prompt_input
null
input
stringlengths
12
132
output
stringlengths
3
8.21k
null
maksud peribahasa: tercocok hidung
Membeli barang yang buruk dengan harga mahal; tertipu
null
maksud peribahasa: tercucuk mata
Tertipu kerana kebodohan (seperti membeli barang yang tidak elok dengan harga yang tinggi)
null
maksud peribahasa: terdiri dari
Terjadi daripada
null
maksud peribahasa: terdiri kepala
Malu sekali
null
maksud peribahasa: terdorong kaki badan merasa, terdorong lidah emas padahannya
Kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya
null
maksud peribahasa: terendam sama basah, terampil sama kering
Sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia
null
maksud peribahasa: terentak ruas ke buku
Hilang akal, tidak berdaya lagi
null
maksud peribahasa: tergelincir iman
Terpedaya
null
maksud peribahasa: tergelincir matahari
Matahari mulai turun
null
maksud peribahasa: terkatakan tidak
Tidak berkuasa untuk mengucapkannya
null
maksud peribahasa: terkatung-katung macam biduk patah kemudi
Peri sengsara di rantau orang dan tidak ada orang yang menolong
null
maksud peribahasa: terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak
Tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan
null
maksud peribahasa: terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang masam
Hal orang berkawan yang mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi
null
maksud peribahasa: terkenyam gula-gula
Menerima pertolongan dari orang lain, termakan budi
null
maksud peribahasa: terkesot-kesot bagai anak tidak diakui
Kemalu-maluan
null
maksud peribahasa: tergerak hati
Ada niat untuk buat sesuatu.
null
maksud peribahasa: tergerenyeng-gerenyeng bagai anjing disua antan
Seorang penakut yang menepi-nepi kerana ingin lari
null
maksud peribahasa: tergesel kena miang, tergegar kena rebas
Sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya)
null
maksud peribahasa: tergeser kena miangnya, terlanggar kena rebasnya
Sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya)
null
maksud peribahasa: tergising-gising bagai anak tiada diaku
Mendekati orang yang tidak mahu dihampiri oleh kita
null
maksud peribahasa: tergolek di nan datar
Mendapat bahaya oleh perkara kecil
null
maksud peribahasa: terjemahan kulit
Terjemahan yang hanya menurut erti kata-kata sahaja tetapi bukan berdasarkan isi atau maksud sebenar
null
maksud peribahasa: terjemahan lurus
Terjemahan kata demi kata
null
maksud peribahasa: terjerit-jerit bagai kucing biang
Perempuan yang tiada malu bercakap dengan suara keras
null
maksud peribahasa: terjual terbeli
Hal yang disuruh kepada orang lain harus juga mampu dilakukan oleh diri sendiri
null
maksud peribahasa: terkalang di mata
Ada sesuatu yang akan disebutkan
null
maksud peribahasa: terkalang di mata, terasa di hati
Tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dan lain-lain
null
maksud peribahasa: terhentak ruas ke buku
Hilang akal
null
maksud peribahasa: terhenti-henti bagai rumput di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu
Perihal kehidupan yang melarat
null
maksud peribahasa: terhutang budi
Telah menerima perbuatan baik daripada orang lain.
null
maksud peribahasa: terikat kaki tangan
Tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi)
null
maksud peribahasa: terimbau pada orang yang akan datang, tersusun pada orang yang akan pergi
Menyuruh seseorang membuat sesuatu pekerjaan yang disukainya
null
maksud peribahasa: terjatuh dihimpit jenjang
Berturut-turut mendapat kesusahan
null
maksud peribahasa: terkunyah di nasi
Nasib baik
null
maksud peribahasa: terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.
null
maksud peribahasa: terlampau ajar
Salah asuh
null
maksud peribahasa: terlampau dikadang mentah
Kerana terlalu sangat hendak diperelok, hasilnya menjadi buruk (kurang elok)
null
maksud peribahasa: terlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia
Apabila berdukacita, terjual barang simpanan, apabila bersukacita, terbuka rahsia
null
maksud peribahasa: terlampau lurus, kurus, terlampau cerdik, terkedek
Hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dalam pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik)
null
maksud peribahasa: terlepas dr mulut buaya, masuk ke mulut harimau
Terhindar daripada kemalangan kecil lalu menghadapi kemalangan yang lebih besar
null
maksud peribahasa: terlintang oleh sanggul
Suami yang selalu menurut kata isterinya
null
maksud peribahasa: terlompat kata
Terlepas atau terlajak cakap
null
maksud peribahasa: terlompat lidah
Terlepas atau terlajak cakap
null
maksud peribahasa: terloncat-loncat bagai ulat pinang
Sangat gelisah (resah)
null
maksud peribahasa: termakan cirit berendang
Termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang
null
maksud peribahasa: terkilap-kilap bagai katak disemburi
Tentang orang yang diam sahaja dalam suatu perbincangan
null
maksud peribahasa: terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina
Sangat pandai dan awas dalam menangkap perkataan orang
null
maksud peribahasa: terkilat ikan di air, sudah tahu jantan betinanya
Sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang
null
maksud peribahasa: terkilat ikan di dalam air sudah tahu jantan betinanya
Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam dangkalnya ilmu) seseorang itu daripada gerak-geri
null
maksud peribahasa: terkunci mulut
Tidak dapat berkata
null
maksud peribahasa: terkunyah di batu
Malang, sial
null
maksud peribahasa: termakan di cirit berendang
Termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang
null
maksud peribahasa: termakan di rambut
Susah sekali
null
maksud peribahasa: termakan di sadah
Kesal hati kerana tertipu
null
maksud peribahasa: termakan nasihat
Menerima dan mematuhi nasihat
null
maksud peribahasa: ternak bergembala parak berpagar
Harta benda harus dijaga
null
maksud peribahasa: ternanti-nanti bagai berlakikan raja
Perihal orang yang berhajat kepada seseorang yang tidak berkehendak kepadanya
null
maksud peribahasa: terlampau panggang jadi hangus
Terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya
null
maksud peribahasa: terlangsung perahu balik, terlangsung cakap tak dapat balik
Sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah difikirkan lebih dulu, sebab kalau sudah terlanjur tak dapat ditarik kembali.
null
maksud peribahasa: terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik
Sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati-hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik
null
maksud peribahasa: terlayang-layang bagai bulu sehelai
Ringan pada pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang)
null
maksud peribahasa: terlekat kersik buluh
Melakukan sesuatu yang sia-sia
null
maksud peribahasa: terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau
Berjaya lari dari suatu bahaya tetapi kemudian mendapat bahaya yang lain pula.
null
maksud peribahasa: terpasang jerat halus
Dikenakan tipu muslihat
null
maksud peribahasa: terpaut bertali, tertambang berlantak
Terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi
null
maksud peribahasa: terpecah peluh di muka
Sangat malu
null
maksud peribahasa: terpegang di abu hangat
Baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan
null
maksud peribahasa: terpelanting memilihi, terserak mengampungkan
Kewajiban mamak untuk menjaga harta benda kemanakannya (menyatukan mereka kembali jika kemanakan itu cerai-berai)
null
maksud peribahasa: terperlus maka hendak menutup lubang
Sesudah ditimpa kecelakaan (kemalangan) baru ingat akan jalan keluar (ikhtiar dan lain-lain)
null
maksud peribahasa: tertangguk pada ikan dikeruntungkan, tertangguk pada ular dikeruntungkan juga
Buruk baik diterima sahaja setelah dimuafakati beramai-ramai
null
maksud peribahasa: tertangkap basah
Tertangkap ketika melakukan kejahatan
null
maksud peribahasa: tertangkap di ikan kalang
Berlawan dengan orang yang pandai (kaya, berani)
null
maksud peribahasa: tertangkap muka
Bertemu secara tiba-tiba
null
maksud peribahasa: tertangkup sama termakan tanah, terlentang sama terminum air
Orang yang mahu sehidup semati (mahu sama menanggung susah dan sengsara)
null
maksud peribahasa: tertawa sumbing
Ketawa dengan sindiran
null
maksud peribahasa: tersesak padang ke rimba
Habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi
null
maksud peribahasa: tersesak-sesak padang ke tebing
Habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi
null
maksud peribahasa: tersinggung lebih bak kena
Mudah berasa hati
null
maksud peribahasa: tersuruh pada orang yang akan pergi, terimbau pada orang yang akan datang
Menyuruh seseorang mengerjakan sesuatu yang sangat diingininya
null
maksud peribahasa: tersurut hati
Tawar hati
null
maksud peribahasa: tertanam di biji hampa
Yang ditanam bukan biji yang bernas (usaha yang tidak akan berhasil)
null
maksud peribahasa: terpijak bara hangat
Gelisah kerana sesuatu perkara
null
maksud peribahasa: terpijak bayang-bayang
Tengah hari tepat
null
maksud peribahasa: terpijak benang arang, hitam tapak
Berbuat jahat jahatlah balasannya
null
maksud peribahasa: terpijak di bara panas
Sangat gelisah
null
maksud peribahasa: terpijak di tanah kapur putih tapak, terpijak di tanah arang hitam tapak
Perbuatan baik, baiklah akibatnya, perbuatan jahat, jahatlah akibatnya
null
maksud peribahasa: tersabung akan induk ayam
Tidak tepat dengan dugaan semula (kecewa)
null
maksud peribahasa: tersabung akan itik
Tidak tepat dengan dugaan semula (kecewa)
null
maksud peribahasa: tersaukkan ikan, suka, tersaukkan batang, masam
Ketika untung bersuka ria tetapi ketika rugi marah-marah
null
maksud peribahasa: terseberang pada air besar
Terpelihara daripada bahaya besar
null
maksud peribahasa: tersendeng-sendeng seperti sepat di bawah mengkuang
Orang kecil yang takut dan malu hendak menghampiri orang yang lebih besar dan mulia
null
maksud peribahasa: tersenget-senget bagai katung di bawah reba
Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia
null
maksud peribahasa: tersenyum sumbing
Ketawa dengan sindiran
null
maksud peribahasa: tertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun
Kaum kerabat yang telah jauh itu tiadalah sangat kuat pada hak waris
null
maksud peribahasa: tertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri
Kalau sesuatu pekerjaan terbantut, hendaklah dicari jalan lain
null
maksud peribahasa: tertumbuk kata
Mendapat kesusahan dalam perundingan
null
maksud peribahasa: tertumpang di biduk tiris
Terikat (tersekutui) pada pekerjaan yang merugikan
null
maksud peribahasa: terung buah bergantung, lobak buah berlindung
Ada orang yang suka menunjuk-nunjukkan kekayaan, ada pula yang menyembunyikannya
null
maksud peribahasa: terus mata
Dapat mengesan apa yang akan berlaku.
null
maksud peribahasa: tiada akan licin katak puru, jika sentiasa berhujan sekalipun
Orang yang hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok