url
stringlengths 28
237
| headline
stringlengths 6
180
| content
sequence |
---|---|---|
https://alhijrahnews.com/tingkatkan-pelaburan-di-negara-islam-kurang-berada-tun-mahathir0/ | TINGKATKAN PELABURAN DI NEGARA ISLAM: TUN MAHATHIR | [
"KUALA LUMPUR: Negara Islam yang kaya diminta supaya melabur lebih banyak lagi di negara-negara Islam yang kurang berada agar kemakmuran dan kemajuan dapat dikongsi antara mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.",
"Perdana menteri berkata negara-negara Islam setakat ini didapati tidak banyak melabur di negara-negara Islam lain yang memerlukan pelaburan mereka.",
"“Negara-negara miskin sepatutnya menerima pelaburan asing terutamanya daripada negara-negara Islam,” kata beliau pada sidang akhbar di akhir Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 di sini hari ini.",
"Dr Mahathir menegaskan bahawa negara-negara Islam tidak menolak pelaburan daripada negara bukan Islam.",
"“Tetapi kita merasakan bahawa negara-negara Islam setakat ini tidak banyak melabur di negara-negara Islam lain yang memerlukan pelaburan mereka,” kata Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Sidang Kemuncak KL.",
"“Jadi, kami harap hasil daripada persidangan ini, banyak lagi negara Islam yang kaya akan melabur di negara-negara miskin,” katanya.",
"Dr Mahathir berkata Malaysia juga mengalu-alukan pelaburan dari negara-negara Islam yang lain, misalnya, dalam pengeluaran peralatan dan kelengkapan pertahanan.",
"“Kita juga memerlukan aliran tunai mungkin untuk pelaburan dalam hartanah, kewangan dan banyak bidang lain di mana mereka yang mempunyai modal boleh melabur,” katanya.",
"Mengenai perkara lain, Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu mempunyai kajian terperinci mengenai cadangan dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa.",
"Beliau berkata ketidakstabilan dolar Amerika merupakan antara sebab gesaan untuk dinar emas digunakan.",
"“Hari ini, kita tersekat dengan penggunaan mata wang tunggal untuk dagangan antarabangsa iaitu dolar Amerika tetapi dolar Amerika tidak stabil. Kadang-kadang ia semakin kuat dan kadang-kadang ia lemah tetapi emas mempunyai nilai tertentu untuk semua negara dalam dunia.",
"“ Kita boleh memanggil mata wang kita dengan apa jua nama tetapi ia harus berkait dengan nilai emas di negara anda. Jika anda tahu nilai emas dalam negara anda dengan rakan dagangan anda, maka kita dapat hitung berapa emas digunakan dalam urusan dagangan dan dengan itu, kita boleh panggil dinar emas sebagai bayaran standard,” jelas Dr Mahathir. — BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/nahas-pesawat-hanya-satu-mayat-ditemukan-dalam-keadaan-sempurna/ | NAHAS PESAWAT: HANYA SATU MAYAT DITEMUKAN DALAM KEADAAN SEMPURNA | [
"SHAH ALAM: Hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, di sini, semalam, ditemukan dalam keadaan sempurna, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.",
"Beliau berkata dalam kejadian petang itu di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di sini, kesemua mangsa terdiri daripada dua kru pesawat, enam penumpang, seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta.",
"Katanya, mayat sempurna itu ditemukan iaitu penunggang motosikal dan identiti mangsa dikenal pasti sementara menunggu proses pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh ahli keluarga.",
"“Identiti pemandu kereta belum dikenal pasti, sama ada ia merupakan pemandu Grab dan membawa penumpang ataupun tidak,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, malam tadi.",
"Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun adalah antara nama yang tersenarai dalam manifest penumpang pesawat tersebut pada jam kira-kira 2.50 petang semalam.",
"Turut tersenarai adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin; Shaharul Amir Omar; Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi; Muhammad Taufiq Mohd Zaki; dan Idris Abdol Talib.",
"Bagaimanapun, Loke berkata identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden itu akan disahkan melalui siasatan polis.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/malaysia-tidak-mahu-oic-sekadar-keluarkan-kenyataan-mengutuk-semata-mata-zambry/ | MALAYSIA TIDAK MAHU OIC SEKADAR KELUARKAN KENYATAAN MENGUTUK SEMATA-MATA – ZAMBRY | [
"RIYADH: Malaysia tidak mahu mesyuarat dan pertemuan-pertemuan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan Palestin hanya sekadar berakhir dengan kenyataan mengutuk semata-mata tanpa mengemukakan sebarang langkah konkrit untuk bergerak ke hadapan.",
"Sebaliknya, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perlu ada penegasan daripada negara-negara anggota OIC supaya gencatan senjata disegerakan dan pembunuhan yang sedang berlaku di Palestin ketika ini dihentikan.",
"“Kita tidak mahu mesyuarat, pertemuan demi pertemuan (OIC), tetapi ia tidak memberikan apa-apa impak, tidak menghasilkan apa-apa.",
"“Perlu ada penegasan, ada langkah-langkah ke hadapan daripada negara-negara anggota untuk menyegerakan proses gencatan senjata, untuk segera dihentikan serangan dan pembunuhan kejam oleh rejim (Israel) yang tidak berperikemanusiaan ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.",
"Sebelum itu beliau telah menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar OIC bersempena dengan Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan yang akan berlangsung hari ini di ibu negara Arab Saudi itu.",
"Sidang kemuncak tergempar itu akan membincangkan kekejaman dan serangan berterusan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim Israel terhadap Palestin.",
"Dihoskan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman, sidang kemuncak itu akan turut dihadiri oleh pemimpin dan wakil negara anggota OIC.",
"Sidang kemuncak tergempar itu adalah hasil kerjasama utuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin OIC. ",
"Perdana Menteri dijangka tiba di Riyadh hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak tergempar itu, dan beliau dijangka menyuarakan ketegasan pendirian Malaysia berkenaan isu Palestin yang telah berlarutan sejak sekian lama.",
"“Apa yang perlu ada ialah, langkah segera untuk menamatkan peperangan ini. Kita tidak boleh membiarkan pembunuhan kejam dilakukan, kanak-kanak, wanita dan orang awam dibunuh dengan kejam atas nama hak mereka (Israel) untuk self-defence,” kata Zambry.",
"Beliau berkata sidang kemuncak tergempar OIC hari ini akan didahului dengan Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab.",
"Zambry berkata satu kenyataan bersama akan dikeluarkan pada akhir kedua-dua sidang kemuncak itu, yang diharap dapat memberikan impak besar. ",
"Ini katanya adalah kerana Malaysia mahu tindakan yang benar-benar konkrit untuk menyelesaikan masalah rakyat Palestin, bukan sahaja di Gaza tetapi juga di Tebing Barat yang mula diserang oleh rejim Israel.",
"Serangan berterusan tanpa henti rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza sejak kira-kira sebulan yang lepas telah membunuh lebih 11,000 orang, dengan sebahagian besar daripada yang terbunuh itu adalah penduduk awam terutamanya wanita dan kanak-kanak. —AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pusat-tahfiz-aspirasi-rahmatan-lil-alamin/ | Pusat Tahfiz & Aspirasi Rahmatan Lil ‘Alamin | [
"Kajian data menunjukkan terdapat lebih 1,000 pusat tahfiz di negara ini. Angka yang besar berdasarkan bandingan dengan 2408 jumlah sekolah menengah seluruh negara.",
"Kadar pelajarnya pula, terdapat 150 ribu pelajar tahfiz. Sangat kecil berbanding 2.2 juta pelajar sekolah menengah.",
"Menurut Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA), terdapat lebih 300 pusat tahfiz di negara tidak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).",
"Tahun ke tahun, pusat tahfiz terus tumbuh. Fenomena yang disebabkan oleh dua perkara: Lulusan tahfiz meneruskan legasi membuka sekolah tahfiz sebagai kerjaya. Manakala permintaan ibu bapa terhadap pendidikan tahfiz pula meningkat.",
"Institusi tahfiz kekal dihormati. Ia akar tradisi pengajian Islam tertua di negara ini. Pengaruh asal dalam budaya pengajian pondok bermula seawal abad ke-17 apabila anak-anak Tanah Melayu merantau ke Pattani di Selatan Thailand untuk tujuan ilmu.",
"Sekolah pondok yang menjadi jalur kepada kewujudan pusat tahfiz mula bertapak di Tanah Melayu pada 1930-an.",
"Setelah sembilan dekad bertapak, tradisi pondok dan pusat tahfiz juga melalui perlbagai perubahan. Terasnya kekal sebagai nadi keilmuan Islam. Namun, wujud perubahan dalam konteks permintaan.",
"Hari ini, selain pendidikan agama dan mahukan anak bergelar huffaz, pusat tahfiz turut memainkan peranan melahirkan pencorak agama pada masa depan.",
"Dalam konteks Islam berdepan pelbagai cabaran dalam persekitaran global dan domestik, sudah pasti harapan terhadap pusat tahfiz turut meningkat. Umat Islam berharap, pelajar tahfiz yang bakal mengisi pembangunan Islam abad ke-21, mampu berperanan secara kompeten dan holistik.",
"Ini bukan harapan bombastik. Persekitaran dunia dan setempat membuktikan cabaran terhadap Islam akan terus ada. Istilah cabaran bukan bererti negatif – sebaliknya, merujuk kepada usaha menjadikan Islam sebagai kuasa peranan yang relevan bagi tamadun manusia.",
"Memetik harapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, cabaran terkini ialah kebijaksanaan Islam menguruskan kepelbagaian secara terbuka. Islam wajar menyantuni masyarakat Islam dan bukan Islam.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof",
"Keterbukaan, kata Dr Mujahid, ialah sikap kita dalam memberi pandangan.",
"“Lihatlah fiqh dalam kerangka yang luas. Terokailah fiqh selagi tidak bercanggah dengan syariat. Jangan sempitkan khazanah ilmu selagi ia berlegar di sekitar hukum-hukum syariat Islam.”",
"Dr Mujahid membawa aspirasi yang mendokong kerangka dan cara serta gaya berfikir berlandaskan Maqasid Syariah. Asas sejarah, rujukan beliau, dengan mencontohi perkembangan gemilang Islam di Cordova.",
"“Islam menjaga insan. Kita menjaga segala sifat kemanusiaan. Berfikir dengan cara maqasidiq,” kata Mujahid.",
"150 ribu pelajar tahfiz akan mengisi ruang agenda Islam dalam tempoh empat hingga lima tahun sekarang. Tentunya bukan sekadar aset pasif, tetapi menjadi segmen aktif dalam membina negara bangsa.",
"Ia lebih mencabar bagi negara pelbagai kaum yang berteraskan Islam sebagai agama pembawa rahmat ke seluruh alam.",
"Malah, peranan huffaz dalam konteks yang dinamik ialah mengisi nilai Al-Quran sebagai agenda media yang relevan. Kita mahu melihat huffaz turut berperanan sebagai penyambung nilai Islam ke seluruh umat sejagat dalam komunikasi digital.",
"“Kita perlu memenuhkan kandungan media kita dengan Fiqh Manhaj Malizi atau fekah model Malaysia,” katanya.",
"Mengingatkan saranan ini, 150 ribu pelajar tahfiz",
"dan lebih 1,000 pusat tahfiz kini berperanan sebagai penyedia sumber manusia bagi memastikan keilmuan dan ilmuan Islam kekal kompeten dan relevan.",
"“Saya mengharapkan para pengusaha tahfiz supaya dapat membangunkan tahfiz mengikut acuan Malaysia supaya tahfiz-tahfiz kita dicontohi pula oleh luar negara,” kata Dr Mujahid. Mudah-mudahan falsafah ini dapat mempromosi gagasan Rahmatan Lil Alamin.",
"Kini sekolah tahfiz bukan sekadar nadi ilmu yang bakal genap satu abad sejarah pengajian pondok di negara kita. Malah, peranannya jauh melebar dalam menjadikan Islam sebagai agama yang mensejahterakan manusia sejagat.",
"*Zainal Rashid Ahmad, penulis ialah Naib Presiden Kanan Kandungan & Komersil TV Alhijrah"
] |
https://alhijrahnews.com/solat-subuh-berjemaah-dapat-duit-belanja-sekolah/ | SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAPAT DUIT BELANJA SEKOLAH | [
"JITRA: Masjid Sharifah Fatimah di Kg Kemunting Baru memberikan duit belanja sekolah bagi pelajar yang hadir menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid tersebut pada setiap hari persekolahan.",
"Berdasarkan perkongsian di akaun Facebook masjid tersebut, langkah itu sebagai salah satu usaha bagi menarik anak muda untuk hadir solat Subuh berjemaah di masjid.",
"“Pihak masjid menyediakan duit belanja sekolah buat anak-anak yang hadir solat Subuh pada setiap hari persekolahan.",
"“Jom ‘pakat’ bawa anak ‘mai’ masjid. Semoga sedikit usaha ini boleh menarik minat anak muda mencintai masjid,” katanya.",
"Usaha pemberian duit sekolah tersebut dimaklumkan telah bermula sejak sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.",
"Sementara itu rata-rata orang awam menyokong usaha yang dilakukan masjid tersebut.",
"“Itulah contoh pendorong terbaik bagi menarik minat pelajar hadir ke masjid untuk berjemaah. Mereka pelapis yang akan mewarisi kita (yang berumur) untuk mengimarahkan masjid.",
"“Hari Jumaat pula boleh berikan duit kepada fakir miskin, jadikan masjid sebagai tempat orang ramai mengadu bila hilang punca (pendapatan). Insyaallah lebih ramai akan hadir ke masjid,” antara komen yang memberi respon kepada hantaran tersebut.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/guru-kafa-mengaku-tidak-bersalah-cederakan-murid-hingga-patah-kaki/ | GURU KAFA MENGAKU TIDAK BERSALAH CEDERAKAN MURID HINGGA PATAH KAKI | [
"MARANG: Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang murid lelaki sehingga patah kaki Julai lepas.",
"Ahmad Mursyidin Abdullah, 37, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.",
"Guru itu didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap seorang murid lelaki berusia sembilan tahun, sehingga menyebabkan patah tulang di bahagian kaki kanan dengan cara mengangkat dan menghempas kanak-kanak itu di atas sebuah kerusi kayu.",
"Kejadian itu didakwa berlaku dalam kelas di sebuah sekolah rendah di daerah ini pada 4.15 petang, 6 Julai lepas.",
"Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.",
"Majistret menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin, manakala 17 Nov depan sebagai tarikh sebutan semula kes.",
"Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan serta tidak boleh terbabit dengan jenayah.",
"Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiyah Nik Soupy, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.",
"Dalam kejadian Julai lepas, insiden itu disedari ibu mangsa berusia 36 tahun sewaktu mengambil kanak-kanak itu pulang dari kelas pada 5 petang.",
"Murid itu kemudiannya telah dibawa ke klinik berhampiran bagi pemeriksaan dan disahkan kaki kanan kanak-kanak terbabit telah patah dan laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat ibu bapa mangsa pada 8 Julai lalu.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/haji-2023-keutamaan-diberi-kepada-jemaah-tahun-2020-diikuti-tahun-seterusnya/ | HAJI 2023: KEUTAMAAN DIBERI KEPADA JEMAAH TAHUN 2020 DIIKUTI TAHUN SETERUSNYA | [
"KUALA LUMPUR: Keutamaan menunaikan ibadat Haji bagi 2023 akan diberikan kepada bakal jemaah yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada 2020, diikuti 2021, 2022 dan seterusnya mengikut prinsip sistem pendaftaran terbuka sedia ada.",
"Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ini disebabkan penangguhan ibadat haji untuk rakyat Malaysia akibat pandemik COVID-19 selama dua tahun dan mengikut konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” yang telah dilaksanakan sejak 1995.",
"“Pada setiap musim haji terdapat kekosongan yang disebabkan permohonan untuk menangguh giliran haji atas pelbagai sebab seperti kesihatan, pendidikan anak dan sebagainya.",
"“Bagaimanapun, kekosongan ini akan diisi dengan senarai jemaah yang menunggu atau pertimbangan diberikan kepada mereka yang membuat permohonan rayuan. Pemilihan rayuan haji dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan rayuan mahram diberikan keutamaan,” menurut kenyataan itu.",
"TH memaklumkan Kerajaan Arab Saudi kini giat membangunkan dua kota suci, Makkah dan Madinah bagi meningkatkan fasiliti dan kapasiti jemaah untuk memberi keselesaan kepada para jemaah haji dan umrah di masa akan datang.",
"Kenyataan itu menyebut berdasarkan Visi 2030 Kerajaan Arab Saudi, jumlah jemaah haji disasarkan meningkat kepada 5.4 juta menjelang 2030.",
"“Oleh yang demikian, TH juga optimis jumlah jemaah haji negara akan meningkat dan ini akan membolehkan masa menunggu tunai haji dapat dipendekkan,” menurut TH.",
"Melalui sistem pendaftaran terbuka sedia ada, TH memaklumkan para pendeposit boleh mendaftar menunaikan haji apabila simpanan mencecah RM1,300 dan akan diberi giliran tahun peruntukan menunaikan haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.",
"Setakat ini, seramai 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.",
"“Kuota haji Malaysia dan lain-lain negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara. Buat masa ini, Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan kuota haji rasmi dan syarat-syarat pemilihan bakal jemaah haji untuk musim haji 1444 Hijrah,” menurut kenyataan itu.",
"Dalam pada itu, TH komited menambah baik proses demi kepentingan pendeposit dan jemaah serta mengalu-alukan cadangan orang ramai bagi menambah baik perkhidmatan pada masa hadapan. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/scam-poligami-ikut-prosedur-yang-ditetapkan-jabatan-agama/ | SCAM POLIGAMI: IKUT PROSEDUR YANG DITETAPKAN JABATAN AGAMA | [
"ALOR SETAR: Umat Islam yang berhasrat untuk berpoligami dinasihatkan tidak menggunakan khidmat sindiket scam bagi mengelak masalah lain di kemudian hari.",
"Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang, berkata perkahwinan haruslah dilakukan mengikut prosedur Jabatan Agama dan Mahkamah Syariah bagi memudahkan pasangan terutama dalam proses mendaftar kelahiran anak.",
"Jelas beliau, perkahwinan yang dilakukan secara scam semestinya terdapat unsur penipuan dan ianya akan mendatangkan masalah kepada pasangan, keluarga serta anak mereka kemudian hari.",
"Katanya, poligami secara sah akan memudahkan anak untuk mendapat pendidikan serta layak mendapat kemudahan lain sebagai warganegara Malaysia.",
"“Perkahwinan yang dilakukan melalui scam ini, sudah tentu ada unsur penipuan yang boleh kita kata tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.",
"“Sudah tentu akan menyusahkan keluarga itu sendiri terutama anak mereka, jadi kita nasihat kalau sekiranya berminat untuk berpoligami , ikutlah prosedur sebagaimana yang telah ditetapkan,” katanya semasa ditemui ketika pelancaran misi bantuan banjir Lembaga Zakat Negeri Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman.",
"Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai scam poligami atau penipuan dalam urusan dokumentasi poligami membabitkan sindiket yang meminta bayaran ribuan ringgit.",
"Sementara itu menurut Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faizol Omar, sindiket itu menjadikan aktiviti penipuan mereka sebagai sumber pendapatan dan sentiasa mencari mangsa untuk mengaut keuntungan sehingga RM8,000 bagi setiap pasangan.",
"Katanya, mereka akan memalsukan sijil nikah dan ia akan dikesan apabila pasangan mahu mendaftarkan kelahiran anak berikutan terdapat beberapa ciri sijil yang berbeza daripada Pejabat Agama.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/mom-nasihat-agar-persatuan-sukan-tidak-ke-china-dalam-masa-terdekat/ | MOM NASIHAT AGAR PERSATUAN SUKAN TIDAK KE CHINA DALAM MASA TERDEKAT | [
"KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menasihatkan persatuan sukan tanahair agar tidak membuat sebarang perancangan latihan ataupun menyertai kejohanan di China ekoran penyebaran penyakit 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV).",
"Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria juga meminta agar persatuan sukan memikirkan jalan dan keputusan terbaik sama ada mahu memanggil pulang, jika ada kalangan atlet negara berada di negara itu.",
"“Bagi saya apa pun dasar yang kita nak buat mesti berpandukan kepada dasar dan polisi kerajaan, yang datangnya daripada kabinet atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagaimanapun, saya menasihatkan persatuan sukan, buat masa ini tidak perlu untuk membuat perancangan untuk ke China.",
"“Kita kena lihat apakah kesan daripada Koronavirus ini terhadap negara China dan serantau. Bagi yang memang ada di sana, biar persatuan buat keputusan terbaik untuk panggil balik atau tidak,” katanya kepada media.",
"Sebagai langkah berjaga-jaga, Persatuan Olahraga Asia (AAA) telah membatalkan Kejohanan Olahraga Asia kesembilan di Hanzhou, China yang dijadualkan pada 12 dan 13 Feb ini disebabkan penularan wabak itu.",
"Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan empat warganegara China, yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura, telah disahkan positif virus itu. — BERNAMA "
] |
https://alhijrahnews.com/bakar-al-quran-iraq-keluarkan-waran-tangkap-terhadap-salwan-momika/ | BAKAR AL-QURAN: IRAQ KELUARKAN WARAN TANGKAP TERHADAP SALWAN MOMIKA | [
"KAHIRAH: Pejabat pendakwa raya Iraq telah mengeluarkan waran tangkap menerusi Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) terhadap Salwan Momika, seorang pelarian warga Iraq berusia 37 tahun, yang bertindak membakar Al-Quran di Sweden, Stockholm pada akhir Jun, Sputnik memetik laporan penyiar Iraq Al Sumaria Khamis.",
"Pejabat pendakwa raya telah menghantar maklumat dan waran tangkap khas untuk Momika dan meminta Interpol memaklumkan Baghdad sekiranya dia berjaya diberkas.",
"Pada 28 Jun, protes berlaku di perkarangan masjid Stockholm, di mana al-Quran dibakar. Polis Sweden membenarkan demonstrasi itu.",
"Insiden membakar al-Quran di Stockholm telah mencetuskan kecaman di seluruh dunia. Iraq telah menyeru pihak berkuasa Sweden untuk menghantar pulang individu yang bertanggungjawab atas kejadian itu. Ramai ketua negara, termasuk setiausaha agung Liga Arab dan ketua Majlis Kerjasama Teluk, telah mengecam perbuatan itu.",
"Demonstrasi serupa berlaku di Sweden pada Januari apabila ahli politik sayap kanan Denmark Rasmus Paludan membakar kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pakaian-patuh-syariah-atlet-kembali-jadi-topik-perbincangan-di-dewan-negara/ | PAKAIAN PATUH SYARIAH ATLET KEMBALI JADI TOPIK PERBINCANGAN DI DEWAN NEGARA | [
"KUALA LUMPUR: Pakaian patuh syariah atlet kembali menjadi topik perbincangan beberapa ahli Dewan Negara hari ini.",
"Senator Datuk Razali Idris berkata walaupun berpakaian patuh syariah sepenuhnya, ini tidak bermakna ia akan menghalang kemampuan sebenar seseorang atlet.",
"“Merujuk kes di Terengganu, atlet Azreen Nabila Alias melakar kejayaan bersejarah apabila dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dan dia memakai pakaian patuh syariah…dan dia berjaya menewaskan atlet tidak menutup aurat,” katanya.",
"Beliau berkata demikian sebelum mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan, hari ini, mengenai keperluan menjadikan Azreen sebagai contoh kepada atlet Islam lain dalam berpakaian.",
"Sementara itu Sim ketika menjawab soalan asal Senator Lim Pay Hen mengenai justifikasi kementerian dalam memperhalusi pemakaian atlet supaya patuh syariah, menjelaskan tiada paksaan bagi atlet untuk memilih pakaian patuh syariah.",
"“Jika mewakili negara, atlet perlu ikut apa yang ditetapkan oleh badan induk sukan antarabangsa. Jika pemakaian patuh syariah itu mengikut standard yang ditetapkan oleh badan induk sukan tersebut, kita tiada masalah malah kita sendiri tidak memaksa pemakaian mengikut agama.",
"Mengenai soalan tambahan Senator Sabani Mat yang ingin tahu sekiranya kementerian mempunyai perancangan menubuhkan panel penasihat bagi merangka garis panduan sukan patuh syariah dalam negara, Sim berkata buat masa ini tiada lagi perancangan ke arah penubuhan panel sedemikian.",
"“Ini memandangkan sensitiviti anutan setiap atlet yang menyertai mana-mana kejohanan sentiasa dihormati. Tidak kira di peringkat negeri, kebangsaan malah antarabangsa, kita sentiasa menghormati sensitiviti anutan setiap atlet yang menyertai acara sukan. Jadi tiada keperluan panel tersebut,” katanya. — BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/mcmc-sekat-1-8-bilion-panggilan-scam-sejak-2017-hingga-2022-fahmi/ | MCMC SEKAT 1.8 BILION PANGGILAN ‘SCAM’ SEJAK 2017 HINGGA 2022 – FAHMI | [
"KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menyekat 1.8 bilion panggilan scam dari 2017 hingga 2022, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.",
"Fahmi berkata perkara itu diketahui hasil pertemuannya dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama MCMC dan beberapa pihak lain.",
"Beliau berkata sejak 2018 pula sebanyak 300 juta scam menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berjaya dikekang namun kes penipuan itu masih berlaku.",
"“Peringatan saya kepada rakyat Malaysia, tolong berhati-hati dalam suasana perayaan ini (kerana) sudah pasti akan ada yang menangguk di air keruh untuk mengambil kesempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di sini hari ini.",
"Justeru, beliau menasihatkan masyarakat yang menjadi mangsa penipuan supaya menghubungi talian 997 yang merupakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk membuat laporan supaya tindakan segera dapat diambil bagi mengekang kehilangan wang.",
"Fahmi berkata terdapat pelbagai jenis penipuan ketika ini dan ia bukan mudah untuk ditangani kerana apabila sesuatu modus operandi dapat dikesan, akan muncul jenis penipuan baharu.",
"“Jadi sempena musim perayaan ini, kita lihat ‘scam’ seperti ‘scam pencuci’ atau ‘cleaner scam’ yang banyak dibuat melalui Facebook sebagai contoh, kita kena berhati-hati.",
"“Jadi sekiranya anda mendapat apa-apa tawaran sama ada kerja ataupun perkhidmatan, tolong buat pengesahan sebelum kita terpedaya oleh ‘scammer-scammer’ ini. Jika ia nampak terlalu bagus, kemungkinan satu penipuan dan buat laporan polis serta call 997 supaya kita boleh bantu,” katanya.",
"Berkenaan penipuan menerusi aplikasi Telegram, Fahmi berkata antara masalah yang dihadapi dengan aplikasi itu ialah ia merupakan encrypted system.",
"Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan cuba menghubungi pihak Telegram supaya beberapa perkara dapat diatur bagi menyelesaikan masalah tersebut.",
"“Lebih daripada itu, peringatan kepada semua, sekiranya anda mendapat mesej daripada orang yang seperti kawan kita tetapi cara dia bercakap dengan kita itu lain daripada biasa, sila berhati-hati dan kalau dapat panggilan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bukit Aman (polis) atau mahkamah, dia tidak berurusan melalui telefon tetapi hantar surat minta kita datang ke pejabat.",
"“Jadi kita kena ada satu peningkatan kesedaran tentang cara-cara ‘scammer’ ini beroperasi dan masa yang sama kita lihat satu tindakan bersepadu antara KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital), Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar adalah perlu kerana kita dapati ada sejumlah panggilan ‘scam’ ini tak berlaku dalam negara kita tetapi merentasi sempadan,” katanya. —AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/cemas-ditahan-digeledah-tentera-pemisah-di-aden/ | CEMAS DITAHAN, DIGELEDAH TENTERA PEMISAH DI ADEN | [
"Tim Misi Kemanusiaan Mercy Malaysia ke Yaman berdepan detik cemas awal pagi tadi apabila kenderaan yang mereka naiki digeledah tentera pemisah di checkpoint sebelum memasuki wilayah Aden di selatan Yaman.",
"Dalam insiden mencemaskan berlaku kira-kira jam 11 malam itu, pemandu kenderaan yang juga penduduk tempatan dari wilayah Hadaramawt, turut ditumbuk seorang anggota tentera akibat salah faham.",
"Insiden itu bermula apabila kenderaan ditahan di checkpoint ke-63 daripada keseluruhan 72 checkpoint yang dilalui tim sukarelawan Malaysia itu dari Tarim ke bandar pelabuhan Aden.",
"Dalam pemeriksaan itu, beg kami digeledah satu persatu oleh tentera di pusat pemeriksaan terbabit selepas mengharungi lebih 15 jam perjalanan dari Tarim. Jarak perjalanan dari Tarim di Hadramawt ke Aden pada asalnya dijangka mengambil masa selama 14 jam mencecah 19 jam.",
"Tim sukarelawan Malaysia sepatutnya tiba jam 9 malam semalam sebaliknya hanya tiba di Aden jam dua pagi tadi waktu tempatan (waktu Yaman lima jam di belakang waktu Malaysia).",
"Ini kerana checkpoint atau titik pemeriksaan terbabit dikawal dua kumpulan berbeza iaitu tentera pro-pakatan diketuai Arab Saudi dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) yang menyokong kerajaan sah Yaman dan kumpulan pemisah yang mahu wilayah selatan dipisahkan dengan wilayah utara yang kini dikuasai kumpulan Houthi.",
"Secara relatifnya, situasi keselamatan di selatan Yaman untuk pekerja kemanusiaan adalah lebih baik jika dibandingkan di Sana’a yang terletak di wilayah utara Yaman.",
"Malah semalam ketika tim sukarelawan masih berada di Hadaramawt, media antarabangsa melaporkan insiden sebuah helikopter Apache milik Arab Saudi yang ditembak tentera Houthi di sempadan utara Yaman dan negara pengeluar minyak itu.",
"Bagaimanapun, dinamik situasi keselamatan di wilayah selatan berubah apabila ia dikuasai dan dikawal dua kumpulan tentera berbeza menyebabkan mana-mana pihak yang berurusan di Yaman perlu merancang dengan rapi dan lebih berhati-hati.",
"Keberadaan dua kumpulan berbeza itu menyebabkan aspek komunikasi di antara checkpoint dengan checkpoint hampir tiada dan ini menerangkan kenapa sukarelawan ditahan pada checkpoint berikutnya walaupun telah diperiksa pada checkpoint sebelumnya.",
"Berdasarkan pengalaman penulis sebelum ini yang memasuki wilayah konflik seperti Syria dan perjalanan ke Gaza, Palestin, melalui Semenanjung Sinai, Mesir adalah amat berbeza di mana wujud koordinasi komunikasi yang jelas di antara titik pemeriksaan tentera.",
"Berbeza dengan Yaman, difahamkan kedudukan checkpoint yang dekat kira-kira selang 200 meter di sesetengah kawasan juga seolah-olah sengaja dilakukan bagi memberi tekanan kepada mana-mana pihak yang berada di wilayah itu.",
"Konflik perang saudara di Yaman bermula pada 2014 apabila kelompok pemisah mengambil alih Sana’a dan kini menguasai sebahagian besar wilayah utara negara Arab termiskin itu.",
"Pakatan yang diketuai Arab Saudi kemudian bertindak dalam konflik itu dengan melakukan serangan udara ke atas kelompok pemisah pada Mac 2015 dan situasi konflik itu berlanjutan sehingga ke hari ini.",
"Perang saudara selama lima tahun itu mengorbankan lebih 100,000 nyawa dengan majoritinya orang awam, manakala jutaan pula berdepan dengan krisis kebuluran dan wabak penyakit dalam krisis kemanusiaan terburuk di abad ini.",
"Berbalik kepada misi kemanusiaan di Yaman, empat sukarelawan Mercy Malaysia diketuai Norazam Ab Samah tiba di wilayah konflik itu pada Jumaat lalu bagi misi kemanusiaan selama 12 hari.",
"Misi kemanusiaan itu turut disertai Muhammad Abdullah Ishari (pegawai program), Muhammad Hapis Jamil (logistik dan keselamatan) dan penulis selaku sukarelawan media dan wakil Berita AlHijrah.",
"“Misi kita fokus di Aden, tapi kita juga akan cuba memasuki Sana’a bagi mengakses keperluan kemanusiaan di situ,” kata Norazam menjelaskan Mercy Malaysia akan meneroka program kemanusiaan jangka panjang khususnya program nutrisi, kesihatan dan WASH (bekalan air bersih dan sanitasi). ",
"Misi kemanusiaan kali ini menyasarkan dana keseluruhan RM1 juta bagi menjalankan program jangka panjang di Yaman untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun. Kesemua anggota misi kini berada dalam keadaan selamat. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/webinar-isu-umat-islam-global-peranan-institusi-islam-dan-ulama/ | WEBINAR ISU UMAT ISLAM GLOBAL: PERANAN INSTITUSI ISLAM DAN ULAMA | [
"KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) akan menganjurkan Webinar Isu Umat Islam Global : Peranan Institusi Islam dan Ulama pada 22 Oktober 2020 (Khamis), bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.",
"Seminar secara dalam talian itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary yang sekaligus melancarkan program Madrasah Ulama iaitu sebuah program keilmuan berbentuk tarbiyah dan dakwah kepada masyarakat secara dalam talian.",
"Menurut kenyataan JAWI, dalam program esok tokoh-tokoh ilmuan tanah air akan membincangkan dua topik menarik sepanjang webinar berkenaan iaitu ‘Kesatuan Ummah Mendepani Cabaran Semasa Global’ dan ‘Peranan Institusi Islam dan Ulama’ Mendepani Isu Global’.",
"Tokoh-tokoh ilmuan terlibat antaranya Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Luqman Abdullah, Pengarah JAWI Mohd Ajib Ismail, dan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Muhyidin Aziz @ Saari,",
"Selain itu tokoh yang turut terlibat antaranya Datuk Prof. Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Prof. Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dan Mohd Azmi Abd Hamid dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).",
"Webinar ini turut disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi JAWI.",
"Ujar kenyataan JAWI, penganjuran Webinar berkenaan bersesuaian dengan pelbagai isu dan cabaran yang sedang dihadapi oleh umat Islam dan institusi Islam khususnya dalam negara termasuk berdepan ujian wabak pandemik Covid-19. — AlHijrah Online."
] |
https://alhijrahnews.com/jakim-bangunkan-pangkalan-data-halal-mampu-semak-status-produk-luar-negara/ | JAKIM BANGUNKAN PANGKALAN DATA HALAL, MAMPU SEMAK STATUS PRODUK LUAR NEGARA | [
"KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Halal yang akan menjadi pangkalan data halal dengan kos RM3.4 juta.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata, inisiatif yang merangkumi enam sistem itu akan membolehkan Keluarga Malaysia menyemak status halal produk daripada luar negara.",
"“Inisiatif ini akan merangkumi enam sistem iaitu MYeHALAL (Domestik), MYeHALAL (International), Sistem Cetakan Sijil Elektronik (e-Cert Print System), Malaysia International Halal Authority Board (MyIHAB), Modul Permohonan Rumah Sembelihan Luar Negara dan Modul Pengurusan Ramuan Produk Halal Malaysia (MyHALAL Ingredients).",
"“Contohnya melalui MyIHAB, JAKIM dapat mengawal selia 84 badan pensijilan halal luar negara, daripada 46 buah negara yang diiktiraf oleh JAKIM.",
"“Insya-Allah, melalui perancangan yang dijangka bermula pada tahun 2023 nanti, Keluarga Malaysia akan dapat menyemak status halal produk daripada luar negara melalui sistem ini,” katanya sempena Perasmian Persidangan Halal Kebangsaan 2021.",
"Ujarnya JAKIM juga sedang membangunkan dua inisiatif iaitu Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Antarabangsa) dan Modul Eksekutif Halal Antarabangsa sebagai langkah untuk memperkasakan sijil halal Malaysia di peringkat antarabangsa.",
"Ismail Sabri berkata usaha mampan daripada pelbagai agensi dan kementerian, telah menjadikan industri halal Malaysia sebagai sumber baharu yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara sehingga mampu menembusi pasaran halal antarabangsa.",
"“Menjelang tahun 2024, ekonomi halal global dilaporkan akan meningkat kepada RM10 trilion. Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM melaporkan segmen pasaran halal dijangka menyumbang kepada 8.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).",
"“Ia mampu menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion pada tahun 2025. Hal ini menunjukkan industri halal berpotensi menjana ekonomi negara kerana populasi penduduk Islam dunia ketika ini berjumlah 1.8 bilion dan jumlah ini akan terus meningkat sehingga 2.2 bilion pada tahun 2030,” katanya.",
"Dalam majlis pagi tadi perdana menteri turut melancarkan pelaksanaan dan pemakaian Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020.",
"Jelasnya ia adalah manual yang ditambah baik bagi keperluan berkaitan skim pensijilan halal Malaysia bagi kategori domestik dan pengilangan luar negara manakala Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020 berperanan membantu industri halal terutamanya mikro bersedia ke arah pematuhan dan kawalan halal dalaman pensijilan halal negara.– AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/jangan-salah-faham-larangan-umat-islam-sertai-sambutan-thaipusam/ | JANGAN SALAH FAHAM LARANGAN UMAT ISLAM SERTAI SAMBUTAN THAIPUSAM | [
"KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berharap, tidak timbul salah faham berhubung kenyataannya sebelum ini yang melarang umat Islam menyertai ritual sambutan Thaipusam baru-baru ini.",
"Jelas beliau, larangan itu tidak bermaksud, Islam menghalang amalan kunjung mengunjung dan hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.",
"“Nasihat tersebut tidak bermakna umat Islam tidak boleh bersama-sama orang bukan Islam namun terdapat batasan apabila melibatkan agama.",
"“Semangat kesatuan, perpaduan, amat kita galakkan,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Pelan Pembangunan Komuniti Setempat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Masjid Jamek Kampung Bharu, di sini hari ini.",
"Pada Sabtu, Mohd Na’im menasihatkan umat Islam dinasihatkan untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian di dalam sambutan Hari Thaipusam yang berlangsung semalam.",
"Perkara itu kerana Thaipusam merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.",
"Nasihat itu juga dikeluarkannya berpandukan ketetapan panduan yang telah dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/ko-makmur-terokai-pasaran-emas-global/ | KO-MAKMUR TEROKAI PASARAN EMAS GLOBAL | [
"KUANTAN: Koperasi Makmur Malaysia Berhad (KO-MAKMUR) bakal menerokai perniagaan emas pasaran global selepas Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta akademi kecemerlangan membabitkan industri emas beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini.",
"Pusat R&D dan akademi kecemerlangan yang pertama di Malaysia itu, kini dalam proses ubah suai membabitkan peruntukan kira-kira 3 juta Ringgit.",
"Ia akan mengkhususkan kepada R&D berkaitan kesenian, reka bentuk dan kaedah pemasaran produk berasaskan emas.",
"Menurut Pengerusi Ko-Makmur, Datuk Hishamuddin Abdullah, Ko-Makmur telah menjalinkan kerjasama strategik bersama SIRIM.",
"Ia sebagai permulaan untuk Ko-Makmur menerokai pasaran yang lebih besar dengan menjual produk yang berkualiti tinggi.",
"“Melalui pengiktirafan kualiti daripada SIRIM, ia memudahkan Ko-Makmur untuk meneroka pasaran global terutama di timur tengah dan Eropah,” katanya.",
"Pengiktirafan SIRIM juga akan memberi kesan yang positif kepada pasaran emas Makmur Gold.Melalui kerjasama tersebut, setiap produk emas Makmur Gold akan dinilai dan disahkan kualiti oleh SIRIM serta diberi nombor siri khas bagi mengelak pengguna ditipu.",
"Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM,Datuk Dr. Ahmad Sabirin berkata, potensi perniagaan berasaskan emas adalah sangat besar dan SIRIM sedia membantu serta membimbing Ko-Makmur dan Makmur Gold untuk meneroka pasaran luar negara.",
"“Pusat kecemerlangan yang kita akan bangunkan di SIRIM Pahang ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan kita harap lebih banyak pusat seperti ini akan dibangunkan bersama dengan Makmur Gold,” katanya.",
"Makmur Gold kini memiliki empat kedai emas iaitu di Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Bandar Baru Bangi.Tiga lagi kedai emas Makmur Gold bakal dibuka di Ipoh, Putrajaya dan Johor Baharu. – AlHijrah Online",
"Makmur Gold kini memiliki empat kedai emas iaitu di Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Bandar Baru Bangi."
] |
https://alhijrahnews.com/penunggang-motosikal-maut-terjatuh-bawah-lori/ | PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERJATUH BAWAH LORI | [
"PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal lelaki maut selepas dipercayai terlanggar tiang penghadang jalan sebelum terjatuh ke bawah lori yang sedang bergerak.",
"Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku di Plaza Tol Penchala dari arah Kepong ke Damansara, semalam.",
"Ujarnya, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.22 malam melibatkan kenderaan motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggang mangsa maut dan sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso.",
"“Siasatan awal mendapati lelaki warganegara tempatan berumur 21 tahun itu dipercayai terlanggar tiang penghalang lalu terjatuh ke bawah lori yang sedang bergerak selepas selesai membayar tol.",
"“Mangsa penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Menurut Mohamad Fakrudin, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.",
"Katanya siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca serta sebab kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.",
"“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 bagi membantu siasatan,” katanya. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/tiga-beranak-maut-dalam-kemalangan-babitkan-dua-kenderaan-di-tangkak/ | TIGA BERANAK MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN DUA KENDERAAN DI TANGKAK | [
"JOHOR BAHRU: Tiga maut manakala seorang remaja cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 13 Jalan Sengkang-Teratai di Tangkak petang semalam.",
"Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak DSP Idris Abdul Rahman berkata kejadian yang berlaku pada 4.30 petang itu melibatkan kereta Toyota Altis dan pacuan empat roda Toyota Hilux.",
"Beliau berkata mangsa yang terkorban adalah pasangan suami isteri berusia 56 dan 52 tahun serta anak perempuan mereka yang berusia 17 tahun.",
"“Pemandu, penumpang hadapan dan belakang Toyota Altis telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang belakang iaitu anak mereka yang juga remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Tangkak untuk rawatan lanjut.",
"“Maklumat mengenai pemandu dan penumpang Toyota Hilux masih belum diketahui, bagaimanapun mereka kini dirawat di Hospital Muar,” katanya kepada Bernama semalam.",
"Idris berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Altis yang dari Bukit Gambir menghala ke Kampung Teratai telah dilanggar oleh Toyota Hilux yang masuk ke laluan bertentangan.",
"Katanya ketiga-tiga mayat telah dibawa ke Rumah Mayat Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.",
"Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Shukor pula berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 3.42 petang.",
"“Kemalangan melibatkan lapan mangsa dengan lima daripada mereka mengalami kecederaan manakala tiga lagi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).",
"“Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran oleh ambulans KKM manakala mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada 6.24 petang. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pengiktirafan-anugerah-seri-angkasa-bukti-dakwah-santai-terima-sambutan/ | PENGIKTIRAFAN ANUGERAH SERI ANGKASA BUKTI DAKWAH SANTAI TERIMA SAMBUTAN | [
"KUALA LUMPUR: Pengiktirafan Anugerah Seri Angkasa kepada TV Alhijrah membuktikan program dakwah tidak hanya di dalam kerangka ceramah dan forum sahaja, malah boleh dilakukan dalam bentuk hiburan budaya popular dan animasi.",
"Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Namanzee Harris sebagai contoh, program Hijrahkan Laguku yang memenangi kategori Rancangan Realiti TV Terbaik merupakan eksperimentasi format dakwah dalam nyanyian dalam kerangka syariah.",
"“Pembuktian program realiti hiburan tidak perlu berlebih-lebihan dalam hiburan kebaratan dan boleh dikawal mengikut agama dan budaya orang timur,” katanya.",
"Bagi program Al-Qariah pula, Namanzee berkata ia meletakkan satu tanda aras penerbitan program dakwah berbentuk forum dan kaedah kesan bunyi khas pencahayaan.",
"Al-Qariah berjaya meraih memenangi kategori Rancangan Agama TV Terbaik dengan aplikasi seni audio visual, penceritaan yang mendalam yang mampu menangkap emosi penonton.",
"“Ia bersaing dengan program-program besar Islamik seperti Tilawah dan Halaqah, yang telah lama mendominasi rating program keagamaan,” katanya.",
"Selain itu program Ustaz Kartun dan Robojim yang mengungguli kategori Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik telah membuka ruang animasi dakwah yang belum habis diteroka.",
"“Insya-Allah, dengan kolaborasi antara TV AlHijrah dan ANIFEST kita akan melihat kerjasama bersama penerbit animasi tempatan,” kata Namanzee.",
"Dalam pada itu tambahnya, Malaysia mampu menjadi hub program TV mesra syariah yang menekankan kerangka Islamik kontemporari, sesuai dengan perkembangan semasa disamping menjadi pelantar dakwah Islam yang santai dan sampai.-AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/wanita-cedera-di-kepala-kereta-terbabas-ke-dalam-longkang/ | WANITA CEDERA DI KEPALA, KERETA TERBABAS KE DALAM LONGKANG | [
"SHAH ALAM: Seorang wanita cedera di bahagian kepala selepas kereta dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam longkang, dalam kejadian di Seksyen 18, di sini petang tadi.",
"Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.41 petang berhubung kejadian melibatkan mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi.",
"Katanya, kejadian berlaku disebabkan pemandu tersebut hilang kawalan sebelum kenderaan dipandunya termasuk ke dalam longkang.",
"“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala namun berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba yang berada di lokasi kejadian.",
"“Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bakal-haji-perlu-muat-turun-aplikasi-saudi-visa-bio-untuk-permohonan-visa/ | BAKAL HAJI PERLU MUAT TURUN APLIKASI SAUDI VISA BIO UNTUK PERMOHONAN VISA | [
"KUALA LUMPUR: Bakal jemaah haji perlu memuat turun aplikasi Saudi Visa Bio di telefon pintar masing-masing bagi tujuan permohonan visa haji pada tahun ini susulan penguatkuasaannya oleh kerajaan Arab Saudi.",
"Pengarah Eksekutif Haji, Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi Google Play store atau Apple app store.",
"Beliau berkata aplikasi itu merupakan inovasi baharu diperkenalkan kerajaan Arab Saudi pada musim haji tahun ini, bertujuan memudahkan permohonan visa selain memendekkan tempoh prosedur kemasukan bakal haji ke tanah suci melalui Jeddah dan Madinah. ",
"Permohonan visa melalui aplikasi itu merangkumi empat proses mudah iaitu melengkapkan alamat e-mel; memuat naik imbasan muka surat butiran peribadi dalam pasport Malaysia, imbasan muka dan imbasan 10 jari (biometrik).",
"“Bakal haji akan menerima e-mel pengesahan pendaftaran daripada Kementerian Luar Arab Saudi apabila maklumat peribadi telah berjaya dimuat naik ke dalam aplikasi tersebut melalui e-mel yang didaftarkan.",
"“Bakal haji juga diingatkan untuk terus menyerahkan pasport mereka kepada Tabung Haji (TH) setelah mendapat pengesahan ini bagi TH memproses visa haji bakal haji berkenaan,” katanya.",
"Syed Saleh berkata Malaysia merupakan antara lapan negara terawal di dunia selain Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kuwait, United Kingdom, Tunisia dan Morocco yang dipilih untuk projek perintis itu, mengambil kira reputasi Malaysia sebagai antara pengendali haji terbaik dunia yang telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan kemudahan daripada kerajaan Arab Saudi."
] |
https://alhijrahnews.com/ebit-lew-buat-laporan-polis-dakwa-difitnah/ | EBIT LEW BUAT LAPORAN POLIS, DAKWA DIFITNAH | [
"KUALA LUMPUR: Pendakwah, Ebit Lew membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah terhadap dirinya yang disifatkannya melampau dan tidak berasas.",
"Menerusi hantaran di Facebook, Ebit memaklumkan laporan tersebut dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi malam tadi.",
"“Baru sampai dari Jeddah 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya.",
"“Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.",
"Ebit juga memaklumkan beliau telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut berhubung perkara itu.",
"Laporan polis itu dipercayai dibuat selepas tular video wawancara seorang wanita Indonesia yang pernah dibantu Ebit sebelum ini. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/mava-gantung-jurulatih-tampar-pemain-remaja-perempuan/ | MAVA GANTUNG JURULATIH TAMPAR PEMAIN REMAJA PEREMPUAN | [
"KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih yang didakwa menampar dua pemain remaja perempuan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.",
"Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya juga telah mengambil langkah menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut dengan serta-merta serta akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi tujuan berkenaan.",
"“MAVA sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekerasan ke atas mana-mana pihak serta bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta Perlembagaan MAVA,” menurut kenyataan itu. ",
"Terdahulu, tular video memaparkan tindakan seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemain remaja perempuan. ",
"Insiden itu dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang diadakan pada 14 hingga 16 Dis lepas.",
"Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementerian itu tidak akan berkompromi dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat tindakan jurulatih itu.",
"Beliau berkata laporan penuh berkenaan isu itu akan menyusul dan kementeriannya turut memohon saksi untuk tampil bagi memberi keterangan.",
"“Tekad mewujudkan Sekolah Selamat untuk semua murid akan sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam ciapan menerusi Twitter rasminya malam ini. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pkp-2-0-pembelian-bawa-pulang-sahaja-dibenarkan-bagi-kedai-makan-gerai-penjaja/ | PKP 2.0: PEMBELIAN BAWA PULANG SAHAJA DIBENARKAN BAGI KEDAI MAKAN, GERAI PENJAJA | [
"KUALA LUMPUR: Kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi hanya untuk pembelian bawa pulang atau ‘take away’ bagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).",
"Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi negeri yang melaksanakan PKP Bersyarat dan Pemulihan, dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan.",
"Sementara itu, perkhidmatan penghantaran makanan juga dibenarkan operasi.",
"Tambah Muhyiddin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberikan jaminan bekalan di semua sektor peruncitan adalah mencukupi.",
"“Pemantauan terhadap barangan keperluan pengguna seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur- sayuran, telur, bawang, hand sanitizer dan pelitup muka akan dilakukan setiap hari,” katanya.",
"Terdahulu, pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021 dibenarkan hadir ke sekolah.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kes-denggi-meningkat-7-9-peratus-tiga-kematian-dilaporkan/ | KES DENGGI MENINGKAT 7.9 PERATUS, TIGA KEMATIAN DILAPORKAN | [
"PUTRAJAYA: Jumlah kes deman denggi meningkat 7.9 peratus kepada 2,638 kes pada Minggu Epidemiologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 21 Mei hingga 27 Mei, berbanding 2,444 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.",
"Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiga kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada ME21.",
"Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME21 meningkat 164.4 peratus kepada 46,257 kes berbanding 17,496 kes bagi tempoh sama 2022, manakala 31 kematian akibat komplikasi dilaporkan berbanding 10 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.",
"“Trend kes denggi bagi 2023 adalah lebih tinggi berbanding trend kes bagi median lima tahun dan 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti ‘hotspot’ pada ME21 menurun kepada 72 berbanding 77 pada minggu sebelumnya, dengan 53 lokaliti berada di Selangor, Pulau Pinang (8), Sabah (5), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (4) serta masing-masing satu lokaliti di Kedah dan Perak.",
"Beliau berkata bagi survelan chikungunya, tiga kes direkodkan pada ME21 dengan dua kes dari Selangor dan satu kes dari Kedah dengan jumlah kumulatif kes hingga kini adalah 134 kes. ",
"Menurutnya bagi survelan zika pula, 1,139 sampel darah dan 53 sampel urin telah dijalankan saringan dan hasil kesemuanya adalah negatif.",
"“Jarak terbang nyamuk aedes adalah dalam radius 200 meter dan sekiranya terdapat kes demam denggi di sesebuah kawasan, nyamuk infektif akan membawa virus denggi dalam jarak sekitar 200 meter dari rumah kes,” katanya. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/polis-kesan-wanita-larikan-gelang-emas-bernilai-rm10000/ | POLIS KESAN WANITA LARIKAN GELANG EMAS BERNILAI RM10,000 | [
"SEREMBAN: Polis sedang mengesan seorang wanita yang melarikan seutas gelang emas bernilai anggaran RM10,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah, Kuala Pilah, dekat sini, semalam.",
"Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata pihaknya menerima laporan polis daripada jurujual kedai berkenaan pada pukul 8.18 malam tadi.",
"“Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu, seorang wanita berusia dalam lingkungan 30an telah melarikan seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram.",
"“Wanita itu telah dibantu oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna merah tanpa nombor pendaftaran untuk melarikan diri selepas kejadian terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.",
"Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang memburu suspek.",
"Amran berkata anggota masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau mana-mana balai polis berhampiran.",
"Terdahulu, visual wajah suspek yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) telah tular di Facebook.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/polis-kesan-suspek-terlibat-kes-penemuan-puluhan-bangkai-kucing/ | POLIS KESAN SUSPEK TERLIBAT KES PENEMUAN PULUHAN BANGKAI KUCING | [
"KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 Mac lepas.",
"Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas dan telah pun membuka berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.",
"“Saya mengesahkan telah menerima laporan polis daripada pemilik rumah sewa berkenaan dan siasatan sedang dijalankan termasuklah mengenal pasti suspek terlibat,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.",
"Semalam Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun Facebooknya mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki berusia 31 tahun di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.",
"Perbuatan itu terbongkar selepas jiran-jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah itu.",
"Sehubungan itu MAA menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung perkara berkenaan.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/solat-berjemaah-tanpa-penjarakan-fizikal-di-kedah-mulai-1-april/ | SOLAT BERJEMAAH TANPA PENJARAKAN FIZIKAL DI KEDAH MULAI 1 APRIL | [
"ALOR SETAR: Semua masjid dan surau di Kedah dibenarkan menganjurkan solat berjemaah sama ada solat fardu, solat Jumaat dan solat sunat tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan mulai 1 April ini.",
"Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata kebenaran itu adalah selaras dengan fasa peralihan ke endemik yang akan berkuat kuasa di seluruh negara pada tarikh tersebut dan setelah mendapat perkenan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.",
"“Bagaimanapun, bagi aktiviti selain solat berjemaah penjarakan fizikal masih diwajibkan. Khutbah, ceramah, kuliah dan kelas pengajian di masjid atau surau dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh yang bersesuaian dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.",
"“Jamuan makan, gotong-royong dan kenduri dibenarkan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurang satu meter. Wirid dan doa selepas solat dilaksanakan secara ringkas dan bersesuaian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.",
"Beliau berkata pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau pada bulan Ramadan juga perlu mengikuti SOP yang sama.",
"Katanya, solat berjemaah bagi solat sunat tarawih, tahajud, witir dan lain-lain boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan mengikut kapasiti masjid atau surau.",
"Mohd Yusri berkata aktiviti bukan solat pada bulan Ramadan termasuk majlis berbuka puasa, sahur dan moreh pula perlu dijalankan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan makanan digalakkan disediakan secara berbungkus.",
"Katanya, jemaah juga masih dikehendaki mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka sepanjang berada di premis, mendaftar kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera, telah menerima suntikan vaksin yang lengkap serta digalakkan membawa sejadah sendiri.",
"“Jemaah juga dilarang berkumpul di dalam kawasan masjid dan surau selepas solat seperti bersembang, melepak dan seumpamanya, tidur di dalam masjid atau surau dan bersalaman atau berpelukan sesama jemaah,” katanya. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kes-basikal-lajak-rayuan-pemandu-wanita-didengar-hari-ini/ | KES BASIKAL LAJAK: RAYUAN PEMANDU WANITA DIDENGAR HARI INI | [
"KUALA LUMPUR: Rayuan pemandu wanita terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak lima tahun lalu, akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini (Isnin 18 April 2022).",
"Menerusi semakan sistem mahkamah, rayuan Sam Ke Ting, 27, akan didengar di hadapan panel hakim Mahkamah Rayuan 3, pada 9 pagi.",
"Pada 14 April lepas, peguam yang mewakili wanita itu, Muhammad Faizal Mokhtar telah memfailkan notis usul bagi kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April.",
"Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar, yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Ke Ting turut memerintahkan wanita itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda serta hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh pemenjaraan.",
"Mahkamah itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lepas, yang melepaskan dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan.",
"Hakim Abu Bakar dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati segala intipati kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah berjaya dibuktikan terhadap wanita itu.",
"Beliau berkata mahkamah bicara telah terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan Ke Ting hanya bersifat penafian semata-mata.",
"Hakim itu berkata mahkamah bicara juga terkhilaf apabila menerima pembelaan Ke Ting yang tidak mengetahui adanya aktiviti basikal lajak pada malam kejadian sebagai alasan untuk memandu keretanya secara merbahaya sehingga mengorbankan mangsa.",
"Ke Ting yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.",
"Dalam kejadian itu, lapan remaja maut terdiri daripada Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/gajah-naik-minyak-di-gerik-lima-individu-nyaris-maut/ | GAJAH NAIK MINYAK DI GERIK, LIMA INDIVIDU NYARIS MAUT | [
"GERIK: Lima individu nyaris maut selepas seekor gajah naik minyak dan bertindak memijak kenderaan yang dinaiki mereka.",
"Kelima-lima mangsa dilaporkan sempat keluar dan berjaya menyelamatkan diri.",
"Kejadian berlaku di Jalan Raya Timur-Barat dekat Gerik kira-kira jam tujuh malam semalam dan insiden itu dipercayai akibat gajah berkenaan terkejut selepas sebuah kenderaan lain membunyikan hon.",
"Kejutan hon itu menyebabkan mamalia itu bangun sebelum mengamuk dan memijak kereta mereka.",
"Ketua Polis Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood mengesahkan kejadian tersebut.",
"Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusof Sharif berkata pihakya akan melakukan siasatan lanjut dan beliau menasihatkan pemandu supaya bersabar dan tidak memasang lampu tinggi ketika melalui kawasan berkenaan pada waktu malam. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/ksn-kukuhkan-hubungan-dengan-media-di-lapang-sasar/ | KSN KUKUHKAN HUBUNGAN DENGAN MEDIA DI LAPANG SASAR | [
"KUALA LUMPUR: Hubungan baik antara organisasi kerajaan dengan pihak media penting bagi membantu menyebarluas maklumat dan dasar yang ingin disampaikan kerajaan kepada rakyat.",
"Hari ini usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan antara dua pihak itu diterjemah melalui pertandingan menembak Ketua Setiausaha Negara bersama wakil-wakil media.",
"Seramai 30 wakil media menyertai pertandingan itu yang diadakan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20, Putrajaya.",
"Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, objektif program tersebut adalah untuk membina saluran komunikasi terbuka antara organisasi kerajaan bersama media dalam pertukaran pendapat dan pandangan.",
"Selain itu program itu juga diharap mampu membina hubungan akrab dan kerjasama baik antara jabatan atau agensi kerajaan dengan media.",
"Program tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan, dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/felda-dsaji-aktifkan-food-for-frontliners-untuk-petugas-barisan-depan/ | COVID-19: FELDA D’SAJI AKTIFKAN FOOD FOR FRONTLINERS | [
"KUALA LUMPUR: Felda D’Saji mengaktifkan program Food For Frontliners bagi memberi sokongan kepada petugas barisan depan yang terpaksa berkerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.",
"Bermula hari ini, Felda D’saji menyampaikan sumbangan makanan tengah hari selama empat hari kepada petugas barisan depan, khususya petugas perubatan, anggota polis dan petugas media. ",
"Sebanyak 1,000 pek makanan diserahkan kepada petugas Hospital Besar Kuala Lumpur (Lobi A Wad COVID-19 HKL) hari ini, sebelum diikuti Klinik Kesihatan Titiwangsa (Saringan COVID-19) esok, Ibu Pejabat Polis Dearah Sentul (28 Mac) dan Hospital Putrajaya (Wad COVID-19) pada 29 Mac. (Setiap serahan membabitkan 250 pek makanan).",
"Felda D’Saji turut menyampaikan 60 pek makanan kepada petugas AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) tengah hari tadi sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosialnya itu. ",
"Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac hingga 14 April depan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang setakat ini mengorbankan 21 nyawa dan menjangkiti 1,796 individu. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/makan-plastik-antara-punca-kematian-lima-bangkai-penyu/ | MAKAN PLASTIK ANTARA PUNCA KEMATIAN LIMA BANGKAI PENYU | [
"KUALA TERENGGANU: Dua penyu agar ditemui mati terdampar di Pantai Batu Burok dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus , hari ini.",
"Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata kedua-dua haiwan yang dianggarkan berumur 20 tahun itu bersaiz panjang kira-kira 1.3 meter dan lebar sekitar 0.65 meter.",
"Katanya, ciri-ciri fizikal kedua-dua penyu yang dijumpai hari ini adalah lebih kurang sama dengan berat kedua-duanya kira-kira 40 hingga 50 kilogram.",
"Penemuan dua bangkai penyu itu menjadikan lima kes kematian spesies tersebut direkodkan dalam tempoh sebulan.",
"Ia termasuk penemuan di pantai penunjuk dekat Kijal, Kemaman pada 3 Januari dan Pelabuhan Chendering pada Rabu.",
"“Sisa-sisa buangan ini terutamanya plastik mengambil masa yang begitu lama untuk dimusnahkan sehingga sampai bertahun jadi apabila berada di laut dia terampai yang menjadi natijahnya antaranya penyu.",
"“Jadi saya menggesa masyarakat kita untuk lebih berdisiplin jaga kebersihan janganlah sesekali membuang sampah terutamanya plastik ke dalam sungai ataupun ke dalam laut” katanya.",
"Tambah Ruzaidi, kedua-dua bangkai tersebut ditanam di kawasan berhampiran ia dijumpai dan di percayai kedua-dua penyu yang ditemui hari ini mati akibat lemas ekoran tersangkut pada pukat tunda.",
"Semalam pihaknya turut menerima kes seekor anak penyu agar yang ditemukan mati dipercayai akibat termakan plastik di Pantai Pulau Kerengga di Marang.",
"Ruzaidi menyeru kepada semua pengusaha pukat tunda supaya memasang peranti penyisih penyu pada peralatan mereka seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan sebagai syarat untuk mereka mengendalikan pukat tunda.",
"Sepanjang tahun lepas, 51 kes kematian penyu dicatatkan oleh pihaknya dan majoriti melibatkan spesis penyu agar.",
"Beliau turut menyeru orang ramai supaya segera menghubungi hotline ‘fishcom’ di talian 03-88885019 atau 03-88704058 yang beroperasi 24 jam, sekiranya menemukan penyu hidup atau mati terdampar di pantai. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/43-rakyat-palestin-termasuk-kanak-kanak-cedera-dalam-serangan-zionis/ | 43 RAKYAT PALESTIN TERMASUK KANAK-KANAK CEDERA DALAM SERANGAN ZIONIS | [
"PALESTIN: Kira-kira 43 rakyat Palestin dilaporkan cedera termasuk kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dalam pertempuran dengan tentera Rejim Israel.",
"Sebelum itu, ribuan penduduk berhimpun di sepanjang pagar sempadan Gaza, bagi memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 52 tahun lalu.",
"Ikuti laporan Berita Alhijrah siaran 22 Ogos.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/14-kes-baharu-dilaporkan-dalam-gelombang-kedua-covid-19-di-malaysia/ | 14 KES BAHARU DILAPORKAN DALAM GELOMBANG KEDUA COVID-19 DI MALAYSIA | [
"KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini sehingga 12 tengah hari tadi, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. ",
"Dr Noor Hisham dalam kenyataannya hari ini berkata, seperti dimaklumkan sebelum ini, gelombang pertama jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia merangkumi 22 kes positif COVID-19 (iaitu kes pertama sehingga kes ke-22) telah sihat dan discaj. ",
"“Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan. ",
"“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan berhubung situasi terkini COVID-19. ",
"Dr\nNoor Hisham berkata bagi gelombang kedua ini, terdapat satu (1) kluster COVID-19\nyang dikenal pasti. ",
"Beliau berkata kluster ini melibatkan kes positif ke-26 dan berdasarkan siasatan dan pengesanan kontak dijalankan sehingga kini, terdapat 215 kontak rapat yang dikesan. ",
"“Daripada jumlah kontak rapat tersebut, 16 kes dikesan positif COVID-19, 19 adalah negatif dan 180 menunggu keputusan,” katanya.",
"Ketua\nPengarah Kesihatan memaklumkan bahawa siasatan mengenai kluster kes terbaru ini\nmasih diteruskan. ",
"“KKM berharap semua pihak dapat bertenang dan sentiasa bekerjasama dengan memberi maklumat yang tepat apabila dihubungi atau dikenal pasti sebagai kontak rapat. ",
"“KKM juga ingin menasihatkan kepada organisasi yang telah dikesan kes positif agar tidak perlu membuat penutupan pejabat, namun memadai menjalankan disinfeksi,” katanya meminta semua pihak tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam. ",
"Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan dengan kolaborasi pihak swasta juga akan menjalankan perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah orang awam yang ingin menjalankan ujian pengesanan COVID-19, di mana caj akan dikenakan oleh pihak swasta itu. ",
"“Pengumuman\nrasmi mengenai perkara ini akan menyusul dalam masa terdekat,” katanya. –\nAlHijrah Online "
] |
https://alhijrahnews.com/ulama-politik-jangan-suka-suka-tukar-fatwa-ahmad-zahid/ | ULAMA POLITIK JANGAN SUKA-SUKA TUKAR FATWA – AHMAD ZAHID | [
"KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati golongan ulama politik supaya tidak sesuka hati menukar hukum dan fatwa agama.",
"Ahmad Zahid berkata tindakan itu, boleh menyebabkan golongan tersebut tidak dihormati rakyat dan umat Islam sendiri.",
"“Kalau dia buat, sedekah. Kalau kita (buat) panggil rasuah. Ulama ini jangan tukar-tukar hukumlah, jangan tukar fatwalah. Akhirnya ulama politik tidak dihormati oleh rakyat dan orang Islam,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di sini hari ini.",
"Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang mempertahankan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya yang dikatakan tidak menyalahi peraturan, kerana mendakwa ia sedekah kepada pengundi oleh orang awam.",
"Kenyataan Abdul Hadi itu susulan tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).",
"Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO berkata sebagai ulama, golongan itu perlu berintegriti dan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/as-serang-somalia/ | AS serang Somalia | [
"MOGADISHU , 10 Januari – Tentera\nAmerika Syarikat (AS) melancarkan beberapa siri serangan udara di Somalia,\ntermasuk salah satu daripadanya yang membunuh enam anggota kumpulan militan.",
"Menurut laporan Sinar Online, serangan itu adalah sebahagian daripada misi serangan yang mana tentera AS bekerjasama dengan pasukan keselamatan Kesatuan Afrika dan Somalia untuk memerangi gerakan militan Al-Shabaab. Menurut Pangkalan AS di Afrika (Africom), tentera AS melancarkan serangan setiap hari bermula 6 hingga 8 Januari yang mengorbankan 16 ahli kumpulan militan. ",
"Pada 2 Januari, dalam serangan\npertama AS pada 2019 di Somalia, 10 ahli kumpulan Al-Shabaab terbunuh. Pentagon\nmeningkatkan serangan di Somalia sejak beberapa tahun lalu, selepas Presiden\nDonald Trump melonggarkan kekangan berhubung bila tentera AS boleh mengambil\ntindakan terhadap pihak yang didakwa pengganas itu. "
] |
https://alhijrahnews.com/kerajaan-tidak-campur-tangan-siasatan-sprm-terhadap-bersatu/ | KERAJAAN TIDAK CAMPUR TANGAN SIASATAN SPRM TERHADAP BERSATU | [
"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak mencampuri urusan badan siasatan dan penguatkuasaan termasuk dalam siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Bersatu.",
"Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini, beliau menegaskan bahawa badan siasatan dan penguatkuasaan serta kehakiman kekal bebas untuk menjalankan siasatan masing-masing.",
"Anwar berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi parti pembangkang untuk membuat tuduhan terhadap Kerajaan Perpaduan berhubung isu tersebut.",
"“Kita tidak ulangi sikap menekan seperti dilakukan dan kita tidak gunakan badan-badan (siasatan dan penguatkuasaan) ini,” katanya.",
"Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam dilaporkan berkata parti itu melahirkan rasa kesal terhadap tindak-tanduk kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang menjadikan agensi di bawah pemerintahannya sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka.",
"Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahkan SPRM telah membekukan akaun milik Bersatu bagi tujuan membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.",
"Mengenai siasatan terhadap Bersatu, Perdana Menteri berkata terdapat laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM tentang penggunaan wang oleh parti itu.",
"Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mendapati wujud projek-projek tanpa tender yang menelan belanja terlalu tinggi sewaktu negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). ",
"Memberi contoh projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa) dan tebatan banjir, Anwar berkata beliau mendapati kos projek itu adalah terlalu tinggi.",
"Projek JanaWibawa diperkenal bagi mempercepatkan pelaksanaan projek untuk merancakkan ekonomi negara semasa dan pascapandemik COVID-19.",
"Anwar berkata pimpinan Bersatu perlu menjelaskan bagaimana wang lebih RM300 juta boleh diperoleh oleh parti itu dalam masa yang singkat.",
"“Harus pimpinan parti sekiranya mereka benar bersih seperti yang diceritakan, dia kena jelaskan kepada badan penyiasat mengapa dalam masa singkat begitu boleh mengumpul wang begitu banyak, dari sumber mana dan kepada siapa.",
"“(Perkara itu) kemudian akan dibawa ke Peguam Negara mengikut proses, lebih daripada itu saya tidak tahu. Apa nak ditegaskan oleh kami dalam pimpinan Kerajaan Perpaduan adalah arahan siasatan untuk semua tidak terkecuali sama ada parti kerajaan atau pembangkang,” katanya.",
"Ditanya mengenai gesaan supaya PKR turut mendedahkan akaun parti itu, Anwar yang juga Presiden PKR berkata parti itu tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian sekiranya diminta oleh SPRM.",
"“(SPRM) boleh semak mana-mana parti, Bersatu tidak dedahkan akaun tetapi didedahkan oleh penyiasat. ",
"“Saya tiada masalah dan akaun (PKR) diaudit dan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengikut jadual ditetapkan tahunan,” katanya.",
"Semalam, Datuk Dr Marzuki Mohamad yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menggesa PKR dan DAP mendedahkan akaunnya termasuk akaun amanah yang dipegang bagi pihak parti itu.",
"Anwar menegaskan yang Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan untuk terus melaksanakan tata kelola yang baik dalam pentadbirannya. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bajet-2023-ambil-kira-manisfesto-semua-parti-dalam-kerajaan-perpaduan-ahmad/ | BAJET 2023 AMBIL KIRA MANISFESTO SEMUA PARTI DALAM KERAJAAN PERPADUAN – AHMAD | [
"CHUKAI: Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Feb depan akan mengambil kira manifesto semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.",
"Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata urus setia khas bajet baharu telah ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji manifesto parti yang positif untuk dimasukkan dalam bajet berkenaan.",
"Selain itu beliau berkata beberapa penambahbaikan juga akan dipertimbangkan dalam Bajet 2023 itu bagi memastikan ia memenuhi keperluan dan agenda rakyat.",
"“Ada pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan yang membentuk dua pertiga majoriti. Setiap parti ada manifesto-manifesto yang baik untuk dilaksanakan.",
"“Urus setia khas yang meneliti manifesto parti dalam Kerajaan Perpaduan telah ditubuhkan untuk teliti perkara-perkara ini,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja di Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kemaman di sini hari ini.",
"Selain itu, Ahmad berkata kerajaan juga tiada halangan untuk meneruskan perkara positif yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2023 sebelum ini.",
"Beliau berkata sebagai contoh pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM150 kepada setiap pelajar tanpa mengira pendapatan keluarga yang akan mula diagihkan pada 12 Jan depan.",
"“Hal-hal bajet akan dibincangkan pada mesyuarat kementerian (Kementerian Kewangan) pada mesyuarat 3 Jan depan. ",
"“Terpulang kepada Perdana Menteri untuk memutuskan tema bajet dan kandungannya,” katanya.",
"Sebelum ini Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Okt lepas. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kontak-rapat-terima-dos-penggalak-tidak-bergejala-tidak-perlu-kuarantin/ | KONTAK RAPAT TERIMA DOS PENGGALAK, TIDAK BERGEJALA TIDAK PERLU KUARANTIN | [
"PUTRAJAYA: Individu yang telah menerima dos penggalak dan menjadi kontak rapat pesakit COVID-19, tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya tidak bergejala, berkuat kuasa Selasa 1 Mac 2022.",
"Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, individu tersebut perlu menjalani ujian RTK kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir terdedah kepada kes positif COVID-19.",
"Tambahnya, bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap tetapi tidak menerima lagi dos penggalak perlu menjalani kuarantin lima hari sekiranya tidak bergejala atau bergejala.",
"“Bagi individu yang tiada vaksinasi ataupun tidak lengkap perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari sekiranya tidak bergejala ataupun bergejala.",
"“Untuk individu di bawah 18 tahun pula, mereka yang lengkap vaksinasi, perlu menjalani kuarantin lima hari manakala yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi, perlu kuarantin selama tujuh hari,” katanya.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/baling-dilanda-banjir-102-penduduk-dipindahkan/ | BALING DILANDA BANJIR, 102 PENDUDUK DIPINDAHKAN | [
"ALOR SETAR: Seramai 102 penduduk terdiri daripada 33 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir kilat di daerah Baling, malam tadi.",
"Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata dua PPS tersebut adalah Masjid Islahiyah Tawar dan Masjid Binjul Luar.",
"“PPS Masjid Islahiyah Tawar yang dibuka pada pukul 11 malam menempatkan 91 mangsa daripada 31 keluarga, manakala PPS Masjid Binjul Luar yang dibuka pada 12 tengah malam itu pula menempatkan 11 mangsa daripada dua keluarga.",
"“Kesemua mangsa dipindahkan ke dua PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlaku di sekitar Baling sejak petang, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Menurut beliau hujan lebat itu juga telah menyebabkan air Sungai Ketil melimpah ke tebing di Kampung Padang Empang dan Kampung Iboi.",
"Beliau berkata bacaan paras air sungai berkenaan yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Stesen Sungai Ketil di Kampung Kuala Pegang menunjukkan melebihi paras bahaya iaitu 36.19 meter setakat 8 malam tadi.",
"“Kesemua mangsa yang dipindahkan berada dalam keadaan selamat dan sedang dipantau oleh agensi yang terlibat serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/peluncur-udara-maut-cuaca-angin-bukan-punca-insiden-polis/ | PELUNCUR UDARA MAUT : CUACA, ANGIN BUKAN PUNCA INSIDEN – POLIS | [
"KUALA LUMPUR: Faktor cuaca dan angin bukanlah punca berlaku insiden seorang para peluncur maut selepas payung terjun dikendalikannya hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, semalam.",
"Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata insiden itu berlaku dipercayai berpunca daripada masalah teknikal yang belum dapat dikenal pasti sehingga mengakibatkan mangsa tersangkut di atas pokok pada ketinggian 12.19 meter.",
"“Siasatan awal polis mendapati mangsa membuat terjunan dua kali pada hari sama semasa kejadian dan siasatan lanjut mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah. Polis juga telah membuka satu kertas siasatan yang diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Semalam, Mohammad Farhad Khalid, 44, maut selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti luncur udara di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu.",
"Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 4.56 petang dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi.",
"Bomba mengambil masa selama dua jam untuk menurunkan mangsa dari Subang Jaya itu berikutan ketinggian dan lokasi pokok berkenaan.",
"Beberapa Orang Asli yang berada di lokasi kejadian terlebih dahulu memanjat pokok berkenaan dan mengikat mangsa menggunakan tali payung terjun bagi mengelak lelaki itu terjatuh. ",
"Bagaimanapun, Mohammad Farhad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pemandu-ekskavator-maut-tertimbus-runtuhan-batu-di-pokok-sena/ | PEMANDU EKSKAVATOR MAUT TERTIMBUS RUNTUHAN BATU DI POKOK SENA | [
"ALOR SETAR: Seorang pemandu ekskavator maut selepas tertimbus runtuhan batu di tapak pembinaan di Jalan Padang Tembak, dekat Pokok Sena, hari ini.",
"Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Nasir Awang Ali yang berusia 40 tahun.",
"“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.37 pagi berhubung kejadian runtuhan batu daripada kerja-kerja menimbun di tapak pembinaan dan mangsa yang terlibat merupakan pemandu ekskavator.",
"“Saksi yang berada di lokasi kejadian ternampak mangsa sempat melompat keluar dari jentera berkenaan tetapi gagal ke lokasi yang selamat. Dianggarkan kedalaman mangsa tertimbus adalah 3.048 meter,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.",
"Beliau berkata mangsa telah ditemukan pada 12.38 tengah hari setelah operasi pencarian yang dibahagikan kepada dua sektor digerakkan di lokasi kejadian.",
"“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi telah ditamatkan sepenuhnya pada 12.51 tengah hari,” katanya. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/suspek-pencemaran-toksik-belum-didakwa/ | Suspek pencemaran toksik belum didakwa | [
"KUALA LUMPUR – Pendakwaan seorang suspek kes pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor Bahru tidak diadakan hari ini.",
"Perkara itu disahkan Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri, Dr. Sahruddin Jamal ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.",
"Menurut beliau, walaupun kertas siasatan mahkamah telah dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP), pihak berkenaan meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menambah beberapa lagi maklumat.",
"Pendakwaan akan dibuat setelah mendapat arahan lanjut dari pihak TPR.",
"Terdahulu, kira -kira 20 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di perkarangan Mahkamah Majistret, di sini seawal jam 7 pagi untuk membuat liputan mengenai pendakwaan terhadap suspek yang merupakan pengusaha sebuah kilang tayar kitar semula di Kulai itu.",
"Semalam,\n Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan \nIklim (Mestecc), Yeo Bee Yin memaklumkan kertas siasatan berhubung \nkejadian berkenaan telah diserahkan kepada pejabat TPR untuk tindakan \nlanjut.",
"Menurutnya, sekiranya penelitian selesai dibuat, suspek yang ditahan baru-baru ini akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat seawal hari ini. Suspek bakal berhadapan pertuduhan di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975."
] |
https://alhijrahnews.com/pu-azman-didakwa-lagi-hadapi-empat-tuduhan-jenayah-seksual-terhadap-tiga-remaja/ | PU AZMAN DIDAKWA LAGI, HADAPI EMPAT TUDUHAN JENAYAH SEKSUAL TERHADAP TIGA REMAJA | [
"KLANG: Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dihadapkan ke dua mahkamah di sini hari ini, atas empat pertuduhan jenayah seksual membabitkan tiga remaja lelaki antara Februari hingga Ogos lepas.",
"Azman Syah, 41, didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Feb serta 29 Jun lepas.",
"Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.",
"Azman Syah turut didakwa atas satu pertuduhan menggalakkan seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun dengan berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp sekitar 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru, di sini pada 16 Ogos lepas.",
"Dia dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.",
"Hakim Syafeera Mohd Said membenarkan Azman Syah diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kesemua pertuduhan itu.",
"Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Azman Syah didakwa atas satu lagi pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, di sini pada 9.15 malam pada 10 Jun lepas.",
"Dia dituduh mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.",
"Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000.",
"Pendakwaan bagi kesemua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala Azman Syah diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah.",
"Kedua-dua mahkamah juga mengenakan syarat jaminan tambahan kepada tertuduh iaitu tidak boleh mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran rumahnya setiap awal bulan bermula bulan ini. ",
"Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 12 Jan tahun depan. ",
"Azman Syah sebelum ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual ke atas dua remaja lelaki bawah umur di Mahkamah Sesyen di Seremban pada 12 Okt lalu.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kamera-badan-pantau-pegawai-tiada-integriti/ | Kamera badan pantau pegawai tiada integriti | [
"KUALA LUMPUR – Penggunaan kamera badan mampu mengurangkan kes salah\nlaku anggota penguat kuasa dan kebocoran hasil negara.",
"Peguam, M Hafiz Zainol Abidin yang ditemubual Sinar Harian menyatakan,\ndari satu sudut ia mungkin boleh mengurangkan kes berkaitan salah laku\nmana-mana penguat kuasa kerana setiap pergerakan dan tindakan mereka akan\ndipantau. ",
"“Ia menjadi salah satu mekanisme pemantauan ketat terhadap mereka.\nLangkah ini akan lebih mendidik dan memastikan setiap tugasan pihak penguat\nkuasa mengikut prosedur operasi standard (SOP). Ini perkembangan yang positif,”\nkatanya.",
"Menurut beliau lagi, cadangan itu juga tidak memerlukan sebarang\npindaan dan penggubalan akta sedia ada, hanya memerlukan arahan tetap atau\npekeliling kepada pihak penguat kuasa dan memerlukan tempoh percubaan.",
"Selain itu, rakaman video juga merupakan ‘documentary evidence’, satu\nbentuk pembuktian yang diterima dari sudut undang-undang dan terpakai dalam\nproses pengadilan di mahkamah, malah pembuktian cara ini lebih jelas dan tepat.\n",
"Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin\nmenjelaskan, kerajaan bercadang untuk menggunakan kamera badan kepada semua\nanggota polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen sebagai\nusaha mengekang kebocoran hasil negara.",
"Beliau berkata, langkah tersebut diambil berikutan negara kerugian\nsekitar RM3 hingga RM5 bilion setahun akibat masalah integriti pegawai dan\nkekurangan peralatan teknologi terkini sehingga mengalami kebocoran hasil di\npintu keluar masuk negara.",
"Mengikut statistik, rasuah dalam kalangan penjawat awam dan penguat\nkuasa kebanyakannya bukanlah dari mereka yang berpangkat tinggi."
] |
https://alhijrahnews.com/mayat-pemandu-hilux-terjunam-di-sungai-dijumpai/ | MAYAT PEMANDU HILUX TERJUNAM DI SUNGAI DIJUMPAI | [
"BESUT: Seorang lelaki yang dipercayai lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terjunam di sungai dekat Jambatan Tembila pada semalam telah ditemui kira-kira jam 6.09 petang tadi.",
"Jasad Shukri Wahab, 52, ditemui oleh orang awam kira-kira 6 kilometer dari lokasi kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki bersama isterinya dilaporkan terjatuh.",
"Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman, mayat lelaki itu ditemui tersangkut pada pukat oleh orang awam yang turut membantu dalam operasi pencarian tersebut.",
"Mayat Shukri berjaya dibawa ke daratan pada jam 6.40 petang sebelum di hantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk siasatan lanjut.",
"Semalam, Berita AlHijrah melaporkan, perjalanan mangsa dari Bachok ke Kuala Terengganu untuk menghantar kad undangan majlis perkahwinan anak perempuannya berakhir tragedi apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu terjunam ke dalam Sungai Tembila di Kampung Pengkalan Kubur. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kerajaan-persekutuan-akan-dibentuk-dalam-masa-terdekat-muhyiddin/ | KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN DIBENTUK DALAM MASA TERDEKAT – MUHYIDDIN | [
"KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat.",
"Menurutnya beliau telah menerima kunjungan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pagi ini berkenaan perkara itu.",
"“Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen Bebas. Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook dan Twitternya, hari ini.",
"Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan perbincangan antara beliau, Abdul Hadi dan Abang Johari, yang juga merupakan Premier Sarawak.",
"Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam menyaksikan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan baharu.",
"Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi, PN (73); Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (6); Warisan (3); Bebas (2) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing meraih satu kerusi.",
"Semalam Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata PN sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti yang dapat menerima prinsip dan perjuangan gabungan itu dalam membentuk kerajaan yang bersih dan stabil, kecuali dengan PH. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/sultan_johor_guru_seharusnya_menjadi_contoh_kepada_anak_murid_ambil_suntikan_vaksin/ | SULTAN JOHOR: GURU SEHARUSNYA MENJADI CONTOH KEPADA ANAK MURID, AMBIL SUNTIKAN VAKSIN | [
"JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambilan vaksin untuk melindungi diri, keluarga, serta masyarakat.",
"Titah baginda, pengambilan vaksin adalah penting dan perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok di negara ini, seterusnya berupaya membendung penularan jangkitan COVID-19.",
"“Guru-guru patut jadi contoh dan melindungi anak murid, bukannya membahayakan mereka, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi. Saya dan keluarga juga sudah lengkap mengambil dua dos vaksin.",
"“Jangan mudah terpengaruh dengan golongan anti vaksin sebagaimana saya tegaskan sebelum ini. Percayalah pakar perubatan kita yang bertauliah. Mereka yang menolak vaksin tanpa sebab yang sahih seolah-olah merelakan diri dijangkiti,” titahnya menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.",
"Baginda bertitah demikian bagi mengulas laporan seramai seramai 779 guru di Johor enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.",
"Semalam, Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan kepada kumpulan guru terbabit mengenai kebaikan vaksin supaya mereka sedia menerima suntikan.",
"“Saya berharap agar semua rakyat Johor dapat suntikan vaksin dengan segera, supaya boleh kembali bekerja, berniaga dan menjalani kehidupan seperti biasa,” titah baginda.",
"Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga semalam bertitah akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang didakwa enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.—AlHijrah Online",
"—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/korban-akibat-pesawat-terhempas-di-tasik-tanzania-cecah-19-orang/ | KORBAN AKIBAT PESAWAT TERHEMPAS DI TASIK TANZANIA CECAH 19 ORANG | [
"DAR ES SALAAM: Angka korban akibat pesawat Tanzania terhempas di Tasik Victoria meningkat kepada 19 nyawa pada Ahad, kata Perdana Menteri Kassim Majaliwa.",
"Majaliwa yang melawat lokasi nahas di pantai Tasik Victoria di daerah Bukoba, Kagera berkata beberapa penumpang mungkin masih terperangkap dalam bangkai pesawat berkenaan.",
"Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (TCAA) memaklumkan bahawa penerbangan Precision Air dengan nombor pendaftaran 5H-PWF dalam perjalanan dari Dar es Salaam ke Bukoba mengalami masalah ketika mendarat pada 8.45 pagi waktu tempatan (0545 GMT), lapor Xinhua.",
"Pegawai perubatan wilayah Kagera, Isesanda Kaniki sebelum ini berkata sekurang-kurangnya tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.",
"Precision Air memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa pesawat itu membawa 39 penumpang termasuk 38 dewasa dan seorang bayi serta empat anak kapal sebelum terhempas di Tasik Victoria ketika menghampiri lapangan terbang Bukoba.",
"Pasukan penyiasat terdiri kakitangan teknikal Precision Air dan pakar penerbangan dari TCAA dihantar untuk menyertai pasukan penyelamat, menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/12-individu-termasuk-youtuber-ditahan-bergaduh-di-gelanggang-futsal/ | 12 INDIVIDU TERMASUK YOUTUBER DITAHAN BERGADUH DI GELANGGANG FUTSAL | [
"SUBANG JAYA: Seorang Youtuber termasuk 11 lelaki ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Taman Perindustrian Subang.",
"Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, semua individu itu ditahan kira-kira jam 1 pagi tadi dalam dua serbuan di sekitar Lembah Klang.",
"“Youtuber tersebut dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.",
"“Suspek akan direman mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.",
"Tambahnya, pergaduhan tersebut berlaku akibat perselisihan faham semasa perlawanan persahabatan futsal yang melibatkan dua pasukan.",
"Abd Khalid berkata, kejadian berpunca apabila seorang remaja melakukan terjahan keras terhadap seorang lelaki ketika permainan.",
"Bagaimanapun, individu yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut dipukul oleh kira-kira 10 individu, katanya.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/20-terbunuh-dalam-pertempuran-di-jawf-yaman/ | 20 TERBUNUH BERTEMPUR DI JAWF, YAMAN | [
"SANA’A: Pertempuran di antara tentera kerajaan Yaman dengan pemberontak Houthi di timur laut wilayah Jawf semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 20 pejuang daripada kedua-dua pihak, kata jurucakap kerajaan tempatan dalam satu kenyataan rasmi. ",
"Memetik Xinhuanet, pertempuran di kawasan al-Aqabah, pinggir barat daya wilayah Jawf, mencederakan puluhan mangsa dan berpuluh keluarga terpaksa melarikan diri, kata seorang pegawai di Jawf yang enggan dikenali.",
"Beliau berkata pertempuran itu merebak ke kawasan berhampiran bandar lama Baraqish, juga di Jawf, kira-kira 140km timur laut bandar Sana’a.",
"Sementara itu, tentera pakatan diketuai Arab Saudi meneruskan serangan udara ke atas kawasan Houthi dengan TV Masirah melaporkan sekurang-kurangnya 21 serangan udara berlaku semalam.",
"Pertempuran dan serangan udara itu juga memuncak di beberapa bahagian di daerah Nehm di Sana’a ketika pemberontak Houthi menguasai pergunungan yang menghadap jalan yang menghubungkan Sana’a dengan wilayah Jawf dan Marib, demikian menurut laman web pro-pemerintah al-Masdar Online.",
"Pertempuran di Nehm dan Jawf meningkat selepas serangan peluru berpandu Houthi minggu lalu di wilayah Marib yang mengorbankan lebih 100 tentera Yaman.",
"Utusan PBB Yaman, Martin Griffiths menyeru semua pihak di Yaman “supaya menghentikan kegiatan kententeraan,” dalam amarannya bahawa peningkatan seperti itu akan menggagalkan proses damai.",
"Yaman terbelenggu dalam perang saudara sejak lewat 2014 ketika pemberontak Houthi disokong oleh Iran menguasai sebahagian besar wilayah utara negara itu dan memaksa Kerajaan Yaman yang sah diketuai Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi, lari dari Sana’a. — Terjemahan AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/hfmd-melaka-tutup-taska-tadika-jika-diarahkan-kkm/ | HFMD: MELAKA TUTUP TASKA, TADIKA JIKA DIARAHKAN KKM | [
"MELAKA: Melaka hanya akan menutup kesemua taska dan tadika sekiranya mendapat nasihat atau arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), walaupun kes mingguan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri itu meningkat.",
"Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin berkata setakat ini hanya 11 pusat asuhan kanak-kanak diarah tutup di Melaka sejak HFMD mula menular.",
"“Bagaimanapun setakat ini, tiada arahan penutupan bagi kesemua tadika, taska dan pusat jagaan harian di Melaka. Jika ada arahan mengenai penutupan itu baru kami tutup kesemuanya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.",
"Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Keselamatan dan Kesihatan di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), yang turut dihadiri Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah.",
"Terdahulu media melaporkan, kes HFMD di Melaka mencatatkan peningkatan ketara iaitu 977 kes setakat minggu lepas berbanding hanya 95 bagi tempoh sama tahun lalu.",
"Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Rusdi Abd Rahman berkata 13 kluster telah dilaporkan melibatkan 11 premis iaitu tujuh di Jasin, tiga di Melaka Tengah dan sebuah premis di Alor Gajah, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/jangan-bawa-anak-kecil-ke-bazar-elak-jangkitan-covid-19/ | JANGAN BAWA ANAK KECIL KE BAZAR, ELAK JANGKITAN COVID-19 | [
"BAGAN SERAI: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan COVID-19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.",
"Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.",
"“Melihat suasana hari pertama bazar Ramadan di Bagan Serai ini, kami dapati ramai pengunjung membawa anak kecil di tempat yang penuh sesak.",
"“Kalau tempat sempit ini sebaiknya jangan bawa anak-anak, kita tidak mahu menyambut Ramadan dalam keadaan sedih dan sibuk di hospital,” katanya.",
"Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengedarkan kurma di Bazar Ramadan Bagan Serai di sini semalam.",
"Dr Noor Azmi berkata data terkini menunjukkan vaksinasi kanak-kanak hanya sebanyak 38 peratus manakala remaja 91.7 peratus dan dos penggalak pula 67.3 peratus.",
"“Ini menunjukkan vaksinasi membabitkan kanak-kanak masih di tahap yang perlahan dan kami berharap ibu bapa mendapatkan vaksinasi untuk anak-anak mereka secepat mungkin,” katanya.",
"Dalam perkembangan lain, Dr Noor Azmi berkata keputusan memendekkan tempoh kuarantin dan memanggil petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 untuk kembali bekerja bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan di hospital dilakukan berdasarkan fakta sains dan nasihat pakar.",
"Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana keputusan itu juga adalah syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang membuat penilaian data saintifik dan bukannya secara semberono.",
"“Kuarantin dipendekkan kerana pekerja Kementerian Kesihatan (KKM) juga terkena jangkitan COVID-19, antaranya menjadi kontak rapat namun rawatan dan program (tugas) di hospital agak tergendala sekiranya mereka menjalani kuarantin yang lama.",
"“Oleh itu, penilaian dibuat daripada mereka yang telah divaksinasi sepenuhnya dan menerima dos penggalak serta tiada simptom lagi selain tiada rekod komorbid barulah diberi kuarantin pendek supaya dapat kembali bekerja dan menjalankan tugas.",
"“Ini amat penting supaya keadaan hospital tidak terganggu dan lumpuh,” katanya.",
"Baru-baru ini, gabungan pekerja penjagaan kesihatan menggesa KKM untuk mempertimbangkan semula keputusan memendekkan tempoh kuarantin kepada pekerja kesihatan dan sebaliknya memperkenalkan perlindungan tambahan.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/surah-al-sajdah-dipilih-untuk-program-malaysia-quran-hour/ | SURAH AL-SAJDAH DIPILIH UNTUK PROGRAM MALAYSIA #QURANHOUR | [
"KUALA LUMPUR: Surah Al-Sajdah dipilih pada program Malaysia #QuranHour yang diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2022.",
"Program yang dijalankan serentak di seluruh negara hari ini menyaksikan sebanyak 1,894 lokasi didaftarkan untuk penganjuran program, selain satu lokasi di luar negara iaitu Brunei.",
"Di Putrajaya, kira-kira 3,000 jemaah hadir bagi mengimarahkan program Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas dua tahun program itu dijalankan secara sederhana disebabkan penularan wabak COVID-19.",
"Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff berkata program bertemakan ‘Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ berjaya menarik peserta dari seluruh negara untuk bersama-sama menghayati surah Al-Sajdah sebagai satu solusi untuk mengatasi kesombongan dalam diri insan.",
"Program yang bermula pada 12 tengah hari itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Al-Baqarah ayat 1 hingga 5, diikuti Surah Al-Sajdah dengan bimbingan Qari Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan, Amirahman Abas, Abdul Khair Jalil, Ahmad Tirmizi Ali dan Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.",
"Program itu turut melibatkan sesi tadabbur oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF Fazrul Ismail, Pegawai Khas Ketua Pengarah JAKIM Mohamad Zarifi Mohamad Daud serta pensyarah di Jabatan Usuluddin, Universiti Sultan Azlan Shah Dr Syafiq Sahimi. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/semua-perkhidmatan-rel-kendalian-rapid-kl-beroperasi-4-pagi-31-ogos/ | SEMUA PERKHIDMATAN REL KENDALIAN RAPID KL BEROPERASI 4 PAGI, 31 OGOS | [
"KUALA LUMPUR: Semua operasi rel merangkumi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.",
"Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan 50 bas perantara percuma disediakan dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya yang turut akan beroperasi bermula 4 pagi.",
"Selain itu, tiga perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Kompleks Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya juga disediakan.",
"Bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, sambutan berkenaan yang bertaraf nasional dan berskala besar dijangka menerima pengunjung menjangkau 100,000 orang.",
"Putrajaya sebelum ini menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/tragedi-rempuhan-itaewon-acara-halloween-persembahan-k-pop-dibatalkan/ | TRAGEDI REMPUHAN ITAEWON: ACARA HALLOWEEN, PERSEMBAHAN K-POP DIBATALKAN | [
"SEOUL: Kebanyakan perayaan Halloween, acara dan perarakan serta persembahan bintang K-pop dibatalkan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kerajaan dan penganjur pada Ahad, di saat negara berkabung atas kematian sekurang-kurangnya 153 orang dalam kejadian rempuhan pada Sabtu.",
"Lebih 103 yang lain turut cedera dalam kejadian yang berlaku di lereng bukit di Itaewon, Seoul susulan puluhan ribu orang mengunjungi kawasan itu sempena perayaan Halloween.",
"Kerajaan menetapkan tempoh berkabung bermula Ahad hingga Sabtu dan mengarahkan bendera di bangunan kerajaan dan pejabat awam dikibarkan separuh tiang.",
"Agensi superstar global BTS, Big Hit mengumumkan akan menangguhkan semua aktiviti yang dijadualkan untuk debut solo Jin “The Astronaut” dengan kumpulan rock British Coldplay.",
"SM Entertainment yang mengendalikan artis seperti Girls’ Generation, EXO, Super Junior, NCT dan aespa turut mengumumkan acara Halloween yang dijadual pada hari itu dibatalkan.",
"Jenama fesyen mewah Gucci memaklumkan pihaknya akan membatalkan pertunjukan fesyen yang dijadual diadakan di Seoul pada Selasa.",
"Festival OneAsia Busan — dijadualkan pada Ahad depan di bandar selatan Busan — juga dibatalkan.",
"Acara itu mengetengahkan beberapa bintang K-pop dan dijangka dihadiri 40,000 orang.",
"Taman hiburan bertemakan Lego Legoland yang terletak di Chuncheon, 75 kilometer timur Seoul, memaklumkan pihaknya membatalkan perayaan Halloweennya.",
"Kebanyakan pasar raya di seluruh negara turut membatalkan acara Halloween dan menanggalkan hiasan serta poster mempromosikan sambutan berkenaan. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/isu-zakir-naik-kenapa-perlu-berjiwa-kerdil/ | Isu Zakir Naik: Kenapa perlu berjiwa kerdil? | [
"KUALA TERENGGANU – Sesetengah umat Islam yang bersikap apologetik dengan memberikan laluan kepada golongan yang menolak pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dilihat berjiwa kerdil yang bergantung hayat kepada sokongan pihak tertentu.",
"Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, apa yang \nmendukacitakan, golongan tertentu yang berterusan memberi tekanan \nhanyalah segelintir sedangkan tokoh itu diterima baik oleh umat Islam di\n negara ini.",
"Menurutnya, beliau memandang serius perkembangan akhir-akhir ini dalam isu melibatkan Dr Zakir yang sedang diberi tekanan oleh pemimpin DAP agar diusir keluar dari Malaysia.",
"“Sedangkan kita tahu beliau terkenal dengan ceramah perbandingan \nagama yang mendorong ramai masuk Islam secara sukarela. Tetapi tidak \npernah ada laporan beliau memaksa orang hadir ke ceramahnya atau memaksa\n sesiapa untuk masuk Islam.",
"“Islam melarang sebarang paksaan dalam soal kepercayaan. Perbincangan, perbahasan yang bersifat akademik dengan merujuk sumber-sumber berautoriti adalah sesuatu diterima oleh masyarakat yang bertamadun,” katanya kepada Sinar Harian semalam.",
"Jelas Amzad, beliau melihat ceramah Dr Zakir di mana-mana pun tiada yang berlangsung dalam suasana kebencian, pergaduhan dan permusuhan.",
"Katanya, ceramah pendakwah itu memang akan mencabar pemikiran orang yang tidak sama kepercayaan tetapi sebagai manusia yang bertamadun, masyarakat boleh menerima atau menolak hujah beliau.",
"“Di Malaysia yang menjunjung demokrasi berparlimen, kebebasan bersuara adalah satu prinsip asas dengan syarat-syarat tertentu yang menjaga kepentingan kerukunan masyarakat.",
"“Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, \nkerana itu adalah munasabah Islam dikembangkan melalui pelbagai \npendekatan dakwah yang dibenarkan oleh Islam,” katanya.",
"Katanya, apa yang tidak boleh diterima adalah ucapan berapi-api yang bersifat menghasut kebencian, permusuhan dan pergaduhan yang membawa kepada kecederaan fizikal dan harta benda. – SINAR HARIAN"
] |
https://alhijrahnews.com/pdrm-laksana-sjr-di-lokasi-strategik-seluruh-negara/ | PDRM LAKSANA SJR DI LOKASI STRATEGIK SELURUH NEGARA | [
"KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara mulai semalam sehingga satu tarikh ditetapkan bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.",
"Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pelaksanaan SJR itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence atau kehadiran anggota polis dan akan dijalankan secara penugasan 24 jam.",
"“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak dan waktu siang.",
"“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya di luar waktu puncak,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Acryl Sani berkata masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian dan PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/menabung-sejak-14-tahun-lepas-empat-beradik-teruja-dapat-tunai-haji-bersama/ | MENABUNG SEJAK 14 TAHUN LEPAS, EMPAT BERADIK TERUJA DAPAT TUNAI HAJI BERSAMA | [
"SEREMBAN: Empat beradik di sini tidak menyangka dapat merealisasikan impian mereka sejak sekian lama menjadi tetamu Allah, apabila terpilih untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama pada tahun ini.",
"Meluahkan kesyukuran, Siti Norsaliana Abu Khalid, 35, berkata ia merupakan rezekinya bersama tiga adik-beradiknya iaitu Muhammad Saffuan, 34, Siti Norkhariah, 27, dan Muhammad Syahid, 18, selepas mula menabung sejak 2008 dan mendaftar haji pada tahun yang sama.",
"Malah suami Siti Norsaliana iaitu Mohd Zamzuri Ali, 36, dan adik iparnya Siti Analiza Mak Tapin, 34, turut sama menyertai mereka untuk mengerjakan ibadah haji itu.",
"“Saya ada seorang lagi adik yang juga menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini, tetapi dia baru melakukan pembedahan lutut dan terpaksa menolak tawaran tersebut.",
"“Ibu dan ayah juga dapat tawaran tunai haji, tetapi disebabkan mereka pernah menunaikannya sebelum ini mereka menolak dan ingin memberi peluang kepada orang lain,” kata anak sulung itu kepada Bernama di sini.",
"Siti Norsaliana yang menetap di Taman Kobena, Senawang berkata dia bersama adik-beradiknya berasa terkejut dan gementar, selepas menerima surat untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu pada April lepas namun mengakui teruja dengan segala persiapan sudah dilakukan sejak Aidlfitri lepas.",
"Jelasnya, dia pernah menolak tawaran untuk mengerjakan ibadah haji kali pertama pada 2020 namun disebabkan berfikiran masih muda ditambah COVID-19 melanda dunia ketika itu, Siti Norsaliana terpaksa menangguhkannya.",
"“Saya berasa amat sedih ketika tahun tersebut, mungkin niat ketika itu tidak betul jadi saya pujuk hati dan pujuk suami…mungkin ini jalannya dan Alhamdulillah rezeki datang pada tahun ini,” katanya.",
"Siti Norsaliana berkata mereka dijadualkan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada hari ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/tpm-ahmad-zahid-mula-tugas-secara-rasmi-di-perdana-putra/ | TPM AHMAD ZAHID MULA TUGAS SECARA RASMI DI PERDANA PUTRA | [
"PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra di sini.",
"Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8 pagi.",
"Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 4 sebelum mengaminkan doa yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Kamruzaman Abdul Aziz.",
"Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudiannya memasuki pejabatnya serta menandatangani Buku Selamat Datang. ",
"Ahmad Zahid, 69, diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas.",
"Pada Sabtu lepas, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) antara 27 jemaah Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.",
"Ahmad Zahid hari ini juga dijadual menghadiri mesyuarat khas jemaah menteri yang pertama dipengerusikan oleh Perdana Menteri. ",
"Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentabiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara.-AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pkp_2_0_waktu_operasi_restoran_dan_kedai_makan_akan_dipertimbangkan/ | PKP 2.0: WAKTU OPERASI RESTORAN DAN KEDAI MAKAN AKAN DIPERTIMBANGKAN | [
"KOTA TINGGI: Waktu operasi restoran dan kedai makan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dipertimbangkan kerajaan, iaitu dari jam 8 malam kepada 10 malam.",
"Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia susulan rayuan pengusaha restoran dan kedai makan yang mahu waktu operasi mereka dilanjutkan.",
"Tambahnya, perkara tersebut telah dipanjangkan kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tindakan seterusnya.",
"“Kita akan pertimbangkan rayuan pemilik restoran dan kedai makan, namun semua tertakluk kepada situasi semasa COVID-19 dan pendapat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya selepas bergotong-royong membersihkan Balai Raya Kampung Tembioh yang merupakan sebahagian Program Misi Bantuan Banjir MITI dan Misi 2021 di sini hari ini. ",
"Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan, aktiviti di restoran, kedai, gerai, kenderaan saji (food truck) dan penjaja tepi jalan di negeri terbabit PKP dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 8 malam.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/iran-beri-amaran-buat-sekutu-as/ | IRAN BERI AMARAN BUAT SEKUTU AS | [
"TEHRAN: Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) hari ini memberi amaran negara serantau yang mempunyai pangkalan AS akan menjadi sumber pencerobohan anti-Iran.",
"Menurut laporan Tehran Times, IRGC dalam satu kenyataan menegaskan, AS akan menerima balasan yang lebih menyakitkan dan menghancurkan untuk sebarang serangan atau pergerakan yang dibuat.",
"“Mana-mana tanah yang mempunyai pangkalan tentera untuk pasukan pengganas AS akan menjadi sumber tindakan agresif dan musuh terhadap Republik Islam.",
"“IRGC tidak akan membezakan di antara AS dan Israel dalam usaha membalas dendam terhadap pembunuhan wira Iran.",
"“Kami menasihatkan rakyat AS untuk menarik balik tentera mereka dari rantau ini bagi mengelakkan kemusnahan selanjutnya,” menurut kenyataan itu. — AGENSI/SINAR HARIAN"
] |
https://alhijrahnews.com/media-as-innovation-enabler-for-halal-industry/ | MEDIA AS INNOVATION ENABLER FOR HALAL INDUSTRY | [
"By Namanzee Harris.",
"A lot have been mentioned about the importance of Research & Development, market study, consumer data, pain points for importer and exporter of Halal products and the readiness for our products and companies for internationalization phase. ",
"According to current data and statistics about halal, the world is there to venture, however, home is where we need to first polish our craft.",
"Media is where product meets consumers. At the end of the long strenuous process of halal development, media sits at the backend where finally the consumer gets to see the product. They know the product through the content story designed as an entry point to consumer. Only at the very end. The learnings from the consumer end only starts at the very end.",
"You can continue to look at media as its normal traditional means entry point strategies or media as part of the innovation that helps with the design, proof of concepts and proof of sales. ",
"One of the big challenges to consumer and for consumer is the story and how to tell the story. ",
"Normal media practise from owners of products is that media starts at the far end of the spectrum on the strategy for a product. ",
"Owners come, they pay premium price, brand it, promote it, shake hands and bye bye. Agencies look at media only to promote products, events, and sometimes in times of crisis management.",
"Any industry, including halal and media industry, in the age of internet of things and IR4, have changed dramatically. We have embraced speed, big data analytics and immediate info collection through direct consumer data and live content through convergence of traditional and new media. ",
"In the past, designing strategies crafted in phases. In pre, pro and post. Then you will need post analysis to be able to react to the changes needed or to the need of the audience and consumers. ",
"Add another 2-3 days for the data to arrive, a further week to digest and crunch data, and another week to present to owners. Takes longer time to react. ",
"Nowadays data comes in handy and you can get immediate feedback through google analytics, fb demographics etc. ",
"Design can and must be done simultaneously with the data that we get. Design thinking becomes key to innovation. as you are prototyping the product, you can immediately test and do proof of concept and to certain extent proof of sales/orders. Part of the process that once was at the back end of the spectrum now must be designed together while its in development stage. ",
"Media can come in between the process. Even at inception of the product innovation.",
" A lot of halal innovations are successful, but there are a number of products thats also failed. Media through a design thinking process can help reducing the amount of failures and increase the success rate of halal products. Through the learnings of this process locally, the experience then can be exported together with the product. ",
"Media can be part of the natural process within the halal industry and what better way to stamp the mark of halal product with trust and credibility of the right halal media partner. ",
"Synergies must be also be committed between agencies and stakeholders at home first. Jakim through Majlis Halal Malaysia, the Economy ministry through Halal Development Corporation must come together strategically to strengthen home industry and then we can hopefully becomes the next unicorn of Asia targeting nusantara.",
"The world is there to venture, but home is where we need to first polish our craft. ",
"The writer is Chief Executive Officer of AlHijrah Media Corporation and BrandLaureatte recipient 2019."
] |
https://alhijrahnews.com/palestin-mengalukan-keputusan-icc-siasat-jenayah-israel/ | PALESTIN MENGALUKAN KEPUTUSAN ICC SIASAT JENAYAH ISRAEL | [
"RAMALLAH: Palestin menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsan (ICC) di The Hague bagi menyiasat perlakuan jenayah Israel di Wilayah Palestin.",
"Lapor agensi Berita Xinhua, Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki berkata negaranya mengalu-alukan keputusan ICC bagi meneruskan siasatan terhadap jenayah Israel.",
"“Ini langkah yang dinanti-nantikan sejak sekian lama bagi menuntut keadilan buat Palestin.",
"“Kami berharap tindakan serius di peringkat antarabangsa dapat memberikan keadilan kepada mangsa Palestin,” katanya pada Rabu lalu.",
"Dalam masa yang sama, gerakan Islam Hamas menerusi jurucakapnya di Semenanjung Gaza, Hazem Qassem, turut memuji langkah yang diambil ICC.",
"“Keputusan tersebut sebagai langkah ke depan bagi menghukum pemimpin (Israel) yang mengetuai pencerobohan dan menjadi dalang kepada jenayah perang terhadap rakyat kita.",
"“Hamas meminta ICC menolak tekanan yang mungkin akan timbul yang bertujuan menghalang usaha mendapatkan keadilan dan melaksanakan undang-undang antarabangsa,” katanya.",
"Rabu lalu, Ketua Pendakwaraya ICC, Fatou Bensouda memaklumkan siasatan terhadap tuduhan jenayah yang dilakukan Israel di wilayah Palestin telah dijalankan.",
"“Siasatan tersebut merangkumi jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah yang didakwa telah dilakukan sejak 13 Jun 2014, tarikh rujukan dibuat mengikut rujukan situasi itu ke pejabat saya,” ujarnya.",
"Mengulas lanjut, siasatan akan dilakukan secara bebas, tidak berat sebelah serta adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.",
"Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam siasatan ICC terhadap dasar-dasar Israel di wilayah Palestin dan menuduh mahkamah “hipokrit dan anti-Yahudi” serta berikrar untuk “memperjuangkan kebenaran”.",
"Pada 2019, Bensouda berkata wujud “sebab-sebab munasabah” untuk membuka siasatan jenayah perang terhadap tindakan ketenteraan Israel di Semenanjung Gasa dan juga aktiviti penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/tiga-maut-dalam-nahas-dua-kenderaan/ | TIGA MAUT DALAM NAHAS DUA KENDERAAN | [
"SEREMBAN: Tiga termasuk seorang remaja maut manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 20.8 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala ke Telok Kemang, Port Dickson, di sini hari ini.",
"Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu melibatkan kereta Toyota Camry dinaiki enam individu berusia 16 hingga 51 tahun dan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.",
"Beliau berkata kesemua yang maut adalah penumpang Toyota Camry iaitu R. Mogana, 35, M. Pangaja Valli, 51, dan S. Jagannatth, 16.",
"“Kemalangan berlaku apabila kesemua penumpang serta pemandu Toyota Camry yang berasal dari Ampang, Selangor itu dalam perjalanan ke sebuah kuil di Batu 5, Jalan Pantai, Port Dickson manakala Toyota Hilux itu menuju ke Taman Intan Perdana untuk menyiapkan projek perumahan.",
"“Sebaik tiba di lokasi, pacuan empat roda itu dipercayai melanggar belakang kereta terbabit menyebabkan tiga penumpang belakangnya tersepit dan maut di tempat kejadian dengan tiga yang lain mengalami patah tangan kiri serta tulang rusuk. Pemandu Toyota Hilux pula cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.",
"Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.",
"Aidi Sham berkata berdasarkan ujian saringan, pemandu pacuan empat roda itu didapati bebas daripada alkohol dan dadah, namun beliau ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bapa-simbah-anak-bongsu-air-panas-dipenjara-enam-tahun/ | BAPA SIMBAH ANAK BONGSU AIR PANAS DIPENJARA ENAM TAHUN | [
"KUALA LUMPUR: Seorang bapa yang mendera anak bongsunya dengan menyimbah air panas menggelegak kerana mengganggunya tidur, dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.",
"Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Yasin Halik, 41, yang mengaku bersalah menyimbah air panas daripada pemanas air ke atas kanak-kanak perempuan berusia enam tahun hingga menyebabkan bahu kiri serta kanan dan kedua lutut mangsa melecur.",
"Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik sewa di Jalan Pudu di sini, pada 12 tengah hari, 1 Dis tahun lepas, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.",
"Norina memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 11 Dis 2022 selain mengarahkannya berkelakuan baik dengan bon jaminan tanpa cagaran selama tiga tahun serta melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat selama 180 jam dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.",
"Berdasarkan fakta kes, pada 7 malam, 1 Dis 2022, pengadu iaitu seorang wanita warga Indonesia bernama Suma pulang dari kerja dan melihat mangsa serta seorang lagi anaknya dalam keadaan bogel dengan kesan melecur pada badan dua anaknya itu.",
"Wanita itu yang merupakan tukang masak di sebuah restoran telah bertanya kepada anak-anaknya dan mereka menjawab “bapa siram air panas sebab kakak dengan adik bising”.",
"Pengadu hendak membawa mereka ke hospital tetapi dihalang oleh tertuduh dan pengadu telah membuat laporan polis pada 9 Dis 2022 selepas seorang daripada anaknya itu meninggal dunia.",
"Hasil siasatan mendapati tertuduh telah menyiram air panas menggelegak ke atas badan mangsa kerana mengganggunya tidur.",
"Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh kerana sebagai seorang bapa dia seharusnya melindungi kanak-kanak itu, bukan menyimbah air panas tanpa belas kasihan.",
"Mohd Yasin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia mahu berjumpa ibu bapanya di Sabah.",
"Pada 21 Dis tahun lepas, lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh anak sulungnya berusia sembilan tahun, di lokasi sama pada 9 malam, 9 Dis 2022, sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan riadah dekat sini.",
"Di Mahkamah Majistret sama, Mohd Yasin dijatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah menyimbah air panas ke badan Suma sehingga menyebabkan mangsa melecur pada punggung kiri.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/maipk-peruntuk-rm2-juta-setahun-bantu-asnaf-jadi-usahawan/ | MAIPk PERUNTUK RM2 JUTA SETAHUN BANTU ASNAF JADI USAHAWAN | [
"IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan hingga RM2 juta setahun menerusi Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A) bagi membantu golongan asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan dengan menceburi bidang keusahawanan.",
"Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk Rohizan Omar berkata seramai 1,667 asnaf menyertai program tersebut sejak ia dilaksanakan pada 2016 hingga kini.",
"“Daripada jumlah tersebut, kira-kira 90 peratus golongan asnaf yang terlibat dengan Proper A ini berjaya keluar daripada kemiskinan dan sudah mula membayar zakat.",
"“Ada antara mereka juga yang menjadi penyedia latihan dengan memberi latihan kepada asnaf lain dalam bidang keusahawanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian kit permulaan perniagaan spa dan kecantikan kepada 20 peserta Proper A di bawah seliaan D’Alam Spa di sini.",
"Rohizan berkata setiap tahun seramai 200 hingga 300 asnaf terpilih perlu menjalani latihan selama enam bulan mengikut bidang tertentu seperti spa dan kecantikan, kulinari dan pastri, urutan dan refleksologi, tanaman cendawan tiram, penternakan ayam kampung dan pembuatan pusara.",
"“Apabila tamat latihan, peserta akan dipantau selama enam bulan oleh penyedia latihan yang dilantik oleh MAIPk,” katanya.",
"Menurut beliau setiap peserta akan diberikan modal perniagaan sebanyak RM10,000 meliputi kos latihan dan pemberian peralatan mengikut bidang latihan yang disertai.",
"Sementara itu, penyedia latihan yang merupakan Pengurus D Alam Spa Rosdziah Mohd Zainudin berkata tahun ini seramai 20 orang terpilih menyertai latihan spa kecantikan dan perbidanan selama enam bulan.",
"“Setiap peserta diberikan ilmu amalan berpantang seperti mengendalikan ibu selepas bersalin, urutan memperbanyakkan susu ibu, urutan selepas bersalin secara normal atau pembedahan, bertungku dan bertangas serta pengendalian bayi.",
"“Mereka juga dibekalkan dengan peralatan khusus untuk berpantang, jadi peserta tak perlu keluar modal dan boleh memulakan perniagaan selepas tamat latihan,” katanya.",
"Seorang peserta Norshahrina Ahmad Khairi, 39, dari Tronoh, Seri Iskandar berkata beliau yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang urutan berpantang akan menggunakan sebaiknya ilmu yang dipelajari sepanjang program itu.",
"“Saya menjalankan perniagaan urutan berpantang secara sendirian sebelum ini dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan.",
"“Apabila menyertai Proper A ini, barulah saya tahu bagaimana untuk memperbaiki lagi kaedah urutan dan mempelajari mengenai strategi pemasaran,” katanya yang menyasarkan pendapatan hingga RM5,000 sebulan selepas ini.",
"Seorang lagi peserta, Farziana Mustapa Kamal, 38, dari Station 18 di sini berkata beliau mahu mengubah nasib keluarganya yang kini hanya bergantung harap pada suami yang bekerja sebagai buruh kampung.",
"“Dengan empat orang anak yang bersekolah, saya ingin membantu suami menambah pendapatan bagi menyara anak-anak,” katanya. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/hampir-90-peratus-divaksin-lembah-klang-bakal-beralih-ke-fasa-2/ | HAMPIR 90 PERATUS DIVAKSIN, LEMBAH KLANG BAKAL BERALIH KE FASA 2 | [
"KUALA LUMPUR: Lembah Klang bakal beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas kadar populasi dewasa yang lengkap divaksinasi sudah mencapai 89.5 peratus.",
"Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 yang akan dipengerusikan olehnya.",
"“Kalau jumlah 89.5 peratus mungkin boleh berpindah ke fasa seterusnya sebab daripada segi kadar vaksin telah melebihi keperluan imuniti kelompok iaitu hampir 90 peratus.",
"“Jadi kita akan tengok secara terperinci nanti dan mungkin banyak negeri akan pindah ke fasa seterusnya, tunggulah pengumuman nanti,” katanya dalam sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/lzs-kesal-rumah-sewa-asnaf-ditinggalkan-kotor-tidak-terurus/ | LZS KESAL RUMAH SEWA ASNAF DITINGGALKAN KOTOR, TIDAK TERURUS | [
"SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) kesal dengan tindakan penyewa yang merupakan asnaf kerana meninggalkan rumah sewa di kawasan Tanjong Karang dalam keadaan kotor dan rosak.",
"LZS memberi reaksi tersebut terhadap sebuah hantaran di ‘page’ Facebook I Love Tanjong Karang menunjukkan keadaan rumah yang tidak terurus dan kotor.",
"“Pemilik rumah berkenaan disaran untuk membuat aduan rasmi ke LZS bagi menghentikan bantuan sewa rumah tersebut memandangkan penyewa tidak lagi menetap di situ.",
"“LZS juga ingin mengingatkan semua asnaf yang menerima bantuan ini untuk amanah dan bertanggungjawab menjaga rumah sewa diduduki,” katanya.",
"Ujarnya, tindakan menganiaya pemilik rumah sewa tersebut akan menyebabkan asnaf lain sukar untuk menyewa pada masa hadapan.",
"LZS memaklumkan lebih 16,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor menerima bantuan sewa rumah dari badan tersebut.",
"Bantuan berbentuk bulanan itu disalurkan terus ke akaun pemilik rumah sewa bagi menyantuni keperluan asas keluarga asnaf di Selangor.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/abdul-khalid-dari-hero-guthrie-dawn-raid-ke-menteri-besar-disayangi-rakyat/ | ABDUL KHALID, DARI HERO ‘GUTHRIE DAWN RAID’ KE MENTERI BESAR DISAYANGI RAKYAT | [
"SHAH ALAM: Jasa bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi (Ahad) pastinya dikenang rakyat antaranya peranan beliau dalam Serangan Subuh Guthrie (Guthrie Dawn Raid) pada 7 Sept 1981.",
"Sebelum bergelar Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 hingga 22 Sept 2014, Abdul Khalid, 76, merupakan antara individu penting terlibat dalam misi Malaysia mengambil alih Guthrie Corporation daripada British menerusi ‘serangan’ terhadap Bursa Saham London.",
"Abdul Khalid dimasukkan dalam rancangan tersebut yang disusun rapi oleh Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad serta Gabenor Bank Negara yang juga Pengerusi PNB ketika itu Tun Ismail Ali.",
"Pengalaman beliau bekerja di sebuah syarikat penasihat kewangan di London membantu usaha pasukan tersebut mengembalikan segala hasil perladangan Guthrie Corporation kepada rakyat Malaysia.",
"Abdul Khalid memperoleh Ijazah dalam jurusan Ekonomi di Universiti Malaya pada 1971 dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di University of Queensland, Australia pada 1976.",
"Beliau memulakan kerjaya sebagai guru dan pensyarah, sebelum beralih ke bidang korporat dengan memegang pelbagai jawatan tinggi seperti Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB; Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB); Pengarah Kumpulan Guthrie Bhd dan Pengarah Pelaburan Hartanah Nasional Berhad.",
"Abdul Khalid mula berkecimpung dalam politik sekitar 1995 menerusi UMNO serta merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian Kuala Selangor, namun tewas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Datuk Miskon Sutero ketika itu.",
"Pada kemunculan semulanya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 dengan mewakili PKR, beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, yang turut menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) merangkumi PKR, DAP dan PAS membentuk kerajaan negeri yang baharu.",
"Abdul Khalid seterusnya diangkat menjadi Menteri Besar Selangor pertama bukan dari Barisan Nasional pada 13 Mac 2008.",
"Selama enam tahun memimpin Selangor, beliau antara lain memperkenalkan Dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat dengan pelbagai program di bawah agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ membabitkan perbelanjaan lebih RM1.6 bilion untuk inisiatif dan skim bersifat kebajikan.",
"Dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah yang dilaksanakan pentadbirannya, turut membolehkan rizab simpanan negeri meningkat kepada RM3.3 bilion setakat September 2014 dan sebahagian simpanan itu telah digunakan untuk projek pembangunan seperti pembinaan Jambatan Ketiga Klang dan perumahan mampu milik.",
"Di bawah pentadbirannya juga, Selangor meneruskan tradisi sebagai pemangkin ekonomi negara dengan menyumbang 24 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), di samping kekal menjadi antara destinasi pelaburan terunggul.",
"Kerajaan negeri di bawah Abdul Khalid juga telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan dan empat syarikat konsesi untuk menstruktur semula perkhidmatan air dan usaha yang bermula sejak 2008 itu, membolehkan semua aset air dikembalikan kepada rakyat.",
"Meskipun tidak lagi menjadi menteri besar, ternyata khidmatnya masih diperlukan apabila Allahyarham dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Terengganu pada 2018 sehingga kini.",
"Pemimpin yang sangat disayangi rakyat Selangor itu meninggal dunia pada 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, akibat jangkitan kuman pada injap jantung.",
"Allahyarham yang merupakan anak jati Jeram, Kuala Selangor, meninggalkan isteri Puan Sri Salbiah Tunut, empat orang anak dan dua cucu. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kenapa-zakat-tak-jumpa-tapi-ngo-dan-individu-lain-dapat-jumpa/ | ‘KENAPA ZAKAT TAK JUMPA, TAPI NGO DAN INDIVIDU LAIN DAPAT JUMPA?’ | [
"KUALA LUMPUR: “Kenapa pusat zakat tak jumpa, tapi Badan Bukan Kerajaan (NGO), individu lain dapat jumpa?”",
"Demikian kata-kata yang sering diucapkan pelbagai pihak merujuk kepada kecekapan pusat zakat dalam mengesan individu yang memerlukan bantuan.",
"Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M. Yusop, jumlah penerima zakat pada tahun 2020 meningkat kepada 57.7 peratus berbanding 57 peratus pada tahun sebelumnya.",
"Berdasarkan statistik terkini, jumlah penduduk di Selangor sekitar 6.7 juta orang dan Saipolyazan memaklumkan ketika ini LZS mempunyai 38 pegawai dan sembilan ketua di setiap daerah untuk melakukan kerja-kerja lapangan mengesan golongan fakir miskin dan asnaf.",
"“Kita andai kan melalui statistik itu 3.8 juta adalah bumiputera dan kita andaikan mereka ini semua orang Islam. Kakitangan pusat zakat kita di lapangan ada 38 pegawai dan 9 orang ketua di semua daerah.",
"“Mana mungkin mereka ini boleh mengesan semua yang memerlukan,” kata Saipolyazan ketika program Analisis Rabu lalu yang membincangkan topik ‘Tak Viral, Tak Bantu’.",
"Ujarnya dalam usaha menyelesaikan masalah itu, LZS bekerjasama dengan NGO dan melantik kira-kira 2000 ketua dan penolong ketua amil kariah di 500 masjid di Selangor.",
"Kumpulan itu katanya turut membantu LZS mengesan golongan kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan.",
"Selain itu katanya, orang ramai juga diminta untuk tampil berkongsi maklumat kepada pusat zakat dan bantuan akan disalurkan dengan kadar segera jika pemohon memenuhi kriteria yang ditetapkan.",
"Saipolyazan juga menolak dakwaan sesetengah pihak proses permohonan zakat lambat.",
"Ujarnya, LZS ada menyediakan bantuan kecemasan dan pemohon boleh ke 26 cawangan Pusat Zakat LZS untuk memohon, seterusnya bantuan sehingga RM500 akan disalurkan dengan kadar segera.",
"“Ini menunjukkan bahawa anggapan proses zakat ini lambat adalah tidak tepat. Mungkin sesetengah bantuan itu memerlukan bukti-bukti yang tertentu, tetapi bagi bantuan kecemasan, kita akan bagi dengan segera dari jumlah RM100, RM200, hinggalah maksimum RM500.",
"“Ia membuktikan bahawa, tidak perlu pergi ke tempat-tempat lain seperti yang selalu disebarkan, zakat lambat, jadi kita perlu pergi ke tempat lain Pusat zakat ada menyediakan bantuan sebegini, supaya mereka dapat menerima bantuan secepatnya dan mereka boleh menggunakan bantuan tersebut,” katanya.",
"Sementara itu, beliau juga memaklumkan pusat zakat perlu belajar dengan NGO cara hebahan bantuan yang disalurkan supaya ada unsur dramatik yang menyentuh hati pembayar dan penerima zakat.",
"Langkah itu katanya perlu untuk memaklumkan kepada umum pusat zakat sering turun padang dan tidak menyalurkan bantuan secara ‘one-off’.",
"Bagi Aktivis Masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, adalah tidak adil untuk mempersoal usaha yang dilakukan pusat zakat selama ini.",
"Kongsinya, kebanyakkan mereka yang dibantu oleh beliau sudah menerima bantuan daripada pusat zakat.",
"“Biasanya orang-orang susah yang saya jumpa, mereka juga merupakan penerima zakat.",
"“Mungkin pengurusan wang mereka ini kurang bijak, jadi mereka memerlukan bantuan yang lain,” katanya yang juga menjadi tetamu pada program Analisis minggu ini.",
"Dalam pada itu Chee Heng berharap rakan-rakan aktivis menyalurkan bantuan dengan ikhlas dan tidak menyalahkan atau memburukkan mana-mana pihak.",
"Pusat zakat dan NGO katanya perlu saling bekerjasama dalam memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam penyampaian bantuan. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/tiga-beranak-maut-mpv-dirempuh-lori-pasir/ | TIGA BERANAK MAUT MPV DIREMPUH LORI PASIR | [
"CHUKAI: Tiga beranak maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka sekeluarga dirempuh sebuah lori pasir di KM154, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Simpang 4, Jalan Mak Lagam-Cheneh, di sini hari ini.",
"Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira 2 petang itu ialah Ammir Hussein Mohamad, 38, dan dua anak lelakinya, Ammzar Husszair Al Hussein, 4, serta Ammzar Hussnayan Al Hussein, 1.",
"Mangsa yang cedera pula ialah isteri Ammir Hussein, Norhafizah Sazwa Harun, 38, dan anak angkatnya, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, yang kritikal dan sedang dirawat di Hospital Kemaman.",
"Beliau berkata kemalangan berlaku ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari kediaman mereka di Taman Bukit Kuang Permai, di sini menghala ke Cheneh untuk menghantar sabun kepada pelanggan.",
"“Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah lori pasir yang dipercayai mengalami masalah brek tiba-tiba keluar dari arah kiri jalan menyebabkan berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan.",
"Hanyan berkata Ammir Hussein yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian manakala kedua-dua anaknya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kemaman.",
"Beliau berkata pemandu lori pasir, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan dan ujian saringan air kencing mendapati dia bebas daripada sebarang penggunaan dadah.",
"“Siasatan turut mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Kemalangan itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/persiapan-akhir-sidang-kemuncak-kl-giat-dijalankan/ | PERSIAPAN AKHIR SIDANG KEMUNCAK KL GIAT DIJALANKAN | [
"KUALA LUMPUR: Bahang Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di ibu negara semakin terasa apabila persiapan terakhir giat dijalankan.",
"Seawal 7.30 pagi tadi kelihatan anggota polis telah ditempatkan di pintu-pintu masuk di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tempat sidang kemuncak itu, bagi tugasan saringan keselamatan.",
"Turut berlangsung sesi raptai penuh majlis perasmian sidang kemuncak itu yang disaksikan Setiausaha Agung Bersama Sidang Kemuncak KL, Tan Sri Samsudin Osman sekitar 10 pagi.",
"Sesi raptai tersebut turut disertai Kumpulan Regalia Skuadron Istiadat Berkuda Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Sungai Buloh yang bertanggungjawab bagi elemen tiupan Nafiri Diraja, kawalan tombak dan iringan muzik lagu kebangsaan ‘Negaraku’, diketuai Kapten Muhammad Zulhelmi Mohammad Isa yang memimpin 42 anggota ATM.",
"Dewan Plenari KLCC yang bakal menyaksikan upacara perasmian itu juga sedang dipersiapkan dengan kru teknikal kelihatan membuat semakan terakhir sistem audio dan visual.",
"Sidang Kemuncak KL berlangsung mulai esok hingga Sabtu dan didahului Sidang Kemuncak Belia KL hari ini dan esok.",
"Sidang Kemuncak KL, bertujuan membincangkan dan mencari jalan penyelesaian baharu yang menimpa dunia Islam dan menyumbang ke arah memperbaiki keadaan umat Islam serta negara Islam, dijadual dihadiri pemimpin, pemikir, intelektual dan cendiakawan dari seluruh dunia. — BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/gaji-minimum-rm-1200-sebulan-57-di-bandar-utama/ | GAJI MINIMUM RM 1,200 SEBULAN DI 57 BANDAR UTAMA | [
"PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan bahawa kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar-bandar utama di bawah pentadbiran 57 Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan bagi selain daripada wilayah bandar utama.",
"Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini berkata tarikh kuat kuasa perintah gaji minimum baharu adalah mulai 1 Jan 2020 ke atas semua majikan dan perintah tersebut akan diwartakan dalam masa terdekat.",
"“Pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di wilayah bandar-bandar utama dan RM1,100 sebulan selain daripada wilayah bandar-bandar utama adalah berdasarkan tempat kerja yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) iaitu di mana-mana tempat kerja dijalankan untuk majikan oleh pekerja,” menurut KSM.",
"Kenyataan itu susulan pembentangan Bajet Tahun 2020 dan keputusan Jemaah Menteri pada 6 Dis lepas berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di kawasan wilayah bandar-bandar utama.",
"Sementara itu, menurut kenyataan itu kadar gaji minimum mengikut jam dan hari serta bagi pekerja yang dibayar mengikut upah ikut kerja, perjalanan, komisen, tan dan tugasan akan diperincikan dalam perintah gaji minimum yang baharu.",
"Menurut KSM, gaji minimum dikekalkan pemakaiannya kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali perkhidmat domestik sebagaimana dalam perintah gaji minimum 2018.",
"Keputusan kerajaan meningkatkan gaji minimum bagi pekerja di wilayah bandar-bandar utama adalah bagi membantu pekerja di kawasan ini yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.",
"Bandaraya utama yang terlibat ialah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Bharu.",
"Turut tersenarai ialah bandar Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.",
"KSM berkata kadar gaji minimum akan terus disemak bagi memastikan ia sejajar dengan keperluan semasa dan juga selaras dengan hasrat untuk mencapai kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. — BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/dua-warga-emas-maut-kereta-bertembung-bas/ | DUA WARGA EMAS MAUT KERETA BERTEMBUNG BAS | [
"LUMUT: Dua warga emas maut apabila kereta yang yang dipandu salah seorang daripada mereka telah bertembung dengan sebuah bas ekspres, awal pagi tadi.",
"Kejadian berlaku pada jam 6:00 pagi di Jalan Sitiawan-Ayer Tawar, berdekatan dengan Taman Nesa.",
"Mangsa yang terbunuh adalah Yeong Tua Kong, 79 tahun dan Yong Mooi Mooi, 68 tahun.",
"Masing-masing meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian disebabkan kecederaan parah pada badan.",
"Difahamkan, kereta Proton Persona yang dinaiki mereka dalam perjalanan menuju ke Sitiawan menghala ke Ayer Tawar, manakala bas ekspres tersebut yang dalam perjalanan dari Kelantan, bergerak dari arah Ipoh menghala ke Sitiawan.",
"Namun begitu, pemandu bas bersama 12 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.",
"Sementara itu, sebuah Proton Saga yang dipandu seorang lelaki turut terlibat dalam kemalangan, namun dia tidak mengalami kecederaan fizikal.",
"Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Mohd. Yusuf berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 6:15 pagi.",
"“Apabila tiba di lokasi kejadian, terdapat dua mangsa tersepit dalam kereta Proton Persona dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan yang tiba di lokasi bersama ambulans,” katanya.",
"Pihak bomba sedaya upaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kutip-zakat-tanpa-kebenaran-boleh-dipenjara-dua-tahun/ | KUTIP ZAKAT TANPA KEBENARAN BOLEH DIPENJARA DUA TAHUN | [
"KUALA LUMPUR, 8 Jun – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini mengingatkan mereka yang mengutip bayaran zakat fitrah tanpa kebenaran majlis itu boleh diambil tindakan undang-undang. ",
"Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) Mohd Rais Alias berkata mereka boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.",
"“Jika sabit kesalahan, mereka akan didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mana-mana individu, syarikat atau pertubuhan yang mendakwa sebagai ejen kutipan zakat tanpa kebenaran MAIWP.",
"Mohd Rais berkata kadar zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan tahun ini kekal RM7, dan pihaknya juga akan memberikan dua set buku mengenai zakat bagi tujuan mendidik umat Islam terutama generasi muda tentang penting membayar zakat. Bagaimanapun jumlah buku itu terhad, hanya yang awal membayar zakat berpeluang untuk memilikinya secara percuma, katanya.",
"Menyentuh mengenai kaunter PPZ-MAIWP, katanya sebanyak 10 kaunter akan beroperasi setiap hari sepanjang Ramadan dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang, iaitu di Taman Shamelin Perkasa Cheras, Masjid Negara, Wangsa Maju Seksyen 5, Putrajaya Presint 9 dan Putrajaya Presint 15 Diplomatik. Selain di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Daruzzakah Lorong Haji Hussein 2, Masjid Al-Imam Al Ghazali Kepong, Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong dan Labuan Times Square.",
"Sementara kaunter di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga 5 petang.",
"BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/empat-sekeluarga-pengsan-dalam-kereta-di-tol-bentong/ | EMPAT SEKELUARGA PENGSAN DALAM KERETA DI TOL BENTONG | [
"BENTONG: Empat sekeluarga tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan MPV jenis Proton Exora, di Plaza Tol Bentong menghala Kuala Lumpur, petang tadi.",
"Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), mangsa terdiri daripada seorang lelaki, seorang perempuan dan dua orang kanak-kanak.",
"“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong dengan ambulan.",
"“JSPT bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa sekeluarga dan berdoa semoga kesemua mangsa diberi kesembuhan seperti sedia kala,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.",
"Ujarnya, orang ramai perlu memastikan kenderaan yang dibawa dalam keadaan baik selain mengambil rehat secukupnya sebelum memandu memandangkan cuaca panas terik dan hujan yang tidak menentu.",
"Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar kesemua mereka ditemukan tidak sedarkan diri selepas kereta dinaiki mereka merempuh pintu Plaza Tol Bentong, arah barat, di Bentong.",
"Kejadian berlaku pada 2.40 petang dan kejadian disedari anggota polis yang menjalankan rondaan Op Selamat serta kakitangan tol yang kemudiannya mengeluarkan mangsa dengan bantuan orang awam. ",
"“Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan ke Balakong, Selangor dan pemeriksaan perubatan mengesahkan mereka tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen dalam badan. ",
"“Keadaan itu seterusnya mengakibatkan kenderaan terlibat melanggar pintu tol tersebut,” katanya menerusi kenyataan ringkas, di sini. ",
"Semua mangsa, bagaimanapun, difahamkan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan selamat. —AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/ikram-selangor-sokong-teks-khutbah-tentang-syiah/ | IKRAM Selangor sokong teks khutbah tentang syiah | [
"KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Selangor menyokong\npenuh teks khutbah yang dibacakan di seluruh masjid sewaktu solat Jumaat di Selangor\nsemalam. ",
"Kenyataan yang dikeluarkan IKRAM Selangor itu juga menolak kritikan\nsegelintir pihak yang secara terang-terangan mengkritik teks khutbah yang\ndisediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu berkenaan sambutan Hari\nKarbala pada 10 Muharam oleh pengikut Syiah.",
"“Kritikan berkenaan tidak berasas, hanyalah propaganda segelintir pihak\nyang cuba mempertahan dan mempromosikan kesesatan ajaran syiah itu sendiri”,\nkata Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Selangor, Norazmi Mat Noh dalam kenyataannya\nsemalam.",
"Norazmi juga berkata, sokongan itu juga kerana ajaran syiah telah pun\ndifatwakan sesat dan menyeleweng bukan sahaja di Selangor, bahkan di semua\nnegeri.",
"“IKRAM Selangor menyeru umat Islam khususnya di Selangor agar berpegang\nteguh kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak sebarang bentuk dakyah\ndan amalan syiah”, tegas beliau lagi.",
"Antara dakyah dan amalan sesat syiah termasuklah menyambut hari\nkematian dan kedukaan Saidina Husain pada hari Asyura dan mencederakan kepala\nserta tubuh badan (tatbir); mengkafirkan Ummul Mukminin Saidatina Aisyah dan\nisteri-isteri Rasulullah SAW yang lain; dan mengkafirkan para sahabat terutama\nSaidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al Khattab dan Saidina Uthman Al\nAffan.",
"Kenyataan itu juga menyeru agar pihak berkuasa terus melakukan\npemantauan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menyebarkan,\nmengamal dan mempromosi ajaran syiah ini daripada berkembang biak."
] |
https://alhijrahnews.com/sulaiman-sah-letak-jawatan-ketua-menteri-melaka/ | SULAIMAN SAH LETAK JAWATAN KETUA MENTERI MELAKA | [
"BENTONG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. ",
"Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada pertemuan di pejabatnya di Parlimen, semalam.",
"Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam untuk mempersembahkan nama calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu. ",
"“Saya mengharapkan kebijaksanaan TYT (Tuan Yang Terutama) untuk menerima watikah yang akan saya kemukakan dan majlis angkat sumpah (Ketua Menteri baharu) akan mengikut kesesuaian tarikh TYT,” katanya pada sidang media di Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al Falah, Kampung Lebu di sini hari ini. ",
"Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.",
"Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak memaklumkan bila beliau akan menghadap Mohd Ali mahupun jumlah nama individu yang akan dikemukakan dalam senarai berkenaan. ",
"Ditanya jika nama Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof akan disenaraikan, Ahmad Zahid menjawab: “Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan. Kita tunggu pengumuman daripada Kerajaan Negeri Melaka.”",
"Berhubung soalan jika pertukaran Ketua Menteri itu adalah sebahagian daripada perancangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka seperti diumumkan beliau di negeri itu baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata ada kemungkinan ia akan berlaku. ",
"“Kita akan lihat perkembangan terbaharu apabila Ketua Menteri yang baharu ini mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN Melaka) selepas raya,” katanya. ",
"Spekulasi pertukaran Ketua Menteri Melaka mula dilaporkan media hari ini, susulan tular di aplikasi WhatsApp maklumat mengenai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri yang baharu bakal berlangsung Jumaat ini.",
"Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan Bantuan Imarah Masjid daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada tiga masjid bernilai RM9,000 selain sumbangan kepada anak yatim dan saudara baharu Islam.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pemandu-treler-rempuh-13-kenderaan-di-putrajaya-didakwa-isnin/ | PEMANDU TRELER REMPUH 13 KENDERAAN DI PUTRAJAYA DIDAKWA ISNIN | [
"PUTRAJAYA: Pemandu treler yang merempuh 13 kenderaan lain dalam kemalangan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong sehingga menyebabkan dua penunggang motosikal maut, akan didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya, Isnin ini.",
"Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pemandu berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.",
"“Reman dilanjutkan dua hari untuk OKT (Orang Kena Tuduh) terus dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.",
"Sebelum ini, pemandu berkenaan direman empat hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ",
"Dalam kejadian kira-kira 10.14 pagi Rabu lalu, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh individu cedera apabila sebuah treler merempuh 13 kenderaan di Persiaran Utara, dekat sini.",
"Kejadian berlaku apabila kesemua kenderaan terlibat berhenti untuk memberi laluan kepada latihan konvoi Le Tour de Langkawi (LTDL) di lokasi kejadian.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/apa-nasib-kampung-baru/ | Apa nasib Kampung Baru? | [
"KUALA LUMPUR – Kampung Baru merupakan kampung yang sangat ikonik di\nKuala Lumpur. Di sebalik kemodenan kota metropolitan itu, wujud sebuah\nperkampungan Melayu yang kebanyakan kawasannya masih mengekalkan ciri-ciri\nsebuah kampung Melayu.",
"Disebabkan lokasinya yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur,\nbeberapa idea diketengahkan untuk membangunkan kawasan itu. Pembangunan itu\npastinya melibatkan pengambilan tanah penduduk kampung tersebut.",
"Lazimnya, pembangunan yang memerlukan kerajaan mengambil tanah penduduk,\npasti ia akan melibatkan perbincangan yang sangat panjang. Penduduk pasti\nmembantah namun kerajaan pula menegaskan, pembangunan harus dibuat demi ekonomi\nnegara.",
"Selepas bertahun-tahun membincangkan isu tersebut, akhirnya hari ini\nlebih 2,000 orang dijangka menghadiri program Town Hall Bersama Menteri Wilayah\nPersekutuan, Khalid Abd Samad di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.",
"Antara pengisian program tersebut adalah Cadangan Pembangunan Semula\nKampung Baru yang difahamkan kali ini dibuat dengan pendekatan berbeza dengan\npenglibatan dan sokongan penuh kerajaan.",
"Meskipun jaminan sedemikian diberikan namun ia nampaknya masih belum\nditerima beberapa kelompok yang membantah cadangan berkenaan. Hari ini, mereka\nakan menganjurkan program ‘Belia dan Pemuda Kampung Baru Bangkit’ di Dewan\nFelda Semarak, Kuala Lumpur.",
"Penganjur menganggarkan 200 orang akan hadir namun jika benar cadangan\npembangunan itu menerima bantahan keras daripada penduduk, mungkin ramai lagi\nyang akan hadir.",
"Berdasarkan laporan berita pada 25 April lepas, dianggarkan 88 peratus\npemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru bersetuju dengan hasrat kerajaan\nmembeli tanah milik mereka, kata Pengarah Pengurusan dan Komunikasi Korporat\nPerbadanan Kampung Baru, Roslan Mohamad.",
"“Kita dah buat kajian dan tinjauan memang 88 peratus pemilik dan\npewaris tanah di Kampung Baru setuju jika tanah mereka dibeli oleh kerajaan\nuntuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan bersepadu.",
"“Jika pemilik dan pewaris bersetuju dengan penjualan tanah ini kepada\nkerajaan, maka penyewa atau pengusaha premis di Kampung Baru juga harus\nbersetuju untuk menjualnya kepada kerajaan,” katanya ketika dihubungi Sinar\nHarian baru-baru ini.",
"Kisah Kampung Baru sebenarnya bukan baru bermula, ia mula dibincangkan\nsejak zaman kerajaan terdahulu. Sejujurnya, program town hall bersama penduduk\nmerupakan satu mekanisme yang baik, boleh mendengar terus keluh-kesah rakyat\ndalam isu tersebut.",
"Hakikatnya, projek pembangunan di kawasan itu pasti melibatkan kos\ntinggi. Khalid sebelum ini berkata kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika\nberhasrat membeli tanah Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden\ndan sistematik orang Melayu.",
"Menurutnya, dana sebanyak itu diperlukan untuk membolehkan kementerian\nmembangunkan Kampung Baru secara menyeluruh dan bukan secara berkelompok atau\n‘runcit’ oleh pemilik tanah bersama pemaju.",
"Biar apa pun perancangannya, identiti kampung ikonik di Kuala Lumpur\nitu harus dikekalkan. Usahlah dihilangkan nama kampung tersebut dan digantikan\ndengan nama lain hanya kerana ia dimodenkan dengan pembangunan.",
"Hari ini, idea dan perancangan untuk Kampung Baru bakal dibentangkan.\nHarapan penduduk sudah semestinya segala perancangan memberi manfaat kepada\nmereka, bukan menindas mereka. – SINAR HARIAN"
] |
https://alhijrahnews.com/warga-emas-oku-gigih-hasilkan-ukiran-replika-feri/ | WARGA EMAS OKU GIGIH HASILKAN UKIRAN REPLIKA FERI | [
"GEORGE TOWN: Jika melihat kepada fizikal Omar Juree yang tanpa kaki kiri dan jari telunjuk tangan kanan, mungkin sukar untuk percaya di sebalik keadaan itu beliau gigih menghasilkan kraf ukiran.",
"Meskipun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU), Omar, 63, masih meneruskan minatnya dalam seni ukiran kayu dengan menghasilkan model ikonik Pulau Pinang seperti feri dan kereta api Bukit Bendera untuk dijual.",
"Omar berkata beliau kehilangan kaki kirinya akibat penyakit diabetes ketika berusia 40 tahun namun tidak mematah semangat dan minatnya untuk terus menghasilkan seni ukiran kayu pengangkutan ikonik di Pulau Pinang tersebut.",
"“Jari saya pula terpaksa dipotong tahun lepas kerana jangkitan kuman ketika membuat kerja-kerja ukiran,” katanya yang ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Air Itam di sini baru-baru ini.",
"Omar berkata minat untuk menceburkan diri dalam penghasilan kraf tangan itu lahir ketika di bangku sekolah tetapi hanya mula menghasilkan secara serius pada usia 27 tahun.",
"“Dulu saya tinggal di Taman Selat, Butterworth dan setiap hari naik feri ke bahagian pulau untuk bekerja sebagai penyelia di sebuah hotel. Semasa di dalam feri, saya selalu mengagumi keadaan feri itu,” katanya. ",
"Selepas berpindah ke Kampung Air Itam, Omar berkata beliau mula menghasilkan ukiran replika feri itu dengan kad manila namun disebabkan kad manila yang lembut, ukiran tersebut tidak bertahan lama.",
"“Kemudian, saya cuba membuat dengan kadbod dan papan lapis dan hasilnya agak kukuh. Saya juga guna cat untuk mewarnakan feri ini mengikut warna sebenar supaya hasil itu sama seperti feri sebenar,” kata Omar yang dibantu isteri, Siti Fatimah Abu Bakar, 63, dalam menghasilkan ukiran.",
"Omar berkata kraf tangan yang menggunakan papan lapis dan kayu itu, mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan bermula dengan proses memotong kayu, mengukir, mengecat dan seterusnya diletak dalam kotak kaca.",
"Menurutnya replika feri yang dihasilkan itu berukuran 30 sentimeter (cm) dan 76cm manakala yang paling besar pernah dihasilkan adalah 122cm.",
"“Cabaran utama menghasilkan ukiran replika feri adalah ketika proses menebuk bagi menghasilkan tingkap…ia mengambil masa dan perlu bersabar supaya hasilnya akan nampak kemas,” katanya dan menambah ukiran berkenaan dijual pada harga RM250 hingga RM800 mengikut saiz.",
"Selain ukiran feri, Omar juga menghasilkan ukiran replika kereta api Bukit Bendera dengan menggunakan cara ukiran kayu yang sama dan ia mendapat tempahan daripada Perbadanan Bukit Bendera untuk diletakkan dalam muzium di Bukit Bendera.",
"Menurut Omar, beliau juga banyak menghadiahkan hasil seni ukiran kepada bekas jurulatih pasukan bola sepak Pulau Pinang Irfan Bakti Abu Salim dan juga pemain import Pulau Pinang dari Maghribi, Merzagua Abderrazak.",
"“Saya juga menerima banyak tempahan daripada individu, pihak swasta dan kilang untuk dijadikan cenderahati kepada kenalan di dalam dan luar negara,” katanya yang telah menghasilkan lebih 500 ukiran replika feri dan kereta api Bukit Bendera.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/11-tahun-tv-alhijrah-terus-terbang-tinggi-zulkifli/ | 11 TAHUN: TV ALHIJRAH TERUS TERBANG TINGGI – ZULKIFLI | [
"KUALA LUMPUR: “Saingan yang diberikan bocah 11 tahun ini, jangan dipandang enteng! Kerana itulah TV Alhijrah terus dihormati dan disegani.”",
"Demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam catatannya di laman sosial sempena ulang tahun ke-11, TV Alhijrah pada 1 Muharram tahun ini.",
"Menurut Zulkifli, TV Alhijrah bukan untuk menyaingi mana-mana stesen televisyen lain, namun kedudukannya sangat istimewa kerana elemen-elemen agama yang tersendiri ada pada TV Alhijrah.",
"“Sepanjang 11 tahun ini, saya melihat sendiri perkembangan TV Alhijrah yang begitu membanggakan. Bermula daripada siaran yang hanya di Selangor, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, kini slogan “TV Kita Untuk Semua” sudah mencapai ke Singapura, Brunei, Thailand (Selatan Thailand) dan Indonesia (Riau dan Kalimantan).",
"“Usia 11 tahun bagi seorang manusia, sudah cukup matang untuk membezakan baik dan buruk. Jika saya mempunyai anak yang berusia 11 tahun, saya sudah mengizinkannya untuk memberi keputusan dalam beberapa hal yang sesuai dengan usia dan pengalamannya,” jelasnya menerusi hantaran di Facebook beliau.",
"Mengulas lanjut, Zulkifli yang dipertanggungjawab menjaga TV Alhijrah sebagai salah satu agensi di bawah kementeriannya, telah diberikan kebebasan sepenuhnya kepada stesen televisyen itu untuk berkarya dan bereskperimentasi selagi dalam lingkungan syarak.",
"Jelasnya, TV Alhijrah akan terus menyediakan kandungan kreatif Islam yang membudayakan elemen akidah, akhlak dan syariah.",
"“TV Alhijrah tidak boleh sekadar ‘ada’ tetapi peranannya perlu terus dirasakan oleh semua pihak. Bukan lagi di peringkat nasional, tetapi global.",
"“Terbanglah dengan lebih tinggi. Jadilah anak yang pemberani. Sebagai ‘bapa’, saya sentiasa ada bersama kerana segalanya bermula di sini, di hati.",
"“Saya sayang stesen televisyen Islam nombor satu negara ini,” katanya.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/aqsapedia-platform-perkembangan-terkini-masjid-al-aqsa/ | Aqsapedia platform perkembangan terkini Masjid al-Aqsa | [
"KUALA LUMPUR – Al-Quds Foundation Malaysia (QFM) dengan\nkerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melancarkan Aqsapedia, laman web\nensiklopedia khusus tentang al-Aqsa sebagai platform rujukan kepada mereka yang\nberminat untuk mengetahui perkembangan terkini tentang Masjid al-Aqsa.",
"Ketua Pegawai Eksekutif QFM, Dr. Sharif Amin Abu Shammala berkata, usaha menubuhkan laman ini bagi menyuntik dan menyebar luas kesedaran masyarakat tentang perjuangan mempertahankan Masjid al-Aqsa dari penjajahan dan tindakan biadab Zionis Israel.",
"“Aqsapedia mampu menjadi platform rujukan kepada para penyelidik, ahli akademik serta orang awam untuk mengetahui lebih lanjut tentang Masjid al-Aqsa dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada projek untuk membela dan menyelamatkan al-Aqsa,” katanya dalam majlis pelancaran di Hotel Putra, di sini hari ini.",
"Aqsapedia yang boleh diakses melalui pautan aqsapedia.net diterbitkan dalam pilihan lapan bahasa iaitu Melayu, Mandarin, Tamil, Inggeris, Indonesia, Arab, Thai dan Hindi untuk capaian yang lebih meluas dan menjana lebih ramai penyokong Palestin.",
"“Ini sekaligus dapat mengukuhkan lagi perjuangan menentang propaganda serta projek Zionis Israel untuk mengambil alih dan menukar identiti Masjid al-Aqsa kepada milik Yahudi (Yahudisasi),” tambahnya.",
"Selain menjadi simbol perjuangan berterusan dunia Islam dalam melindungi Masjid al-Aqsa, Aqsapedia juga merupakan platform untuk membuktikan kesediaan dan komitmen negara-negara Islam dalam menentang musuh dan terus memberi tekanan kepada Israel.",
"Terbaru, sejumlah umat Islam di Palestin cedera selepas bertembung\ndengan polis Israel di pekarangan Masjid al-Aqsa ketika umat Islam di seluruh\ndunia menyambut Aidiladha."
] |
https://alhijrahnews.com/berita-alhijrah-tersenarai-ranking-capaian-luar-talian-institut-kajian-kewartawanan-reuters/ | BERITA ALHIJRAH TERSENARAI RANKING CAPAIAN LUAR TALIAN INSTITUT KAJIAN KEWARTAWANAN REUTERS | [
"OXFORD, UK: Program berita waktu perdana TV Alhijrah, Berita Alhijrah tersenarai dalam 16 program berita luar talian yang mencatat capaian tertinggi, menurut laporan Institut Kajian Kewartawanan Reuters, hari ini.",
"Berita Alhijrah tersenarai pada kedudukan kesebelas dalam kategori TV, radio dan media cetak dengan capaian (reach) mingguan 9%.",
"Berdasarkan laporan itu juga, Berita Alhijrah memperoleh capaian lebih tinggi berbanding program Bernama News Channel (BNC), BBC News, Berita NTV7, CNN dan akhbar cetak Sin Chew Daily.",
"“Satu pencapaian yang membanggakan buat Berita Alhijrah kerana tersenarai dalam kalangan pemain industri pemberitaan terkemuka. Ini manifestasi bahawa Berita Alhijrah memiliki daya saing yang positif, di samping pelaporan yang berkualiti.",
"“Ketika ini, Berita Alhijrah juga juga agresif memaparkan kandungan menerusi platform media sosial, terutamanya TikTok, Instagram dan Facebook, selain portal berita Alhijrah Online,” menurut Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah.",
"Dalam laporan itu, kategori TV, radio dan media cetak itu diungguli Berita TV3, Astro Awani dan Harian Metro, masing-masing berada pada kedudukan pertama, kedua dan ketiga.",
"Turut tersenarai, Berita Harian, Sinar Harian, Berita RTM, The Star, Berita TV9, New Straits Times dan Berita 8TV.",
"Sementara itu, laporan sama turut menyatakan, penggunaan mingguan akhbar cetak telah jatuh merudum lebih 50 peratus sejak 2017.",
"“Berita di platform televisyen juga dilihat semakin kurang mendapat perhatian masyarakat berikutan akses kepada berita lebih mudah melalui platform media sosial, khususnya melalui Facebook, Whatsapp, Youtube dan TikTok,” menurut Zaharom Nain, penulis artikel yang bernaung di bawah Institut Kajian Kewartawanan Reuters.",
"Zaharom memperjelas data-data kajian institut berkenaan pada laman sesawangrasmi Institut Reuters.",
"Institut Kajian Kewartawanan Reuters adalah badan yang dibiayai oleh Yayasan Thomson Reuters, iaitu badan amal Thomson Reuters. -Alhijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/amran-tompel-meninggal-dunia/ | AMRAN TOMPEL MENINGGAL DUNIA | [
"KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel telah meninggal dunia, petang tadi.",
"Pemergian Allahyarham yang merupakan anak kepada seniman tersohor, Aman Ramli Jaafar atau AR Tompel itu dilapor telah disahkan oleh ahli keluarganya.",
"Allahyarham yang berusia 72 tahun itu merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor Armaya Aman Ramlie (AR Badul) dan Adlin Aman Ramlie.",
"Menurut AR Badul yang merupakan abang Allahyarham, arwah adiknya dimaklumkan tamat tempoh berkuarantin pada hari ini.",
"“Kematiannya berpunca dari sakit tua, masalah buah pinggang dan baru-baru ini Amran positif COVID-19 dan jalani kuarantin. ",
"“Hari ini hari terakhir kuarantin dan tak sangka dia sudah tiada,” katanya seperti dilapor Harian Metro.",
"Sebelum ini, Allahyarham mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar sehingga menyebabkan dia kurang selera makan yang mengakibat berat badannya semakin menurun.",
"Pada awal Mac 2020, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak namun dibenarkan pulang selepas empat hari ditahan di hospital."
] |
https://alhijrahnews.com/saya-mengharapkan-pengampunan-daripada-allah-dan-mendapat-haji-mabrur/ | ‘SAYA MENGHARAPKAN PENGAMPUNAN DARIPADA ALLAH DAN MENDAPAT HAJI MABRUR’ | [
"MAKKAH: Pelakon terkenal Lisdawati yang kini berada di Tanah Suci tidak keberatan untuk berkongsi kembara kerohaniannya selepas terpilih menjadi antara 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini.",
"Ketika ditemui pemberita di sini, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 45, menitiskan air mata kerana tidak menyangka terpilih menjadi dhuyufurrahman (tetamu Allah) bersama ibunya, Risda Chalidi, 67, bagi musim haji 1444 Hijrah.",
"Menyedari kekurangan diri dari segi ilmu agama, katanya beliau mendapatkan khidmat guru agama untuk menambah pengetahuan dalam usaha memperoleh haji mabrur (haji yang diterima Allah SWT) sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 22 Mei lepas.",
"“Saya faham sebagai hamba kita perlu kembali kepada Allah, sebagai pendosa saya mengharapkan pengampunan daripada Allah dan semoga mendapat haji mabrur,” katanya dalam nada sebak.",
"Menurutnya beliau juga banyak bertanya dengan kenalan yang pernah menunaikan haji bagi mendapatkan gambaran dan nasihat dalam menjalani ibadat itu.",
"Ditanya sekiranya akan meneruskan karier sebagai anak seni selepas ini, pelakon filem KL Menjerit itu berkata beliau akan terus mencari rezeki dalam bidang itu kerana ia sumber pendapatannya dalam membantu keluarga.",
"Bagaimanapun, Lisdawati berkata beliau menetapkan syarat seperti menutup aurat dan menjaga batas sebagai seorang muslim dalam memilih watak. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/anak-maut-kebakaran-hospital-saman-difailkan-ibu-bapa-akan-dibicarakan/ | ANAK MAUT KEBAKARAN HOSPITAL: SAMAN DIFAILKAN IBU BAPA AKAN DIBICARAKAN | [
"PUTRAJAYA: Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.",
"Ini selepas Peguam Kanan Persekutuan Zahilah Mohammad Yusoff yang mewakili pengarah hospital, ketua pengarah kesihatan, Kementerian Kesihatan, kerajaan Malaysia serta pengarah kesihatan negeri Johor bersetuju untuk menarik balik permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran merayu.",
"Mereka ingin merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Februari tahun lepas yang membatalkan saman itu.",
"Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, kemudian membatalkan permohonan kebenaran merayu.",
"Dua lagi hakim itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan dan Datuk Abu Bakar Jais.",
"Dalam prosiding hari ini yang diadakan secara dalam talian, Mohamad Zabidin memberitahu Zahilah bahawa keputusan Mahkamah Rayuan semasa kerajaan memohon kebenaran untuk merayu adalah interlokutori melibatkan isu mengenai statut had.",
"Hakim itu berkata mahkamah tidak memberikan kebenaran untuk perkara berkaitan interlokutori dan menyoal Zahilah sama ada lebih baik perbicaraan diteruskan di Mahkamah Tinggi dan kerajaan boleh berhujah mengenai isu berkaitan Akta Prosiding Kerajaan dan statut had memandangkan perbicaraan belum bermula.",
"Hakim Abu Bakar berkata adalah lebih baik isu itu diselesaikan di Mahkamah Tinggi berbanding kerajaan meneruskan permohonan kebenaran merayu kerana keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu.",
"Peguam S. Gunasegaran yang mewakili ibu bapa mangsa berkata kerajaan tidak akan diprejudis dan dihalang daripada berhujah mengenai statut had di Mahkamah Tinggi.",
"Zahilah kemudiannya bersetuju untuk menarik balik permohonan kebenaran merayu itu.",
"Ibu bapa kepada tiga pesakit itu iaitu Logeswaran Krishnasamy, Choo Lin Fong, dan Kaliama Muniandy, memfailkan saman tersebut pada 2019, mendakwa kecuaian pihak hospital dan kerajaan berhubung kebakaran yang berlaku pada 25 Okt 2016 di wad unit rawatan rapi hospital. Enam pesakit maut dalam kebakaran itu.",
"Pada 3 Mei lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh ibu bapa tiga pesakit itu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Februari tahun lepas yang membatalkan saman mereka.",
"Mahkamah Tinggi membatalkan saman mereka atas alasan “halangan masa”‘. Seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 mengenakan statut pengehadan tiga tahun ke atas tindakan undang-undang atau pendakwaan individu yang menjalankan tugas awam. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/isu-kampung-baru-kami-tak-tolak-pembangunan/ | ISU KAMPUNG BARU: KAMI TAK TOLAK PEMBANGUNAN | [
"KUALA LUMPUR: Pemilik dan waris tanah di Kampung Baru bukan membantah pembangunan kawasan itu, sebaliknya mereka tidak bersetuju dengan harga RM850 satu kaki persegi ditawarkan oleh kerajaan.",
"Kadar itu\ndiumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad pada sesi Town Hall\nPembangunan Kampung Baru di Dewan Perdana Felda di ibu negara semalam.",
"Pesara kerajaan,\nSiti Zakiah Othman, 66, berkata tawaran harga itu pertama kali dimaklumkan\nkepada pemilik dan pewaris sepanjang cadangan pembangunan Kampung Baru itu\ndibincangkan sejak tahun 80-an.",
"“Saya setuju pembangunan kerana nak sangat melihat Kampung Baru dimajukan kerana keadaannya sekarang sangat buruk.",
"“Cuma kalau boleh kadar tawaran itu dinaikkan dengan minimum RM1,000 setiap kaki persegi kerana kadar yang diumumkan oleh menteri terlalu rendah,” katanya.",
"Pemilik tanah\nKampung Baru, Shamlan Yahaya, 60, berkata, beliau berharap ada kata putus\nmengenai pembangunan Kampung Baru itu dicapai pada sesi town hall kerana telah\nberlarutan dalam tempoh terlalu lama.",
"“Dalam soal\npembangunan melibatkan projek yang besar, pemilik tanah dan kerajaan perlu\nberganding bahu mencari kata sepakat demi generasi masa depan.",
"“Harga ditawarkan rendah tapi kalau kadarnya dinaikkan bimbang pula jika kos projek menjadi terlalu tinggi dan tak mampu dilaksanakan. Biarlah keadaannya menang buat kedua belah pihak,” katanya.",
"Dalam masa sama,\nkatanya, pembangunan dicadangkan diharapkan tidak hanya memfokuskan kepada\nkemudahan orang muda sebaliknya kemudahan kepada warga emas yang mahukan\nmahukan surau dan dewan tidak keciciran.",
"Pekerja swasta,\nYusnita Md Yunos, 42, pula berkata, walaupun harga ditawarkan rendah namun\nmereka sekeluarga tiada pilihan lain untuk menerimanya.",
"“Sudah\ntiada pilihan kerana tidak selesa dengan kebanjiran warga asing dan lokasi\nrumah terletak berhampiran dengan LRT Putra dan Saloma Link. Jika tak terima\ntawaran kami akan terhimpit dengan pembangunan dan akhirnya terpaksa keluar\njuga.",
"“Kalau boleh saya minta harganya biarlah munasabah, tawaran itu dinaikkan antara RM1,000 sehingga RM1,500 kaki persegi,” katanya.",
"Khalid pada sesi\nTown Hall itu menjelaskan kadar ditawarkan itu dinilai oleh Jabatan Penilaian\ndan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan mengambil kira faktor mengekalkan syarat\nkepentingan pemilikan kepada orang Melayu sahaja.",
"Beliau berkata,\nkadar itu tidak termasuk apa-apa struktur atau bangunan yang terletak di\natasnya yang akan dinilai secara berasingan. – SINAR HARIAN"
] |
https://alhijrahnews.com/jawi-foodbank-beri-sumbangan-kepada-31-warga-palestin/ | JAWI FOODBANK BERI SUMBANGAN KEPADA 31 WARGA PALESTIN | [
"KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Foodbank menyampaikan bantuan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada 31 rakyat Palestin di Malaysia, semalam.",
"Sumbangan menerusi inisiatif JAWI Foodbank itu bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.",
"Menurut Zulkifli, bantuan itu sebahagian daripada misi solidariti bersama rakyat Palestin yang dijalankan secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan RM3.3 juta membabitkan bantuan barangan, wang tunai bagi keluarga rakyat Palestin di Malaysia termasuk di Palestin.",
"“Sumbangan turut diberikan bagi pembiayaan yuran pengajian bagi pelajar warganegara Palestin di universiti terpilih dalam Malaysia.",
"“Inisiatif ini dilakukan hasil kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Palestinian Progressive Association–Malaysia (PPAM),” katanya menerusi Facebook hari ini.",
"Zulkifli mengulas, program tersebut dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Global Peace Malaysia dan Malaysia For Syria.",
"Turut hadir Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Timbalan Rektor (Perhubungan Pelajar dan Pembangunan Komuniti) UIAM, Prof Madya Dr Zulkifli Hasan dalam program sumbangan tersebut.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/mustahil-untuk-siap-sedia-hadapi-malapetaka-seperti-gempa-bumi-kuat-erdogan/ | MUSTAHIL UNTUK SIAP SEDIA HADAPI MALAPETAKA SEPERTI GEMPA BUMI KUAT – ERDOGAN | [
"ANKARA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata adalah mustahil untuk bersiap sedia menghadapi malapetaka seperti gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Isnin yang mengorbankan lebih 9,000 orang, namun berikrar akan berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa rakyat.",
"“Ada kekurangan, mustahil untuk bersedia menghadapi bencana besar seperti itu.",
"“Kami tidak akan meninggalkan mana-mana rakyat kami tanpa pengawasan. Kami akan melaksanakan pengurusan bencana dengan mengambil setiap langkah yang perlu supaya tiada siapa yang menderita,” kata Erdogan kepada pemberita di wilayah selatan Hatay, lapor Xinhua.",
"Angka kematian akibat gempa bumi di selatan Türkiye kini meningkat kepada lebih 12,000 dengan 62,914 cedera.",
"“Ini adalah masa untuk perpaduan, penyatuan. Dalam keadaan sekarang, saya tidak boleh menerima kempen negatif untuk kepentingan politik semata-mata,” kata Erdogan menjawab tuduhan bahawa kerajaannya gagal menangani bencana itu. ",
"Erdogan berkata setakat ini 3,356 orang terbunuh di Hatay, lokasi yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi daripada 10 wilayah di negara itu yang dilanda gempa bumi.",
"Seramai 21,200 penyelamat termasuk anggota tentera dan polis bertugas di wilayah itu, katanya. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/banjir-terengganu-semakin-pulih/ | BANJIR TERENGGANU SEMAKIN PULIH | [
"KUALA TERENGGANU, 16 Dis — Banjir di Terengganu beransur pulih tengah hari ini dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup secara berperingkat mulai pukul 10 pagi tadi.",
"Hanya satu PPS masih beroperasi di Hulu Terengganu iaitu PPS di Kampung Pengkalan Ajal yang menempatkan seramai 64 mangsa daripada 20 keluarga ketika ini.",
"Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata cuaca di kebanyakan daerah juga semakin baik hari ini.",
"“Ketika ini pergerakan awan tebal yang membawa hujan lebih tertumpu ke utara Terengganu iaitu sekitar daerah Besut dan Kelantan,” katanya.",
"Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula melaporkan hanya Sungai Nerus di Setiu melepasi paras amaran manakala sungai lain masih berada di paras waspada.",
"— BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/3000-polis-kawal-keselamatan-di-sungai-besar-esok/ | 3,000 POLIS KAWAL KESELAMATAN DI SUNGAI BESAR ESOK | [
"SUNGAI BESAR, 17 Jun – Kira-kira 3,000 anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar esok.",
"Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRK berkenaan ACP Khalil Ariffin berkata anggota polis akan ditempatkan di setiap persimpangan dan di semua Pusat Daerah Mengundi.",
"“Bagi memastikan kelancaran hari mengundi esok, pengundi dinasihatkan keluar awal. “Bagi pengundi luar pula, polis ingin menasihati mereka datang ke sini awal bagi mengelakkan kesesakan jalan raya yang dijangka berlaku di Jalan Persekutuan Klang-Teluk Intan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.",
"Katanya pengundi tidak perlu risau untuk keluar mengundi kerana pihak polis sentiasa bersedia mengawal keselamatan.",
"“Polis turut bersedia mengawal keadaan di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sri Bernam semasa pengumuman keputusan PRK dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Rayaa pada malam itu,” katanya.",
"Tambah Khalil, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya yang tidak mempunyai apa-apa urusan di Sungai Besar agar menggunakan laluan alternatif sekiranya hendak ke Teluk Intan atau Kuala Selangor.",
"Mengulas mengenai jumlah laporan sepanjang tempoh berkempen, Khalil memberitahu bahawa sebanyak 26 laporan polis telah dibuat termasuk satu laporan poster calon bertanding disimbah cat di Sekinchan.",
"“Kami menerima laporan berkenaan pada kira-kira pukul 10 pagi tadi di Balai Polis Sekinchan oleh orang awam, berdasarkan siasatan awal dipercayai kejadian berlaku pada lewat malam atau awal pagi tadi,” katanya.",
"Khalil berkata 10 kertas siasatan berkaitan kesalahan sepanjang tempoh berkempen telah selesai dijalankan dan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.",
"“Kertas siasatan berkenaan melibatkan kes curi, koyak dan bakar poster calon serta fitnah,” katanya.",
"BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/amaran-hujan-sangat-lebat-tahap-bahaya-di-empat-negeri-sehingga-esok/ | AMARAN HUJAN SANGAT LEBAT TAHAP BAHAYA DI EMPAT NEGERI SEHINGGA ESOK | [
"KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga Khamis ini.",
"MetMalaysia dalam kenyataan pagi ini, memaklumkan ia melibatkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Bera, Pekan dan Rompin manakala tahap buruk di kawasan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan sehingga 2 Mac ini.",
"Selain itu, amaran hujan berterusan tahap wasapada dijangka berlaku di Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya manakala di Perak membabitkan lokasi Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. ",
"Sementara itu, di Pahang pula meliputi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub manakala Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga hari ini.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/koronavirus-china-catat-56-kes-kematian-terbar/ | KORONAVIRUS: CHINA CATAT 56 KES KEMATIAN TERBARU | [
"BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di wilayah Hubei, China terus meningkat kepada 350 kes dengan 56 kematian baharu direkodkan semalam.",
"Reuters melaporkan, sebanyak 2,103 lagi kes dikesan di wilayah itu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11,177 setakat semalam.",
"Kematian pertama akibat koronavirus di luar China dilaporkan semalam melibatkan seorang warga China berusia 44 tahun dari bandar Wuhan di wilayah Hubei, yang meninggal dunia di Filipina, Sabtu lalu.",
"Naib Gabenor wilayah Hubei, Xiao Juhua berkata, wabak itu masih dalam keadaan buruk dan rumit.",
"Sekurang-kurangnya 171 kes telah dilaporkan di lebih daripada 12 negara dan wilayah lain, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, Hong Kong dan Britain. — SINAR HARIAN"
] |
https://alhijrahnews.com/masjidil-haram-masjid-nabawi-siar-secara-langsung-solat-tarawih-ramadan-ini/ | MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI SIAR SECARA LANGSUNG SOLAT TARAWIH RAMADAN INI | [
"KUALA LUMPUR: Pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan (KHEIDB) Arab Saudi berkaitan persediaan masjid-masjid di Arab Saudi untuk menyambut Ramadan 1444H yang tular baru-baru ini tidak terpakai kepada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.",
"Memetik hantaran Facebook petugas di Konsulat Arab Saudi di Kuala Lumpur, Ahmad Fazrin Yahaya, pekeliling tersebut bukan perkara baharu, sebaliknya peringatan kepada arahan terdahulu.",
"“Perlu difahami, KHEIDB hanya bertanggungjawab mengawal selia masjid-masjid seluruh Arab Saudi, tetapi tidak termasuk al-Haramain Al-Syareefain iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kedua-dua masjid suci ini ditadbir urus oleh Lembaga Pentadbiran Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di bawah kepimpinan al-Syaikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz al-Sudais.”",
"Menurutnya pekeliling itu antaranya menyebut mengenai larangan penyiaran secara langsung solat Tarawih.",
"“Perlu difahami, majoriti imam-imam masjid di Arab Saudi sangat tidak gemar untuk solat mereka disebarkan meluas sama ada secara langsung atau rakaman,” jelas Ahmad Fazrin.",
"Selain larangan penyiaran secara langsung solat Tarawih, pekeliling itu turut menyentuh tentang tindakan mengehadkan penggunaan pembesar suara, menasihati agar jemaah tidak membawa kanak-kanak untuk mengelak gangguan, dan berbuka puasa di halaman masjid, bukan di dalam masjid.",
"Dalam pada itu, saluran TV Islam tanah air, TV AlHijrah juga akan menyiarkan secara langsung solat sunat Tarawih sepanjang Ramadan dari tanah suci bermula jam 1 pagi, dan siaran ulangan pada setiap jam 9 malam. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/surah-ar-rahman-dan-al-furqan-jadi-pilihan-quranhour-tahun-ini/ | SURAH AR-RAHMAN DAN AL-FURQAN JADI PILIHAN #QURANHOUR TAHUN INI | [
"KUALA LUMPUR: Surah Ar-Rahman dan Surah Al-Furqan menjadi surah pilihan bagi Malaysia #Quranhour pada 30 Ogos ini sempena sambutan kemerdekaan ke-63 pada hari berikutnya.",
"Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) , Marhaini Yusoff berkata, misi ‘meng-Qurankan’ bangsa dan mengikhlaskan ummah yang memasuki tahun ke-6 ini membawa kelainan dengan pembinaan 12 personaliti ‘Ibadurrahman berteraskan surah Al-Furqan daripada ayat 63 hingga 77.",
"Menurutnya, personaliti ‘Ibadurahman adalah gambaran akhlak umat Rasulullah SAW yang mencapai kemuliaan di sisi Allah SWT serta seorang hamba yang menzahirkan tindakan harmoni antaranya menyebar salam, memberi makan, menyambung silaturahim dan mendirikan solat malam ketika orang lain sedang tidur.",
"“Pada 30 ogos ini kita akan bawa pula tentang siapa hamba kepada Ar-Rahman, di mana kita akan kupas daripada surah Al-Furqan daripada ayat 63 hingga 77.",
"“Kita bawa kepada apa yang hadis nabi kata, jadi itu kelainan pada tahun ini,” katanya.",
"Jelas beliau lagi, antara 12 personaliti ‘Ibadurrahman itu adalah tawaduk, berbudi bahasa, mendirikan solat malam, menjauhi zina, tidak bersumpah palsu dan memohon kebaikan untuk keluarga.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media Malaysia #Quranhour di Shah Alam hari ini.",
"Sementara itu Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata usaha itu sebagai inisiatif untuk menjadi ‘Ibadurahman yang dapat memacu transformasi peradaban dunia dengan bermula diri sendiri, keluarga, organisasi dan komuniti.",
"“Kita berharap semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia ni dapat khatam tadabur Al-Quran.",
"“Apabila kita khatam satu Al-Quran, saya rasa ekosistem akan berubah, pemikiran dan budaya orang Islam juga akan berubah,” katanya.",
"Kempen Malaysia #QuranHour bertemakan Malaysia Harmoni: Pembinaan 12 Personaliti ‘Ibadurrahman akan disiarkan secara langsung menerusi stesen tv antaranya TV Alhijrah dan platform digital pada 30 Ogos ini selama sejam bermula 12 tengah hari hingga 1 tengah hari. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/majlis-tahfiz-negara-bakal-dilancar-tahun-hadapan/ | MAJLIS TAHFIZ NEGARA BAKAL DILANCAR TAHUN HADAPAN | [
"KAJANG : Penubuhan Majlis Tahfiz Negara dijangka dilancarkan selewat- lewatnya awal tahun depan.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, ketika ini terdapat beberapa isu berkaitan teknikal sedang dalam proses penyelesaian dan penelitian.",
"“Sebagai sebuah majlis ia perlu ada pengerusi, anggota (yang akan membarisi jawatankuasa majlis) dan kemudian kena ada undang-undang. Selain itu, apabila melibatkan hal agama dan isu Islam, kita juga perlu maklum kepada Majlis Raja-raja.",
"“Tetapi ini adalah proses biasa dan mengambil sedikit masa untuk menjayakan Majlis Tahfiz Negara. Insya-ALLAH tahun depan ia akan menjadi realiti,” katanya pada sidang media Konvensyen Huffaz Profesional Peringkat Kebangsaan 2019 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini hari ini.",
"Menurutnya, kerajaan komited merealisasikan penubuhan Majlis Tahfiz Negara selaras dengan usaha menambah baik institusi tahfiz di negara ini.",
"“Ia juga selaras dengan usaha untuk mengarusperdanakan pendidikan tahfiz yang berperanan mewujud dan menyelaras mekanisme pengiktirafan, memberi pengiktirafan kepada huffaz di samping memantau pematuhan standard pengiktirafan diberikan.",
"Sementara itu, dalam majlis sama, Mujahid turut menyempurnakan pelancaran Buku Kaedah Hafazan Al-Quran Model Malaysia yang diterbitkan dengan bantuan pakar al-Quran yang terdiri daripada pensyarah universiti serta masyaikh dari institusi tahfiz dalam negara. — SINAR HARIAN"
] |