerusi”"
] |
https://www.rotikaya.com/saya-keluar-bukan-kerana-fasha-sandha-nora-danish/ |
Saya Keluar Bukan Kerana Fasha Sandha — Nora Danish
| [
"Pulak dah. Okay. Ada dua sebab kenapa kami buat satu lagi entri berkaitan isu Nora Danish lari dari set Spa Qistina ini.",
"Satu, gambar Nora Danish yang Murai keluarkan sangat comel. Walaupun tiada satu pun riak gembira, tapi pemilihan 4 riak wajah yang ikhlas dalam kebuntuan sangat tepat.",
"Dua, sebab kenyataan Nora Danish ada sedikit berubah. Kali ini Nora Danish menegaskan yang penarikan diri beliau tiada kena mengena dengan Fasha Sandha.",
"Semuanya berpunca dari tindakan produser Spa Qistina, Datin Zaiton Muhd Jiwa (Kak Ton) yang di’katakan mungkir janji. ",
"Kisah sebenarnya sudah menjadi sedikit komplikated & kalau mahu cerita lanjut, baca & fahami di Murai.com.my."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-puteri-sarah-liyana-teman-lelaki-ammar-alfian-aziz/ |
(Gambar) Puteri Sarah Liyana & Teman Lelaki, Ammar Alfian Aziz
| [
"Ingat lagi gambar kontroversi di’atas? Lama senyap Puteri Sarah Liyana kita selepas kontroversi tersebut melanda.",
"Baru-baru ini, blogger terkenal Malaysia, Budiey ada terserempak dengan pasangan ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pasangan ini hadir sempena pelancaran drama berjudul ‘Dimension’ yang mana Ammar Alfian Aziz turut berlakon.",
"Tiada apa cerita besar yang pasangan ini boleh khabarkan (contohnya tarikh kahwin) untuk tatapan peminat. Yang ada cuma gambar terbaru mereka berdua — yang lebih sopan.",
"Gambar-gambar Puteri Sarah Liyana & Ammar Alfian Aziz oleh Budiey selepas ini. "
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-nasha-aziz-di-rythm-of-the-21st-century-klcc/ |
(Gambar) Nasha Aziz di Rythm of The 21st Century, KLCC
| [
"Gambar ini di’ambil sempena perasmian pameran seni Rythm of The 21st Century di Galeria Petronas, KLCC. Tun Mahathir Mohammad datang merasmikan pameran unik ini.",
"Kami seperti biasa lebih tertarik kepada kehadiran jelitawan Malaysia yang seorang ini, Nasha Aziz. Walaupun hanya beberapa keping gambar sahaja, namun melegakan hati kami kerana Nasha Aziz still hot!"
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-azizah-mahzan-dirasuk-semangat-muda/ |
(Gambar) Azizah Mahzan Dirasuk Semangat Orang Muda
| [
"Agak kasar sebenarnya jika menyebut Azizah mahzan di’rasuk semangat muda, akan tetapi, tiada perkataan yang lebih jujur untuk menggambarkan situasi pelakon yang menginjak senja ini.",
"Orang kata sekeping gambar menyatakan seribu satu perkataan. Seperti biasa kami ada lebih sekeping & anda nilaikan sendiri. Bagaimana industri seni mahu hargai artis veteran jika begini contoh tauladan yang di’beri. ",
"Lagi gambar-gambar riang ria seorang Azizah Mahzan selepas ini. Hilang kesan lakonan beliau yang kami minati sejak dahulu. "
] |
https://www.rotikaya.com/tonton-konsert-seribu-warna-siti-nurhaliza-secara-live-di-internet/ |
Tonton Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza Secara Live di Internet
| [
"Mungkin agak terlambat berita ini di’sampaikan tetapi ini sesuatu yang baru untuk sebuah konsert melibatkan Siti Nurhaliza.",
"Malam ini, akan berlangsung Konsert Seribu Warna di Stadium Malawati, Shah Alam dan sejajar dengan perkembangan dunia internet Malaysia, konsert ini akan di’pancarkan secara langsung menerusi internet.",
"Dengan kadar bayaran serendah RM15, peminat dapat menyaksikan konsert eksklusif ini terus di kaca komputer tanpa perlu keluar rumah.",
"Berminat? Anda boleh daftar & bayar menerusi perkhidmatan bank online pilihan anda sekarang & sebelum konsert bermula pastinya. Boss kami tidak keluarkan budget untuk ini. Heh."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-menjenguk-rumah-mewah-model-malaysia-amber-chia/ |
(Gambar) Menjenguk Rumah Mewah Model Malaysia, Amber Chia
| [
"Bukan senang orang kebanyakkan untuk menjenguk ke’dalam rumah seorang model. Beberapa tahun dulu, ada beberapa keping gambar yang menunjukkan ruang dalam bilik Nasha Aziz (yang juga model) yang di’ambil secara rahsia.",
"Kali ini lain, Amber Chia membenarkan wartawan untuk masuk & mengambil gambar suasana kediaman beliau yang tampak mewah & elegan.",
"Sesuai dengan gelaran seorang model, potret wajah beliau ada sentiasa menghiasi pemandangan rumah yang syurga buat Amber Chia.",
"Rumah berharga RM1.9juta yang di’beli tahun lalu ini merupakan rumah idaman Amber Chia yang pernah tinggal dalam bilik sempit di’awal kerjaya model beliau."
] |
https://www.rotikaya.com/menafikan-sebarang-motif-politik-perak-lancar-peraktv/ |
Menafikan Sebarang Motif Politik: Kerajaan Perak Lancar Perak TV
| [
"Kami rasa ini adalah yang pertama dalam sejarah penyiaran Malaysia, sebuah negeri mempunyao saluran televisyen sendiri.",
"Tetapi saluran televisyen ini bukanlah untuk kegunaan individu di’rumah tetapi lebih kepada saluran berunsur maklumat am & aktiviti sekitar negeri perak.",
"Perak TV akan di’pasang sebanyak 300 unit di’tempat-tempat strategik seperti restoran & pejabat kerajaan dengan harapan rakyat mendapat maklumat tepat tentang apa yang berlaku di’negeri Perak.",
"Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata program ini tidak bermotifkan politik tetapi memberi alternatif kepada rakyat yang tidak mendapat maklumat sepenuhnya tentang negeri Perak.",
"Kami di’sini berharap yang projek ini berjalan dengan baik tanpa ada tangan-tangan belakang yang menjolok meminta duit kopi. ",
"Maklumlah, semenjak kes laptop berharga puluhan ribu tempoh hari, semuanya perlu di’perhatikan dengan lebih prihatin. "
] |
https://www.rotikaya.com/harga-sebenar-selebriti-plastik-termasuk-megan-fox/ |
Harga Sebenar Selebriti Plastik: Termasuk Megan Fox & Heidi Montag
| [
"Seperti semua sedia maklum yang kebanyakkan selebriti A-list Hollywood mengamalkan pembedahan plastik untuk kekal cantik. Tetapi tahukah anda kos sebenar di’sebalik kecantikan yang mereka mahu?",
"Carta yang di’keluarkan oleh DailyFill ini jelas menunjukkan yang selebriti Hollywood tidak lokek untuk mencantikkan aset yang mereka ada demi menjaga periuk nasi sendiri.",
"Demi Moore contohnya, menghabiskan lebih USD400juta untuk pembedahan plastik dan hasilnya beliau nampak jauh lebih muda dari umur sebenar & memiliki Ashton Kutcher yang yeah, jauh lebih muda. ",
"Klik gambar untuk saiz besar. Budget Megan Fox walaubagaimanapun tidak’lah sebesar mana. Heh. "
] |
https://www.rotikaya.com/eira-syafnida-ada-band-sendiri-kugilalensa/ |
Eira Syafnida Ada Band Underground Sendiri: KuGilaLensa
| [
"Adik kepada pelakon Eira Syazira ini pernah popular di’internet kerana tersebarnya gambar cun & panas beliau. Namun sifat kool & tidak melatah beliau membuatkan isu tersebut senyap tanpa apa-apa perkembangan",
"Jika si kakak ligat berlakon sebagai kerjaya, si adik nampaknya mempunyai minat yang sedikit lari, vokalis kepada sebuah band underground, KuGilaLensa.",
"Pertama, nama band ini sendiri yang sedikit lari, Ku Gila Lensa? Kalau kumpulan fotografi jalanan mungkin sesuai dengan nama itu. Atau nama ini pilihan Syafnida sendiri memandangkan beliau suka beraksi di’hadapan kamera.",
"Baguslah kalau ada perancangan masa depan dalam dunia muzik, mana tahu satu hari boleh bermain satu pentas dengan Paramore."
] |
https://www.rotikaya.com/gossip-fasha-sandha-bakal-dapat-bmw-dari-duda-panas/ |
(Gossip) Fasha Sandha Bakal Dapat BMW Dari Duda Panas
| [
"Okay mungkinlah Fasha Sandha tidak akan dapat BMW senang-senang. Dalam ekonomi sekarang, duit memang sedikit ketat buat semua orang. Jutawan pun tidak terkecuali.",
"Gossip ini timbul dek kerana ada peminat hiburan yang ternampak kelibat Fasha Sandha dengan duda kontroversi beliau sedang meninjau kereta baru di sebuah showroom di ibukota.",
"Apa yang menjadi tanda tanya bukan Fasha Sandha akan dapat BMW atau tidak, namun sejauh mana sebenarnya hubungan Fasha Sandha dan duda Nora Danish?",
"Pelbagai gambar & sumber sahih telah membuktikan yang mereka lebih dari sekadar kawan, tetapi masing-masing masih tidak mengaku. Buat peminat makin jelik, itupun kalau masih ada peminat."
] |
https://www.rotikaya.com/sazzy-falak-vs-dira-abu-zahar-undi-sehati-berdansa-jadi-isu-di-facebook/ |
Sazzy Falak vs. Dira Abu Zahar: Undi Sehati Berdansa Jadi Isu di Facebook
| [
"Ini sesuatu yang baru dan terima kasih kepada Facebook & kecanggihan teknologi hari ini. Seorang wartawan awam di Cari.com.my berjaya menyelongkar Facebook Sazzy Falak & Dira Abu Zahar untuk mendapatkan scoop eksklusif ini.",
"Dalam kedua-dua akaun mereka, ada tulisan yang menunjukkan ketidakpuashatian masing-masing terhadap undian dalam program Sehati Berdansa.",
"Menurut status Facebook Sazzy Falak, ada peserta yang beriya-iya mengeluarkan duit untuk mengundi diri sendiri & ada peminat mengatakan yang status itu di’tujukan buat Dira Abu Zahar.",
"Tidak mahu ketinggalan, Dira turut mengeluarkan ‘statement’ sendiri di Facebook untuk memperbetulkan keadaan. Samada ini sesuatu yang sengaja di’adakan atau memang realiti belakang tabir Sehati Berdansa musim 2009 ini.",
"Walaupun Sazzy Falak ada mengatakan yang status beliau itu tidak di’tujukan kepada sesiapa, jika sudah ada hati yang terasa, maka bersiap sedia untuk terima liputan media tidak lama lagi. Heh."
] |
https://www.rotikaya.com/niat-murni-amy-search-ingin-bina-sekolah-tahfiz/ |
Niat Murni Amy Search: Ingin Bina Sekolah Tahfiz di Johor
| [
"Alhamdulillah. Semakin hari kami nampak semakin dekat legenda rock Malaysia, Amy Search kepada hal ehwal keagamaan.",
"Baru-baru ini, ada pihak menjemput beliau untuk melancarkan sebuah produk berunsur ilmu keagamaan & ini satu bukti yang niat Amy Search memperjuangkan Islam di’hargai semua pihak.",
"Walaupun bergelar bintang rock di’atas pentas, namun Amy Search menyimpan sebuah hasrat besar untuk membina sebuah sekolah tahfiz di Johor.",
"Ilham & niat murni itu timbul ketika beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.",
"“Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini”",
"Di’harapkan pelaburan Amy Search dalam pembinaan sekolah tahfiz ini menjadi contoh untuk semua orang yang kita hidup bukan untuk kerja & berhibur semata. (Sumber: mStar Online)"
] |
https://www.rotikaya.com/kes-nora-danish-lari-lokasi-saya-tak-boleh-berlakon-dengan-fasha-sandha/ |
Kes Nora Danish Lari Lokasi: Saya Tak Boleh Berlakon Dengan Fasha Sandha
| [
"Dua tiga hari ini kecoh media hiburan Malaysia tentang kes Nora Danish lari dari lokasi pengambaran Spa Qistina & lebih haru, timbul cerita pelbagai versi.",
"Cerita yang pelbagai ini timbul atas kerana masing-masing ingin menegakkan ego sendiri pada hemat kami. Nora Danish pada awalnya menyatakan yang sebab utama adalah pertembungan jadual",
"Namun, ada gossip menyatakan yang Fasha Sandha & Nora Danish tarik rambut ketika berada di set. Selepas itu, produser Spa Qistina sendiri mengeluarkan kenyataan yang menyelar Nora Danish sebagai tidak professional.",
"Hari ini, Nora Danish tampil & mengaku yang beliau tidak professional dan tidak boleh berlakon bersama Fasha Sandha. Lain pula bukan ceritanya?",
"Namun rezeki Nora Danish tetap ada, beliau akan menjalani pengambaran filem terbaru ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2’ bermula esok (15/11). ",
"Harap Fasha Sandha tidak buka mulut berkaitan kontroversi ini. Nanti semakin melarat & panjang ceritanya. Nora Danish pun sudah di’ganti dengan Ummi Nazeera."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-siti-nurhaliza-konsert-sejuta-warna/ |
(Gambar) Siti Nurhaliza & Konsert Sejuta Warna Anjuran Hai-O
| [
"Selepas konsert SATU yang gilang gemilang di Istana Budaya beberapa bulan lepas, kali ini Siti Nurhaliza kembali dengan konsert Sejuta Warna.",
"Penggunaan angka yang mendadak dalam nama konsert ini sinonim dengan gossip yang mengatakan Siti Nurhaliza di’bayar lebih RM1 juta untuk menjayakan konsert ini.",
"Konsert Sejuta Warna yang di’anjurkan oleh syarikat MLM Hai-O ini di’anjurkan sempena menyambut ulangtahun ke-17 Hai-O. ",
"“Tak betul lah. Pandai-pandai je buat spekulasi tentang jutaan ringgit tu..,” jawab Siti Nurhaliza yang teruja untuk mengadakan konsert 90 minit ini.",
"Konsert ini di’jangka akan di’hadiri oleh lebih 10,000 penonton termasuk 6,000 ahli Hai-O sendiri. Tiket boleh di’beli mulai sekarang dengan harga RM60. (Kredit Sumber & Gambar: mStar Online)"
] |
https://www.rotikaya.com/nia-ramadhani-bakal-berkahwin-tahun-hadapan/ |
Nia Ramadhani Bakal Berkahwin Anak Usahawan Tahun Hadapan
| [
"Untung bergelar selebriti, berkahwin dengan individu bergelar usahawan atau anak usahawan berjaya bukan sesuatu yang mustahil.",
"Nia Ramadhani, setelah berpisah dengan vokalis Samsons tidak lama dahulu, kini sedang menghitung hari untuk menamatkan kisah percintaan zaman remajanya.",
"Bakal suaminya adalah anak salah seorang usahawan berjaya & terkenal Indonesia Aburizal Bakrie, Ardie Bakrie.",
"Menurut kaka kandung Nia Ramadhani, Dicky Ramadhani, Ardie sudah memaklumkan kepada beliau keinginannya untuk memperisterikan Nia Ramadhani sejak 2 bulan lalu.",
"Nia Ramadhani & Ardie di’khabarkan akan bernikah pada April 2010 iaitu hampir dengan tarikh lahir Nia Ramadhani sendiri. Pasti perkahwinan ini akan membawa makna tersendiri buat beliau."
] |
https://www.rotikaya.com/langkawi-tidak-perlukan-jambatan-tun-mahathir/ |
Langkawi Tidak Perlukan Jambatan – Tun Mahathir
| [
"Okay. Mari mulakan post di’sini setelah lama menghilang dengan berita dari Pulau Langkawi.",
"Hari ini Tun Mahathir memberi pandangan yang Pulau Langkawi tidak memerlukan sebarang jambatan yang menghubungkan pulau pelancongan itu dengan tanah besar.",
"Isu jambatan ini timbul setelah Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad menyarankan kerajaan membina jambatan atas permintaan penduduk Pulau Langkawi sendiri.",
"Alasan’nya adalah kerana memudahkan urusan penduduk Langkawi untuk ke tanah besar & menjimatkan kos pengangkutan.",
"Maaf penduduk Pulau Langkawi, aku sebagai salah seorang peminat besar Pulau Langkawi terpaksa bersetuju dengan saranan Tun Mahathir.",
"Bukan sahaja Pulau Langkawi bakal di’penuhi kereta luar, malah sampai satu masa nanti, Pulau Langkawi akan hilang nilai eksklusif sebuah pulau pelancongan. Sumber: Utusan Malaysia"
] |
https://www.rotikaya.com/megan-fox-dalam-majalah-diva-edisi-november-2009/ |
(Gambar) Megan Fox Dalam Majalah DIVA Edisi November 2009
| [
"Diva adalah majalah gaya hidup lesbian dan pastinya tidak di’terbitkan di’Malaysia. Abaikan terma lesbian itu & fokus kepada hot factor yang ada pada Megan Fox. Klik gambar untuk besarkan. Enjoice! "
] |
https://www.rotikaya.com/ungu-sedang-merancang-konsert-amal-untuk-mangsa-gempa-bumi/ |
Ungu Sedang Merancang Konsert Amal Untuk Mangsa Gempa Bumi
| [
"Kami merasa cukup bersimpati dengan bencana alam yang menimpa Sumatera Barat yang sehingga ini mencatat kematian ratusan rakyatnya.",
"Mungkin ada hikmah yang lebih besar untuk rakyat Indonesia atas semua ini. Kumpulan Ungu turut merasakan yang mereka mempunyai tanggungjawab sosial terhadap mangsa gempa bumi di’sana.",
"Menurut Pasha, Ungu turut bersedih dengan apa yang menimpa kerana angka kematian yang tinggi. Tidak duduk diam, Ungu merancang untuk mengadakan sebuah konsert amal tidak lama lagi.",
"Konsert yang bertujuan untuk meringankan beban mereka yang terlibat dengan bencana ini sedang dalam perancangan dan masih belum ada tarikh tetap.",
"Semoga usaha murni kumpulan Ungu ini akan di’sertai band-band Indonesia yang lain’nya kerana pengaruh besar mereka mampu membawa dana lebih besar buat mereka yang tidak bernasib baik."
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-lan-ex-meet-uncle-hussain-bertunang/ |
(Gambar) Lan Ex-Meet Uncle Hussain Bertunang Dengan Gadis Pilihan
| [
"Entah kenapa, kami ada semacam perasaan yang pemuda bernama Lan ini tidak akan lekang dengan Meet Uncle Hussain. Band baru beliau tidak memberi impak sebegitu.",
"Apapun, Lan dari Azlan & The Typewriter telah pun selamat bertunang dengan gadis pilihan hati beliau. Senyap & sempoi, maklumlah bukan bertunang dengan golongan Datin K.",
"Akan tetapi, satu isu yang kecil di’sini, pakaian Lan yang nampak tidak begitu sesuai untuk sebuah majlis pertunangan. Sekurang-kurangnya sarungkan kemeja lengan panjang. Biar nampak kemas & lebih handsome.",
"Tahniah buat Lan & pasangan. Kalau sampai seru untuk berkahwin, layangkan’lah kad jemputan sekeping dua kepada kami. Lagi gambar selepas ini… "
] |
https://www.rotikaya.com/gambar-sisi-model-seorang-siti-nurhaliza-langsing-bak-anak-dara-beb/ |
(Gambar) Sisi Model Seorang Siti Nurhaliza, Langsing Bak Anak Dara Beb!
| [
"Gambar di’atas adalah petikan majalah terbaru EH! yang memuatkan edisi khas untuk 10 Yang Anggun 2009. Siti Nurhaliza adalah salah seorang peserta di’samping nama-nama besar yang lain.",
"Nasha Aziz, Maya Karin, Fasha Sandha, Diana Danielle antara mereka yang turut tersenarai tahun ini dan rata-rata mereka semua sememangnya layak.",
"Siti Nurhaliza dalam gambar di’atas tampak seksi dengan gaya tersendiri. Dengan susuk tubuh yang semakin langsing, tidak hairan Siti Nurhaliza masih mampu mengungguli barisan jelitawan Malaysia."
] |
https://www.rotikaya.com/fasha-sandha-bakal-berlakon-bersama-nora-danish-dalam-spa-q-3/ |
Fasha Sandha Bakal Berlakon Bersama Nora Danish Dalam Spa Q 3
| [
"Setiap media sepanjang minggu ini ada menyebut tentang pengumuman kahwin Fasha Sandha yang tidak kunjung tiba, seperti biasa alasan’nya, belum bersedia.",
"Aku takut Fasha Sandha yang beriya-iya mahu berkahwin tetapi sang lelaki masih ragu atau memang tidak mahu.",
"Maklumlah reputasi Fasha Sandha di’kalangan media kurang baik, siapa mahu terasa tempias ‘kan?",
"Berbalik kepada tajuk, laporan Harian Metro hari ini mengesahkan yang Fasha Sandha akan berlakon bersama Nora Danish dalam musim terbaru Spa Q.",
"Pengambaran Spa Q 3 yang akan bermula 15 Oktober ini akan menampil Fasha Sandha sebagai Freeda yang menurut Fasha sebuah watak yang antagonis.",
"“Saya difahamkan musim terbaru Spa Q ini turut menampilkan Nora Danish dan seperti pernah dinyatakan Nora dan saya sebelum ini kami tiada masalah bekerjasama,” ulas Fasha Sandha tentang kehadiran Nora Danish dalam drama ini.",
"Kami ada perasaan yang kuat menyatakan watak Fasha Sandha & Nora Danish tidak akan bertindan dalam mana-mana episod, jika ada pasti akan menjadi hipokrasi paling epik dalam sejarah televisyen. Heh."
] |
https://www.rotikaya.com/megan-fox-akan-kembali-transformers-3-keluar-1-julai-2011/ |
Megan Fox Akan Kembali: Transformers 3 Akan Ditayangkan Julai 2011
| [
"Berita baik untuk peminat Transformers & Megan Fox kerana filem blockbuster itu akan keluarkan sequel keduanya pada tahun 2011.",
"Michael Bay dalam blognya menulis yang tarikh tayangan Transformers 3 telah berubah dari 2012 ke 2011 dan hari ini adalah hari pertama.",
"Michael Bay menegaskan sebelum ini beliau meminta tayangan Transformers 3 di’lewatkan setahun ke 2012 adalah kerana beliau mahu terlibat dalam filem berskala kecil.",
"Atas perbincangan dengan pihak penerbit, Michael Bay bersetuju meninggalkan projek filem kecil berkenaan dan menumpukan perhatian terhadap pengambaran Transformers 3.",
"Dalam tulisan blognya juga Michael Bay sempat berseloroh dengan Megan Fox meminta aktress itu meminta nasihat doktor sebelum meneruskan lakonan dalam Transformers 3."
] |
https://www.rotikaya.com/bila-mr-avamon-dari-romania-nyanyi-lagu-cuba-faizal-tahir/ |
Bila Mr.Avamon Dari Romania Nyanyi Lagu ‘Cuba’ Faizal Tahir
| [
"Nampaknya populariti Faizal Tahir tidak terbatas kepada peminat Malaysia & Indonesia sahaja. Bakat & lagu Faizal Tahir sudah sampai ke Romania.",
"Seorang penyanyi amatur dari Romania yang menggelarkan diri sebagai Mr.Avamon berjaya merakamkan bakatnya menyanyikan salah satu hits dari Faizal Tahir, Cuba.",
"Boleh tahan’lah nyanyian jejaka Romania ini memandangkan jurang bahasa yang sangat berbeza. Siapa kata Bahasa Melayu tidak global? Heh."
] |
https://www.rotikaya.com/fakta-megan-fox-pernah-bekerja-sebagai-maskot-pisang/ |
Fakta: Megan Fox Pernah Bekerja Sebagai Maskot Pisang
| [
"Melihat kepada kejayaan & perwatakan Megan Fox kini, tiada siapa sangka yang Megan Fox pernah bekerja sebagai maskot pisang.",
"Megan Fox berkata itulah satu-satunya kerja yang beliau ada sebelum bergelar anak seni.",
"Bekerja di sebuah kedai minuman, Megan Fox di’beri pilihan untuk memakai kostum pisang atau epal.",
"Namun, Megan Fox memilih pisang kerana kostum’nya lebih nipis & selesa. Kami sedang bayangkan bagaimana seksi’nya kostum pisang itu di’badan Megan Fox. Owh!",
"Megan Fox sekali lagi menegaskan dalam temubual bersama US Magazine yang beliau adalah seorang anak yang baik ketika remaja & lebih suka duduk di’rumah.",
"Sedikit tentang cerita cinta, Megan Fox kini kembali bersama Brian Austin Green."
] |