url
stringlengths 28
237
| headline
stringlengths 6
180
| content
sequence |
---|---|---|
https://alhijrahnews.com/lagi-kelonggaran-aktiviti-pengimarahan-masjid-diberikan-jawi/ | LAGI KELONGGARAN AKTIVITI PENGIMARAHAN MASJID DIBERIKAN – JAWI | [
"KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan ketetapan baharu bagi pelaksanaan aktiviti pengimarahan masjid, surau Jumaat dan surau bagi kawasan yang tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.",
"Menurut kenyataan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail, pelaksanaan tersebut telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) antaranya penjarakan fizikal 1.5 meter.",
"Ketetapan baharu yang akan dilaksanakan antaranya tazkirah dan zikir munajat selepas solat Maghrib hingga masuk waktu Isyak setiap hari secara berselang-seli dengan mengehadkan bilangan jemaah kepada separuh kapasiti dewan solat utama.",
"“Kuliah Subuh selama tidak melebihi 30 minit, majlis akad nikah dengan kehadiran tidak melebihi 30 orang tertakluk kepada kapasiti dewan solat utama masjid.",
"“Setiap masjid, surau Jumaat dan surau akan mengadakan solat Hajat, bacaan Yasin, doa munajat dan tahlil setiap malam Jumaat,” katanya.",
"Tambahnya, solat hajat akan dilakukan selepas solat fardu Maghrib pada setiap malam dan selepas solat Jumaat.",
"Mengulas lanjut, Mohd Ajib berkata, bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketetapan bagi aktiviti pengimarahan masjid, surau Jumaat dan surau tertakluk pada pelaksanaan sebelum ini.",
"Bagaimanapun, perubahan bagi kawasan PKP mengenai jumlah kehadiran akad nikah tidak melebihi 30 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat utama masjid dengan mematuhi penjarakan fizikal 1.5 meter.",
"Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan penguatkuasaan PKPB di beberapa lokasi termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.",
"Bagaimanapun, PKP masih dilanjutkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 4 Mac 2021. —AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/individu-lemas-di-sungai-klang/ | INDIVIDU LEMAS DI SUNGAI KLANG | [
"KUALA LUMPUR: Pasukan bomba sedang giat mencari mangsa dikatakan lemas di Sungai Klang, berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan, di sini hari ini.",
"Dalam kenyataan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang tadi.",
"Sejurus itu, pihaknya mengerahkan 33 anggota operasi dari Balai Bolis dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Pantai dan BBP Bukit Jalil termasuk beberapa jentera.",
"“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, mendapat maklumat dari pemanggil ternampak seorang mangsa telah lemas di dalam sungai tersebut. ",
"“Kerja pencarian bermula dari Sungai Klang berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan sehingga Sungai Klang Batu 6 1⁄2 masih dilakukan,” katanya hari ini.",
"Bagaimanapun, identiti mangsa setakat ini masih tidak dapat dikenal pasti.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pelajar-tingkatan-lima-maut-dilanggar-pemabuk/ | PELAJAR TINGKATAN LIMA MAUT DILANGGAR PEMABUK | [
"KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan lima maut dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangnya dilanggar kereta Produa Myvi yang dipandu seorang pemandu mabuk.",
"Kemalangan dilaporkan berlaku di Jalan Raja Laut awal pagi tadi.",
"Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa Muhammad Hazeq Hakimi Romli, 17 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.",
"Kemalangan berlaku selepas kereta dipandu pemabuk itu datang dari susur Jalan Sri Amar, Chow Kit mengubah laluan secara melintang untuk masuk ke Lorong Tiong Nam.",
"Mangsa yang ketika itu sedang bergerak lurus gagal mengelak dan melanggar pintu sisi depan bahagian kiri kereta berkenaan.",
"Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat itu disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.",
"Hasil semakan yang dijalankan ke atas pemandu Myvi terbabit, jumlah alkohol dalam tubuhnya melebihi paras dibenarkan.",
"Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pelatih anjing itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.",
"Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/gabungan-gpspnbngrs-bentuk-kerajaan-persekutuan-abang-johari/ | GABUNGAN GPS+PN+BN+GRS BENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN – ABANG JOHARI | [
"KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini bersetuju untuk membentuk gabungan bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan.",
"Mengumumkan perkara itu hari ini, Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata GPS juga memilih Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri. ",
"“Fokus dan tanggungjawab utama kita sekarang haruslah kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini. ",
"Pada PRU15 semalam, GPS yang dianggotai empat parti tempatan Sarawak memenangi 22 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu.",
"Abang Johari, yang juga Premier Sarawak, berkata GPS membuat keputusan itu memandangkan dunia dijangka berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi lebih genting pada 2023. ",
"“Demi untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara kita terpelihara maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat haruslah dibentuk dengan kadar yang segera,” katanya. ",
"Beliau berkata asas GPS untuk membentuk kerajaan gabungan itu adalah untuk menegakkan keluhuran perlembagaan Persekutuan dan Sarawak, Perjanjian Malaysia 1963 serta Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan. ",
"Katanya persetujuan GPS juga mengambil kira autonomi Sarawak dalam pembangunan pendidikan dan kesihatan serta kepentingan lain negeri itu. ",
"Ditanya sama ada persetujuan itu turut melibatkan pelantikan seorang Ahli Parlimen GPS sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata: “Itu perkara kemudian. Perkara rakyat lebih penting. Bukannya kita sibuk hendak jadi Timbalan Perdana Menteri.” –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/negara-pembekal-makanan-asean-nyata-komitmen-tampung-kekurangan-bekalan-negara-anggota/ | NEGARA PEMBEKAL MAKANAN ASEAN NYATA KOMITMEN TAMPUNG KEKURANGAN BEKALAN NEGARA ANGGOTA | [
"SHAH ALAM: Negara pembekal makanan ASEAN memberi komitmen untuk mengutamakan pengeksportan bahan makanan mereka kepada negara anggota yang mengalami kekurangan bekalan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.",
"Beliau berkata komitmen itu antara keputusan penting yang dicapai semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) kali ke-45.",
" ”Kita berbincang soal keterjaminan makanan, misalnya kalau dalam kalangan negara ASEAN ini ada berlaku kekurangan, kita harap negara ASEAN yang lain dapat menampung dengan cepat,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) bersama delegasi mesyuarat tersebut di sini hari ni. ",
"Lawatan itu turut disertai oleh delegasi Jepun dan Korea Selatan sebagai ahli ASEAN Campur 3 serta Timor-Leste sebagai negara pemerhati ASEAN.",
"Mohamad berkata rakan sejawatnya dari Thailand telah menyatakan komitmen negara itu kepada Malaysia untuk membekalkan beras dan ayam lebih cepat sekiranya perlu dan mengikut keupayaan negara jiran itu. ",
"“Kalau nak dapat dari Brazil mungkin ambil masa, tetapi dengan Thailand kurang seminggu kita dah dapat ayam itu, kalau kita perlu dan beras juga begitu.",
"”Menterinya menyatakan selagi ada keupayaan, mereka akan tetap menjual beras mereka kepada Malaysia, sama juga Vietnam (pengeluar beras) yang menyatakan mereka akan mengutamakan ASEAN terlebih dahulu,” katanya. ",
"Berkenaan lawatan di TBNSA, Mohamad berkata pihak yang berkaitan perlu mempergiat promosi untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke taman tersebut. ",
"TBSA yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Cherakah telah diwartakan bagi tujuan persekutuan dan kini kira-kira 200 hektar telah dibangunkan bagi tujuan konservasi, penyelidikan, pendidikan, eksplorasi dan agropelancongan yang dikendalikan pihak TBNSA, di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/dua-beradik-dikelar-selamat-dikebumikan/ | Dua beradik dikelar selamat dikebumikan | [
"YAN – Dua beradik yang maut dikelar oleh seorang lelaki dipercayai penagih dadah selamat dikebumikan sejurus azan Maghrib. ",
"Muhamad Hafiz Idris, 1, dan kakaknya Nurul Hanim Idris , 5, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Abdul Rahman Putra Al Haj, Yan.",
"Seramai 200 penduduk kampung dan saudara hadir dalam majlis pengkebumian tersebut.",
" Ibu mangsa Norhasyelawati Yusof, 37 yang turut hadir ke tanah perkuburan kelihatan masih lagi lemah."
] |
https://alhijrahnews.com/penganggur-rogol-bunuh-nenek-85-tahun-dihukum-mati/ | PENGANGGUR ROGOL, BUNUH NENEK 85 TAHUN DIHUKUM MATI | [
"SHAH ALAM: Seorang penganggur yang membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwatnya dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.",
"Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas K. Satiaraj, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.",
"Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata tertuduh mempunyai niat mendatangkan kecederaan terhadap si mati dan melakukan perbuatan itu dalam keadaan sedar.",
"“Berdasarkan keterangan-keterangan, tertuduh tidak mengalami kesukaran dalam mengingati dan menceritakan apa yang berlaku. Tertuduh masuk ke rumah si mati untuk mencuri selain tertuduh mengetahui perbuatan menutup mulut dan mengikat tangan si mati supaya wanita itu tidak boleh menjerit.",
"“Tertuduh juga mengetahui tujuan dia mengikat tangan si mati supaya tidak dapat membuka kain yang disumbat di mulut si mati,” katanya dan menambah tertuduh sebelum ini turut mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan meliwat si mati.",
"Ab Karim berkata perbuatan tertuduh menyelongkar almari bagi mencari sesuatu untuk dicuri dan kemudian mencuri rantai emas selepas merogol dan meliwat si mati, jelas menunjukkan tertuduh dalam keadaan sedar.",
"“Sebaik keluar dari rumah si mati, tertuduh secara sedar telah meminta bantuan daripada rakannya (N. Hari Krishnan, saksi pendakwaan kelapan (SP8) untuk menggadaikan rantai tersebut kerana tertuduh tidak mempunyai kad pengenalan.",
"“Selain itu, tidak ada dalam keterangan SP8 yang menunjukkan tertuduh dalam keadaan mabuk. Tertuduh juga tidak mempunyai apa-apa bukti yang menunjukkan ketika kejadian dia dalam keadaan mabuk, kesemua menunjukkan bahawa perbuataan tertuduh dalam keadaan normal,” katanya.",
"Sathiaraj didakwa membunuh wanita itu di sebuah rumah di Kampung Tasik Tambahan, Ampang antara 11.40 pagi hingga 1 tengah hari, 19 Sept 2019 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.",
"Sebelum ini, tertuduh yang mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan meliwat warga emas itu dihukum penjara 13 tahun dengan lima sebatan.",
"Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita warga emas ditemukan mati dengan kedua-dua tangannya diikat. Mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap oleh anak keduanya yang pulang daripada bekerja. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bomba-bantu-kebumikan-jenazah-170-kg/ | BOMBA BANTU KEBUMIKAN JENAZAH 170 KG | [
"JASIN: Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh membantu menurunkan jenazah seorang wanita seberat 170 kilogram (kg) ke dalam liang lahad.",
"Jenazah wanita berusia 50-an yang meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kesang Tua di sini, tengah hari tadi.",
"Komander Operasi BBP Jasin Bestari K Kalai Selvam berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.00 tengah hari daripada orang awam untuk memohon bantuan mengangkat jenazah berkenaan.",
"“Sepasukan tujuh anggota termasuk dua anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah jentera kemudian ke lokasi untuk operasi bantuan.",
"“Bomba mengambil masa lima minit untuk menurunkan jenazah ke liang lahad menggunakan tali khas dengan dibantu beberapa ahli keluarga,” katanya.",
"Ujarnya, kerja-kerja menurunkan jenazah ke dalam liang lahad mengambil masa kira-kira 30 minit dan operasi selesai pada jam 1 petang.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/khutbah-arafah-musim-haji-1444h-diterjemah-ke-20-bahasa-dunia-termasuk-bahasa-melayu/ | KHUTBAH ARAFAH MUSIM HAJI 1444H DITERJEMAH KE 20 BAHASA DUNIA TERMASUK BAHASA MELAYU | [
"MAKKAH: Khutbah Arafah berbahasa Arab bagi musim haji 1444H/2023M akan disiarkan secara langsung dalam 20 bahasa termasuk Bahasa Melayu.",
"Setiausaha Bahagian Agensi Bahasa-Bahasa dan Terjemahan di Jabatan Hal Ehwal al-Haramain, Ahmad bin Abdul Aziz al-Humaidi berkata pada tahun ini ada enam bahasa baharu iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman, Filipina, Itali dan Bosnia ditampilkan, sebagai tambahan bahasa untuk terjemahan khutbah Arafah.",
"“Lebih dari 274 juta orang di seluruh dunia telah mendapat akses kepada khutbah Arafah pada musim haji tahun 1443H/2022M yang lepas hasil tranformasi digital dalam bidang teknologi maklumat,” katanya. ",
"Ahmad berkata demikian kepada petugas media daripada agensi dan organisasi pelbagai negara yang menyertai program Media Partnerships For Hajj Season 2023 anjuran Kementerian Media Arab Saudi, Sabtu.",
"Delegasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), yang merupakan antara tetamu Saudi Press Agency (SPA), turut menyertai program anjuran Kementerian Media itu. ",
"Ahmad berkata bagi musim haji 1444H/2023M ini pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 300 juta pendengar dapat mengikuti khutbah Arafah di seluruh dunia. ",
"“Kami telah mengesan bahawa penduduk di Amerika Selatan tidak mendapat akses untuk mendengar khutbah Arafah pada musim haji tahun lepas. ",
"“Justeru, kami permudahkan akses dengan menyediakan perisian yang boleh dimuat turun dari laman web agensi ini dan di semua platform media sosial,” katanya.",
"Beliau berkata terdapat lebih 40 penterjemah terlatih dan berpengalaman di agensi itu, dan bagi menjaga ketepatan maksud khutbah, kesemua mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana (MA), ijazah sarjana muda (BA) dalam bidang bahasa selain latar belakang pengajian Islam di institusi pengajian tinggi.",
"Antara bahasa utama untuk terjemahan ialah Inggeris, Perancis, Mandarin, Benggali, Rusia, Melayu, Urdu, Parsi, Hausa dan Turkiye. ",
"Dua pemuda Malaysia, Muhammad Mujahid Zaharudin dan Dr Ahmad Wifaq Mokhtar bersama-sama dua rakan penterjemah dari Indonesia bertanggungjawab untuk melakukan penterjemahan bahan-bahan seperti khutbah Jumaat, Hari Raya, Hari Arafah dan solat istimewa seperti gerhana matahari serta bulan.",
"“Kami bergabung dengan penterjemah dari Indonesia disebabkan persamaan dan kedekatan bahasa kita (Melayu) dengan mereka. Kami akan bergilir. Khutbah Arafah tahun ini giliran saudara kami dari Indonesia.",
"“Khutbah Raya pada esok harinya giliran saya, ia akan dibaca dalam bahasa Melayu. Khutbah Jumaat minggu ini oleh Dr (Ahmad) Wifaq, juga Bahasa Melayu,” kata Muhammad Mujahid ketika ditemui Bernama.–AlHijrah Online "
] |
https://alhijrahnews.com/bomba-pecah-pintu-rumah-temukan-warga-emas-maut-di-atas-katil/ | BOMBA PECAH PINTU RUMAH, TEMUKAN WARGA EMAS MAUT DI ATAS KATIL | [
"IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak hari ini terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah setelah menerima aduan mengenai seorang warga emas terkunci di dalam sebuah rumah di Taman Pinji Mewah di sini.",
"Pengarah JBPM Perak Sayani Saidon berkata bagaimanapun sebaik pintu berjaya dibuka, warga emas berusia 80-an itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.",
"“Kita terima panggilan pada 1.30 tengah hari untuk menjalankan khidmat khas pecah tombol pintu rumah terkunci setelah menerima aduan daripada pihak polis terdapat seorang mangsa terkunci di dalam rumah. ",
"“Anggota bomba menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri tertiarap di atas katil dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat 1.50 tengah hari.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pendatang-yahudi-ceroboh-masjid-al-aqsa/ | Pendatang Yahudi ceroboh Masjid al Aqsa | [
"BAITULMAQDIS, 10 Jun – Ratusan\npendatang Yahudi menceroboh perkarangan Masjid al Aqsa semalam, menurut sumber\ntempatan.",
"Sumber menambah, kehadiran mereka\nturut diiringi polis Israel.",
"“Kira-kira 330 peneroka\nharam menyerbu masuk ke kawasan tersebut menerusi pintu al Magharibah.",
"“Mereka kemudian menuju ke\nplaza Dinding Al Buraq di Kota Lama Baitulmaqdis,” kata sumber.",
"Ini bukan kali pertama kejadian\nseumpama itu berlaku.",
"Pada April lalu, lebih 500\npendatang Yahudi menceroboh kawasan itu sempena perayaan Passover.",
"Pihak Berkuasa Wakaf Islam\nBaitulmaqdis berkata, pendatang terbabit turut melakukan ritual keagamaan\nsebaik melangkah masuk ke kompleks berkenaan.",
"Sinar Harian yang memetik laporan agensi berita menyebutkan tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Palestin yang menganggap pihak berkuasa Israel mengamalkan sikap double standard.",
"Pada minggu sebelumnya, rejim Zionis melarang azan dilaungkan dari dalam Masjid al Aqsa dan menyerang serta mengusir penduduk Palestin yang berkumpul di luar Bab al Asbat, salah satu pintu pagar utama masjid berkenaan di Kota Lama untuk menunaikan solat Asar. "
] |
https://alhijrahnews.com/lubnan-isytihar-darurat-ekoran-koronavirus/ | LUBNAN ISYTIHAR DARURAT EKORAN KORONAVIRUS | [
"BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab hari ini mengisytiharkan darurat di Lubnan susulan penularan koronavirus, demikian lapor agensi berita Anadolu.",
"Diab mengumumkan keputusan itu susulan mesyuarat dipengerusikan Presiden Michel Aoun bagi membincangkan langkah-langkah menangani virus itu.",
"Menteri Penerangan, Manal Abdel Samad berkata semua proses keluar masuk di sempadan, lapangan terbang dan pelabuhan akan ditutup antara 18 hingga 29 Mac.",
"Bagaimanapun, keputusan itu tidak tertakluk kepada kakitangan PBB, diplomatik dan perkhidmatan logistik.",
"Kementerian Kesihatan mengesahkan 99 kes koronavirus di Lubnan dengan tiga maut akibat virus itu.",
"Muncul di Wuhan, China pada Disember lalu, virus yang secara rasminya dikenali sebagai COVID-19, menular di 141 negara dan wilayah.",
"Angka maut akibat koronavirus kini melebihi 5,700 kes dengan lebih 152,000 kes disahkan positif, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). — Terjemahan AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/nasi-kerabu-untuk-frontliner-hospital-sungai-buloh/ | MVM SALUR LEBIH RM90K BANTUAN MAKANAN, KEPERLUAN PERUBATAN | [
"KUALA LUMPUR: Muslim Volunteer Malaysia (MVM) menyalurkan RM92,816 dalam bentuk pek makanan, barangan keperluan asas dan pek kebersihan kepada keluarga asnaf, kelompok B40 dan petugas barisan depan COVID-19.",
"Ini termasuk 300 pek makanan setiap hari dengan kekerapan tiga kali sehari kepada petugas perubatan di Hospital Sungai Buloh. Menu terkini adalah nasi kerabu.",
"Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Fauzan Abd Sukor berkata bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia itu tanda solidariti pertubukan bukan kerajaan (NGO) itu dengan petugas barisan depan dan kelompok terjejas akibat wabak COVID-19.",
"Katanya, MVM akan meneruskan kempen itu untuk membantu kelompok memerlukan termasuk individu, keluarga, pusat kebajikan dan pendidikan yang memerlukan bantuan.",
"“Sokongan kepada frontliner sebagai tanda sokongan moral kepada semua petugas barisan depan di seluruh negara yang banyak berkorban dalam memerangi musuh yang tidak kelihatan ini.",
"“Bantuan diberikan dalam bentuk makanan harian dan juga kelengkapan perubatan,” katanya kepada AlHijrah Online mengulas mengenai kempen “COVID-19: Relief For Unsung Heroes dan The Needy”.",
"Kempen kecemasan itu dijalankan dengan kerjasama Halaman Nurani Sdn Bhd, Majlis Belia Malaysia (MBM), Relawan MBM, Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET), Yayasan Maghfirah dan MOHA Group Sdn Bhd.",
"Mohd Fauzan berkata, kempen sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu menyasarkan dana keseluruhan RM450,000 dari sumbangan individu dan pihak korporat.",
"“Setakat ini kawasan bantuan kita membabitkan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan,” katanya kerjasama dengan NGO IMARET membabitkan pembekalan kelengkapan perubatan termasuk peralatan perlindungan diri (PPE) yang amat diperlukan petugas barisan depan.",
"Orang ramai yang ingin membantu boleh melayari Facebook dan Instagram Muslim Volunteer Malaysia untuk maklumat lanjut atau melayari sesawang donation.mvm.org.my. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pm-anwar-alu-alukan-minat-keputusan-pelaburan-elon-musk-di-malaysia/ | PM ANWAR ALU-ALUKAN MINAT, KEPUTUSAN PELABURAN ELON MUSK DI MALAYSIA | [
"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk di Malaysia serta kesediaan beliau untuk datang ke negara ini.",
"Anwar berkata, beliau turut mengucap tahniah dan dokongan kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon Musk di Selangor pada tahun ini.",
"“Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050.",
"“Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Terdahulu Anwar mengadakan pertemuan bersama Elon Musk yang juga CEO Tesla Inc. , menerusi persidangan video pagi tadi, yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.",
"Dalam pertemuan itu, turut dibincangkan adalah penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.",
"“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” katanya.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pencipta-kandungan-media-sosial-di-kawasan-banjir-boleh-dikenakan-tindakan-polis/ | PENCIPTA KANDUNGAN MEDIA SOSIAL DI KAWASAN BANJIR BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN – POLIS | [
"BALING: Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang berlegar-legar di kawasan banjir di daerah ini semata-mata untuk membuat kandungan media sosial.",
"Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata mereka yang masuk ke kawasan bencana dengan niat untuk meraih populariti di media sosial boleh dikenakan tindakan kerana menghalang tugas penjawat awam.",
"“Kita faham perkembangan era zaman teknologi baharu untuk mereka berada di satu tempat dan masa yang betul untuk mereka menularkan sesuatu isu dan sebagainya dan mungkin untuk mendahului media.",
"“Jadi saya ingin memberi nasihat kepada mereka yang mempunyai kepentingan diri tanpa berasa belas kasihan kepada mangsa banjir yang sedang kesusahan, cukuplah menyusahkan pihak berkuasa dengan berlegar-legar di kawasan musibah ini tanpa tujuan.",
"“Semata-mata untuk mempopularkan diri dengan mengatakan bahawa anda berada di sini dan membantu mangsa-mangsa banjir sedangkan anda tidak berbuat apa-apa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.",
"Beliau berkata sekiranya pihak yang berkenaan ingkar arahan pihak berkuasa dengan memasuki kawasan bencana tanpa tujuan, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.",
"Katanya, bagi meningkatkan kawalan keselamatan polis mengadakan dua sekatan jalan raya iaitu di simpang Kampung Jerai dan Kuala Kuang yang juga bertujuan mengurangkan kemasukan kenderaan yang tidak berkaitan di kawasan bencana.",
"Dalam pada itu beliau berkata setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kehilangan atau kecurian harta benda membabitkan mangsa bencana banjir.",
"“Mangsa banjir dibenarkan pulang untuk mengambil barang berharga atau dokumen pengenalan diri untuk tujuan disimpan di tempat selamat atau pusat pemindahan sementara,” katanya.",
"Sementara itu, Shamsudin berkata setakat 5 petang ini seramai 499 orang daripada 109 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiah dan Surau An Nur.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/hubungan-malaysia-singapura-kekal-baik-mb-johor/ | Hubungan Malaysia-Singapura kekal baik: MB Johor | [
"ISKANDAR PUTERI – Sebarang isu berbangkit akan diselesaikan di meja \nrundingan demi memastikan hubungan diplomatik antara Malaysia dan \nSingapura terus terpelihara.",
"Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, pendekatan tersebut \ndiambil bagi memastikan segala konfrontasi atau konflik yang timbul \ntidak akan memberi kesan kepada hubungan baik dua negara berjiran sejak \nsekian lama.",
"“Tidak dinafikan, hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura kekal baik biarpun terdapat beberapa isu serta pertikaian antara dua negara berjiran ini,” katanya pada Mesyuarat Keempat Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar di sini, hari ini.",
"Osman berkata, Kerajaan Persekutuan, melalui Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah telah mengadakan perbincangan bersama rakan sejawat di Singapura berkaitan isu berbangkit, termasuk pertikaian ruang udara dan perairan antara dua negara yang masih berterusan dan berjalan dengan baik.",
"Katanya, beliau yakin di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, jalan penyelesaian yang akhirnya memberi manfaat kepada kedua-dua negara akan ditemukan.",
"“Berdasarkan \nkepentingan bersama dan memastikan kelangsungan dalam meneroka prospek \nkerjasama antara Malaysia dan Singapura,” katanya.",
"Beliau berkata, beberapa siri pertemuan juga telah diadakan oleh Kerajaan Johor bersama Kerajaan Persekutuan dan yang terkini pertemuan pada September 2018 yang lalu.",
"“Objektif utamanya adalah bagi memastikan hubungan dua hala antara dua negara ini sentiasa dijaga dan dihormati,” katanya.",
"Osman berkata, Kerajaan Johor dan Singapura sentiasa menjaga hubungan rapat biarpun dilanda pelbagai isu, terutamanya di dalam bidang ekonomi dan perniagaan.",
"“Sehingga hari ini, kerajaan negeri secara berterusan\n mengadakan sesi-sesi libat urus bersama para pelabur, dewan perniagaan \npersekutuan, industri serta syarikat-syarikat Singapura.",
"“Hasilnya,\n Singapura merupakan negara pelabur kedua terbesar yang menjadi rakan \ndagang di Malaysia dan sebahagian daripadanya telah memberikan manfaat \nterhadap peningkatan taraf pendapatan bagi penduduk negeri Johor,” \nkatanya.",
"Selain itu, beliau berkata, isu hubungan Malaysia dan \nSingapura bagai ‘menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, \ntepung jangan terserak’.",
"“Saya yakin kami, di pihak kerajaan dapat menyelesaikannya tanpa memberi kesan terhadap kedua-dua negara,” katanya. – SINAR HARIAN"
] |
https://alhijrahnews.com/dua-lelaki-didakwa-berkelakuan-sumbang-adalah-adik-beradik-polis/ | DUA LELAKI DIDAKWA BERKELAKUAN SUMBANG ADALAH ADIK BERADIK – POLIS | [
"KUALA LANGAT: Dua lelaki yang didakwa melakukan perbuatan sumbang di sebuah surau di Banting baru-baru ini tampil menjelaskan bahawa mereka merupakan adik-beradik.",
"Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, mereka yang masing-masing berusia 21 dan 14 tahun berasal dari Seremban, Negeri Sembilan berkunjung ke Banting bersama keluarganya untuk bercuti.",
"“Kedua individu berkenaan datang ke Banting bersama ibu bapa serta seorang adik perempuan untuk bercuti dan makan di sebuah restoran di pekan Banting dan singgah di sebuah surau di pekan Banting untuk menunaikan solat.",
"“Selepas selesai solat, kedua adik-beradik itu bergurau di dalam surau tanpa menyedari perbuatan mereka dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Ahmad Ridhwan berkata, abangnya ingin bergurau dengan adiknya serta membetulkan seluar dan menjelaskan tiada sebarang niat untuk berkelakukan tidak senonoh di dalam surau itu.",
"Keterangan kedua pelaku serta ibu bapa mereka sudah diambil dan kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat bagi arahan lanjut, katanya.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/ahli-parlimen-tanjung-piai-meninggal-dunia/ | Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia | [
"KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, dilaporkan meninggal dunia awal pagi ini dipercayai akibat serangan jantung.",
"Allahyarham merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), menghembus nafas terakhir sekitar jam 5.30 pagi di Hospital Pontian.",
"Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan\nberita itu menerusi laman sosial Facebook miliknya.",
"Terdahulu, Allahyarham menerusi laman Facebooknya sempat mengemaskini status memaklumkan beliau menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari Pahlawan 2019.",
"Sementara itu, hantaran (posting) dalam laman sosial tersebut memuatkan makluman pemergian Allahyarham yang menerima ucapan takziah dari orang ramai yang mengenali Allahyarham.",
"Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham yang bertanding atas tiket PKR menang dengan undi 21,255 selepas mengalahkan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas. "
] |
https://alhijrahnews.com/kerajaan-tanggung-rm93-juta-bagi-laksana-tol-rahmah-ahmad/ | KERAJAAN TANGGUNG RM93 JUTA BAGI LAKSANA TOL RAHMAH – AHMAD | [
"KUCHING: Kerajaan menanggung kira-kira RM93 juta bagi pemberian Tol RAHMAH percuma kepada pengguna lebuh raya selama empat hari yang bermula hari ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.",
"Beliau berkata pemberian tol percuma pada hari ini hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin) membabitkan 33 lebuh raya utama negara adalah satu daripada aspirasi MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.",
"Menurut Ahmad jumlah itu adalah anggaran awal oleh Pejabat Belanjawan Negara untuk dibayar kepada konsesi yang terlibat.",
"“Anggaplah itu (pemberian Tol RAHMAH) sebagai duit raya, ini sebahagian daripada duit rakyat juga yang kita berikan semula kepada rakyat bagi memberikan peluang kepada pengguna lebuh raya balik ke kampung halaman atau menziarahi keluarga sempena Aidilfitri,” katanya.",
"Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Penyerahan Sumbangan 2023 yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sarawak Vijayen Nagalingham di sini hari ini.",
"Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata hasil kutipan cukai LHDN di Sarawak tahun lepas mencatatkan sebanyak RM6.6 bilion.",
"“Tahun ini kita sasarkan hasil kutipan cukai sebanyak RM6.8 bilion, saya harap rakyat Sarawak yang layak membayar cukai masing-masing, sekiranya mengalami masalah boleh membuat pengakuan sukarela dari 1 Jun hingga 31 Mei tahun depan dan membuat rundingan dengan pegawai hasil untuk pembayaran,” katanya.",
"Pada majlis itu, sejumlah 30 asnaf yang layak dari kawasan Petra Jaya menerima sumbangan berbentuk bakul makanan dan wang tunai sejumlah RM150 seorang.",
"Bantuan itu adalah hasil daripada kutipan ikhlas pegawai daripada Kesatuan dan Kelab HASiL Sarawak dalam usaha membantu golongan yang memerlukan sempena sambutan Aidilfitri.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pm-buat-tinjauan-mengejut-harga-barang/ | PM BUAT TINJAUAN MENGEJUT HARGA BARANG | [
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melakukan tinjauan mengejut buat pertama kali berkaitan situasi harga barangan di sebuah pasar raya di ibu negara.",
"Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ismail Sabri berkata beliau tidak menafikan terdapat kenaikan harga ayam dan barangan mentah lain sebelum tarikh kuat kuasa penamatan subsidi bagi produk terbabit.",
"“Ayam misalnya, kita masih beri subsidi hari ini sampai 30 Jun. Saya tidak faham kenapa pemborong jual pada harga RM8.90. Sebelum 30 Jun, masih lagi harga yang disubsidi oleh kerajaan, tidak sepatutnya sampai RM8.90 daripada pemborong kepada peruncit.",
"“… sepatutnya (harga ayam daripada pemborong) perlu lebih rendah sebab peruncit juga perlu mengambil keuntungan,” katanya di Quill City Mall di sini.",
"Perdana Menteri juga berkata beliau akan melakukan lebih banyak tinjauan sama selepas ini bagi memastikan tiada pencatutan harga barang oleh peniaga sebelum tarikh penamatan subsidi ayam dan beberapa barangan lain pada 1 Julai.",
"Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat khas dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) esok berhubung isu bekalan serta harga siling baharu ayam di pasaran.",
"Perdana Menteri berkata pada mesyuarat itu, beliau akan memaklumkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bahawa harga barangan tidak seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk kenaikan beberapa produk lain seperti ikan.",
"“Saya harap MAFI boleh ambil tindakan dan KPDNHEP juga boleh mengenakan tindakan tegas kalau ada pencatutan yang melampau,” katanya.",
"Ketika tinjauan itu, beliau turut meluangkan masa mendengar suara dan keluhan rakyat yang membeli-belah di pasar raya tersebut.",
"Katanya rata-rata rakyat yang ditemui mengadu mengenai kenaikan harga barangan ketika ini. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pekebun-kecil-getah-felda-terima-bmt-rm800/ | PEKEBUN KECIL GETAH FELDA TERIMA BMT RM800 | [
"JEMPOL: Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah yang dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023 turut diperuntukkan kepada pekebun kecil getah Felda di seluruh negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Perdana Menteri berkata justeru bagi membolehkan mereka menerima bantuan itu, dasar pemberian yang mensyaratkan hanya pekebun kecil getah yang mempunyai tanah seluas bawah lima ekar (2.02 hektar) sebelum ini akan diubah kepada 10 ekar (4.05 hektar) ke bawah. ",
"“Dulu kita payah nak bagi sebab (syaratnya) lima ekar ke bawah sedangkan di Felda kebanyakan mereka ada tanah 10 ekar ke bawah, jadi kita minta ubah dasar itu untuk membolehkan mereka dapat (BMT). Kita tahu harga getah turun dan mereka langsung tak boleh menoreh getah sebab musim hujan.",
"“Menoreh musim hujan tapi susu getah bercampur air hujan, saya tahu kesusahan pekebun kecil termasuk mereka di Felda. Jadi apa yang pekebun kecil Risda (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) dapat iaitu sebanyak RM200 sebulan untuk empat bulan maka pekebun kecil getah di Felda juga akan dapat, inilah kerajaan kita,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kenduri Sekampung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sembilan, di sini hari ini. Turut hadir Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.-AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kpkt-akan-perkenal-sistem-pangkalan-data-rmm/ | KPKT akan perkenal sistem pangkalan data RMM | [
"DUNGUN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan \nmemperkenalkan satu sistem pangkalan data untuk mengenal pasti rakyat \nyang layak menerima rumah mampu milik (RMM).",
"Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad \nberkata, sistem data terperinci yang menyeluruh itu dijangka akan \ndigunakan pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya pada awal tahun \nhadapan.",
"Menurutnya, sistem pangkalan data itu dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan agar tidak membuka peluang berlakunya salah guna kuasa dalam membantu mereka yang tidak layak untuk memiliki RMM.",
"Katanya, sistem pangkalan data itu juga akan mengatasi masalah penggunaan orang tengah atau ‘kabel’ dalam permohonan projek perumahan kerajaan hingga ada yang menerima RMM lebih dari sekali.",
"“Kita melihat sistem ini amat efisien dan telus serta dapat mengenal pasti mereka yang layak untuk ditawarkan rumah terbabit.",
"“Sistem ini akan memudahkan pemohon kerana boleh mendaftar secara atas talian atau online jadi maklumat mereka juga disimpan dalam sistem pangkalan data itu dan mudah untuk kita rujuk,” katanya",
"Raja Bahrin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu berkata demikian selepas merasmikan Iftar PH Dungun Bersama Komuniti di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun hari ini.",
"Mengulas lanjut, Raja Bahrin berkata, inisiatif itu dapat menyelesaikan masalah yang sekian lama membelenggu rakyat kerana ramai antara mereka kecewa terpaksa menunggu puluhan tahun untuk memiliki RMM kerana rumah itu diberikan kepada mereka yang tidak layak atau telah memiliki rumah sebelum ini.",
"“Sebab itu kita bangunkan sistem pangkalan data ini bagi mengelak perkara sebegitu berlaku kerana hasrat kerajaan hari ini mahu memastikan rumah yang dibina dimiliki oleh golongan sasaran iaitu golongan miskin dan berpendapatan rendah.",
"“Kita sekarang dalam proses mengumpul data-data itu dan kita juga minta agensi tempatan dan kerajaan negeri turut memberi kerjasama dengan menyerahkan data pemohon atau penerima sebelum ini.",
"“Bayangkan walaupun sudah 60 tahun, negara kita masih tiada sistem pangkalan data, itu pelik kan dan kalau kita bina 10 juta unit rumah pun ia tidak akan cukup,” katanya.",
"Sementara itu, Raja Bahrin berkata, kerajaan kini dalam proses mencantumkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di bawah satu payung iaitu badan induk.",
"Katanya, penggabungan itu akan memudahkan pengagihan rumah agar tidak berlaku pertindihan permohonan dan ia menyasarkan semua golongan rakyat termasuk penjawat awam.",
"Kerajaan PH menyasarkan untuk membina satu juta unit RMM di negara ini dalam tempoh 10 tahun bermula selepas memenangi PRU14 pada Mei tahun lalu. – SINAR HARIAN"
] |
https://alhijrahnews.com/bantuan-khas-rm1500-untuk-penjawat-awam-kelantan/ | BANTUAN KHAS RM1,500 UNTUK PENJAWAT AWAM KELANTAN | [
"KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam di negeri itu.",
"Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bantuan itu akan diberi Januari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.",
"“Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM13 juta dan ia merupakan bantuan tertinggi yang pernah diberikan kerajaan negeri berikutan lebihan belanjawan dalam tempoh lima tahun berturut-turut.",
"“Ini adalah sebagai tanda menghargai iltizam dan kesungguhan kakitangan kerajaan yang telah bekerja bersungguh-sungguh dalam memastikan kewangan kita berada pada keadaan yang baik,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.-AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/wanita-tunai-umrah-berpakaian-ihram-lelaki/ | WANITA TUNAI UMRAH BERPAKAIAN IHRAM LELAKI | [
"KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai rakyat Malaysia didakwa mengerjakan umrah namun berpakaian ihram lelaki.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, isu tersebut melibatkan hukum-hakam agama dan tindakan tegas akan dikenakan.",
"“Pihak saya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya memohon pihak KDN untuk membuat siasatan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti.",
"“Saya juga telah menghubungi pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.",
"Sejak semalam tular video dan gambar seorang wanita yang berada di Makkah lengkap berpakaian ihram sebagaimana jemaah umrah lelaki. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bekas-ketua-pengarah-ikim-mufti-besar-india-tokoh-maal-hijrah-1445h/ | BEKAS KETUA PENGARAH IKIM, MUFTI BESAR INDIA TOKOH MAAL HIJRAH 1445H | [
"KUALA LUMPUR:Bekas Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam (IKIM) Datuk Dr Abdul Monir Yaacob diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, manakala Mufti Besar India Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari pula dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1445H/2023M. ",
"Abdul Monir, 77, dipilih berdasarkan sumbangan besarnya dalam pembangunan syiar Islam negara, antaranya semasa menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keutuhan Jabatan Perdana Menteri, beliau telah mencadangkan pemakaian tudung bagi pegawai polis wanita pada 2002.",
"Selain itu, belia juga merupakan individu yang bertanggungjawab menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail berhubung kesukaran banduan Islam ketika itu untuk menunaikan solat kerana hanya dibenarkan berpakaian tshirt putih dan seluar pendek.",
"Anak kelahiran Mengkarak, Bera, Pahang ini juga pernah dianugerahkan tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang peringkat persekutuan pada 1427H /2006M serta Anugerah Buku Negara, Buku Kajian Ilmiah Terbaik Peringkat Persekutuan pada 2016. ",
"Sementara itu, Sheikh Abu Bakar, 92, merupakan pengasas Pusat Pendidikan Jamia Markaz atau Mazkazu Saquafathi Sunniya yang ditubuhkan pada 1978 , yang memberi perkhidmatan pendidikan dan kemanusiaan.",
"Jamia Markaz itu mempunyai lebih 130 cabang ilmu di dalam dan di luar India serta merupakan pusat pendidikan yang terbesar di negara berkenaan, selain memperkenalkan sistem universiti terbuka yang mempunyai kurikulum yang unik. ",
"Beliau juga pernah mengarang dan menerbitkan lebih 45 buku mengenai pelbagai topik dalam Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Bahasa Malayalam serta memiliki warisan teks ulasan sahih Al-Bukhari. ",
"Selain itu, beliau pernah menjadi Pengerusi salah satu akhbar Malayalam, The Siraj Daily, yang mempunyai edisi India, Emiriah Arab Bersatu dan Oman.",
"Anugerah kepada kedua-dua tokoh ini termasuk wang tunai dan sijil penghargaan, disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.",
"Turut berangkat pada majlis itu adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.",
"Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/14000-al-quran-tanpa-perakuan-kdn-telah-ditukar/ | 14,000 AL-QURAN TANPA PERAKUAN KDN TELAH DITUKAR | [
"IPOH: Sebanyak 14,000 naskah al-Quran tanpa perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah ditukar melalui kempen Jom Exchange al Quran (Jeq). ",
"Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata ia susulan kempen berterusan yang dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun ini.",
"“Melalui kempen ini ia memberi peluang kepada masyarakat Islam yang memiliki al-Quran tidak diluluskan KDN tampil menukar al-Quran yang diluluskan secara percuma di pejabat KDN negeri, al-Quran yang rosak juga boleh ditukar dengan yang baharu.",
"Kita akan cuba kesan seberapa banyak al-Quran yang tidak ada kelulusan KDN dan al-Quran berkenaan boleh ditukar dengan baharu yang ada perakuan KDN dalam misi ‘Ke Arah Sifar Al-Quran Tiada Perakuan KDN’,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan penutupan Seminar Penerbitan Teks al-Quran dan Rasm Uthmani 2023 di Mess Pegawai Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat sini hari ini. ",
"Turut hadir Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim merangkap Ahli Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran (LPPPQ) KDN dan Komander Briged Utara PGA Nordin Manan. ",
"Nik Yusaimi berkata KDN sentiasa memantau dan pihaknya memandang serius kegiatan menjual al-Quran tanpa kelulusan KDN untuk kegunaan masyarakat Islam di negara ini.",
"“Kita menyeru masyarakat agar tidak membeli atau membaca teks al-Quran yang dicetak tanpa perakuan pihak berkuasa bagi mengelakkan unsur syubhah di dalam bacaan.",
"Belilah teks al-Quran yang mempunyai cop perakuan dan pelekat hologram perakuan daripada KDN kerana semakan telah dijalankan individu pakar terdiri daripada ahli Lajnah Tasheh dilantik KDN bagi menyemak sebelum mendapat kelulusan LPPPQ,” katanya. ",
"Katanya teks al-Quran yang tidak diperakui itu dikhuatiri boleh mengubah maksud asal berikutan menggunakan gaya penulisan selain Rasm Uthmani yang digunakan di Malaysia.",
"“Kita tidak halang penerbitan al-Quran atau penjual yang membawa masuk teks dari negara luar seperti dari Timur Tengah, Indonesia dan lain-lain negara tetapi mereka perlu menghantar dahulu untuk disemak sebelum diberi kelulusan cetakan kerana kita khuatir ia tidak mengikuti garis panduan Uthmani.",
"Antara kesalahan-kesalahan lazim yang dikesan semasa semakan dibuat ialah ayat tidak sempurna, kesilapan pada titik dan tanda baris, nama surah dan juzuk tidak jelas, nombor ayat hilang dan lain-lain lagi,” katanya.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/banjir-12-laluan-ditutup-kepada-lalu-lintas-di-kelantan/ | BANJIR: 12 LALUAN DITUTUP KEPADA LALU LINTAS DI KELANTAN | [
"KOTA BHARU: Sebanyak 12 laluan melibatkan empat jajahan di Kelantan ditutup akibat banjir yang melanda negeri itu setakat pukul 2 petang ini.",
"Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah dua di Tanah Merah iaitu jalan masuk ke loji air Bukit Remah dan Jalan Bukit Panau – Bendang Nyior, serta dua di Pasir Mas iaitu Jalan Pengkalan Rakit – Batu Karang dan jalan Sekolah Kebangsaan Tok Deh. ",
"Sementara itu, empat laluan di Pasir Puteh ditutup kepada kenderaan ringan melibatkan jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu, FT003 jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu (Panggong 3 Daerah), jalan Pasir Puteh – Gong Kelih (Kg. Chengal Pulas) dan jalan Gaal – Kg. Bukit.",
"Di Kuala Krai pula, dua laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan melibatkan jalan Sg. Durian -Chenulang dan jalan Bukit Sireh – Kampung Bedal – Kuala Nal. ",
"Di Pasir Mas, dua laluan iaitu jalan Tok Deh – Gual Periok dan jalan Bakat – Kubang Kuau turut ditutup kepada kenderaan ringan. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/polis-buru-pemandu-rempuh-mpv-polis/ | POLIS BURU PEMANDU REMPUH MPV POLIS | [
"KUALA LUMPUR: Polis memburu pemandu kenderaan yang merempuh sebuah kenderaan peronda polis (MPV) ketika sedang diperiksa di sekitar Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway.",
"Dalam kejadian 7.25 petang semalam, ketika polis sedang melakukan pemeriksaan kenderaan suspek jenis Proton Iswara Aeroback dengan nombor pendaftaran WEK424 telah mengundur dengan laju sehingga melanggar kenderaan MPV.",
"Susulan itu kejadian kejar-mengejar telah berlaku dan kenderaan suspek berjaya disekat di jalan susur keluar Lebuhraya Baru Pantai (NPE).",
"Suspek kemudian sekali lagi mengundurkan kenderaan sehingga melanggar kenderaan MPV untuk kali kedua.",
"Pelanggaran kedua itu menyebabkan kenderaan MPV rosak teruk di bahagian hadapan dan tidak dapat bergerak yang membolehkan suspek berjaya melarikan diri bersama kenderaan.",
"Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata hebahan telah dibuat untuk mengerakkan semua elemen yang berada di lapangan untuk mengesan dan tangkap suspek.",
"“Anggota yang terlibat dalam kejadiaan ini tidak mengalami sebarang kecederaan.",
"“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh), Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam), Seksyen 188 Kanun Keseksaan (mengingkari perintah oleh penjawat awam) dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (memandu secara melulu).",
"“Siasatan awal, mendapati kenderaan yang digunakan oleh suspek pernah dilaporkan hilang pada 21 Jun 2021 di Batu 9, Cheras,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Pihak polis memohon kerjasama dari orang awam sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut atau kenderaan yang digunakan oleh suspek untuk melaporkan kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-56210343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya).",
"Abd Khalid berkata dentiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kenapa-ngo-malaysia-terus-hulur-bantuan-di-afghanistan/ | KENAPA NGO MALAYSIA TERUS HULUR BANTUAN DI AFGHANISTAN? | [
"Awal minggu ini, kita dikejutkan dengan tragedi kepala air dan banjir di Baling, Kedah yang mengorbankan tiga nyawa. Tapi situasi itu tidak menyekat masyarakat sivil Malaysia untuk membantu kelompok memerlukan di serata dunia, termasuk di Afghanistan yang dilanda gempa bumi pada 22 Jun lalu, menyaksikan lebih 1,000 nyawa terkorban.",
"Itulah betapa besarnya jiwa rakyat Malaysia, tulang belakang di sebalik dana-dana yang disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan, sekalipun saat ini kita juga diuji dari sudut kestabilan politik dan ekonomi pasca COVID-19.",
"Jauh dari radar media massa, ada NGO yang sudah berbulan-bulan berada di negara konflik itu menghulurkan bantuan kemanusiaan dari sekecil-kecil roti hinggalah yang melakukan bantuan jangka panjang untuk warga Afghanistan.",
"Ada juga inisiatif membuka pusat kemanusiaan bantuan dari Malaysia berpusat di Kabul dengan matlamat koordinasi bantuan kepada lebih 24 juta warga Afghanistan (lebih separuh populasinya) yang memerlukan bantuan asing.",
"Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan “satu daripada tiga warga Afghanistan dalam keadaan lapar”. Itulah betapa teruknya keadaan di negara konflik itu dari sudut kemanusiaan.",
"Selaku antara individu dalam kumpulan NGO pertama dari Malaysia yang tiba di Kabul pada pertengahan September tahun lalu, penulis boleh menyimpulkan tidak banyak perubahan yang berlaku di negara itu sejak pertukaran kerajaan kira-kira 10 bulan lalu.",
"Tidak keterlaluan jika penulis menyimpulkan yang situasi sebenarnya semakin melarat di negara itu ekoran sekatan ekonomi yang masih dikenakan ke atas kerajaan Emeriyah Islam Afghanistan yang setakat ini, tidak diiktiraf mana-mana negara.",
"Inflasi dan kenaikan harga barangan di Afghanistan berada pada tahap melampau. Situasi yang bertitik tolak dari ‘hukuman kolektif’ kuasa-kuasa barat ke atas kerajaan semasa Afghanistan, sebenarnya menekan majoriti rakyat negara itu.",
"Setahun lalu, misalnya, harga minyak masak adalah sekitar 50 Afghani (RM2.50) kini naik tiga kali ganda kepada 150 Afghani (RM7.50).",
"Tentunya bila mendengar tentang minyak masak di Afghanistan ini, kita juga merasa sensitif dengan isu penarikan subsidi minyak masak botol dan isu minyak paket bersubsidi di negara kita yang semakin sukar diperolehi sekalipun kerajaan menegaskan sebaliknya.",
"Mungkin berbeza di Malaysia, hampir kesemua barangan keperluan di Afghanistan meningkat dengan ketara akibat tekanan dan sekatan ekonomi ke atas Emeriyah Islam Afghanistan menjadikan ramai rakyatnya jatuh dalam kepompong kemiskinan dan kepapaan.",
"Penguncupan sektor kerajaan, khususnya membabitkan golongan wanita yang dilaporkan dikekang penyertaan mereka dalam perjawatan awam, tentunya memburukkan keadaan ekonomi sebahagian isi rumah di Afghanistan.",
"Sebelum Emeriyah Islam Afghanistan (baca Taliban) mengambil alih Afghanistan pada 15 Ogos 2021 susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) keluar dari Kabul yang menyaksikan tumbangnya kerajaan pimpinan Presiden Ashraf Ghani, majoriti rakyat Afghanistan sebenarnya sudah miskin dan tertekan.",
"Hakikatnya, majoriti rakyat Afghanistan, di bawah 20 tahun pemerintahan kerajaan Republik Islam Afghanistan yang disokong kuasa barat, berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan kurang USD2 sehari.",
"Kerajaan dulu terlalu bergantung kepada dana dan sokongan asing sehinggakan ia tidak lagi mampu berdiri sendiri selepas AS angkat kaki dan keadaan menjadi lebih teruk dengan pembekuan berbilion dolar aset Bank Pusat Afghanistan dan sekatan ekonomi.",
"Sejak September 2021, masyarakat sivil Malaysia melalui beberapa NGO tidak putus-putus menyalurkan bantuan kemanusiaan walaupun negara ini secara rasminya, mengambil sikap “tunggu dan lihat” dalam isu percaturan politik di Afghanistan.",
"Sekurang-kurangnya 10 NGO Malaysia yang telah dan dalam usaha menyalurkan bantuan ke Afghanistan antaranya Yayasan Amal Malaysia (YAM), MyCare, Mercy Malaysia, MRA, IMARET, GPM, MVM, Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HARUM) dan Afghan Relief Malaysia (ARM).",
"“Dari sudut kemanusiaan Afghanistan perlu dibantu masyarakat dunia,” kata Norazam Ab Samah, yang mengetuai Misi Kemanusiaan Mercy Malaysia ke lokasi ground zero gempa bumi di Khost, kira-kira lima jam perjalanan dari Kabul.",
"Mercy Malaysia setakat ini menyalurkan bantuan kecemasan, termasuk khemah dan barangan dan peralatan membaiki rumah, selain turut membuka klinik bergerak di empat lokasi di Spera District, Khost, yang juga titik gempa magnitud 5.9 skala Richter pada 22 Jun lalu. (Ada laporan menyatakan gempa di tenggara Afghanistan itu mencecah 6.1 skala Richter)",
"“Sama seperti bencana besar lain, misi bantuan kali ini meninjau serta menilai keperluan perancangan bantuan jangka masa panjang, termasuk terhadap tempat tinggal yang berdaya tahan di kawasan gempa,” kata Norazam mengetuai pasukan lapan sukarelawan Mercy Malaysia, termasuk seorang pakar tulang, doktor, psikologis dan dua jururawat.",
"MRA, antara NGO Malaysia yang aktif menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di Kabul, turut menghantar bantuan kecemasan ke lokasi terjejas, termasuk mengagihkan kit hygiene kepada 100 keluarga di Spera District, Khost, beberapa hari lalu.",
"Jadi kenapa NGO-NGO Malaysia terus hulurkan bantuan kepada Afghanistan? Tak lain kerana mulianya hati rakyat Malaysia, sekalipun kita ini juga sedang diuji kanan dan kiri! – AlHijrah Online",
"Syed Azwan Syed Ali adalah Koresponden AlHijrah Online/ Berita AlHijrah dalam isu antarabangsa dan semasa, mempunyai lebih 17 tahun pengalaman dalam bidang kewartawanan, khususnya liputan di zon konflik dan bencana.",
"Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas."
] |
https://alhijrahnews.com/siti-bainun-didapati-bersalah-abai-aniaya-bella/ | SITI BAINUN DIDAPATI BERSALAH ABAI, ANIAYA BELLA | [
"KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.",
"Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Siti Bainun, 31, di akhir kes pembelaan.",
"Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.",
"Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.",
"Mahkamah kini sedang mendengar hujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.",
"Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias manakala Siti Bainun diwakili peguam Mohammad Farhan Maaruf. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/gaji-graduan-turut-diberi-perhatian-dalam-mesyuarat-minggu-hadapan-pm/ | GAJI GRADUAN TURUT DIBERI PERHATIAN DALAM MESYUARAT MINGGU HADAPAN – PM | [
"BUKIT MERTAJAM: Mesyuarat pertama bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam minggu depan akan turut merangkumi perbincangan mengenai gaji graduan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. ",
"Beliau berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali telah menetapkan bahawa satu jawatankuasa akan bermesyuarat bagi membincangkan penyelarasan gaji minggu depan, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. ",
"“Semua perkara ini kita akan ambil kira. Umumnya, kadar upah dan gaji penjawat awam rendah, termasuk polis dan tentera, serta tentera yang tidak berpencen. Insya-Allah dengan keupayaan ekonomi, kita akan naikkan secara berperingkat.",
"“Secara tradisinya, jawatankuasa ini sepatutnya bermesyuarat 10 tahun sekali, tapi sekarang dah 12 tahun jawatankuasa ini tidak bermesyuarat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas ditanya pandangan beliau berkenaan gaji graduan yang kini dianggap merosot ke paras gaji minimum.",
"Beliau ditemui selepas memberi ucapan perasmian di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16 di sini hari ini.",
"Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, Anwar berkata kemajuan ekonomi negara dianggap tempang jika tidak mengambil kira keterangkuman masyarakat terutamanya mereka yang terpinggir.",
"“Sementara kita akui bahawa negara harus dipacu dengan mengambil kira kepentingan meritokrasi, tapi kita tidak boleh mengetepikan masyarakat yang tidak berkeupayaan untuk bersaing dalam keadaan adil,” katanya.",
"Dalam memberi contoh, katanya beliau merupakan antara kepimpinan di Asean yang awal mengusulkan agar Vietnam diterima sebagai sebahagian dari keluarga Asean melalui satu laporan kecil dan bebas (bukan mewakili kerajaan), One Southeast Asia, dan menggesa anggota Asean agar tidak tunduk kepada Amerika Syarikat yang pada ketika itu sangat meminggirkan Vietnam.",
"Tambahnya sebaik beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1990-an, Anwar membawa satu delegasi perwakilan yang besar ke Vietnam untuk berbincang bersama mereka dan negara jiran itu membuka ruang kepada Malaysia untuk menubuhkan operasi perbankan di sana.",
"“Apabila saya berkunjung semula ke Vietnam bulan lepas, saya melihat pertumbuhan angka dan perubahan yang berlaku di sana jauh lebih baik dari kita dari segi perlaburan, kesenjangan, kadar kemiskinan. Dalam semua ukuran, mereka telah jauh tinggalkan kita,” katanya.",
"Selain itu, beliau turut meminta semua kementerian untuk tidak bekerja secara silo dan memanfaat kepakaran yang dimiliki oleh institusi pengajian tinggi (IPT) dan universiti negara agar satu sinergi boleh diwujudkan antara semua pihak berkenaan. ",
"Beliau mengambil contoh bagaimana sinergi antara kerajaan dan kepakaran di universiti begitu aktif dilakukan dan menguntungkan negara China, sedangkan Malaysia masih lagi terikat dengan pendekatan lama.",
"“Jadi saya minta laporan terperinci supaya universiti berikan bidang-bidang tenaga akademik dan penyelidik untuk kita sesuaikan di jabatan atau kementerian mana, supaya ada sinergi dan dapat dimanfaatkan (oleh kerajaan).",
"“Andaiannya jika ini dapat dilakukan dalam tempoh segera, kita boleh pacu ekonomi dan mencapai pertumbuhan enam peratus dalam masa singkat selain pelaburan negara juga boleh bertambah di luar jangkaan,” katanya.",
"Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman.",
"Persidangan tahunan anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM bertemakan ‘Ketahanan dan Keterangkuman dalam Memacu Pemulihan Ekonomi di Era Ketidakpastian Geo-Politik’ itu disertai kira-kira 350 orang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan profesional dari sektor awam dan swasta.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kerajaan-akan-pendekkan-tempoh-proses-pensijilan-halal-kepada-30-hari-pm-anwar/ | KERAJAAN AKAN PENDEKKAN TEMPOH PROSES PENSIJILAN HALAL KEPADA 30 HARI – PM ANWAR | [
"KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal kepada 30 hari daripada 51 hari sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"“Halal Development Corporation (HDC) bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menerajui usaha memudah cara pemprosesan pensijilan halal khususnya untuk pengeksport produk halal,” katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.",
"Menurut beliau lagi, sebanyak sembilan institusi kewangan menawarkan program khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) halal di bawah platform bersepadu halal yang menawarkan akses kepada dana khas dan program bina upaya.",
"Katanya ia selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 yang menetapkan penanda aras sumbangan industri halal sebanyak 11 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/neelofa-suami-dan-keluarga-dikompaun-keseluruhan-rm60000/ | NEELOFA, SUAMI DAN KELUARGA DIKOMPAUN KESELURUHAN RM60,000 | [
"KUALA LUMPUR: Artis dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor, serta suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail, dan 20 ahli keluarga Noor Neelofa dikenakan kompaun keseluruhan RM60,000.",
"Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, ia selepas kesemua mereka melanggar Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) 2021.",
"Menurut Mohamad Zainal, Noor Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 tanpa diskaun bagi dua kesalahan.",
"“Kesalahan pertama selaku penganjur telah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) penganjuran majlis sosial Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.",
"“Kesalahan kedua, melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) peraturan-peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Tambah beliau suami Noor Neelofa, Muhammad Haris pula dikenakan kompaun RM10,000 tanpa diskaun kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) peraturan-peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak polis.",
"20 ahli keluarga Noor Neelofa turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.",
"“Semua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun pada 27 April 2021. Jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM60,000,” kata Mohamad Zainal.",
"Beliau menasihati orang ramai untuk terus mematuhi peraturan PKPB dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/cuaca-panas-institusi-pendidikan-tangguh-aktiviti-luar-kpm/ | CUACA PANAS: INSTITUSI PENDIDIKAN TANGGUH AKTIVITI LUAR – KPM | [
"KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta menangguhkan semua aktiviti luar yang melibatkan pelajar, guru dan pensyarah.",
"Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia berikutan cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda negara.",
"“Saya menghargai segala usaha dan keprihatinan seluruh warga kementerian di semua peringkat demi kesihatan dan kesejahteraan pelajar serta murid,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.",
"Aktiviti luar tersebut termasuk merentas desa, kawad, sebarang sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.",
"Sebelum ini KPM memberikan kelonggaran khas kepada para pelajar dan guru untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan ketika cuaca panas.",
"Pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/mvm-bantu-bina-rumah-asnaf-di-pahang-dan-kelantan/ | MVM BANTU BINA RUMAH ASNAF DI PAHANG DAN KELANTAN | [
"KUALA LUMPUR: Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dibawah projek Di Sebalik Pintu (DSP) telah membina dua buah rumah asnaf di Kuala Tahan,Pahang dan Tanah Merah, Kelantan.",
"Ketua Pegawai Eksekutif MVM, Mohd Fauzan Abd Sukor berkata projek DSP ini merupakan sebuah projek bantuan pembinaan dan penambahbaikkan kediaman khusus untuk golongan B40.",
"“Serahan kunci telah dibuat pada 12 April di Kuala Tahan, Pahang dan 28 April di Tanah Merah, Kelantan.",
"“Penerima bantuan di Kelantan merupakan ibu tunggal yang membesarkan tiga orang anak. Rumah mereka digambarkan seperti kotak. Ruang yang kecil dan sempit, disitulah tempat tidur dan ruang dapur. Kondisi rumah dalam keadaan yang sangat daif dek kerana kesempitan hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Menurut Mohd Fauzan, antara objektif utama bantuan DSP adalah untuk memberikan bantuan yang berbentuk lestari untuk jangka masa panjang, membaik pulih bahagian atau ruang rumah yang usang dan membina kehidupan baru yang lebih selesa, sihat dan bahagia buat keluarga penerima bantuan.",
"“MVM percaya kebahagiaan dan perubahan hidup seseorang bermula dari rumah. Apabila rumah bersih, cantik dan selesa, mereka akan lebih semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.",
"Menurut beliau MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama membantu dalam projek ini demi memberikan sedikit keselesaan di rumah mereka yang kurang bernasib baik.",
"MVM mensasarkan untuk membantu bina dan baiki lima buah rumah asnaf pada tahun ini. Dana sasaran untuk projek ini adalah RM150,000.",
"“Individu atau organisasi yang berminat untuk bersama membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5648 0164 7699 (Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia) atau melayari laman sesawang donation.mvm.org.my untuk maklumat lebih lanjut,” — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/rm155-bilion-simpanan-ahli-kwsp-dikeluarkan-sejak-pandemik/ | RM155 BILION SIMPANAN AHLI KWSP DIKELUARKAN SEJAK PANDEMIK | [
"KUALA LUMPUR: Sebanyak RM155 bilion simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dikeluarkan menerusi pelaksanaan empat fasiliti pengeluaran berkaitan COVID-19.",
"Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata ia terdiri daripada RM145 bilion amaun yang dikeluarkan oleh ahli di bawah keempat-empat program pengeluaran dan hampir RM10 bilion impak daripada program pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja.",
"“Tahap simpanan ahli KWSP adalah rendah dan sangat membimbangkan terutamanya setelah perlaksanaan empat fasiliti pengeluaran berkaitan COVID-19 iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra serta Pengeluaran Khas; dan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja bagi tempoh 27 bulan (April 2020 sehingga Jun 2022),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.",
"Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris mengenai langkah untuk menyelamatkan ahli pencarum KWSP yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.",
"Mohd Shahar berkata setakat 30 Jun 2022, seramai 6.62 juta ahli atau 52 peratus daripada 12.78 juta keseluruhan ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.",
"Daripada bilangan tersebut, 4.99 juta ahli atau 75 peratus adalah ahli bumiputera.",
"“Pada masa yang sama, terdapat seramai 3.2 juta ahli berumur di bawah 55 tahun yang berada pada tahap simpanan yang amat kritikal iaitu kurang daripada RM1,000 iaitu 2.58 juta ahli atau 81 peratus daripada mereka adalah ahli bumiputera,” katanya.",
"Tambah Mohd Shahar sebagai perbandingan relatif, jumlah ahli bumiputera iaitu seramai 8.22 juta orang adalah merupakan 64 peratus daripada 12.78 juta keseluruhan ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.",
"“Ini menunjukkan kebanyakan ahli bumiputera adalah tertumpu dalam kalangan ahli yang mempunyai tahap simpanan KWSP yang rendah berbanding kaum-kaum lain,” katanya.",
"Dalam usaha untuk membantu ahli menambah dan membina kembali simpanan persaraan mereka, KWSP menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli mencarum ke dalam KWSP.",
" Mohd Shahar berkata bagi membantu ahli menambah simpanan persaraan mereka, KWSP menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli mencarum ke dalam KWSP.",
"“Bagi ahli yang bekerja dan mempunyai majikan, mereka boleh memilih untuk mencarum melebihi kadar caruman berkanun syer pekerja iaitu 11 peratus pada bila-bila masa.",
"“Selain itu, mereka juga boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000 setahun,” katanya.",
"Sementara itu, bagi ahli yang bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap atau di luar tenaga buruh seperti pelajar dan suri rumah yang berumur di bawah 60 tahun turut boleh memilih untuk mencarum secara sukarela pada bila-bila masa mengikut kemampuan di bawah Program i-Saraan sehingga RM60,000 setahun.",
"Bagi Ketua Isi Rumah (KIR) atau isteri kepada KIR yang berumur di bawah 55 tahun dan berdaftar di bawah pangkalan data eKasih, mereka turut boleh mencarum secara sukarela di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Program i-Suri) yang diperkenalkan bagi menggalakkan wanita daripada isi rumah berpendapatan rendah untuk menyimpan demi hari tua mereka.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kpdn-melaka-sita-25000-liter-minyak-diesel-bersubsidi/ | KPDN MELAKA SITA 25,000 LITER MINYAK DIESEL BERSUBSIDI | [
"MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Melaka menyita kira-kira 25,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggar bernilai RM87,500 disyaki cuba diseleweng dalam serbuan di dua premis yang turut dijadikan stesen minyak mini di Paya Rumput, awal pagi tadi.",
"Pengarahnya Norena Jaafar berkata serbuan kira-kira 3.15 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia Bukit Aman itu turut menahan empat lelaki berusia 20-an hingga 40-an.",
"“Kesemua ditahan adalah pekerja, pemandu lori serta penjaga premis yang dipercayai turut tinggal di premis berkenaan berdasarkan terdapat kemudahan seperti dapur memasak dan tandas.",
"“Hasil siasatan, kita percaya aktiviti itu aktif sejak dua bulan lepas dengan modus operandi menjadikan satu premis sebagai stor penyimpanan diesel manakala satu lagi sebagai stesen minyak mini bagi kenderaan industri mengisi diesel,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.",
"Beliau berkata terdapat satu lubang kecil dibuat pada dinding premis yang menghubungkan tiub penyalur bagi menyedut minyak diesel daripada tangki penyimpanan ke lori pelanggan di premis bersebelahan.",
"Beliau berkata modus operandi itu adalah baharu bagi mengaburi pihak berkuasa, namun sindiket masih menggunakan taktik lama iaitu mengumpul diesel bersubsidi dengan mengisi minyak daripada stesen minyak sekitar Melaka menggunakan kenderaan diubah suai. ",
"“Disyaki pelanggan mereka tertumpu kepada syarikat industri di kawasan sekitar dengan harga diesel dijual dianggar RM3.80 hingga RM4 seliter, lebih murah daripada harga ditetapkan untuk industri.",
"“Kesemua bekalan dan barangan termasuk kenderaan digunakan bagi kegiatan itu dengan nilai anggaran keseluruhan RM320,000 dirampas, manakala suspek disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 dan Seksyen 20(1) akta sama,” katanya.",
"— AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/polis-nasihat-persembahan-teater-dihentikan/ | Polis nasihat persembahan teater dihentikan | [
"GEORGETOWN – Polis telah menasihatkan penganjur teater ‘Love In \nGeorgetown City’ agar tidak meneruskan persembahan selepas berlakunya \nbeberapa kekeliruan.",
"Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che \nAwang berkata, penganjur dinasihatkan berbuat demikian kerana kesilapan \ndalam membuat hebahan mengenai teater tersebut sehingga menyebabkan \nkekeliruan.",
"Menurutnya, bagaimanapun, keputusan untuk \nmemberhentikan persembahan itu bergantung kepada Jabatan Pelesenan \nMajlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana ia di bawah bidang kuasa \nmereka.",
"“Pelesenan tempat hiburan adalah di bawah MBPP dan saya telah \nmemanggil pihak pelesenan untuk berbincang dengan penganjur. Mereka \ndinasihatkan agar tidak meneruskan persembahan di atas kesilapan iklan \ndan kekeliruan yang timbul.",
"“Oleh demikian, sama ada akan \nteruskan persembahan atau tidak, itu bergantung kepada budi bicara \nJabatan Pelesenan MBPP kerana ia di bawah kuasa mereka, bukannya polis. \nNamun, polis akan memantau rapi persembahan ini.",
"“Sekiranya \nterdapat adegan lucah yang dipersembahkan, polis boleh menghentikan \nterus persembahan tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.",
"Tambahnya,\n dalam pemantauan semalam iaitu hari pertama teater itu dipersembahkan, \npolis mendapati tiada persembahan berbentuk lucah.",
"“Ia adalah \nsketsa komedi. Bagaimanapun kesilapan penganjur apabila membuat poster \niklan yang memberi gambaran bahawa persembahan teater itu mengandungi \npersembahan lucah.",
"“Oleh kerana kekeliruan ini, maka wujudlah \nperasaan tidak puas hati beberapa pihak bahawa terdapat perkara-perkara \nmaksiat sedang dianjurkan,” katanya.",
"Difahamkan, penganjur teater\n Love In Georgetown City akan membatalkan teater yang dijadualkan akan \nmembuat persembahan selama empat hari itu.",
"Bagaimanapun, tiada \nkenyataan rasmi dikeluarkan dan difahamkan, pengarah dan penulis Big \nNose Production, Fa Abdul akan mengeluarkan kenyataannya hari ini.",
"Semalam,\n sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam berkumpul di hadapan Stage \n2, Penangpac, Straits Quay bagi membantah penayangan teater kontroversi,\n ‘Love In Georgetown City’.",
"Mereka mendakwa, Fa Abdul telah \nberselindung di sebalik seni untuk mempersembahkan teater yang didakwa \nberbaur lucah kepada orang awam.",
"Tambah mereka, penayangan teater itu juga disifatkan sebagai tidak menghormati Perlembagaan kerana menggalakkan amalan seks bebas dan songsang di kalangan golongan muda. – SINAR ONLINE"
] |
https://alhijrahnews.com/kompleks-pusat-islam-dinyahkuman-jawi/ | KOMPLEKS PUSAT ISLAM JALANI PROSES NYAHKUMAN – JAWI | [
"KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaksanakan kerja nyahkuman di Bangunan JAWI, Kompleks Pusat Islam di sini pagi ini.",
"Kerja pembersihan itu turut membabitkan kawasan Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah yang berada di kompleks sama.",
"JAWI dalam kenyataannya hari ini berkata proses pembersihan dan pembasmian itu membabitkan kawasan tumpuan awam seperti kaunter utama, pejabat, pos kawalan keselamatan dan kawasan kerap dikunjungi orang ramai.",
"Proses nyahkuman itu membabitkan 40 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diketuai oleh Pengarahnya, Nordin Pauzi.",
"Turut hadir menyaksikan operasi Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.",
"Kerja-kerja pembasmian kuman ini penting demi memastikan kawasan dan kaunter perkhidmatan yang sering dikunjungi orang awam bebas dari wabak Covid-19, kata kenyataan itu. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kejayaan_memerangi_covid_19_hampir_tidak_kelihatan_dg_hisham/ | KEJAYAAN MEMERANGI COVID-19 HAMPIR TIDAK KELIHATAN- DG HISHAM | [
"KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini meluahkan rasa sedih dalam menempuhi kejayaan memerangi pandemik COVID-19 selama setahun, yang masih belum berakhir.",
"Dalam perkongsian di akaun Facebook miliknya, beliau mengatakan bahawa kejayaan dalam memerangi COVID-19 di Malaysia hampir tidak kelihatan.",
"“Walaupun kita berasa penat dan lesu dari segi mental dan fizikal, kita semua perlu terus berjuang.",
"“Semua orang, tidak kira siapa, perlu berganding bahu memikul tanggungjawab ini demi menyelamatkan negara bersama,” ujarnya.",
"Tambahnya, DG Hisham menyeru orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai topeng muka dengan betul, mencuci tangan serta menjaga penjarakan fizikal.",
"“Duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar, bersama-sama kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.",
"“Kita perlu bersatu dan bersama menentang perjuangan ini. InshaAllah,” katanya.",
"Terdahulu, Malaysia merekodkan kes COVID-19 yang pertama pada 25 Januari 2020 yang melibatkan warga China memasuki negara melalui Tambak Johor.",
"Wabak tersebut pada awalnya dikenali sebagai 2019-nCov, yang berpunca dari Wuhan, China.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/banjir-di-kelantan-semakin-surut/ | BANJIR DI KELANTAN SEMAKIN SURUT | [
"KOTA BHARU: Gelombang pertama banjir di Kelantan beransur pulih apabila jumlah mangsa terus menurun kepada 10,589 orang melibatkan 4,031 keluarga sehingga jam 1 petang berbanding 11,436 jam 8 pagi tadi.",
"Terkini seramai 7,412 mangsa melibatkan 2,917 keluarga ditempatkan di 18 PPS tetapi berkurangan berbanding sebelah paginya.",
"Jumlah mangsa di Tumpat pula ialah 3,177 orang membabitkan 1,114 keluarga manakala 37 mangsa membabitkan tujuh keluarga di Pasir Puteh yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja sudah dibenarkan tengah hari ini.",
"Sementara itu, portal berkenaan turut memaklumkan hanya dua sungai yang melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada bacaan 9.87 meter (bahaya 9m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu pula 2.93m (bahaya 2.50m).",
"Tujuh sungai lain iaitu, Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Tangga Krai, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Sungai Golok di Jenob dan Sungai Semerak di Pasir Puteh berada pada paras normal. — SINAR HARIAN"
] |
https://alhijrahnews.com/pdrm-kastam-bergabung-banteras-tonto/ | PDRM-KASTAM BERGABUNG BANTERAS “TONTO” | [
"GENTING HIGHLANDS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bergabung tenaga bagi membanteras aktiviti penyeludupan dalam negara.",
"Menerusi jalinan kerjasama itu, agensi berkenaan menubuhkan lima jawatankuasa khas bertujuan memperkasa penguatkuasaan, sekaligus berpotensi meningkatkan pendapatan negara.",
"Sejak sekian lama kegiatan penyeludupan berleluasa sehingga ia sukar dibendung.",
"Meskipun sebahagian besar penyeludupan utama iaitu rokok dan arak berjaya ditumpaskan, namun langkah proaktif perlu disegerakan bagi mengurangkan kadar gejala itu.",
"Penguatkuasa kastam berdepan risiko bahaya ketika melakukan operasi kerana terdedah ancaman sindiket yang menggunakan khidmat gangster digelar sebagai “tonto”.",
"Justeru, PDRM dan kastam mewujudkan jalinan kerjasama bagi meningkatkan keselamatan penguatkuasa ketika bertugas.",
"Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata jaminan keselamatan diberi kepada pegawai kastam untuk menjalankan operasi.",
"“Kita telah beri jaminan untuk mengambil langkah proaktif berkaitan dengan ancaman tonto yang banyak menjejaskan penugasan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.”",
"“Jadi untuk tujuan ini kita telah tubuhkan lima jawatankuasa untuk kita bekerjasama secara langsung melalui jawatankuasa ditubuhkan dan kita telah melantik focal point di antara dua agensi untuk duduk semeja dari semasa ke semasa agar penugasan kita akan lebih berkesan lagi di masa akan datang.",
"Gejala penyeludupan mengakibatkan kerajaan kerugian berbilion ringgit setiap tahun.",
"Ketua Pengarah Kastam, Datuk Sri Subromaniam Tholasy berkata jika penyeludupan dibendung, pendapatan negara boleh meningkat lebih RM1 bilion.",
"“JKDM pungut RM5.5 bilion hasil daripada rokok dan minuman keras pada tahun lepas.”",
"“Pada tahun ini petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh jabatan kastam ialah meningkatkan hasil dari RM5 billion kepada RM7 bilion."
] |
https://alhijrahnews.com/jemaah-haji-perlu-bersedia-hadapi-cuaca-panas/ | JEMAAH HAJI PERLU BERSEDIA HADAPI CUACA PANAS | [
"MADINAH: Para jemaah haji yang menziarahi Madinah diingatkan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cuaca panas di sini.",
"Pengarah Operasi Madinah Ashrof Shamsuddin berkata suhu di sini ketika ini mencecah 40 darjah Celcius pada sebelah siang dan 26 darjah Celcius waktu malam.",
"Beliau berkata keadaan cuaca di Arab Saudi adalah panas dan kering berbanding di Malaysia iaitu panas dan lembap.",
"“Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengingatkan jemaah haji supaya banyakkan minum air kosong, berada di tempat yang tidak terdedah secara terus kepada cuaca panas serta tidak memakai pakaian ketat,” katanya kepada pemberita di sini.",
"Beliau turut mengingatkan jemaah haji supaya menyertai kumpulan WhatsApp mengikut jadual penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung aktiviti ketika musim haji 1444 Hijrah.",
"Menurutnya inisiatif dilaksanakan Tabung Haji (TH) pada tahun ini bertujuan memudahkan jemaah haji mengetahui aktiviti harian mereka berbanding kaedah menampal notis sebelum ini.",
"“Aktiviti kumpulan penerbangan ini berbeza-beza, jadi dengan mengetahui maklumat secara terus di hujung jari akan memudahkan para jemaah,” katanya.",
"Beliau berkata bagi warga emas yang tidak mempunyai aplikasi itu, rakan sebilik mereka diharap membekalkan maklumat yang disampaikan TH dari semasa ke semasa. ",
"Dalam pada itu, Ashrof berkata bagi fasa pertama, sebanyak 45 penerbangan jemaah haji Malaysia akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz di sini secara berperingkat bermula 21 Mei ini.",
"Ashrof berkata jemaah haji akan ditempatkan di tiga bangunan di sini dan berada selama enam hari sebelum berangkat ke Makkah.",
"Sepanjang berada di Madinah, pelbagai aktiviti diatur antaranya menziarahi makam Nabi Muhammad, memasuki Raudhah di Masjid Nabawi serta menziarahi tempat bersejarah di sini.",
"“Persiapan menanti ketibaan jemaah haji berjalan lancar dan kita telah bersedia menerima duyufurrahman (tetamu Allah),” katanya menambah secara keseluruhan 14,000 jemaah akan tiba di Madinah secara berperingkat. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/jkm-kelantan-sediakan-bantuan-bekalan-banjir-di-209-pangkalan-hadapan/ | JKM KELANTAN SEDIAKAN BANTUAN BEKALAN BANJIR DI 209 PANGKALAN HADAPAN | [
"KOTA BHARU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menempatkan pelbagai bantuan bekalan barangan dan makanan di 209 pangkalan hadapan sebagai persediaan menghadapi bencana banjir di negeri ini.",
"Pengarah JKM Kelantan Said Sidup berkata antara bekalan yang disediakan di pangkalan hadapan ialah beras, makanan dalam tin seperti sardin dan kari ayam, kopi, milo, gula, air mineral dan sebagainya sebelum diagihkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) banjir.",
"“JKM Kelantan menerima peruntukan awal sebanyak RM1 juta daripada kerajaan Persekutuan dan RM300,000 daripada kerajaan negeri untuk tujuan itu termasuk bagi menyediakan keperluan asas lain untuk mangsa banjir di PPS.",
"“Kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan pembelian darurat sepanjang musim ini sekiranya keperluan yang sedia ada tidak mencukupi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.",
"Beliau berkata 50 pangkalan hadapan telah ditempatkan di Kuala Krai, Kota Bharu (33), Tanah Merah (33), Pasir Mas (29), Tumpat (16), Gua Musang (14), Machang (8), Pasir Puteh (8), Jeli (15), dan Bachok (3).",
"Said berkata JKM Kelantan juga telah mengenal pasti sebanyak 63 pembekal barangan keperluan banjir termasuk pembekal utama seperti Giant, Mydin, Econsave, Tesco, Pantai Timur Mart dan sebagainya.",
"“Setakat ini, bekalan yang disediakan mencukupi untuk menampung keperluan 13,000 mangsa selama tiga hari bergantung kepada situasi banjir yang melanda kawasan terjejas,” katanya. — BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/isteri-maut-suami-masuk-icu-akibat-makan-ikan-buntal/ | ISTERI MAUT, SUAMI MASUK ICU AKIBAT MAKAN IKAN BUNTAL | [
"KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut sementara suaminya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), selepas makan hidangan ikan buntal, pada Sabtu lalu.",
"Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon berkata, mangsa mula mengalami gejala sesak nafas dan menggigil pada 3 petang Jumaat sebelum dibawa ke hospital oleh anaknya pada Sabtu lepas.",
"Katanya suami mangsa turut mengalami gejala sama kira-kira sejam selepas isterinya mendapat gejala itu.",
"Pasangan tersebut dibawa ke Jabatan Kecemasan HEBHK pada 5 petang namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 7 malam, sementara manakala suaminya dirawat di ICU.",
"Ling berkata pasangan suami isteri itu mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara pra tempahan melalui Facebook.",
"“Sebaik diterima pada Sabtu pagi, mangsa menggoreng untuk hidangan tengah hari dan difahamkan ia merupakan kali pertama pasangan itu menjamu masakan berasaskan ikan buntal.",
"“Siasatan lanjut mendapati ikan berkenaan diperoleh dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat,” katanya.",
"Menurut Ling, sebanyak 15 kilogram ikan buntal telah dijual di sekitar Chamek iaitu empat pelanggan, Paloh (4 pelanggan) dan Yong Peng (1 pelanggan) pada hari tersebut.",
"Selain dari pasangan terbabit, semua pelanggan lain masih belum memakan ikan buntal yang dibeli.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/jauhi-hasad-dengki-amalan-fitnah-agong/ | JAUHI HASAD DENGKI, AMALAN FITNAH – AGONG | [
"KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan rakyat agar menjauhi perasaan hasad dengki dan amalan fitnah memfitnah.",
"Titah Seri Paduka, rakyat juga hendaklah tidak berfikiran sempit dan negatif kerana sifat dan amalan itu tidak akan mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara.",
"“Beta ingin mengajak seluruh rakyat bersatu hati dalam membentuk sebuah masyarakat yang lembut dalam berbicara, halus dalam berpesan, harmoni dalam ikatan persaudaraan, jujur dalam pekerjaan, amanah dalam menggalas tugas dan gagah perkasa dalam mencipta kejayaan,” titah Seri Paduka.",
"Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.",
"Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.",
"Sempena sambutan itu, Al-Sultan Abdullah turut menitahkan agar semangat dan roh peristiwa Hijrah dijelmakan dalam bentuk kesatuan dan perpaduan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan adat resam demi untuk membangunkan sebuah negara pertiwi.",
"Titah Seri Paduka, sejarah penyatuan dan kesepaduan kaum Muhajirin dan Ansar yang berlaku 1,400 tahun yang lepas, adalah semangat hijrah yang wajar dijadikan pedoman utama dalam mengurus kepelbagaian dan kerencaman negara.",
"Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah mengajak rakyat negara ini bersama-sama menghayati tema sambutan Maal Hjrah peringkat kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Perpaduan Teras Malaysia MADANI’.",
"“Justeru, Beta menghargai usaha kerajaan dalam menggerakkan agenda Malaysia MADANI bagi membentuk masyarakat yang menghayati nilai-nilai ihsan mendukung prinsip keadilan dan mengamalkan semangat toleransi.",
"“Beta turut menghargai pelaksanaan pelan transfomasi hal ehwal agama menuju Malaysia MADANI sebagai langkah proaktif untuk menjayakan agenda pembangunan dan pembaharuan ummah,” titah Yang di-Pertuan Agong.",
"Titah baginda, semangat dan roh hijrah dalam memupuk sifat amanah dan berintegriti hendaklah sentiasa tumbuh segar di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia ",
"Seri Paduka juga mengajak rakyat untuk bersama mensyukuri nikmat keamanan dan kemakmuran negara yang telah dikecapi.",
"“Suburkan rasa kasih dan kecintaan kita kepada tanah air ini sebagaimana cintanya Rasulullah SAW kepada tanah kelahiran baginda,” titah Seri Paduka.",
"Hadir sama pada majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.",
"Kira-kira 6,000 tetamu hadir pada majlis itu yang mewakili 110 kontinjen daripada agensi kerajaan dan swasta, dengan selebihnya orang awam.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/harimau-kumbang-dipercayai-serang-remaja-mati-ditembak/ | HARIMAU KUMBANG DIPERCAYAI SERANG REMAJA MATI DITEMBAK | [
"SUNGAI SIPUT: Seekor harimau kumbang jantan yang dipercayai menyerang remaja orang asli di Kampung Kelatap dekat Pos Pewor, Lasah, Sungai Siput, semalam telah ditembak mati pagi semalam.",
"Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusof Shariff berkata, haiwan dengan anggaran usia sembilan hingga 10 tahun itu ditembak mati sebaik saja ia meluru ke arah anggota Perhilitan yang sedang membawa perangkap bersesuaian untuk dipasang.",
"Menurut Yusof, seorang kakitangannya melepaskan tiga das tembakan yang mengenai harimau kumbang berkenaan selepas ia tiba-tiba meluru ke arah salah seorang daripada mereka.",
"Beliau berkata, penelitian terhadap bangkai harimau kumbang mendapati banyak kesan tetakan pada kepala serta paha haiwan itu yang dipercayai kesan parang ketika bergelut dengan mangsa semalam.",
"Katanya, kakitangan Perhilitan turut menemukan beberapa kesan tapak kaki dipercayai harimau dan juga kesan darah yang masih baru pada rumput dan daun.",
"Yusof berkata, turut ditemui pada bangkai haiwan itu ialah jerat dawai kabel pada kaki kanan belakangnya yang cedera dan ia dipercayai penyebab harimau itu menjadi agresif dan menyerang manusia.",
"Ujar beliau, bangkai harimau kumbang berkenaan dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Sungai Siput sebelum dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk menjalani bedah siasat.",
"Semalam, seorang remaja orang asli dilaporkan cedera selepas diserang binatang buas ketika mencari kayu di hutan berhampiran rumahnya dekat Lasah, Sungai Siput.",
"Remaja berusia 18 tahun itu luka teruk termasuk terdapat koyakan kulit daripada kesan cakaran pada kepala serta tangan namun tidak mengalami sebarang kepatahan. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pkp-3-0-polis-siasat-mb-kedah-pandu-uji-kereta/ | PKP 3.0: POLIS SIASAT MB KEDAH PANDU UJI KERETA | [
"BUKIT MERTAJAM: Polis akan menyiasat dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, semalam.",
"Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Shafee Abd Samad berkata, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.",
"“Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk menteri besar,” katanya.",
"Semalam, tular di media sosial beberapa gambar dan video yang menunjukkan Muhammad Sanusi sedang memandu uji sebuah kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kereta walaupun kerajaan tidak membenarkan aktiviti untuk beroperasi ketika sekatan pergerakan penuh.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/menteri-agama-tidak-terlibat-syarikat-pelaburan-saham-setiausaha-akhbar/ | MENTERI AGAMA TIDAK TERLIBAT SYARIKAT PELABURAN SAHAM – SETIAUSAHA AKHBAR | [
"PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tidak pernah terlibat dengan sebarang syarikat pelaburan saham seperti tular menerusi sebuah poster palsu di media sosial.",
"Setiausaha Akhbar kepada Mohd Na’im, Mazlina Ismail berkata, pejabat kementerian itu menafikan dakwaan tersebut selain menyatakan pihak berkenaan telah menggunakan gambar menteri itu tanpa keizinan.",
"“Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menafikan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar terlibat dan mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikat pelaburan saham seperti yang tular poster di media sosial.",
"“Pihak berkenaan telah menggunakan gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tanpa keizinan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai sebaran iklan palsu tersebut atas apa juga platform, katanya.",
"“Pejabat ini juga ingin menasihati masyarakat agar sentiasa membuat semakan kesahihan apa-apa iklan atau promosi sebelum memberi maklumat lanjut.",
"“Laporkan segera kepada polis atau 997 (National Response Scam Centre – NSRC) sekiranya disyaki menjurus kepada penipuan,” katanya.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/yaman-lancar-kempen-imunisasi-polio-sasar-5-5-juta-kanak-kanak/ | YAMAN LANCAR KEMPEN IMUNISASI POLIO SASAR 5.5 JUTA KANAK-KANAK | [
"SANA’A: Pihak Berkuasa Kesihatan Yaman semalam melancarkan Kempen Imunisasi Polio yang menyasarkan 5.5 juta kanak-kanak di wilayah konflik itu.",
"Disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kempen itu dilancarkan di ibu kota Yaman, Sana’a dan beberapa wilayah lain. ",
"Proses vaksinasi selama tiga hari dari rumah ke rumah itu membabitkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.",
"“Lebih 40,000 petugas vaksin menyertai kempen polio dan vitamin A rumah ke rumah untuk mencapai sasaran lebih 5.5 juta kanak-kanak bawah lima tahun di Yaman,” kata UNICEF di Twitter. ",
"“Semua kanak-kanak di Yaman layak untuk hidup sihat,” kata agensi PBB itu",
"Yaman dibelenggu dengan perang saudara sejak 2014 selepas pemberontak Houthi mengambil alih kota Sana’a dan memaksa kerajaan sah dan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi hidup dalam buangan.",
"Konflik terbabit menyebabkan negara Arab termiskin itu berada di ambang kebuluran dan menyebabkan pengulangan wabak merbahaya seperti taun.",
"Pihak PBB kini cuba menyambung semula rundingan damai antara pihak bertelagah di Yaman bagi menamatkan peperangan yang melebihi empat tahun itu. – Terjemahan AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pendakwah-dipanggil-semula-polis-bantu-siasatan-kes-gangguan-seksual/ | PENDAKWAH DIPANGGIL SEMULA POLIS BANTU SIASATAN KES GANGGUAN SEKSUAL | [
"KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil semula seorang pendakwah dan isterinya bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.",
"Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, individu tersebut telah dipanggil ke ibu pejabat PDRM semalam.",
"“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Sebelum ini polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan susulan video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.",
"Siasatan kes itu dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/lelaki-dikhuatiri-lemas-di-kuala-kubu-bharu/ | LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI KUALA KUBU BHARU | [
"HULU SELANGOR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu, di sini pagi tadi.",
"Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.54 pagi tadi sebelum anggota dan jenteramnya tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 8.01 pagi.",
"Katanya, mangsa yang terlibat berusia 28 tahun dikhuatiri lemas semasa menjalankan aktiviti riadah di lokasi tersebut.",
"“Bomba sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di lokasi.",
"“Unit Scuba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut berada di lokasi bagi membantu kerja-kerja pencarian mangsa.",
"Katanya, pencarian mangsa dilakukan di kawasan berarus dengan kedalaman air lima meter.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/19-tentera-rejim-syria-terbunuh-dalam-serangan-dron-turki/ | 19 TENTERA REJIM SYRIA TERBUNUH DALAM SERANGAN DRON TURKI | [
"DAMSYIK: Sekurang-kurangan 19 tentera kerajaan Syria terbunuh semalam dalam serangan dron Turki di wilayah Idlib di barat laut Syria, demikian menurut laporan badan pemerhati peperangan.",
"Xinhuanet melaporkan dron Turki itu menyasarkan kedudukan tentera rejim Syria di kem Jabal al-Zawiyeh dan al-Hamdiyeh di Idlib, kata Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.",
"Laporan terbaharu itu menjadikan sekurang-sekurangnya 93 tentera rejim Syria dan pejuang pro-kerajaan terbunuh dalam serangan yang hampir sama dalam tempoh 72 jam lalu, kata badan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu.",
"Terdahulu, agensi berita negeri SANA melaporkan tentera Syria menembak tiga dron Turki di Idlib. Tentera Turki pula menembak jatuh dua pesawat Syria di wilayah Idlib.",
"Insiden terbabit antara peningkatan kebimbangan antara Turki dan Syria.",
"Menteri Pertahanan Turki, Hulusi Akar semalam berkata Turki hanya menyasarkan tentera Syria di Idlib atas prinsip mempertahankan diri.",
"Beliau menegaskan Turki tidak berniat berdepan dengan Rusia yang juga penyokong rejim Syria.",
"Beliau juga menggesa Rusia untuk menggunakan pengaruhnya supaya tentera Syria menghentikan serangan di Idlib.",
"Tentera rejim Syria melakukan serangan besar-besaran menentang kumpulan penentang radikal di wilayah Idlib, kubu terakhir penentang kerajaan yang bersempadan dengan Turki, sejak Disember lalu.",
"Sekurang-kurangnya 34 tentera Turki terbunuh dalam serangan udara di Idlib pada Khamis lalu, di mana Turki menyalahkan kerajaan Syria. — Terjemahan Alhijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/mbsa-peruntuk-rm150-juta-naik-taraf-perparitan-kolam-tadahan-tangani-banjir/ | MBSA PERUNTUK RM150 JUTA NAIK TARAF PERPARITAN, KOLAM TADAHAN TANGANI BANJIR | [
"SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk tempoh tiga tahun bagi menaik taraf sistem perparitan utama dan kolam takungan di kawasan perbandaran itu bagi langkah menangani masalah banjir.",
"Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata untuk tahun pertama sebanyak RM50 juta dari jumlah peruntukan itu akan digunakan bagi menaik taraf sistem perparitan dan kolam takungan di kawasan yang sering dilanda banjir.",
"“Pada tahun ini, kami akan memberi dahulu tumpuan di kawasan seperti Taman Sri Muda; Seksyen 13; Taman Mesra dan Taman Tun Dr Ismail Jaya untuk dinaik taraf sistem perparitan mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sesi townhall bagi Penyediaan Pelan Tindakan Banjir Shah Alam bagi tahun 2022-2024, di sini hari ini.",
"Zamani Ahmad berkata kawasan Shah Alam memerlukan sekurang-kurangnya reka bentuk 50 tahun kala purata ulangan (ARI) kerana sistem perparitan yang ada sekarang hanya menampung kapasiti dari 5 ke 20 ARI dan tidak lagi sesuai ekoran peningkatan taburan hujan yang tidak menentu.",
"Selain itu katanya, bagi hala tuju Penyediaan Pelan Tindakan Banjir Shah Alam, pihaknya juga akan mengambil kira kerja-kerja menaik taraf kolam takungan agar mampu menampung air sehingga 100 ARI.",
"“MBSA juga merancang untuk menyediakan struktur tebatan banjir yang mampu mengawal situasi banjir luar biasa dan menyokong sistem tebatan banjir yang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran,” katanya. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/hukum-harus-bagi-penggunaan-vaksin/ | HUKUM HARUS BAGI PENGGUNAAN VAKSIN | [
"KUALA LUMPUR: Hukum penggunaan sesuatu vaksin bagi mencegah penularan penyakit adalah harus.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu telah dijelaskan Mesyuarat Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).",
"“Mesyuarat Muzakarah MKI telah menjelaskan hukum harus bagi penggunaan vaksin, selari dengan kaedah pencegahan yang dianjurkan Islam berteraskan prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa.",
"“Dalam isu perubatan, ulama sepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang baik (thoyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang memudaratkan kesihatan badan dan akal manusia,” katanya ketika memberi ucapan Penggulungan Belanjawan 2021 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat hari ini.",
"Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias yang ingin mengetahui sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai sebarang peranan bagi menentukan isu halal dan haram sesuatu vaksin.",
"Dalam pada itu Zulkifli turut menjelaskan terdapat kelonggaran menggunakan sumber yang haram dalam kes darurat yang boleh mengakibatkan kematian dan penyakit kronik, sedangkan sumber halal tidak diperoleh.",
"Tegasnya isu berkenaan sentiasa dikaji dan diangkat kepada Mesyuarat Muzakarah MKI mengikut keperluan. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/jangan-pandang-rendahancaman-is-militan-sudah-bersedia/ | JANGAN PANDANG RENDAH ANCAMAN IS : MILITAN SUDAH BERSEDIA! | [
"Lebih 20 kali – sejak 2014 hingga 20 Jun lalu, ketika sempat mengikuti pembentangan tertutup dan eksklusif berhubung Ancaman IS Terhadap Keselamatan Negara. Bahaya gerakan ini memang jelas sesuatu yang sentiasa berkembang dan semakin berbahaya.",
"IS sudah bertapak dan bersedia dalam pelbagai senario.",
"Pembentangan slide oleh Bahagian Counter Terorisim Bukit Aman, yang sentiasa dikemas kini dalam tempoh tiga tahun itu cukup untuk memberi petunjuk: Ancaman IS tidak pernah pudar dan mengendur!",
"Dari kisah dua remaja sekolah pondok berusia 16 tahun, kelahiran Johor dan Kelantan yang menyusup masuk ke Selatan Thailand dan berjuang mengangkat senjata, sampailah kisah seorang gadis berambut perang kelahiran Kedah yang berjaya menyusup masuk ke Syria dan menjadi pejuang IS – antara maklumat yang disalurkan Bahagian Counter Terrorism sebagai bukti: Rakyat Malaysia tanpa mengira profil dan personaliti menjadi sasaran gerakan itu untuk dikaderkan.",
"Malahan, sembilan percubaan untuk melancarkan serangan bom di tempat awam di negara ini, turut membuktikan betapa seriusnya operasi dan motif IS untuk menghuru-harakan negara.",
"Keupayaan militan IS tempatan menghasilkan bom nitrat dengan adunan pelbagai material yang mudah diperolehi, satu lagi fakta gerakan teroris itu sudah berada pada tahap kedua: Bersedia melancarkan serangan maut pada bila-bila masa.",
"193 tangkapan membabitkan pelbagai lapisan profil terdiri daripada pengrekrutan awam, malah anggota tentera – satu fakta IS di negara ini sudah berada di frasa: Memiliki kepakaran militan dan ‘berkemampuan melakukan serangan pengeboman dan persenjataan!’",
"SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay",
"Ketua Bahagian Counter Terorism Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay tidak pernah bosan dan mengalah dalam mendedahkan operasi demi operasi yang dijalankan pihak polis, serta takah demi takah kemajuan yang dikesan dalam gerakan IS di negara ini.",
"“Setakat ini kita sentiasa selangkah di hadapan militan IS tempatan. Jadi kita dapat membanteras perancangan mereka. Namun, kalau sekali saja mereka berjaya, kesannya membawa padah,” katanya setiap kali tampil membentangkan ceramah dalam Dialog Isu Negara yang dianjurkan secara konsisten selama tiga tahun oleh Biro Tata Negara dan Pejabat Perdana Menteri.",
"Bayangkan, dua remaja yang mengangkat senjata berjuang di Selatan Thailand berusia 16 tahun. Tetapi sepanjang ditahan, langsung tidak menunjukkan rasa takut atau bersalah. Kedua-dua pelajar itu yakin, berjuang mengangkat senjata adalah jihad ke jalan Allah.",
"Selain 193 yang berjaya ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan Langkah-Langkah Khas (Sosma), terdapat lebih 200 rakyat negara ini berada di Syria bersama berbagai kumpulan militan termasuk IS. Ini jumlah yang berjaya dikesan kerana mereka berani mengisytiharkan pembabitan melalui media baharu tanpa sedikit pun rasa gentar.",
"Ada di antaranya bekas penagih dadah, pelajar agama, pendidik dan doktor perubatan. Satu scenario profil yang memberi impak bahawa pengaruh ideologi Negara Khalifah tajaan IS tiada had sosial dalam meraih sokongan.",
"Ideologi membina sebuah negara berdasarkan Gerakan Panji-Panji Hitam dengan Kalimah Allah dan Muhammad itu, sangat mudah menarik pesona bagi golongan yang mudah diseleweng.",
"Justeru, ancaman terkini melalui video yang tersebar di media sosial sejak dua hari lalu tidak boleh dipandang enteng.",
"Individu seperti Mohd. Rafi Udin atau Abu Ain yang kini berada di Raqqa, Syria tidak boleh dilihat sebagai gertakan atau sekadar bercakap besar. Dia bukan seorang militan yang sekadar cuba untuk membangkitkan semangat IS ketika kubu kuat gerakan itu berjaya dijatuhkan di Falujah, Iraq.",
"Sejak seminggu lalu, Falujah yang menjadi simbol kenegaraan pada IS di Iraq berjaya dirampas Tentera Iraq dengan bantuan strategi dan serangan udara Amerika Syarikat.",
"Setelah kejatuhan Falujah, kini Tentera Iraq dan AS menumpukan pula frasa serangan terhadap Mosul, bandar yang dianggap ibu negara IS.\nAbu Ain barangkali bukan jurucakap terbaik IS bagi Khatibah Nusantara – wilayah yang dirancang IS membabitkan pembentukan satu negara Islam merangkumi Indonesia, Malaysia, Borneo, Selatan Filipina dan Selatan Thailand.",
"Abu Ain kelahiran Negeri Sembilan yang menyertai IS di Syria sejak 2014, secara berani dan terbuka menyebarkan videonya dengan seruan:",
"“Bunuh mereka di mana sahaja yang anda jumpa… Jika anda ada kereta, langgarlah mereka… Gunakan senjata dan pisau untuk tikam terus dada mereka!”",
"Malah, tegar menghasut penyokong dan militan IS tempatan supaya memerangi polis:",
"“Kepada anda yang ada di Bukit Aman, anda tidak lagi aman. Kami bersedia untuk sembelih anda…. Apabila kami datang, rakan-rakan kami di negara ini juga akan memburu anda habis-habisan!”",
"Jangan pandang enteng. Kalau anda berkesempatan mengikuti ceramah serta pendedahan ratusan slide dan video yang dikuliahkan Datuk Ayob anda pasti menerima isyarat yang jelas.",
"Militan IS tempatan dan polis kini sedang berada dalam ‘permainan tikus dan kucing’. Bezanya, buat masa ini polis selalu memenangi permainan ini.",
"Namun seperti kata Datuk Ayob : SEKALI SAHAJA IS MENANG, PADAHNYA AMAT BESAR! "
] |
https://alhijrahnews.com/bantuan-tunai-sehingga-tiga-bulan-melalui-bantuan-khas-covid-19/ | BANTUAN TUNAI SEHINGGA TIGA BULAN MELALUI BANTUAN KHAS COVID-19 | [
"KUALA LUMPUR: Bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemberian bantuan tunai melalui inisiatif Bantuan Khas COVID-19 (BKC).",
"Menurut Muhyiddin, melalui BKC isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.",
"Individu bujang kategori miskin tegar pula katanya akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.",
"“Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.",
"“Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti,” katanya dalam Perutusan Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.",
"Menurut beliau secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/orang-utan-di-malaysia-jalani-saringan-covid-19-buat-pertama-kali/ | ORANG UTAN DI MALAYSIA JALANI SARINGAN COVID-19 BUAT PERTAMA KALI | [
"KOTA KINABALU: Orang utan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok Sandakan dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan di sini menjalani ujian saringan COVID-19.",
"Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) Augustine Tuuga berkata, pihaknya mengambil langkah tersebut demi menjamin kesihatan hidupan berkenaan dan pemantauan berterusan tetap dilaksana bagi mengesan sebarang simptom jangkitan.",
"Setakat ini, hasil ujian saringan yang dilakukan mendapati sejumlah 30 orang utan negatif COVID-19.",
"“Ujian saringan juga akan diulang dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan bagi memastikan virus COVID-19 tidak menular dalam kalangan hidupan liar.",
"“Ini kali pertama orang utan di Malaysia menjalani ujian saringan COVID-19 sejajar keutamaan kita dalam memastikan kesihatan serta kebajikan veterinar hidupan liar pada tahap terbaik,” katanya.",
"Tambahnya, ujian saringan yang dilaksana pasukan veterinar JHLS dan Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) diketuai Dr Rosa Sipangkui, Dr Nabila Sarkawi yang dibantu Dr Mischellena Samanthan serta Dr Umamaheswary Kalamanathan.",
"Sementara itu, menurut Timbalan Pengarah JHLS yang juga Ketua WRU Sabah, Dr Sen Nathan, inisiatif tersebut dijalankan atas kebimbangan hidupan liar tersebut dijangkiti COVID-19 berikutan peningkatan kes jangkitan virus tersebut di Sabah, ketika ini.",
"Kebimbangan juga disebabkan terdapat penjaga hidupan liar dan kakitangan di kedua-dua fasiliti JHLS disahkan positif COVID-19, katanya.",
"Dalam pada itu, pertubuhan Orangutan Appeal UK (OUAK) menyokong inisiatif tersebut dengan membantu menyumbang dana bagi pembelian kit ujian antigen COVID-19, ‘pulse oximeter’ serta ubat-ubatan buat orang utan dan kakitangan di Sepilok dan WRU.",
"Pengerusi OUAK, Datuk Sue Sheward berkata, pihaknya bangga dapat membantu dalam usaha memastikan populasi orang utan tidak diancam jangkitan COVID-19.",
"“Orang utan berkongsi 96.4 peratus DNA dengan manusia, jadi sangat penting kita melaksanakan ujian saringan terhadap hidupan liar itu dalam usaha untuk melindungi mereka.",
"“Begitu juga kesihatan dan kebajikan kakitangan adalah sangat penting kerana mereka terus bekerja sepanjang pandemik bagi menjaga hidupan liar sama seperti sebelum ini,” katanya.",
"Tahun ini, OAUK juga menyokong aktiviti konservasi yang dilaksanakan Unit Konservasi Spesies Terancam yang baru diwujudkan di bawah JHLS berpusat di Lahad Datu, selain WRU dan Sepilok Orangutan Appeal.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pm-ke-arab-saudi-hari-ini/ | PM KE ARAB SAUDI HARI INI | [
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berlepas ke Arab Saudi hari ini untuk lawatan kerja selama empat hari sehingga 9 Mac.",
"Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam kenyataan memaklumkan, lawatan itu merupakan lawatan rasmi pertama Muhyiddin sejak menjadi perdana menteri pada 1 Mac tahun lalu.",
"Ia juga sebagai memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.",
"“Muhyiddin adalah Ketua Kerajaan pertama dijemput oleh Raja Salman susulan Persidangan Al-Ula pada 5 Januari 2021,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat.",
"Pelbagai kerjasama dari sudut ekonomi dijangka akan dibincangkan selain usaha-usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala sedia ada.",
"Muhyiddin dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, isu kuota haji dan umrah tidak akan terlepas untuk dibincangkan.",
"“Lawatan saya ini cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.",
"“Sudah pasti soal kuota haji dan urusan umrah juga tidak ketinggalan akan dibincangkan dalam pertemuan itu kelak,” katanya.",
"Perdana Menteri turut dijadual akan menunaikan umrah di Makkah, diikuti ziarah Madinah.",
"Selesai lawatan kerja ke Arab Saudi, Muhyiddin dijadual melakukan lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 9 hingga 11 Mac. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/skim-subsidi-harga-padi-dinaikkan-daripada-rm360-kepada-rm500-per-tan-metrik-pm/ | SKIM SUBSIDI HARGA PADI DINAIKKAN DARIPADA RM360 KEPADA RM500 PER TAN METRIK – PM | [
"PARIT BUNTAR: Perdana Menteri hari ini mengumumkan berita baik buat pesawah negara iaitu kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan mulai esok. ",
"Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata dengan kenaikan itu pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per metrik tan yang akan meningkatkan pendapatan pesawah negara ini. ",
"“Ini kenaikan terbesar dalam sejarah. Anwar Ibrahim dulu ketika jadi menteri kewangan pernah naikkan (kadar). ",
"“Hari ini saya naikkan sekali lagi, hari ini umum, esok naik,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Sentuhan Agro Madani Negeri Perak di sini hari ini. ",
"Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. ",
"Perdana Menteri berkata peningkatan itu akan melibatkan perbelanjaan RM1 bilion setahun. ",
"Bagi menyelesaikan masalah pemutuan padi, Anwar berkata perbincangan akan dilakukan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menempatkan pegawai pertanian di kilang padi swasta khusus bagi memantau proses tersebut. ",
"Ini katanya bagi mengelak pengilang bertindak sesuka hati tanpa mengikut standard ditetapkan. ",
"Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kementerian itu akan mempertimbang untuk menambah peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif tanaman padi lima musim dalam dua tahun. ",
"“Belanja untuk buat tali air dan sebagainya yang RM3 bilion itu tidak cukup, kena tambah lagi, untuk petani ini, kita cuba tambah, kita buat yang sebaiknya,” kata beliau. ",
"Sementara itu, pada majlis sama Anwar turut menyampaikan bantuan berjumlah RM21.8 juta yang memanfaatkan 28,295 pesawah dan peladang negeri Perak. ",
"Bantuan tersebut disampaikan beliau kepada Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Sham Mat Sahat dan wakil-wakil Persatuan Peladang Kawasan (PPK) mengikut daerah. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/harga-ron95-ron97-diesel-kekal/ | HARGA RON95, RON97, DIESEL KEKAL | [
"PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 27 Julai hingga 2 Ogos.",
"Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 pada RM3.37 seliter; RON95 RM2.05 seliter; dan diesel RM2.15 seliter.",
"“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.",
"“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya hari ini.",
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/lebih-500-terkorban-gempa-bumi-kuat-di-turkiye/ | LEBIH 500 TERKORBAN GEMPA BUMI KUAT DI TURKIYE | [
"TURKIYE: Lebih 500 orang terkorban selepas gempa bumi kuat 7.8 magnitud menggegarkan selatan Turkiye terutama di Gaziantep pada awal pagi Isnin.",
"Sekurang-kurangnya 284 orang maut dan lebih 2,300 lagi cedera di Turkiye.",
"Gegaran turut dirasai utara Syria dan setakat ini sekurang-kurangnya 237 orang terkorban dan 639 lagi cedera, lapor agensi berita kerajaan Syria SANA.",
"Paling teruk terjejas membabitkan wilayah Hama, Aleppo dan Latakia.",
"Jumlah kematian di seluruh Turkiye dan Syria kini mencecah 521 orang.",
"Lebih 1,700 bangunan rosak di 10 bandar Turkiye. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/sarawak-tukar-ketua-menteri-kepada-premier/ | SARAWAK TUKAR ‘KETUA MENTERI’ KEPADA ‘PREMIER’ | [
"KUCHING: Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier.",
"RUU tersebut diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga apabila 67 ahli dewan menyokongnya dengan enam menentang, sebelum dibentangkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.",
"Abdul Karim berkata pindaan tersebut seiring dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa minggu lepas.",
"Dalam penjelasan beliau, penggunaan ‘Premier’ bagi menggantikan ‘Ketua Menteri’ sama seperti yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel lain.",
"“Ketua Persekutuan digelar sebagai Perdana Menteri dan Ketua Wilayah membentuk Persekutuan digelar Premier manakala subwilayah atau negeri lain diketuai Ketua Menteri,” katanya.",
"Rang undang-undang itu juga melibatkan pindaan istilah ‘Menteri Muda’ dalam Perlembagaan Sarawak kepada ‘Timbalan Menteri’, dengan pindaan gelaran jawatan itu perlu memandangkan tanggungjawab yang mereka pegang dan laksanakan.",
"“Nama jawatan ‘Menteri Muda’ ditukar kepada ‘Timbalan Menteri’ untuk lebih mencerminkan fungsi dan tanggungjawab mereka,” katanya.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/apa-reaksi-turki-selepas-40-mati-di-afrin-syria/ | APA REAKSI TURKI SELEPAS 40 MATI DI AFRIN, SYRIA? | [
"Oleh Razali Awang",
"Keganasan terkini di Afrin, Syria, kelmarin yang mengorbankan lebih 40 nyawa benar-benar menguji sejauh manakah keberkesanan operasi pihak berkuasa Turki dan sekutunya, termasuk Tentera Pembebasan Syria (FSA) dalam memulih dan memelihara keamanan di bandar bersempadan dengan wilayahnya.",
"Keganasan yang menyasarkan orang awam sama sekali tidak dapat diterima, apatah lagi dilakukan ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut minggu pertama Ramadan.",
"Bom yang sengaja dipasang pada lori tangki minyak untuk memberi impak letupan yang kuat hanya mempunyai satu tujuan iaitu membunuh seramai mungkin!",
"Apa yang menjadi persoalan, apa salah mangsa (orang awam) sehingga pengganas ini sanggup menghalalkan pembunuhan beramai-ramai?",
"Pengalaman ketika melaksanakan tugas Misi Khas Kemanusiaan Syria Care Mac lalu di bandar Afrin memberikan penulis gambaran jelas bahawa ia tidak lagi selamat didiami berbanding kawasan Atma dan Sarmada, mahupun di wilayah Idlib.",
"Di Idlib, sebagai orang asing yang wajah Asianya, penerimaan lebih terbuka, persekitarannya juga jauh lebih selamat kecuali ancaman serangan udara tentera rejim Bashar al-Assad dan Rusia.",
"Di Afrin jelas jauh berbeza. Suasana sentiasa tegang yang penuh dengan prasangka terhadap sebarang gerak geri.",
"Perisik dan pemberi maklumat di mana-mana!",
"Penulis mengalami pengalaman ditahan dan disoalsiasat dua kali dalam tempoh tidak sampai tiga jam kerana dituduh melakukan perbuatan mencurigakan.",
"Paling tidak dapat dilupakan, dibawa menaiki kenderaan polis tentera di Jindares kerana mengambil gambar falafel dalam kuali. Itulah realiti kehidupan di Afrin, kawasan yang tidak selamat dek pelbagai ancaman.",
"Paling besar, ancaman pengganas Kurdish!",
"Sebaik letupan berlaku, tanpa menunggu lama dengan bukti kukuh, Kementerian Pertahanan Turki dalam kenyataannya mendakwa serangan bom itu didalangi kumpulan pengganas Kurdish, Parti Pekerja Kurdish (PKK) dan cabangnya, YPG, seteru lama yang lebih 35 tahun lalu membunuh puluhan ribu rakyat Turki.",
"Peluang pengganas itu memperkukuh gerakan bersenjata terbuka sebaik saja konflik di Syria bermula sembilan tahun lalu. Atas semangat nasionalisme Kurdish, ia mempengaruhi rakyat Syria yang sebangsa dengan mereka untuk membentuk tentera bagi menuntut wilayah sendiri.",
"Dari situ lahirnya Syrian Democratic Forces (SDF), kumpulan bersenjata yang “dihalalkan” oleh pentadbiran Amerika Syarikat kerana terhutang budi menjadi barisan hadapan Rumah Putih memerangi IS/ Daesh di Syria dan Iraq.",
"Keganasan Selasa lalu menampakkan dengan lebih jelas realiti sebenar orientasi keganasan yang selama ini menjadi teras perjuangannya untuk menuntut kuasa autonomi.",
"Serangan berkenaan adalah tindakan berskala besar pertama kali selepas dua operasi besar-besaran yang dilakukan Turki sejak awal 2018.",
"Selepas setahun lebih Operation Olive Branch, Presiden Recep Tayyib Erdogan melancarkan satu satu lagi kempen iaitu Operation Peace Spring pada hujung tahun lalu dengan alasan ingin mewujudkan zon selamat selebar 32 kilometer hingga ke utara Syria bagi memastikan pengganas Kurdish berada jauh dari kawasan sempadannya.",
"Kini dengan perkembangan terkini yang berlaku di Afrin, ia meningkatkan lagi pertembungan sedia ada penduduk Kurdish-Arab di wilayah itu dan menenggelamkan isu pokok, nasib pelarian Syria.",
"Dalam kekalutan memerangi wabak Covid-19, apa reaksi Ankara dan komuniti antarabangsa untuk menghentikan pertumpahan darah sebegini dari berulang?",
"Tragedi yang berlaku hakikatnya satu lagi babak malang mangsa konflik di negara Arab itu kerana selepas sembilan tahun konflik perang saudara, ia hanya memburukkan keadaan dan menjauhkan usaha perpaduan untuk memulakan proses damai di Syria. — AlHijrah Online",
"Penulis adalah Perunding Media Syria Care yang juga bekas penerbit berita TV AlHijrah.",
"Artikel disunting Syed Azwan Syed Ali.",
"Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas."
] |
https://alhijrahnews.com/gempa-bumi-malaysia-rakam-ucapan-takziah-dan-simpati-kepada-turkiye/ | GEMPA BUMI: MALAYSIA RAKAM UCAPAN TAKZIAH DAN SIMPATI KEPADA TURKIYE | [
"PUTRAJAYA: Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.",
"Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan berkata, beliau menyampaikan ucapan itu kepada rakan sejawatnya dari Turkiye Mevlut Cavusoglu menerusi panggilan telefon hari ini.",
"“Semasa perbualan di telefon, saya berjaya mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung tragedi itu,” katanya.",
"Bagi menzahirkan solidariti dan simpati kepada rakyat Turkiye, Zambry berkata Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan berlepas ke Istanbul pada 11.50 malam ini untuk membantu pihak berkuasa tempatan melaksanakan usaha mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan terjejas.",
"Zambry berkata kementerian itu, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul akan terus memantau perkembangan situasi terkini dengan teliti.",
"“Pada ketika ini, saya mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi itu,” katanya.",
"Memandangkan gempa susulan dijangka berlaku, Zambry turut menasihatkan rakyat Malaysia di Turkiye untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.",
"Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye berhampiran bandar Gaziantep telah meragut 912 nyawa di Turkiye, manakala 476 lagi kematian direkodkan di Syria. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/jangkitan-varian-delta-berbeza-dengan-wuhan/ | JANGKITAN VARIAN DELTA BERBEZA DENGAN WUHAN | [
"KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan masa untuk melandaikan keluk kes jangkitan COVID-19 negara berikutan penularan varian Delta yang lebih dominan dengan kadar kebolehjangkitan lebih pantas.",
"Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata kadar kebolehjangkitan membabitkan varian Delta adalah berbeza dengan varian dari Wuhan, China.",
"Jelasnya hasil penjujukan genom yang dijalankan Institut Kesihatan Nasional (NIH) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) serta agensi lain, pihaknya mendapati jangkitan di Lembah Klang ketika ini membabitkan varian Delta.",
"Sebelum ini katanya varian yang utama atau strain yang dominan adalah dari Sivagangga dan dapat dikawal.",
"“Tetapi dengan peralihan varian mutasi baharu ini, kadar kebolehjangkitan antara varian itu berbeza.",
"“Varian Delta mempunyai kadar kebolehjangkitan yang mengambil masa untuk landai. Jika strain Wuhan yang awal dahulu, kadar kebolehjangkitan kira-kira 2 ke 3 atau 2.5.",
"“Tetapi apabila kita kata varian Delta, kebolehjangkitan dianggarkan antara 5 ke 8,” katanya dalam sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya, hari ini.",
"Pada masa sama, beliau berkata KKM menganggarkan kes jangkitan akan memuncak pada akhir bulan ini.",
"Keluk jangkitan dijangka melandai menjelang 31 Oktober jika vaksinasi dos lengkap mencecah 80 peratus.",
"Tambahnya, penurunan kes mungkin ambil masa sedikit tetapi apa yang dimahukan adalah penurunan dari segi kemasukan pesakit dalam wad unit rawatan rapi (ICU) dan mereka yang meninggal dunia. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/dari-gengster-ke-pintu-rahmah-nya/ | Dari gengster ke pintu rahmah-Nya | [
"PERNAH terlibat dengan gengsterism dan dipenjarakan sebanyak tiga kali\ntidak memberi iktibar kepadanya, apatah lagi berfikir untuk mengubah diri ke\narah yang lebih baik. Namun pertemuannya dengan individu yang dikenali sebagai Adam\nmembuka jalan kepadanya untuk berubah.",
"Hidayah itu diberikan kepada sesiapa yang Dia mahu. Dari seorang bekas\nahli kongsi gelap, Abdul Rahman Abdullah, atau nama asalnya Chee Yin Wei tidak\nmenyangka pertemuannya menjadi titik permulaan untuk dia memeluk Islam, sesuatu\nkeputusan yang tidak pernah terdetik di hatinya pun selama ini.",
"Menelusuri sejarah perkenalan Abdul Rahman, 38 tahun, dengan Adam,\npertemuan singkat yang tidak dijangka itu ditakdirkan berlaku di Masjid Alor\nSetar sekitar Julai tahun lepas.",
"Adam diutuskan kepadanya ketika dirinya berdepan dengan pelbagai\nmasalah dan hidup terpuruk dalam keadaan terumbang ambing.",
"Dalam keadaan sedemikian rupa, dia tidak menyedari kakinya sudah pun melangkah\nmasuk ke sebuah masjid, kemudiannya bertemu Adam dan menceritakan masalahnya.\nKetika itu pula, azan Asar berkumandang dan Adam mencadangkan agar dia\nmelakukan solat.",
"Walaupun sedar dirinya belum Islam, Adam tanpa ragu-ragu mengajarnya\nmengambil wuduk dan menunaikan solat dengan cara mengikut pergerakan jemaah\nlain.",
"Rasa ketenangan memenuhi jiwanya, dan tatkala sujud sebak pun menerpa.\nDia terus terfikir masalah yang dihadapi dan dosa-dosanya sebelum ini,\nmembuatkannya terus memasang niat untuk memeluk Islam selepas itu.",
"Selepas memeluk Islam pada Ogos tahun lepas, masalah beban hutang dan masalah\nrumah tangga yang menekan serta masalah pertikaian dengan rakan kongsi gelap\nhilang serta merta, seperti satu keajaiban berlaku terhadap dirinya.",
"Namun selepas itu, dia tidak lagi di”pertemukan” dengan sahabatnya Adam.\nApapun dia tetap bersyukur dengan pertemuan sebentar cuma itu dan yakin Adam dihantar\nAllah sebagai asbab untuk dia dikurniakan hidayah yang tidak ternilai itu.",
"Abdul Rahman yang berasal dari Tongkang Yard di Alor Setar pernah bekerja\nsebagai tukang masak di Singapura berkata, pada mulanya dia mendapat bantahan\ndaripada ibunya selepas mengetahui dia memeluk Islam.",
"Namun selepas memberi penjelasan dan memahaminya, kini ibunya pula yang\nmenghantarnya ke masjid apabila tiba masuk waktu solat. Tuhan melimpahkan\nrahmat kepadanya dengan mempermudah hijrahnya."
] |
https://alhijrahnews.com/kadar-bayaran-haji-bagi-golongan-b40-kekal-rm10980/ | KADAR BAYARAN HAJI BAGI GOLONGAN B40 KEKAL RM10,980 | [
"KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji bersasar walaupun kos bagi menunaikan ibadah itu meningkat kepada RM30,850 seorang tahun ini berbanding RM28,632 pada tahun lalu.",
"Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata sebanyak RM400 juta diperuntukkan bagi membiayai Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) bersasar untuk jemaah haji bagi kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang pertama kali menunaikan rukun Islam kelima itu.",
"Beliau berkata kumpulan B40 akan menerima bantuan HAFIS sejumlah RM19,870 seorang atau 64 peratus daripada kos haji, manakala kumpulan M40 akan menerima bantuan sejumlah RM14,870 seorang atau 48 peratus daripada kos haji.",
"“Pada musim haji tahun ini, kadar bayaran haji untuk jemaah haji Muassasah bagi kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM11,980 seorang. Ia meningkat sebanyak RM 1,000 berbanding tahun lepas.",
"“Walaupun ada peningkatan kos, namun kerajaan akan menanggung RM1,000 dan bakal haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.",
"Turut hadir Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd. Rahman dan Pengurus Besar Pengurusan Haji TH, Nurrin Anuwar Shamsuddin.",
"Amrin berkata bagi seorang jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji dalam kumpulan M40, bayaran haji meningkat sebanyak RM3,000 kepada RM15,980 seorang, sementara bagi kumpulan berpendapatan tinggi (T20) mereka perlu menanggung kos haji sepenuhnya sebanyak RM30,850 seorang.",
"Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan TH akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula Rabu ini.",
"“Bakal jemaah perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.",
"“Bagi pemilihan jemaah haji, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, dikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023,” katanya. ",
"Katanya, bagi rayuan haji di luar giliran, jemaah perlu membayar kos penuh iaitu RM30,850 seorang, melainkan bagi individu yang membuat rayuan mahram atau bagi pembantu kepada jemaah yang berusia.",
"Katanya, setakat ini 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menuaikan rukun Islam kelima berkenaan. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kematian-ibu-dalam-pantang-kes-mati-mengejut/ | KEMATIAN IBU DALAM PANTANG KES MATI MENGEJUT | [
"KOTA BHARU: Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang ibu yang sedang berpantang di Kampung Beris Panchor, Bachok, semalam, sebagai mati mengejut.",
"Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan.",
"“Hasil bedah siasat Jabatan Forensik di Hospital Raja Perempuan Zainab II mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan yang teruk di bahagian leher,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan berlumuran darah dengan sebilah pisau masih tertusuk di lehernya.",
"Kejadian berkenaan disedari adik mangsa, Wan Muhamad Nasir Wan Mahadi yang kemudian menghantar mangsa ke Klinik Beris Panchor sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia. — AlHijrah Onlinw"
] |
https://alhijrahnews.com/4-rumah-hangus-lelaki-redah-api-selamatkan-keluarga/ | 4 RUMAH HANGUS, LELAKI REDAH API SELAMATKAN KELUARGA | [
"MELAKA: Seorang lelaki nekad meredah api untuk menyelamatkan ibu dan kakaknya selepas kediaman keluarganya terbakar dalam kejadian di sebuah penempatan tanah wakaf berhadapan Pangsapuri Bukit Piatu di sini malam tadi.",
"Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu Cheah Wei Liang, 43, yang bekerja sebagai juruteknik melecur di dada dan lengan kirinya dalam kebakaran melibatkan empat rumah separa kayu yang berusia lebih 50 tahun.",
"“Ketika kejadian, saya berada di rumah sendiri yang tidak jauh dari rumah ibu saya dan jiran memaklumkan ada rumah di sebelah rumah keluarga saya itu terbakar.",
"“Saya cuba memadamkan kebakaran selepas mereka berdua berjaya keluar menyelamatkan diri namun api merebak dan marak dengan cepat hingga memusnahkan rumah ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini lewat malam tadi.",
"Katanya yang kini tinggal sehelai sepinggang, sebelum berlakunya kebakaran yang turut menjejaskan tiga lagi rumah, bekalan elektrik di kawasan tersebut mengalami gangguan sekitar 8 malam.",
"Namun selepas bekalan elektrik pulih kira-kira hampir sejam kemudian, kebakaran tersebut berlaku.",
"Sementara itu Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran sebuah rumah di kawasan tersebut pada 10.34 malam.",
"Katanya tiga jentera dan sebuah jentera perkhidmatan perubatan kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Melaka Tengah dengan kekuatan 34 anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi.",
"“Sebaik tiba, didapati api dari rumah pertama itu sudah merebak ke rumah kedua, tiga dan empat.",
"“Bagaimanapun kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain dan semua enam penghuni rumah berusia antara 30-an dan 60-an terselamat sebelum api berjaya dikawal 11 minit kemudian. Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan,” katanya ketika ditemui di lokasi.",
"Tambah beliau pihaknya berdepan sedikit cabaran untuk memadam kebakaran kerana jarak rumah berkembar yang rapat antara satu sama lain, sekali gus memudahkan api merebak dengan cepat.",
"“Struktur binaan kayu menyebabkan api merebak dengan cepat di bahagian atas rumah namun kepantasan bomba berjaya mengelakkan ia merebak ke rumah lain,” katanya sambil menambah punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/10-buah-sekolah-diarah-tutup-tiga-hari/ | 10 BUAH SEKOLAH DIARAH TUTUP TIGA HARI | [
"NIBONG TEBAL: Sejumlah 10 buah sekolah yang terletak berhampiran Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung diarah tutup selama tiga hari mulai esok hingga Jumaat ini.",
"Arahan itu susulan kebakaran di tapak pelupusan sampah berkenaan yang membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Teik, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong, SJKT Nibong Tebal, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa, SK Keledang Jaya, SJKT Ladang Changkat, SMK Methodist, SK Methodist dan SK Nibong Tebal.",
"Notis penutupan dikeluarkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan itu selepas mesyuarat bencana daerah pada Isnin.",
"Keputusan dibuat selepas Indeks Udara di kawasan sekolah yang terletak dalam lingkungan radius 10 kilometer (km) dari tapak pelupusan sampah itu berada pada tahap kepekatan udara yang memberi kesan kepada kesihatan dan mengancam nyawa penduduk.",
"Oleh itu, pihak sekolah diminta memaklumkan penutupan operasi sekolah kepada pengusaha kantin, pengusaha bas dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk tindakan persediaan awal.",
"Dalam pada itu, pihak PPD juga akan memaklumkan selewat-lewatnya pada Sabtu ini tentang status pengoperasian semula sekolah berdasarkan keputusan dan nasihat dari Jawatankuasa Bencana Daerah.",
"Sepanjang tempoh penutupan sekolah, murid akan melaksanakan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).",
"Rabu minggu lepas , 6.5 hektar kawasan tapak pelupusan sampah yang berkeluasan 16.2 hektar itu terbakar dan masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya hingga hari ini",
"Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang memantau kualiti udara mengesan kandungan gas yang boleh memberi risiko kesihatan. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/rihanna-dikecam-potongan-hadis-pada-sebahagian-lagu-pertunjukan-pakaian-dalam/ | RIHANNA DIKECAM, POTONGAN HADIS PADA SEBAHAGIAN LAGU PERTUNJUKAN PAKAIAN DALAM | [
"Penyanyi antarabangsa, Rihanna dikecam oleh komuniti Islam seluruh dunia, kerana meletakkan potongan hadis dalam sebahagian lagunya untuk pertunjukan pakaian dalam.",
"Menurut laporan media antarabangsa, lagu “Doom” yang dicipta oleh Coucou Chloe telah dikeluarkan lebih dua tahun yang lalu dan dia mengaku menyusun semula audio yang merangkumkan hadis tanda-tanda hari pembalasan dan juga akhir zaman.",
"Tindakan Rihanna telah dihentam keras oleh netizen yang beranggapan penyanyi itu mempersendakan agama Islam, lebih-lebih ayat suci digunakan untuk pertunjukan kurang sopan.",
"Susulan kritikan yang diterima, Rihanna memuat naik permohonan maaf di Instagram miliknya dan berterima kasih kepada mereka yang menyedarkan beliau tentang perkara tersebut.",
"“Saya ingin berterima kasih kepada komuniti Islam yang membangkitkan isu ini.",
"“Kami sedar bahawa kami telah melukakan hati ramai saudara Islam.",
"“Saya tiada niat untuk tidak menghormati tuhan atau mana-mana agama dan penggunaan lagu tersebut dalam projek kami (diakui) satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.",
"Rihanna juga menegaskan beliau akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/polis-siasat-sijil-digital-vaksin-palsu-dijual-rm15/ | POLIS SIASAT SIJIL DIGITAL VAKSIN PALSU DIJUAL RM15 | [
"ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan penjualan sijil digital vaksin palsu berharga RM15 di media sosial, semalam.",
"Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).",
"“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya,” katanya seperti dilapor Utusan.",
"Media sebelum ini melaporkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjual sijil digital pengesahan individu telah lengkap disuntik vaksin COVID-19 di media sosial.",
"Sijil palsu itu disertakan maklumat penerima sijil termasuk gambar dan dijual pada harga RM15.",
"Kamarul memaklumkan setakat ini tiada laporan polis yang diterima berkaitan pemilikan atau penjualan sijil vaksin digital palsu.",
"“Kita ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah terpengaruh untuk memiliki sijil tersebut,” ujarnya.",
"Beliau menyeru kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk menyalurkan sebarang maklumat di talian 04-7741275 atau MERS 999 atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Noorulazanni Muhammad Noor di talian 011-10318409.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/ummah-bantah-penghapusan-hukuman-mati/ | UMMAH bantah penghapusan hukuman mati | [
"KUALA LUMPUR, 12 Februari –\nGerakan Pembela Ummah (Ummah) sedia menganjurkan himpunan bantahan secara\nbesar-besaran bagi mendesak kerajaan untuk tidak meneruskan rancangan\npemansuhan hukuman mati di negara ini sekiranya bantahan dibuat melalui\nmemorandum tidak dilayan.",
"Pengerusinya, Aminuddin Yahya,\nberkata, Ummah tetap dengan pendirian menentang cadangan berkenaan atas\nsebab-sebab kritikal demi membela hak 33 juta rakyat di negara ini berbanding\nhak penjenayah.",
"Menurutnya, sidang meja bulat yang disertai 80 NGO termasuk tokoh-tokoh pelbagai bidang termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pelbagai peringkat aktivis, pengamal perundangan serta syariah, dan ahli-ahli akademik juga sepakat menentang cadangan yang disifatkan akan memberi impak negatif terhadap keselamatan dan ekonomi negara.",
"“Kerajaan perlu menangguhkan rang\nundang-undang bagi menghapuskan hukuman mati. Hukuman mati perlu dikekalkan dan\nberikan kebebasan kepada hakim untuk menentukan hukuman yang wajar berdasarkan\nkepada fakta kes secara keseluruhan termasuk menjatuhkan hukuman mati bagi\nkes-kes serius.",
"“Satu memorandum akan dihantar kepada ahli-ahli Parlimen dan juga Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.”",
"“Sekiranya kerajaan mengabaikan bantahan ini, kita akan buat himpunan lebih besar dari (himpunan) ICERD,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Meja Bulat Ummah, di sini, hari ini.",
"Aminuddin menjelaskan, dalam isu\npemansuhan hukuman mati, kerajaan harus fikirkan dan beri keutamaan terhadap\nkepentingan awam.",
"“Kadar jenayah akan meningkat\njika hukuman mati dihapuskan dan ia telah terbukti di negara-negara yang telah\nmemansuhkan hukuman tersebut apabila jenayah meningkat sehingga 125 peratus.”",
"“Ia juga akan menyebabkan pembaziran terhadap wang pembayar cukai apabila perlu menanggung kos sara hidup bantuan dalam penjara yang dianggarkan lebih RM5 kita untuk tempoh 30 tahun sedangkan ia boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih memberi manfaat dalam bidang pendidikan dan kesihatan misalnya,” katanya.",
"Sinar Harian melaporkan persidangan\nmeja bulat berlangsung lebih 2 jam itu bagi membincangkan kesan keputusan\npemansuhan hukuman mati secara umumnya dan kaitan dengan kes pembunuhan\nAllahyarham Muhamad Adib secara khususnya.",
"Aminuddin berkata, dalam kes\nMuhamad Adib, Ummah meragui ketelusan Peguam Negara (AG) dalam menangguhkan\npendakwaan terhadap pembunuh Adib dan sebaliknya melengahkan dengan menjalankan\nprosiding inkues.",
"“Kita tidak bersetuju dengan tindakan adakan inkues tetapi kita hormat keputusan AG dan akan menunggu hasil laporan daripada inkues tersebut,” ulas beliau.",
"Dalam masa sama, ujarnya, Ummah\njuga sedang berbincang sama ada wajar untuk keluarga Allahyarham Adib untuk\nmenuntut laporan forensik.",
"“Hanya keluarga yang berhak untuk\nmembuat tuntutan. Ini kerana berdasarkan apa yang dimaklumkan 95 peratus dari\nsiasatan atau sebab kematian adalah berdasarkan laporan forensik.”",
"Tambah beliau, “Rakyat mahu tahu perkara sebenar yang berlaku berdasarkan laporan ini kerana kita mahu ia bukan berdasarkan sentimen tetapi berdasarkan fakta.” "
] |
https://alhijrahnews.com/gempa-bumi-kuat-amaran-tsunami-dikeluarkan-di-jepun/ | GEMPA BUMI KUAT: AMARAN TSUNAMI DIKELUARKAN DI JEPUN | [
"FUKUSHIMA: Gempa bumi berskala 7.3 magnitud menggegar wilayah Miyagi dan Fukushima, timur laut Jepun sekitar 11.40 malam Rabu, waktu tempatan.",
"Gegaran kuat menyebabkan amaran ancaman tsunami setinggi satu meter dikeluarkan, terutama di kawasan pantai di wilayah-wilayah berkenaan.",
"Gempa bumi berkenaan juga menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kedua-dua wilayah tersebut.",
"Tokyo Electric Power melaporkan kira-kira dua juta kediaman terputus bekalan elektrik susulan gegaran itu.",
"Bandar Miyagi dan Fukushima antara yang terjejas teruk akibat tsunami yang membadai negara matahari terbit itu selepas gempa bumi bermagnitud 9.0 richter melanda Jepun, sebelas tahun lalu. – Alhijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bekas-pengarah-bomba-selangor-meninggal-dunia/ | BEKAS PENGARAH BOMBA SELANGOR MENINGGAL DUNIA | [
"SHAH ALAM: Bekas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat meninggal dunia di Hospital Serdang, hari ini.",
"Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, Morni, 56, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronari (CCU) di hospital tersebut kira-kira jam 6.45 pagi.",
"“Dukacita dimaklumkan bahawa Morni telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang pagi ini,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.",
"Allahyarham bertugas di Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM telah dimasukkan ke Hospital Serdang pada 19 Ogos lalu akibat serangan jantung.",
"Sementara itu, JBPM dalam kenyataan di Facebook memaklumkan masa dan tempat jenazah Allahyarham dikebumikan akan dimaklumkan kemudian.",
"“Bersama-sama kita mendoakan semoga urusan pengebumian Allahyarham akan dipermudahkan dan ditempatkan bersama-sama kalangan orang yang beriman serta rohnya dicucuri rahmat,” katanya.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/menteri-ekonomi-positif-covid-19/ | MENTERI EKONOMI POSITIF COVID-19 | [
"PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif COVID-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.",
"Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, beliau menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi semalam.",
"“Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya kini stabil,” dalam kenyataan tersebut.",
"Terdahulu, Mustapa telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan mendapati keputusannya negatif pada 1 Januari 2021.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bakal-jemaah-haji-dinasihatkan-amal-kawalan-kendiri-elak-dijangkiti-covid-19/ | BAKAL JEMAAH HAJI DINASIHATKAN AMAL KAWALAN KENDIRI, ELAK DIJANGKITI COVID-19 | [
"JOHOR BAHRU: Jemaah haji yang bakal berlepas ke tanah suci dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi mengelakkan daripada dijangkiti COVID-19.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata hal ini berikutan terdapat tiga jemaah haji daripada kumpulan pertama disahkan positif COVID-19, yang dipercayai berpunca daripada majlis kenduri.",
"Beliau berkata susulan itu jemaah haji diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada mereka terlepas penerbangan seperti yang dijadualkan.",
"“Saya dimaklumkan (tiga) jemaah ini dijangkiti ketika buat kenduri, mungkin waktu itu datang tetamu yang tidak sihat, bawa virus dan menyebabkan berlaku wabak.",
"“Kalau hendak buat kenduri tidak mengapa, tetapi kalau boleh kena ikut prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya, kita bimbang nanti takut terjejas pula jadual penerbangan mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Mahrajan Memanah Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama (MESMA) peringkat Kebangsaan di Arena Emas di sini hari ini.",
"Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jemaah haji kumpulan pertama yang disahkan positif COVID-19.",
"Bagaimanapun, Idris berkata jemaah haji yang positif COVID-19 masih berpeluang untuk mengerjakan haji musim ini berikutan penerbangan terakhir adalah pada Julai depan.",
"“Jika positif, mereka ada masa lagi (untuk mengerjakan ibadah haji) kerana penerbangan akhir kita (mungkin) sama ada awal 2 atau 3 Julai nanti. Selepas mereka habis kuarantin, sekiranya mereka sihat Insya-Allah boleh terbang (ikut kumpulan lain),” katanya.",
"Semalam, Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata tiga daripada 298 jemaah haji kumpulan pertama ke Tanah Suci bagi musim 1443H/2022, disahkan positif COVID-19. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/anak-tikam-ibu-semasa-solat-sunat-tarawih/ | ANAK TIKAM IBU SEMASA SOLAT SUNAT TARAWIH | [
"KEPALA BATAS: Seorang lelaki ditahan selepas melakukan cubaan menikam ibunya semasa menunaikan solat sunat tarawih dengan menggunakan pisau, di Taman Orkid Permai, malam tadi.",
"Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, polis mendapat panggilan dari seorang lelaki yang memberitahu ibunya ditikam abang kandungnya.",
"Suspek berusia 29 tahun telah ditahan semasa di lokasi kejadian selepas sekumpulan anggota polis dihantar ke sana",
"“Suspek masih bujang dan tidak bekerja. Ujian saringan air kencing suspek positif dadah namun dia tiada rekod jenayah lampau.",
"“Kita merampas dua bilah pisau daripada suspek iaitu 31 dan 27 sentimeter panjang berhulu plastik warna hitam,” katanya.",
"Bagaimanapun, mangsa berusia 56 tahun mengalami kecederaan di tangan kirinya akibat mengelak daripada ditikam suspek.",
"“Dia stabil ketika dibawa ke Hospital Kepala Batas dan telah menerima 10 jahitan pada kecederaannya itu. Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang menunaikan solat tarawih bersama suaminya di ruang tamu sebelum didatangi suspek.",
"“Suspek tiba-tiba meluru keluar dari biliknya dengan memegang dua bilah pisau lalu menghala ke arah ibu dan bapanya. Bapanya sempat menolak suspek namun pisau tersebut terkena pada tangan ibunya,” katanya.",
"Noorzainy mengulas lanjut, mangsa memaklumkan bahawa suspek mengalami masalah mental sejak 2016 dan masih menerima rawatan sehingga kini.",
"“Suspek sudah lebih setahun berkurung di dalam bilik tanpa bercakap dengan sesiapa. Sebelum ini, suspek tidak pernah bertindak agresif terhadap ahli keluarganya,” katanya.",
"Suspek dihantar ke Hospital Jalan Perak, Georgetown bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/semua-tol-kendalian-plus-turun-18-peratus-mulai-tengah-malam-ini/ | TOL LEBUH RAYA KENDALIAN PLUS TURUN 18 PERATUS MULAI TENGAH MALAM INI | [
"KUALA LUMPUR: Penurunan tol 18 peratus di semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan berkuatkuasa mulai 12 tengah malam, 1 Februari 2020 (Sabtu).",
"Penurunan kadar tol ini membabitkan kesemua lebuh raya kendalian PLUS iaitu Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth–Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).",
"PLUS dalam kenyataannya hari ini berkata, penurunan tol ini akan dilaksanakan bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1), Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5) dan kekal sehingga tamat konsesi. ",
"Kenyataan itu berkata, bayaran tol bagi lori (Kelas 2 & 3) akan kekal pada kadar sedia ada dan tidak akan dinaikkan sehingga tamat Konsesi PLUS pada 2058. ",
"“Dengan pelaksanaan penurunan tol ini, pelanggan PLUS yang dianggarkan sebanyak 1.7 juta setiap hari berpeluang untuk menikmati penjimatan,” kata kenyataan itu. ",
"Kenyataan itu berkata, PLUS akan terus komited untuk memberi perkhidmatan lebuh raya yang terbaik pada setiap masa. ",
"“Ini termasuklah aspek operasi dan penyelenggaraan lebuhraya dan pengalaman perjalanan semua pelanggan di semua lebuhraya kendalian PLUS.",
"“PLUS juga akan menggiatkan usaha membantu meringankan kos hidup rakyat dan memainkan peranannya sebagai rakan negara dalam menyokong usaha kerajaan untuk terus memberi manfaat dan impak yang positif kepada rakyat,” kata kenyataan itu. ",
"Pengumuman PLUS hari ini merujuk kepada pengumuman Kementerian Kewangan pada 23 Januari lalu berhubung pelaksanaan penurunan tol 18 peratus di lebuh raya kendaliannya. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/impian-ukraine-jadi-sebahagian-eu-mungkin-mengambil-masa-sekurang-kurangnya-15-tahun-pakar/ | IMPIAN UKRAINE JADI SEBAHAGIAN EU MUNGKIN MENGAMBIL MASA SEKURANG-KURANGNYA 15 TAHUN – PAKAR | [
"BRUSSELS: Penyertaan Ukraine sebagai anggota Kesatuan Eropah (EU) mungkin tinggal impian kerana proses itu akan memakan masa beberapa dekad untuk disempurnakan, kata seorang pakar dan bekas ahli politik Belgium kepada Sputnik.",
"Suruhanjaya Eropah pada Jumaat mengesyorkan Ukraine diberi status calon anggota EU.",
"Pesuruhjaya EU berkata Ukraine masih perlu memenuhi satu set kriteria ketat sebelum rundingan keahlian dibuat.",
"Tiada garis masa ditetapkan untuk menyertai kesatuan itu dan ahli EU boleh mengenakan veto pada bila-bila masa.",
"“Menjadi calon rasmi tidak bermakna… Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 tahun. Jadi, semua yang dilakukan oleh pemimpin Eropah dalam lawatan kerja mereka ke Kiev baru-baru ini hanya membawa impian kepada (Presiden Ukraine Volodymyr) Zelenskyy dan Ukraine, ” kata Mischael Modrikamen.",
"Modrikamen, seorang peguam dan bekas pemimpin Parti Rakyat sayap kanan Belgium, mendakwa ruang menunggu keanggotaan EU sudah penuh dengan pencalonan Turkiye dan negara-negara Eropah yang lebih miskin – Albania, Macedonia Utara, Montenegro, Serbia, dan kini Ukraine , Georgia dan Moldova.",
"Turkiye telah menjadi calon rasmi sejak 1999 dan telah menunggu sejak 35 tahun lepas untuk bergabung dengan Kesatuan Eropah. —AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kalau-bukan-salah-ibu-yang-mengandung-salahkah-guru-yang-mendidik/ | Kalau bukan salah ibu yang mengandung, salahkah guru yang mendidik? | [
"PADA tarikh 16 Mei setiap tahun, gegak gempitalah seluruh warga pendidik menyanyikan lagu keramat mereka ‘Guru Malaysia’ dengan penuh semangat.",
"Setiap patah lirik yang keluar\ndari mulut guru-guru ini melambangkan ikrar yang tak berbelah bahagi seorang\npendidik dalam merealisasikan amanah yang dipertanggungjawabkan di pundak\nmereka.",
"Ikrar murni kepada anak didik,\npemerintah dan negara tercinta tidak pernah dipersiakan. ",
"Suatu ketika dahulu, seseorang\nyang bergelar guru akan disanjung tinggi dek kerana hebatnya profesion yang\ndijawatnya. ",
"Tapi kini, sejajar dengan arus\nkemodenan dan kehebatan kemajuan dunia tanpa sempadan, profesion ini semakin\ndiketepikan dan dipandang hina. ",
"Maruah guru dipijak-pijak,\ndianggap langsung tidak bernilai sedangkan Islam meletakkan martabat seorang\nguru itu di tempat yang paling tinggi. ",
"Sebagai contoh, maksud hadis\nriwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani : “ Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi\nsehinggakan semut yang berada di dalam lubang dan ikan (di lautan) mendoakan\nkebaikan ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.”",
"Namun, senario di Malaysia\ndewasa ini jauh berubah. Saban hari , ada sahaja berita yang tidak enak yang\nkeluar di media massa berkaitan dengan\nguru. ",
"Semakin ramai guru diseret di\nmahkamah kerana kerakusan naluri mereka dalam merealisasikan ikrar yang telah\ndibuat demi kejayaan anak bangsa dan\npertiwi. ",
"Niat murni seorang guru yang\ncuba menghalang anak murid dari terus terjebak dengan bahan inhalan\nnyaris-nyaris membuatkannya hilang pekerjaan kerana direhatkan di sebalik tirai\nbesi. ",
"Berita seorang ustaz dipenjarakan\nkerana merotan murid yang enggan bersolat turut menjadi bualan hangat dalam\nkalangan golongan pendidik. ",
"Dunia melihat tindakan guru\nini sangat kejam, tidak berperi kemanusiaan dan mahkamah memutuskan wujudnya\nunsur-unsur penderaan dalam tindakan yang diambil. ",
"Sedarkah kalian bahawa seorang\nguru itu ialah manusia normal yang sarat dengan akal dan emosi? ",
"Walaupun mempunyai akal yang\nwaras, tetapi timbul provokasi yang melampau, kadang kala emosi sukar diatasi. Maka terlakarlah sejarah\nhitam dalam diri hingga ke mati!",
"Sesungguhnya tugas\nmemanusiakan manusia itu sangat sukar. ",
"Manusia dilahirkan dalam pelbagai\nperbezaan sama ada dari segi latar belakang, fahaman, kepercayaan, cara\nberfikir, kecerdasan dan kebolehan. Semua ibu bapa yang menghantar anak-anak ke\nsekolah inginkan anak-anak mereka berjaya dalam hidup. ",
"Tetapi tidak semua ana-anak\nyang datang ke sekolah itu mempunyai matlamat yang selari dengan kehendak ibu\nbapa mereka. ",
"Paling malang sekali, golongan\npendidik inilah yang akan tersepit dan \ndisalahkan jika murid gagal mencapai kejayaan, jika keputusan\npeperiksaan awam sesebuah sekolah merudum, jika pencapaian sesuatu mata\npelajaran tidak memberangsangkan.",
"Berperang dengan kemajuan\nteknologi yang berkembang pesat juga merupakan ancaman bentuk baharu dalam\nkalangan pendidik. ",
"Kelekaan anak-anak muda\nmenghabiskan masa dengan telefon pintar sama ada melayari laman sesawang dan\nlaman sosial yang tidak sepatutnya, mahupun leka bermain dengan permainan dalam\ntalian menyebabkan tanggungjawab seorang murid diabaikan begitu sahaja.",
"Longgokan beban kerja selain\ntugas hakiki yang boleh mengganggu tahap kompetensi dan kehidupan berkeluarga\nguru harus dikurangkan. ",
"Jika dilihat di negara Barat,\nterutamanya di United Kingdom dan Amerika Syarikat, mereka sentiasa\nmengutamakan kebajikan dan sokongan kepada guru kerana bidang pendidikan adalah\npenyumbang kepada pembangunan insan dan negara. ",
"Persekitaran sekolah yang kondusif harus disediakan bagi\nmengatasi masalah murid melanggar disiplin sekolah.",
"Walau apapun gelaran, sama ada\nguru, pendidik, mudarris, muallim, murabbi, muaddib ataupun mursyid ,\npermudahkanlah tugas mereka. ",
"Bagi memastikan kemenjadian\nmurid, selain guru, pihak pentadbir, ibu bapa dan masyarakat perlulah memainkan\nperanan masing-masing. ",
"Adab belajar ; guru mengajar,\nmurid belajar harus dipatuhi. Guru harus dihormati bukan dicaci demi keberkatan\nilmu itu sendiri. ",
"Kejayaan akan mudah tercapai\ndengan bantuan ibu bapa dan masyarakat dalam aspek kepakaran dan tenaga.",
"Maksud hadis Rasulullah s.a.w “ Apabila matinya anak Adam akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya”.",
"*Rokiah Bt Uda Putra adalah seorang guru sekolah.",
"PENAFIAN:Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis."
] |
https://alhijrahnews.com/pkp-3-0-disambung-sehingga-28-jun/ | PKP 3.0 DISAMBUNG SEHINGGA 28 JUN 2021 | [
"KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dijadual tamat 14 Jun ini akan disambung bermula 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.",
"Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.",
"“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.",
"“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan, dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Ismail Sabri memaklumkan senarai SOP boleh dirujuk di laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/tun-m-ppsmi-mantapkan-bidang-sains-di-peringkat-sekolah/ | TUN M: PPSMI MANTAPKAN BIDANG SAINS DI PERINGKAT SEKOLAH | [
"KUALA LUMPUR: dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah bertujuan memantapkan penguasaan bidang sains bermula di peringkat persekolahan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.",
"Perdana Menteri berkata menguasai bidang sains, rakyat Malaysia perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana bidang itu berkembang di negara barat melalui bahasa tersebut.",
"“Bagi saya penguasaan bahasa Inggeris dalam bidang sains amat penting kerana ia bukan ilmu yang datang dari kita. Ia datang dari luar hasil daripada budaya yang berlainan daripada kita.",
"“Budaya kita dahulu apabila berhadapan dengan masalah, kita salahkan kuasa ghaib dan makhluk halus. Itu pendekatan kita. Tetapi pendekatan saintis mereka ingin tahu apa sebenar berlaku dengan membuat penyelidikan,” katanya menerusi temu bual eksklusif bertajuk #PMJawab keluaran The Malaya Post malam ini.",
"Dr Mahathir, yang juga Pemangku Menteri Pendidikan berkata, saintis negara barat sentiasa berusaha mencari kebenaran terhadap sesuatu masalah melalui proses penyelidikan dan berkongsi setiap penemuan dalam bahasa Inggeris.",
"“Hari-hari mereka keluarkan pendapat (penemuan) baharu yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Memang kita boleh terjemah tetapi kita kena fasih (faham) bidang sains. Kalau tidak faham, kita tidak boleh terjemah ke dalam bahasa Melayu,” katanya.",
"Justeru, beliau berpendirian bahawa perkara itu perlu diterima semua pihak sekiranya ingin melihat negara maju ke hadapan.",
"Buat masa ini kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk pelaksanaan PPSMI di sekolah dan menurut Dr Mahathir, kerajaan sudah menubuhkan satu jawatankuasa kecil untuk meneliti pelaksanaan semula PPSMI dan keputusannya akan dibuat secepat mungkin.",
"Menerusi temu bual selama hampir sejam itu, Dr Mahathir turut ditanya mengenai model Sekolah Wawasan yang pernah dilancarkan bawah pentadbirannya sebagai perdana menteri keempat pada 1997, beliau berkata walaupun agak sukar untuk diperkenalkan namun ia menjadi pusat perpaduan antara kaum di negara ini.",
"“Bila ada sekolah seumpama ini, kita akan ada tiga sekolah dalam satu kampus. Walaupun guna bahasa berlainan tetapi apabila ada perhimpunan waktu pagi mereka akan berkumpul bersama, bersukan bersama di dalam satu pasukan campuran. Dengan ini, pelajar dapat berjumpa dan berhubung,” katanya.",
"Menyentuh senario politik pula, Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengamalkan prinsip demokrasi dalam setiap agenda yang ingin dilaksanakan menerusi perbincangan bagi mencapai kata sepakat daripada kesemua parti dalam PH.",
"“Suasana politik sekarang sudah berubah, tidak macam dahulu. Sebab dahulu parti berkuasa adalah UMNO sehingga mereka boleh buat apa sahaja, sehingga ada pemimpin buat silap tetapi masih kekal,” katanya.",
"Sementara itu, Dr Mahathir berkata beliau turut mengamalkan prinsip terbuka untuk mendengar pendapat daripada semua pihak seperti parti lawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang berasaskan kaum, serta badan-badan agama.",
"“Kalau saya tidak tahu pendapat mereka, maka masalah yang timbul tidak dapat ditangani oleh saya. Itu yang berlaku.",
"“Tapi ada orang yang mentafsirkan perjumpaan saya dengan pemimpin parti lawan bermakna saya sedang berusaha membuat parti campuran yang baharu. Ini tidak benar,” katanya mengulas mengenai kemungkinan tertubuhnya kerajaan baharu. — BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/azmi-sharom-dilantik-timbalan-pengerusi-spr/ | Azmi Sharom dilantik Timbalan Pengerusi SPR | [
"KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pelantikan Prof Madya Dr Azmi Sharom sebagai Timbalan Pengerusinya yang baharu. ",
"Selain Azmi, turut dilantik ialah empat Ahli SPR iaitu Datuk Seri Ramlan Ibrahim, Datuk Chin Phaik Yoong, Prof Madya Dr Faisal S Haziz dan Zoe Randhawa.",
"Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dalam satu kenyataan di Putrajaya berkata, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah.",
"Pelantikan-pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai tarikh mereka melaporkan diri sebagai anggota SPR sehingga mencapai usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.",
"Azmi yang memiliki kelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari University of London merupakan pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, manakala Ramlan merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.",
"Phaik Yoong pula adalah bekas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia.",
"Sementara\n itu, Faisal merupakan Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan \nAntarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Zoe Randhawa \npula adalah pakar rujuk Bersih 2.0.",
"SPR kini diterajui oleh Azhar Azizan Harun sebagai Pengerusi."
] |
https://alhijrahnews.com/th-perkenal-dasar-baru/ | TH perkenal dasar baru | [
"KUALA LUMPUR, 8 April – Dasar baharu Tabung Haji (TH) yang\ntidak membenarkan pendeposit menunaikan haji untuk kali yang kedua tidak\nmemberi sebarang kesan besar kepada jemaah terbabit.",
"Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,\nDatuk Seri Zukri Samat berkata, pada ketika ini semua bakal jemaah haji di\nnegara ini memang terpaksa menunggu lama kerana kuota yang diberikan untuk\nMalaysia hanyalah sebanyak 30,200.",
"“Setakat ini seramai 3.2 juta orang telah mendaftar haji,\nkuota Malaysia buat masa ini ialah 30,200. Ini bermakna tempoh menunggu adalah\nlebih dari 100 tahun.”",
"“Sebenarnya oleh kerana tempoh menunggu buat masa kini pun\nsudah begitu lama, maka dasar baharu ini sebenarnya tiada kesan kepada orang\nyang telah mengerjakan haji.”",
"“Contohnya, saudara ingin pergi haji tahun ini dan balik nanti saudara daftar semula untuk haji kedua, saudara masuk “ (barisan) maka giliran saudara akan datang ialah 106 tahun lagi,” tambah beliau.",
"“Kalau dasar baru ini tidak dibuat maka tarikh menunggu untuk\nmenunaikan haji akan datang menjadi bertambah lama,” katanya kepada Sinar\nHarian disini semalam.",
"Kelmarin, TH menetapkan pendeposit yang sudah menunaikan\nhaji, tidak lagi dibenar mendaftar semula dengan institusi pengurusan dana haji\nitu untuk mengerjakan ibadat berkenaan buat kali kedua.",
"Ini kerana amalan selama ini ialah pendeposit yang sudah\nmenunaikan haji, boleh mendaftar semula selepas lima tahun untuk senarai\nmenunggu.",
"Usaha tersebut bagi memberi peluang kepada 3.2 juta orang\npendeposit yang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji.",
"Dalam pada itu, Zukri berkata, jemaah haji yang ingin menunaikan haji dengan TH Travel atau mana-mana syarikat pengendali urusan haji swasta juga termasuk dalam kuota yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.",
"“Tiap-tiap tahun TH mengagih-agihkan sebahagian dari 32,000\nvisa yang diberikan untuk TH Travel dan ejen-ejen swasta,” ujar beliau."
] |
https://alhijrahnews.com/mayat-wanita-dalam-gaung-diklasifikasi-kes-bunuh/ | MAYAT WANITA DALAM GAUNG DIKLASIFIKASI KES BUNUH | [
"SEREMBAN: Mayat wanita yang ditemukan di dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini, Ahad lepas dipercayai ditinggalkan di lokasi terbabit bagi menyorokkan kematiannya.",
"Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata ia berdasarkan hasil siasatan pihaknya setakat ini susulan penahanan tiga suspek sebelum ini.",
"“Walaupun menyorok kematian, kesalahan itu tetap disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Punca sebenar kematian masih dalam siasatan tetapi difahamkan mangsa menghidap COVID-19 semasa kematian.",
"“Kita akan tunggu perkembangan siasatan seterusnya bagi memastikan punca kematian sebenar dan apakah pertuduhan sewajarnya diberikan kepada tiga individu yang telah ditahan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.",
"Pada Rabu lepas, dua lelaki masing-masing berumur 41 dan 44 tahun, serta seorang wanita berumur 18 tahun direman tujuh hari hingga 29 Mac bagi membantu siasatan kes berkenaan.",
"Menurut Mohamad, tiga individu berkenaan juga merupakan ahli keluarga mangsa.",
"Beliau berkata sekurang-kurangnya empat individu termasuk ahli keluarga lain dan jiran terdekat di kawasan berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan.",
"“Sebab kita dapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Jadi kita akan terus siasat dan mengenal pasti sebab kematian dan punca kejadian itu boleh berlaku,” katanya.",
"Pada 20 Mac lepas, mayat wanita tanpa identiti itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan laporan bedah siasat mayat itu telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan punca kematian. —AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pelatih-kursus-asas-pga-meninggal-dunia-akibat-strok-haba/ | PELATIH KURSUS ASAS PGA MENINGGAL DUNIA AKIBAT STROK HABA | [
"IPOH: Seorang anggota Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta, Konstabel Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam, 21, yang menyertai kursus asas Pasukan PGA Siri 1/2023 meninggal dunia akibat strok haba.",
"Komandan PLPGA Ulu Kinta Supt Mohammad Hafiz Kadir berkata punca kematian itu disahkan menerusi hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini.",
"“Ya, post-mortem hospital begitulah (strok haba). Post-mortem bermula pagi tadi, 11.30 pagi itu dah selesai, maknanya dia dah serahkan (jenazah) kepada kita, keluarga dia suruh kita uruskan untuk pengebumian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.",
"Menurutnya jenazah telah dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kem PGA Briged Utara untuk dimandi dan dikafankan, sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Felda Keratong Satu, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang untuk pengebumian.",
"Malam tadi, media melaporkan Muhamad Irfan Irham meninggal dunia dipercayai akibat strok haba dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, membabitkan mangsa rebah dan mengalami kekejangan secara tiba-tiba.",
"Sementara itu, Mohammad Hafiz berkata Muhamad Irfan Irham merupakan seorang daripada 168 pelatih yang terlibat dalam kursus berkenaan dengan baru sahaja tiga hari melapor diri sebagai peserta kursus pada Ahad lepas.",
"Beliau berkata kursus itu setakat ini dalam proses pengenalan dan taklimat serta aktiviti dalam kelas sahaja, selain pelatih tidak terdedah seperti berada di atas padang kawad serta ia tidak membabitkan sebarang acara lasak.",
"Menurutnya ia merupakan kursus wajib yang perlu dilalui apabila seseorang itu berkhidmat dalam PGA, iaitu proses peringkat awal membentuk seorang infantri dalam PGA sebelum menghadiri kursus lanjutan.",
"Mohammad Hafiz berkata lanjutan daripada insiden tersebut, beliau telah mengambil tindakan sewajarnya antaranya mengadakan kelas dalam keadaan yang berbumbung dan di kawasan redup.",
"“Satu lagi langkah, saya telah mengarahkan juga supaya pelatih untuk minum air secukupnya,” katanya.",
"Beliau berkata kursus berkenaan tetap diteruskan kerana bajet telah diluluskan dan kursus itu melibatkan kompetensi seorang anggota PGA itu sendiri.",
"Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak A. Sivanesan ketika dihubungi berkata beliau telah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan maklum balas. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/anwar-tiba-di-istana-negara/ | ANWAR TIBA DI ISTANA NEGARA | [
"KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sudah memasuki pintu 2 Istana Negara kira-kira jam 10.25 pagi tadi.",
"Beliau yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.",
"Anwar dalam satu hantaran di Facebook beliau pagi tadi memohon agar dipermudahkan segala urusan hari ini.",
"Dalam satu sidang media pada 23 September 2020, Anwar memaklumkan beliau kini mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.",
"Beliau juga memaklumkan sudah diperkenan untuk menghadap Al-Sultan Abdullah pada 22 September 2020, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada ketika itu. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/penipuan-wang-pdrm-tukar-pegawai-atasan-berjawatan-penting-igp/ | PENIPUAN WANG: PDRM TUKAR PEGAWAI ATASAN BERJAWATAN PENTING – IGP | [
"KUALA LUMPUR: Pegawai atasan polis yang sedang memegang jawatan penting akan ditukarkan sementara menunggu siasatan penuh dijalankan berhubung kes sindiket penipuan dan penggubahan wang haram besar-besaran.",
"Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, penggiliran jawatan terutama di jabatan tertentu itu bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku dalam kalangan pegawai polis atasan.",
"“Saya sedang berbincang dengan pengarah saya untuk ambil tindakan awal. Mungkin mereka akan segera ditukar keluar daripada jawatan sensitif sementara menunggu laporan penuh sama ada pendakwaan boleh dilakukan terhadap mereka yang terlibat,” katanya kepada Berita Alhijrah ketika melakukan lawatan ke Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah hari ini.",
"Jelasnya, penggiliran jawatan dibuat bagi mengelak seseorang menjawat jawatan lebih lama daripada tempoh yang diperlukan lebih-lebih lagi melibatkan jabatan sensitif seperti jenayah komersial dan dadah.",
"Tegasnya, kes penipuan berprofil tinggi tersebut akan disiasat sehingga ke akar umbi dan pihaknya akan memastikan tidak berlaku sebarang cubaan untuk melindungi suspek yang terlibat.",
"“Saya beri jaminan kes ini akan disiasat sampai akar umbi dan pastikan tidak berlaku cubaan melindungi sesiapa pegawai tinggi atau pegawai pangkat rendah yg terlibat dgn kes ini.",
"“Saya telah dapat sebahagian laporan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya tunggu laporan penuh hasil soal siasat terhadap individu tersebut. Apabila laporan penuh diterima, saya akan buat keputusan muktamad,” katanya. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/lelaki-masukkan-kucing-dalam-mesin-dobi-ditahan/ | LELAKI MASUKKAN KUCING DALAM MESIN DOBI DITAHAN | [
"KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang disyaki memasukkan tiga ekor kucing ke dalam mesin basuh dobi layan diri di Kepong, Selangor ditahan polis hari.",
"Lelaki tersebut dipercayai kurang siuman dan hidup gelandangan selama ini selepas kematian ibu bapanya.",
"Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kes ini disiasat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.",
"Menurut jiran suspek, dia langsung tidak bertindak agresif ketika ditahan .",
"Suspek katannya selalu merayau dan berjalan kaki dari Aman Puri ke Taman Ehsan, Kepong dan tidur di parkir di kawasan perumahan tersebut.",
"Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Zainita Mohd Noor berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kejam itu.",
"Semalam tular rakaman tiga kucing dibunuh kejam dengan ‘dilemaskan’ dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/mais-sampaikan-bantuan-makanan-buat-penghuni-rumah-pemulihan-al-riqab/ | MAIS SAMPAIKAN BANTUAN MAKANAN BUAT PENGHUNI RUMAH PEMULIHAN AL RIQAB | [
"SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyampaikan 146 set makanan kering kepada penghuni Rumah Pemulihan Al Riqab.",
"Dua rumah pemulihan terbabit ialah Rumah Penjagaan Damai dan Madrasah Darussolihin di Jalan Kebun di sini.",
"Bantuan bekalan makanan bernilai RM7,300 itu disampaikan Anggota MAIS, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.",
"“Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu mereka untuk hidup dengan lebih baik dan selesa. Terima kasih kepada pihak MAIS dan TERAS kerana cepat bertindak,” kata Mohd Zawawi dalam kenyataan MAIS di sini hari ini.",
"Bantuan makanan itu adalah hasil sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.",
"Orang ramai ingin menyumbang boleh melayari laman Facebook Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pasukan-khas-maskargo-urus-proses-penerimaan-vaksin-covid-19/ | PASUKAN KHAS MASKARGO URUS PROSES PENERIMAAN VAKSIN COVID-19 | [
"PUTRAJAYA: MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) menubuhkan satu pasukan khas, bagi menyelaraskan proses penerimaan vaksin COVID-19 ke Malaysia.",
"Ketua Pegawai Operasi, Mohd Zulkefly Ujang berkata pasukan tersebut dianggotai 30 individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan vaksin dan telah ditubuhkan dua bulan lepas.",
"“Ketibaan vaksin COVID-19 pada Ahad ini akan diuruskan oleh pasukan berkenaan serta pada fasa-fasa seterusnya, mereka diberikan latihan secukupnya bagi mengendalikan vaksin,” katanya.",
"MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd, yang dipertanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).",
"Tambah Mohd Zulkefly, MASkargo telah diiktiraf dalam kepakaran menguruskan proses penerimaan pelbagai jenis vaksin di negara ini.",
"“Kita urus pelbagai vaksin di Malaysia, dan jika vaksin itu perlu disimpan dahulu di KLIA kita sediakan fasiliti,” katanya.",
"Malaysia bakal menerima sebanyak 312,390 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada esok (Ahad) bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa, bermula 26 Februari ini.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/keputusan-rayuan-remaja-bunuh-penghuni-pusat-tahfiz-pada-14-julai/ | KEPUTUSAN RAYUAN REMAJA BUNUH PENGHUNI PUSAT TAHFIZ PADA 14 JULAI | [
"PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Julai ini untuk menyampaikan keputusannya terhadap rayuan seorang remaja yang didapati bersalah membunuh 23 orang dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.",
"Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun juga akan memberi keputusan pada hari yang sama berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan seorang lagi remaja bagi pertuduhan itu tanpa mengarahkannya membela diri.",
"Abu Bakar yang mengetuai panel itu berkata mereka tidak bersedia untuk memberikan keputusan itu hari ini kerana perlu meneliti penghujahan lisan dan bertulis yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.",
"Sebelum itu, panel mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya How May Ling dan peguam Haijan Omar berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan remaja kedua, berusia 22 tahun, atas kesalahan itu tanpa memanggilnya membela diri.",
"Rayuan remaja pertama terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang mendapatinya bersalah terhadap kesalahan itu dan memerintahkannya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang-di-Pertuan Agong, didengar pada 9 Mac lepas.",
"Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berusia 16 tahun itu ketika kejadian, bersama seorang lagi individu tidak dikenali, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 orang yang menghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.",
"Terdahulu, semasa prosiding hari ini, How dalam hujahnya menggesa mahkamah supaya memerintahkan remaja kedua membela diri atas pertuduhan itu.",
"Beliau berkata adalah mustahil bagi seorang individu menyebabkan kebakaran di sekolah itu kerana terdapat dua tong gas seberat 14 kilogram (kg) setiap satu dibawa dari tingkat bawah sekolah ke tingkat dua melalui tangga.",
"Beliau berkata satu tong gas diletakkan secara melintang di pintu manakala satu lagi secara menegak dan petrol disimbah ke pintu serta api dinyalakan.",
"“Mustahil untuk seorang (melakukannya), ia dilakukan oleh dua orang,” katanya sambil menambah bahawa secara fizikal orang kedua ialah responden (remaja kedua).",
"Beliau berkata bukti mengikut keadaan menunjukkan terdapat empat individu iaitu remaja pertama dan kedua serta dua lagi lelaki yang bersaudara dilihat di belakang sekolah tahfiz itu.",
"How berkata remaja pertama dan seorang lagi individu tidak dikenali telah memasuki pusat tahfiz dengan memanjat pagar belakang pusat berkenaan.",
"Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan susuk tubuh remaja kedua yang bertubuh kecil dan kurus, remaja kedua mampu melalui celah kecil pagar dawai duri untuk masuk ke perkarangan sekolah berbanding dua beradik yang gempal.",
"Sementara itu, Haijan yang mewakili kedua-dua remaja itu berkata tiada pengecaman positif bahawa remaja kedua itu telah memasuki sekolah tersebut, dan menambah mereka tidak boleh mengetepikan bahawa dua beradik itu memasuki sekolah tersebut.",
"Beliau berkata tiada bukti menunjukkan remaja kedua terbabit dalam jenayah itu dan remaja itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/makanan-malaysia-mudah-didapati-di-makkah/ | MAKANAN MALAYSIA MUDAH DIDAPATI DI MAKKAH | [
"MAKKAH: Selain makanan yang disediakan Tabung Haji (TH), pelbagai pilihan juadah cita rasa tanah air boleh diperoleh jemaah haji di kota Makkah al-Mukarramah.",
"Nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, laksam, kuih-muih dan teh tarik antara menu yang terdapat di sini bagi memenuhi selera para jemaah Malaysia.",
"TH menerusi TH Travel & Services menawarkan perkhidmatan kafeteria di sembilan maktab penginapan yang beroperasi bermula 4.30 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.",
"Petugas kafeteria Mohd Haruji Mohd Yahya berkata pelbagai produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) turut dijual seperti kicap, sos cili dan sambal yang dibawa dari Malaysia.",
"“Kita membawa tukang masak dari Malaysia dan roti canai juga ditebar di kafeteria,” katanya ketika ditemui di sini.",
"Seorang jemaah haji, Azizi Alias, 49, dari Peringat, Kelantan berkata dia boleh mendapatkan juadah dengan selera pantai timur di kafeteria di bangunan penginapan Abraj Al-Janadriyyah di sini, sesuai dengan cita rasanya. ",
"Dalam pada itu, jemaah haji Malaysia yang berada di sekitar Masjidil Haram juga boleh mendapatkan hidangan Malaysia di restoran D’Saji di Safwa Tower di sini yang menyajikan antaranya nasi lemak, ayam masak merah dan mi goreng. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bomba-bantu-angkat-remaja-obesiti/ | BOMBA BANTU ANGKAT REMAJA OBESITI | [
"KUALA KUBU BHARU: Pasukan bomba diperlukan bagi mengangkat remaja lelaki yang mengalami masalah obesiti dengan berat badan kira-kira 120 kilogram untuk dihantar ke rumahnya, di sini malam tadi.",
"Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, remaja berusia 13 tahun itu sebelum ini menjalani rawatan di Hospital Selayang kerana menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.",
"Jelasnya mangsa kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Apartment Cempaka, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung semalam dengan ambulans swasta.",
"“Bomba menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.30 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.",
"“Mangsa diangkat dari ambulans ke rumahnya yang berada di tingkat empat oleh anggota bomba yang terlibat menggunakan beg kanvas,” katanya hari ini.",
"Kerja-kerja mengangkat mangsa mengambil masa kira-kira 20 minit.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/malaysia-di-ambang-kejayaan-tangani-covid-19/ | MALAYSIA DI AMBANG KEJAYAAN TANGANI COVID-19 | [
"KOTA BHARU: Malaysia berada di ambang kejayaan dalam menangani wabak COVID-19 walaupun belum diisytiharkan menang, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.",
"Oleh itu, beliau meminta rakyat supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.",
"“Saya tahu rakyat sudah rasa gelisah tidak mahu pakai pelitup muka, namun besar harapan saya supaya kita terus berjuang melawan COVID-19.",
"“Jangan alpa dan hargailah jasa pasukan barisan hadapan negara yang mula menarik nafas selepas penggunaan katil pesakit COVID-19 menurun kepada 40 peratus,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Klinik Kesihatan (Jenis 3), Penambang di sini, hari ini.",
"Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Zaini Hussin.",
"Khairy mengulas, hampir keseluruhan negeri sudah memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali Kelantan dan Sarawak yang masih berada di Fasa Tiga.",
"“Kita tidak mahu disebabkan rakyat leka susulan penurunan kes, wabak berkenaan kembali meningkat sebagaimana di Eropah,” katanya.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kemalangan_kereta-tiada-kaitan-projek-suke/ | KEMALANGAN KERETA TIADA KAITAN PROJEK SUKE | [
"KUALA LUMPUR: Pemaju projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn.Bhd. (PROLINTAS) menafikan dakwaan insiden kemalangan yang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga warna merah ada kaitan dengan pembinaan projek tersebut.",
"Menerusi kenyataan yang dikeluarkan PROLINTAS, insiden yang tular di media sosial semalam merupakan kemalangan jalan raya yang kini dalam siasatan pihak polis.",
"Dalam kenyataannya, PROLINTAS juga memaklumkan kemalangan berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai kejadian langgar lari.",
"Oleh itu PROLINTAS memohon kepada warganet untuk menghentikan penyebaran maklumat yang tidak benar mengaitkan insiden kemalangan itu dengan projek SUKE.",
"Bagaimanapun, PROLINTAS memaklumkan pihak mereka bersimpati terhadap mangsa kemalangan terbabit. — AlHijrah Online."
] |
https://alhijrahnews.com/keabsahan-sebagai-perdana-menteri-akan-ditentukan-melalui-undi-percaya-pm/ | KEABSAHAN SEBAGAI PERDANA MENTERI AKAN DITENTUKAN MELALUI UNDI PERCAYA -PM | [
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkannya masih mempunyai kepercayaan majoriti pada masa ini.",
"Jesteru katanya peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit.",
"“Namun, saya juga sedar bahawa kedudukan saya sebagai Perdana Menteri seringkali dipersoalkan.",
"“Maka, saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.",
"“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September,” katanya dalam perutusan khas hari ini.",
"Ujarnya melalui cara itu kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.",
"“Alhamdulillah, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini,” katanya. – AlHijrah Online",
"Muhyiddin pagi tadi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.",
"Majlis itu susulan warkah daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Muhyiddin semalam yang memaklumkan terdapat lapan orang Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepada perdana menteri itu. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/anwar-bimbing-saudara-baru-lafaz-syahadah/ | ANWAR BIMBING SAUDARA BARU LAFAZ SYAHADAH | [
"KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membimbing seorang lelaki berbangsa India untuk melafazkan kalimah syahadah, di Masjid Ar-Rahimiah, Klang.",
"Anwar menyempurnakan pengislaman saudara baru itu selepas beliau menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di sekitar kawasan Klang.",
"Difahamkan lelaki warganegara Malaysia berusia 27 tahun itu dikenali sebagai Muhamad Anwar Karthiban selepas memeluk Islam.",
"Terdahulu, Anwar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bertemu dengan waris-waris mangsa nahas pesawat terhempas dalam kejadian di Elmina.",
"Turut hadir sama ke HTAR Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.–AlHijrah Online"
] |