prompt_input
null
input
stringlengths
12
132
output
stringlengths
3
8.21k
null
definisi: neuroparalisis
[néu.ro.pa.ra.li.sis] | نيوروڤاراليسيس Definisi : (néuroparalisis) (Ubat) kelumpuhan yg disebabkan oleh penyakit saraf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: cebik
[ce.bi/] | چبيق Definisi : ; mencebik menyorongkan bibir bawah ke depan (spt orang mengejek atau hendak menangis), menjebik: dia bertanya mengejek dgn ~; mencebikkan 1. menyorongkan bibir bawah ke depan (kerana marah, benci, dsb): “Ah, bekerja buat apa!” katanya dgn ~ bibirnya; 2. menghina (mengejek dll) dgn bibir mencebik: kalau hendak dicebikkan orang, cakaplah macam itu; tercebik-cebik mencebik spt hendak menangis: ia ~ menahan air matanya; cebikan hasil perbuatan mencebik, apa-apa yg dicebikkan: dia bertanya dgn ~ kecil; sebik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: khamar
[kha.mar] | خمر Definisi : Ar minuman keras yg dibuat drpd anggur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengarik
[me.nga.ri/] | مڠاريق Definisi : sl meraih, merengkuh: ~ pengayuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menjengulkan
[men.je.ngul.kan] | منجڠولکن Definisi : mengeluarkan (kepala dr lubang dll), menyembulkan: ~ kepala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lakuer
[la.kuer] | لاکوءر Definisi : sj varnis utk menyaluti dan mengilatkan permukaan kayu atau logam, sampang: kebanyakan perabot kayu disaluti ~; melakuer menyapukan lakuer pd sesuatu: proses atau kerja ~ perabot kayu itu akan dibuat kemudian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: melonjak-lonjak
[me.lon.ja/.lon.ja/] | ملونجق - لونجق Definisi : 1. melonjak beberapa kali (kerana kesukaan dll): budak-budak itu ~ apabila mendapat hadiah masing-masing; 2. ki meluap, menjadi-jadi (kegembiraan, keinginan, dll): keinginannya hendak pergi ke sana sudah ~ sekarang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bercetak
[ber.cé.ta/] | برچيتق Definisi : dicap: kad hari raya yg ~ comel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ceongsam
[céong.sam] | چيوڠسم Definisi : /céongsam/ sj pakaian spt gaun tetapi bahagian kiri dan kanan sebelah bawahnya berbelah dan lehernya berkepuk (umumnya dipakai oleh wanita-wanita Cina). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
null
definisi: rendet
[ren.det] | رندت Definisi : Jw tidak lancar (licin), sempit, sendat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: curah
[cu.rah] | چوره Definisi : ; mencurah 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; mencurah-curah 1. mengalir dgn deras, banyak dan dlm tempoh yg agak lama: hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; 2. ki datang dgn banyaknya dan tidak putus-putus: mudah-mudahan ia beroleh rezeki yg ~; mencurahi 1. mencucuri, menyirami (menyimbahi, menumpahi) dgn banyaknya: hujan lebat ~ seluruh negeri; 2. ki memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak: Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat; mencurahkan 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpahkan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyumbangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertumpah: bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~; curahan 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; pencurahan perihal atau perbuatan mencurahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penahan
[pe.na.han] | ڤناهن Definisi : orang dll yg menahan, penyekat, perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berkemu
Definisi : berkumur (mencuci mulut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ternajis
[ter.na.jis] | ترنجيس Definisi : menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ahram
[ah.ram] | اهرام Definisi : Ar (majmuk drpd haram) piramid: kita teringat kpd ~-~ yg didirikan oleh Firaun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: cimcili
[cim.ci.li] | چيمچيلي Definisi : sj burung murai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: petah
[pé.tah] | ڤيته Definisi : (pétah) pandai berkata-kata, lancar pertuturannya, fasih, petes: engkau memang bijak berkata-kata, ~ berperibahasa; memetahkan; ~ lidah berlatih berkata-kata; kepetahan perihal petah, kefasihan, kepetesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tajak
[ta.ja/] | تاجق Definisi : sj alat utk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah (bendang dll), rimbas: mereka sedang berhempas pulas mengayun cangkul dan ~, membuat kebun sayur;~ kebat Mn cagaran; tiada serik dimakan ~ esok lusa ke bendang juga prb kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan; menajak merumput dgn tajak, mengerjakan tanah dgn tajak; penajakan perbuatan (kerja) menajak; penajak orang yg menajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bersangsi
[ber.sang.si] | برسڠسي Definisi : (berperasaan) ragu-ragu, syak: mereka berasa ~ adakah perubatan itu akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: anduh
[an.duh] | اندوه Definisi : kain yg digantung pd leher utk mengampu tangan yg cedera (patah, retak, dll); beranduh memakai atau menggunakan anduh: tangan kanannya yg patah itu masih kelihatan ~; menganduh mengikat sesuatu supaya tergantung atau tidak jatuh terkulai, mengampu: doktor terpaksa ~ kaki pesakit yg tercedera dlm kemalangan itu; ~ kajang merentangkan tali tempat digantungkan kajang; anduhan tali tempat sekoci bergantung di kapal; penganduh kayu (kulit kayu) yg dilekatkan pd tangan (kaki) yg patah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menyampak
[me.nyam.pa/] | مڽامڤق Definisi : mengenakan (memasang) sampak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berlindung
[ber.lin.dung] | برليندوڠ Definisi : 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak berselindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang-terangan hanya secara ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: merekayasa
[me.ré.ka.ya.sa] | مريکاياس Definisi : melakukan rekayasa: DBP harus lebih serius ~ bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengunjurkan
[me.ngun.jur.kan] | مڠونجورکن Definisi : 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terserempak
[ter.se.rem.pa/] | ترسرمڤق Definisi : 1. diserang (diserbu dll) dgn tiba-tiba; 2. bertemu (bersua) dgn tidak disangka-sangka: sesekali dia ~ dgn orang yg hendak ke kampung tempat dia berguru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: meminarkan
[me.mi.nar.kan] | ممينرکن Definisi : menyebabkan berpinar-pinar: air yg bergenang di kelopak mata ~ pandangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: jumpa
[jum.pa] | جومڤا Definisi : ; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar; menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pembunuhan itu; memperjumpakan mempertemukan; terjumpa menjumpai sesuatu secara kebetulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain; perjumpaan perihal berkumpul atau berhimpun (dlm mesyuarat, majlis keramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai, penemuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pemansuhan
[pe.man.su.han] | ڤمنسوخن Definisi : perbuatan (tindakan dsb) memansuhkan, pembatalan, penghapusan: ~ pe-periksaan masuk ke sekolah menengah pd tahun 1964. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: khisit
[khi.sit] | خيسيت Definisi : iri hati, cemburu, dengki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penunu
[pe.nu.nu] | ڤنونو Definisi : alat yg digunakan utk menunu, pembakar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: subuh
[su.buh]/[su.buh] | صبح Definisi : 1. = waktu ~ waktu terbit fajar hingga terbit matahari; bada ~ waktu sesudah waktu subuh (pukul tujuh hingga pukul tujuh setengah pagi); 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu subuh; ~ buta = ~ sepei = ~ syafii pagi-pagi benar; ~ gajah waktu sesudah subuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: khizanah
Definisi : ®khazanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bermusim
[ber.mu.sim] | برموسيم Definisi : 1. sudah sampai atau tiba musimnya; belum ~ belum sampai musim atau masanya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengelus-elus
[me.nge.lus.nge.lus] | مڠلوس-الوس Definisi : 1. mengusap-usap, membelai-belai, menyapu-nyapu dgn perlahan-lahan (utk memujuk dll): tangannya yg bertelekan di atas tangan kerusi ~ rambutnya ke belakang; 2. memujuk(-mujuk), memperlakukan dgn baik (utk mempengaruhi dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bukit
[bu.kit] | بوکيت Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gamaka
[ga.ma.ka] | ݢماک Definisi : (Muz) bunga lagu dlm muzik India. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tekong
[té.kong] | تيکوڠ Definisi : (tékong) C 1. ark nakhoda jong, juragan, kapten; 2. ki ketua (sesuatu rancangan jahat dsb), kepala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ratahan
[ra.ta.han] | راتهن Definisi : sesuatu yg diratah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ganjak
[gan.ja/] | ݢانجق Definisi : ; berganjak 1. beralih, beranjak, berengsot: dia tidak mahu ~ dr tempatnya; 2. ki berubah (pendirian dsb): dia teguh dgn pendiriannya yg lama, tidak ~ sedikit pun;mengganjak, mengganjakkan mengalihkan, menganjakkan, mengubah tempat, mengensotkan: peti besi tidak dapat diganjak oleh seorang sahaja;terganjak teralih, teranjak, terengsot; tidak ~ a) tidak teralih; b) ki tidak dapat diubah lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: daluwarsa
Definisi : ® kedaluwarsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengengah-engah
[me.nge.ngah.nge.ngah] | مڠڠه-اڠه Definisi : 1. mengap-ngap, tercungap-cungap, termengah-mengah: setibanya di atas jambatan, ia menurunkan barang-barang itu dgn terengah-engah; 2. ki tergesa-gesa, cepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membakalkan
[mem.ba.kal.kan] | ممباکلکن Definisi : mengerjakan pd tingkatan yg awal sekali, membuat bentuk yg kasar (dahulu), merancang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: termateri
[ter.ma.te.ri] | ترمتري Definisi : 1. terlekat; 2. ki tersemat (dlm hati): gadis itu mengerti apa yg ~ di dlm sanubari kekasihnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menghereng
[meng.hé.réng] | مڠهيريڠ Definisi : (bkn badan) tidak menelentang, berbaring di atas sisi: sebentar dia ~ ke kanan dan sebentar ~ ke kiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gaharu
[ga.ha.ru] | ݢهارو Definisi : kayu yg harum (berasal drpd pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis);~ badak sj tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii; ~ dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang; spt buku ~ prb memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya; sudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sebokoh
[se.bo.koh] | سبوکوه Definisi : sj ikan laut, Pomadasys maculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lawan
[la.wan] | لاون Definisi : 1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan, permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perempuan), kebalikannya: kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik; berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh; melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (bercakap dll): orang-orang yg dilawannya berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; memperlawankan 1. membuat supaya berkelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlagakan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); kelawanan ark kebolehan (kecekapan, kesanggupan) utk melawan atau berlawan; perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintahan Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal berlawanan (spt siang dgn malam dll), pertentangan (makna dll): ~ kata; pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pekaca
[pe.ka.ca] | ڤکاچ Definisi : ; adiratna ~ permata yg suci (panggilan utk kekasih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terkentut
[ter.ken.tut] | ترکنتوت Definisi : berkentut dgn tidak sengaja (kerana tidak dapat ditahan lagi) atau dgn tiba-tiba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tebusan
[te.bu.san] | تبوسن Definisi : 1. sesuatu yg ditebus; 2. (wang dll) utk menebus: kalau dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yg besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kepesatan
[ke.pe.sa.tan] | کڤستن Definisi : perihal pesat, kemajuan yg pesat: ~ penubuhan dan pembinaan syarikatsyarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pemangku
[pe.mang.ku] | ڤمڠکو Definisi : 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyelenggarakan pemerintahan dll, pengelola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: rambustan
[ram.bus.tan] | رمبوستن Definisi : ark rambutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pin
[pin] | ڤين Definisi : akronim bagi personal identification number (nombor pengenalan peribadi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bercogankatakan
Definisi : mempunyai sesuatu sbg cogan kata, berslogankan: perjuangan mereka ~ “Hidup Melayu!”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: juntrung
Definisi : Jk; juntrungan aturan, pendirian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sekoyah
[se.ko.yah] | سکويه Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), akar katup-katup, kekatup, akar kait-kait rimba, Bauhinia flammifera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gelut
[ge.lut] | ݢلوت Definisi : gomol, gulat, perkelahian pura-pura (budak-budak dll); adu ~ perlawanan bergomol; bergelut 1. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (spt orang bergusti), bergomol, bergulat, bergusti (utk menunjukkan kekuatan seseorang dll); 2. berkelahi: ia luka kerana ~ dgn tiga orang perompak; 3. bertungkus-lumus atau bergiat dgn hebatnya (melakukan atau mencuba mengatasi sesuatu), bertarung (bertentangan, bersaingan, dsb): suatu fakta penting utk penghidupan dlm dunia yg ~ dan berlumba-lumba ini; ~ dgn maut; bagai tupai ~ prb perihal kehebatan langkah dll seorang pendekar;menggelut memeluk hendak menghempas (menggulingkan dll); pergelutan 1. perihal bergelut, perlawanan bergelut; 2. perkelahian; 3. usaha atau kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan: mereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yg ditimba drpd ~ menyara hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengintaikan
[me.ngin.tai.kan] | مڠينتايکن Definisi : mengamat-amati, memerhati, memata-matai: sudah lama kami intaikan, tuan bertambah kaya dgn barang larangan semacam ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: baharu-baharu
[ba.ha.ru.ba.ha.ru] | بهارو ٢ Definisi : sj ikan laut, Drepane punctata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tibi
[ti.bi] | تيبي Definisi : penyakit batuk kering, TB. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: balighah
[ba.li.ghah] | بالغة Definisi : Ar dewasa (perempuan) (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kekontangan
[ke.kon.ta.ngan] | ککونتڠن Definisi : 1. keadaan kontang, kekeringan; 2. ki kehabisan idea (ilmu dll): ~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yg lemah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: fucuk
[fu.cu/] | فوچوق Definisi : tauhu kering yg nipis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: galvani
[gal.va.ni] | ݢلۏاني Definisi : ; besi ~ besi yg disalut dgn lapisan zink supaya tahan karat; menggalvani menyalut besi (keluli dsb) dgn lapisan zink utk melindunginya drpd berkarat: proses ~ kepingan besi;penggalvanian proses atau perbuatan menggalvani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: cicik
[ci.ci/] | چيچيق Definisi : jijik, meluat; mencicik menganggap cicik, membenci, menghina: orang miskin jangan dicicik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ganda-berganda
[gan.da.ber.gan.da] | ݢندا - برݢندا Definisi : berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: komplit
[kom.plit] | کومڤليت Definisi : sempurna (tidak berkurang suatu apa pun), lengkap, genap, cukup semuanya: terdapat juga tempat permainan kanak-kanak yg ~ dgn segala jenis mainan kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kesukuan
[ke.su.kuan] | کسوکوان Definisi : perihal suku, bersifat suku: kadangkala kita terbaca puji-pujian yg ditujukan khas kpd orang Bugis, sekali lagi menunjukkan sikap ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kuteri
[ku.te.ri] | کوتري Definisi : ark bilik tidur di kapal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sebura
[se.bu.ra] | سبورا Definisi : sj tumbuhan (pokok), Adinandra du-mosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kongsian
[kong.sian] | کوڠسين Definisi : ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: merenguh
[me.re.nguh] | مرڠوه Definisi : 1. berdengkur; 2. Kd berbunyi spt bunyi lembu, mengeboh; 3. Kd, bp menangis (agak kuat): budak ini asyik ~ sahaja, bagi makan tak hendak; dah besar gajah pun nak ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menggilingkan
[meng.gi.ling.kan] | مڠݢيليڠکن Definisi : menggiling sesuatu utk: Hasnah ~ emaknya rempah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gelangsar
[ge.lang.sar] | ݢلڠسر Definisi : ; menggelangsar meluncur ke muka, menggelincir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menjentik
[men.jen.ti/] | منجنتيق Definisi : 1. memukul atau menguis sesuatu dgn belakang hujung jari yg dibidaskan dgn ibu jari: guru ~ telinga budak yg nakal itu; 2. menyepit dgn ibu jari dan jari yg lain, mencubit; 3. ki, bp menegur, memarahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: selomot
[se.lo.mot] | سلوموت Definisi : Jw; menyelomoti 1. mencucuh-cucuh sesuatu (dgn api); 2. bp memperdayakan, mengakali, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: perewah
[pe.ré.wah] | ڤريواه Definisi : (peréwah) perawis (masakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: peralatan
[pe.ra.la.tan]/[per.a.la.tan] | ڤرالتن Definisi : perjamuan, upacara adat: ~ kahwin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: jenggala
[jeng.ga.la] | جڠݢالا Definisi : sl hutan rimba; hantu ~ hantu hutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pain
[pain] | ڤاءين Definisi : unit ukuran cecair yg bersamaan dgn 1/8 gelen atau lebih kurang 0.57 liter (Britain) dan 0.47 liter (A.S.). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: taksonomi
[tak.so.no.mi] | تکسونومي Definisi : kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dlm pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: teleks
[té.léks] | تيليکس Definisi : (téléks) perkhidmatan perhubungan antarabangsa yg menggunakan kemudahan teleprinter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tagihan
[ta.gi.han] | تاݢيهن Definisi : 1. wang dll yg ditagih, hasil drpd menagih: tanggal sepuluh datanglah ~ sewa rumah utk bayaran rumah Mariatun; 2. tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dll: surat ~ hutang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berkelana
[ber.ke.la.na] | برکلان Definisi : mengembara, merantau: aku sentiasa miskin, sentiasa ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gondrong
[gon.drong] | ݢوندروڠ Definisi : Jk panjang rambutnya (kerana tidak digunting). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: beda
[bé.da] | بيدا Definisi : (béda) beza. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penoreh
[pe.no.réh] | ڤنوريه Definisi : 1. alat dll utk menoreh; 2. orang yg menoreh getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berpesta
[ber.pés.ta] | برڤيستا Definisi : bersuka ria (dgn makan-makan, berdansa, dll): mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu; ~ pora berpesta besar (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terjuih
[ter.juih] | ترجوءيه Definisi : (bkn bibir bahagian bawah dll) menganjur ke bawah: Si Angguk tersekat-sekat bersuara sambil mulutnya ~ menahan kesakitan (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: merintik
Definisi : menitik (bkn air embun dll); menitis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
null
definisi: momen
[mo.mén] | مومين Definisi : (momén) waktu yg sangat singkat, saat, detik, ketika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: setip
[se.tip] | ستيڤ Definisi : IB getah pemadam tulisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menelik
[me.ne.li/] | منليق Definisi : memata-matai, mengintip, menyuluh (rahsia dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: felda
Definisi : (félda) akronim bagi Federal Land Development Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: konstruksi
[kon.struk.si] | کونستروکسي Definisi : IB 1. pembinaan sesuatu (spt bangunan, kapal, dll); 2. Id susunan dan kedudukan kata-kata dlm ayat atau rangkai kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bermotifkan
[ber.mo.tif.kan] | برموتيفکن Definisi : mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: susukan
[su.su.kan]/[su.su/.kan] | سوسوقن Definisi : Jw sungai buatan, terusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kelanggar
Definisi : Jk terlanggar, tertumbuk-tumbuk; ®langgar I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sinisme
Definisi : ®sinisisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)