title
int64 4
3.51k
| body
stringlengths 18
82.3k
|
---|---|
4 | Soalan: Assalamualaikum wrm. wbt., Apakah hukum menderma darah di dalam rumah ibadat orang bukan Islam? Jawapan: Waalaikumussalam wrm. wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah ﷻ, selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad ﷺ, ke atas Ahli Bait, serta Para Sahabat baginda, dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat. Hukum menderma darah ialah diharuskan, bahkan sunat dan digalakkan di dalam Islam kerana ia adalah aktiviti tolong menolong atas kebaikan. Ini selaras dengan firman Allah ﷺ: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ Maksudnya: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa." (Surah al-Ma’idah: 2) Rujuk Irsyad Al-Fatwa #276: Hukum Menderma Darah; Al-Kafi Li Al-Fatawi Ke- 528: Hukum Menerima Darah Dan Organ Daripada Non-Muslim Namun begitu, hukum memasuki rumah ibadat orang bukan Islam diperselisihkan hukumnya. Rujuk Irsyad Fatwa #248: Hukum Memasuki Rumah Ibadat Agama Lain Dan Menghadiri Majlis Perkahwinan Orang Kristian Di Gereja Secara ringkas, pendapat yang muktamad di dalam mazhab Syafie bahawa hukum memasuki rumah ibadat orang bukan Islam adalah haram sekiranya dimasuki tanpa izin, atau rumah ibadat itu mempunyai patung atau gambar yang diagungkan, atau aktiviti memasuki premis itu meninggikan syiar agama mereka. Sebahagian ulama mengharuskan sekalipun dengan wujud patung dan gambar dengan syarat tidak mengagungkan syiar mereka atau masuk tanpa izin. Rujuk Qowa`id al-Ahkam (2/132) oleh Imam Izzuddin bin Abdissalam; Tuhfah al-Muhtaj (9/295) oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami; al-Mawahib al-Madaniyyah (2/398-399) oleh Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi. Ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Talhah R.A, Rasulullah ﷺ bersabda: لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ Maksudnya: “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” Riwayat al-Bukhari (3225) dan Muslim (2016) Rujuk Al-Afkar #47: Hukum Patung Sebagai Perhiasan untuk huraian lanjut. Kesimpulan Berdasarkan keterangan dan fakta di atas, kami cenderung kepada pendapat bahawa diharuskan kepada orang Islam untuk menderma darah di rumah ibadat orang bukan Islam atas alasan keperluan, dengan syarat ia dilakukan dengan izin serta tidak melakukan apa-apa amalan yang menjadi syiar kepada agama mereka. Begitu juga hendaklah aktiviti menderma darah itu tidak bertujuan mempromosikan agama mereka kerana membantu kekufuran adalah suatu kekufuran jua. Sebaiknya seorang Muslim menderma darah di tempat-tempat yang jauh daripada tohmahan orang. Wallahua`lam. Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Kami doakan agar Allah ﷻ menerima amalan baik kita. Amin. Disediakan oleh, Unit Buhuth, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. |
5 | 2023 BIL PERKARA TARIKH CERAPAN 1 Jadual Cerapan Sepanjang Tahun 2023 Muat Turun 2 Analisis Kedudukan Hilal Muat Turun 2022 BIL PERKARA TARIKH CERAPAN 1 Jadual Cerapan Sepanjang Tahun 2022 Muat Turun 2 Analisis Kedudukan Hilal Muat Turun 2021 BIL PERKARA TARIKH CERAPAN 1 Jadual Cerapan Sepanjang Tahun 2021 Muat Turun 2020 BIL PERKARA TARIKH CERAPAN 1 Analisis Kedudukan Hilal Muat Turun 2 Jadual Cerapan Sepanjang Tahun 2020 Muat Turun |
6 | SOALAN Assalamualaikum. Pesakit saya mempunyai masalah tiada bulu di badan mahupun rambut sejak lahir, imej botak yang ketiadaan rambut menjadikan dirinya dipandang aib oleh masyarakat sekeliling disamping hilang keyakinan diri. Oleh itu, pihak kami tidak boleh tanam rambut menggunakan rambut pesakit itu sendiri disebabkan ketiadaan rambut. Walau bagaimanapun terdapat alternatif lain untuk menyelesaikan masalah imej botak mahupun keguguran rambut dengan menanam rambut sintetik (tiruan). Persoalannya, apakah hukum menanam rambut sintetik? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti. Ringkasan Jawapan Menanam rambut sintetik dibolehkan sekiranya tiada pilihan rambut sendiri berdasarkan ketetapan syarat-syarat berikut : Tujuan merawat bagi menghilangkan aib atau penyakit pada diri Tidak terdedah pada risiko bahaya dari segi kesihatan di samping mendapat nasihat pakar. Memastikan memilih sumber bahan yang suci. Sementara itu, dilarang menanam rambut sintetik (tiruan) daripada sumber yang haram dan najis seperti bulu khinzir, bulu rambut bangkai atau rambut haiwan yang tidak dimakan dagingnya dan seumpamanya. Huraian Jawapan: Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat. Proses tanam rambut melibatkan pemindahan rambut sendiri yang diambil bahagian lain atau memindahkan rambut sendiri daripada kawasan yang lebat kepada kawasan kepala yang botak dari belakang atau sisi kepala ke bahagian depan atau atas kepala.[1] Menanam rambut merupakan kaedah moden masa kini yang merupakan solusi terakhir bagi mereka yang mengalami masalah gugur yang kritikal. Walau bagaimanapun tiada dalil yang jelas tentang larangannya, namun terdapat kisah seorang bani Israel yang berimej botak menyatakan permintaan kepada Malaikat untuk mendapatkan rambut yang indah agar tidak dipandang hina. Ini berdasarkan hadis yang diriwayat daripada Abu Hurairah RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: " إنَّ ثَلَاثَةً في بَنِي إِسْرَائِيلَ: أَبْرَصَ، وَأَقْرَعَ، وَأَعْمَى، بَدَا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَبْتَلِيَهُمْ، فَبَعَثَ إِلَيْهِمْ مَلَكًا، فأتَى الأبْرَصَ، فَقالَ: أَيُّ شَيءٍ أَحَبُّ إِلَيْكَ؟ قالَ: لَوْنٌ حَسَنٌ، وَجِلْدٌ حَسَنٌ؛ قدْ قَذِرَنِي النَّاسُ، قالَ: فَمَسَحَهُ فَذَهَبَ عنْه، فَأُعْطِيَ لَوْنًا حَسَنًا، وَجِلْدًا حَسَنًا، فَقالَ: أَيُّ المَالِ أَحَبُّ إِلَيْكَ؟ قالَ: الإبِلُ -أَوْ قالَ: البَقَرُ، هو شَكَّ في ذلكَ: إنَّ الأبْرَصَ وَالأقْرَعَ قالَ أَحَدُهُما: الإبِلُ، وَقالَ الآخَرُ: البَقَرُ-، فَأُعْطِيَ نَاقَةً عُشَرَاءَ، فَقالَ: يُبَارَكُ لكَ فِيهَا. وَأَتَى الأقْرَعَ فَقالَ: أَيُّ شَيءٍ أَحَبُّ إِلَيْكَ؟ قالَ: شَعَرٌ حَسَنٌ، وَيَذْهَبُ عَنِّي هذا؛ قدْ قَذِرَنِي النَّاسُ، قالَ: فَمَسَحَهُ فَذَهَبَ، وَأُعْطِيَ شَعَرًا حَسَنًا، Maksudnya : "Sesungguhnya terdapat tiga orang dari Bani Israil, iaitu: seorang menderita sakit kusta, seorang berkepala botak, dan seorang lagi buta. ALLAH ingin menguji mereka bertiga, maka diutuskan seorang malaikat kepada mereka. Pertama, malaikat itu pergi kepada si penderita sakit kusta dan bertanya kepadanya: "Apakah sesuatu yang paling kamu sukai?" Dia menjawab: "Warna rupa yang elok, kulit yang indah serta hilangnya penyakit dari tubuhku yang membuat orang-orang menjauhiku. Baginda bersabda " Lantas Malaikat mengusapnya kulit pesakit kusta itu dan hilanglah penyakit yang dideritainya, serta diberi warna rupa yang elok dan kulit yang indah.Malaikat pun bertanya lagi kepadanya: "Kekayaan apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya: "Unta atau lembu." (perawi syak antara unta atau lembu yang dimintanya). Maka diberikan kepadanya seekor unta yang bunting dan mendoakannya: "Semoga ALLAH memberkati kepadamu dengan unta ini. "Kemudian Malaikat itu pergi kepada orang yang berkepala botak dan bertanya kepadanya: "Apakah sesuatu yang paling kamu sukai?" Dia menjawab: "Rambut yang indah, serta hilangnya penyakit ini yang membuat orang-orang menjauhiku. Lantas, Malaikat mengusap kepala orang yang botak itu, maka hilanglah penyakitnya serta tumbuhlah rambut yang indah…….” Riwayat Sahih al-Bukhari 3464 Dr. Soleh bin Muhamad al-Fawzan dalam kitabnya al-Jarahah al-Tajmiliyyah menyatakan hadis ini menjadi hujah keharusan serta menunjukkan tiada larangan bagi mereka yang berimej botak untuk mendapatkan rambut yang cantik agar dapat menghilangkan aib diri. Mempunyai rambut yang cantik merupakan satu nikmat dan idaman setiap insan. Oleh yang demikian, tiada kesalahan untuk berusaha mendapatkan nikmat tersebut selagi tidak bertentangan dengan syarak mahupun apa-apa perkara yang boleh mengubah ciptaan-Nya.[2] Menanam rambut berbeza dengan menyambung rambut yang mana jelas terdapat larangan dalam riwayat hadis, Baginda SAW bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ Maksudnya: Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan wanita yang minta disambungkan rambutnya. Riwayat Muslim (5687) Seterusnya, menanam rambut mestilah daripada bahagian rambutnya sendiri kerana tidak dibenarkan menggunakan rambut orang lain. Rambut manusia tidak boleh dijual beli mahupun dimanfaatkan oleh orang lain kerana juzuk anggota anak Adam itu dimuliakan. Hal Ini berdasarkan firman Allah SWT: وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ Maksudnya: Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam… Surah Al-Isra’: (70) Al-Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya Al-Majmu’ bahawa tidak boleh untuk menjual rambut manusia sama ada ia bersambung ataupun terpotong. [3] Dr. Soleh bin Muhamad al-Fawzan dalam kitabnya al-Jarahah al-Tajmiliyyah menyatakan tanam rambut adalah ubat untuk kebotakan yang merupakan kecacatan fizikal dan jiwa / emosi. Pesakit mungkin mengalami sakit di kepala akibat keguguran rambut. Namun, pada sudut emosinya merasakan kekurangan terhadap bentuk fizikalnya dan mengundang penghinaan dalam hati orang yang melihat. Hal ini menyebabkan dia sakit psikologi dan keinginan untuk mengasingkan dirinya daripada orang ramai. Hal tersebut merupakan alasan untuk membenarkan menjalani pembedahan tanam rambut disebabkan keperluan yang menepati darurat. Hal ini bersesuaian dengan kaedah fiqh berikut : [4] الْحَاجَةُ تَنْزِلُ مَنْزِلَةَ الضَّرُورَةِ عَامَّةً كَانَتْ أَوْ خَاصَّةً Maksudnya : “Suatu hajat (keperluan) boleh jatuh dalam katogeri terdesak sama ada ia berbentuk umum mahupun khusus.". [5] Berdasarkan kaedah fiqh tersebut menunjukan jalan keluar daripada Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-94 yang bersidang pada 20-22 April 2011 telah membincangkan hukum menanam rambut di kepala telah bersetuju memutuskan bahawa harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudarat.[6] Dar Ifta’ Jordan memutuskan bahawa prosedur menanam rambut ke dalam kulit bukan sebahagian daripada mengubah ciptaan Allah, sebaliknya rawatan bertujuan untuk mengembalikan kepada fitrahnya yang diciptakan-Nya. Oleh itu, hukum menanam rambut diharuskan dengan syarat tidak memudaratkan. Majma’ al-Fiqh al-Islami bernombor 173 bagi tahun 2007 telah mengeluarkan keputusan bahawa dibenarkan untuk menanam rambut bagi mereka yang mengalami keguguran khususnya bagi wanita. Memindahkan rambut seseorang daripada rambutnya sendiri dibolehkan berdasarkan keputusan keputusan Majma’ al-Fiqh al-Islami bernombor 26 bagi tahun 1998. Keputusan tersebut menyatakan bahawa : “ Harus memindahkan bahagian anggota manusia ke bahagian lain daripada anggota tubuhnya dengan mengambil kira mendapat manfaat lebih mengatasi risiko operasi. Pemindahan bahagian anggota dibenarkan dengan syarat untuk mengantikan organ yang hilang, memulihkan bentuk dan fungsi selain membaiki kecacatan yang hilang (aib) yang boleh memberi kesan kepada fizikal dan emosi (psikologi) seseorang” [7] Keputusan fatwa-fatwa menbenarkan proses menanam rambut bagi mereka yang mengalami keguguran rambut serta mereka yang berimej botak dengan menyatakan syarat-syarat tertentu. Berbalik kepada soalan yang diajukan, isu berkaitan tiada rambut sendiri untuk ditanam dirambutnya, maka alternatif lain adalah menggunakan bahan lain dengan syarat daripada sumber yang suci. Namun haram menggunakan sumber yang haram dan najis seperti bulu khinzir, bulu rambut bangkai atau rambut haiwan yang tidak dimakan dagingnya dan sebagainya. PENUTUP Kesimpulannya, setelah meneliti hujah yang dibentangkan, hukum menanam rambut sintetik dibolehkan bagi tujuan rawatan serta menghilangkan aib dengan syarat tidak mendatangkan mudarat dan bahan sintetik yang digunakan adalah suci. Namun, haram menggunakan sumber yang najis seperti bulu khinzir, bulu atau rambut bangkai atau rambut haiwan yang tidak dimakan dagingnya dan sebagainya. Seterusnya, kami menasihati kepada mana-mana doktor kecantikan dan perubatan yang pakar dalam dalam bidang tersebut agar mengenal pasti pelanggan yang datang untuk menanam rambut. Pakar hanya boleh menerima pelanggan yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak, iaitu tujuan penyembuhan penyakit atau menghilangkan aib. Manakala, pelanggan yang sekadar menanam rambut demi kecantikan atau menambah kecantikan, maka haram seorang pakar bersubahat terhadap perkara yang melanggar larangan Allah. RUJUKAN [1] https://www.healthline.com/health/hair-transplant#types [2] Soleh bin Muhamad al-Fawzan,(2008m) al-Jarahah al-Tajmiliyyah . Dar at-Tadmuyyah : Riyadh Cet 2. p:152 [3] Al-Nawawi, Muḥyī al-Dīn Yahyā bin Sharf, (t.t) l-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, jld 9 p: 254) * وَاحْتَجَّ الْمَانِعُونَ بِأَنَّهُ لَا يُبَاعُ فِي الْعَادَةِ وَبِأَنَّهُ فَضْلَةُ آدَمِيٍّ فَلَمْ يَجُزْ بَيْعُهُ كَالدَّمْعِ وَالْعَرَقِ وَالْمُخَاطِ وَبِأَنَّ مَا لَا يَجُوزُ بَيْعُهُ مُتَّصِلًا لَا يَجُوزُ بَيْعُهُ مُنْفَصِلًا كَشَعْرِ الْآدَمِيِّ [4]Soleh bin Muhamad al-Fawzan,(2008m) al-Jarahah al-Tajmiliyyah . Dar at-Tadmuyyah : Riyadh Cet 2. p:153 أن زراعة الشعر علاج للصلع، وهو عيب حسي ومعنوي، فالحسي ما قد يجده من آلام في الرأس بسبب فقد الشعر، والمعنوي ما يحس به من نقص في خلقته وازدراء في قلوب الناس، وهذا يعود عليه بالألم النفسي والرغبة في الانزواء عن الناس، وهذا موجب للترخيص بفعل الجراحة؛ لأنه حاجة، فتَنْزل منزلة الضرورة إعمالا للقاعدة الفقهية ( الْحَاجَةُ تَنْزِلُ مَنْزِلَةَ الضَّرُورَةِ عَامَّةً كَانَتْ أَوْ خَاصَّةً ) [5] Al-Suyuti, Jalaluddin (1990), Asybah wa Nadzair, Dar al-Kitab al-Ilmiyah, j :1 p: 88 [6] http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10275 [7] https://www.aliftaa.jo/Question2.aspx?QuestionId=3584#.YejDXf5Bw2w |
7 | Soalan Assalamualaikum w.b.t, Saya ada satu persoalan. Apakah hukum ibu bapa melaksanakan ibadah korban untuk anak yang belum baligh? Mohon pandangan SS Datuk Mufti. Ringkasan Jawapan Ibu bapa diharuskan untuk melaksanakan korban untuk anak-anak yang belum baligh dengan syarat harta yang digunakan untuk membeli binatang korban mestilah diambil daripada harta ibu bapa dan bukan harta anak-anak. Huraian Jawapan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Ibadah korban merupakan bentuk pengabdian diri kepada Allah SWT untuk menjelaskan rasa kesyukuran dan pengorbanan kepada agama. Allah SWT berfirman bahawasanya: فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)”. Surah al-Kauthar (2) Salah satu di antara syarat-syarat yang dituntut kepada seseorang itu untuk layak melaksanakan ibadat korban adalah baligh dan berakal. Ia bermaksud bahawa kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh dan orang gila tidak disunatkan untuk melaksanakan korban kerana keadaan mereka yang bukan mukalaf[1]. Secara umumnya, hukum pelaksanaan ibadah korban untuk orang lain tanpa mendapat keizinan pemiliknya adalah tidak sah. Ini berdasarkan kenyataan Khatib al-Syirbini dalam kitabnya: وَلَا تَضْحِيَةَ عَنْ الْغَيْرِ بِغَيْرِ إذْنِهِ Maksudnya: “Dan tidaklah seseorang melakukan korban ke atas orang lain tanpa keizinannya”. Seorang mukalaf tidak diharuskan untuk melaksanakan ibadat korban bagi orang lain yang masih hidup kecuali setelah mendapat keizinan tuannya. Hukum ibadat tersebut juga tidak sah menurut mazhab al-Syafi’i. Hal ini demikian kerana pelaksanaan korban juga termasuk salah satu daripada perbuatan ibadat. Pada asasnya, seseorang itu tidak boleh melakukan ibadat bagi pihak lain dan perbuatan tersebut ditegah dalam agama kecuali sekiranya ada dalil yang membenarkannya dan lebih-lebih lagi jika ia berbuat demikian tanpa keizinan orang tersebut[2]. Bagi ibu bapa yang ingin melaksanakan korban bagi pihak anak-anaknya yang belum baligh. Khatib al-Syirbini ada menyatakan bahawa korban si wali untuk individu di bawah tanggungannya (seperti anak, orang gila, orang yang terhalang daripada menguruskan harta) dengan mengguna pakai harta anaknya adalah haram. Ia juga tidak sah sekiranya korban tersebut dilakukan untuk janin di dalam perut seperti mana tidak sah pembayaran zakat fitrah untuk kandungan yang masih berada di dalam perut ibunya. Ini berdasarkan kenyataan yang dinyatakan oleh al-Bulqini dan al-Azraie dan juga pendapat al-Mawardi dan ulama-ulama mazhab al-Syafi’i[3]. Hal ini bermaksud bahawa seorang wali sama ada bapa atau datuk tidak harus melaksanakan ibadah korban kepada anak-anak di bawah pemeliharaannya iaitu anak-anak yang belum baligh dengan menggunakan harta anak. Akan tetapi, jika korban tersebut dilaksanakan dengan menggunakan harta si wali maka sah hukumnya. Ini merujuk kepada kenyataan al-Ramli[4]: وَلِلْأَبِ وَالْجَدِّ فِعْلُ ذَلِكَ عَنْ وَلَدِهِ مَحْجُورِهِ مِنْ مَالِ نَفْسِهِ كَمَا لَهُ إخْرَاجُ فِطْرَتِهِ مِنْ مَالِهِ عَنْهُ Maksudnya: “Dan harus bagi bapa dan datuk membuat korban bagi anak di bawah pemeliharaannya, daripada hartanya sendiri seperti mana dia mengeluarkan zakat fitrah bagi anaknya menggunakan hartanya”. Kaedahnya seperti binatang korban diambil daripada harta wali, kemudian dia menghadiahkannya kepada anak tersebut dan menyembelih binatang bagi pihak si anak (dengan keizinannya). Oleh yang demikian, wali tersebut akan mendapat pahala kerana memberi hibah manakala si anak akan mendapat pahala kerana ibadah korbannya[5]. Kesimpulan Hukum ibu bapa melakukan ibadah korban bagi pihak anak yang belum mencapai umur baligh adalah diharuskan selama mana harta yang digunakan untuk melaksnakan korban tersebut diambil daripada harta ibu bapa dan bukan harta milik si anak. Wallahu A'lam Rujukan: [1] Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i. (Damsyiq: Dar al-Qalam, 1992). Jld 1. Hlm 232. إنما تسن الأضحية في حق من وجدت فيه الشروط التالية: البلوغ والعقل، إذ من لم يكن بالغاَ عاقلاً سقط عنه التكليف [2] Al-Khatib al-Syirbini, Syamsuddin Muhammad bin Muhammad. Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Maani Alfaz al-Minhaj. Ed: Ali Muhammad Ma’wad. (t.tp: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1994). Jld 6. Hlm 137. )وَلَا تَضْحِيَةَ(أَيْ لَا تَقَعُ )عَنْ الْغَيْرِ(الْحَيِّ )بِغَيْرِ إذْنِهِ( ؛ لِأَنَّهَا عِبَادَةٌ، وَالْأَصْلُ أَنْ لَا تُفْعَلَ عَنْ الْغَيْرِ إلَّا مَا خَرَجَ بِدَلِيلٍ لَا سِيَّمَا مَعَ عَدَمِ الْإِذْنِ. [3] Al-Khatib al-Syirbini, Syamsuddin Muhammad bin Muhammad. Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Maani Alfaz al-Minhaj. Ed: Ali Muhammad Ma’wad. (t.tp: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1994). Jld 6. Hlm 137. تَضْحِيَةُ الْوَلِيِّ مِنْ مَالِهِ عَنْ مَحَاجِيرِهِ كَمَا ذَكَرَهُ الْبُلْقِينِيُّ وَالْأَذْرَعِيُّ وَهُوَ مَا أَشْعَرَ بِهِ قَوْلُ الْمَاوَرْدِيُّ وَالْأَصْحَابِ، وَلَا تَصِحُّ التَّضْحِيَةُ عَنْ الْحَمْلِ كَمَا لَا يُخْرَجُ عَنْهُ الْفِطْرَةُ، وَلَا يَجُوزُ لِوَلِيِّ الطِّفْلِ وَالْمَجْنُونِ وَالْمَحْجُورِ أَنْ يُضَحِّيَ عَنْهُ مِنْ مَالِهِ فَأَفْهَمَ جَوَازَهَا عَنْهُمْ مِنْ مَالِ الْوَلِيِّ [4] Syamsuddin al-Ramli, Muhammad bin Abi al-Abbas Ahmad bin Hamzah Syihabuddin. Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. (Beirut: Dar al-Fikr, 1984). Jld 8. Hlm 143. [5] Ibnu Hajar al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin Ali. Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj. (Mesir: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 1983). Jld 9. Hlm 367. )قَوْلُهُ: مِنْ مَالِهِ( أَيْ الْوَلِيِّ )قَوْلُهُ: عَنْ مَحْجُورِهِ( أَيْ وَكَانَ مِلْكُهُ لَهُ وَذَبْحُهُ عَنْهُ بِإِذْنِهِ فَيَقَعُ ثَوَابُ التَّضْحِيَةِ لِلصَّبِيِّ وَلِلْأَبِ ثَوَابُ الْهِبَةِ |
8 | Soalan Seperti yang kita tahu, Rasulullah SAW pernah bersabda dan memperingatkan kita supaya berwaspada terhadap doa orang yang dizalimi, kerana doa mereka mustajab. Soalan saya, adakah ia merangkumi juga doa non-muslim yang dizalimi, atau hanya khusus kepada muslim sahaja? Ringkasan Jawapan Menurut para ulama, doa seorang non-muslim yang dizalimi itu boleh jadi dimakbulkan oleh Allah SWT, berdasarkan pelbagai ayat al-Quran serta hadis yang mengisyaratkan bahawa Allah SWT memakbulkan doa golongan yang dizalimi. Hal ini merupakan manifestasi daripada sifat keadilan Allah SWT serta sifat Rububiyyah-Nya yang merangkumi seluruh makhluk dan hidupan di dunia tanpa mengira agama dan keyakinan. Huraian Jawapan Terdapat satu hadis yang secara jelas berpesan kepada kita agar berwaspada terhadap doa orang yang dizalimi. Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan bahawa tatkala Rasulullah SAW mengutuskan Mu‘az bin Jabal R.A ke Yaman, Baginda berpesan: اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ Maksudnya: Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada penghalang antara doa itu dengan Allah SWT. Riwayat al-Bukhari (2448) Terdapat juga sedikit variasi bagi hadis ini, iaitu yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: اتَّقوا دَعْوَةَ المــــَـظْلُومِ وإنْ كانَ كافِراً فإنَّهُ ليسَ دُونها حِجابٌ Maksudnya: Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi, meskipun dia itu seorang kafir, kerana sesungguhnya tiada penghalang antara doa itu dengan Allah SWT. Riwayat Ahmad dalam Musnad, Abu Ya’la dan al-Dhiya’ al-Maqdisi[1] Imam al-Munawi memberi komentar terhadap hadis ini dengan berkata: (اتقوا دعوة المظلوم) أي تَجَنِّبُوا الظلمَ لِئَلَّا يَدعُو عليكم المظلومُ (وإن كان كافراً) معصوماً فإنَّ دَعْوَتَهُ إَنْ كانَ مَظْلُوماً مُسْتَجَابةً وَفُجُورُهُ عَلَى نَفْسِهِ ... Maksudnya: Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi, iaitu janganlah berlaku zalim, jika tidak orang yang dizalimi akan mendoakan balasan terhadap engkau, meskipun dia itu kafir, iaitu kafir yang terpelihara nyawanya. Sesungguhnya doanya adalah mustajab jika dia dizalimi, sedangkan kejahatannya akan ditanggung oleh dirinya sendiri.[2] Oleh yang demikian jelas doa orang kafir yang dizalimi tiada hijab antaranya dengan Allah SWT berdasarkan hadis yang dinyatakan di atas. Namun ada juga ulama yang berpandangan bahawa doa orang kafir itu tidak dimakbulkan Allah SWT sama sekali, berdasarkan firman-Nya: وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ Maksudnya : Tiadalah doa dan ibadat orang kafir itu melainkan sia-sia sahaja. Surah al-Ra‘d (14) Menurut Syeikh Ibn ‘Asyur, sebahagian orang menyangka bahawa tatkala orang kafir berdoa dan memperoleh apa yang dihajatinya, maka ia bermaksud doa mereka dimakbulkan, sedangkan hakikatnya mereka mendapat apa yang dihajati disebabkan pada waktu itu Allah SWT memakbulkan doa orang soleh. Bagaimana mungkin doa orang kafir dimakbulkan, sedangkan Nabi SAW telah bersabda bahawa doa orang yang makan dan minum daripada harta yang haram pun tidak akan dimakbulkan doanya?[3] Namun, ramai dalam kalangan ulama tafsir dan hadis yang berpandangan bahawa ayat ini tidak memberi maksud bahawa doa orang kafir itu tidak akan dimakbulkan secara mutlak di dunia. Menurut Imam al-Alusi: والحقُّ أَنَّ الآيةَ في دُعاءِ الكُفَّارِ يَومَ القيامةِ وأَنَّ الكافِرَ قَدْ يَقَعُ في الدنيا ما يدعو به ويَطْلُبُهُ مِن اللهِ تعالى إِثْرَ دُعائِه كَما يَشْهَدُ بذلك آياتٌ كثيرةٌ Maksudnya: Hakikatnya, ayat ini merujuk kepada doa golongan kafir pada hari kiamat, sedangkan orang kafir boleh jadi dia memperolehi apa yang dia doa dan minta di dunia daripada Allah SWT sejurus selepas dia berdoa, seperti yang dibuktikan dalam banyak ayat al-Quran.[4] Pandangan yang sama juga turut disebut oleh Syeikh Mulla Ali al-Qari, Syeikh al-Zarqani dan Syeikh al-Munawi.[5] Syeikh Ibn Taimiyyah pula berkata: وَأَمَّا إجَابَةُ السَّائِلِينَ فَعَامٌّ؛ فَإِنَّ اللَّهَ يُجِيبُ دَعْوَةَ الْمُضْطَرِّ وَدَعْوَةَ الْمَظْلُومِ وَإِنْ كَانَ كَافِرًا Maksudnya: Pemakbulan doa orang yang meminta pula ada bersifat umum; sesungguhnya Allah SWT memakbulkan doa orang yang dalam kesusahan dan yang dizalimi, meskipun dia seorang kafir.[6] Namun ini tidak bermaksud bahawa Allah SWT reda kepada orang kafir tersebut. Kata Ibn al-Qayyim: فليس كُلُّ مَنْ أَجَابَ اللهُ دُعاءَه يكونُ راضياً عنه، ولا محباً له، ولا راضياً بِفعلهِ فإنه يُجِيبُ البر والفاجرَ، والمؤمنَ والكافرَ Maksudnya: Bukan semua orang yang Allah SWT makbulkan doanya itu bermaksud Allah reda atau sayang padanya, tidak juga bermaksud Dia reda dengan perbuatannya; ini kerana Allah SWT memakbulakn doa orang yang baik dan jahat, mukmin dan kafir. [7] Imam Ibn Rajab al-Hanbali pula ketika mensyarahkan sebuah hadis berkenaan seorang hamba wanita berkulit hitam yang masih belum memeluk Islam telah dituduh mencuri sehelai selendang oleh tuannya, lalu tersingkap kebenaran bahawa dia sebenarnya tidak bersalah. Beliau memberi komentar: فإنْ كَان الكافرُ مَظْلومًا كَهذهِ المرأةِ فَهُوَ أَقْرَبُ إِلى تفريجِ كُرْبَتِهِ وإجابَةِ دَعْوَتِهِ، فإنَّ دَعْوَةَ المظلومِ قَدْ تُجَابُ مِن الكافرِ، كما وَرَدَ في أحاديث مرفوعة متعددة؛ فإن عَدْلَ اللهِ يَسْمَعُ المؤمنَ والكافرَ، والبَرَّ والفاجرَ. Maksudnya: Jika seorang kafir dizalimi seperti wanita ini, maka dia sebenarnya sangat dekat dengan pelepasan daripada ujian yang menimpanya dan penerimaan doanya, kerana doa orang yang dizalimi boleh jadi dimakbulkan daripada seorang kafir, seperti mana yang disebut dalam hadis. Sesungguhnya keadilan Allah itu Maha Mendengar doa mukmin dan kafir, sama ada baik atau jahat.[8] Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani turut senada dengan Imam Ibn Rajab dan menyatakan perkara yang serupa ketika mensyarahkan hadith ini.[9] Ibn Abi al-‘Izz al-Hanafi pula menyatakan: وَإِجَابَةُ اللَّهِ لِدُعَاءِ الْعَبْدِ، مُسْلِمًا كَانَ أَوْ كَافِرًا، وَإِعْطَاؤُهُ سُؤْلَهُ - مِنْ جِنْسِ رِزْقِهِ لَهُمْ، وَنَصْرِهِ لَهُمْ. وَهُوَ مِمَّا تُوجِبُهُ الرُّبُوبِيَّةُ لِلْعَبْدِ مُطْلَقًا. Maksudnya: Allah SWT memakbulkan doa hamba-Nya, sama ada muslim atau kafir, dan Dia memberikan apa yang mereka minta dari sudut jenis rezeki serta mengurniakan pertolongan kepada mereka; dan ia merupakan satu manifestasi sifat Rububiyyah kepada hamba-Nya secara mutlak.[10] Kesimpulan Kesimpulannya, doa seorang non-muslim yang dizalimi itu boleh jadi dimakbulkan oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan dalam hadis yang dibincangkan. Hal ini merupakan manifestasi daripada sifat keadilan Allah SWT serta sifat Rububiyyah-Nya yang merangkumi seluruh makhluk dan hidupan di dunia tanpa mengira agama dan keyakinan. Wallahu a’lam. [1] Rujuk al-Taysir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir oleh Zainuddin al-Munawi (1988) Riyadh: Maktabah al-Imam al-Syafi’e 1/31. Menurut al-Munawi: sanad bagi hadis ini sahih. Rujuk juga Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi oleh Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Mubarakfuri (t.t) Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah 6/131 أَمَّا حَدِيثُ أَنَسٍ فَأَخْرَجَهُ أَحْمَدُ فِي مُسْنَدِهِ وَأَبُو يَعْلَى وَالضِّيَاءُ الْمَقْدِسِيُّ عَنْهُ مَرْفُوعًا اتَّقُوا دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ وَإِنْ كَانَ كَافِرًا فَإِنَّهُ لَيْسَ دُونَهَا حِجَابٌ قَالَ الْمُنَاوِيُّ فِي التَّيْسِيرِ إِسْنَادُهُ صَحِيحٌ [2] Rujuk Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Saghir oleh Zainuddin al-Munawi (1356H) Mesir: al-Maktabah al-Tijariyah al-Kubra, Cetakan Pertama, 1/142 [3] Rujuk al-Tahrir wa al-Tanwir oleh Muhammad al-Tahir ibn ‘Asyur (1984) Tunisia: al-Dar al-Tunisiyyah li al-Nasyr, 24/166 وَقَدْ يُتَوَهَّمُ فِي بَعْضِ الْأَحْوَالِ أَنْ يَدْعُوَ الْكَافِرُ فَيَقَعُ مَا طَلَبَهُ وَإِنَّمَا ذَلِكَ لِمُصَادَفَةِ دُعَائِهِ وَقْتَ إِجَابَةِ دُعَاءِ غَيْرِهِ مِنَ الصَّالِحِينَ، وَكَيْفَ يُسْتَجَابُ دُعَاءُ الْكَافِرِ وَقَدْ جَاءَ عَنِ النَّبِيءِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتِبْعَادُ اسْتِجَابَةِ دُعَاءِ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَأْكُلُ الْحَرَامَ وَيَلْبَسُ الْحَرَامَ فِي حَدِيثِ مُسْلِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: «ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثُ أَغْبَرُ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ» [4] Rujuk Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-‘Azim wa al-Sab’ al-Mathani oleh Syihabuddin al-Alusi (1415H) Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Cetakan Pertama, tahqiq: Ali ‘Abd al-Bari ‘Atiyyah, 12/329 [5] Rujuk Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih oleh Mulla Ali al-Qari (2002) Beirut: Dar al-Fikr, Cetakan Pertama, 7/3096 لَا خِلَافَ فِي جَوَازِ اسْتِجَابَةِ الدُّعَاءِ لِلْوَلِيِّ وَغَيْرِهِ، مَا عَدَا الْكَافِرَ، فَإِنَّ فِيهِ خِلَافًا، لَكِنَّهُ ضَعِيفٌ لِاسْتِجَابَةِ دُعَاءِ إِبْلِيسَ. وَالِاسْتِدْلَالُ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: {وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ} [الرعد: 14] غَيْرُ صَحِيحٍ ; لِأَنَّهُ وَرَدَ فِي دُعَاءِ الْكُفَّارِ فِي النَّارِ، بِخِلَافِ الدُّنْيَا، فَإِنَّهُ وَرَدَ أَنَّهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: " «اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ وَإِنْ كَانَ كَافِرًا، فَإِنَّهُ لَيْسَ دُونَهُ حِجَابٌ» " عَلَى مَا رَوَاهُ أَحْمَدُ وَغَيْرُهُ عَنْ أَنَسٍ Syarh al-Zarqani ‘ala Muwatta’ al-Imam Malik oleh Muhammad bin ‘Abd al-Baqi al-Zarqani (2003) Kaherah: Maktabah al-Thaqafiyah al-Diniyyah, Cetakan Pertama, tahqiq: Taha ‘Abd al-Ra’uf Sa’ad, 4/686 وَأَمَّا قَوْلُهُ تَعَالَى: {وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ} [غافر: 50] (سورة غَافِرٍ: الْآيَةُ 50) فَذَاكَ فِي دُعَائِهِمْ لِلنَّجَاةِ مِنْ نَارِ الْآخِرَةِ، أَمَّا دُعَاؤُهُمْ لِطَلَبِ الِانْتِصَافِ مِمَّنْ ظَلَمَهُمْ فِي الدُّنْيَا كَمَا فِي الْحَدِيثِ فَلَا تُنَافِيهِ الْآيَةُ. dan Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Saghir 1/142 ولا ينافيه {وما دعاء الكافرين إلا في ضلال} لأن ذلك في دعائهم للنجاة من نار الآخرة فلا يدل على عدم اعتباره في الدنيا [6] Rujuk Majmu’ al-Fatawa oleh Taqiyuddin Abu al-‘Abbas Ibn Taimiyyah (1995) al-Madinah al-Munawwarah: Majma’ al-Malik Fahd, tahqiq: ‘Abd al-Rahman bin Muhammad bin Qasim, 1/223 [7] Rujuk Ighathah al-Lahfan min Masayid al-Syaitan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah (t.t) Riyadh: Maktabah al-Ma’arif, tahqiq: Muhammad Hamid al-Fiqi, 1/215 [8] Rujuk Fath al-Bari oleh Ibn Rajab al-Hanbali (1996) Kaherah: Maktabah Tahqiq Dar al-Haramain, Cetakan Pertama, tahqiq: Mahmud bin Sya’ban bin ‘Abd al-Maqsud et al, 3/253 [9] Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ahmad bin Ali Ibn Hajar al-‘Asqalani (1379H) Beirut: Dar al-Ma’rifah, tahqiq: Muhammad Fuad ‘Abd al-Baqi, 1/535 [10] Rujuk Syarh al-‘Aqidah al-Tahawiyah oleh Sadruddin ibn Abi al-‘Izz al-Hanafi (1997) Beirut: Muasssasah al-Risalah, Cetakan ke-10, tahqiq: Syu’aib al-Arna’ut dan Abdullah bin al-Muhsin al-Turki, 2/677 |
9 | Soalan: Assalamualaikum wrm. wbt., Bolehkah bertalfik kepada mazhab Malik dalam masalah kenajisan anjing sahaja? Jawapan: Waalaikumussalam wrm. wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah ﷻ, selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad ﷺ, ke atas Ahli Bait, serta Para Sahabat baginda, dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat. Ringkasan Jawapan: Sememangnya wujud khilaf antara mazhab Syafie dan mazhab Maliki dalam bab najis. Namun, dalam konteks tempat kita, tidak ada keperluan untuk sewenang-wenangnya bertalfiq kepada mazhab Malik tanpa ada keperluan walaupun pada asalnya, hukum seorang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki dalam bab najis adalah dibenarkan dengan syarat perlu meraikan hukum hakam solat dan bersuci dalam mazhab Malik. Soalan yang diberikan sebaiknya dijawab berdasarkan kes-kes tertentu, dan bukan secara umum, bagi mengelakkan fitnah dalam masyarakat. Huraian Jawapan: Kami telah membahaskan isu talfiq dalam artikel-artikel berikut: Al-Kafi #344 : Talfiq Mazhab Al-Kafi #1479: Bolehkah Pengantin Berwuduk Dengan Mazhab Yang Lain Ketika Majlis Perkahwinan Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-244 : Peralatan Makmal Yang Mudah Rosak Jika Disertu Kesimpulannya, kami cenderung kepada pendapat bahawa talfiq itu hanya dibenarkan apabila wujud keperluan seperti hajat dan darurat, dan dilakukan bukan bertujuan untuk bermudah-mudahan dalam agama sehingga menggugurkan taklif, dan mengikut hawa nafsu. Dalam masa yang sama, diharuskan kepada orang awam yang tidak sampai ke darjat mujtahid, untuk bertaqlid dengan salah satu mazhab muktabar, iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, secara berterusan, atau dalam isu-isu tertentu sahaja, atau berpindah ke mazhab lain pada waktu yang lain. Ini kerana Syarak tidak ada nas yang mewajibkan untuk mengikut satu mazhab sahaja sepanjang masa, seperti mana yang telah disebutkan dalam artikel-artikel di atas. Begitu juga dilarang pelaksanaan talfiq sehingga membawa kecelaruan dalam pelaksanaan perundangan Islam seperti menghukum talak tiga sebagai talak satu, sedangkan mahkamah memutuskan jatuh talak tiga. Menurut institusi kefatwaan, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, terminologi ‘talfiq’ mempunyai tiga makna utama yang wajar disebutkan di sini: Talfiq sebagai istilah teknikal fiqh dalam hukum hakam haid dan solat berjemaah. Talfiq dalam urusan kefatwaan apabila seorang mustafti (peminta fatwa) meminta fatwa untuk diamalkan daripada seorang mufti dalam satu kes, kemudian mustafti tadi meminta fatwa kepada mufti lain pada waktu yang lain. Talfiq dalam erti kata seorang mujtahid, faqih atau mufti menggabungkan pendapat-pendapat para mujtahidin silam dalam satu isu untuk mengeluarkan pendapat yang baharu, tanpa terkeluar daripada pendapat-pendapat ulama silam, dan tanpa menyalahi ijmak umat Islam. Rujuk al-Talfiq Berdasarkan kategori di atas, jelas kepada kita bahawa talfiq kepada orang awam dalam erti kata beramal dengan mazhab lain berdasarkan fatwa seorang mufti, faqih atau mujtahid, adalah dibenarkan. Cuma disyaratkan agar pendapat baharu itu tidak bertentangan dengan ijmak dan terkeluar daripada keseluruhan pandangan ulama silam. Maksud Talfiq dalam Bab Najis Sahaja Dalam isu ini, apabila seorang yang bermazhab Syafie ingin bertaqlid dengan pandangan mazhab Maliki dalam bab najis, seperti najis khinzir atau anjing bukanlah najis mughallazah, atau membasuh najis adalah sunat sahaja, para ulama mensyaratkan seseorang itu mestilah menjaga juga hukum hakam yang berkait seperti solat dan taharah. Berkata Imam Ibn Hajar al-Haitami: “Benar, bagi (Imam) Malik pendapat yang masyhur, yang diharuskan untuk berfatwa dan beramal dengannya bahawa menghilangkan najis itu adalah sunat sahaja (dalam solat) dan tidak wajib, maka diharuskan untuk bertaqlid dengan pendapat ini dengan syarat seseorang itu hendaklah beriltizam dengan hukum hakam bersuci dan solat mengikut mazhab Malik RA, jika tidak maka jadilah talfiq dalam urusan taqlid, sedangkan hal itu batil dengan kesepakatan ulama bahkan sebahagian ulama mengibaratkan dengan ijmak.” Rujuk al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra (1/123) Tanggungjawab menjaga hak-hak yang berkait ini adalah mustahak atas alasan bersuci daripada najis adalah syarat sah solat dalam mazhab Syafie. Oleh itu, solat itu hendaklah dilaksanakan dengan tarkib (susunan) daripada isu yang sama. Hal yang berbeza berlaku sekiranya tarkib itu berlaku pada dua isu yang berlainan, seperti mana yang dinukilkan oleh Syeikh Zainuddin al-Malibari dalam Fath al-Mu`in (hlm. 615) tentang fatwa Syeikh Ibn Ziyad dalam fatwanya. Contohnya, seseorang berwuduk dengan cara yang sah menurut mazhab Syafie seperti menyapu sebahagian kepala, sedangkan cara ini tidak memadai dalam mazhab Hanafi, kemudian solat dengan menghadap ke arah kiblat, bukan ke arah ain kiblat kerana taqlid kepada mazhab Hanafi. Menurut Ibn Ziyad, solat seseorang itu sah sekalipun kedua-dua imam bersepakat dengan ketidaksahihan solat itu, kerana taqlid itu berlaku dalam dua isu yang berbeza, iaitu menghadap kiblat dan basuhan kepala ketika wuduk. Bertaqlid kepada pentarjihan ulama Dalam kes yang sedikit berbeza, diharuskan bagi seseorang yang bermazhab Syafie untuk bertaqlid kepada mujtahid tarjih dalam mazhab Syafie yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan pendapat muktamad mazhab, tetapi kuat dalilnya, di sisi mujtahid berkenaan, serta difatwakan oleh ulama Syafieyyah dalam kes-kes tertentu dan tidak bertentangan dengan ijmak. Contohnya, seseorang itu bertaqlid dengan ikhtiyar (pendapat peribadi yang dipilih) Imam al-Nawawi bahawa kenajisan khinzir tidak diqiaskan dengan najis anjing, justeru menyucikannya tidak perlu kepada penyertuan dengan air tanah dan basuhan tujuh kali. Rujuk al-Minhaj Syarh Muslim (1/185-186). Kelonggaran ini disokong dengan keadaan sekiranya bertaqlid dengan pendapat muktamad akan mendatangkan kesukaran pada adat kebiasaan seseorang, contohnya kehidupan seorang pendakwah di perkampungan orang asli yang biasa berinteraksi dengan khinzir. Hal ini disebut oleh al-Habib Syeikh Abdurrahman bin Muhammad Ba`lawi dalam kitab fatwanya, Bughyah al-Mustarsyidin (hlm. 19) menyebut: “Dibenarkan kepada seseorang yang beriltizam dengan mazhab al-Syafie untuk bertaqlid dengan mazhab lain, atau pendapat yang marjuh (lawan bagi rajih) dalam mazhab al-Syafie kerana keperluan, yakni kerana akan berlaku kesukaran yang tidak tertanggung oleh adat. Adapun jika tiada kesukaran itu, maka haram bertaklid dengan mazhab lain atau pendapat marjuh, melainkan jika orang (mujtahid) yang ditaklid itu ialah seseorang yang berkeahlian untuk mentarjihkan pendapat dan orang yang bertaklid itu melihat dalilnya lebih rajih berbanding dalil imam mazhabnya.” Kesimpulan Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami cenderung untuk menyatakan bahawa sememangnya wujud khilaf antara mazhab Syafie dan mazhab Maliki dalam bab najis. Namun, dalam konteks tempat kita, tidak ada keperluan untuk sewenang-wenangnya bertalfiq kepada mazhab Malik tanpa keperluan walaupun pada asalnya, hukum seorang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki dalam bab najis adalah dibenarkan dengan syarat perlu meraikan hukum hakam solat dan bersuci dalam mazhab Malik. Soalan yang diberikan sebaiknya dijawab berdasarkan kes-kes tertentu, dan bukan secara umum, bagi mengelakkan fitnah dalam masyarakat. Ini bersesuaian dengan peruntukan Seksyen 39 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, bahawa Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie, melainkan jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, maka Mufti bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali. Wallahua`lam. Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada pihak yang bertanya. Marilah kita berdoa agar Allah ﷻ memberikan kita ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat kita. Amin. |
13 | Mukadimah: Belum reda isu berkaitan lakonan watak hubungan sejenis, timbul pula baru-baru ini lakonan yang memaparkan aksi menghampiri perbuatan seks. Aksi tersebut dilihat bukan sahaja menyimpang daripada nilai-nilai ketimuran malah menyeleweng dari landasan Islam. Lebih malang lagi, difahamkan drama ini adalah untuk tayangan pada bulan Ramadan yang akan disambut tidak lama lagi. Secara asasnya, sebarang bentuk hiburan dan lakonan adalah diharuskan selagi mana tidak menyalahi atau bertentangan dengan hukum syarak. Justeru dalam hal ini apa-apa bentuk lakonan yang mengandungi unsur lucah dan erotik jelas merupakan suatu perkara yang bertentangan dengan syarak. Agama Islam tidak menghalang umatnya dari berhibur selagi mana hiburan tersebut tidak membawa kepada kelalaian dan melanggar batas-batas syarak. Hal ini kerana, Islam adalah sebuah agama yang menyeimbangkan tuntutan dunia dan akhirat. Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A: أَنَّهَا زَفَّتِ امْرَأَةً إِلَى رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ، فَقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا عَائِشَةُ، مَا كَانَ مَعَكُمْ لَهْوٌ؟ فَإِنَّ الأَنْصَارَ يُعْجِبُهُمُ اللَّهْوُ» Maksudnya: “Aisyah R.A mempersiapkan seorang wanita untuk dinikahi seorang lelaki. Lalu Rasulullah SAW pun bersabda: “Wahai Aisyah, tidak adakah sebarang hiburan dalam majlis perkahwinan ini? Sesungguhnya kaum Ansar amat menyukai hiburan”.[1] (Riwayat Bukhari: 5162) Menurut Ibn Battal hadis tersebut menyatakan keharusan untuk berhibur dan berseronok selama mana ia tidak menghalang dari mengingati dan mentaati perintah Allah.[2] Oleh itu, jelaslah bahawa di dalam Islam terdapat bahagian-bahagian yang dibenarkan oleh syarak untuk berhibur. Lakonan lucah menggalak zina Harus diinsafi bahawa lakonan yang memaparkan unsur-unsur erotik ini merupakan bibit-bibit yang boleh membangkitkan syahwat. Sekiranya ia ditonton oleh mereka yang belum mempunyai saluran yang sah bagi menyalurkan syahwatnya yakni pasangan suami isteri, pastinya aksi tersebut boleh menjadi mukadimah zina dalam masyarakat khususnya umat Islam sedangkan Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran: وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا ﴿٣٢﴾ Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah Al-Isra’: 32) Sesungguhnya telah jelas lagi nyata bahawa perbuatan yang mengajak ke arah zina adalah suatu perkara yang dilarang dan keji di sisi Islam. Al-Qurtubi menafsirkan bahawa larangan ayat berkenaan bukan sahaja merujuk terhadap larangan perbuatan zina tetapi melibatkan perbuatan yang menyumbang ke arah zina.[3] Oleh yang demikian, tindakan mempertontonkan adegan yang boleh membangkitkan ghairah ataupun syahwat penonton adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan hukum syarak. Tidak dinafikan sebahagian cerita atau drama yang dihasilkan bertujuan untuk menyampaikan pengajaran di akhir cerita tersebut. Walaubagaimanapun ia bukanlah suatu tiket untuk mengharuskan babak-babak atau aksi menjolok mata berkenaan. Hal ini kerana kaedah fiqh dalam Islam yang menyatakan: الغاية لا تبرر الوسيلة Maksudnya: “Matlamat tidak menghalang cara” Maka, sudah jelas lagi nyata bahawa sebarang tujuan dan matlamat yang baik tidak menjamin kebenaran untuk melakukan perkara yang haram di sisi syarak.[4] Karya Seni Sebagai Medan Menyebar Kebaikan Filem dan drama merupakan antara medium untuk menyampaikan mesej kepada penonton. Seharusnya setiap penggiat seni khususnya yang beragama Islam memanfaatkan medium ini untuk menyampaikan mesej-mesej kebaikan, nilai-nilai murni, amar makruf dan nahi munkar.[5] Hal ini seiring dengan firman Allah SWT: وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).” (Surah al-Imran: 104) Penggiat seni harus insaf bahawa hasil-hasil seni yang dikeluarkan akan kekal dipertontonkan untuk masa yang lama iaitu sehingga mereka telah tiada, meninggalkan dunia atau meninggalkan dunia seni sekali pun. Oleh yang demikian, jika yang ditinggalkan adalah hasil seni yang menyebarkan mesej dan menggalak kebaikan, maka kebaikanlah yang akan diwarisinya. Sebaliknya jika hasil seni yang ditinggalkan menerapkan kejahatan dan kemungkaran, maka kemungkaranlah yang akan diwarisi di dalam buku amalannya. Rasulullah SAW telah bersabda: مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ Maksudnya: “Sesiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun. ”[6] (Riwayat Muslim: 1017) Ramadan sebagai bulan menundukkan hawa nafsu Bulan Ramadan yang akan tiba dalam beberapa hari lagi ini adalah bulan yang dijanjikan pelbagai kelebihan dan juga tawaran pahala berlipat ganda dan keampunan daripada Allah SWT. Oleh itu, sewajarnya kita mengelakkan diri daripada terlibat dalam apa-apa perbuatan keji dan mengundang kemaksiatan. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.Anhu: قَالَ اللَّهُ: كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ، إِلَاّ الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ. وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ، وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ، فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ. وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ. لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا: إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ، وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ لِصَوْمِهِ Bermaksud: "Allah SWT berfirman: Seluruh amal manusia adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu adalah untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai. Maka jika seorang daripada kalian sedang berpuasa, janganlah ia berkata-kata kotor dan berkelakuan yang tidak terpuji. Jika ada seorang yang mencela atau mengajaknya bertengkar, maka hendaklah ia berkata kepada orang itu, ‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa’. Demi Zat yang jiwa Muhammad SAW berada di tangan Nya, sungguh bau mulut orang yang tengah berpuasa adalah lebih baik di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan; kegembiraan tatkala berbuka puasa dan kegembiraan ketika berjumpa Allah dengan amalan puasa yang dibawanya." (Riwayat al-Bukhari: 1904) Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.Anhu, Nabi SAW bersabda : رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ Bermaksud: "Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam." (Riwayat Ibnu Majah: 1690) Menurut Imam al-Sindi ketika menjelaskan makna “melainkan lapar” dengan berkata Allah SWT tidak menerima puasanya itu dan tidak ada pahala baginya.[7] Haruslah diinsafi bahawa Ramadan ini adalah bulan dimana sepatutnya kita melipatgandakan usaha melakukan kebaikan dan amal ibadah serta memohon keampunan. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.Anhu: مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari: 37) Merujuk hadis ini, Imam al-Qastallani menyatakan sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan melakukan ketaatan seperti solat terawih dan ibadah yang selain daripadanya pada malam-malam bulan Ramadan dalam keadaan dia beriman dan mempercayai-Nya dan melakukannya semata-mata kerana Allah SWT dengan keikhlasan hatinya, maka segala dosa-dosa kecilnya akan diampunkan dan dengan segala kelebihan dan keluasan rahmat-Nya akan diampunkan juga dosa besar berdasarkan zahir lafaz hadis.[8] Kesimpulan Industri seni memberi ruang dan peluang khususnya kepada umat Islam untuk memanfaatkannya bagi menyampaikan mesej kebaikan. Ia sama sekali berbeza dengan amalan bukan Islam atau negara barat yang lebih cenderung menggunakan hiburan dan kesenian hanya untuk hiburan, keseronokan dan kepuasan fizikal semata-mata. Perbuatan memaparkan adegan lucah, hubungan sejenis atau apa-apa babak yang menjolok mata jelas tidak sesuai dengan budaya ketimuran bahkan bertentangan dengan nilai Islam yang amat mementingkan nilai maruah, kehormatan diri, menjaga perilaku dan pergaulan, mengangkat tinggi sifat malu, bersopan santun dan berhemah yang kesemua itu telah menjadi pegangan dan amalan masyarakat melayu-Islam di negara dan rantau ini sejak sekian lama. Semoga Ramadan yang bakal disambut tidak lama lagi ini menjadi permulaan kepada kita semua untuk kembali menguatkan keazaman untuk sentiasa mempertingkatkan ibadah dan amalan kebaikan serta sentiasa bersungguh dan berusaha menundukkan hawa nafsu dengan sentiasa menjadikannya terpandu oleh diri dan akal dan bukannya yang memandu akal dan diri tersebut. Wallahua’lam Rujukan: [1] Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu ‘Abdullah. 1422H. Sohih Bukhari. Tahkik: Muhammad Zuhair bin Nasir. Dar al-Tuq al-Naja. Jilid 7 hlm 22. [2] Abd al-Malik, Ibn Battal Abu al-Hasan ‘Ali bin Khalaf. 2003M. Syarh Sohih al-Bukhari Li Ibn Battal. Tahkik: Abu Tamim Yasar bin Ibrahim. Riyadh: Maktabah al-Rusyd, cetakan 2, jilid 9 hlm71. Teks asal: الغناء واللهو الذى لا يصد عن ذكر الله وطاعته مباح [3] Al-Qurtubi, Abu ‘Abdullah bin Muhammad bin Ahmad. 1964M. Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran. Tahkik: Ahmad al-Barduni dan Ibrahim Atfish. Cetakan 2. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah. Jilid 10 hlm 253. Teks asal: وَلَا تَزْنُوا، فَإِنَّ معناه لا تدنوا من الزنى [4] Al-Sa’idan, Walid bin Rasyid. TT. Talqih al-Afham al-‘Ulyah bi Syarh al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. J3 hlm 23. [5] http://journalarticle.ukm.my/9933/1/197-778-1-PB.pdf diakses pada 21/3/2022 [6] An-Naisaburi, Muslim bin al-Hajaj Abu al-Hasan al-Qusyairi. T.T. Sohih Muslim. Tahqiq: Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Jilid 4 hlm 2059. No hadis [7] Abu al-Hasan, Nuruddin, al-Sindi, Muhammad bin Abdul Hadi al-Tatwi. T.t. Kifayah al-Hajah Syarh Sunan Ibnu Majah. Beirut: Dar al-Jail, jilid 1 hlm 517. Teks asal: لَيْسَ لِصَوْمِهِ قَبُولٌ عِنْدَ اللَّهِ فَلَا ثَوَابَ لَهُ [8] Abu Abbas, Shihabuddin, al-Qastallani, Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakar bin Abdul malik. 1323H. Syarh Al-Qastallani: Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari. Kaherah: Matbaah al-Kubra al-Amiriyah, cetakan 7, jilid 1 hlm 122. Teks asal: (من قام) بالطاعة صلاة التراويح أو غيرها من الطاعات في ليالي (رمضان) حال كون قيامه (إيمانًا) أي مؤمنًا بالله مصدقًا به (و) حال كونه (احتسابًا) أي محتسبًا والمعنى مصدقًا ومريدًا به وجه الله تعالى بخلوص نيّته (غفر له ما تقدم من ذنبه) من الصغائر، وفي فضل الله وسعة كرمه ما يؤذن بغفران الكبائر أيضًا وهو ظاهر السياق. |
15 | Question: Assalamualaikum ustaz. My question is, did Prophet Abraham A.S say lies? I once heard that Abraham A.S said lies to save his life. Is it true? Answer: Waalaikumussalam w.b.t, Alhamdulillah, praise and thanks to Allah for the countless blessings He has blessed us all with. Blessings and salutations to the Prophet Muhammad PBUH, his wives, his family, companions and all those that follow his teachings to the day of judgement. Abraham A.S is a prophet which is said by Allah SWT as who always precedes in obeying His command without having any doubt. Allah SWT says: وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا And [mention, O Muhammad], when Abraham was tried by his Lord with commands and he fulfilled them. [Allah] said, "Indeed, I will make you a leader for the people." Surah al-Baqarah (124) Coming back to the presented question, indeed, there are hadiths which literally portray that it seems like Prophet Abraham was lying. It is narrated by Abu Hurairah that the Prophet PBUH said: لَمْ يَكْذِبْ إِبْرَاهِيمُ إِلاَّ ثَلاَثًا "Abraham did not tell a lie except on three occasions." Sahih al-Bukhari (3357) In another narration, Abu Hurairah RA, it is stated in detail on those three matters. He said: لَمْ يَكْذِبْ إِبْرَاهِيمُ النَّبِيُّ عَلَيْهِ السَّلاَمُ قَطُّ إِلاَّ ثَلاَثَ كَذَبَاتٍ ثِنْتَيْنِ فِي ذَاتِ اللَّهِ قَوْلُهُ ))إِنِّي سَقِيمٌ((. وَقَوْلُهُ ))بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَذَا(( وَوَاحِدَةً فِي شَأْنِ سَارَةَ فَإِنَّهُ قَدِمَ أَرْضَ جَبَّارٍ وَمَعَهُ سَارَةُ وَكَانَتْ أَحْسَنَ النَّاسِ فَقَالَ لَهَا إِنَّ هَذَا الْجَبَّارَ إِنْ يَعْلَمْ أَنَّكِ امْرَأَتِي يَغْلِبْنِي عَلَيْكِ فَإِنْ سَأَلَكِ فَأَخْبِرِيهِ أَنَّكِ أُخْتِي فَإِنَّكِ أُخْتِي فِي الإِسْلاَمِ فَإِنِّي لاَ أَعْلَمُ فِي الأَرْضِ مُسْلِمًا غَيْرِي وَغَيْرَكِ فَلَمَّا دَخَلَ أَرْضَهُ رَآهَا بَعْضُ أَهْلِ الْجَبَّارِ أَتَاهُ فَقَالَ لَهُ لَقَدْ قَدِمَ أَرْضَكَ امْرَأَةٌ لاَ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تَكُونَ إِلاَّ لَكَ . فَأَرْسَلَ إِلَيْهَا فَأُتِيَ بِهَا فَقَامَ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ إِلَى الصَّلاَةِ فَلَمَّا دَخَلَتْ عَلَيْهِ لَمْ يَتَمَالَكْ أَنْ بَسَطَ يَدَهُ إِلَيْهَا فَقُبِضَتْ يَدُهُ قَبْضَةً شَدِيدَةً فَقَالَ لَهَا ادْعِي اللَّهَ أَنْ يُطْلِقَ يَدِي وَلاَ أَضُرُّكِ . فَفَعَلَتْ فَعَادَ فَقُبِضَتْ أَشَدَّ مِنَ الْقَبْضَةِ الأُولَى فَقَالَ لَهَا مِثْلَ ذَلِكَ فَفَعَلَتْ فَعَادَ فَقُبِضَتْ أَشَدَّ مِنَ الْقَبْضَتَيْنِ الأُولَيَيْنِ فَقَالَ ادْعِي اللَّهَ أَنْ يُطْلِقَ يَدِي فَلَكِ اللَّهَ أَنْ لاَ أَضُرَّكِ . فَفَعَلَتْ وَأُطْلِقَتْ يَدُهُ وَدَعَا الَّذِي جَاءَ بِهَا فَقَالَ لَهُ إِنَّكَ إِنَّمَا أَتَيْتَنِي بِشَيْطَانٍ وَلَمْ تَأْتِنِي بِإِنْسَانٍ فَأَخْرِجْهَا مِنْ أَرْضِي وَأَعْطِهَا هَاجَرَ . قَالَ فَأَقْبَلَتْ تَمْشِي فَلَمَّا رَآهَا إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ انْصَرَفَ فَقَالَ لَهَا مَهْيَمْ قَالَتْ خَيْرًا كَفَّ اللَّهُ يَدَ الْفَاجِرِ وَأَخْدَمَ خَادِمًا . قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَتِلْكَ أُمُّكُمْ يَا بَنِي مَاءِ السَّمَاءِ Prophet Ibrahim (peace be upon him) never told a lie but only thrice: two times for the sake of Allah (for example, his words): "I am sick," and his words: "But it was the big one amongst them which has done that" and because of Sara (his wife). He had come in a land inhabited by haughty and cruel men along with Sara. She was very good-looking amongst the people, so he said to her: If these people were to know that you are my wife they would snatch you away from me, so if they ask you tell them that you are my sister and in fact you are my sister in Islam, and I do not know of any other Muslim in this land besides I and you. And when they entered that land the tyrants came to see her and said to him (the king): 'There comes to your land a woman, whom you alone deserve to possess', so he (the king) sent someone (towards her) and she was brought to him, and Ibrahim (peace be upon him) stood in prayer. When she visited him (the tyrant king came) he could help but stretch his hand towards her and his hand was tied up. He said: 'Supplicate to Allah so that He may release my hand and I will do no harm to you.' She did that and the man repeated (the same highhandedness) and his hand was again tied up more tightly than on the first occasion. He said the same thing to her again, and she again did that (supplicated), but he repeated (the same highhandedness and his hands were tied up more tightly than on the previous occasion). He then again said: 'Supplicate your Lord so that He may set my hand free; by Allah I shall do no harm to you.' She did and his hand was freed. Then he called the person who had brought her and said to him: 'You have brought to me the satan and you have not brought to me a human being, so turn them out from my land,' and he gave Hajar as a gift to her. She returned (along with Hajar) and when Ibrahim (peace be upon him) saw her, he said: 'How have you returned?' She said: 'With full safety (have I returned). Allah held the hand of that debauch and he gave me a maid-servant.' Abu Huraira said: 'O sons of the rain of the sky, she is your mother.' Sahih al-Bukhari (3358) and Sunan Abu Dawud (2214) In another narration where the sanad is connected (marfu’) to the Prophet PBUH. The Prophet PBUH said: " لَمْ يَكْذِبْ إِبْرَاهِيمُ إِلاَّ ثَلاَثَ كَذَبَاتٍ بَيْنَمَا إِبْرَاهِيمُ مَرَّ بِجَبَّارٍ وَمَعَهُ سَارَةُ ـ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ ـ فَأَعْطَاهَا هَاجَرَ قَالَتْ كَفَّ اللَّهُ يَدَ الْكَافِرِ وَأَخْدَمَنِي آجَرَ ". قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَتِلْكَ أُمُّكُمْ يَا بَنِي مَاءِ السَّمَاءِ Abraham did not tell lies except three. (One of them was) when Abraham passed by a tyrant and (his wife) Sara was accompanying him (Abu Huraira then mentioned the whole narration and said:) (The tyrant) gave her Hajar. Sara said, "Allah saved me from the hands of the Kafir (i.e. infidel) and gave me Hajar to serve me." (Abu Huraira added:) That (Hajar) is your mother, O Banu Ma'-As-Sama' (i.e., the Arabs). Sahih al-Bukhari (5084) Coming back to the presented question, if we see through the literal meaning of these narrations, it shows that it is most likely that Prophet Abraham A.S said lies while in fact one of the mandatory attributes of the Prophets and Apostles is honesty. They are preserved from uttering words of lies and fabrication. In truth, Prophet Abraham A.S was not lying. On the other hand, he said something which carries a meaning otherwise. This is explained by Ibn Hajar al-Asqalani. He said: وأما إطلاقه الكذب على الأمور الثلاثة فلكونه قال قولا يعتقده السامع كذبا لكنه إذا حقق لم يكن كذبا لأنه من باب المعاريض المحتملة للأمرين فليس بكذب محض “Whereas what is said by the Prophet PBUH that Prophet Abraham A.S was likely to lie is in fact said something regarded as lying, but in careful consideration, is not a lie because it is among al-Mu’aridh (uttering words with multiple meaning) which highly possible to carry two meanings. Therefore, it is definitely not a lie”. (Refer Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 6/391) Imam al-Nawawi said: فمعناه ان الكذبات المذكورة انما هي بالنسبة إلى فهم المخاطب والسامع واما في نفس الامر فليست كذبا مذموما “It means that telling lies mentioned in the hadith is to address the listeners’ understanding. While the utterances themselves are not a reprehensible act.” (Refer Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 15/124). Basically, what was uttered by Prophet Abraham A.S is regarded as lies by the listeners, but the words themselves are not the words of lie. Prophet Abraham A.S meant something else. The scholars explained in detail what is meant by Prophet Abraham A.S utterance which was taken falsely as a lie. إني سقيم which means I am sick when his people asked him to go to the idol worship ceremony together. What is meant by Prophet Abraham A.S from that utterance is he was sick or fail to provide reason to permit him going out with his tribe and could not stand the sight of their deviance. (Refer Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 6/391; Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 15/126). Sheikh Dr Solah al-Khalidi said sickness meant here is a ma’nawi (non-physical) sickness. In which he protested over his nation who love to worship idols. (Refer Al-Qasas Al-Qur’ani ‘Ard Waqa’i Wa Tahlil Ahdath, 1/354). بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَذَا which means ‘the one who destroys those idols is the biggest idol among those’ while in fact Prophet Abraham A.S was the one who destroyed it. Ibn Hajar al-Asqalani cited the opinion of al-Qurtubi. He said: تمهيدا للاستدلال على أن الأصنام ليست بآلهة وقطعا لقومه في قولهم إنها تضر وتنفع، وهذا الاستدلال يتجوز فيه في الشرط المتصل، ولهذا أردف قوله: {بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ} بقوله: {فَاسْأَلُوهُمْ إِنْ كَانُوا يَنْطِقُونَ} قال ابن قتيبة معناه إن كانوا ينطقون فقد فعله كبيرهم هذا “This is the introduction of the argument that those idols are not God. It is also a protest towards his people who claim that those idols able to give harm or benefit. This kind of argument is permissible with the condition that it is closely followed by the main point. This is because, after he said that the one who destroys all other idols is the biggest among those, Prophet Abraham quickly said ‘go ask the biggest idol if it can speak’. Ibn Qutaibah said: It was done by the biggest idol if those (the idols) can talk. If they cannot talk, then the biggest idol was not the culprit.” (Refer Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 6/392) It is an argumentative utterance to deny whatever done by his people. This is a logical reasoning which directly rejects all idols worshipped by his people. هذه أختي which means Sarah is my sister whereas Sarah is Prophet Abraham A.S’s wife. What meant by him is Sarah is also his sister of the same religion. Imam al-Nawawi said that it is also an utterance to avoid being oppressed by the oppressive disbelievers during suppressing situations. (Refer Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 15/126). These are the interpretations and real meaning of the utterance which are considered as lying by the people if it is literally understood. However, what is meant is different from what is understood. This is what we say as al-Mu’aridh (المعاريض). Therefore, a companion of the Prophet PBUH named Imran bin Hussain said: إن في المعاريض لَمَنْدوحةً عن الكذب “Indeed, in the utterance of al-Mu’aridh (indirect utterance), it is far from lying” Narrated by al-Bukhari (857) in Al-Adab Al-Mufrad In conclusion, what is said by Prophet Abraham A.S as mentioned by the Prophet PBUH is not the words of lies, but refers to dual meanings which understood by the listeners as lying. However, those utterances are said with different intended meaning. Even in al-Quran, Allah SWT says that Prophet Abraham A.S is a prophet of true utterance and actions. Allah SWT says: وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ ۚ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا “And mention in the Book [the story of] Abraham. Indeed, he was a man of truth and a prophet.” Surah Maryam (41) May Allah give understanding to us all. Wallahu a’lam. |
16 | SOALAN Bagaimana jika ada kanak-kanak yang sedang berpuasa di bulan Ramadan dan tiba-tiba bermimpi dan keluar mani (baligh) atau datang haid di siang hari ? Adakah dia wajib meneruskan puasanya atau telah terbatal? Bagaimana pula jika kanak-kanak itu tidak berpuasa di bulan Ramadan tapi datang tanda-tanda yang ia baligh pada siang Ramadan (seperti situasi yang pertama), adakah dia perlu terus mula berpuasa serta merta? Mohon penjelasan dari Dato’. RINGKASAN JAWAPAN Dalam mazhab Syafi’i, terdapat perbezaan hukum di antara situasi ini. Ringkasannya seperti berikut: kanak-kanak lelaki yang mencapai umur baligh di siang hari Ramadan dalam keadaan ia sedang melaksanakan ibadah puasa, wajib ia menyempurnakan ibadah puasa pada hari tersebut. Manakala, kanak-kanak lelaki yang mencapai umur baligh di siang hari Ramadan dalam keadaan tidak berpuasa, tidak diwajibkan berpuasa dan tidak wajib qada puasa hari tersebut. Namun, sebaiknya dia mengqadakan puasa itu sebagai jalan keluar daripada khilaf para ulama. Kanak-kanak perempuan yang sedang berpuasa kemudian keluar haid di siang hari Ramadan, maka hukum ibadah puasanya adalah terbatal. Hal ini kerana kedatangan haid menyebabkan seseorang itu diharamkan berpuasa. Namun, diwajibkan ia berpuasa setelah suci daripada haid. HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Menjadi kewajipan kepada muslim yang mukalaf mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Sheikh Zainuddin menukilkan dalam karyanya: وإنما يجب صوم رمضان على كل مكلف أي بالغ عاقل مطيق له Maksudnya: “Puasa (Ramadan) diwajibkan ke atas setiap mukalaf iaitu yang baligh, berakal serta mampu melaksanakannya.” (Rujuk: Fath al-Mu’in, hlm 261) Sepakat para ulama fiqh menyebut bahawa kanak-kanak yang mencapai umur baligh di siang hari bulan Ramadan, dalam keadaan sedang melaksanakan ibadah puasa di hari tersebut, maka diwajibkan menyempurnakan puasa pada hari itu. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah. إِنْ بَيَّتَ الصَّبِيُّ الصَّوْمَ فِي رَمَضَانَ، ثُمَّ بَلَغَ أَثْنَاءَ النَّهَارِ وَهُوَ صَائِمٌ، فَإِنَّهُ يَجِبُ عَلَيْهِ إِتْمَامُ صَوْمِهِ بِغَيْرِ خِلَافٍ Maksudnya: “Jika kanak-kanak telah berniat puasa di bulan Ramadan, kemudian mencapai umur baligh di siang hari dalam keadaan ia sedang berpuasa, maka dia diwajibkan menyempurnakan puasa tersebut dengan tanpa khilaf (para ulama).” (Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 8/199) Demikian juga seseorang yang bermimpi kemudian keluar air mani di siang hari Ramadan dalam keadaan ia sedang berpuasa ianya tidak membatalkan puasanya. Sabda nabi SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said al-Khudri R.A: لَا يُفْطِرُ مَنْ قَاءَ، وَلَا مَنْ احْتَلَمَ، وَلَا مَنْ احْتَجَمَ Maksudnya: “Tidak batal puasa sesiapa yang muntah (dengan tidak sengaja), tidak juga sesiapa yang bermimpi sehingga keluar air mani dan tidak juga sesiapa yang berbekam.” Riwayat Abu Daud (2376) Manakala, kanak-kanak lelaki yang mencapai umur baligh di siang hari Ramadan dalam keadaan tidak berpuasa maka tidak diwajibkan berpuasa dan tidak diwajibkan mengqadakan puasa pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, sebaiknya dia mengqadakan puasa itu sebagai jalan keluar daripada khilaf para ulama.[1] Dalam kaedah fiqh menyebut: الْخُرُوجُ مِنْ الْخِلَافِ مُسْتَحَبٌّ Maksudnya: “Keluar dari khilaf adalah dituntut.” (Rujuk: al-Asybah wa al-Naza’ir li al-Sayuti, hlm 136) Dalam pada itu, kanak-kanak perempuan yang sedang berpuasa kemudian keluar haid di siang hari Ramadan maka hukum ibadah puasanya batal. Hal ini kerana mereka yang dalam keadaan uzur seperti datang haid tidak diharuskan berpuasa. Namun, diwajibkan ia berpuasa setelah suci daripada haid. Sheikh Zainudin menukilkan perkara ini dalam kitabnya: ولا على حائض ونفساء لأنهما لا تطيقان شرعا Maksudnya: “Tidak wajib (berpuasa) bagi wanita yang datang haid, nifas kerana mereka berdua tidak mampu melaksanakannya di sisi syarak.” (Rujuk: Fath al-Mu’in, hlm 261) KESIMPULAN Kesimpulannya, kanak-kanak lelaki yang sedang berpuasa kemudian mencapai baligh di siang hari Ramadan, maka wajib ia menyempurnakan puasa tersebut. Manakala, kanak-kanak lelaki yang tidak berpuasa kemudian mencapai baligh di siang hari Ramadan, digalakkan ia mengqadakan puasa pada hari tersebut sebagai jalan keluar dari khilaf para ulama. Sementara kanak-kanak perempuan yang sedang berpuasa di siang hari Ramadan kemudian datang haid, maka puasanya terbatal. Hal ini kerana mereka yang dalam keadaan uzur seperti datang haid diharamkan untuk berpuasa.والله أعلم [1] أَمَّا إِنْ بَيَّتَ الإِفْطَارَ، ثُمَّ بَلَغَ أَثْنَاءَ النَّهَارِ، فَقَدِ اخْتَلَفَ الْفُقَهَاءُ فِي ذَلِكَ فِي مَوْضِعَيْنِ: فِي حُكْمِ الإِْمْسَاكِ بَقِيَّةَ النَّهَارِ، وَفِي حُكْمِ قَضَاءِ ذَلِكَ الْيَوْمِ (Rujuk: Al-Mausu’ah alFiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 8/199) |
17 | Soalan : Assalamualaikum ustaz. Semoga ustaz sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Saya ada satu persoalan. Bagaimana cara untuk solat jenazah jika jenazah ramai? Adakah perlu disolatkan satu persatu atau sekaligus? Contoh keluarga yang mati kemalangan. Bagaimana nak menyusun jenazah-jenazah itu ketika solat? Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih ustaz. Ringkasan jawapan : Harus untuk menunaikan solat ke atas jenazah secara serentak jika jumlah jenazah lebih daripada seorang dalam satu masa yang sama. Keharusan ini didahulukan jika ada sebab-sebab yang tertentu seperti takut mayat menjadi rosak kerana lambat diuruskan dan sebagainya. Bagi susunan jenazah-jenazah yang disolatkan secara serentak , jenazah lelaki diletakkan di hadapan imam kemudian dituruti dengan jenazah kanak-kanak kemudian baru dituruti dengan jenazah wanita. Huraian jawapan : Jika jenazah lebih daripada seorang secara serentak dalam satu masa yang sama, para ulama memberi keharusan untuk menunaikan solat jenazah ke atas mereka secara serentak atau disolatkan satu persatu. Perkara ini dijelaskan oleh Ibn Al-Naqib Al-Misri. Beliau menyatakan : ويجوزُ أنْ يصليَ عليهم دُفعةً واحدةً “Harus untuk menunaikan solat ke atas mereka serentak.”[1] Imam Syamsuddin Al-Ramli menyatakan : (وَيَجُوزُ عَلَى الْجَنَائِزِ صَلَاةٌ) وَاحِدَةٌ بِرِضَا أَوْلِيَائِهَا لِأَنَّ الْغَرَضَ مِنْهَا الدُّعَاءُ وَالْجَمْعُ فِيهِ مُمْكِنٌ سَوَاءٌ كَانُوا ذُكُورًا أَمْ إنَاثًا أَمْ ذُكُورًا وَإِنَاثًا “Harus untuk menunaikan solat ke atas jenazah secara serentak dengan izin penjaga-penjaga mereka kerana tujuan solat jenazah itu adalah untuk mendoakan mereka. Boleh dikumpulkan mereka untuk disolatkan secara serentak sama ada mereka itu lelaki atau perempuan kesemua atau bercampur lelaki dan perempuan.”[2] Namun begitu, Paling afdal solat ke atas jenazah seorang demi seorang adalah sepakat ulama Syafi’iyyah dalam hal ini dan tiada khilaf. Imam Ibnu Hajar Al-Haitami menjelaskan : وَالْأَفْضَلُ إفْرَادُ كُلِّ جِنَازَةٍ بِصَلَاةٍ إلَّا مَعَ خَشْيَةِ نَحْوِ تَغَيُّرٍ بِالتَّأْخِيرِ “Paling utama (afdal) adalah menunaikan solat jenazah satu persatu melainkan jika takut berlaku apa-apa kepada jenazah seperti takut jenazah rosak dengan sebab lambat.”[3] Berdasarkan kenyataan Ibn Hajar Al-Haitami, jenazah-jenazah tersebut perlu disolatkan satu persatu. Ini adalah cara yang paling afdal. Namun, jika ada sebab-sebab tertentu yang memerlukan jenazah-jenazah itu disolatkan secara serentak seperti takut mayat rosak dan sebagainya, maka solat secara serentak perlu didahulukan. Bahkan Imam Al-Ramli mengatakan bahawa ianya boleh menjadi wajib untuk dilakukan secara serentak jika ada sebab yang mendesak.[4] Bagi susunan jenazah-jenazah yang disolatkan secara serentak, jenazah lelaki diletakkan di hadapan imam kemudian kanak-kanak dan disusuli jenazah wanita[5]. Perkara ini berdasarkan perbuatan Ibn Umar RA seperti mana yang diriwayatkan oleh Nafi’. Beliau berkata: أَنَّ ابْنَ عُمَرَ صَلَّى عَلَى تِسْعِ جَنَائِزَ جَمِيعًا فَجَعَلَ الرِّجَالَ يَلُونَ الْإِمَامَ وَالنِّسَاءَ يَلِينَ الْقِبْلَةَ، فَصَفَّهُنَّ صَفًّا وَاحِدًا وَوُضِعَتْ جَنَازَةُ أُمِّ كُلْثُومِ بِنْتِ عَلِيٍّ امْرَأَةِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَابْنٍ لَهَا يُقَالُ لَهُ زَيْدٌ وُضِعَا جَمِيعًا وَالْإِمَامُ يَوْمَئِذٍ سَعِيدُ بْنُ الْعَاصِ وَفِي النَّاسِ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ وَأَبُو سَعِيدٍ وَأَبُو قَتَادَةَ فَوُضِعَ الْغُلَامُ مِمَّا يَلِي الْإِمَامَ Maksudnya : “Sesungguhnya Ibnu Umar menunaikan solat ke atas sembilan jenazah. Beliau meletakkan lelaki berhadapan dengan imam dan jenazah wanita berhadapan kiblat. Beliau menyusun mereka semua dalam satu saf. Jenazah Ummu Kalthum Binti Ali, isteri kepada Umar Bin Al-Khattab dan anaknya Zaid diletakkan kesemuanya. Imam pada hari tersebut adalah Sa’ad Bin Al-‘As dan solat tersebut dihadiri oleh Ibn Umar, Abu Hurairah, Abu Sa’id dan Abu Qatadah. Jenazah kanak-kanak pula diletakkan selepas jenazah lelaki (yang berada di hadapan imam).”[6] Kesimpulannya, harus untuk menunaikan solat ke atas jenazah secara serentak jika jumlah jenazah lebih daripada seorang dalam satu masa yang sama. Keharusan ini didahulukan jika ada sebab-sebab yang tertentu seperti takut mayat rosak kerana lambat dan sebagainya. Bagi susunan jenazah-jenazah yang disolatkan secara serentak , jenazah lelaki diletakkan di hadapan imam kemudian dituruti dengan jenazah kanak-kanak kemudian baru dituruti dengan jenazah wanita NOTA HUJUNG: [1] Ibn Al-Naqib Al-Misri, Ahmad Bin Lu’lu’, ‘Umdah Al-Salik wa ‘Uddah Al-Nasik(1982), Al-Syu’un Al-Diniyah, Qatar, h.92 [2] Syamsuddin Al-Ramli, Muhammad Bin Abu ‘Abbas Ahmad, Nihayah Al-Muhtaj ila Syarh Al-Minhaj(1983), Dar Al-Fikr, Beirut, j.2 h.492 [3] Ibn Hajar Al-Haitami, Ahmad Bin Muhammad, Tuhfah Al-Muhtaj fi Syarh Al-Minhaj, Dar Ihya’ Turath Al-‘Arabi, j.3 h.157. [4] Ibid. j.2 h.491. Imam al-Ramli menyebut: نَعَمْ إنْ خَشَى تَغَيُّرًا أَوْ انْفِجَارًا بِالتَّأْخِيرِ فَالْأَفْضَلُ الْجَمْعُ بَلْ قَدْ يَكُونُ وَاجِبًا [5] ‘Umdah Al-Salik, h.92. ويجوزُ أنْ يصليَ عليهم دُفعةً واحدةً، ويضعُهُم بينَ يديهِ بعضَهُمْ خلفَ بعضٍ هكذا إلى القبلةِ، ويليهِ الرجُلُ ثمَّ الصبيُّ ثمَّ المرأةُ، ثمَّ الأفضلُ فالأفضلُ [6] Riwayat Al-Nasaie no 1978, Sunan Al-Nasaie (1987), Maktab Al-Matbu’at Al-Islamiyah, Aleppo,j.4 h.71 |
18 | SOALAN Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang lafaz niat puasa qada bagi menggantikan puasa yang telah ditinggalkan? Mohon pencerahan. Terima kasih. RINGKASAN JAWAPAN Antara syarat niat bagi puasa Ramadan dan puasa wajib yang lain (puasa qada dan nazar) ialah berniat di malam hari. Oleh itu, puasa hendak diniatkan sebelum terbit fajar keesokan harinya bagi puasa wajib. Tuntutan berniat ialah dengan berniat di dalam hati. Adapun hukum melafazkan niat dengan lisan adalah sunat supaya dapat membantu untuk menetapkan niat di dalam hati. Manakala bagi lafaz niat puasa ganti pula hendaklah ditukarkan lafaz أَدَاءِ (tunai) dengan lafaz قَضَاءِ (ganti). Oleh yang demikian, lafaz niat bagi puasa ganti ialah seperti berikut: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT. WaAllahu a’lam. HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat. Pertama, niat bagi puasa Ramadan dan puasa wajib yang lain hendaklah diniatkan pada malam hari berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW bahawa: مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ مِن اللَيْلِ فَلَا صِيَامَ لَهُ Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya. Riwayat al-Nasaie (2334) Begitu juga di sisi mazhab al-Syafie disyaratkan seseorang untuk berniat di waktu malam bagi puasa ramadan dan puasa fardu yang lain seperti puasa ganti. Hal ini sepertimana yang disebutkan dalam kitab al-Muqadimah al-Hadramiah bahawa: الأول: النية لكل يوم. ويجب التبييت في الفرض دون النفل، فتجزئه نيته قبل الزوال، ويجب التعيين أيضًا دون الفرضية في الفرض Maksudnya: (Rukun puasa) Pertama: Niat bagi setiap hari puasa. Diwajibkan untuk berniat pada waktu malam bagi puasa fardu dan tidak bagi puasa sunat. Sah niat tersebut jika diniatkan sebelum tergelincir matahari. Di samping itu, diwajibkan untuk ta’yin (menentukan jenis puasa seperti puasa Ramadan), tanpa diwajibkan untuk menyebut fardu bagi puasa fardu.[1] (Rujuk al-Muqadimah al-Hadramiah: 171 ) Berdasarkan teks di atas, diwajibkan untuk berniat bagi puasa fardu pada waktu malam, manakala bagi puasa sunat boleh untuk berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari jika sekiranya tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tuntutan niat ini ialah merujuk kepada berniat di dalam hati. Justeru, apabila seseorang sudah meletakkan azam di dalam hati dan fikirannya tentang hakikat puasa tersebut, maka niatnya tersebut sah. Hal ini sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Kasyifat al-Saja Syarh Safinat al-Naja bahawa: أحدها: (نية ليلاً لكل يوم في الفرض) ومحلها القلب ولا بد أن يستحضر حقيقة الصوم التي هي الإمساك عن المفطر جميع النهار مع ما يجب فيه من كونه عن رمضان مثلاً ثم يقصد إيقاع هذا المستحضر. Maksudnya: (Rukun puasa) pertama: Berniat di waktu malam pada setiap hari bagi puasa yang fardu. Tempat niat ialah di dalam hati. Oleh itu, hendaklah didatangkan dalam fikiran hakikat puasa tersebut iaitu perbuatan menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa sepanjang hari serta melakukan kewajipan yang mana ia sebahagian daripada amalan bulan Ramadan, kemudian berniat bahawa dia akan melakukan perkara yang dibayangkan tersebut.[2] (Rujuk Kasyifat al-Saja Syarh Safinat al-Naja, 1:280) Namun, jika sekiranya seseorang melafazkannya, maka hukumnya adalah sunat supaya lisan dapat membantu untuk menetapkan niat di dalam hati. Perkara ini seperti yang dinyatakan dalam kitab Kasyifat al-Saja bahawa: ولا تكفي النية باللسان دون القلب، كما لا يشترط التلفظ بها قطعاً لكنه يندب ليعاون اللسان القلب. Maksudnya: Tidak memadai menyebut niat di lidah sahaja tanpa meniatkannya di dalam hati. Begitu juga, tidak disyaratkan untuk melafazkan niat secara qatie namun hanya disunatkan sahaja supaya lidah dapat membantu dalam berniat di dalam hati.[3] (Rujuk Kasyifat al-Saja Syarh Safinat al-Naja, 1:280) Justeru, hukum melafazkan niat adalah sunat sahaja bagi membantu hati untuk menetapkannya. Adapun syarat niat yang wajib ialah menetapkannya di dalam hati. Kedua, jika sekiranya dia berniat untuk menggantikan puasa bagi puasa fardu yang ditinggalkan pada tahun-tahun sebelumnya, maka lafaz niatnya tidak menggunakan lafaz أَدَاءِ (tunai) bahkan disebut قَضَاءِ (ganti) pada lafaz niatnya. Perkara ini dijelaskan oleh Sheikh al-Islam Zakaria al-Ansari bahawa: (أَنْ يَنْوِيَ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةَ لِلَّهِ تَعَالَى) بِإِضَافَةِ رَمَضَانَ وَذَلِكَ لِتَتَمَيَّزَ عَنْ أَضْدَادِهَا لَكِنَّ فَرْضَ غَيْرِ هَذِهِ السَّنَةِ لَا يَكُونُ إلَّا قَضَاءً Maksudnya: (Bagi puasa Ramadan) Hendaklah diniatkan puasa keesokan hari bagi menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah SWT. Lafaz Ramadan ditambah di dalam niat supaya dapat dibezakan dengan selainnya. Namun, jika sekiranya puasa fardu Ramadan selain tahun ini, maka ia tidak lain tidak bukan menjadi qada (ganti).[4] (Rujuk Asna al-Matalib fi Syarh Raudh al-Talib, 1:411) Namun begitu, tidak diwajibkan untuk menyebut sama ada أَدَاءِ (tunai) ataupun قَضَاءِ (ganti), jika tidak menyebutnya maka tidak menjadi masalah. Memadai berniat dengan menyebutkan lafaz fardu sahaja mengikut pandangan yang paling sahih mazhab al-Syafie seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini: وَظَاهِرُهُ أَنْ يَكُونَ الْأَصَحُّ اشْتِرَاطَ الْفَرْضِيَّةِ دُونَ الْأَدَاءِ وَالْإِضَافَةِ إلَى اللَّهِ تَعَالَى Maksudnya: Apa yang jelas tentang pandangan yang paling sahih ialah disyaratkan menyebut fardu sahaja, tanpa disyaratkan untuk menyebut lafaz أَدَاءِ (tunai) dan lafaz ‘kerana Allah SWT’.[5] (Rujuk Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifati Maani Alfaz al-Minhaj, 2:151) Oleh yang demikian, lafaz niat bagi puasa ganti yang lengkap ialah seperti berikut: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT. WaAllahu a’lam. Rujukan [1] Al-Hadrami, Abdullah Ibn Abd al-Rahman Bafadhl, 2011, al-Muqadimah al-Hadramiah, Dar al-Minhaj, Beirut, Lubnan, hlmn. 171. [2] Al-Jawi, Muhammad Nawawi, t.t, Kasyifat al-Saja Syarh Safinat al-Naja, Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan, jld. 1, hlmn. 280. [3] Ibid. [4] Al-Ansari, Zakariya Ibn Muhammad, t.t, Asna al-Matalib fi Syarh Raudh al-Talib, Dar al-Kitab al-Islami, jld. 1, hlmn. 411. [5] Al-Syarbini, Muhammad Ibn Ahmad al-Khatib, 1994, Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifati Maani Alfaz al-Minhaj, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut, jld. 2, hlmn. 151. |
20 | SOALAN Assalamualaikum, Datuk Mufti, saya ada persoalan yang ingin diajukan kepada pihak Datuk mengenai pengertian umum al-balwa?. Adakah setiap perkara yang mendatangkan kepayahan dan kesusahan dianggap sebagai umum al-balwa? Sekian terima kasih. RINGKASAN JAWAPAN Umum al-Balwa merupakan suatu perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kepayahan dalam kalangan majoriti para mukalaf ataupun sekumpulan yang tertentu dari kalangan mereka jika meninggalkannya.lebih-lebih lagi jika perkara yang berlaku secara berulang kali dan menjadi satu kesukaran bagi mereka untuk meninggalkan perkara tersebut. Namun bagi menentukan perkara tersebut dikategorikan sebagai umum al-balwa maka para ulama telah menetapkan beberapa syarat sebagai panduan dalam menentukan sesuatu perkara itu sebagai umum al-balwa ataupun tidak. Oleh itu, tidak semua perkara yang sulit akan dianggap sebagai umum al-balwa. Penentuan sesuatu perkara itu perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat. Pengertian Umum Al-Balwa Seperti yang diketahui umum, lafaz umum al-balwa merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu umum dan balwa. Umum dari segi Bahasa berasal daripada perkataan (عمّ) yang bermaksud syumul (menyeluruh) dan mengumpul, manakala perkataan al-Balwa pula merupakan pecahan daripada perkataan al-bala’ yang bermaksud ikhtibar (ujian). (Rujuk: Tajj al-Arus, 325/2) Sementara itu, pengertian umum al-balwa dari segi syarak pula, menurut Wahbah al-Zuhaili, Umum al-Balwa bermaksud sesuatu yang berleluasanya sehingga seseorang itu sukar untuk menyelamatkan diri daripadanya atau menjauhinya. (Rujuk: Nazariyah Al-Darurah Al-Syar'iyah, 123) Selain itu, menurut Muslim al-Dusari, Umum al-Balwa bermaksud, "Isu yang berlaku secara menyeluruh ke atas orang mukalaf atau keadaan orang mukalaf yang terikat dengan pertanggungjawaban tertentu berkenaan isu tersebut, serta wujud kesukaran menghindarinya atau tidak mampu menghilangkannya melainkan dengan bertambah kesulitan yang memerlukan kemudahan dan keringanan." (Rujuk: Umum Al-Balwa: Dirasah Nazariyah Tatbiqiyah, 61) Selain itu, umum al-balwa bermaksud suatu keperluan yang sangat mendesak yang berlaku dalam kalangan majoriti para mukalaf ataupun sekumpulan yang tertentu dalam kalangan mereka untuk mendapatkan kemudahan dalam perkara yang berlaku secara berulang kali dan menjadi satu kesukaran bagi mereka untuk meninggalkan perkara tersebut. Jika mereka dituntut untuk meninggalkannya maka kesukaran luar biasa akan menimpa. (Rujuk: Dhawabit al-Ikhtiar al-Fiqhiy inda al-Nawazil, 148) Berdasarkan pengertian di atas, dapat difahami bahawa umum al-balwa ini merupakan sesuatu perkara yang mendatangkan kesusahan yang luar dari kebiasaan kepada manusia jika perkara itu ditinggalkan. Kesusahan itu meliputi kebanyakan manusia. Dalil-dalil Umum al-Balwa Memandangkan umum al-balwa ini sesuatu perkara yang sukar untuk dihindari, maka syarak tidak memaksa setiap muslim meninggalkannya demi memudahkan urusan manusia di dalam kehidupan harian. Antara sumber dalil tentang perkara ini seperti firman Allah SWT: يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ Bermaksud: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Al-Baqarah (185) Selain itu, Allah SWT juga berfirman bahawa agama Islam merupakan agama yang memberi kemudahan dalam melaksanakan segala perintah-Nya: وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ Bermaksud: Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama. Al-Hajj (78) Seterusnya, Allah SWT berfirman bahawa Allah SWT tidak akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu ujian melainkan apa yang terdaya olehnya: لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا Bermaksud: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Al-Baqarah (286) Syarat-syarat Umum al-Balwa Para ulama ada meletakkan syarat-syarat yang menentukan sesuatu perkara itu dikira sebagai umum al-balwa. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: Sesuatu perkara tersebut mestilah perkara yang bersifat menyeluruh atau merangkumi bilangan kelompok manusia yang ramai. Ia bukan bersifat khas kepada individu atau jumlah yang kecil daripada kelompok manusia yang pelbagai. Hal ini kerana syariat Islam mengambil berat tentang situasi yang menyeluruh. Menurut Imam al-Mawardi: الْيَسِيرَ يَكُونُ تَبَعًا لِلْكَثِيرِ وَلَا يَكُونُ الْكَثِيرُ تَبَعًا لِلْيَسِيرِ Bermaksud: Sesuatu yang sedikit akan mengikut sesuatu yang banyak dan sesuatu yang banyak tidak akan mengikut sesuatu yang sedikit. (Rujuk: Al-Hawi al-Kabir, 366/7) Tambahan pula Imam al-Sarakhsi juga ada menyatakan bahawa: الْأَكْثَرَ يُنَزَّلُ مَنْزِلَةَ الْكَمَالِ وَالْأَقَلُّ تَبَعٌ لِلْأَكْثَرِ Bermaksud: Sesuatu yang banyak akan mengambil kedudukan sesuatu yang sempurna dan sesuatu yang sedikit akan mengikut sesuatu yang banyak. (Rujuk: Al-Mabsut, 19/9) Oleh yang demikian, perkara yang bersifat menyeluruh yang meliputi sebahagian besar jumlah manusia atau kelompok tertentu dapat memberi kesan kepada penentuan sesuatu hukum dan menjadi syarat dalam menentukan sesuatu perkara itu sebagai umum al-balwa. Perkara tersebut hendaklah sesuatu yang perlu dilakukan secara berulang dan berkali-kali. Setiap manusia tidak merasakan kepayahan jika dipertanggungjawabkan dengan sesuatu yang perlu dilalui sekali sahaja atau berulang kali dalam tempoh yang panjang. Namun begitu, jika seseorang itu dipertanggungjawabkan dengan perkara yang berulang kali dalam tempoh yang singkat, maka dapat memberikan kepayahan kepadanya. Oleh itu, perkara berulang kali itu mengubah pekerjaan tersebut dari sedikit dan mudah kepada banyak dan membebankan. Maka, perkara yang berulang dan berlaku berkali-kali menjadi satu syarat menentukan sesuatu perkara itu sebagai umum al-Balwa. (Rujuk: Dhawabit al-Ikhtiar al-Fiqhiy inda al-Nawazil, 156) Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti berkenaan perkara yang berulang kali yang boleh mendatangkan kesusahan jika tidak dibolehkan iaitu kebenaran menyapu air ke atas khuf (stokin kulit) ketika tidak musafir memandangkan jika perlu menanggalkannya pada setiap kali hendak berwuduk maka akan mendatangkan kesukaran manakala wajib menanggalkan khuf itu ketika mandi (wajib) kerana ia tidak berlaku berulang kali. (Rujuk: Al-Ashbah wa al-Nazair li al-Suyuti, 76) Perkara itu akan mendatangkan kesukaran yang luar dari kebiasaan. Hal ini kerana perkara tersebut mengandungi sesuatu yang sulit untuk dielakkan. Hal ini sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti berkenaan sesuatu kewajipan yang mengandungi perkara yang tidak boleh dipisahkan seperti tanah atau lumut yang berada dalam air. Kedua-duanya merupakan sesuatu yang sulit untuk dielakkan di dalam air. Maka, air tersebut boleh digunakan untuk bersuci meskipun ia berubah disebabkan perkara tersebut. Hal ini kerana jika air tersebut dihukum bukan air mutlak, maka akan mendatangkan kesulitan kerana kebiasaan air akan terdapat lumut secara alami dalam suatu tempoh. (Rujuk: Al-Ashbah wa al-Nazair li al-Suyuti, 76) KESIMPULAN Umum al-Balwa merupakan suatu perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kepayahan dalam kalangan majoriti para mukalaf ataupun sekumpulan yang tertentu dari kalangan mereka jika meninggalkannya.lebih-lebih lagi jika perkara yang berlaku secara berulang kali dan menjadi satu kesukaran bagi mereka meninggalkan perkara tersebut. Namun bagi menentukan perkara tersebut dikategorikan sebagai umum al-balwa maka para ulama telah menetapkan beberapa syarat sebagai panduan dalam menentukan sesuatu perkara itu sebagai umum al-balwa ataupun tidak. Antaranya ialah perkara tersebut meliputi sejumlah yang banyak dalam kalangan manusia, perkara tersebut berlaku berulang kali dan perkara tersebut boleh mendatangkan kesusahan yang luar biasa jika meninggalkannya. Oleh itu, tidak semua perkara yang sulit akan dianggap sebagai umum al-balwa. Penentuan sesuatu perkara itu perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. |
21 | MukadimahAlhamdulillah, dengan kedatangan 12 Rabi’ al-Awwal, ramai di kalangan umat Islam mengingati peristiwa Maulid al-Rasul SAW walaupun sesetengahnya berpendapat Rasulullah dilahirkan pada 9 Rabi’ al-Awwal. Mereka semua menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran insan agung yang mulia ini yang menjadi penyambung risalah Ilahi kepada manusia sejagat. Bersempena dengan Maulid al-Rasul pada kali ini, kami kemukakan dengan panjang lebar isu berkaitan hukum menyambutnya. Kami harapkan Bayan Linnas pada kali ini memberi satu jawapan yang tuntas kepada semua pihak. Sejarah Sambutan Maulid al-RasulSebagai mukadimah, dinyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah 13/136 al-Allamah Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja al-Muzaffar yang telah menyambut majlis Maulid al-Rasul secara besar-besaran dengan berkata: “Adalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi’ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran. Disamping itu, beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, mempunyai semangat keperwiraan, cerdik, alim, adil. Semoga Allah merahmatinya dan memuliakan kuburnya.” Dinukilkan di sini daripada beberapa kitab bagaimana para penyair di kalangan sahabat dan lainnya memuliakan Baginda SAW samada di hadapannya atau melalui syair-syair mereka. Antaranya: Al-Abbas bersyair: “Di kala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin.” Lihat al-Mustadrak ala al-Sahihain. Hasan bin Thabit banyak menggubah syair di hadapan Rasulullah SAW dan para Sahabat Baginda. Isu ini seringkali menjadi polemik dalam kalangan sarjana Islam. Hukum Sambutan Maulid al-RasulAda yang mengharuskannya dan ada yang sebaliknya. Saya nukilkan sebahagian pendapat ulama: Pertama: Hukum sambutan Maulidurrasul adalah bid’ah. Ini dipelopori oleh sebahagian ulama. Antara hujahnya adalah: Perayaan ini tidak pernah dilaksanakan pada generasi yang paling mulia, generasi sahabat, tabiin, tabi’ tabi’in, dan juga tidak pada generasi setelahnya. Ia adalah satu bentuk pemujaan yang melampau kepada Nabi SAW. Sabda Nabi SAW, لاَ تُطْرُونِي، كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ، وَرَسُولُهُMaksudnya: “Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku seperti kaum Nasrani yang memuji anak lelaki Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah (mengenaiku) “ Hamba Allah dan Rasul-Nya “(Riwayat al-Bukhari, no. 3445) Sambutan maulid seperti ini pasti disertai dengan berbagai bentuk kemungkaran dan hal-hal yang diharamkan dalam agama Kedua: Hukumnya adalah dibolehkan. Syeikh Abu Shamah atau nama sebenarnya, Syeikh Abdul Rahman bin Ismail al-Maqdisi (salah seorang Syeikh Dar al-Hadis di Damsyik) berpendapat: Adalah dibolehkan sambutan Maulidurrasul berdasarkan amalan oleh tokoh ulama zaman dahulu antaranya di Irbil (salah satu wilayah di Iraq). Antara tokoh-tokoh yang berpegang kepada keharusannya dan termasuk dalam bid’ah hasanah ialah: Imam Jalaluddin al-Suyuti Imam Ibn Hajar al-Haithami Syeikh Ibn al-Hajj al-Abdari Imam Ibn al-Battal Al-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Nasiruddin al-Dimashqi Al-Hafiz Shamsuddin bin al-Jazari Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Syeikh Abdul Halim Mahmud Syeikh Atiyyah Saqr Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi dan lain-lain. Para ulama yang mengharuskan Maulid al-Rasul menggunakan hadis di bawah: Dari Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab: فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّMaksudnya: “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.”(Riwayat Muslim, no. 1162) Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa. Maka, jika Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu, maka begitu juga bagi ummatnya untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda SAW untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda SAW, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain. Sabda Nabi SAW: مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌMaksudnya: “Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun”.(Riwayat Muslim, no. 1017) Hadis ini memberikan satu kefahaman bahawa dibenarkan untuk melakukan perkara perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, athar mahupun ijmak ulama. Maulid al-Rasul adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut. Dengan demikian, bererti hukumnya diharuskan bahkan sebagai salah satu jalan untuk mendapatkan pahala jika bertepatan dengan syarak. Selain itu, antara hujahnya adalah fatwa ulama seperti berikut: Ibn Hajar al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum perayaan Maulid al-Rasul menjawab: “Asal dalam amalan sambutan peringatan Maulid adalah bid’ah yang tidak diriwayatkan dari ulama Salaf al-Soleh. Akan tetapi Maulid tersebut mengandungi banyak kebaikannya. Maka barangsiapa yang berusaha meraih kebaikan dalam Maulid dan menjauhi yang buruk, maka termasuk bid’ah yang baik (hasanah). Jika tidak, maka tidak disebut bid’ah hasanah.” (Al-Haawi Lil Fataawa oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti) Imam al-Suyuti juga antara lain menyebut: “Amalan memberi makan adalah perbuatan yang baik. Dengan demikian, amalan Maulid termasuk perkara baru yang dianjurkan sebagaimana yang diungkapkan oleh Sultan al-Ulama Syeikh Izzuddin bin Abd al-Salam.” Sebenarnya al-Suhaili telah menyebut bahawa al-Abbas berkata: “Tatkala Abu Lahab meninggal dunia, aku bermimpi bertemunya selepas setahun pada seburuk keadaan lantas dia berkata: “Tidak aku dapati selepas kamu sebarang kerehatan kecuali azab diringankan daripadaku setiap hari Isnin. Yang demikian kerana Nabi SAW dilahirkan pada hari Isnin dan Thuwaibah telah memberikan berita gembira kepada Abu Lahab berkenaan dengan kelahiran Nabi SAW lantas dimerdekakannya.” (Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari Syarah Sahih Bukhari, 9/43 – 48) Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muti’i (Mantan Mufti Mesir): “Justeru setiap apa yang dijadikan ketaatan dan untuk mendekatkan diri kepada Allah yang tidak ditentukan syariat(Allah) waktu tertentu dan tidak pula tempat tertentu maka boleh bagi setiap mukallaf untuk melakukannya pada setiap waktu dan tempat, dan begitu juga setiap yang tidak termasuk dalam larangan umum atau khusus daripada syariat maka hukumnya Mubah/Harus, dan apa yang selainnya(yakni ada larangan) adalah bid’ah yang haram atau makruh. Maka wajib untuk menghindarinya dan menghalangnya” (Ahsanul Kalam Fi Ma Yata’allaqu Bi al-Sunnah wa al-Bid’ah Min Ahkam, m. 74). Syeikh Abdul Halim Mahmud: “Sambutan Maulid Nabi SAW adalah sunnah/jalan yang baik daripada sunnah-sunnah yang diisyaratkan oleh Rasul SAW dalam sabdanya: “Barangsiapa melakukan sunnah yang baik, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal denganya, barangsiapa yang melakukan sunnah yang buruk, maka dia menanggung dosanya dan dosa sesiapa yang beramal dengannya” Dan ianya adalah kerana terdapat usul/asas yang membimbingnya dan dalildalil yang sahih yang berpandukan padanya. “Dan tidaklah bererti peninggalan salafussoleh bagi amalan yang soleh ini merupakan pertentangan kepada syariat, kerana salafussoleh masih mempunyai kebangkitan/keprihatinan agama dan cinta Nabi yang mulia yang mana menyebabkan mereka tidak memerlukan kepada peringatan hari maulid untuk disambut.” (Fatawa Imam Abdul Halim Mahmud, m. 273) Tarjih Setelah mengamati pendapat-pendapat ulama, saya berpandangan bahawa sambutan Maulid al-Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya: Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah. Tiada percampuran lelaki dan perempuan. Menutup aurat. Tiada unsur maksiat. Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW. Antaranya: Kitab al-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri Kitab Sirah Nabawiyyah oleh Ibn Hisham Kitab al-Syamail al-Muhammadiyyah oleh Imam al-Tirmizi Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya seperti: Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti Kitab Al-Sirah al-Nabawiyyah Durus wa ‘Ibar oleh Syeikh Dr. Mustafa al-Siba’ie Kitab Al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawi oleh Syeikh Dr. Munir al-Ghadban dan lain-lain Disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW. Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi SAW: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297) Berhubung lafaz selawat yang afdhal, maka antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA yang menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau. Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Meraikan kegembiraan dan kesyukuran kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah kepada fakir miskin. Sebagai mengukuhkan kenyataan ini, suka saya petik pendapat Imam Abu Syamah. Antara lain berkata: “Termasuk perkara baru atau bid’ah yang dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah, melakukan yang ma’ruf, menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah SAW dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutus-Nya Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.” Penutup Antara tugasan Rasul adalah untuk menyatukan ummah daripada pelbagai kabilah, kaum, bangsa dan ras agar semuanya kembali mengubudiyyah kepada Yang Maha Esa dengan penuh hikmah dan rahmah, Rasulullah SAW menyampaikan dakwah sehingga akhirnya ukhuwwah Islamiyyah yang kukuh dan dapat membina perpaduan yang mapan. Natijahnya, ummat yang bijak mencari titik persamaan dan mengurangkan jurang perbezaan menjadi ummat yang terkehadapan sehingga dapat memimpin dunia. Parsi tumbang, Rom lemah dan Islam menggemakan syiarnya dan syariatnya sehingga melahirkan kerukunan sejagat. Rasulullah SAW telah menjadikan tali persahabatan dan ukhuwwah Islamiyyah sejak mula menegakkan negara Islam Madina dengan sistem mu’akhah (persaudaraan) dan diletakkan dalam Piagam Madinah. Justeru, kami menyeru kepada diri ini dan khalayak masyarakat ummah serta rakyat Malaysia agar kita bina perpaduan dan kita kukuhkannya sehingga perasaan kasih sayang terbina dan saling hormat menghormati sesama kita. Akhir kalam, marilah sama-sama kita mentahqiqkan hasrat dan tema Majlis Sambutan Maulid al-Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1438H yang berteraskan Ukhuwwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah. Akhukum fillah,Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-BakriMufti Wilayah Persekutuan |
22 | Soalan Assalamualaikum Pejabat Mufti. Saya ingin mengemukakan satu soalan berkait dengan harta faraid. Sudi kiranya jika pihak pejabat Mufti menjawab persoalan saya. Ayah saya telah meninggal dunia awal Disember 2020 yang lalu dan meninggalkan seorang balu, ibu saya dan tiga orang anak termasuk saya (2 lelaki, 1 perempuan). Ayah saya meninggalkan beberapa harta berupa tanah dan juga 2 buah rumah. Harta-harta ini sedang melalui proses pusaka kecil di Pejabat Tanah. Tanah dan sebuah rumah sedang disewakan dan sejak selepas kematian Arwah bayaran sewa disimpan oleh saya dan ibu saya. Soalan saya: 1. Adakah hasil sewa tanah dan rumah termasuk dalam harta faraid? 2. Sekiranya ia harta faraid, bolehkah hasil sewa tersebut digunakan untuk membayar cukai tanah bagi tanah serta rumah yg tersebut serta lain2 kos asas seperti utiliti (arwah ayah menggunakan hasil sewa ini bagi membiayai kos2 tersebut). Saya berharap pihak pejabat Mufti dapat menjawab kemusykilan saya ini. Lebih2 lagi sebagai seorang muslim, saya risau takut-takut termakan hak orang lain. Sekian, terima kasih. Jawapan Ringkas Pertama: Hasil sewa tanah dan rumah termasuk dalam harta faraid kerana ia merupakan harta yang bernilai yang dimiliki oleh arwah semasa hayatnya dan berterusan sehingga kematiannya. Kedua: Hasil sewa tersebut boleh digunakan untuk membayar kos pengurusan seperti cukai tanah dan lain-lain yang bersangkutan sekiranya harta tersebut masih belum dibahagikan. Sekiranya sudah dibahagikan dan hanya sebahagian waris yang memiliki tanah atau rumah tersebut, maka cukai tanah tersebut hanya ditanggung oleh pemiliknya sahaja. Huraian Jawapan Pertamanya, apabila seseorang meninggal dunia, segala hartanya akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka. Berdasarkan penetapan daripada pihak Baitulmal MAIWP[1], harta pusaka atau harta peninggalan ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya. Harta-harta itu termasuklah: Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya. Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati. Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya. Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati. Berdasarkan pembahagian kategori harta di atas, rumah dan tanah yang disewakan arwah ketika hayatnya merupakan harta yang dikategorikan sebagai harta pusaka yang wajib dibahagikan kepada ahli waris yang ditetapkan Syarak seperti isteri (balu) dan anak-anaknya berdasarkan situasi di atas. Berhubung soalan kedua pula, apabila seseorang telah meninggal dunia terdapat beberapa hak dan kewajipan yang terkait dengan harta peninggalan arwah yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum dibahagikan kepada ahli waris. Antara kewajipannya adalah seperti berikut: Hendaklah mendahulukan belanja kematian dan pengebumian daripada harta peninggalan si mati. Melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. (Jika berkait pada harta peninggalan itu hak seperti zakat, gadaian dan sebagainya hendaklah didahulukan daripada belanja kematian dan pengebumian) Melaksanakan segala wasiat daripada 1/3 baki si mati berdasarkan ketetapan syarak. Pembahagian pusaka dikalangan ahli waris jika harta masih berbaki. (Lihat: Matla’ al-Badrain susunan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2/238) Melihat kepada senarai di atas, cukai tanah beserta kos asas seperti utiliti tidak termasuk dalam perkara yang wajib ditanggung daripada harta faraid secara umum sebaliknya ia berbalik kepada tuan punya harta selepas berlaku pembahagian. Hal ini kerana apabila setiap ahli waris mendapat bahagian masing-masing, maka mereka mempunyai hak penuh bagi menentukan bagaimana sesuatu harta itu digunakan dan diuruskan. Pihak lain tidak berhak untuk memaksa dan mewajibkan ahli waris tersebut membelanjakan harta mengikut kemahuan mereka. Adapun perkara yang biasa dilakukan arwah ketika hidupnya, ia tidaklah menjadi kewajipan kepada ahli waris untuk mengikutinya melainkan dijadikan sekadar panduan dan pedoman sahaja. Hal ini jelas melihat kepada konsep harta faraid iaitu waris yang ada berhak untuk memiliki dan mewarisi harta yang ditinggalkan oleh arwah. (Rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/339) Walau bagaimanapun, sekiranya pembahagian rumah masih tidak berlaku atas faktor masih disewakan kepada orang lain dalam masa yang sama pemilikan hanya diketahui secara peratusan atau pecahan, maka segala kos pengurusan seperti kos cukai tanah dan utiliti tersebut perlu ditanggung oleh ahli waris bersama-sama. Lihat artikel kami, https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3875-al-kafi-1472-hukum-menggunakan-wang-pusaka-bagi-membiayai-kos-pengurusan-harta-pusaka. Sekiranya sudah dibahagikan dan hanya sebahagian waris yang memiliki tanah atau rumah tersebut, maka cukai tanah tersebut hanya ditanggung oleh pemiliknya sahaja. Sebagai contoh, dua buah kereta dimiliki oleh dua orang anak lelaki manakala rumah dimiliki emak dan anak perempuan secara bersama. Maka kos pembayaran cukai rumah dan lain-lain yang berkaitan hanya dibayar oleh pemilkinya sahaja. Kadar kewajipan bergantung kepada peratusan pemilikan terhadap sesuatu harta melainkan terdapat ahli waris yang secara sukarela ingin menanggung keseluruhan kos tersebut. Hal ini dibincangkan secara terperinci dalam bab Takharuj (melepaskan hak). al-Takharuj bermaksud, التَّخَارُجُ هُوَ أَخْذُ بَعْضِ الْوَرَثَةِ مَالًا مَعْلُومًا مِنْ الْوَرَثَةِ الْآخَرِينَ مُقَابِلَ حِصَصِهِمْ الْإِرْثِيَّةِ Maksudnya: “al-Takharuj ialah sebahagian ahli waris mengambil sebahagian hak yang dimiliki ahli waris yang lain sebagai pertukaran bahagian-bahagian faraid mereka. (Rujuk: Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, 4/48) Oleh itu, setiap harta peninggalan yang dibahagikan secara sulh (perdamaian) atau persetujuan antara ahli waris dengan kaedah reda atau sesama suka, maka ia dibenarkan kerana bahagian faraid itu terserah kepada para waris untuk melepaskan haknya sama ada secara percuma atau diganti dengan harta yang lain. (Rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/513) Sebagai kesimpulan, sewajarnya setiap ahli waris perlu memahami hukum-hakam berkaitan konsep harta faraid beserta kaedah pembahagiannya supaya tidak terjerumus dalam dosa mengambil harta orang lain tanpa hak sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Oleh itu, harta perlu difaraidkan tanpa perlu menangguhkan pembahagian kerana urusan ini melibatkan hak orang lain. Jika tidak dibahagikan mengikut ketetapan faraid, maka boleh dibahagikan mengikut bahagian yang diredai oleh ahli-ahli waris yang layak. Wallahu a’lam. [1] Lamanweb: https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/2015-11-20-07-49-26/faraid-pusaka |
23 | SOALAN Assalammualaikum, Pihak veterinar dalam perancangan penetapan tanda pengenalan haiwan terhadap pelbagai jenis haiwan ternakan. Antara jenis-jenis tanda pengenalan ialah menggunakan tag telinga dengan cara menindik telinga (electronic or non-electronic) bagi tujuan penandaan. Proses tersebut tidak menyakitkan binatang. Namun timbul kerisauan kepada pihak penternak jika berlaku telinga koyak atau berlubang semasa atau sepanjang tag telinga berkenaan berada di telinga haiwan ternakan. Hal yang demikian dikatakan tidak sesuai dijadikan haiwan sembelihan korban. Mohon pencerahan S.S Mufti? Ringkasan Jawapan: Tebukan telinga haiwan lembu itu bagi tujuan penandaan nombor tidak menjejaskan implikasinya terhadap syarat sah haiwan sembelihan korban. Namun, dicadangkan pihak berkenaan agar menggunakan apa-apa kaedah yang boleh meminimumkan lubang tebukan dengan tindikan yang paling kecil dan halus seperti tindikan jarum anting -anting yang sangat halus sekadar ia mampu berfungsi sebagai penandaan Huraian Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Pemilihan haiwan korban mestilah tiada cacat cela yang jelas ketara berdasarkan hadis sahih daripada al-Bara’ bin ‘Azib R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda : أربعٌ لا تجوزُ في الأضاحي العوراءُ البيِّنُ عَوَرُها والمريضةُ البيِّنُ مرَضُها والعرجاءُ البيِّنُ ظَلَعُها والكسيرةُ التي لا تُنقِي Maksudnya: “Empat perkara yang tidak boleh ada pada haiwan korban ialah yang jelas buta matanya, yang ketara sakitnya, yang ketara tempang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya”. Riwayat Abu Daud (2802) Jenis-jenis Kecacatan Yang Menghalang Ibadah Korban Para ulama bersepakat terhadap galakkan untuk memilih haiwan korban yang terbaik dan yang sempurna. [1] Al-Nawawi menjelaskan jenis-jenis kecacatan yang ketara pada binatang yang tidak menepati syarat-syarat korban. Antara syarat haiwan korban mestilah selamat daripada aib mahupun aib yang boleh mengurangkan dagingnya. Oleh yang demikian, tidak sah binatang sembelihan korban yang mempunyai ciri-ciri berikut : sangat kurus, gila, putus sebahagian telinga, tempang, buta sebelah mata, sakit kudis yang sedikit tidak sah dijadikan haiwan korban menurut pendapat mazhab Syafi’i. Namun tidak terjejas yang sedikit aibnya seperti berikut : ketiadaan tanduk-tanduk, koyak telinga, tebukan telinga.”[2] Berdasarkan kenyataan di atas, haiwan korban yang tidak jelas ketara kecacatannya seperti koyak telinga dan tebukan telinga, masih sah dijadikan haiwan korban disebabkan hanya sedikit aib dan tidak mengurangkan daging. Keputusan Fatwa Antrabangsa Haiwan Korban Yang DiTebuk/DiTindik Telinga i. Darul Ifta’ Fatwa Jordan: Sah korban sekiranya terdapat koyak atau tebukan pada telinga haiwan kerana tidak berlaku sebarang pengurangan pada daging.[3] ii. Darul Ifta’ Mesir: Sah korban sekiranya terkoyak pada telinga haiwan yang tidak melebihi satu pertiga, ataupun berlaku tebukan yang tidak dianggap besar.[4] iii. Darul Ifta’ UAE: Harus melakukan korban pada haiwan yang terkoyak atau tertebuk pada telinganya kurang dari satu pertiga. Manakala makruh jika melebihi satu pertiga hingga separuh. Tidak sah korban sekiranya melebih dari separuh.[5] Berdasarkan amalan menebuk telinga haiwan di negara kita, masih dianggap kecacatan yang sedikit. Bahkan koyak telinga dan tebukan telinga merupakan aib yang sedikit dan tidak mengurangkan daging, maka sah untuk sembelihan haiwan korban. Penutup Setelah meneliti perbahasan fuqaha serta fatwa-fatwa Antarabangsa, haiwan sembelihan korban mestilah tiada kecacatan ketara seperti terputus telinga atau lebih teruk daripada itu. Bahkan aib telinga yang sedikit sama ada terkoyak atau berlubang pada telinga haiwan adalah sah di jadikan haiwan korban. Hal ini dapat disimpulkan kepada beberapa perkara berikut : Sekiranya telinga haiwan sembelihan korban terbelah atau bertindik maka ia sah dijadikan haiwan korban kerana tidak hilang sebahagian anggota yang dimakan dan aib kecacatanya sedikit. Sah haiwan korban jika kadar tebukan lubang pada telinga kurang dari satu pertiga saiz telinga. Manakala makruh jika melebihi satu pertiga hingga separuh. Tidak sah korban sekiranya melebih dari separuh. Tidak memotong telinga haiwan sembelihan walaupun sedikit, kerana hilang sebahagian daging haiwan korban. Oleh itu, tebukan telinga haiwan lembu itu bagi tujuan penandaan nombor tidak menjejaskan implikasinya terhadap syarat sah haiwan sembelihan korban. Bahkan tujuan tersebut atas alasan munasabah dan maslahah umum bagi mengawal penyakit haiwan daripada merebak selain untuk memudahkan mengenalpasti lembu yang di vaksin. Walau bagaimanapun, dicadangkan kepada pihak yang berkenaan agar menggunakan apa-apa kaedah yang boleh meminimumkan lubang tebukan dengan tindikan yang paling kecil dan halus seperti tindikan jarum anting -anting yang halus sekadar ia mampu berfungsi sebagai penandaan. RUJUKAN : [1] Al-Nawawi, Yahya Ibn Syaraf, t.t, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, Dar al-Ihya al-Turath al-‘Arabiy, Beirut, jld. 13, hlmn. 120 وَأَجْمَعُوا عَلَى اسْتِحْبَابِ اسْتِحْسَانِهَا وَاخْتِيَارِ أَكْمَلِهَا وَأَجْمَعُوا عَلَى أَنَّ الْعُيُوبَ الْأَرْبَعَةَ الْمَذْكُورَةَ فِي حَدِيثِ الْبَرَاءِ وهو المرض والعجف والعور والعرج [2]Al-Nawawi, Yahya Ibn Syaraf, 2005, Minhaj al-Talibin wa ‘Umdah al-Muftin, Dar al-Fikr, Beirut, jld. 1, p:320 وشرطها سلامة من عيب ينقص لحما فلا تجزىء عجفاء ومجنونة ومقطوعة بعض إذن وذات عرج وعور ومرض وجرب بين ولا يضر يسيرها ولا فقد قرون وكذا شق الإذن وخرقها في الأصح. قلت: الصحيح المنصوص يضر يسير الجرب والله أعلم [3] دار الإفتاء - من أحكام الأضحية (aliftaa.jo) الشاة مقطوعة الأذن لا يصح التضحية بها لنقصها، أما مثقوبة ومشقوقة الأذن فيصح التضحية بها لعدم حصول النقص. [4] أهم 55 سؤالاً وإجابة شرعية عن "الأضحية".. المصريون سألوا دار الإفتاء عن كيفية تقسيم الذبيحة وآخر وقت للذبح.. وهل تجزئ الأضحية عن العقيقة.. وهل يجوز إنابة غير المسلم فى الذبح؟.. وما حكم صك الأضاحِى؟ - اليوم السابع (youm7.com) الأنعام التى تجزئ فى الأُضْحِيَّة وبها عيب ليس بفاحش هىكالآتى: الشرقاء وهى مشقوقة الأذن، وإن زاد الشق على الثلث، الخرقاء وهى مثقوبة الأذن. [5] https://www.emaratalyoum.com/local-section/other/2010-11-01-1.311509«لجنة الفتوى» تجيز ثقب أذن الأضحية (emaratalyoum.com) ونصت الفتوى على أن «وسم الأضحية (ثقب الأذن) لأجل التعريف أو الترقيم جائز شرعاً، وما كان خفيفاً ولا يزيد على قطع ثلث الأذن لا يكره ولا يمنع جواز الأضحية، وما كان فوق الثلث إلى النصف يجيز مع الكراهة، وما زاد على النصف لا يجيز». |
26 | SOALAN 37 (26/06/2015 BERSAMAAN 09 RAMADAN 1436H) Apakah hukum menggunakan oksigen buatan untuk terbang ke angkasa? JAWAPAN Menggunakan oksigen buatan bagi yang terbang ke angkasa, tidaklah membatalkan puasa, seperti fatwa Syeikh al-Syarbasi. Saya cenderung kepada pendapat ini kerana oksigen lebih berbentuk udara dan ia amat perlu ketika lapisan udara tiada atau menipis. |
27 | Soalan Assalamualaikum wrth, apakah yang dimaksudkan dengan hadis Nabi SAW melarang untuk sikat rambut? Ringkasan Jawapan Larangan menyikat rambut dalam hadis “Rasulullah SAW melarang daripada menyikat rambut melainkan sekali sekala” ini bukanlah larangan yang bersifat mutlak. Tetapi yang dimaksudkan oleh Nabi SAW ialah jangan terlalu sibuk menghias rambut mahupun diri sehingga mengabaikan perkara-perkara lain yang lebih utama. Sedangkan, pada zaman tersebut perbuatan menyibukkan diri dengan menyikat rambut ini adalah salah satu daripada lambang kemewahan serta mereka yang terlalu cintakan dunia. Selain itu, ulama syafi’iyyah seperti Imam Syihab al-Din al-Ramli menyatakan hadis ini menunjukkan hukum mendandan rambut adalah sunat mengikut keperluan sahaja, bukannya kerap. Oleh itu dalam hadis yang lain Nabi SAW pernah menyuruh sahabatnya Abu Qatadah RA menyikat dan merapikan rambutnya yang panjang. Huraian Jawapan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Akhirat. Hadis yang dimaksudkan ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Hasan al-Basri daripada ‘Abdullah bin Mughaffal yang menyebutkan bahawa: نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ التَّرَجُّلِ إِلَّا غِبًّا Maksudnya: Rasulullah SAW melarang daripada menyikat rambut melainkan sekali sekala.[1] Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi Imam al-Tarmizi menghukumkan hadis ini sebagai hasan sahih.[2] Dalam mentafsirkan perkataan “غِبًّا” ini para ulama berbeza pandangan, antaranya Imam al-Hasan al-Basri menyebutkan bahawa memadai sikat rambut hanya seminggu sekali.[3] Manakala Imam Ahmad bin Hanbal menyebutkan bahawa sikat rambut dengan kadar selang sehari.[4] Ulama mazhab al-Syafiʻi seperti Imam al-Baijuri menyebutkan bahawa perkataan “غِبًّا” dalam hadis tersebut membawa maksud larangan untuk sentiasa menyikat dan mendandan rambut kerana sikap terlampau berlebihan mengurus rambut termasuk dalam perkara-perkara berhias dan bermewah-mewah sedangkan perbuatan tersebut merupakan perbuatan kaum wanita.[5] Selain itu, ulama syafi’iyyah menyatakan hadis ini menunjukkan hukum mendandan rambut adalah sunat mengikut keperluan sahaja, bukan dengan maksud kerap. Hal ini didasarkan kepada pandangan yang dikemukakan oleh Imam Syihab al-Din al-Ramli dalam Syarh Matn al-Zubad: يسن أن يدهن غِبّاً أي وقتاً بعد وقت بحسب الحاجة Maksudnya: Disunatkan untuk mendandan rambut secara sekali sekala iaitu mengikut kepada keperluan.[6] Sebenarnya, larangan ini bukanlah bersifat mutlak kerana Imam al-Syaukani menyebutkan bahawa: وَالْحَدِيثُ يَدُلُّ عَلَى كَرَاهَةِ الِاشْتِغَالِ بِالتَّرْجِيلِ فِي كُلِّ يَوْمٍ لِأَنَّهُ نَوْعٌ مِنَ التَّرَفُّهِ Maksudnya: “Hadis ini menunjukkan larangan terlalu sibuk menyikat rambut pada setiap hari kerana ia merupakan salah satu lambang kemewahan.”[7] Selain itu, dinukilkan bahawa Imam al-Munawi menyebut Nabi SAW melarang daripada menyikat rambut tersebut adalah kerana perbuatan itu merupakan amalan selain masyarakat Arab bahkan amalan mereka yang cintakan dunia.[8] Kemudian, terdapat riwayat yang lain Nabi SAW meminta Abu Qatadah RA untuk menyikat rambutnya pada setiap hari kerana beliau mempunyai rambut yang panjang. Abu Qatadah RA meriwayatkan bahawa: كَانَتْ لَهُ جُمَّةٌ ضَخْمَةٌ، فَسَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «فَأَمَرَهُ أَنْ يُحْسِنَ إِلَيْهَا، وَأَنْ يَتَرَجَّلَ كُلَّ يَوْمٍ» Maksudnya: Dia mempunyai rambut yang tebal dan panjang, lalu dia bertanya kepada Nabi SAW. Maka Nabi SAW menyuruhnya untuk memperelokkan rambutnya dengan menyikatnya pada setiap hari.[9] Riwayat al-Nasa’i Selain itu, dalam al-Syama’il al-Muhammadiyyah juga mempunyai bab khusus berkenaan menyikat rambut.[10] Dalam bab tersebut Imam al-Tarmizi menghimpunkan hadis-hadis berkenaan Nabi SAW menyikat dan merapikan rambut Baginda SAW. Kesimpulan Larangan menyikat rambut dalam hadis tersebut bukanlah larangan yang bersifat mutlak. Tetapi yang dimaksudkan oleh Nabi SAW ialah jangan terlalu sibuk menghias rambut mahupun diri sehingga mengabaikan perkara-perkara lain yang lebih utama. Sedangkan, pada zaman tersebut perbuatan menyibukkan diri dengan menyikat rambut ini adalah salah satu daripada lambang kemewahan serta mereka yang terlalu cintakan dunia. Selain itu, ulama syafi’iyyah seperti Imam Syihab al-Din al-Ramli menyatakan hadis ini menunjukkan hukum mendandan rambut adalah sunat mengikut keperluan sahaja, bukannya kerap. Oleh itu dalam hadis yang lain Nabi SAW pernah menyuruh sahabatnya Abu Qatadah RA menyikat dan merapikan rambutnya yang panjang. Wallahuaʻlam. Rujukan: [1] Abu Daud Sulaiman bin al-Asyʻath, Sunan Abi Daud, ed. Muhammad Muhyi al-Din ‘Abd al-Hamid (Beirut: al-Maktabah al-‘Asriyyah, t.t.), no. hadis 4159, jld. 4: hlm. 75. Rujuk juga Muhammad bin ‘Isa bin Saurah al-Tarmizi, Sunan al-Tarmizi, ed. Ibrahim Atauwah ‘Awad (Mesir: Matbaʻah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1975), no. hadis 1756, jld. 4: hlm. 234. [2] Muhammad bin ‘Isa bin Saurah al-Tarmizi, Sunan al-Tarmizi, ed. Ibrahim Atauwah ‘Awad, jld. 4: hlm. 234. [3] Muhammad Asyraf al-‘Azim Abadi, ‘Aun al-Maʻbud Syarh Sunan Abi Daud (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1415), jld. 11: hlm. 144. وَقَالَ الْحَسَنُ أَيْ فِي كُلِّ أُسْبُوعٍ مَرَّةً انْتَهَى [4] Ibid. وَفَسَّرَهُ الْإِمَامُ أَحْمَدُ بِأَنْ يُسَرِّحَهُ يَوْمًا وَيَدَعَهُ يَوْمًا وَتَبِعَهُ غَيْرُهُ [5] Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri, al-Mawahib al-Laduniyyah ‘ala al-Syama’il al-Muhammadiyyah, ed. ‘Imad Zaki al-Barudi (Kaherah: Dar al-Mustafa li al-Tibaʻah, 2015), hlm. 107. فالمراد: أنه صلى الله عليه وسلم نهى عن دوام تسريح الشعر وتدهينه، لأن مواظبته تشعر بشدة الإمعان في الزينة والترفه، ذلك شأن النساء. [6] Syihab al-Din al-Ramli, Fath al-Rahman bi Syarh Zubad Ibn Ruslan, ed. Sayyid bin Syaltut (Beirut: Dar al-Minhaj, 2009), hlm. 154. [7] Muhammad bin ‘Ali al-Syaukani, Nail al-Autar, ed. ‘Isam al-Din al-Sababiti (Mesir: Dar al-Hadith, 1993), jld. 1: hlm. 158. Rujuk juga ‘Abd al-Rahman al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jamiʻ al-Tarmizi (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.), jld. 5: hlm. 364. [8] Al-Munawi, Faid al-Qadir Syarh al-Jamiʻ al-Saghir (Mesir: al-Maktabah al-Tijariyah, 1356), jld. 6: hlm. 311. Rujuk juga Muhammad Asyraf al-‘Azim Abadi, ‘Aun al-Maʻbud Syarh Sunan Abi Daud, jld. 11: hlm. 144. نَهَى عَنِ التَّرَجُّلِ أَيِ التَّمَشُّطِ أَيْ تَسْرِيحِ الشَّعْرِ فَيُكْرَهُ لِأَنَّهُ مِنْ زِيِّ الْعَجَمِ وَأَهْلِ الدُّنْيَا [9] Ahmad Syuʻaib al-Arna’ut, Sunan al-Nasa’i, ed. ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah (Halab: Maktab al-Matbuʻat al-Islamiyyah, 1986), no. hadis 5237, jld. 8: hlm. 184. [10] Muhammad bin ‘Isa bin Saurah al-Tarmizi, al-Syama’il al-Muhammadiyyah, ed. ‘Imad Zaki al-Barudi (Kaherah: Dar al-Mustafa li al-Tibaʻah, 2015), hlm. 102-108. |
29 | Soalan Assalamualaikum wbt. Mohon penjelasan mufti berkenaan isu baru-baru ini, ada yang mempersoalkan kenapa kata ganti nama Tuhan dalam tafsir dirujuk sebagai ‘He’ dan bukannya ‘She’. Adakah Tuhan digantikan dengan ‘He’ menggambarkan patriarki yang dibawa sejak zaman dahulu kerana menggambarkan sifat maskuliniti lelaki yang lebih kuat atau macam mana? Terima kasih ya. Ringkasan Jawapan Waalaikumussalam wbt. Perbahasan sama ada Allah SWT harus digantikan dengan kata ganti nama ‘He’ atau ‘She’ yang bersifatkan antropomorfisme[1] adalah satu kerancuan di dalam agama Islam. Allah SWT tidak memiliki apa-apa jantina sama ada lelaki mahupun perempuan, apatah lagi mahu digambarkan sebagai gender bias kepada mana-mana pihak. Lafaz ‘He’ digunakan bagi Allah SWT di dalam terjemahan al-Quran kerana mengikuti lafaz ‘هو’ di dalam bahasa arab. Walaupun begitu, lafaz ‘هو’ tidak membawa maksud bahawa Allah SWT bersifat seperti lelaki bahkan ia sebenarnya merupakan keistimewaan bahasa arab yang menggunakan kata ganti nama maskulin untuk perkara yang tidak boleh ditentukan jantinanya atau neuter. Huraian Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat, serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga hari akhirat. Sesungguhnya Allah SWT tidak mempunyai jantina sama ada lelaki mahupun perempuan. Jantina ini hanya tertakluk kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT, dan tiada sesuatu apa pun yang sama dengan Allah SWT seperti di dalam firmannya: فَاطِرُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا وَمِنَ ٱلْأَنْعَٰمِ أَزْوَٰجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ Maksudnya: “Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat” Surah al-Syura (11) Syeikh Wahbah al-Zuhaili dalam tafsirnya mengatakan bahawa ciptaan-ciptaan di atas dunia telah menjadi bukti akan kekuasaan Allah SWT yang menciptakan daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Dan Allah SWT menjadikan makhluknya berpasang-pasangan lelaki dan perempuan sama ada manusia ataupun haiwan ternakan, namun tiada apa jua sifat-sifat dan zat-zat ini menyerupai Allah SWT. Tiada yang serupa denganNya dari segi Zat, Sifat, Kekuasaan, dan Kemuliaan.[2] [Lihat Tafsir al-Munir: 13/39] Keunikan bahasa arab (اللغة العربية) Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab dan di dalamnya, nama Allah SWT digantikan dengan kata ganti nama ‘هو’ (yang merujuk kepada sifat maskulin) dan bukannya ‘هي’(merujuk kepada sifat feminin). Mengapa begitu? Setiap bahasa di dalam dunia mempunyai perbezaan tatabahasa untuk merujuk sama ada sesuatu itu maskulin atau feminin. Menurut pengkaji Hamza Karamali, bahasa pada zaman moden membahagikan antara jantina semulajadi (natural gender) dan jantina tatabahasa (grammatical gender). Jantina semulajadi (natural gender) ditentukan melalui fisiologi; alat seksual seorang manusia atau sesuatu haiwan, sama ada lelaki/jantan atau perempuan/betina, manakala jantina tatabahasa (grammatical gender) ditentukan oleh penggunaan bahasa itu sendiri. [3] Menurut ulama nahu yang terkenal Sibawayh yang mengatakan mengenai bahasa arab, perkataan tatabahasa maskulin kebiasaannya didahulukan berbanding tatabahasa feminin, kerana ianya lebih asal dan lebih kukuh penggunaannya (di dalam bahasa tersebut). Dan perkataan tatabahasa feminin pula memang akan bercambah daripada tatabahasa maskulin. Contohnya seperti perkataan ‘الشيء’ yang bermaksud ‘segala benda’, boleh dimaksudkan dengan apa jua benda kehidupan tidak kira sama ada lelaki/jantan atau perempuan/betina, namun tatabahasanya adalah kata ganti nama (noun) maskulin.[4] [Lihat Kitab li Sibawayh: 1/22] Mahmud al-Sa’rani pula mengatakan tatabahasa maskulin di dalam bahasa arab bukan semata-mata membezakan kata ganti nama lelaki dan perempuan, tetapi ia sebenarnya boleh memberi pengkelasan kepada semua jenis kata ganti nama maskulin, feminin, mahupun yang neuter.[5] Ini menunjukkan bahawa apa sahaja yang bersifat neutral dan tidak mempunyai jantina akan menggunakan kata ganti nama (noun) maskulin. [Lihat Ilmu Lughah al-Muqaddimah lil Qari al-Arabiy: 2/193] Muhammad Soleh al-Munajjid pula mengatakan di dalam kitabnya bahawa kebanyakan bahasa sememangnya membahagikan sesuatu itu sama ada kategori maskulin atau feminin– walaupun sesuatu itu sukar untuk diterangkan. Ini adalah keistimewaan dalam setiap bahasa yang wujud di atas dunia kini. Namun konsep sebegini tidak terpakai kepada bahasa arab kerana jika sesuatu itu sukar untuk ditentukan jantinanya, atau tidak boleh langsung ditentukan jantinanya, maka ahli bahasa arab lebih mengutamakan untuk menggunakan perkataan sifat maskulin kerana ia lebih kuat dan terbitan dari kata asal. Tidak perlu untuk menambah apa-apa huruf tambahan yang mana selalunya perkataan sifat feminin dinisbahkan sedemikian.[6] [Lihat Mauqi’ al-Islam Sual wa jawab: 1/728] Kesimpulan Justeru, Allah SWT tidak mempunyai apa-apa jantina sama ada lelaki mahupun perempuan. Allah SWT dirujuk dengan kata ganti nama maskulin di alam bahasa arab kerana ia sememangnya sifat asal dan penggunaan bahasa tersebut. Manakala terjemahan al-Quran di dalam bahasa inggeris menggunakan kata ganti nama ‘He’ kerana mengikuti lafaz arab yang pada asalnya ‘هو’. Walaupun begitu, ini tidak bermakna Allah SWT mempunyai jantina lelaki atau bersifat maskulin kerana Zat Allah SWT maha suci daripada disamakan dengan makhluk ciptaanNya. Pemikiran antropomorfisme sebegini yang mahukan Allah SWT berpihak kepada jantina ‘He’ atau ‘She’ hendaklah dijauhkan dari pemikiran dan akal yang waras. Rujukan: Wahbah al-Zuhaili. Tafsir al-Munir. 2003. Darul Fikri Damsyiq. Sibawayh. Kitab li Sibawayh. 1988. Maktabah al-Khaniji Kaherah. Jil. 1 hlm. 22 Mahmud al-Sa’rani. Kitab Ilmu Lughah Muqaddimah lil Qari al-Arabiy. 1997. Darul Fikri Arabi Kaherah. Cetakan 2, Hlm. 193. Muhammad Soleh al-Munajjid. Kitab Mauqi’ al-Islam Sual wa Jawab (e-kitab). 2009. Jil. 1, Hlm. 728 [1] Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, antropomorfisme bermaksud kepercayaan bahawa Tuhan bersifat sama seperti manusia dari segi rupa bentuk, perasaan atau kelakuan. [2] استدلّ الله تعالى على قدرته الفائقة بأنه خالق السماوات والأرض من العدم, وخالق الزوجين الذكر والأنثى من الناس والأنعام, وأنه ليس مثله شيء في ذاته وصفاته من عظمته وكبريائه وقدرته وملكوته [3] Hamza Karamali, ‘Why Do We Refer to God Using the Masculine Pronoun’, Basira Education, https://www.basiraeducation.org/blog/why-do-we-refer-to-god-using-the-masculine-pronoun [4] واعلم أن المذكَّر أخفّ عليهم من المؤنّث لأنّ المذكر أوّل، وهو أشدُّ تمكنا، وإنّما يخرج التأنيثُ من التذكير. ألا ترى أنّ " الشيء " يقع على كلَّ ما أخبر عنه من قبل أن يُعْلَم أذكرٌ هو أو أُنثى، والشيء ذكر [5] إن معنى "المذكر" في اللغة التي تقسم الاسم إلى مذكر ومؤنث ليس غير، غير معنى المذكر في اللغة التي تقسم الاسم إلى "مذكر" و"مؤنث" و"محايد" [6] وإذا عرفنا أن تقسيم الأشياء إلى مذكر ومؤنث ـ حتى ما لا يوصف في واقع الأمر بذلك ـ هو من خصائص معظم اللغات، خاصة الحية منها الآن؛ وليس من خصائص اللغة العربية وحدها، فلتعلمي أن الشيء ـ أي شيء ـ إذا دار بين أن يوصف في اللغة بالمذكر أو المؤنث، ولم يكن مما يوصف في حقيقة أمره بذلك، فإن اللغة ترجح الإخبار عنه بوصفه مذكرا؛ لأنه أخف عندهم، ولأنه الأصل، فلا يحتاج إلى علامة، ويتفرع عنه المؤنث، بالعلامة الدالة عليه |
30 | Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya,adakah simbol tangan seperti ini semuanya berkaitan dengan bible?. Bolehkah menggambarkan tangan Tuhan seperti itu? Jawapan ringkas : Menggambarkan tangan Tuhan adalah satu perbuatan yang dipanggil tajsim iaitu menggambarkan Tuhan sama seperti manusia yang mana perbuatan tersebut adalah perbuatan yang diharamkan bahkan boleh merosakkan akidah. Mustahil Allah serupat dengan makhluk-Nya.Semoga Allah memelihara kita semua daripada perkara yang boleh merosakkan akidah. Huraian jawapan : Satu perkara yang perlu diketahui apabila membicarakan tentang sifat Allah, adalah Allah sama sekali tidak serupa dengan makhluk-Nya.Iktikad yang betul adalah mentahzihkan (mensucikan) Allah dari sebarang bentuk penyerupaan. Oleh kerana itu,di antara sifat wajib bagi Allah SWT adalah Mukhalafutuhu Lil Hawadith yang memberi maksud bahawa Allah SWT berlawanan dengan yang baharu dan tidak serupa dengan makhluk-Nya. Mustahil Allah SWT bersifat serupa dengan makhluk yang diciptakan oleh-Nya. Ini berdasarkan firman Allah SWT: لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ Maksudnya : “…Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)…”[1] Sheikh Mustafa Al-Maraghi ketika menafsirkan ayat ini beliau menyebut : أي ليس كخالق الأزواج شىء يزاوجه ، لأنه الفرد الصمد ، وقد يكون المعنى ليس مثله شىء فى شئونه التي يدبرها بمقتضى قدرته الشاملة ، وعلمه الواسع ، وحكمته الكاملة “(Maksud ayat tersebut) Iaitu tiada yang seperti Pencipta pasangan-pasangan dengan sesuatu yang sepadan dengannya. Kerana Dia adalah Maha Esa dan menjadi tumpuan makhluk untuk memohon sebarang hajat. Boleh jadi makna ayat tersebut adalah tiada apa-apa pun yang sama dengan-Nya dalam pentadbiran-Nya yang mana Kudrat-Nya adalah Maha Sempurna. Ilmu-Nya Maha Luas dan kebijaksanan-Nya adalah Maha Lengkap.”[2] Para ulama apabila memberikan takrif mukhalafutu Lil Hawadith, mereka mengatakan : عبارة عن نفي المماثلة في الذات والصفات والأفعال “Satu ibarat berkaitan (adanya) penafian penyerupaan (dengan makhluk-Nya) pada zat, sifat-sifat dan perbuatan.” Sheikh Muhammad Bin Umar Al-Tilmisani menukilkan maksud mukhalafatuhu Lil Hawadith daripada kitab Umm Al-Barahin : نفي المثل له تعالى في الذات والصفات والأفعال “ Penafian adanya penyerupaan bagi Allah Ta’ala pada zat, sifat dan af’al (perbuatan).”[3] Menyamakan Allah dengan makhluk dengan melukis tangan dan sebagainya lalu menyebut ia adalah hand of god atau tangan Tuhan adalah satu perbuatan yang menjurus kepada kekufuran. Ini dijelaskan oleh Sheikh Abdurrahman Habannakah bahawa iktikad yang kufur adalah melukis atau menterjemahkan sifat atau zat Allah dalam bentuk jasad yang mempunyai keserupaan dengan makhluk.[4] Justeru itu, haram hukumnya menyamakan Allah SWT dengan makhluk apatahlagi menggambarkannya dalam bentuk lukisan yang merupakan satu bentuk tasybih (penyerupaan) dan merupakan satu perbuatan yang kufur bahkan boleh merosakkan akidah. NOTA HUJUNG: [1] Surah Al-Syura : 11 [2] Al-Maraghi, Muhammad Mustafa, Tafsir Al-Maraghi j.25 h.15 [3] Abu Abdullah Al-Millali Al-Tilmisani, Muhammad Bin Umar Bin Ibrahim, Syarh Umm Al-Barahim h.58 [4] Al-Midani, Abdurrahman Bin Hasan Habannakah, Al-‘Akidah Al-Islamiyyah Wa Ususuha, h.618 |
32 | Soalan : Assalamualaikum Ustaz. Semoga ustaz sihat sentiasa dan dijauhkan dari wabak yang sedang melanda sekarang ini. Saya ada satu persoalan berhubung dengan sirah Nabi kita, Muhammad SAW. Selepas Nabi SAW dapat wahyu di Gua Hira’, Nabi terus balik ke rumah. Dan Nabi SAW sebut kepada Saidatina Khadijah زمّلوني . Saya tidaklah pandai sangat, cuma yang saya tahu perkataan yang Nabi sebut itu dalam bentuk jamak. Persoalan saya kalau Nabi sebut kepada Khadijah kenapa Nabi sebut زملوني dalam bentuk jamak bukan زمليني dalam bentuk mufrad.. Adakah ketika itu terdapat orang lain selain Khadijah? Jawapan : Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Pertama sekali tahniah diucapkan di atas keprihatinan saudari terhadap bahasa arab sehingga boleh membezakan kalimah jamak dan mufrad. Sebelum menjawab persoalan yang dikemukakan, kami ingin menjelaskan riwayat yang menyebutkan tentang Nabi SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira’ kemudian setelah itu pulang ke rumah untuk menceritakan apa yang berlaku kepada Khadijah merupakan riwayat yang mutawatir dan tidak boleh disangkal lagi. Kisah ini diceritakan oleh Aisyah R.A. Beliau berkata : أَوَّلُ مَا بُدِئَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الْوَحْيِ الرُّؤْيَا الصَّادِقَةُ فِي النَّوْمِ فَكَانَ لَا يَرَى رُؤْيَا إِلَّا جَاءَتْ مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ فَكَانَ يَأْتِي حِرَاءً فَيَتَحَنَّثُ فِيهِ وَهُوَ التَّعَبُّدُ اللَّيَالِيَ ذَوَاتِ الْعَدَدِ وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيجَةَ فَتُزَوِّدُهُ لِمِثْلِهَا حَتَّى فَجِئَهُ الْحَقُّ وَهُوَ فِي غَارِ حِرَاءٍ فَجَاءَهُ الْمَلَكُ فِيهِ فَقَالَ اقْرَأْ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الْجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِي فَقَالَ اقْرَأْ فَقُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الْجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِي فَقَالَ اقْرَأْ فَقُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّالِثَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الْجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِي فَقَالَ { اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ } حَتَّى بَلَغَ { عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ } فَرَجَعَ بِهَا تَرْجُفُ بَوَادِرُهُ حَتَّى دَخَلَ عَلَى خَدِيجَةَ فَقَالَ زَمِّلُونِي زَمِّلُونِي فَزَمَّلُوهُ حَتَّى ذَهَبَ عَنْهُ الرَّوْعُ فَقَالَ يَا خَدِيجَةُ مَا لِي وَأَخْبَرَهَا الْخَبَرَ وَقَالَ قَدْ خَشِيتُ عَلَى نَفْسِي فَقَالَتْ لَهُ كَلَّا أَبْشِرْ فَوَاللَّهِ لَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ وَتَصْدُقُ الْحَدِيثَ وَتَحْمِلُ الْكَلَّ وَتَقْرِي الضَّيْفَ وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ ثُمَّ انْطَلَقَتْ بِهِ خَدِيجَةُ حَتَّى أَتَتْ بِهِ وَرَقَةَ بْنَ نَوْفَلِ بْنِ أَسَدِ بْنِ عَبْدِ الْعُزَّى بْنِ قُصَيٍّ وَهُوَ ابْنُ عَمِّ خَدِيجَةَ أَخُو أَبِيهَا وَكَانَ امْرَأً تَنَصَّرَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ يَكْتُبُ الْكِتَابَ الْعَرَبِيَّ فَيَكْتُبُ بِالْعَرَبِيَّةِ مِنْ الْإِنْجِيلِ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكْتُبَ وَكَانَ شَيْخًا كَبِيرًا قَدْ عَمِيَ فَقَالَتْ لَهُ خَدِيجَةُ أَيْ ابْنَ عَمِّ اسْمَعْ مِنْ ابْنِ أَخِيكَ فَقَالَ وَرَقَةُ ابْنَ أَخِي مَاذَا تَرَى فَأَخْبَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا رَأَى فَقَالَ وَرَقَةُ هَذَا النَّامُوسُ الَّذِي أُنْزِلَ عَلَى مُوسَى يَا لَيْتَنِي فِيهَا جَذَعًا أَكُونُ حَيًّا حِينَ يُخْرِجُكَ قَوْمُكَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَمُخْرِجِيَّ هُمْ فَقَالَ وَرَقَةُ نَعَمْ لَمْ يَأْتِ رَجُلٌ قَطُّ بِمِثْلِ مَا جِئْتَ بِهِ إِلَّا عُودِيَ وَإِنْ يُدْرِكْنِي يَوْمُكَ أَنْصُرْكَ نَصْرًا مُؤَزَّرًا ثُمَّ لَمْ يَنْشَبْ وَرَقَةُ أَنْ تُوُفِّيَ Maksudnya : “Wahyu yang pertama yang turun kepada Rasulullah SAW adalah mimpi yang benar yang diperlihatkan di dalam tidur. Baginda melihat seperti adanya Cahaya waktu subuh. Baginda pernah datang ke gua Hira’ lalu Baginda bersendiri iaitu untuk beribadah beberapa malam. Baginda juga mempersiapkan bekalan untuk perkara tersebut. Kemudian Baginda SAW pulang menemui Khadijah dan mempersiapkan bekal untuk Baginda sehinggalah datang kepada Baginda perkara yang tidak disangka-sangka oleh Baginda di Gua Hira’. Malaikat datang kepada Baginda lalu berkata : Bacalah. Maka Nabi SAW berkata kepada malaikat : Aku tidak boleh membaca. Lantas dia memegang dan memeluk aku sehingga kau merasa sesak. Lalu dia melepaskan. Nabi SAW berkata : Aku tidak boleh membaca. Lantas dia memegang dan memeluk aku erat kali yang kedua sehingga aku merasa sesak. Lalu dia berkata : Bacalah. Nabi SAW berkata : Aku tidak boleh membaca. Lalu dia memegang dan memeluk aku erat buat kali yang ketiga kemudian dia melepaskan aku. Maka Nabi SAW membaca اقرأ باسم ربك الذي خلق sehinggalah sampai kepada ayat علم الإنسان ما لم يعلم. Lantas selepas daripada itu, Baginda pulang dalam keadaan resah yang teramat sehingga Baginda masuk menemui Khadijah. Lalu Baginda berkata kepada Khadijah : Selimutkan aku, selimutkan aku sehingga hilang keresahan Baginda. Lalu Baginda SAW berkata kepada Khadijah : Wahai Khadijah, apa sudah terjadi kepadaku. Lantas Baginda menceritakan apa yang berlaku. Baginda berkata : Aku takut akan diriku (kalau-kalau terjadi apa-apa). Maka Khadijah berkata kepada Baginda : Jangan begitu, Allah sesekali tidak akan mengecewakan kamu. Sesungguhnya kamu meyambungkan hubungan kekeluargaan, bercakap yang benar, membantu anak yatim, memuliakan tetamu dan membantu orang yang benar. Kemudian Khadijah pergi bersama Baginda untuk bertemu dengan Waraqah Bin Naufal Bin Asad Bin Abdul Uzza Bin Qusai Bin Kilab. Beliau ialah saudara lelaku kepada ayahnya. Beliau memeluk agama Nasrani ketika Jahiliyyah, menulis dalam bahasa arab dan juga menulis Injil. Beliau juga sudah mencapai umur yang sangat tua dan juga buta. Maka Khadijah berkata kepada beliau : Wahai pak cik dengarlah apa yang ingin diperkatakan oleh anak saudaramu ini. Maka Waraqah berkata : Wahai anak saudaraku, apakah yang telah kamu lihat. Lantas Nabi SAW menceritakan apa yang telah berlaku. Waraqah berkata : Itu adalah Malaikat Jibril yang telah diturunkan kepada Musa. Andai kata aku masih muda dan hidup ketika mana kaummu menghalau kamu satu hari nanti . Maka Nabi SAW berkata : Adakah mereka akan mengeluarkanku. Waraqah berkata : Ya. Tidak ada seorang pun yang pernah mengalami sepertimana kamu. Jika aku sempat, maka aku akan bantu kamu semaksimum mungkin…” Riwayat Al-Bukhari (3, 6982) Dalam satu riwayat yang lain yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda : ثُمَّ فَتَرَ عَنِّي الْوَحْيُ فَتْرَةً فَبَيْنَا أَنَا أَمْشِي سَمِعْتُ صَوْتًا مِنْ السَّمَاءِ فَرَفَعْتُ بَصَرِي قِبَلَ السَّمَاءِ فَإِذَا الْمَلَكُ الَّذِي جَاءَنِي بِحِرَاءٍ قَاعِدٌ عَلَى كُرْسِيٍّ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَجُئِثْتُ مِنْهُ حَتَّى هَوَيْتُ إِلَى الْأَرْضِ فَجِئْتُ أَهْلِي فَقُلْتُ زَمِّلُونِي زَمِّلُونِي فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِرْ إِلَى قَوْلِهِ وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ Maksudnya “ Kemudian wahyu terhenti buat sekeita. Ketika aku berjalan, aku mendengar suara daripada langit. Maka aku angkat pandangan ku ke langit, maka aku melihat malaikat yang sama datang kepadaku di gua Hira duduk di atas kursi di antara langit dan bumi. Maka aku terkejut dan ketakutan sehingga aku tertunduk ke tanah. Maka aku terus mendatangi ahli keluargaku. Maka aku berkata : Selimutkan aku, selimutkan aku. Kemudian Allah SWT menurukan ayat : {يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِرْ } sehingga ayat وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ. Riwayat Al-Bukhari (3238) Imam Muslim juga meriwayatkan hadis ini dengan lafaz yang sama dalam hadis bernombor 422 dan juga hadis bernombor 425. Dengan sanad yang sama daripada Urwah Bin Zubair daripada Aisyah dan juga daripada Salamah Bin Abdurrahman daripada Jabir Bin Abdullah. (Rujuk Sahih Muslim , 4/97-98). Ia juga diriwayatkan di dalam beberapa kitab-kitab hadis muktabar yang lain. Di antaranya Al-Nasaie di dalam Al-Sunan Al-Kubra (11631),Imam Ahmad dalam Musnadnya (14483) (15035)(25865), Musnad Al-Tayalisi (1570), Al-Baihaqi di dalam Al-Sunan Al-Kubra (7/51). Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, perkataan زملوني yang maksudnya ‘selimutkan aku’ ditujukan kepada Saidatina Khadijah. Ini kerana di dalam kebanyakan riwayat yang menyebutkan kisah tersebut, hanya Saidatina Khadijah sahaja yang bersama dengan Nabi SAW pada ketika itu. Tidak ada orang lain selain dari beliau. Ini adalah berdasarkan zahir riwayat kisah tersebut. Sheikh Sofa’ Al-Dhawi Al-‘Adawi menyebut bahawa orang yang diminta oleh Nabi untuk menyelimuti Baginda ialah Saidatina Khadijah. Ini menunjukkan kedudukan dan keistimewaan Saidatina Khadijah. (Rujuk Ithaf Al-Qari Bi Ikhtisar Fath Al-Bari, 2/24) Al-Qadhi Iyadh menyatakan bahawa ‘selimutkanlah aku’ ditujukan kepada Khadijah. (Rujuk Kamal Al-Mu’lim Syarh Sohih Muslim, 1/317). Namun satu persoalan yang timbul, adalah mengapa ianya disebutkan di dalam bentuk jamak bukan mufrad. Jika ianya ditujukan kepada Saidatina Khadijah, maka seharusnya ia dinyatakan dalam bentuk mufrad iaitu زمّليني. Ianya disebutkan dalam bentuk jamak sebagai satu bentuk penghormatan kepada Saidatina Khadijah. Ini adalah satu adat kebiasaan di dalam bahasa. Sheikh Zakaria Al-Ansari menyebut bahawa sighah jamak yang ada di dalam perkataan زمّلوني adalah sebagai satu penghormatan kepada Khadijah. (Rujuk Minhah Al-Bari Bi Syarh Sohih Al-Bukhari, 1/14). Ianya bukan bermakna adanya orang lain selain daripada Saidatina Khadijah pada ketika itu akan tetapi sebagai satu bentuk penghormatan dan kemuliaan kepada Saidatina Khadijah R.anha. Sheikh Muhammad Amin Al-Harari Al-Syafi’i menyebut : “Dhomir jamak pada perkataan زملوني adalah satu bentuk memuliakan Khadijah. Ini kerana sudah menjadi satu kebiasaan orang arab pada ketika itu bercakap dengan isterinya menggunakan sighah jamak.” (Rujuk Al-Kaukab Al-Wahhaj Wa Raudh Al-Bahhaj Fi Syarh Sohih Muslim Bin Hajjaj, 2/137). Kesimpulannya, perkataan زمّلوني yang disebutkan oleh Nabi SAW ditujukan kepada Saidatina Khadijah. Ini berdasarkan kepada zahir riwayat yang menyebutkan kisah tersebut yang mana pada ketika hanya ada beliau seorang bersama Nabi SAW. Tidak ada orang lain. Di samping itu, ia disebutkan di dalam bentuk jamak adalah sebagai satu penghormatan dan kemuliaan kepada Saidatina Khadijah R.anha. Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita semua. Wallahu’alam. |
33 | Soalan: Apakah hukum bagi Muslim menyertai Pesta Pongal? Jawapan: Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Latarbelakang Pesta Pongal Pesta Pongal adalah festival yang diraikan di seluruh India dengan nama yang pelbagai mengikut tempat, sebagai menghormati Dewa Matahari iaitu Surya. Antara nama-nama lain bagi Pesta Pongal adalah: Pongal (Tamil Nadu) Maghi (Lahore) Bihu / Bohaggiyo Bhishu (Assam) Sankrat (Rajasthan) Makara Sankranti (Maharashtra) Uttarayan (Gujarat) Magha Saaji (Shimla) Poush Sankranti (Bengal Barat) Surya adalah Dewa Matahari dalam kepercayaan agama Hindu dan penjaga bagi sudut selatan dan barat. Bapanya adalah Dewa Langit iaitu Dyaus. Terdapat satu mitos menyebut bahawa dia dijadikan daripada mata Purusha iaitu makhluk kosmos. Rambutnya dan kedua-dua lengannya berwarna emas. Dewa Surya menaiki kereta kuda yang dikenderai oleh 4 atau 7 ekor kuda. Ditangannya terdapat bunga teratai dan juga cakera. (Lihat The Routledge Dictionary of God, Goddesses, Devils & Demons, m. 178) Secara khususnya, Pongal adalah satu festival yang diraikan oleh masyarakat di Selatan India terutamanya Tamil. Festival Ponggal disambut pada hari pertama bulan Thai (pada 14 Januari setiap tahun) bagi meraikan Dewa Surya yang merupakan sumber tenaga dan penyumbang utama bagi pertanian. Pelbagai cerita dibawakan berkenaan Dewa Surya yang mempunyai kesan terhadap sambutan Pesta Pongal ini. Dewa Surya mempunyai ramai anak, antaranya Dewa Shani yang dinisbahkan dengan Planet Saturn. Semasa Shanti lahir, dikatakan berlaku gerhana matahari. Dewa Shani dan Dewa Surya dikatakan sering berbeza pandangan namun pada hari pertama dalam bulan Thai, Dewa Surya akan menziarahi Dewa Shani. Makanan terutamanya manisan disediakan dengan menggunakan minyak bijan kerana kelikatan dan kepekatannya. Oleh itu, manisan yang diberikan adalah sebagai symbol tautan dan hubungan yang erat walaupun apa jua perbezaan yang ada. Pesta Pongal juga adalah meraikan fasa-fasa awal kitaran pertanian. Ia adalah masa bagi mendoakan musim menanam padi yang produktif dan musim menuai yang baik di masa hadapan. Kebiasaannya, lembu-lembu juga dimandikan pada hari ini begitu juga meraikan aspek-aspek lain berkaitan produktiviti pertanian. (Lihat Religious Celebrations: An Encyclopedia of Holidays, Festivals, Solemn Observances, and Spiritual Commemorations, m. 547) Hukum Meraikan Perayaan Keagamaan Bukan Muslim Para ulama’ sepakat bahawa meraikan perayaan keagamaan bukan Muslim adalah haram. Berikut adalah pandangan-pandangan daripada setiap mazhab: Mazhab Syafie: Menurut Imam al-Damiri ketika mensyarahkan perkataan Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj, dihukum ta'zir bagi sesiapa yang mengikuti orang-orang kafir dalam perayaan-perayaan mereka, siapa yang memegang ular, sesiapa yang memasuki api, sesiapa yang berkata keada seorang kafir zimmi: “Wahai Haji", sesiapa yang mengucap tahniah kepadanya dalam satu perayaan, dan sesiapa yang menamakan penziarah kubur orang-orang soleh (atas tujuan yang syirik) sebagai " Haji". " (Lihat al-Najm al-Wahhaj, 9/244) Hujah yang sama juga dibawakan oleh Imam al-Ramli dalam Hasyiah al-Ramli ‘ala Asna al-Matalib, al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj, 4/255 dan al-Iqna’ fi Halli Alfazh Abi Syuja’, 2/526. Maksud muwafaqah orang-orang kafir adalah “melakukan apa yang mereka lakukan di hari perayaan mereka, dan ini haram.” (Lihat al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, 5/21). Begitu juga penegasan Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj, 9/181; Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Asna al-Mathalib, 4/162 dan Hasyiah Qalyubi wa ‘Umairah, 4/206. Mazhab Hanafi: Menurut Abu Hafs al-Kabir dari mazhab Hanafi, jika seorang lelaki beribadah kepada Allah 50 tahun lamanya, kemudian datangnya Hari Nairuz dan dia menghadiahkan telur kepada sebahagian musyrikin dengan tujuan mengagungkan hari tersebut, maka telah jatuh kafir dan terhapus amalannya. (Lihat Al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanz al-Daqa’iq, 8/555). Mazhab Maliki: Ibn al-Haj al-Maliki secara ringkasnya melarang orang Islam melakukan apa yang orang bukan Islam lakukan di hari perayaan mereka. (Lihat al-Madkhal, 2/46-48). Mazhab Hanbali: Imam al-Buhuti menjelaskan bahawa hukum mengucapkan tahniah kepada bukan Islam sewaktu perayaan mereka adalah diharamkan kerana ia merupakan satu bentuk pengagungan kepada mereka. (Lihat Kasyf al-Qina’, 3/131) Antara Adat dan Agama Dalam Perayaan Pongal Pesta Pongal kini sudah dianggap sebagai tradisi yang merentas agama di sesetengah tempat di dunia, namun kami tidak menafikan wujudnya unsur-unsur keagamaan sebagaimana sambutannya dalam kalangan masyarakat Hindu di Malaysia. Ini sebagaimana yang tertera dalam Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan terbitan Malaysia Hindu Sangam. Maka, secara asasnya Muslim haram untuk menyambutnya. Berkata Imam Ibn Salah (w.643H) Rahimahullah dalam Fatawa-nya (2/473): “Maka sesungguhnya barangsiapa yang menyerupai satu kaum itu maka dia seakan-akan sebahagian daripada mereka. Penyerupaan dengan orang kafir, terkadang menjadi makruh, dan terkadang menjadi haram. Perkara tersebut kembali kepada keketaraan yang ada pada penyerupaan itu, sama ada sedikit atau banyak. Wallahua`lam.” Contoh Penyerupaan Yang Haram Contoh bagi penyerupaan yang haram adalah berakidah dan beribadah dengan cara Nasrani atau Yahudi. Firman Allah SWT: وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾ Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” (Surah al-Baqarah : 120) Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa`di berkata: “Allah Taala memberitahu kepada Rasul-Nya bahawa orang Yahudi dan Nasrani tidak redha kepadanya sehingga dia mengikuti agama mereka, kerana mereka mengajak kepada agama yang mereka anuti dengan anggapan itulah petunjuk.” (Lihat Taisir al-Karim, m. 64) Begitu juga dengan penyerupai kelakuan dan pakaian ahli muzik yang lazim dengan maksiat seperti minum arak. Rujuk Asna’ al-Matalib (4/344) oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari (w.926H) rahimahullah. Contoh Penyerupaan Yang Makruh Manakala jika penyerupaan itu sedikit, atau daripada sudut yang kecil sahaja, penyerupaan itu dihukumkan makruh. Contohnya seperti: Melakukan qaza` (memotong atau bercukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain). (Lihat al-Minhaj Syarh Muslim, 10/101). Melumurkan kepala bayi selepas bercukur dengan darah aqiqah kerana mengikut adat Jahiliyyah. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/427). Puasa secara tunggal pada hari Jumaat kerana orang Nasrani dan Yahudi mengkhususkan ibadah pada hari Khamis dan Jumaat. (Lihat al-Iqna’, 1/245). Ada pengecualian bagi larangan ini apabila suatu pakaian atau perbuatan itu tidak lagi melambangkan bukan Islam dan fasiq. Kesannya, suatu perlambangan itu boleh berubah menjadi harus. Berkata Imam al-Bujairimi rahimahullah dalam isu membayar kafarah dengan memberikan kain tailasan/tayalisah : “Dan disebabkan pemakaian al-tayalisah pada masa kini bukan lagi menjadi syiar mereka (Nasrani dan Yahudi), bahkan sudah diangkat pada zaman kita dan berubah menjadi salah satu yang termasuk dalam perkara umum yang diharuskan. Betapa perkara ini telah disebut oleh Ibn Abd al-Salam dalam bid’ah-bid’ah yang dibenarkan. Berkata Ibn Hajar: Apabila sudah menjadi simbol bagi suatu kaum (yakni golongan yang baik-baik seperti ulama) maka dengan meninggalkannya pula akan menghilangkan maruah.” (Lihat Tuhfah al-Habib, 4/366) Daripada sudut sejarah, pemakaian tayalisah dalam Bahasa Arab atau tallit dalam Bahasa Ibrani iaitu kain penutup kepala ini, adalah syiar kaum Yahudi. Maka hukum asalnya adalah makruh, seperti kata Syeikh al-Samhudi al-Syafie. Namun apabila kebanyakan mereka sudah meninggalkan pakaian ini sebagai simbol agama, ia berubah menjadi pakaian yang umum sehingga sebahagian ulama menjadikannya sebagai simbol mereka yang boleh mengajar dan berfatwa, dan diijazahkan pemakaiannya. Pakaian jenis ini adalah harus dan tidak termasuk dalam larangan syarak meniru kaum lain. Pada hari ini, contohnya pemakaian baju berkot dan tali leher tidak dianggap sebagai peniruan bersifat agama atau kefasikan. Hukum memakainya adalah harus. Justeru, bagaimana pula dengan hukum Pesta Pongal yang secara realitinya turut disambut oleh masyarakat India beragama Islam yang mempunyai ahli keluarga beragama Hindu? Dalam masa yang sama, sambutannya sudah menjadi perayaan tradisi masyarakat India. Adakah ianya tidak boleh langsung disambut atau ada garis panduan tertentu dalam sambutannya? Perkara yang paling penting adalah, pandangan alam Islam (Islamic weltanschauung) tidak menganggap adat/tradisi dan agama itu dua elemen yang berbeza jika ia melibatkan sistem kepercayaan (belief system) samada falsafah, kecenderungan politik, pemikiran, adat, agama dan lain-lain yang menerima: Zat (essence), sifat (attributes) dan perbuatan (actions) "sesuatu" yang menyamai atau melebihi Allah SWT. Kepercayaan yang mempunyai unsur-unsur yang diambil daripada teks agama-agama lain, selain al-Qur'an dan al-Hadith. Pegangan tertentu yang bercanggah dengan al-Qur'an, al-Sunnah, ijma' (scholarly consesus) dan qiyas (analogical reasoning/deduction). Pun begitu, Islam terbuka dalam menerima apa-apa sahaja pengamalan dalam sistem kepercayaan yang disebutkan, yang tidak bercanggah dengan akidah dan tidak melibatkan amalan ritual. Antaranya seperti amalan kunjung mengunjung, memberi hadiah, ucapan tahniah dan lain-lain aktiviti bermasyarakat yang boleh memupuk keharmonian dan persefahaman antara agama, Dengan meraikan semangat fiqh al-ta’ayush (fiqh co-existence), kami juga memahami keperluan bagi sesetengah golongan masyarakat seperti mereka yang mempunyai ahli keluarga beragama Hindu, pemimpin, jiran tetangga, program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan lain-lain untuk menghadiri dan menyertai perayaan ini. Oleh itu, kami berpandangan bahawa: Sekiranya ada keperluan, pemimpin Muslim boleh hadir dengan syarat tidak terlibat dengan sebarang upacara keagamaan. Dalam konteks Malaysia yang majmuk, pemimpin yang dipilih sewajarnya meraikan kepelbagaian dan perbezaan kaum dan agama yang ada. Sifat toleransi serta bertolak-ansur antara pemimpin dan rakyat ini akan menjadi satu simbol penyatuan yang utuh dalam menghasilkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Namun begitu, batas-batas agama tidak boleh dilangkaui. Satu kaedah fiqh yang masyhur menyebut: تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ Maksudnya: “Polisi pemerintah tertakluk kepada kemaslahatan rakyat” Kaedah di atas menunjukkan kemestian ke atas pemimpin untuk sentiasa memikirkan maslahat-maslahat yang timbul dalam kalangan masyarakat awam yang diwakilinya. Bagi mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan, kejiranan, sambutan di sekolah atau rakan sekerja yang beragama Hindu dan menerima jemputan untuk hadir, dibolehkan untuk hadir dengan syarat seperti tertera di (i) Dibolehkan untuk makan Nasi Susu (Sakkarai Pongal) dengan mengikut syarat sebagaimana yang telah kami nyatakan dalam Al-Kafi #564: Hukum Memakan Makanan Yang Dimasak Oleh Non-Muslim (Bukan Ahli Kitab). Begitu juga dibolehkan bagi umat Islam terlibat dalam acara memasak Nasi Susu yang dianjurkan sekiranya ianya hanya melibatkan keluarga, pertandingan atau sebagainya yang tidak disertai unsur-unsur agama. Kami telah menghuraikan garis panduan bagi umat Islam menghadiri perayaan agama lain dengan panjang lebar dalam Bayan Linnas Siri Ke- 152: Had Berinteraksi Dengan Agama Lain Di Dalam Rumah Ibadat Mereka Di Malaysia. Semoga dengan pencerahan ini menjadikan kita sentiasa berada di landasan yang sebenarnya mengikut neraca syariah. Makanan Tradisi Yang Dihidangkan Semasa Perayaan Keagamaan atau Perayaan Yang Bercampur Antara Tradisi dan Agama Polemik ini telah sampai ke meja kami dan kelihatan perlu untuk diperjelaskan kepada masyarakat awam. Ini kerana, ada yang berpandangan bahawa makanan tradisi seperti Yee Sang dan Nasi Susu tidak boleh dimakan atau sewajarnya perlu dielakkan dek sejarahnya yang berkait rapat dengan agama dan kepercayaan tertentu. Dalam hal ini, kami berpandangan bahawa ada beberapa buah hadith perlu diteliti sebaiknya sebagai pedoman dalam perkara ini. Dalam pengamalan Arab Jahiliah, terdapat perayaan yang dipanggil ‘Atirah (العتيرة). ‘Atirah sebagaimana yang didefinisikan oleh Mulla ‘Ali al-Qari adalah: “Al-‘Atirah dengan fathah pada ‘ain muhmalah merujuk kepada kambing. Mereka menyembelihnya pada 10 hari di awal Rejab. Tujuan sembelihan mereka adalah untuk berhala-berhala mereka. Kemudian darahnya dilumur di atas kepala.” Walaupun amalan ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan tertentu masyarakat Arab Jahiliah, selepas kedatangan Islam ianya adalah sunat yang dianjurkan di sisi mazhab Syafie (Lihat al-Majmu’, 8/445-446). Ini juga adalah pandangan Imam al-Syafie berdasarkan beberapa dalil: Daripada ‘Amru daripada Syu’aib daripada bapanya daripada datuknya bahawasanya Nabi SAW ditanya tentang ‘Atirah maka Baginda bersabda: الْعَتِيرَةُ حَقٌّ Maksudnya: 'Atirah adalah hak." (Riwayat Ahmad, no. 6674; al-Nasa’ie, no. 4225) Daripada Mikhnaf bin Sulaim berkara: Kami wuquf bersama-sama Nabi SAW di Arafah. Aku mendengar Baginda bersabda يَا أَيُّهَا النَّاسُ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّةٌ وَعَتِيرَةٌ . هَلْ تَدْرُونَ مَا الْعَتِيرَةُ ؟ هِيَ الَّتِي تُسَمُّونَهَا الرَّجَبِيَّةَ Maksudnya: "Wahai sekalian manusia, bagi setiap keluarga pada setiap tahun, ada sembelihan. Adakah kamu semua tahu apa itu 'Atirah? Ia juga dinamakan Rajabiyyah." (Riwayat Abu Daud, no. 2788; al-Tirmizi, no. 1518) Daripada al-Harith bin ‘Amru bahawasanya seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, [Apa hukumnya melakukan] al-‘Atair? Baginda bersabda: مَنْ شَاءَ عَتَرَ ، وَمَنْ شَاءَ لَمْ يَعْتِرْ Maksudnya: Barangsiapa yang menginginkan, bolehlah melakukannya. Bagi yang tidak menginginkannya, tidak perlu melakukannya" (Riwayat al-Nasa’ie, no. 4226) Sememangnya terdapat larangan yang jelas dalam hadith Nabi SAW: لا فَرَعَ وَلا عَتِيرَةَ Maksudnya: Tidak ada Fara’ (unta atau kambing yang pertama dilahirkan dan ia disembelih untuk tuhan-tuhan orang jahiliyyah) dan tidak ada ‘Atirah (sembelihan khusus pada awal Rejab) (Riwayat al- Bukhari, no. 5474; Muslim, no. 1976) Imam al-Syafi’e berkata: Atirah adalah Rajabiyyah, iaitu sembelihan yang dilakukan pada jahiliah sebagai bentuk amalan baik di bulan Rejab. Maka ketika Rasulullah berkata ‘Tidak ada Atirah maksudnya adalah tidak ada ‘Atirah yang wajib. Dan sabda Rasulullah SAW: “Sembelihlah olehmu kerana Allah pada waktu apapun” maksudnya sembelihlah jika kamu menginginkannya dan jadikan sembelihan tersebut kerana Allah pada bulan apapun, baik sembelihan itu dilakukan di bulan Rejab atau bulan lainnya. Berhubung dengan hadith (لا فَرَعَ وَلا عَتِيرَةَ), Imam al-Syafie memberikan 3 jawapan: Iannya bermaksud tidak ada Fara’ dan ‘Atirah yang wajib. Penafian dalam hadith adalah penafian niat dan tujuan sembelihan mereka yang dulunya adalah sembelihan untuk berhala-berhala mereka. Apa yang dimaksudkan dengan hadith tersebut adalah, sembelihan Fara’ dan ‘Atirah itu tidak seperti sembelihan biasa dari sudut disunatkan dan ganjaran menumpahkan darah. Namun membahagikan daging (sembelihan Fara’ dan ‘Atirah) kepada golongan miskin adalah kebajikan dan sedekah. Menurut Imam al-Nawawi: “Imam al-Syafie menyatakan di dalam Sunan Harmalah, sekiranya dipermudahkan untuk dibuat sembelihan setiap bulan, ianya baik. Apa yang sahih adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Syafie dan sebagaima dituntut dalam hadith-hadith bahawa kedua-duanya tidak makruh malah disunatkan, inilah mazhab kami.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/446) Berdasarkan penjelasan diatas, dapat difahami bahawa tidak semua adat-adat kepercayaan masyarakat bukan Islam perlu ditolak secara total. Malah, dengan mengikuti kerangka yang ada panduannya daripada Nabi SAW, amalan tersebut boleh diteruskan dengan dibuang unsur-unsur yang berkaitan dengan keagamaan. Menyediakan juadah untuk dimakan bersama, dalam suasana yang muhibah berbilang kaum dan agama, tidaklah menjadi satu kesalahan. Oleh itu, hukum makan juadah yang menjadi tradisi hidangan semasa perayaan tertentu adalah dibolehkan selagimana tidak ada kepercayaan tertentu yang melatari penyediaannya dan juadah itu sendiri. Ianya sekadar juadah yang disediakan secara tradisi, tanpa kepercayaan tertentu. Terima kasih kepada pihak SMK Vivekananda, Brickfields atas kunjungan ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi memberikan penjelasan berkenaan isu ini. Semoga penjelasan ini memberi kefahaman kepada kita semua dalam mengamalkan kehidupan bermasyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya. |
34 | Soalan Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya, bagaimana nak jawab jika ada yang bertanya apa yang Allah buat sebelum mencipta alam semesta? Terima kasih. Ringkasan Jawapan Waalaikumussalam wbt. Allah SWT adalah pencipta segala-galanya termasuk mencipta masa dan waktu. Jadi untuk meletakkan Allah SWT di dalam lingkungan masa ‘sebelum/selepas’ seperti manusia adalah tidak tepat. Namun begitu, berdasarkan surah al-Rahman ayat 29 Allah SWT sentiasa mengurus ciptaannya pada tiap-tiap masa. Wallahua’lam. Huraian Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari akhirat. Persoalan tentang apa yang Allah lakukan sebelum mencipta alam semesta adalah topik yang jarang dibincangkan dikalangan ulama-ulama Islam. Ini kerana naratif soalan sedemikian mencari keterangan tentang perbuatan yang terikat dengan konsep masa dan waktu yang telah berlaku sebelum ini. Contoh soalan yang boleh ditanyakan di dalam naratif yang sama adalah “Apa yang Allah buat pada waktu sekarang?”, atau “Dimanakah Allah berada?”. Jika soalan ini ditujukan kepada manusia, maka sudah semestinya kita boleh memberi jawapan yang spesifik kerana perbuatan kita terkait dengan ruang dan masa. Disebabkan “masa” yang manusia lalui ini wujud sebagai entiti yang sama waktu ciptaannya dengan ciptaan mahkluk-makhluk yang lain, maka secara logiknya tiada persoalan mengenai “sebelum” untuk Tuhan. Namun itu tidak menghentikan ulama-ulama serta ahli ilmu untuk berbincang mengenai permasalahan ini. Malah ada yang mempersoalkan adakah Tuhan itu wujud serentak bersama ciptaannya.[1] Pernyataan seperti ini sudah tentunya seperti menghadkan keterbatasan Tuhan kerana terkait dengan masa. Imam al-Ghazali ketika membahaskan mengenai sifat alam dalam perdebatan dengan ahli falsafah yang mengatakan bahawa alam ini qadim[2] sepertimana qadimTuhan, ada menyebutkan apa yang wujud sebelum alam dicipta: فقبل وجود العالم كان المريد موجودًا, والإرادة موجودة, ونسبتها إلى المراد موجودة Maksudnya: Sebelum wujudnya alam, Yang Maha Berkehendak (Allah) itu wujud, kehendak (Iradah) juga wujud, dan hubungan iradah dengan objek yang mahu diwujudkan itu juga wujud. [Lihat Tahafut al-Falasifah: 4/95-96] Al-Ghazali dalam pernyataan di atas menyatakan bahawa zat Tuhan seperti iradah tuhan untuk mencipta alam semesta telah wujud secara azali. Hujah ini membidas kenyataan ahli falsafah seperti Aristotle dan Ibn Sina yang mengatakan bahawa qadim kewujudan alam adalah sama dengan qadimnya kewujudan Allah SWT. Majoriti ahli falsafah kecuali Plato berhujah bahawa alam ini telah (dan sentiasa) dibuktikan wujud, dan mustahil untuk alam ini mempunyai permulaan. Maka disebabkan tidak dapat mengukur bilakah masa dan waktu spesifik alam ini wujud, mereka bersetuju bahawa alam ini qadim.[3] Perdebatan antara al-Ghazali dan ahli falsafah mengenai konsep wujudnya alam telah membina naratif ilmu bahawa alam berkait rapat dengan “masa”. Ini kerana perbincangan mengenai wujudnya alam tidak akan lari dari fasa masa yang lepas, masa yang kini, dan masa yang akan datang. Dengan masa, manusia mampu untuk membilang detik ataupun memberi petunjuk tentang apa yang mahu dilakukan dalam kehidupan seharian. Dengan masa juga, manusia menyaksikan sejarah bagaimana sesebuah tamadun itu jatuh dan bangun, perkembangan teknologi yang berlaku, penemuan-penemuan sejarah, dan juga bagaimana masa itu memberi peluang kepada hidupan yang bernyawa untuk hidup. Firman Allah SWT: كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ Maksudnya: “Segala yang ada (di muka bumi) itu akan binasa. Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan” Surah ar-Rahman (26-27) Imam al-Maraghi di dalam tafsirnya menjelaskan bahawa kehidupan di muka bumi akan merasai tempoh binasa (mati), begitu juga dengan kehidupan di langit seperti malaikat. Kecuali Zat Tuhan sahaja yang akan kekal, kerana Dia yang menghidupkan, dan juga mematikan, dan sesungguhnya Hidup-Nya adalah kekal serta tidak akan mati selama-lamanya.[4] [Lihat Tafsir al-Maraghi: 27/114] Berdasarkan kefahaman di atas, kita seharusnya bersetuju bahawa apa jua entiti selain daripada Allah SWT seperti manusia, alam dan masa, akan mengalami kebinasaan juga kelak. Tiada satu yang akan dapat lari daripada kematian dan pengakhiran kecuali Allah SWT. Setiap ciptaan juga akan dapat merasai nikmat hidup di dalam lingkungan masa dan waktu, daripada kecil sehingga dewasa, sebelum mati pada akhirnya. Secara empirik dan metafizik, tiada apa yang dapat membuktikan apa yang Allah SWT lakukan sebelum mencipta alam semesta. Namun menurut al-Quran secara umum, Allah SWT sentiasa mengatur urus dan mentadbir akan ciptaannya. Firman Allah SWT: كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ Maksudnya: “Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!” Surah ar-Rahman (29) Menurut Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, ayat ini menjelaskan berkenaan keadaan Allah di dalam mentadbir urusan-Nya pada setiap masa dan setiap hari. Antara urus tadbir Allah SWT adalah menghidupkan dan mematikan, memberi rezeki, memberi kemuliaan dan memberi kehinaan, memberi kesakitan dan juga menyembuhkan, memberi arahan serta panduan di samping menegah beberapa perbuatan, mengampunkan dosa dan memberi azab kepada yang bersalah dan yang melakukan dosa, dan perbuatan-perbuatan lain yang tidak akan terkira oleh manusia.[5] [Lihat Tafsir al-Munir: 14/226] Berdasarkan kefahaman daripada tafsir al-Quran ayat di atas, Allah SWT mempunyai urusan-Nya yang tersendiri yang kadang kala manusia tidak dapat huraikan melalui akal fikiran. Tidak semua dapat dibuktikan oleh akal manusia, tambahan pula dalam bab ghaib/metafizik seperti ini. Kedua, Allah SWT sentiasa dalam urusan yang berkaitan dengan hambaNya, dan juga sentiasa dalam urusan yang Allah SWT sahaja lebih mengetahui. Kesimpulan Justeru, Allah SWT adalah pencipta segala-galanya termasuk mencipta masa dan waktu. Jadi untuk meletakkan Allah SWT di dalam lingkungan masa ‘sebelum/selepas’ seperti manusia adalah tidak tepat. Oleh yang demikian, mengaitkan urusan Allah sebelum ciptaan alam ini secara tidak langsung mengaitkan Allah SWT dengan masa. Sedangkan Allah tidak bergantung kepada masa dan tempat seperti makhluk. Namun begitu, berdasarkan surah ar-Rahman ayat 29 Allah SWT sentiasa mengurus dan mentadbir urus ciptaannya pada setiap masa. Wallahua’lam. Rujukan Al-Ghazali, Sulaiman Dunya, Tahafut al-Falasifah, 2015, Percetakan Darul Maarif Mesir, jil.4 h.91-92 Mustafa al-Maraghi, Tafsir al-Maraghi, 1946, Percetakan Mustafa al-Bami Mesir, jil.27 h.114 Wahbah az-Zuhaili, Tafsir al-Munir, 2009, Darul Fikr Damsyiq, jil.14 h.226 Nota Hujung [1] God and Time, Internet Encyclopedia of Philosophy, https://iep.utm.edu/god-time/ [2] Qadim menurut kamus al-maany bermaksud kekal abadi ataupun tiada permulaan [3] ومهم كان العالم موجودا واستحال حدوثه, ثبت قدمه لا محالة [4] أي إن جميع أهل الأرض يذهبون ويموتون, وكذلك أهل السموات, ولا يبقى سوى وجه ربك الكريم, فإن الحي لا يموت أبدا [5] وأنه سبحانه كل يوم ووقت في شأن, ومن شأنه يحيي ويميت, ويرزق, ويغني ويفقر, ويعزّ ويذلّ, ويمرض ويشفي, ويعطي ويمنع, ويغفر ويعاقب, إلى غير ذلك مما لا يحصى |
37 | Soalan Assalamualaikum SS Mufti, saya ada terbaca satu buku agama dan dalam buku tersebut penulis ada berhujah dengan hadis yang menyebutkan apabila ditimpa urusan yang payah maka hendaklah datang ke penghuni kubur. Jadi adakah benar status hadis tersebut adalah daif sebagaimana yang disebutkan? Sebab nampak pelik. Mohon pencerahan SS Mufti. Terima kasih. Ringkasan Jawapan Riwayat yang menyebut berkenaan “Apabila kamu ditimpa urusan yang rumit maka hendaklah kamu memohon pertolongan dengan penghuni kubur” merupakan riwayat yang palsu menurut ulama hadis. Tambahan pula, tidak ada seorang pun dalam kalangan ulama hadis yang meriwayatkannya bahkan tidak ditemui dalam mana-mana karya hadis yang muktabar. Justeru, riwayat ini tidak boleh disebar dan diamalkan oleh umat Islam kerana ia adalah pendustaan menggunakan nama Nabi SAW dan tidak mempunyai asas. Huraian Jawapan Setelah melakukan penelitian, riwayat ini tidak dijumpai dalam mana-mana karya hadis yang muktabar. Namun, Imam Ibn Taimiyyah menyebutkan riwayat ini dalam kitabnya Majmuʻ al-Fatawa dan beliau mengkritik riwayat ini. Lafaz riwayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut: إذَا أَعْيَتْكُمْ الْأُمُورُ فَعَلَيْكُمْ بِأَهْلِ الْقُبُورِ Maksudnya: “Apabila kamu ditimpa urusan yang rumit maka hendaklah kamu memohon pertolongan dengan penghuni kubur.”[1] Menurut Imam Ibn Taimiyyah, hadis ini merupakan satu pendustaan yang dibuat ke atas Nabi Muhammad SAW. Selain itu, riwayat ini dihukumkan palsu oleh ramai ulama hadis dan tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka yang meriwayatkannya bahkan tidak ditemui dalam mana-mana karya hadis yang muktabar.[2] Setiap penulis buku agama tidak sepatutnya memuatkan hadis-hadis yang palsu apatah lagi menjadikannya sebagai hujah dalam perkara agama. Hal ini kerana apabila pembaca yang tidak mempunyai teras agama yang kukuh akan mempercayainya bahawa ia merupakan sabdaan Nabi SAW. Sedangkan, ia merupakan rekaan pihak tidak bertanggungjawab bagi membenarkan pandangan dan kelompok mereka. Dalam hal ini, umat Islam perlu lebih mengambil perhatian dan berhati-hati agar tidak menempah tempatnya dalam neraka. Oleh itu, Nabi SAW pernah bersabda: مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ Maksudnya: “Sesiapa yang berdusta atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.”[3] Riwayat al-Bukhari Kesimpulan Riwayat yang menyebut berkenaan “Apabila kamu ditimpa urusan yang rumit maka hendaklah kamu memohon pertolongan dengan penghuni kubur” merupakan riwayat yang palsu menurut ulama hadis. Tambahan pula, tidak ada seorang pun dalam kalangan ulama hadis yang meriwayatkannya bahkan tidak ditemui dalam mana-mana karya hadis yang muktabar. Justeru, riwayat ini tidak boleh disebar dan diamalkan oleh umat Islam kerana ia adalah pendustaan menggunakan nama Nabi SAW dan tidak mempunyai asas. Wallahuaʻlam. Rujukan: [1] Ibn Taimiyyah al-Harrani, Majmuʻ al-Fatawa, ed. Abd al-Rahman Muhammad (Madinah: Majmaʻ al-Malik Fahd, 1995), jld. 1: hlm. 356. [2] Ibid. فَهَذَا الْحَدِيثُ كَذِبٌ مُفْتَرًى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِإِجْمَاعِ الْعَارِفِينَ بِحَدِيثِهِ لَمْ يَرْوِهِ أَحَدٌ مِنْ الْعُلَمَاءِ بِذَلِكَ وَلَا يُوجَدُ فِي شَيْءٍ مِنْ كُتُبِ الْحَدِيثِ الْمُعْتَمَدَةِ. [3] Muhammad bin Ismail al-Bukhari, al-Jami' al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulillah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi, ed. Muhammad Zuhayr Nasir al-Nasir (t.tp.: Dar Tuq al-Najah, 1422), hadis no. 107, 1: 33. |
39 | Soalan: Apakah status dan maksud hadith ini? Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda: وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ Maksudnya: “Waktu solat Isyak adalah sehingga pertengahan malam.” [Riwayat Muslim (612)] Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Berdasarkan soalan di atas, para ulama berselisih pendapat dalam menentukan waktu terakhir untuk ditunaikan solat Isyak. Hal ini kerana wujudnya dalil-dalil yang berbeza dalam membahaskan berkaitan perkara ini. Berbalik kepada hadith di atas, hadith di atas adalah hadith yang sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya apabila Nabi SAW ditanya berkaitan waktu-waktu solat. Di sana juga terdapat hadith lain yang menyatakan berkaitan perbuatan Nabi SAW melewatkan solat Isyak sehingga ke pertengahan malam iaitu: Daripada Anas bin Malik RA berkata: أَخَّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ العِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ، ثُمَّ صَلَّى، ثُمَّ قَالَ: قَدْ صَلَّى النَّاسُ وَنَامُوا، أَمَا إِنَّكُمْ فِي صَلاَةٍ مَا انْتَظَرْتُمُوهَا Maksudnya: “Nabi SAW pernah melewatkan solat Isyak ke pertengahan malam, kemudian Baginda SAW solat. Kemudian Baginda bersabda setelah selesai menunaikan solat: Manusia semuanya telah selesai menunaikan solat lalu mereka tidur, adapun kamu akan terus berada di dalam solat walaupun dalam tempoh menunggumu untuk menunaikan solat .” [Riwayat al-Bukhari (572)] Imam al-Nawawi berkata ketika mensyarahkan hadith ini, maksud waktu solat Isyak sehingga pertengahan malam adalah dengan mengatakan waktu tersebut adalah waktu ikhtiyar (terpilih). Adapun waktu yang jawaz (dibenarkan untuk solat) berlangsung sehingga sebelum terbitnya fajar (fajar sodiq). [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 5/111] Waktu ikhtiyar bermaksud Allah telah memilih waktu tersebut untuk ditunaikan solat sekiranya dia tidak melakukannya pada waktu yang afdhal. [Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, 181] Untuk itu, waktu ikhtiyar bagi solat Isyak bermula selepas berakhirnya waktu afdhal sehingga satu pertiga awal malam. Pandangan Imam al-Nawawi ini disokong dengan hadith yang umum bahawa waktu sesuatu solat itu berakhir dengan datangnya atau masuknya waktu solat yang seterusnya sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith: Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَمَا إِنَّهُ لَيْسَ فِيَّ النَّوْمِ تَفْرِيطٌ، إِنَّمَا التَّفْرِيطُ عَلَى مَنْ لَمْ يُصَلِّ الصَّلَاةَ حَتَّى يَجِيءَ وَقْتُ الصَّلَاةَ الْأُخْرَى Maksudnya: “Tidaklah dianggap meremehkan solatnya bagi seseorang yang tidur itu, adapun orang yang meremehkan solat itu adalah orang yang tidak solat dengan satu solat sehingga datangnya waktu solat yang seterusnya.” [Riwayat Muslim (681)] Di samping itu juga, Imam Zakaria al-Ansari menyatakan hadith ini secara zahirnya menunjukkan berterusan setiap waktu solat itu sehingga masuknya waktu solat yang seterusnya daripada solat lima waktu melainkan solat Subuh kerana apabila tiba waktunya akan keluarnya fajar sadiq. [Lihat: Fath al-Wahab, 1/36] Tambahan pula, bilakah berakhirnya waktu solat Isyak ini menjadi perselisihan dalam kalangan para ulama sepertimana yang telah kami sebutkan di awal artikel ini. Justeru, berkaitan waktu sebenar berakhirnya waktu Isyak telah kami jawab secara ringkas di dalam artikel al-Kafi Li al-Fatawi siri ke-266 yang bertajuk waktu tamat solat Isyak. Di sana kami ada menukilkan beberapa pandangn berkaitan waktu berakhirnya solat Isyak. Penutup Kesimpulannya, hadith yang menyatakan berkaitan waktu solat Isyak sehingga pertengahan malam adalah hadith yang sahih riwayat Imam Muslim. Akan tetapi, para ulama berbeza pandangan dalam memahami maksud hadith tersebut. Walaubagaimanapun, di sisi mazhab Imam al-Syafie waktu solat Isyak berakhir apabila keluarnya fajar sodiq atau ketika masuknya waktu solat Subuh. Di samping itu juga, waktu yang terbaik untuk ditunaikan solatlah di awal waktu kerana di sana banyak hadith-hadith yang menceritakan kelebihan bagi seseorang yang solat di awal waktu. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini agar kita digolongkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mendapat kebaikan. Amin. Wallahua’lam |
43 | Soalan: Apakah terdapat hadith yang menunjukkan bermegah dengan pembinaan masjid termasuk di dalam tanda-tanda kiamat? Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Dunia pada hari ini penuh dengan fitnah-fitnah atau banyaknya berlaku perkara-perkara yang luar biasa sehingga manusia merasakan bahawa hampir berlakunya kiamat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa umat yang hidup di akhir zaman akan berdepan dengan pelbagai ujian dan cubaan. Ini kerana, hanya dengan keimanan yang teguh serta dengan ilmu yang sahih sahaja akan menyelamatkan kita semua daripada ujian dan cubaan ini. Berdasarkan soalan di atas, Nabi SAW telah menceritakan kepada kita berkaitan tanda-tanda kiamat sama ada ia bersifa kecil atau besar dan bermegah-megah dengan masjid adalah termasuk di dalam tanda-tanda kiamat berdasarkan kepada sebuah hadith yang sahih daripada Nabi SAW. Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ Maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia bermegah-megah dengan masjid-masjid.” [Riwayat Abu Daud (449)][Hadith ini sahih dan perawi-perawinya adalah perawi hadith sahih melainkan guru kepada Abu Daud adalah seorang yang thiqah menurut Syeikh Muqbil al-Wada’iy][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah sahih] Hadith ini menunjukkan manusia akan bermegah-megah dengan pembinaannya iaitu masing-masing akan berbangga dengan masjidnya dengan menyatakan masjidku lebih tinggi, lebih cantik, lebih luas, lebih baik dengan riyak, sum’ah (suka didengari) serta mencari pujian. Ibn Ruslan mengatakan hadith ini merupakan mukjizat yang zahir berdasarkan apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tentang apa yang akan berlaku selepas kewafatannya. Tambahan pula, mengcantikkan masjid serta bermegah dengannya telah banyak berlaku pada zaman ini. [Lihat: ‘Aun al-Ma’bud, 2/84] Selain itu juga, apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW ini telah berlaku di sebahagian masjid yang mana kos pembinaannya telah menelan belanja sehingga berjuta-juta. Daripada jumlah tersebut boleh dibina berpuluh ribu buah masjid sekiranya pembinaan tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. [Lihat: al-Sahih al-Musnad min Dala’il al-Nubuwwah. 590] Dalam isu ini, kami cenderung untuk mengatakan membina masjid yang cantik, besar dan sebagainya tidak menjadi masalah kerana ia akan menunjukkan kehebatan serta keagungan agama Islam itu sendiri. Tambahan pula, ia juga perlu melihat kepada keperluan atau maslahah masyarakat di tempat tersebut. Akan tetapi, sekiranya masjid tersebut dibina dengan tujuan berbangga-bangga maka ia amatlah dilarang dan inilah yang dimaksudkan di dalam hadith ini. Penutup Kesimpulannya, bermegah-megah dengan masjid adalah termasuk di dalam salah satu tanda-tanda kiamat sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith di atas. Di samping itu juga, tanda tersebut telah berlaku pada zaman kita ini dan hadith ini juga menunjukkan kiamat telah hampir dengan kita seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini: Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda dalam keadaan merapatkan dua jari Baginda SAW iaitu jari tengah dan telunjuk: بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ Maksudnya: “Aku diutuskan dan jarakku antara kiamat adalah seperti dua jari ini.” [Riwayat Muslim (867)] Akhirnya, semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberi kesedaran kepada kita serta menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya terselamat daripada fitnah dan ujian akhir zaman. Amin. Wallahua’lam |
End of preview. Expand
in Dataset Viewer.
👉 Dataset source: https://www.muftiwp.gov.my/
- Downloads last month
- 53