title
stringlengths
26
159
content
stringlengths
414
63.9k
Kia Picanto facelift 2024 – imej bocor sebelum didedah secara rasmi, rekaan garang inspirasi dari EV6!
Kia Picanto generasi ketiga bakal diperkenalkan dalam versi facelift kali kedua tidak lama lagi. Namun sebelum pendedahan rasminya dibuat, imej untuk hatchback kompak segmen-A tersebut dalam varian paling sporty iaitu GT-Line nampaknya telah tertiris di internet terlebih dahulu. Dan apa yang menarik, Picanto facelift 2024 ini nampkanya tampil dengan rupa yang sangat garang, dengan inspirasi diambil dari rekaan model elektrik penuh Kia EV6! Pengaruh berkenaan jelas boleh dilihat pada bahagian muka di mana ia menerima sepasang lampu hadapan baharu berbentuk-T bersama gril hadapan menampilkan bar krom yang dilihat seperti menghubungkan kedua-dua lampu berkenaan. Ia turut disesuaikan dengan bampar hadapan baharu yang sangat agresif dengan rekaan lebih bersegi. Selain dari sepasang liang ambilan udara palsu bersaiz besar yang bersambung dengan gril utama bampar, ia juga dilihat diberikan aliran tirai udara yang direka menegak nampaknya seperti mengalirkan udara terus ke ruang roda hadapan. Dengan perubahan drastik pada lampu hadapan, Picanto facelift ini juga memerlukan fender hadapan dan juga penutup hud baharu. Bentuk sisi Picanto ini masih lagi nampak sama seperti sebelum ini, dan ia juga menerima set rim dua tona baharu dengan rekaan juga diinspirasikan dari rim EV9. Di belakang, rekaan asas kluster lampu masih nampak sama. Namun ia kini digandingkan dengan bar lampu yang merentangi sepenuhnya pintu tailgate belakang bersama grafik baharu yang menampilkan jalur LED. Rekaan bampar belakang turut berubah di mana ia kini menerima reflektor yang berdiri bersama diffuser dengan sirip-sirip yang lebih agresif. Imej yang bocor ini juga turut mendedahkan bahagian dalaman bagi Picanto facelift berkenaan. Ia nampaknya masih kelihatan sama seperti versi terdahulu, tetapi diberikan beberapa peningkatan seperti paparan instrumen digital dan juga grafik baru pada skrin infotainmen. Model facelift ini mungkin akan mengekalkan konfigurasi sistem mekanikal yang sama seperti model sebelumnya. Untuk versi facelift 2021, Picanto sudah pun ditawarkan dengan enjin 1.0 liter turbo dan pilihan kotak gear Automated Manual Transmission (AMT) – ia bukan kotak gear automatik konvensional dengan fungsi tukaran manual, sebaliknya ia sememangnya kotak gear manual lima kelajuan, dengan klac kering tunggal dan tukaran gear yang dioperasikan secara automatik oleh unit-unit actuator. Picanto generasi ketiga ini pernah dijual oleh Naza Kia di Malaysia sebelum ini. Dan selepas jenama Korea tersebut diambil alih oleh Bermaz, tiada sebarang bayangan bahawa ia bakal di bawa semula ke pasaran tempatan. Dengan rupa baru yang lebih garang ini, adakah anda rasa Picanto perlu kembali ke sini?
Yamaha Tenere 700 World Rally 2023 guna grafik bersejarah, dapat kelengkapan tertinggi bagi modelnya
Yamaha nampaknya masih belum puas mengembangkan lagi variasi motosikal adventure Tenere 700 mereka dengan terbaru, memperkenalkan Tenere 700 World Rally di Eropah. Kebanyakan peningkatan yang diberi pada versi ini sama seperti Tenere 700 World Raid yang diperkenalkan pada tahun 2022, kecuali penampilannya. Tenere 700 World Rally menggunakan tema warna klasik yang bersejarah bagi Yamaha, di mana sebelum ini ia pernah digunakan pada motosikal lumba Stephane Peterhansel, dengan warna utama biru, dan terdapat jalur speedblock perak serta jalur merah jambu. Grafik istimewa ini juga dibuat pada World Rally bagi menyambut ulang tahun ke-40 sejak Tenere pertama diperkenalkan kepada dunia. Melengkapi keseluruhan penampilannya adalah kelongsong fork, tempat duduk serta rim yang berwarna hitam. Berkenaan kelengkapan, World Rally ini didatangkan dengan pakej tertinggi bagi Tenere, bermula dengan tangki bahan api 23 liter (apabila digabungkan dengan tangki asal 16 liter, boleh memberi jarak perjalanan sehingga 500 km), tempat duduk lebih rata, ekzos Akrapovic serta skrin TFT lima inci yang boleh disambung kepada telefon pintar. Pada bahagian suspensi, World Rally dipertingkat dengan fork Kayaba 43 mm dengan jarak gerak 230 mm (+20 mm) boleh laras sepenuhnya di hadapan, sementara di belakang terdapat monoshock boleh laras sepenuhnya yang juga mempunyai jarak gerak lebih 20 mm berbanding monoshock pada model standard. Turut membantu pengendalian adalah steering damper Ohlins boleh laras yang diberikan secara standard. Cakera serta angkup Brembo pada model ini masih lagi sama seperti model standard, tetapi sistem ABS padanya telah dinaik taraf dengan kini menyediakan tiga pilihan mod. Mod 1 mengaktifkan ABS untuk roda hadapan dan belakang, Mod 2 untuk depan sahaja dan Mod 3 menutupnya secara terus. Enjin World Rally ini masih sama seperti Tenere 700 lain iaitu unit Crossplane CP2 dua silinder selari bersama padanan transmisi enam kelajuan, yang mampu menghasilkan kuasa 72.4 hp pada 9,000 rpm dan 69 Nm tork pada 6,500 rpm. Rim hadapan menggunakan unit 21 inci sementara di belakang terdapat rim 18 inci.
Polis Johor berkas dua suspek yang menyamar jadi polis – guna lampu beacon cuba tahan kenderaan lain
Ketua Polis Johor, Dato’ Kamarul Zaman Mamat mengesahkan pihaknya telah memberkas dua suspek yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan cuba menahan kenderaan lain di KM 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara, berhampiran Kulai, pagi semalam. Menurutnya, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat satu video tular dimuatnaik di laman media sosial Facebook oleh pemilik akaun Freeman Gan yang memaparkan dia dikejar sebuah kereta yang dinaiki tiga individu yang menyamar sebagai pasukan polis. Ekoran insiden terbabit, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kulai telah memberkas dua suspek lelaki tempatan berumur 43 tahun dan 48 tahun untuk siasatan lanjut. “Salah seorang suspek merupakan penjawat awam dan berdasarkan semakan, dia tidak memiliki sebarang rekod jenayah. Manakala seorang lagi suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah. Pihak polis juga telah merampas beberapa barangan seperti baju pantulan cahaya, lampu beacon mudah alih, lampu suluh, headlight dan sebuah Honda City. “Kedua-dua suspek direman di Mahkamah Majistret Kulai jam 10 pagi tadi. Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan , jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau pun kedua-duanya dan Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000, yang mana lebih besar, dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000, yang mana lebih besar, atau penjara tidak kurang enam bulan atau tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” kata Kamarul Zaman. Tambahnya, Polis Johor tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah. Awal pagi semalam, video berdurasi 26 saat berkenaan tular di Facebook memaparkan mangsa dikejar sebuah kereta berwarna perak, dinaiki tiga lelaki yang menyamar sebagai polis. Rakaman video pendek itu menunjukkan kesemua suspek berpakaian ves seperti polis dan mengenakan penutup muka bagi mengelak wajahnya dirakam. Salah seorang suspek turut memegang lampu beacon, manakala suspek yang duduk di tempat duduk belakang pula menyuluh ke arah kenderaan mangsa sebagai isyarat menyuruh mangsa berhenti.
JPJ eBid: JWH dan RAR bakal dibuka bidaan
Bagi yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri nombor pendaftaran terkini Johor, JWH, ia bakal dibuka bidaan pada 8 Jun ini dan berlangsung selama lima hari iaitu sehingga jam 10 malam pada 12 Jun. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 13 Jun 2023. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel. Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Perlis pula, RAR, bidaannya bakal dibuka bermula 17 Jun 2023 selama tujuh hari dan akan berakhir jam 10 malam pada 21 Jun. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 22 Jun ini. Dah tak perlu nak dapatkan khidmat pihak ketiga termasuk runner yang adakalanya menetapkan kadar caj yang tidak masuk akal. Jadi, anda boleh lakukan sendiri bidaan ini. Untuk mengetahui cara-cara untuk membida menerusi JPJ eBid, anda boleh KLIK PAUTAN INI.
KTMB umum perjalanan tren Komuter laluan Sungai Buloh-Kepong bakal alami kelewatan pada 6-25 Jun ini
Bagi pengguna KTM Komuter untuk laluan Sungai Buloh-Kepong, ini ada makluman penting buat anda. KTM Berhad (KTMB) telah memaklumkan bahawa perjalanan tren komuter bagi laluan berkenaan bakal mengalami kelewatan pada 6 hingga 25 Jun 2023. Di mana hanya satu landasan sahaja yang akan digunakan untuk tempoh berkenaan disebabkan kerja-kerja menaiktaraf perjalanan. Oleh yang demikian, KTMB berkata, perjalanan tren di laluan tersebut akan mengalami jangkaan kelewatan antara lima hingga 30 minit. Harap pengguna komuter di laluan terbabit dapat meningkatkan kesabaran sepanjang tempoh berkenaan. Sila gunakan pengangkutan awam alternatif termasuk perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sekiranya perlu.
Persimpangan Sri Petaling di Lebuhraya SUKE bakal dibuka – Ulu Kelang-Sri Petaling hanya 20 minit
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) selaku pengendali Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) mengumumkan bahawa Persimpangan Sri Petaling di lebuhraya berkenaan bakal dibuka untuk kegunaan trafik tidak lama lagi. PROLINTAS berkata, menerusi Persimpangan Sri Petaling yang berada dalam fasa kedua Lehuhraya SUKE, perjalanan antara Ulu Kelang-Sri Petaling hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja. “Persimpangan ini juga bakal menghubungkan anda dengan enam lebuhraya lain yang menghala ke selatan pusat bandar,” kata PROLINTAS tanpa memaklumkan tarikh sebenar pmbukaan persimpangan terbabit. Lebuhraya SUKE mula dibuka pada 16 September 2022 yang membabitkan Fasa 1 iaitu laluan bermula di persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke Hulu Klang dengan laluan utama sepanjang 16.6 km dengan 11 persimpangan dan dua plaza tol iaitu Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang. Manakala Fasa 2 pula yang bakal dibuka tidak lama lagi ini melibatkan laluan dari Sri Petaling (di mana berakhirnya Lebuhraya Kesas, berdekatan Endah Parade) sejauh 7.8 km dengan tiga persimpangan dan satu plaza tol iaitu Plaza Tol Alam Damai. Secara keseluruhan, Lebuhraya SUKE ini menampilkan laluan utama sepanjang 24.4 km. Tetapi jika dikira sekali dengan laluan susur keluar, panjang sebenarnya adalah berjumlah 57.7 km. Lebuhraya ini menghubungkan Sri Petaling hingga ke Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, bertindak sebagai alternatif kepada Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR), dengan 14 persimpangan secara keseluruhan.
Radar RD6, trak pikap elektrik dari Geely akan dijual di rantau ASEAN bermula dengan pasaran Thailand?
Dengan ‘kemeriahan’ pelbagai jenama EV China masuk ke pasaran Thailand, Geely nampaknya turut tidak akan melepaskan peluang untuk ke negara berkenaan. Selain bakal muncul dengan jenama smart yang akan diuruskan oleh Proton di sana, Geely nampaknya akan ‘turun’ sendiri ke Thailand dan kini sedang mempertimbangkan model mana yang akan dibawa dan dikilangkan di Thailand, lapor Reuters. Menurut sumber yang tidak mahu dikenali kepada agensi berita berkenaan, Geely kini sedang mempertimbangkan untuk masuk ke pasaran Thailand sama ada menerusi model-model EV entry level, dan juga trak pikap elektrik penuh dari jenama Radar miliknya. Walau bagaimanapun, wakil rasmi syarikat tersebut enggan memberikan sebarang perincian berkenaan pelaburan tersebut. Namun menerusi jelajah yang dibuat oleh Lembaga Pelaburan (BOI) Thailand di China April lalu, negara berkenaan telah pun berbincang dengan beberapa pengeluar automotif China untuk membuat pelaburan. Setiausaha Agung lembaga berkenaan, Narit Therdsteerasukdi mendedahkan bahawa pihaknya telah berbincang dengan lima pengeluar EV China ketika jelajah itu berlangsung, termasuk Geely, BYD, Chongqing Changan Automobile, JAC Motors dan Jiangling Motors. “Semuanya menzahirkan minat dalam polisi Thailand untuk membangunkan pangkalan produksi EV serantau dan jaringan pembekalan EV bersepadu”, kata Narit. Thailand mensasarkan untuk mencapai produksi EV 30% dari keseluruhan produksi automotifnya menjelang 2030, dan ia menawarkan insentif kewangan kepada pembuat-pembuat automotif bagi menarik pelaburan dari luar. Dalam masa yang sama, subsidi turut ditawarkan kepada pembeli kereta bagi menggalakkan permintaan terhadap EV di negara itu. Seperti yang diketahui, Thailand merupakan pasaran yang cukup gemar terhadap trak pikap, dan buat masa sekarang menjadi hab produksi kenderaan sedemikian untuk beberapa jenama. Jadi ini mungkin menjadi faktor untuk Geely membawa Radar RD6 ke Thailand seterusnya mendorong peralihan penggunaan trak pikap berkuasa elektrik? Radar RD6 telah dilancarkan di China pada November tahun lalu, dijual pada harga bermula 178,800 yuan (RM116k) sehingga 268,800 yuan (RM174k), dan diberikan waranti selama 4 tahun atau 100,000 km. Trak pikap ini dibangunkan berasaskan platform modular untuk kenderaan elektrik terbaharu dari Geely iaitu Sustainable Experience Architecture (SEA). Ia dihasilkan dengan dimensi 5,260 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,830 mm tinggi serta jarak roda sejauh 3,120 mm. Jadi trak pikap EV ini sebenarnya mempunyai saiz yang hampir sama dengan Toyota Hilux yang tampil dengan dimensi 5,325 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,815 mm tinggi dan jarak roda 3,085 mm. Untuk unit rangkaian kuasa, malangnya RD6 hanya diberikan motor tunggal berkuasa 272 hp (200 kW) diletakkan pada gandar belakang – ini bermakna sistem berkenaan hanya akan memacu roda belakang, tanpa sistem pacuan semua roda yang diperlukan untuk pemanduan off-road. Walaupun hanya diberikan sebuah motor elektrik, ia sudah cukup untuk memberikan pecutan 0-100 km sekitar 6 saat pada trak pikap ini. Motor berkenaan disuap dengan kuasa elektrik yang dibekalkan dari bateri LFP 63 kWj untuk varian asas, memberikan jarak gerak 400 km. Varian pertengahan menerima bateri NMC 86 kWj untuk jarak gerak 550 km, dan varian paling mahal diberikan bateri NMC 100 kWj untuk jarak gerak 632 km. Seperti yang diketahui, Geely mempunyai portfolio jenama yang begitu luas di bawahnya dan menawarkan pelbagai jenis EV.”Mereka perlu membuat keputusan model mana yang perlu dibawa ke Thailand,” kata salah seorang sumber berkenaan, dan menambah kilang pemasangan turut akan dinilai. Antara jenama yang berada di bawah Zhejiang Geely Holding Group termasuk Geely Auto Group yang memiliki Geely Auto, Geometry, Lynk & Co dan Proton (kepentingan sebanyak 49.9%). Jenama lain adalah termasuk Zeekr Intelligent Technology (Zeekr), Lotus Group (Lotus Cars), smart Automobile (kerjasama dengan Mercedes-Benz), Volvo Car Group (Volvo Cars dan Polestar), LEVC (London Electric Vehicle Company), Radar New Energy Automobile (Radar) dan Geely New Energy Commercial Vehicle Group.
FF8 bernilai RM950k rupanya ke-3 termahal dalam sejarah bidaan plat nombor – senarai Top 20 di sini!
Jika anda menyangka bahawa plat nombor ‘FF8’ yang berjaya dibida baru-baru ini dengan nilai RM950,000 merupakan plat nombor paling mahal dalam sejarah bidaan, sebenarnya ia masih ‘belum cukup padu’ untuk menandingi ‘Malaysia1’ dari siri plat pendaftaran khas ‘Malaysia pada Ogos 2018. ‘Malaysia1’ berjaya dibida dengan nilai RM1,111,111 dan sehingga kini dikatakan masih menjadi plat nombor yang paling mahal di Malaysia. Kami mendapat senarai bidaan tertinggi nombor plat pendaftaran kenderaan tidak rasmi (bukan dari sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)) yang dikongsikan menerusi Facebook. Walau bagaimana pun, senarai berkenaan tidak termasuk dengan plat pendaftaran khas bukan di bawah kendalian JPJ seperti siri khas Patriot, X, XX, dan sebagainya. Sebelum ini, JPJ ada menyenaraikan nama pembida yang berjaya memperoleh nombor plat panas atau pun yang menerima bidaan tertinggi. Contohnya dalam bidaan siri ‘Malaysia’, ‘Malaysia1’ berjaya dibida oleh Aldi International Sdn Bhd dan bidaan ‘Malaysia8’ pula dimenangi oleh Project Concept Sdn Bhd. Manakala bagi siri ‘F’, ‘F1’ dimenangi oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Malahan baginda Sultan Johor juga berjaya mendapatkan siri nombor ‘V1’. Pada tahun 2018, Antony Loke yang juga Menteri Pengangkutan ketika itu berkata, penjualan nombor plat kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ mampu menjana lebih pendapatan kepada tabung kerajaan. Antara siri nombor plat yang berjaya menerima keseluruhan jumlah nilai bidaan tertinggi ialah siri ‘FF’ dengan kutipan RM34.2 juta, ‘Malaysia’ (RM13 juta), ‘V’ (RM22 juta) dan ‘F’ (RM17 juta). Berikut merupakan senarai Top 20 nombor pendaftaran kenderaan yang menerima nilai bidaan tertinggi setakat ini: 1- Malaysia1: RM1,111,111 2- V1 : RM990,000 3- FF8 : RM950,000 4- FF9 : RM911,999 5- V9 : RM899,800 6- V8 : RM880,000 7- V7 : RM877,800 8-F1 : RM836,660 9- VV1 : RM826,100 10- W1N : RM748,000 11- V2 : RM700,000 12- V3 : RM660,000 13- FB1 : RM660,000 14- FF3 : RM639,000 15- FF2 : RM638,000 16- FF7 : RM633,000 17- Malaysia8 : RM618,000 18-V5 : RM599,000 19- WWW1 : RM520,000 20-FF88 : RM510,000
Proton Saga 2023 dapat kotak gear 4AT Aisin baru – masih guna enjin 1.3L sama, tiada perubahan harga
Berdasarkan maklumat yang kami terima, Proton telah menukar pembekal untuk transmisi automatik empat kelajuan pada Proton Saga MC2, daripada Hyundai kepada Aisin. Penukaran ini tidak diumumkan secara rasmi oleh Proton, dan tidak melibatkan sebarang perubahan kelengkapan lain atau harga. Tiada sebab yang dinyatakan kenapa transmisi ini ditukar, tetapi mengikut pemahaman kami, ia sekadar penukaran pembekal untuk sesuatu alat, dan bukannya dibuat atas sebab ketahanan atau prestasi bahagian tersebut. Oleh kerana itu, Saga dengan transmisi 4AT baru ini sepatutnya beroperasi sama sahaja seperti Saga lama yang menggunakan transmisi daripada Hyundai – diperkenalkan kali pertama pada Saga facelift tahun 2019 dan diteruskan pada model MC2 tahun lepas. Penukaran kepada transmisi Aisin ini telah dibuat pada bulan Mei 2023, sekaligus membawa makna Proton Saga yang diserahkan kepada pelanggan selepas ini sepatutnya datang dengan transmisi baru tersebut. Saga MC2 ditawarkan kepada pasaran dalam empat varian, dengan harga antara RM34,800 ke RM44,800, dengan kesemuanya dipacu oleh enjin petrol empat silinder NA 1.3 liter berkuasa 95 PS dan tork 120 Nm. Sementara ada yang menganggap transmisi ini sama seperti unit 4AT yang digunakan pada model lama Perodua (Aisin dimiliki oleh Toyota, dan sebab itu ia ada kaitan dengan Perodua dan Daihatsu), ia sebenarnya tidak. Unit 4AT Perodua dibuat oleh Akashi Kikai (sama seperti D-CVT sekarang), dan ia adalah pengeluar transmisi yang berbeza.
Hari Bebas Kenderaan Subang Jaya bakal kembali, banyak acara dijangka berlangsung pada 9 Julai ini
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telag mengumumkan Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya bakal dianjurkan pada 9 Julai ini. Acara berkenaan akan bermula pada jam 7 pagi hingga 11.45 pagi. Seperti biasa, Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya akan diadakan di hadapan Subang Parade dan Aeon Big di SS15. Kalau mengikut acara yang terdahulu, sebahagian Jalan Kemajuan akan ditutup dari kegunaan trafik, iaitu dari persimpangan Jengka hingga ke persimpangan Persiaran Kewajipan. Selain itu, sebelum ini juga ia melibatkan Jalan SS16/1 yang ditutup iaitu laluan sekeliling Subang Parade, Aeon Big dan barisan bangunan Mesianiaga. Walau bagaimana pun ia tidak melibatkan penutupan penuh. Perincian mengenai jalan yang bakal ditutup akan diumumkan kelak. Antara aktiviti yang bakal dianjurkan pada 9 Julai nanti melibatkan cabaran berbasikal Run Bike dan Endurance Race, bola keranjang, abseiling, flying fox dan karaoke. Selain itu, ia juga akan menempatkan food truck dan juga cabutan bertuah. Acara ini membuka peluang kepada orang ramai untuk beraktiviti di atas jalan raya terutamanya kanak-kanak yang boleh bebas berlari di sepanjang jalan yang ditutup itu.
Penghantar makanan hilang ‘kerja’ selepas insiden menegur warga Singapura isi petrol RON 95 di Johor
Semalam tular satu video di mana dua orang warga Singapura ‘mengamuk’ selepas ditegur oleh seorang penghantar makanan di Johor Bahru kerana mengisi petrol RON95 bersubsidi dalam sebuah tong. Selepas insiden itu berlaku, nasib malang pula menimpa penghantar makanan berkenaan kerana dia mendakwa akaun aplikasi yang digunakan untuk bekerja berkenaan digantung oleh pengendalinya, lapor Kosmo. Menurut laporan akhbar berkenaan, satu video yang dimuat naik pada aplikasi Tiktok menerusi akaun bernama matkibot memaparkan penghantar makanan yang berusia 44 tahun itu menyatakan bahawa akaun aplikasi pintar miliknya kini telah digantung oleh pengendali sejak pukul 6 petang semalam. “Selepas video ini viral di media sosial, Grab telah suspended (gantung) pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab. Saya diberitahu akan dihubungi pihak atasan Grab dalam masa 24 jam. “Selepas 20 minit saya telah dihubungi pihak Grab, saya diberitahu ada orang membuat laporan. “Melaporkan saya mengeluarkan skru driver (pemutar skru) untuk melawan, CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la check (semak),” katanya dalam video tersebut. Lelaki berkenaan menegaskan bahawa dia mengambil pendirian berani kerana benar selain mendakwa tidak bersalah. Dia turut kecewa kerana sikap dua individu berkenaan telah menyebabkan dia kini tidak dapat mencari rezeki kerana tidak dapat mengambil tempahan sejak semalam dan tidak tahu bila ia akan berakhir. “Saya dapat RM100, kena hantar RM50 untuk isi perut anak bini, begitulah kita di Malaysia, okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga begitulah nasib rakyat Malaysia,” katanya. Dalam video satu minit 40 saat berkenaan, dapat dilihat dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak. Rakaman tersebut juga menunjukkan salah seorang lelaki warga Singapura itu membuka but kenderaan dan mengeluarkan peralatan seperti pengunci stereng sebelum membuat provokasi mahu menyerang penghantar makanan berkenaan. Kosmo melaporkan pertelingkahan tersebut berlangsung hampir 10 minit, dan ia berjaya dileraikan dua anggota polis bantuan di lokasi kejadian selepas itu. Susulan kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi. Menurutnya siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 8.37 malam, 16 Jun lalu dan pertelingkahan dipercayai berpunca daripada salah faham apabila pekerja penghantar makanan menegur lelaki warga Singapura mengisi minyak ke dalam tong. “Hasil siasatan kita mendapati terdapat salah faham, lelaki warga Singapura itu mendakwa mengisi minyak ke dalam tong untuk kegunaan go-kart. “Semasa kejadian, mereka (lelaki Singapura) belum lagi mengisi minyak sebelum ditegur rider dan berlaku pertelingkahan antara kedua-dua pihak,” katanya dalam satu kenyataan tersebut.
Moto Guzzi V100 Mandello dilancar untuk pasaran Malaysia – enjin 1,042 cc, dua versi, dari RM99,900
Moto Guzzi V100 Mandello yang diperkenalkan pertama kali kepada dunia November tahun 2021 kini sudah tiba di Malaysia dalam dua versi iaitu Standard dan S. Harga yang ditetapkan adalah RM99,900 untuk versi Standard dan RM117,900 untuk versi S. V100 Mandello adalah motosikal Moto Guzzi yang dikatakan paling canggih, dan turut didakwa sebagai motosikal pertama di dunia yang mempunyai ciri aerodinamik adaptif. Penghadang angin di bahagian tepi tangki V100 ini boleh naik dan turun mengikut kelajuan serta mod tunggangan, sekaligus memberikan lebih perlindungan udara kepada penunggang. Kuasa penggerak datang daripada enjin v-twin melintang 1,042 cc DOHC, yang mampu menghasilkan 115 hp dan 105 Nm tork. Ia kemudiannya dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan, yang menyampaikan kuasa ke roda belakang menggunakan sistem syaf. Penggunaan pendikit ride-by-wire, ECU Marelli 11MP dan IMU six axis menghasilkan tiga pemetaan enjin, empat tahap Traction Control serta empat mod tunggangan yang boleh dipilih untuk penunggang. Rekaan motosikal ini lebih ke arah touring, dan disebabkan itu, ia menyediakan posisi tunggangan lebih santai dengan tempat duduk gebu, serta penghadang angin hadapan yang boleh dikawal secara elektrik. Versi S yang lebih tinggi mendapat kelengkapan yang lebih berprestasi, termasuk suspensi semi aktif Ohlins Smart EC 2.0, quickshifter, pemanas tangan dan perisian Moto Guzzi MIA yang membenarkan sambungan kepada telefon bimbit untuk operasi pelbagai fungsi dan dipaparkan pada skrin TFT-LCD lima inci di bahagian kokpit. Melalui harga yang ditetapkan, motosikal ini tidak datang dengan beg barangan, dan ia, bersama pelbagai aksesori lain dijual secara berasingan. Versi Standard ditawarkan dalam warna Bianco Polare (putih) dan Rosso Magma (merah), manakala versi S disediakan dalam pilihan warna Verde 2121 (hijau) dan Grigio Avanguardia (hitam/kelabu). GALERI: Moto Guzzi V100 Mandello GALERI: Moto Guzzi V100 Mandello S
Beberapa jalan di Shah Alam ditutup 25 Jun ini untuk acara berbasikal PKNS Selangor International Race
Makluman penting untuk penduduk sekitar bandaraya Shah Alam. Beberapa jalan di sekitar bandaraya ini bakal ditutup pada Ahad, 25 Jun 2023, bagi memberikan laluan untuk acara berbasikal PKNS Selangor International Race. Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), jalan yang terlibat ialah Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Kayangan, Persiaran Hishamuddin, Persiaran Sukan, Persiaran Raja Muda, Persiaran Dato’ Menteri, Persiaran Bestari, Persiaran Serai Wangi, Jalan Kristal 7/64 dan Jalan Pegaga U12/9. Di mana jalan berkenaan akan ditutup secara berperingkat mulai jam 6 pagi hingga 12 tengahari. Manakala Jalan Indah di Seksyen 14 pula akan ditutup sepenuhnya dari tengahmalam Sabtu hingga 6 pagi pada Ahad. Jadi cara terbaik ialah mengelak dari mendekati lalua berkenaan, jika boleh. Ikuti arahan petugas dan papan isyarat yang diletakkan. Untuk peserta yang terlibat dalam acara ini, berhati-hati sewaktu menunggang basikal.
Toyota Innova Zenix 2023 di Malaysia — dari RM165k
Semalam, UMW Toyota Motor telah melancarkan secara rasmi model terbaru dalam barisan penawarannya di Malaysia, MPV Innova Zenix 2023. Model ini model serba baru, dan ditawarkan dalam dua varian, 2.0V dan juga versi hibrid, 2.0HEV. Merupakan unit CBU dari Indonesia, model generasi ketiga ini bagaimanapun tidak menggantikan model Innova sedia ada di sini. Innova Zenix memanfaatkan platform canggih Toyota New Global Architecture (TNGA) dan tidak lagi menggunakan binaan ladder frame sebelemnya. Ini menjadikannya lebih selesa sebagai kereta penumpang, dengan ukuran dimensi yang lebih luas. Ia hadir dengan 4,760 mm panjang (+20 mm), 1,795 mm tinggi dan 1,850 mm lebar (+15 mm). Lebih penting adalah pertambahan 100 mm bagi jarak antara rodanya, menjadikan 2,850 mm yang memberi kesan terhadap keluasan ruang kabin dalaman. Bagaimanapun, ia datang dengan tanda harga yang lebih mahal: masing-masing dengan harga RM165,000 dan RM202,000, tidak termasuk insuran. Ini angka yang agak jauh lebih mahal berbanding harga model sedia adanya. Oleh sebab itu, ketika ini, model Innova generasi kedua sedia ada masih akan dijual beriringan dengan model terbaru Zenix berkenaan. Dalam video ini kami ringkaskan perkara yang perlu anda tahu tentang Innova Zenix 2023. Adakah perbezaan harganya anda rasa berbaloi? Toyota Innova Zenix 2.0L HEV 2023 Toyota Innova Zenix 2.0L V 2023
Range Rover Evoque facelift 2024 – PHEV P300e 309 PS/540 Nm; bateri 14.9 kWh, jarak gerak EV 62 km
Range Rover Evoque telah menerima satu lagi naiktaraf untuk model tahun 2024, susulan peningkatan yang diterima pada pertengahan 2020. Sebelum ini, ia menerima infotainmen baharu dan enjin petrol tiga-silinder, dan terbaharu, diberikan varian yang diperkemaskan dengan reka bentuk kabin yang lebih reduktif atau penelitian yang lebih ketara. Naiktaraf tersebut melibatkan varian S, SE, Dynamic SE, Dynamic HSE dan Autobiography,dengan penjana kuasa D165 da D200 diesel hibrid ringkas serta enjin P160, P200 dan P250 petrol hibrid ringkas serta varian tertinggi dengan P300e petrol plug-in hybrid tiga-silinder. Memfokuskan pada varian P300e, ia menampilkan unit 1.598 cc petrol tiga-silinder sebaris dengan belt-integrated starter-generator dan motor elektrik gandar belakang, di mana gabungan ini mampu menghamburkan keseluruhan kuasa mencecah 309 PS pada 5,500 rpm dan tork 540 Nm dari 2,000 hingga 2,500 rpm. Ia membolehkan SUV ini dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.4 saat dan kelajuan maksimum cecah 213 km/j. Pacuan elektriknya disalurkan dari bateri 14.9 kWh di mana JLR berkata ia mampu menawarkan sehingga 62 km bagi pemanduan elektrik sepenuhnya, atau 48 km bagi pemanduan real-world EV. P300e boleh menggunakan pengecas pantas DC untuk mengecas bateri dalam 30 minit sekiranya menggunakan pengecas pantas DC 50 kW, atau 0-100% cas penuh dalam tempoh dua jam jika menggunakan pengecas rumah 7 kW. Varian penjana kuasa bagi barisan Evoque 2024 yang lain menampilkan elektrifikasi hibrid ringkas, menggunakan belt-integrated starter-generator (BISG) untuk memulihkan tenaga dan disimpan di dalam storan bateri 48-voltan. Kesemua varian juga menampilkan sistem AWD, kecuali model asas P160 FWD petrol dan D165 FWD diesel yang merupakan varian tunggal dalam barisan Evoque 2024 yang diberikan kotak gear manual enam-kelajuan. Selebihnya, diberikan kota gear automatik sembilan-kelajuan, kecuali P160 FWD petrol dan model tertinggi P300e PHEV yang menggunakan transmisi automatik lapan-kelajuan. Ciri baharu pada bahagian kabinnya termasuklah bahagian tengah yang diberikan skrin sesentuh ‘terapung’ 11.4-inci, sama seperti yang ada pada model Velar dan Land Rover Discovery Sport, dan lebih kecil berbanding unit 13.1-inci pada Range Rover dan Range Rover Sport. Rekaan kabin juga diberikan lebih penelitian termasuk menampillkan kelengkapan infotainmen Pivi Pro, di mana semua fungsi utama kenderaan boleh diakses menerusi paparan skrin sesentuh. Selain itu, kawalan suhu, audio dan tempat duduk diletakkan pada sidebar baharu dengan kawalan gelangsar pelbagai-fungsi untuk setiap sisi. Malahan Terrain Response 2 kini juga boleh diakses menerusi sistem infotainmen Pivi Pro, berserta dengan pemilihan mod pemanduan seperti Eco, Comfort, Grass-Gravel-Snow, Mud-Ruts, Sand, Dynamic dan Automatic. Butang maya juga menawarkan akses kawalan untuk suhu pendingin hawa hadapan, kamera, navigasi dan tahap audio. Ketersambungan telefon pintar pula menerusi Apple Carplay dan Android Auto, kedua-duanya tanpa wayar, sementara pengecas peranti tanpa wayar diletakkan di konsol tengah. Ketersepaduan Amazon Alexa antara infotainmen Pivi Pro bertindak mengawal suara, sementa kamera juga boleh memberikan paparan 3D Surround View, ClearSight Ground View dan ClearSight Interior Rear View yang menambah jarak penglihatan pemandu. Perisian juga menerima kemaskini untuk sistem yang secara automatik akan dihantar secara terus, selain turut menampilkan Remote App yang menawarkan pengguna untuk mengakses status kenderaan serta fungsi untuk mengunci dan membuka kunci kenderaan, pra-pendingin hawa kabin dan penjadualan pengecasan bateri menerusi telefon pintar. ProEXR File Description =Attributes= channels (chlist) compression (compression): Zip dataWindow (box2i): [0, 0, 9999, 7499] displayWindow (box2i): [0, 0, 9999, 7499] lineOrder (lineOrder): Increasing Y nuke/full_layer_names (int): 0 nuke/node_hash (string): “7db7df0c18076710” nuke/version (string): “10.0v3” pixelAspectRatio (float): 0.99975 screenWindowCenter (v2f): [0, 0] screenWindowWidth (float): 1 type (string): “scanlineimage” version (int): 1 =Channels= A (half) B (half) DLR.alpha (half) DLR.blue (half) DLR.green (half) DLR.red (half) G (half) R (half) ao.blue (half) ao.green (half) ao.red (half) ao_tight.blue (half) ao_tight.green (half) ao_tight.red (half) body.alpha (half) brakeDisk.alpha (half) brakes.alpha (half) fresnel.blue (half) fresnel.green (half) fresnel.red (half) grill.alpha (half) grillLower.alpha (half) lighting.blue (half) lighting.green (half) lighting.red (half) lights.alpha (half) normals.X (half) normals.Y (half) normals.Z (half) pings.alpha (half) pings.blue (half) pings.green (half) pings.red (half) plastic.alpha (half) reflect.blue (half) reflect.green (half) reflect.red (half) refract.blue (half) refract.green (half) refract.red (half) rimDetail.alpha (half) rims.alpha (half) roof.alpha (half) sideVent.alpha (half) specular.blue (half) specular.green (half) specular.red (half) tyreTread.alpha (half) tyreWall.alpha (half) tyresAll.alpha (half) win.alpha (half) Pengurusan kualiti udara dikendalikan oleh sistem Cabin Air Purification Plus yang pertama kali diberikan untuk Evoque, yang diberikan secara standard untuk varian Autobiography atau pun yang pilih Comfort Pack. Ia menampilkan penapis PM2.5 dan pengurusan karbon dioksida, mengawal tahap CO2 antara kabin untuk membantu kepekaan pemandu. Fungsi Purify boleh diaktifkan menerusi sistem infotainmen Pivi Pro, membantu mengurangkan tahap alergen dan zarah. Upholstery untuk Evoque 2024 diberikan fabrik campuran Kvadrat wool dengan kulit asli sama ada dengan perincian Moonlight Chrome, yang melengkapi kemasan Technical Light Anodised atau Dark Anodised Aluminium bergantung pada varian, atau Shadow Grey Ash Veneer untuk Autobiography. Range Rover Evoque 2024 kini boleh ditempah di United Kingdom, dan harganya bermula dari 40,080 pounds sterling (RM236,351) di UK. ProEXR File Description =Attributes= channels (chlist) compression (compression): Zip dataWindow (box2i): [0, 0, 9999, 7499] displayWindow (box2i): [0, 0, 9999, 7499] lineOrder (lineOrder): Increasing Y nuke/full_layer_names (int): 0 nuke/node_hash (string): “7db7df0c18076710” nuke/version (string): “10.0v3” pixelAspectRatio (float): 0.99975 screenWindowCenter (v2f): [0, 0] screenWindowWidth (float): 1 type (string): “scanlineimage” version (int): 1 =Channels= A (half) B (half) DLR.alpha (half) DLR.blue (half) DLR.green (half) DLR.red (half) G (half) R (half) ao.blue (half) ao.green (half) ao.red (half) ao_tight.blue (half) ao_tight.green (half) ao_tight.red (half) body.alpha (half) brakeDisk.alpha (half) brakes.alpha (half) fresnel.blue (half) fresnel.green (half) fresnel.red (half) grill.alpha (half) grillLower.alpha (half) lighting.blue (half) lighting.green (half) lighting.red (half) lights.alpha (half) normals.X (half) normals.Y (half) normals.Z (half) pings.alpha (half) pings.blue (half) pings.green (half) pings.red (half) plastic.alpha (half) reflect.blue (half) reflect.green (half) reflect.red (half) refract.blue (half) refract.green (half) refract.red (half) rimDetail.alpha (half) rims.alpha (half) roof.alpha (half) sideVent.alpha (half) specular.blue (half) specular.green (half) specular.red (half) tyreTread.alpha (half) tyreWall.alpha (half) tyresAll.alpha (half) win.alpha (half) ProEXR File Description =Attributes= channels (chlist) compression (compression): Zip dataWindow (box2i): [-50, -50, 10049, 5674] displayWindow (box2i): [0, 0, 9999, 5624] lineOrder (lineOrder): Increasing Y nuke/full_layer_names (int): 0 nuke/node_hash (string): “e91414669f41def1” nuke/version (string): “10.0v3” pixelAspectRatio (float): 0.99975 screenWindowCenter (v2f): [0, 0] screenWindowWidth (float): 1 type (string): “scanlineimage” version (int): 1 =Channels= A (half) B (half) Dome.blue (half) Dome.green (half) Dome.red (half) G (half) R (half) ao.blue (half) ao.green (half) ao.red (half) ao_tight.blue (half) ao_tight.green (half) ao_tight.red (half) body.alpha (half) fresnel.blue (half) fresnel.green (half) fresnel.red (half) grill.alpha (half) lighting.blue (half) lighting.green (half) lighting.red (half) lights.alpha (half) normals.X (half) normals.Y (half) normals.Z (half) plastic.alpha (half) refOp2.alpha (half) refOp2.blue (half) refOp2.green (half) refOp2.red (half) reflect.blue (half) reflect.green (half) reflect.red (half) refract.blue (half) refract.green (half) refract.red (half) roof.alpha (half) sideVent.alpha (half) specular.blue (half) specular.green (half) specular.red (half) tyresAll.alpha (half) win.alpha (half) ProEXR File Description =Attributes= channels (chlist) compression (compression): Zip dataWindow (box2i): [-50, -50, 10049, 5674] displayWindow (box2i): [0, 0, 9999, 5624] lineOrder (lineOrder): Increasing Y nuke/full_layer_names (int): 0 nuke/node_hash (string): “e91414669f41def1” nuke/version (string): “10.0v3” pixelAspectRatio (float): 0.99975 screenWindowCenter (v2f): [0, 0] screenWindowWidth (float): 1 type (string): “scanlineimage” version (int): 1 =Channels= A (half) B (half) Dome.blue (half) Dome.green (half) Dome.red (half) G (half) R (half) ao.blue (half) ao.green (half) ao.red (half) ao_tight.blue (half) ao_tight.green (half) ao_tight.red (half) body.alpha (half) fresnel.blue (half) fresnel.green (half) fresnel.red (half) grill.alpha (half) lighting.blue (half) lighting.green (half) lighting.red (half) lights.alpha (half) normals.X (half) normals.Y (half) normals.Z (half) plastic.alpha (half) refOp2.alpha (half) refOp2.blue (half) refOp2.green (half) refOp2.red (half) reflect.blue (half) reflect.green (half) reflect.red (half) refract.blue (half) refract.green (half) refract.red (half) roof.alpha (half) sideVent.alpha (half) specular.blue (half) specular.green (half) specular.red (half) tyresAll.alpha (half) win.alpha (half) ProEXR File Description =Attributes= channels (chlist) compression (compression): Zip dataWindow (box2i): [0, 0, 9999, 7499] displayWindow (box2i): [0, 0, 9999, 7499] lineOrder (lineOrder): Increasing Y nuke/full_layer_names (int): 0 nuke/node_hash (string): “9d92e439a62124dd” nuke/version (string): “10.0v3” pixelAspectRatio (float): 0.99975 screenWindowCenter (v2f): [0, 0] screenWindowWidth (float): 1 type (string): “scanlineimage” version (int): 1 =Channels= A (half) B (half) DLR.alpha (half) DLR.blue (half) DLR.green (half) DLR.red (half) G (half) R (half) ao.blue (half) ao.green (half) ao.red (half) ao_tight.blue (half) ao_tight.green (half) ao_tight.red (half) body.alpha (half) brakeDisk.alpha (half) brakes.alpha (half) fresnel.blue (half) fresnel.green (half) fresnel.red (half) grill.alpha (half) grillLower.alpha (half) lighting.blue (half) lighting.green (half) lighting.red (half) lights.alpha (half) normals.X (half) normals.Y (half) normals.Z (half) pings.alpha (half) pings.blue (half) pings.green (half) pings.red (half) plastic.alpha (half) reflect.blue (half) reflect.green (half) reflect.red (half) refract.blue (half) refract.green (half) refract.red (half) rimDetail.alpha (half) rims.alpha (half) roof.alpha (half) sideVent.alpha (half) specular.blue (half) specular.green (half) specular.red (half) tyreTread.alpha (half) tyreWall.alpha (half) tyresAll.alpha (half) win.alpha (half) ProEXR File Description =Attributes= channels (chlist) compression (compression): Zip dataWindow (box2i): [0, 0, 9999, 7499] displayWindow (box2i): [0, 0, 9999, 7499] lineOrder (lineOrder): Increasing Y nuke/full_layer_names (int): 0 nuke/node_hash (string): “b76250721efbf935” nuke/version (string): “10.0v3” pixelAspectRatio (float): 0.99975 screenWindowCenter (v2f): [0, 0] screenWindowWidth (float): 1 type (string): “scanlineimage” version (int): 1 =Channels= A (half) B (half) DLR.alpha (half) DLR.blue (half) DLR.green (half) DLR.red (half) G (half) R (half) ao.blue (half) ao.green (half) ao.red (half) ao_tight.blue (half) ao_tight.green (half) ao_tight.red (half) body.alpha (half) brakeDisk.alpha (half) brakes.alpha (half) fresnel.blue (half) fresnel.green (half) fresnel.red (half) grill.alpha (half) grillLower.alpha (half) lighting.blue (half) lighting.green (half) lighting.red (half) lights.alpha (half) normals.X (half) normals.Y (half) normals.Z (half) pings.alpha (half) pings.blue (half) pings.green (half) pings.red (half) plastic.alpha (half) reflect.blue (half) reflect.green (half) reflect.red (half) refract.blue (half) refract.green (half) refract.red (half) rimDetail.alpha (half) rims.alpha (half) roof.alpha (half) sideVent.alpha (half) specular.blue (half) specular.green (half) specular.red (half) tyreTread.alpha (half) tyreWall.alpha (half) tyresAll.alpha (half) win.alpha (half) ProEXR File Description =Attributes= capDate (string): “2023:05:24 18:44:56” channels (chlist) compression (compression): Zip16 dataWindow (box2i): [0, 0, 9999, 9999] displayWindow (box2i): [0, 0, 9999, 9999] dwaCompressionLevel (float): 45 lineOrder (lineOrder): Increasing Y pixelAspectRatio (float): 1 rs/camera/DOFAspect (float): 1 rs/camera/DOFFocusDistance (float): 100 rs/camera/DOFRadius (float): 1 rs/camera/FStop (float): 8 rs/camera/allowOverexpDesat (int): 1 rs/camera/allowedOverexp (float): 0.1 rs/camera/aperture (v2f): [2.41142, 2.41142] rs/camera/aspect (float): 1 rs/camera/blackCrushAmount (float): 0 rs/camera/blackCrushThresh (float): 0.25 rs/camera/cdm2 (float): 10000 rs/camera/farPlane (float): 6000 rs/camera/fov (float): 20.4243 rs/camera/iso (float): 100 rs/camera/nearPlane (float): 10 rs/camera/saturation (float): 1 rs/camera/shift (v2f): [0, 0] rs/camera/shutterRatio (float): 100 rs/camera/transform (m44f): [{-0.489991, -0.0160142, 0.87158, -318.58}, {-8.09474e-05, 0.999832, 0.0183251, 70}, {0.871727, -0.00890859, 0.48991, -818.098}, {0, 0, 0, 1}] rs/camera/vignetting (float): 1 rs/camera/whitepoint (v3f): [1, 1, 1] rs/hostname (string): “GPU-03-LONGFORM” rs/version (string): “3.0.34” screenWindowCenter (v2f): [0, 0] screenWindowWidth (float): 1 type (string): “scanlineimage” =Channels= Z (float) ProEXR File Description =Attributes= channels (chlist) compression (compression): Zip dataWindow (box2i): [-165, -165, 10164, 5789] displayWindow (box2i): [0, 0, 9999, 5624] lineOrder (lineOrder): Increasing Y nuke/full_layer_names (int): 0 nuke/node_hash (string): “56f36ac7af18c1df” nuke/version (string): “10.0v3” pixelAspectRatio (float): 0.99975 screenWindowCenter (v2f): [0, 0] screenWindowWidth (float): 1 type (string): “scanlineimage” version (int): 1 =Channels= A (half) B (half) G (half) R (half) ao.blue (half) ao.green (half) ao.red (half) ao_tight.blue (half) ao_tight.green (half) ao_tight.red (half) binGlass.alpha (half) chrome.alpha (half) dash.alpha (half) fresnel.blue (half) fresnel.green (half) fresnel.red (half) ip.alpha (half) lighting.blue (half) lighting.green (half) lighting.red (half) normals.X (half) normals.Y (half) normals.Z (half) plastic.alpha (half) plasticGloss.alpha (half) reflect.blue (half) reflect.green (half) reflect.red (half) refract.blue (half) refract.green (half) refract.red (half) sWheel.alpha (half) screen.alpha (half) screenF.alpha (half) specular.blue (half) specular.green (half) specular.red (half)
Toyota GR86 Trueno Edition 2024 – hanya untuk pasaran AS & Kanada, kenang AE86 Sprinter Trueno
Toyota telah pun memperkenalkan model edisi terhad untuk kereta sport GR86 yang digelar sebagai Toyota GR86 Trueno Edition. Walau bagaimanapun, model ini dihasilkan hanya untuk pasaran Amerika Syarikat dan Kanada, dan ia diperkenalkan sekali dengan model asas GR86 dalam varian asas yang dikemaskini untuk tahun 2024 bagi kedua-dua pasaran tersebut. Seperti namanya, model ini adalah untuk mengenang kembali kereta sport AE86 asli dalam versi Sprinter Trueno, yang popular dalam anime dan komik Initial D, serta sinonim dengan pelumba lagenda Jepun iaitu ‘The Drift King’ Keiichi Tsuchiya. Apa yang menarik, nama Sprinter Trueno ini sebenarnya tidak pernah digunakan pada AE86 untuk pasaran Amerika Utara, kerana di pasaran tersebut AE86 dijual dari tahun 1984 hingga 1987 dengan nama Corolla Sport GT-S Liftback. GR86 Trueno Edition ini dihasilkan hanya 860 unit untuk Amerika Utara dan 50 unit daripadanya adalah untuk pasaran Kanada. Jadi ia tidak akan dihasilkan dalam versi pemanduan sebelah kanan, dan mungkin ia tidak akan muncul dalam pasaran kereta recond yang diimport dari Jepun pada masa akan datang. Setiap unit model edisi terhad ini akan menerima plat khas yang akan diletak pada papan pemuka bahagian pemandu yang diberikan untuk mengesahkan keasliannya. Model ini diasaskan dari GR86 gred Premium untuk pasaran Amerika Syarikat. Pada sebelah luar ia diberikan perincian yang diinsipirasikan dari AE86 Sprinter Trueno, terutamanya tema warna badan dua-tona dengan bonet hadapan dan juga grafik sisi badan yang berwarna hitam. Hanya dua warna badan ditawarkan untuk Trueno Edition ini iaitu putih Halo (sinonim dengan warna hitam-putih ‘panda’ Trueno yang digunakan oleh hero Initial D iaitu Fujiwara Takumi) dan juga merah Track bRed. Tema dua tona pada model ini turut diserlahkan dengan kemasan hitam lain yang diberikan pada bampar hadapan, pembuka pintu, cermin sisi dan juga spoiler ‘ekor itik’ di belakang. Ia juga diberikan rim aloi 18-inci 10-jejari dalam kemasan hitam berkilat yang diinspirasikan dari rim ‘pisang’ RS Watanabe yang juga sinonim dengan AE86 Sprinter Trueno ‘Kedai Tauhu Fujiwara’. Rupa luaran GR86 edisi istimewa ini dilengkapkan dengan emblem Trueno Edition pada bampar hadapan dan penutup but belakang. Model ini masih dijana oleh enjin FA24 2.4 liter boxer NA, menghasilkan kuasa 231 PS (228 hp) dan tork maksima 249 Nm yang sama seperti GR86 standard. Untuk model Trueno Edition pasaran AS, ia diberikan pilihan kotak gear automatik enam-kelajuan dan juga kotak gear enam-kelajuan manual. Namun bagi model pasaran Kanada, ke semua 50-unit tersebut hanya datang dengan kotak gear manual Kuasa masih hanya dialirkan ke roda belakang dengan gandar yang dilengkapi LSD jenis Torsen. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat bagi model manual dan 6.9 saat untuk versi automatik. Apa yang lebih istimewa, GR86 Trueno Edition ini didatangkan standard dengan Performance Package yang terdiri dari penyerap hentak ZF Sachs dan juga set brek dari Brembo – pakej ini ditawarkan sebagai ciri opsyen sekiranya pembeli memilih GR86 gred Base atau Premium di AS. Menurut Toyota, penyerap hentak ZF Sachs berkenaan menggunakan nitrogen dan juga minyak bertekanan tinggi dan direka bagi menyerap getaran dalam variasi kelajuan lebih luas, memaksimakan hubungan tayar dengan permukaan jalan, serta menyokong stereng yang lebih berat dan stabil, dalam masa yang sama turut memberikan keseimbangan antara tindak balas jalan raya dan juga keselesaan. Manakala untuk set brek Brembo pula, ia terdiri dari angkup empat omboh di hadapan dan dua omboh di belakang (kesemuanya dalam kemasan merah), digandingkan denaan cakera 12.8 x 1.3-inci di hadapan dan 12.4 x 0.79-inci di belakang. Ini membolehkan pad brek mencengkam bahagian seluas 11.6-inci pada cakera hadapan dan 4.9-inci pada cakera belakang. Pada bahagian kabin, model edisi terhad ini diberikan tempat duduk sport yang dibalut oleh gabungan Ultrasuede dan kulit berwarna merah. Kemasan merah turut boleh dilihat pada panel pintu serta serlahan benang jahitan pada roda stereng balutan kulit dan juga sarung tuil gear. Tombol gear pula diberikan logo Trueno pada plat petunjuk paten tukaran gear di atasnya. Ia juga diberikan perincian lain yang sama seperti GR86 gred Premium termasuk skrin sesentuh sistem infotainmen lapan-inci dengan hubungan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem audio premium dengan lapan-pembesar suara. Bagi model GR86 Trueno Edition dan juga gred lain untuk model 2024 dengan kotak gear manual kini sudah ditawarkan dengan pakej bantuan pemanduan yang menggunakan kamera stereo. Ia termasuk sistem brek kecemasan automatik, cruise control adaptif, amaran keluar lorong, bantuan lampu tinggi, amaran mula bergerak kenderaan hadapan dan juga Sway Warning. Toyota GR86 Trueno Edition ini akan mula dijual di Amerika Syarikat dan Kanada bermula musim sejuk akan datang. Harganya juga akan diumumkan ketika ia mula dijual nanti. Sedikit lagi trivia untuk AE86, kereta sport yang diasaskan dari Corolla berkenaan dijual dalam dua bentuk badan di Jepun iaitu liftback tiga-pintu dan juga coupe dua-pintu. Ia juga sebenarnya ditawarkan sebagai kembar dengan dua muka berbeza dikenali sebagai Corolla Levin (dengan lamu hadapan tetap dan gril lebih tebal) dan juga Sprinter Trueno (lampu hadapan yang boleh dilipat kedalam untuk muncung yang lebih tirus). Levin adalah bahasa Inggeris lama yang bermaksud ‘kilat’, manakala Trueno pula dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘guruh’ – kedua-dua kembar ini juga dijual oleh pengedar berbeza di Jepun. Untuk sejarah yang lebih mendalam berkenaan kembar ‘Kilat dan Guruh’ ini boleh anda baca pada PAUTAN INI.
Toyota Innova sedia ada masih dijual bersama Zenix
Dengan pelancaran model generasi ketiga Toyota Innova Zenix 2.0L V dan 2.0L HEV 2023 dengan harga masing-masing yang lebih mahal iaitu RM165k dan RM202k, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa beza harganya agak jauh dari model lama. Yang sebetulnya, Innova Zenix tidak menggantikan Innova sedia ada dalam pasaran tempatan — Innova 2.0E, Innova 2.0G dan Innova 2.0X — walaupun masing-masing dari generasi yang berbeza. Innova Zenix 2023 generasi ketiga ini diposisikan sebagai penawaran yang lebih premium bagi Innova sebelum ini, dan kedua-dua model berkenaan akan dijual bersekali. Bagi UMW Toyota, ini adalah untuk memberi pilihan kepada pasaran — Innova sedia ada merupakan model CKD dengan harga yang lebih rendah, manakala Zenix merupakan model CBU Indonesia dengan harga dan kelengkapan yang lebih premium. Innova 2.0E ketika ini dijual pada harga RM123,880, manakala Innova 2.0G pula dijual pada harga RM133,880. Varian paling tingginya pula, Innova 2.0X dijual pada harga RM141,880. Ketiga-tiganya belum termasuk insuran. Model yang berbeza generasi ini juga membawa kelengkapan yang berbeza, sebagai justifikasi kepada harga yang diberikan untuk masing-masing. Sebagai contoh, Innova generasi kedua sedia ada menggunuakan binaan ladder frame yang sama seperti Hilux dan Fortuner, sementara Innova Zenix 2023 yang terbaru pula telah beralih kepada platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang lebih canggih. Ini juga merupakan kali pertama yang membolehkan Innova ditawarkan dalam versi hibrid. Selain itu, Innova generasi kedua sedia ada merupakan model pemasangan tempatan (CKD), manakala Innova Zenix 2023 yang terbaru pula adalah pemasangan CBU dari Indonesia. Semua faktor ini menjadikan perbezaan penawaran yang ada diantara keduanya, dengan model Zenix terbaru menjadi penawaran dan pilihan yang lebih premium untik pasaran Malaysia. Toyota Innova 2.0X
Toyota Innova Zenix 2023 kini di M’sia — hibrid, 2.0L Dynamic Force, TNGA, 186 PS/205 Nm; dari RM165k
UMW Toyota (UWMT) dengan rasminya telah memperkenalkan model terbaru dalam barisan penawaran syarikat itu untuk pasaran Malaysia, model generasi ketiga yang dikenali dengan nama Innova Zenix. Diperkenalkan pertama kali di Indonesia pada November tahun lalu, MPV dengan penggayaan SUV ini hadir dalam dua versi, iaitu petrol dan juga hybrid electric vehicle (HEV), masing-masing dengan harga RM165,000 dan RM202,000, tidak termasuk insuran. Ia merupakan unit CBU dari Indonesia. Berbanding Innova generasi kedua sebelum ini yang dipasang di sini (Innova 2.0E, 2.0G dan 2.0X), harga berkenaan memang banyak meningkat. Ini kerana, Innova Zenix disifatkan sebagai penawaran sebuah model baru yang lebih premium bagi Innova biasa tersebut, yang masih akan tetap dijual beriringan dengan model Zenix terbaru ini. Innova Zenix ini mempunyai ukuran dimensi yang lebih besar berbanding model lama, dengan 4,760 mm panjang (+20 mm), 1,795 mm tinggi dan 1,850 mm lebar (+15 mm). Lebih penting adalah pertambahan 100 mm bagi jarak antara rodanya, menjadikan 2,850 mm yang memberi kesan terhadap keluasan ruang kabin dalaman. Ini boleh dicapai kerana Zenix tidak lagi menggunakan binaan ladder frame seperti model sebelumnya, sebaliknya telah beralih menggunakan platform terkini dan maju, Toyota New Global Architecture (TNGA). Penggunaan platform TNGA ini membawa banyak kelebihan kepada Innova Zenix. Antaranya, ia membolehkan versi hibrid turut diperkenalkan. Selain itu, Innova Zenix ini juga 170 kg lebih ringan berbanding model sebelumnya, sekaligus membolehkan kecekapan bahan apinya dipertingkatkan, serta kemampuan prestasi dan pecutan diperbaiki. Untuk suspensi, Zenix memanfaatkan jenis MacPherson struts di depan manakala di belakang menggunakan jenis torsion beam. Radius pusingan MPV ini ialah 5.67 meter, dan jarak kelegaan tanahnya pula adalah 185 mm. Innova Zenix juga hadir dengan penampilan serba baru yang lebih menarik. Lampu utama LED dengan ciri Auto High Beam (AHB) dengan rekaan tirus serta rekaan gril yang luas dengan kemasan berkilat dan juga bahagian bampar yang lebih menonjol menyerlahkan perbezaannya berbanding yang lama. Untuk rim, kedua-dua versi yang ditawarkan ini menggunakan saiz 18-inci, dengan profil tayar 255/50. Bahagian belakang pula lebih cenderung untuk memperlihatkan gaya SUV dengan rekaan lebih bersegi dan ringkas, dengan lampu LED yang tirus serta cermin belakang yang lebih berpetak. Ada juga pemanas haba kabus padanya, serta pengilap cermin turut diberikan sekali. Secara keseluruhan, Zenix tampil lebih bersegi dengan penggayaan yang lebih menjuruskannya sebagai sebuah SUV. Bahagian dalam Zenix diberikan lebih banyak sentuhan premium. Banyak permukaan lembut digunakan. Rekaan papan pemukanya ringkas, tetapi tampil elegan dengan skrin sentuh di tengah bersaiz 10.1-inci untuk kawalan infotainmen. Ia juga hadir dengan samungan Apple CarPlay tanpa wayar, dan sambungan Android Auto dengan wayar. Paparan panel instrumen untuk pemandu pula bersaiz tujuh-inci dengan warna penuh untuk memudahkan pemandu melihat paparan info pemanduan yang ada. Corong pendingin hawa berasingan ada diberikan untuk penumpang belakang. Bagaimanapun, walaupun Zenix ini dipromosikan sebagai kenderaan dengan lapan dan tujuh-tempat duduk, barisan ketiganya hanya selesa untuk memuatkan dua penumpang dewasa dalam satu masa. Jika penumpang kanak-kanak, mungkin ia boleh menjadi selesa untuk memuatkan tiga orang. Untuk keselesaan pengguna, slot USB dan dua soket 12V turut tersedia. Membezakan antara model V biasa dengan model hibrid adalah beberapa perkara. Pertama, tempat duduk barisan kedua: versi HEV hadir dengan kerusi kapten yang terpisah berbanding kerusi panjang biasa. Kedua, HEV mempunyai bumbung panoramik kaca yang luas yang tiada bagi versi petrol biasa. Dan ketiga, versi HEV ada pertambahan mod pemanduan — empat keseluruhannya; Normal, Power, Eco, EV — sementara versi petrol hanya ada dua: Normal dan Eco. Perlu dinyatakan yang kerusi kapten bagi versi hibrid Zenix, walaupun memberikan ruang lebih selesa untuk penumpang, masih perlu dilaraskan secara manual. Tidak ada butang sekali sentuh atau larasan automatik untuk mengendalikannya. Ini akan memberikan kesan kepada pergerakan keluar-masuk untuk kerusi barisan ketiga, kerana memerlukan orang lain untuk melaraskannya dari luar, untuk lebih mudah. Ini satu kekurangan yang sepatutnya boleh di atasi, tambahan pula untuk sebuah MPV dengan tanda harga seperti itu. Lagi kelebihan Innova Zenix susulan ia memanggunakan platform TNGA maju ini adalah unit jana kuasa yang melengkapinya. Ia menggunakan enjin termaju Toyota ketika ini, yang turut dikongsi bersama model-model lebih premium dan berprestasi yang lain: unit Dynamic Force M20A 2.0L empat-silinder 16-injap DOHC untuk kedua-duanya. Versi petrol model ini menjana sebanyak 174 PS pada 6,600 rpm dan 205 Nm antara 4,500 hingga 4,900 rpm. Bagi versi hibridnya pula, Zenix dilengkapi dengan sistem janaan hibrid generasi kelima dengan Permanent Magnet Synchronous Motor bergandingan bersama enjin petrolnya. Ia jika lebih cekap kuasa dengan adanya ciri D4-S (Direct & Port Injection), serta enjin kitaran Atkinson dengan kecekapan haba 41% yang paling baik dalam kelasnya ketika ini. Ada juga bateri 6.5 Ahr nickel-metal hydride (Ni-Mh) yang membekalkan kuasa kepada motor elektrik. Keseluruhan sistem hibrid ini memberikan janaan kuasa sebanyak 186 PS dan 206 Nm. Untuk transmisi pula, versi petrol menggunakan unit K120 Direct Shift CVT 10-kelajuan dengan Sequential Shiftmatic, yang menawarkan lebih kecekapan dan kesenyapan. Model HEV pula memanfaatkan transmisi E-CVT. Bagi aspek keselamatan, Innova Zenix cukup mengkagumkan. Ia merupakan model pertama yang dilengkapi dengan ciri Toyota Safety Sense 3.0 (TSS 3.0). Ia antaranya terdiri daripada lima ciri utama — sistem pra perlanggaran (PCS); kawalan melayar radar dinamik (DRCC); lampu tinggi automatik (AHB); amaran penukaran lorong (LDA); bantuan mengekalkan lorong (LTA); dan bantuan papan tanda jalan (RSA). TSS 3.0 ini menggunakan kamera dan juga radar yang terletak di gril depan untuk meningkatkan kecekapannya, terutama dalam keadaan cuaca buruk. Antara kelebihan dengan sistem baru ini adalah fungsi RSA dan DRCC-nya. Dengan mengesan papan tanda di jalan raya, kelajuan DRCC yang telah ditetapkan pada awalnya, misalnya 110 km/j, boleh dikurangkan kepada 90 km/j secara automatik sekiranya sistem mengesan papan tanda di kawasan yang memerlukannya mengurangkan kelajuan seperti itu. Dengan ciri PCS pula, ia tidak hanya akan mengaktifkan AEB ketika berdepan dengan kenderaan, basikal atau pejalan kaki, sebaliknya ia boleh juga memberi maklum balas di persimpangan untuk menghindari perlanggaran dengan aliran trafik bertentangan arah. PSC juga telah dilengkapi dengan bantuan kecemasan stereng (ESA) dan pengurangan kelajuan dalam kelajuan rendah untuk mengelakkan perlanggaran tidak sengaja. Zenix juga dilengkapi dengan sistem peninjau titik buta dan amaran lintasan trafik di belakang. Untuk membantu memudahkan pemandu di ruang letak kereta, peninjau pemandangan panoramik (PVM) ada tersedia, dengan paparannya boleh diubah untuk memerhatikan beberapa sudut berlainan. Selain itu, perakan video digital juga ada diberikan. Ciri keselamatan lain yang ada termasuklah enam beg udara, VSC, ABS, kawalan bantuan mula mendaki serta ISOFIX. Innova Zenix juga datang lengkap dengan sistem telematik kenderaan (VTS) sebagai standard. Sistem ini akan memudahkan pengesanan kenderaan anda sekiranya dicuri. Untuk jaminan, Zenix datang dengan jaminan standard lima-tahun tanpa had perbatuan, dan boleh dipindahkan kepada pemilik berikutnya selagi masih dalam tempoh jaminan. bagi versi HEV pula, ia diberikan jaminan sehingga lapan-tahun (juga tanpa had perbatuan). Ia tidak hanya melibatkan jaminan untuk bateri hibrid saja, malahan termasuk juga untuk inverter dan Power Management Control ECU. Toyota Innova Zenix 2.0L HEV 2023 Toyota Innova Zenix 2.0L V 2023
Toyota Alphard dan Vellfire 2023 dilancar di Jepun – lebih mewah, lebih luas, guna platform TNGA
Selepas beberapa imej yang bocor, kini secara rasmi kembar MPV Toyota Alphard dan Vellfire generasi baharu didedahkan di Jepun. Kedua-dua model serba baharu ini sudah pun boleh beli oleh pelanggan di Jepun mulai hari ini dengan harga bermula 5.4 juta yen (RM177,170) hingga 8.72 juta yen (RM286,096) untuk Alphard dan antara 6.55 juta yen (RM214,900) sehingga 8.92 juta yen (RM292,658) untuk Vellfire. Model generasi keempat ini diasaskan dari platform Toyota New Global Architecture (TNGA), atau lebih spesifik ia menggunakan platfrom TNGA dari versi GA-K. Menurut Toyota, kerangka baharu untuk Alphard dan Vellfire ini menampilkan asas lurus serta pendakap berbentuk-V pada bahagian bawahnya bagi memberikan kadar ketegaran 50% lebih kuat berbanding model sebelumnya. Toyota turut mengoptimakan penggunaan perekat struktur bagi mengehadkan perubahan bentuk badan serta mencapai “kendalian dan kestabilan luar biasa”. Dengan platform TNGA ini juga, Alphard dan Vellfire menampilkan konfigurasi suspensi topang McPherson pada sebelah hadapan serta double wishbone di belakang. Untuk varian-varian tertentu, MPV ini dipadankan dengan penyerap hentak yang mampu melaras daya redaman secara mekanikal berdasarkan frekuensi dan getaran yang dipindahkan dari permukaan jalan. Manakala pada tempat duduk, Toyota memadankan set getah bushing pada bahagian yang melekat pada kerangka kusyen serta busa bermemori bagi mengurangkan getaran sehingga 30%. Saiz bagi kedua-dua kembar MPV ini dilihat hampir sama seperti model generasi sebelumnya – ia lebih panjang dengan ukuran 4,995 mm, tetapi lebar dan jarak roda kekal masing-masing 1,850 mm dan 3,000 mm. Manakala tinggi untuk Alphard dan Vellfire 2023 ini adalah berbeza dari 1,935 mm dan 1,945 mm bergantung pada model dan varian. Menurut Toyota, saiz MPV ini perlu dikekalkan sedemikian rupa dan tidak dibesarkan lagi kerana ia perlu mengikut saiz sistem parkir automatik di Jepun dengan had panjang 5,000 mm dan lebar 1,850 mm. Namun dengan susunan semula yang dibuat, pasukan pembangunan model baharu ini berjaya memberikan ruang 5mm lebih luas antara tempat duduk hadapan dan baris kedua, serta 10 mm antara tempat duduk baris kedua dengan baris ketiga. Toyota Alphard (atas) dan Vellfire (bawah) Ia dapat dilakukan dengan mengubahsuai posisi pemanduan dan juga struktur tempat duduk baris kedua, menipiskan kedua-dua belah panel kemasan suku pada tempat duduk baris ketiga dan panel kemasan pintu belakang dengan kadar sekitar 0.1 mm, dakwa Toyota. Dengan dimensi ini juga membuatkan Alphard dan Vellfire masih lagi nampak ‘berkotak’ seperti model generasi sebelumnya. Toyota menyatakan bahawa model serba baharu ini direka dengan konsep “berkuasa dan memberikan impak mewah” bagi “mewujudkan rasa solid pada kenderaan, seperti seekor lembu jantan yang sedang bertempur sepenuhnya”. Seperti sebelum ini, Alphard tampil dengan imej lebih eksklusif dan mewah, manakala Vellfire pula datang dengan gaya lebih sporty. Untuk Alpahrd, ia menerima gril bersaiz besar bersama elemen bersalut krom, diapit dengan lampu hadapan LED yang lebih tirus serta jalur lampu nyalaan siang di bawahnya yang kelihatan seperti sebahagian dari gril. Toyota Alphard (kiri) dan Vellfire (kanan) Manakala Vellfire pula diberikan gril dengan elemen bar krom tebal yang disusun tebal melintang, dan juga lampu hadapan yang nampak lebih tebal. Ia juga menampilkan bampar dengan kemasan liang udara palsu bersaiz besar pada kedua-dua sisi. Di belakang pula, kluster lampu untuk kedua-dua model ini nampak sama, dibezakan dengan grafik LED di dalamnya – Alphard tampil dengan grafik seakan elemen pada gril hadapan, manakala Vellfire diberikan grafik berbentuk huruf-U berkembar. Profil sisi untuk kedua-dua MPV ini nampak sama dengan garis di bawah tingkap dari hadapan ke belakang yang membentuk huruf-Z. Satu lagi perubahan terbesar pada model generasi baharu ini adalah ia diberikan cermin suku pada tiang-A sama seperti kembar MPV Voxy dan Noah. Toyota menyatakan mereka mempunyai masalah bagi mengurangkan bunyi angin pada MPV berkotak ini. Namun ia berjaya dikurangkan menerusi pelbagai usaha yang dibuat seperti mengoptimakan bentuk bahagian hud enjin, cermin sisi dan tiang-A yang terdedah pada angin. Alphard dan Vellfire 2023 ini juga diberikan tayar yang lebih senyap dan juga penambahan material penebat bunyi bagi memberikan kabin yang lebih senyap. “Dengan mengurangkan jumlah bunyi yang dijana, dan dengan mewujudkan frekuensi gelombang bunyi yang seimbang, bahagian dalam MPV ini menjanjikan ketenangan yang menyenangkan, seperti berada di tengah-tengah hutan,” dakwa Toyota. Untuk bahagian dalaman, Alphard dan Vellfire berkongsi rekaan terkini yang sama. Papan pemukanya kini menampilkan rekaan lebih ringkas di mana butang-butang fizikal untuk kawalan pelbagai fungsi kini sudah diletakkan pada skrin utama sebagai suis digital. Skrin tersebut juga kini nampaknya lebih besar dan ia diletakkan di atas liang penghembus pendingin hawa bahagian tengah. Konsol tengah juga diatur dengan lebih kemas di mana tombol gear diletak selari dengan butang lain termasuk brek parkir elektronik (dengan fungsi auto hold), mod pemanduan dan kawalan traction. Manakala untuk pemandu, roda stereng rekaan baharu diberikan bersama paparan instrumen digital. Perincian untuk penumpang di kabin belakang juga kini dipertingkat jauh lebih baik dari sebelum ini. Akses untuk kabin kabin belakang kini lebih mudah dengan pemadanan Universal Steps pada kedua-dua belah pintu gelangsar, yang akan diturunkan dengan jarak sekitar 220 mm dari permukaan tanah apabila pintu dibuka. Bukan sahaja dengan ‘tangga’ yang lebih rendah, kanak-kanak dan orang tua juga akan lebih mudah untuk masuk ke kabin belakang berkenaan dengan pemegang panjang yang diletakkan pada kedua-dua belah tiang-C. Kabin belakang Alphard dan Vellfire ini diberikan konsol atas kepala ‘super-panjang’ yang bukan sahaja menempatkan suis kawalan adan juga liang pendingin hawa, malah ia juga menampilkan elemen lampu untuk fungsi lampu suasana. Untuk bumbung suria di belakang pula, ia kini menampilkan pelindung cahaya berasingan untuk penumpang kiri dan kanan bagi; sekiranya penumpang kiri mahu ‘menikmati’ cahaya matahari, ia tidak akan menggangu penumpang di sebelah kanan. Pelindung matahari manual juga kini diberikan pada cermin tingkat kiri dan kanan. Alpphard didatangkan dalam dua varian iaitu Z dan Executive Lounge, manakala Vellfire pula ditawarkan dalam varian Z Premier dan Executive Lounge. Kesemua varian menampilkan enam-tempat duduk dengan konfigurasi 2-2-2, di mana baris kedua diberikan tempat duduk kaptern dengan fungsi ottoman kawalan kuasa. Bagi varian Executive Lounge, tempat duduk kapten tersebut turut diberikan meja yang boleh dilipat serta fungsi pemanas dan aliran udara. Ia juga diberikan panel kawalan yang boleh dicabut untuk mengawal pemain media, pendingin udara dan juga pelindung cahaya matahari. Dua unit rangkaian kuasa ditawarkan untuk Alphard iaitu versi petrol penuh dan hybrid. Bagi model petrol sepenuhnya, Alphard dijana oleh enjin 2AR-FE 2.5 liter empat silinder NA berkuasa 182 PS (180 hp) pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 235 Nm pada takat 4,100 rpm. Ia digandingkan dengan kotak gear Super CVT-i dan seperti biasa, model pasaran domestik Jepun (JDM) ini ditawarkan sama ada dalam versi pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda. Manakala untuk Alphard Hybrid, ia menggandingkan enjin Dynamic Force A25A-FXS 2.5 liter empat silinder NA berkuasa 190 PS (188 hp atau 140 kW) pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 236 Nm bermula 4,300 hingga 4,500 rpm, bersama sistem hibrid siri-selari. Sistem hibrid tersebut terdiri dari motor elektrik 5NM berkuasa 182 PS (180 hp)/270, membolehkan ia menghasilkan kuasa keseluruhan 250 PS (247 hp atau 184 kW). Ia digandingkan dengan kotak gear CVT elektronik (E-CVT), juga dengan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda. Untuk model hybrid dengan sistem pacuan semua roda, ia tidak diberikan sistem AWD konvensional, sebaliknya menggunakan sistem E-Four, di mana gandar belakang digerakkan dengan satu lagi motor elektrik, secara spesifiknya motor 4NM berkuasa 54 PS (54 hp atau 40 kW) dan tork 121 Nm. Kesemua motor hibrid berkenaan menerima kuasa dari bateri nikel logam hidrasi (NiMH) 5 Ah. Untuk Vellfire pula, ia turut ditawarkan dalam versi hibrid dengan sistem yang sama, tetapi ia dipadankan dengan enjin T24A-FTS 2.4 liter turbo (enjin yang sama pada Lexus LM 500h) yang menghasilkan kuasa 279 PS (275 hp atau 205 kW) dan tork maksima 430. Ia juga menerima kotak gear lebih sporty iaitu transmisi automatik lapan kelajuan Direct Shift-8AT, juga dengan pilihan pacuan roda hadapan atau semua roda. Sifat sporty pada Vellfire ini turut dipertingkat dengan pemadanan set pendakap khas Front Performance Brace, yang menghubungkan penyokong radiator kepada kerangka sisi, bagi memberikan ketegaran badan lebih tinggi dan memberikan respon lebih baik walaupun ia sedang dipecut dari kedudukan pegun. Untuk sistem bantuan pemanduan pula, Alphard dan Vellfire 2023 ini diberikan sistem Toyota Safety Sense yang menampilkan sistem brek kecemasan automatik dan lain-lain. Ia juga diberikan sistem Proactive Driving Assist yang mampu meramalkan input pemandu, sistem Intra-Lane Steering Assist yang melaras semula kadar balikan semula stereng bagi memberikan pemanduan lebih lancar serta sistem Deceleration Assist when Turning at Intersections yang menawarkan bantuan untuk memperlahankan kereta bagi membolehkan pemandu membelok ke kiri atau ke kanan dengan lebih mudah. Ia juga hadir dengan sistem yang digelar Toyota Teammate, yang memberikan fungsi termasuk Advanced Park bagi membolehkan pemandu memarkir kenderaan atau keluar dari petak parkir dengan berada di luar kenderaan menggunakan aplikasi telefon pintar. Alphard dan Vellfire ini juga diberikan sistem Advance Drive (cruise control adaptif dengan fungsi kelajuan rendah) bagi memberikan bantuan sokongan ketika kesesakan trafik serta mengurangkan kelesuan pemandu. Toyota menjangkakan Alphard dan Vellfire ini akan dijual sebanyak 8,500 unit setiap bulan di Jepun, dengan 70% daripadanya adalah Alphard serta 30% selebihnya adalah Vellfire. Kedua-dua model ini juga merupakan MPV mewah yang popular di Malaysia, kebanyakkannya adalah unit yang dibawa masuk oleh pengusaha kereta recond, dan ia turut pernah ditawarkan secara rasmi oleh UMW Toyota.
Ducati Monster SP dilancar di Malaysia – RM98,900
Ducati Monster SP, yang didedahkan kepada dunia buat pertama kali September tahun lalu kini sudah tiba di Malaysia pada harga RM98,900. Ia menyertai Monster biasa yang dijual pada harga RM75,900, dan semua harga ini tidak termasuk insurans. Kelebihan Monster SP adalah ia dipasang dengan pelbagai barangan prestasi termasuk yang dapat meningkatkan pengendaliannya, seperti fork hadapan Ohlins NIX30 43 mm boleh laras serta angkup brek Brembo Stylema, bagi menggantikan fork KYB dan angkup Brembo M4.32 pada Monster biasa. Berat Monster SP ini juga menjadi lebih ringan, iaitu 184.9 kg, berbanding Monster biasa yang mencatat 188 kg, dan antara penyumbangnya adalah bateri jenis lithium ion. Melengkapi naik taraf ini adalah ekzos Termignoni, tayar Pirelli Diablo Rosso IV dan steering damper. Bagi menjadikan motosikal ini sesuai dengan semua naik taraf yang diberi, semua mod tunggangan telah dilaras semula dan kini terdapat satu mod baru iaitu Wet, sebagai tambahan kepada Sport dan Touring yang sedia ada. Sistem lain seperti ABS Cornering, Ducati Traction Control dan Ducati Wheelie Control masih tersedia dan sebagai bonus, Monster SP ini ditambah dengan Launch Control. Grafik Monster SP turut mendapat inspirasi daripada jentera lumba Desmosedici GP Ducati Lenovo Team, dan ia dijadikan unik dengan terdapat logo Monster SP di atas penutup tempat duduk penumpang, tempat duduk berwarna merah serta logo Ducati atas tangki yang lebih besar, inspirasi daripada Panigale V4.
smart lantik lima pengedar baru di Bangsar, Ipoh, Penang, Kedah, Melaka — Malaysia Timur tahun depan
Dalam usaha memperkukuh rangkaian jualan menjelang pengenalan rasmi model kenderaan EV smart di Malaysia, Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) kini telah melantik lima pengedar baru di Semenanjung. Mereka terdiri daripada Smart Mobility Sdn. Bhd. (Smart Mobility), GB Auto Sdn. Bhd. (GB Auto), Eleganz Lifestyle Sdn. Bhd. (Eleganz Lifestyle), Lee Motors (Alor Star) Sdn. Bhd. (Lee Motors), dan Sigma Energy EV Sdn. Bhd. (Sigma Energy EV). Semua pengedar ini adalah rangkaian yang akan membantu meningkatkan kesedaran jenama smart di Malaysia. Terletak di penempatan mewah Bangsar, Kuala Lumpur, Smart Mobility akan menyasarkan kepelbagaian spektrum pelanggan di sekitar lokasi tersebut, daripada eskpatriat kepada individu korporat berprofil tinggi. Sementara itu, kedudukan strategik GB Auto di sepanjang jalur automotif Ipoh, Perak bersama beberapa jenama berprestij yang lain, memudahkan lagi akses dan memberi keselesaan kepada para pelanggan. Tiga rakan kongsi tambahan yang lain termasuk Eleganz Lifestyle, pengedar kereta 4S terkenal, Lee Motors dan Sigma Energy EV masing-masing menjalankan perniagaan di premis milik sendiri yang terkemuka dan terletak dalam zon automotif akan memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan jenama smart di Pulau Pinang, Kedah dan Melaka. Setakat ini, sebanyak tujuh pengedar telah dilantik bulan ini termasuk Hap Seng Smart dan Edaran Otomobil Nasional (EON) dalam usaha mendapatkan pelanggan yang berpotensi sebelum pelancaran smart #1 pada suku ke-empat tahun ini. “Smart mewakili penyelesaian mobiliti EV premium yang menggabungkan teknologi terkini dan reka bentuk futuristik. Oleh itu, sangat penting bagi setiap pengedar yang kami pilih untuk memenuhi janji dan jangkaan kami dengan memberikan bukan sahaja perkhidmatan terbaik, tetapi juga pengalaman unik kepada setiap pemilik kenderaan smart,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, Lebih ramai rakan kongsi sedang dipertimbangkan untuk berkolaborasi dengan PRO-NET, termasuk syarikat yang berpengkalan di Malaysia Timur di mana PRO-NET merancang untuk memperkenalkan jenama smart pada tahun hadapan.
KTM Seremban tutup sebahagian kawasan parkir hingga Jan 2025 untuk baikpulih bangunan stesen
Bagi pengguna KTM Komuter di Seremban, ini ada makluman buat anda. Sebahagian daripada kawasan parkir terbuka di sebelah stesen KTM Seremban ditutup mulai hari ini sehingga 7 Januari 2025. Menurut Railway Assets Corporation (RAC), penutupan kawasan parkir tersebut bagi kerja-kerja membaikpulih bangunan stesen KTM Seremban. Jadi, bagi yang meletak kenderaan di kawasan berkenaan dan kemudian menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, pastinya bakal mengalami kesulitan memandangkan kawasan parkir yang agak terhad dalam tempoh yang agak lama ini. Hujung tahun lalu, RAC turut menurut kawasan parkir terbuka di stesen KTM Rawang bagi kerja-kerja membina bangunan parkir bertingkat Park & Ride. Projek berkenaan yang dijangka siap pada November 2025, bakal menyediakan 494 petak parkir kereta dan 104 petak parkir motosikal.
smart #1 Brabus dilihat di Malaysia — model EV AWD prestasi, 0-100 km/j dalam 3.9 saat, akan dijual di sini?
Memang sudah diketahui yang smart #1 akan dijual di Malaysia. Proton New Energy Technology (Pro-Net) telah pun mengesahkan hal ini pada Mac lalu dan berada dalam tempoh yang sepatutnya untuk melancarkan EV berkenaan pada suku ketiga tahun ini. Syarikat yang ditubuhkan oleh Proton itu bertanggungjawab untuk menguruskan jualan dan pengedaran kenderaan smart, dan telah melantik Hap Seng smart dan Edaran Otomobil Nasional (EON) sebagai pengedar rasmi. smart #1 akan datang dalam dua versi, dengan yang biasa akan menggunakan motor elektrik di belakang dan menjana 272 PS (268 hp atau 200 kW) dan 343 Nm tork. Ini digandingkan dengan bateri lithium nickel manganese cobalt oxide (NMC) dengan kapasiti 66-kWh, dan memberikan jarak WLTP sejauh 440 km. Pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 6.7 saat dan laju maksimum 180 km/j. Namun, seperti yang dilihat oleh pembaca paultan.org, Auguss Chan and Amirun Hakim, gambar yang dirakam mencadangkan pasaran sini juga akan menerima versi Brabus bagi EV tersebut. Tampil pertama kali Ogos tahun lalu, smart #1 Brabus menerima tambahan motor elektrik kedua di depan, menjadikan tetapannya pacuan semua roda. Motor tambahan itu memberikan lonjakan output bagi keseluruhan sistem kepada 428 PS (422 hp atau 315 kW) dan 543 Nm, menjadikan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat sahaja. Laju maksimum kekal sama, tetapi jarak berkurang menjadi 400 km. Perkara yang menunjukkan kereta dalam pelekat samaran ini versi Brabus termasuklah angkup brek merah dan sayap di belakangnya. Rim 19-inci serta bahagian diffuser di belakang juga membezakannya daripada versi biasa. Tidak ketinggalan, ada bukaan udara di depan bonet serta ruang dalaman dengan lencana Brabus serta tema kontras merah. Jika betul #1 Brabus ini akan turut diperkenalkan di sini, anda rasa penawaran EV daripada jenama ini akan lebih menarik?
PLUS bekerjasama dengan JPJ untuk turunkan kemalangan motosikal di lebuhraya kendaliannya
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memberikan lebih fokus dan peningkatan kolaborasi bagi mengurangkan jumlah kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal di lebuh raya kendalian PLUS. “Berdasarkan rekod, laluan Kuala Kangsar-Ipoh Utara, Nilai-Bandar Ainsdale dan Seremban-Port Dickson dikenalpasti sebagai laluan-laluan panas yang mencatatkan kadar kemalangan motosikal yang tinggi terutamanya pada hujung minggu bermula Jumaat sehingga Ahad,” kata Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan. Menurutnya, pihak JPJ bersedia untuk meningkatkan pemantauan lokasi-lokasi tumpuan ini serta lokasi-lokasi lain dalam mengurangkan jumlah kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal. Ia termasuklah aspek penguatkuasaan dan advokasi berterusan dari pihak JPJ dengan kerjasama PLUS. Berdasarkan rekod, lebih daripada 60% kadar kematian akibat kemalangan di lebuh raya PLUS disumbangkan oleh penunggang motosikal. Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat koordinasi bersama PLUS di Pejabat Unit Penguatkuasaan Lebuh Raya (UPLR) di Jelapang semalam. Turut hadir adalah Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz. Baru-baru ini, Berita Harian melaporkan, sebanyak 70% penunggang motosikal menunggang secara berisiko terutama pada waktu puncak. Menurut Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan, Choo Ken Hwa, ia adalah berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Statistik berkenaan banyak disumbangkan oleh penghantar makanan (p-hailing) atau ‘rider’ selain dikesan banyak melakukan kesalahan seperti menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal, melanggar lampu isyarat, melawan arus serta membuat pusingan haram kerana mahu mengejar ‘trip’ dan mahu mengelak dikenakan denda, sekali gus dilihat menjadi punca kemalangan jalan raya membabitkan golongan itu.
Mitsubishi buka pusat 4S yang dinaiktaraf di JB
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dan pengedar bertauliah MM Supreme telah membuka pusat 4S Mitsubishi Motors yang baharu dinaiktaraf di Johor Bahru. Dengan imej yang lebih menyerlah, pusat 4S ini membawakan identiti jenama terkini senonim dengan mesej jenama globalnya iaitu ‘Drive Your Ambition’. Pusat 4S kendalian MM Supreme di JB ini dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Terletak di Jalan Angkasa Mas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, bilik pameran seluas 15,000 kaki persegi ini mampu menempatkan sehingga empat unit kenderaan, turut dilengkapi ruang menunggu untuk pelanggan berehat dengan kemudahan Wifi dan sudut permainan kanak-kanak. Manakala pusat penyelenggaran pula dilengkapi dengan enam petak penyelenggara serta kemudahan mengecat dan mengetuk badan kenderaan. “Mitsubishi Motors dan MM Supreme telah menjadi rakan perniagaan sejak 2009. Dalam tempoh 14 tahun ini, MM Supreme telah mempunyai tiga bilik pameran Mitsubishi di Johor, dengan yang pertama terletak di Batu Pahat pada 2009, diikuti dengan di Muar pada 2011 dan yang baru dinaiktaraf di JB ini. Ini menunjukkan keyakinan MM Supreme terhadap jenama kami dan komitmen dalam memperkukuhkan kehadiran Mitsubishi di Malaysia,” kata Shinya Ikeda, CEO bagi MMM. Tambahnya, “Pelancaran bilik pameran ini adalah untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan lebih baik kerana kami melihat potensi besar untuk pertumbuhan perniagaan, terutamanya untuk trak pikap Triton dan Xpander tujuh-tempat duduk. Kumpulan MM Supreme merupakan penyumbang jualan tertinggi di Johor. Kami optimis bahawa kami akan terus bekerjasama untuk mengekalkan momentum jualan, dan kami bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik buatpelanggan dari Johor.”
BMW 7 Series G70 2023 di Malaysia — 750e xDrive PHEV CKD; 489 PS, 87 km jarak EV; dari RM650k
BMW Malaysia telah memperkenalkan secara rasmi model generasi ketujuh 7 Series G70 yang ditawarkan secara CKD dalam dua varian, iaitu 750e xDrive M Sport dan 750e xDrive Pure Excellence. Tiada lagi tanda nama L digunakan. Ini kerana, model G70 ini tidak lagi ditawarkan dalam versi jarak antara roda yang lebih pendek. Apa yang sebelum ini dikenali sebagai 750Le kini hanya digelar 750e. Kedua-dua varian 750e ini menampilkan sistem janaan plug-in hybrid yang sama, dengan memanfaatkan enjin 3.0 liter turbocas enam-silinder sebaris petrol, yang menghasilkan 313 PS (308 hp atau 230 kW) dan 450 Nm tork. Ia diganding bersama motor elektrik dengan kuasa 197 PS (194 hp atau 145 kW) dan 280 Nm, yang disepadukan ke dalam transmisi automatik Steptronic lapan-kelajuan, yang disertai juga dengan sistem pacuan semua roda BMW xDrive. Dengan ouput keseluruhan sistem sebanyak 489 PS (483 hp atau 360 kW) dan 700 Nm, kedua-dua varian ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j. Dengan kuasa elektrik sepenuhnya, laju maksimum dihadkan kepada 140 km/j dengan jarak perjalanan 87 km. Antara penambahbaikan utama yang dilakukan berbanding model G12 740Le xDrive sebelumnya adalah pek bateri lithium-ion baru yang terletak di bahagian bawah lantai, kini dengan kapasiti tenaga boleh guna sebanyak 18.7 kWh (22.1 kWh kasar). Input pengecasan AC maksimum pula digandakan kepada 7.4 kW, dengan satu cas penuh mengambil masa kurang tiga jam. Bagi kelengkapan, kedua-dua varian ini datang dengan bingkai “kidney grille” dengan lampu Iconic Glow dan lampu utama kristal, lampu belakang bentuk L, pintu automatik, BMW Interaction Bar pencahayaan belakang, sistem bunyi Bowers & Wilkins, bumbung gelas panoramik Sky Lounge, penggunaan gelas kristal Crafted Clarity, kawalan pendingin empat zon, head-up display dan Parking Assistant Plus. Sistem BMW Live Cockpit Professional juga ada, dengan BMW Curved Display yang menampilkan kluster instrumen digital 12.3-inci dan skrin sentuh infotainmen di tengah 14.9-inci, yang dikuasakan oleh BMW Operating System 8. Khusus untuk varian Pure Excellence termasuklah rim 19-inci Style 903, kemasan dalaman kayu oak berkilat dengan perincian kelabu metalik serta Driving Assistant Professional. Versi M Sport pula menerima lebih banyak tambahan seperti apron depan dan belakang yang lebih sporty, rim 20-inci M aerodinamik Style 907, kemasan M Shadowline hitam berkilat, lapik sisi pintu M hitam berkilat, kemasan kayu berkilat khas M, serta pakej Driving Assistant Plus. Varian yang lebih mahal pula datang dengan tambahan BMW Theatre Screen — paparan lebar 31.3-inci untuk penumpang belakang yang boleh menerima input HDMI (boleh disambungkan kepada PlayStation 5) dan boleh dikawal menggunakan panel skrin sentuh. Penumpang belakang juga boleh menikmati ciri Executive Lounge Seating yang membolehkan sudut penyandar dan kerusi dilaras berasingan, serta ada juga sokongan lumbar dan fungsi memori. Pilihan warna luaran pula terdiri daripada Oxide Grey Metallic, Black Sapphire Metallic dan Mineral White Metallic. Setiap varian juga ada warna khusus masing-masing, dengan Brooklyn Grey Metallic untuk M Sport, manakala Sophisto Grey Metallic untuk Pure Excellence. Kulit Merino adalah standard, dengan pilihan warna hitam atau Tarfuto. Harga bagi 7 Series G70 terbaru ini adalah seperti berikut: BMW 750e xDrive Pure Excellence – RM649,800 atas jalan tidak termasuk insuran BMW 750e xDrive M Sport – RM700,000 atas jalan tidak termasuk insuran Menurut BMW Malaysia, varian yang lebih murah berkenaan hanya terhad kepada 48 unit sahaja. Harga ini sudah termasuk dengan lanjutan jaminan lima-tahun dan pakej servis. Setiap pembelian datang dengan bantuan tepi jalan, BMW Service Online dan Group Loyalty+ Mobile App – Kad Keistimewaan BMW.
Perodua, Public Bank jalin kerjasama untuk sediakan pinjaman kepada pengedar sah, pendigitalan urusan
Perodua dan Public Bank telah menandatangani sebuah memorandum kerjasama (MoC) untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pengedar sah Perodua. Perjanjian itu akan membolehkan Public Bank menjadi pemuka dan membantu pendigitalan melalui serahan dalam talian bagi permohonan pembiayaan sewa beli kepada bank tersebut, termasuk untuk memuat naik dokumen asas permohonan dan mengesan status aplikasi. “Perodua juga merupakan pengeluar pertama dan utama bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia. Bagi pihak kami, menyokong pertumbuhan industri EEV menjadi teras utama dalam agenda iklim bank, yang mana Public Bank telah mengagihkan lebih daripada RM30 bilion dalam bentuk pembiayaan EEV domestik setakat tahun 2022. Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyokong pertumbuhan industri EEV ini, Public Bank telah meningkatkan sasaran pinjaman EEV-nya dari RM25 bilion hingga RM33 bilion menjelang 2025,” jelas CEO dan Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek. “Dengan itu, ada potensi besar yang membolehkan Public Bank dan Perodua untuk bekerjasama, tidak hanya dalam mengembangkan perniagaan masing-masing, tetapi juga menyumbang secara positif ke arah usaha ESG untuk tujuan penambahbaikan lingkungan dan juga dunia,” tambah beliau. Dalam sebuah kenyataan, Public Bank memaklumkan yang bank itu komited terhadap pembangunan mapan bagi masyarakat dan memangkin industri automotif tempatan serta merancakkan lagi pertumbuhannya secara bersama dalam tahun-tahun mendatang. Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata perjanjian ini dapat memenuhi keperluan aktiviti semasa dan akan datang Perodua. “Saya berharap kerjasama ini akan melonjakkan lagi kedua-dua organisasi ini ke tahap baru,” ujarnya. Perodua juga menandatangani MoC bersama Maybank awal tahun ini.
KTMB tambah empat tren ETS sempena Aidiladha
Sempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada hujung bulan Jun ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menyediakan empat unit tren tambahan bagi perkhidmatan ETS untuk laluan antara Stesen Kuala Lumpur KL Sentral ke Padang Besar dan KL-Sentral ke Butterworth. “Penambahan itu membabitkan tren ETS 9283 dari Padang Besar- KL Sentral dan tren 9286 dari KL Sentral- Padang Besar, serta tren ETS 9181 dari Butterworth- KL Sentral dan destinasi sebaliknya. “Tren-tren tambahan ini akan beroperasi selama enam hari bermula 27 Jun hingga 2 Julai 2023. Sebanyak 24 perkhidmatan tambahan ditawarkan untuk tempoh yang dinyatakan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi dalam tempoh itu adalah sebanyak 36 trip sehari, berbanding pada hari biasa iaitu 32 trip sehari,” kata KTMB seperti mana yang dilaporkan Bernama. KTMB turut memaklumkan tiket tren tambahan berkenaan akan mula dijual pada 1 Jun bermula 10 pagi dengan sejumlah 3,780 tiket masing-masing ditawarkan bagi laluan terlibat. “Penambahan tren ETS ini adalah bagi menampung permintaan tiket kereta api yang tinggi semasa musim perayaan serta bagi mengelakkan kesesakan trafik setiap kali orang ramai pulang ke kampung halaman. Tren tambahan ini menawarkan 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan tiket sebanyak 7,560 yang ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan,” menurut KTMB. Dalam masa yang sama, KTMB turut menyarankan orang ramai supaya membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) yang boleh dimuat turun melalui Play Store, Appstore dan App Gallery atau membuat pembelian terus di laman sesawang rasmi KTMB. Pengguna juga dinasihatkan agar merancang perjalanan dan membuat pembelian lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan serta elakkan pembelian tiket di saat akhir.
Budaya ‘pop & bang’ ketika acara permotoran, tak hormat pemilik kereta; sampai bila akan berterusan?
Nah … anda tengok dan nilaikan la… Ni bukan sekadar video….tapi aku sendiri saksikan depan mata benda ni berlaku… #retrohavoc2023 Posted by Yazid Ajied on Sunday, 28 May 2023 Jika anda berada dalam komuniti berkereta, aktiviti yang melibatkan perhimpunan adalah antara acara yang seronok untuk disertai. Ini kerana dalam acara sebegini, kita bukan sahaja boleh melihat ‘hasil karya’ pemilik-pemilik kereta yang lain, malah boleh menambah lebih ramai lagi kenalan dan juga lazimnya boleh menjadi medan untuk berjumpa rakan-rakan lama yang sudah lama tidak bersua. Namun dalam acara seperti ini ada satu masalah yang masih belum selesai dari dahulu hingga sekarang iaitu ada pengunjung yang tidak menghormati kenderaan milik peserta lain; kereta-kereta berkenaan disentuh, kadang kala ada yang tidak segan silu membuka pintu tanpa keizinan, dan ada yang bersandar atau duduk di atas bonet atau but sehingga menyebabkan kerosakan seperti calar dan kemik. Dan baru-baru ini ada satu lagi budaya yang cukup jelik untuk dilihat iaitu ada pemilik yang suka ‘belanja’ ngauman enjin bersama letupan api “pop & bang” dari ekzos. Perlakuan ini biasanya akan disambut oleh pengunjung yang akan berkumpul di bahagian belakang kereta untuk merakam letupan dari ekzos berkenaan dengan perangai (maaf cakap kalau terlebih kasar) seperti ‘beruk’. Ada yang melakukan perkara seperti ini dalam acara yang dibuat di tempat parkir awam, mengganggu penduduk di kawasan perumahan sekitar, dan ada yang melakukannya dalam acara yang dilakukan dalam kawasan indoor, yang pastinya meningkatkan risiko kebakaran dan juga keracunan gas karbon monoksida. I don't understand why Malaysians need to run like baboons when they hear car revving. Mind U there's many cars around…. Posted by Nathanael Koh on Saturday, 27 May 2023 Perkara ini nampaknya menjadi lebih teruk ketika berlangsungnya acara Retro Havoc 2023 di The Curve pada 27 Mei lalu. Ia berlangsung di tempat parking bawah tanah pusat membeli belah di Damansara berkenaan, dan menampilkan sekitar 1,000 unit kereta yang datang dari seluruh Malaysia serta sebahagiannya dari negara jiran iaitu Thailand dan Singapura. Malah acara ini juga berjaya menarik lebih dari 70,000 pengunjung menyebabkan kawasan acara berkenaan agak sesak dengan orang ramai. Anda boleh lihat apa yang terjadi pada akhir acara tersebut menerusi lambakan video viral di laman-laman sosial; Ada pemilik memulakan ‘acara letup-letup ekzos’, dan ia disambut dengan pekikan dari pengunjung. Dan tambah malang, setiap kali ada kereta yang memulakan letupan ekzos, akan ada sekumpulan pengunjung berlari ke arah kereta berkenaan, dan secara tidak langsung merosakkkan kereta-kereta peserta yang lain. Ramai peserta berkongsi gambar bagaimana komponen seperti spoiler, cermin sisi dan sebagainya pada kereta mereka rosak dirempuh pengunjung-pengunjung yang berlari. Malah ada yang berkongsi video pengunjung yang ‘bergayut’ pada sayap GT, dan ada yang bersantai duduk di atas but kereta peserta lain ketika sedang ‘melayan’ dan mengambil video letupan ekzos tersebut. Imej yang kami rakam di Tokyo Auto Salon 2019, walaupun Makuhari Messe penuh sesak, tiada pengunjung yang sewenang-wenangnya menyentuh kenderaan yang dipamerkan Yang tak sedap, ada juga kereta peserta dari luar negara rosak akibat insiden ini, yang sudah tentu akan merosakkan imej negara kita secara tidak langsung. Ada yang menyalahkan pengunjung-pengunjung muda sebagai penyebab terjadinya insiden-insiden ini, kerana dalam video-video yang tular dapat dilihat golongan-golongan ini adalah antara yang paling ramai berlari ke arah kereta-kereta tersebut, mungkin untuk merakam letupan ekzos itu untuk dimuat naik sebagai bahan di akaun TikTok masing-masing. Namun bagi penulis sendiri, perkara ini tidak akan terjadi sekiranya tidak ada peserta yang mula ‘belanja’ letupan ekzos dari kereta masing-masing. Malah difahamkan penganjur sendiri telah menggariskan peraturan agar peserta-peserta tidak melakukan aktiviti tersebut. Nak tuding menuding siapa yang salah memang mudah, namun pada penulis untuk menyelesaikan masalah ini adalah berbalik pada sikap masyarakat kita sendiri; Untuk peserta, jangan mulakan; Dan untuk pengunjung jagalah adab dan tingkah laku sebagai warganegara yang bertanggungjawab, hormat harta benda milik orang lain. Orang nak buat kereta bukan senang Dik oi…bukan duit je habis, masa dan tenaga juga banyak dah terbuang!
Ducati Hypermotard 950 RVE 2024 dapat grafik baru
Ducati Hypermotard 950 RVE, iaitu salah satu varian Hypermotard yang berada di antara Hypermotard 950 dan Hypermotard SP kini diperbaharui dengan grafik berbeza yang dipanggil sebagai Graffiti Livery Evo bagi model tahun keluaran 2024. Grafik baru ini menggunakan “water decal” dengan tujuan mendapatkan rekaan yang kompleks dan lebih halus, serta mendapat inspirasi daripada seni jalanan. Ia digunakan pada seluruh badan motosikal, sekaligus memberikan kesan seakan airbrush. Hanya huruf HYM sahaja yang dapat dilihat jelas pada panel tepi tangki Hypermotard 950 RVE ini, sementara pada panel belakang pula terdapat tulisan huruf RVE di kedua-dua sisi. Rim masih menggunakan dua warna, merah dan hitam seperti Hypermotard RVE yang didedahkan pada tahun 2020 (dijual di Malaysia pada harga RM81k). Bahagian mekanikal masih tidak berubah, dan sama seperti Hypermotard 950 yang lain, versi RVE ini didatangkan dengan enjin dua silinder Testastretta 11 937 cc yang dapat menghasilkan sehingga 114 hp pada 9,000 rpm dan 98 Nm tork pada 7,250 rpm. Kelengkapan moden lain yang terdapat pada motosikal ini adalah termasuk ABS Cornering Bosch EVO dengan fungsi Slide By Brake, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, tiga mod tunggangan serta panel instrumen TFT 4.3 inci. Fork hadapan menggunakan unit daripada Marzocchi yang boleh dilaras sepenuhnya manakala di belakang menggunakan monoshock Sachs yang juga boleh dilaras.
Pusat 3S BYD SISMA Auto di Glenmarie dilancarkan
SISMA Auto telah membuka Pusat 3S BYD yang terbesar di Glenmarie, Shah Alam, hab automotif utama di Lembah Klang. Pusat 3S BYD Glenmarie yang menelan belanja sebanyak RM5 juta ini merupakan kemudahan BYD Kelas A di Malaysia yang menampilkan bilik pameran yang mampu mempamerkan sembilan buah kereta. Ia juga menampilkan ruang rehat untuk pelanggan dengan kemudahan WiFi percuma dan sudut makanan, sudut cenderahati serta petak pengecasan kenderaan elektrik (EV). Selain itu, ia turut menyediakan kemudahan servis dengan 16 petak pembaikan yang mampu menampung kapasiti lebih 1,000 pelanggan sebulan. Pusat servis yang termaju ini dilengkapi dengan peralatan diagnosis terkini, alat dan kelengkapan khas serta kawasan simpanan dengan suhu yang terkawal untuk menyimpan komponen bateri kuasa yang sensitif. Bilik Kenderaan Tenaga Baharu turut disediakan untuk membaiki semua komponen voltan tinggi. Pusat 3S BYD SISMA Auto juga telah mendapat pengiktirafan daripada Pengasas dan Pengerusi BYD, Wang Chuanfu, semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada 4 Mei 2023. Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto Syed Khalil Syed Ibrahim berkata dengan sejarah perkongsian perniagaan dengan jenama automotif selama 30 tahun, syarikat bersedia untuk menawarkan pengalaman 3S premium kepada para pemilik BYD di Malaysia. “Kami berbesar hati dapat menjalin hubungan perniagaan dengan BYD dan pengedarnya di Malaysia, Sime Darby Motors. Kami percaya bahawa masa depan industri automotif ialah kenderaan elektrik dan sebagai pembuat Kenderaan Tenaga Baharu (New Energy Vehicle, NEV) nombor satu di dunia, BYD berada dalam kedudukan yang terbaik untuk menjadi peneraju masa depan tenaga elektrik. “Reka bentuk dan ciri Pusat 3S kami mencerminkan kedudukan premium serta kualiti produk jenama. Sambutan daripada pasaran Malaysia yang diterima oleh BYD Atto 3 sangat menggalakkan dan kami teruja untuk memperkenalkan lebih banyak model BYD pada bulan-bulan yang akan datang,” kata Syed Khalil. Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd Eagle Zhao melahirkan keyakinan terhadap potensi pasaran untuk BYD di Malaysia dan berkata, “Permintaan untuk kenderaan tenaga baharu di Malaysia telah meningkat dengan ketara. Kami berhasrat untuk memperkenalkan teknologi terkini dan menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengguna di Malaysia.” “Kami amat berbangga dengan kerjasama teguh antara Sime Darby Motors dan SISMA Auto. Gandingan bersama ini bermakna kedua pihak dapat membawa pengalaman industri yang mendalam dan berkongsi visi untuk membantu memacu masa depan mobiliti rendah karbon Malaysia dengan produk EV yang tercanggih daripada BYD. “Pusat 3S ini merupakan titik penting dalam perjalanan kami bersama dan pastinya akan membantu membina kepercayaan dan keyakinan terhadap jenama BYD dalam kalangan pemandu yang arif di Malaysia. Kami komited dalam menyediakan penyelesaian automotif bertaraf dunia dan amat teruja dengan kesan transformatif hasil daripada kerjasama ini ke atas pasaran Malaysia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Motors untuk Peruncitan & Pengedaran Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan. Bilik Pameran Pusat 3S BYD SISMA Auto dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang dari Isnin sampai Sabtu dan dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad dan cuti awam. Pusat Servis pula beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin sampai Jumaat dan dari 8.30 pagi hingga 12.30 petang pada hari Sabtu. Sempena dengan pembukaan pusat 3S ini, BYD SISMA Auto akan menganjurkan karnival istimewa untuk seisi keluarga mulai 2 hingga 11 Jun 2023. Karnival Electric Dreams BYD SISMA Auto akan diadakan setiap hari bermula 10 pagi hingga 5 petang. Para pelanggan dan pengunjung yang mendaftar untuk pandu uji layak menerima hadiah selamat datang, makanan ringan dan cabutan bertuah.
Puspakom keluarkan jadual unit pemeriksaan bergerak Jun 2023 – termasuk luar kawasan di Sabah/Sarawak
Puspakom telah mengeluarkan jadual Jun 2023 bag unit pemeriksaan bergerak untuk Semenanjung Malaysia dan juga ujian luar kawasan di Sabah dan Sarawak. Trak unit pemeriksaan bergerak itu bakal ke Perak, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan. Tujuan bagi insiatif ini adalah untuk mereka yang tinggal jauh dari cawangan Puspakom. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah rutin pemeriksaan, tukar nama hakmilik, dan banyak lagi. Walau pun tidak menampilkan trak besar seperti di Malaysia Timur, namun Puspakom tetap tidak melupakan pelanggan di pekan kecil di sekitar Sabah dan Sarawak. Klik untuk besarkan jadual ini Walau bagaimana pun unit bergerak itu tetap akan membawa kelengkapan yang diperlukan untuk pemeriksaan kenderaan. Antara daerah yang bakal dikunjungi termasuk Ranau, Kota Belud, Semporna, Kunak, Kapit, Limbang, Lawas dan Marudi. Puspakom berkata pelanggan boleh terus ke lokasi yang disenaraikan pada tarikh yang disediakan, tanpa perlu membuat temujanji secara dalam talian, seperti yang diamalkan di cawangan Puspakom lain. Unit pemeriksaan bergerak ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang, dan ada sesetengah lokasi, ia bermula dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Sila semak dahulu jadual yang diberikan sebelum anda ‘menyerbu’ unit pemeriksaan bergerak Puspakom ini.
PLUS umum tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah tutup hingga 11 Ogos untuk dinaiktaraf
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memaklumkan bahawa kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah di KM326.8 di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup sementara mulai hari ini (1 Jun) hingga 11 Ogos 2023. Ia adalah bagi kelancaran kerja-kerja menaiktaraf fasiliti berkenaan. Sebagai alternatif sepanjang tempoh penutupan sementara tersebut, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan tandas awam yang disediakan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian-hentian sebelah atau plaza-plaza tol yang berdekatan. “PLUS mengucapkan terima kasih kepada pengguna lebuh raya atas perhatian dan kerjasama yang diberikan,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
Mitsubishi akan dedah model produksi XFC Concept di Indonesia Ogos ini – pencabar Ativa, WR-V dan Creta?
Mitsubishi telah mengumumkan bahawa ia akan mendedahkan SUV kompak serba baharu di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2023 yang akan berlangsung pada Ogos ini. Berdasarkan imej teaser yang disiarkan sekali dengan pengumuman tersebut, SUV berkenaan adalah model produksi bagi model konsep Mitsubishi XFC yang muncul di Vietnam Motor Show (VMS) pada Oktober tahun lalu. Menurut Mitsubishi, model yang akan didedahkan ini merupakan SUV baharu pertama yang akan masuk ke pasaran ASEAN terlebih dahulu. “Dihasilkan dari kepakaran pembangunan kenderaan yang diwarisi jenama, model serba baharu ini menampilkan rekaan asli SUV yang bergaya dan lasak, serta praktikal seperti pengendalian yang mudah serta ruang simpanan yang versatil, dan keselesaan termasuk ruang kabin yang luas,” kata Mitsubishi dalam kenyataan yang dikeluarkan. “Selain itu, melalui ujian berulang dan penalaan dalam persekitaran jalan raya di rantau ASEAN, SUV kompak serba baharu ini memberikan ketenangan fikiran walaupun ketika dikendali pada permukaan lasak atau jalan yang dibanjiri air hujan lebat,” tambah kenyataan itu. Teaser baharu ini juga menunjukkan bahawa SUV kompak baharu ini akan dilengkapi sistem bunyi yang dihasilkan oleh Yamaha. Ini merupakan kerjasama pertama antara Mitsubishi dan juga pengeluar alat muzik serta kelengkapan audio dari Jepun tersebut. Mitsubishi belum mengumumkan sebarang spesifikasi teknikal berkenaan SUV serba baharu ini dalam kenyataan yang dikeluarkan kali ini. Namun sebelum ini jenama tersebut ada menyatakan bahawa model ini akan diperkenalkan dalam versi petrol sepenuhnya terlebih dahulu, dan kemudian akan diikuti versi hibrid elektrik selepas itu. Unit prototaip versi produksi XFC Concept ini juga sebelum ini sudah dijumpai sedang diuji di atas jalan raya awam di Indonesia. Ia dilihat menerapkan banyak perincian dari XFC Concept, seperti yang dibuat pada model XM Concept dan versi produksi Xpander sebelum ini. Pada bahagian muka, versi produksi XFC ini masih menerima gril hadapan berbentuk trapezoid dengan elemen sarang lebah, serta lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk-L. Jalur LED sebelah bawah DRL pada XFC mungkin akan dijadikan lampu utama pada versi produksi ini seperti pada Xpander. Rekaan skid plate pada sebelah bawah bampar XFC juga diberikan pada versi produksi, cuma ia bersaiz lebih kecil dan tiada jalur LED disekeliing sepasang liang berbentuk segi enam berkenaan. Segala perincian sebelah sisi XFC juga dilihat dijelmakan hampir sepenuhnya pada prototaip produksi sebenar ini. Ia termasuk rekaan ruang roda dibentuk seakan flare, garis badan yang direka membentuk seakan ‘otot-otot’ pada bahagian pintu belakang bersama garis cermin tingkap belakang ternaik ke atas, cermin tingkap suku belakang yang direka tajam, dan juga rekaan tiang-D yang memberikan rupa bumbung seakan terapung. Di belakang, lampu kombinasi berbentuk-T yang mencerminkan rekaan pada sebelah muka juga dijelmakan pada versi produksi ini. Rekaan pada cermin belakang dan juga spoiler juga nampak sama, namun lampu brek menegak pada versi konsep diubah menjadi mendatar seperti biasa. Walaupun ditutup dengan pelekat penyamaran, bahagian skid plate pada bahagian bawah bampar belakang ini nampak kelihatan hampir sama antara XFC Concept dan unit prototaip produksi ini. Cuma rekaan sepasang lubang berbentuk heksagon tidak lagi kelihatan, dan ia diberikan sepasang reflektor berwarna merah mendatar pada sebelah bawah. Ada khabar yang bertiup, model ini merupakan Xpander dalam versi yang dipendekkan, menggunakan banyak komponen mekanikal yang juga diambil dari Xpander – Jadi ada kemungkinan ia akan berkongsi enjin 1.5L MIVEC dan hanya memacu roda hadapan. Oleh itu, SUV baharu dari Mitsubishi ini mungkin akan dihasilkan dengan badan yang berada dalam kelas segmen-B. Dan dengan enjin 1.5L tanpa turbo yang ditawarkan, ia mungkin akan berhadapan dengan model seperti Honda WR-V, Hyundai Creta dan juga kembar Toyota Raize/Daihatsu Rocky/Perodua Ativa. Mitsubishi juga masih belum mengumumkan nama sebenar untuk versi produksi XFC ini nanti. Namun tidak mustahil ia akan menggunakan kembali nama SUV segmen-B yang popularnya sebelum ini iaitu Mitsubishi ASX. Sebelum ini nama berkenaan telah digunakan semula untuk SUV baharu yang direbadge dari Renault Clio, tetapi ia hanya dijual untuk pasaran Eropah. GALERI: Mitsubishi XFC Concept 2022
Harga minyak 1-7 Jun – RON97 naik 2 sen seliter
Bagi minggu pertama bulan Jun 2023 iaitu untuk tempoh 1 hingga 7 Jun, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan harga runcit bagi petrol RON 97 dinaikkan sebanyak dua sen seliter, iaitu menjadi RM3.37 seliter. Ini merupakan kenaikan pertama selepas 23 minggu ia tidak mengalami sebarang perubahan harga iaitu RM3.35 seliter. Walau bagaimana pun harga runcit bagi RON 95 yang telah mencapai harga siling masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter. Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka siap menjelang akhir hujung tahun ini, dan ia akan diguna pakai untuk pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON 95 dan diesel tahun depan. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, pangkalan data bersepadu itu akan meneliti semua data sedia ada bagi membolehkan subsidi bersasar berkenaan diberikan kepada sasaran yang tepat.
MINI Clubman Untold Edition 2023 di Malaysia — dari RM311k, sentuhan khusus dan tambahan kelengkapan
MINI Malaysia telah memperkenalkan MINI Clubman Untold Edition. Ditawarkan dalam unit terhad, Untold Edition dijual pada harga RM320,888 atas jalan tidak termasuk insuran, dan termasuk pakej lanjutan jaminan empat-tahun. Dengan tempoh jaminan dua-tahun standard, harganya ialah RM311,388. Berdasarkan varian Cooper S bagi Clubman, Untold Edition ini menampilkan enjin yang sama, unit 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol, yang menghasilkan 192 PS (189 hp atau 141 kW) dan 280 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda hadapan melalui transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan. Pecutan 0-100 km/j adalah dalam masa 7.2 saat, dengan laju maksimum 228 km/j. Didedahkan pada Februari lalu, Untold Edition dibezakan penampilannya melalui jalur di bonet dan bumbung dan hadir dalam warna Sage Green sahaja. Jalur hitam di dalam lampunya juga diberikan lapisan hijau, dan disertai cetakan 3D di bahagian sisi, manakala rim 18-inci Untold Spoke dalam warna dua tona Jet Black dan Refined Brass. Sentuhan lain termasuk motif U di projektor lampu lantai serta komponen lain di luar sama ada menerima penyudah Refined Brass atau Piano Black. Kit badan John Cooper Works (JCW) pula melengkapkan imej luarannya. Di dalam, beberapa kemasan seperti corong udara dan beberapa panel diberi penyudah Refined Brass atau Sage Green, sementara kerusi pula MINI Yours Leather Lounge Sage Green dengan kemasan kain dan jahitan warna terang. Kerusi MINI Yours Leather dalam warna Carbon Black. Beberapa lencana Untold Edition juga boleh dilihat, dengan stereng dibalut kulit Nappa. Alas pintu juga hadir dengan logo dan tulisan Untold Edition. Kelengkapan lain kekal sama seperti Cooper S Clubman, termasuklah sistem infotainmen MINI Visual Boost dengan skrin sentuh 6.5-inci, MINI Connected Services, MINI Navigation System, pakej MINI Excitement, pelapik bumbung antracite, Comfort Access, kawalan pendingin dua-zon, kawalan melayar dengan fungsi brek, kamera pandangan belakang dan Park Distance Control belakang. Untold Edition ini juga menerima beberapa ciri khusus lain, seperti lampu LED adaptif dan pakej Driving Assistant, yang terdiri daripada maklumat had limit berdasarkan kemara, amaran orang dan amaran kawalan mendekati dengan fungi brek bandar dan amaran penukaran lorong.
PLUS uji SmartLane di laluan USJ-Seafield Lebuhraya Elite mulai 1 Jun-31 Ogos untuk waktu puncak pagi
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memaklumkan bahawa bagi membantu melancarkan pergerakan trafik di laluan USJ-Seafield terutamanya pada waktu puncak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), pihaknya akan mengadakan ujian rintis awam SmartLane di laluan terbabit bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2023. Di mana ujian rintis awam laluan SmartLane ini akan dilaksanakan di laluan USJ ke Seafield di antara KM8.1 hingga KM6.1 (Arah Utara) di lebuhraya ELITE mulai jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi pada setiap hari Isnin hingga Ahad (kecuali hari kelepasan am). “Ujian rintis awam ini dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya,” kata Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz. Sepanjang tempoh tersebut, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk menambah kapasiti lorong sedia ada dan membantu melancarkan trafik pada waktu puncak pagi. “Ketika laluan SmartLane ini diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara sebagai langkah untuk menambah kapasiti laluan terbabit sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan mereka. Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali menggunakan bahu jalan/laluan kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan. “Berdasarkan kajian dan rekod PLUS, pertembungan trafik serta keadaan jalan yang sedikit mendaki menyebabkan peningkatan trafik yang tinggi dan sedikit perlahan di laluan tersebut. Oleh yang demikian, langkah proaktif PLUS melaksanakan ujian rintis awam laluan SmartLane di kawasan terbabit adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi oleh orang ramai pada waktu puncak setiap pagi pada hari-hari bekerja di Lebuhraya ELITE, di samping membantu PLUS memperbaiki tahap perkhidmatan kami di lebuh raya,” jelas Mohd Yusuf lagi. Menurutnya, PLUS juga telah melakukan pelbagai persediaan untuk melaksanakan inisiatif ini dengan pemantauan oleh anggota Polis, JPJ dan pasukan PLUSRonda serta memasang papan tanda trafik dan menyediakan trak tunda tambahan di lokasi sekiranya berlaku kecemasan. “Secara puratanya, kira-kira 75,000 kenderaan menggunakan laluan USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE pada setiap hari. Daripada jumlah tersebut, 58% menggunakan laluan terbabit secara serentak pada waktu puncak di sebelah pagi,” tambah Mohd Yusuf. Beliau turut berkata, laluan SmartLane dijangka dapat memendekkan tempoh perjalanan di laluan terbabit pada waktu puncak sekiranya tiada sebarang insiden seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan di laluan tersebut. Dalam pada itu, pengguna lebuh raya boleh mengenalpasti penggunaan laluan SmartLane ini melalui papan tanda laluan SmartLane serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit atau merujuk laman media sosial PLUS di Facebook dan Twitter PLUSTrafik. Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit.
Harga RON 95, diesel mungkin naik berperingkat menjelang hujung tahun ini – Penganalisis
Penganalisis PublicInvest Research, Sabrina Edora meramalkan harga siling untuk petrol RON95 dan diesel berpotensi naik secara berperingkat menjelang hujung tahun ini. Buat masa sekarang, harga siling untuk kedua-dua bahan api tersebut masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter menerusi subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Sabrina menjelaskan bahawa kenaikan secara beransur-ansur itu mungkin akan terjadi berikutan semakan semula harga yang akan dibuat. Menurutnya lagi, harga sebenar RON95 dijangka mencecah kira-kira RM3.22 seliter jika tanpa subsidi petrol berbanding RM2.05 seliter ketika ini. “Selain itu, kami menganggarkan bahawa penghapusan subsidi bahan api untuk kumpulan pendapatan T20 akan meningkatkan inflasi sebanyak 0.45 hingga 0.75 mata peratusan tambahan setiap tahun,” katanya dalam satu nota penyelidikan yang dilaporkan oleh Berita Harian. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka siap menjelang akhir hujung tahun ini, dan ia akan diguna pakai untuk pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON 95 dan diesel tahun depan. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, pangkalan data bersepadu itu akan meneliti semua data sedia ada bagi membolehkan subsidi bersasar berkenaan diberikan kepada sasaran yang tepat. “Kabinet sudah bincang isu subsidi bersasar RON95 dan diesel yang akan dilaksanakan tahun depan. MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara) sudah dimaklumkan, segera teliti semua data daripada pelbagai agensi kerajaan supaya dapat disepadukan dengan sistem PADU yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini. “Ia bagi selaras semua data pelbagai agensi kerajaan yang ada. Apabila kita kuat kuasakan subsidi bersasar ini, kita akan pastikan ia benar-benar tepat sasarannya, tiada ketirisan. Itu yang kita harapkan,” kata menteri berkenaan.
Volvo Car Service Plan Plus, insuran setahun percuma untuk hibrid; baucar RM7k wallbox EV hingga 30 Jun
Jika anda inginkan sebuah kenderaan dengan rekaan segar, kelengkapan keselamatan dan prestasi yang mengkagumkan, maka kenderaan Volvo akan memenuhi semua kriteria tersebut. Baik kenderaan elektrik bateri ataupun model hibrid, barisan penawaran Volvo Car Malaysia (VCM) pasti akan menepati keperluan dan kehendak anda. Model mana pun yang dipilih, anda akan mendapatkan nilai yang lebih, dan bukan hanya dari kenderaan tersebut sahaja. Ini kerana, bermula sekarang hingga 30 Jun nanti, VCM akan memberikan tawaran percuma berupa Volvo Car Service Plan Plus bernilai RM12,900, begitu juga dengan Volvo Car Insurance percuma untuk tahun pertama jika anda membeli model Volvo terpilih. Volvo Car Service Plan Plus memastikan kereta Volvo anda diberi jagaan rapi tidak hanya dari sudut servis berjadual, tetapi juga meliputi barangan alat ganti penggunaan. Sebagai tambahan kepada servis yang dilakukan oleh juruteknik berkemahiran yang menggunakan alat ganti tulen, kemaskini perisian percuma dan pemeriksaan kesihatan kenderaan turut disediakan sebagai sebahagian daripada pakej Volvo Car Service Plan Plus, menjadikan pengalaman pemilikan anda sangat melegakan. Pelbagai barisan model ditawarkan dengan pakej Volvo Car Service Plan Plus ini. Bermula dengan S60 dan saudara wagonnya, V60. Kedua-duanya dikuasakan oleh sistem janaan Recharge T8 plug-in hybrid, yang memberikan 462 hp kuasa dan 709 Nm tork dan dapat memberikan jarak elektrik sepenuhnya sejauh 90 km*. Service Plan Plus ini turut ditawarkan untuk model flagship jenama Sweden ini, S90, yang juga dilengkapi sistem janaan Recharge T8 plug-in hybrid. Dengan kemasan balutan kulit Nappa dan sistem audio dengan 19-pembesar suara Bowers and Wilkins memberikan kejelasan luar biasa kepada muzik sebagai antara senarai impresif kelengkapannya, anda akan dikelilingi suasana mewah ketika di dalam kabin S90. Jika anda lebih cenderung ke arah SUV, maka XC90 B5 mild-hybrid dan XC90 Recharge T8 merupakan pilihan dengan saiz yang lebih besar. Sekiranya mahukan saiz lebih kecil, usah khuatir kerana XC60 B5 dan XC60 Recharge T8 lebih sesuai. Untuk kegunaan urban pula misalnya, model lebih kompak dan sporty XC40 B5 tersedia, dengan janaan kuasa 263 hp dan 390 Nm ada disalurkan oleh enjin 2.0 liter turbo dengan sistem 48V mild-hybrid. Semua model yang disebutkan ini datang dengan Service Plan Plus dan insuran tahun pertama percuma. Bagi pilihan EV, mendaftarkan sama ada XC40 Recharge Pure Electric atau C40 Recharge Pure Electric akan membolehkan anda menerima baucar wallbox percuma bernilai RM7,000 serta insuran tahun pertama percuma. Kedua-duanya dilengkapi dengan sistem janaan elektrik pacuan semua roda, yang terdiri daripada sepasang — satu di setiap gandar — yang memberikan output keseluruhan sistem sebanyak 408 hp dan 660 Nm. Sebuah bateri lithium-ion 78 kWh membekalkan jarak sehingga 450 km untuk satu cas penuh, manakala 438 km untuk XC40 elektrik. Tiada masa yang lebih baik berbanding sekarang untuk memiliki model Volvo pilihan anda, dan dengan nilai tambah yang diberikan kini pastinya akan menjadikan tawarannya cukup menarik. Untuk tahu lanjut berkaitan model serta promosi yang ditawarkan, layari laman web Volvo Car Malaysia. *Jarak pergerakan elektrik adalah data sah berdasarkan keputusan ujian makmal menurut piawaian ECE R101.
Mitsubishi lancar Max Certified – program kereta terpakai rasmi dengan waranti selama 1-tahun
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan program Max Certified, iaitu program kereta terpakai rasmi yang “menawarkan pelanggan pengalaman yang lancar untuk membeli kereta terpakai Mitsubishi”. Menerusi program ini, pelanggan bukan sahaja boleh membeli pelbagai pilihan kereta-kereta terpakai di semua pengedar sah Mitsubishi, malah ia turut menawarkan servis tukar-beli bagi memudahkan pelanggan menjual Mitsubishi lama mereka untuk memiliki model baharu Mitsubishi. Menurut MMM, kesemua kereta terpakai yang dijual di bawah program Max Certified ini akan menjalani ujian komprehensif 150-poin yang dibuat oleh pakar terlatih secara profesional Mitsubishi. Pelanggan juga akan menikmati perlindungan waranti selama 12-bulan yang meliputi pembaikan dan penukaran komponen enjin, transmisi, stereng dan juga elektrikal yang mengalami kerosakan mekanikal. Pelanggan yang membeli kereta-kereta yang ditawarkan oleh Max Certified ini juga akan menerima e-baucar bernilai RM500 yang boleh ditebus dipusat-pusat servis MMM yang bertauliah ketika membuat servis berkala. MMM turut menyatakan bahawa semua kenderaan yang dijual oleh Max Certified ini berumur tujuh tahun dan ke bawah, serta meter perbatuan kurang dari 180,000 km ketika tukar-beli dibuat. Kereta-kereta tersebut juga menerima alat-alat ganti asli MMC, bebas dari kemalangan besar dan kerosakan banjir, dan mempunyai rekod servis penuh dari pusar servis rasmi MMM. “Selain mengukuhkan jenama Mitsubishi dalam sektor kereta terpakai dan menaikkan nilai kenderaan terpakai Mitsubishi, Max Certified disasarkan untuk meningkat kesetiaan pelanggan dengan membeli model Mitsubishi yang lain. Melalui program Max Certified, kami mahu menyampaikan pendekatan yang lebih holistik,” kata CEO MMM, Shinya Ikeda. “Sementara MMM terus berusaha ke arah memperkenalkan model baharu untuk rakyat Malaysia, kami juga berharap dapat menawarkan kepada mereka yang berminat untuk membeli kereta Mitsubishi terpakai menerusi platform yang lebih mudah diakses dan boleh dipercayai,” tambahnya.
VIDEO: Kembar Proton X50, Geely Coolray ‘tapau’ 2 Honda Civic EG dalam kejohanan Drag di Filipina
Walaupun sudah hampir tiga tahun Proton menggunakan enjin 1.5 liter tiga-silinder Turbo pada pelbagai modelnya, masih lagi ramai yang tidak boleh menerima bahawa enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa yang lebih besar berbanding enjin NA 2.0 liter. Namun bagi sesiapa yang telah pun mencuba memandu mana-mana model dengan enjin berkenaan, mereka pasti setuju ini ia adalah enjin yang cukup berkuasa dan menyeronokkan, lebih-lebih lagi dengan pemadanan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan. Sebab itulah di Malaysia sendiri kita boleh lihat sudah banyak Proton X50 yang diubahsuai seperti X50 ‘Militank’ dan X50 Racechip dan FTuned yang mencatatkan masa yang sangat pantas di Litar Antarabangsa Sepang. Dan bagi kembarnya iaitu Geely Coolray, nampaknya SUV berkenaan turut digunakan dalam perlumbaan Drag di sana! Hujung minggu lalu pusingan terakhir Kejuaraan Drag Nasional Filipina (NDRC PH) berlangsung di Clark International Speedway. Apa yang menarik, sebuah Geely Coolray bertanding dalam kelas Sportsman (untuk jentera yang mampu melakukan pecutan 0-400 meter dalam julat masa 14 hingga 15.99 saat) yang didominasi oleh barisan model-model Honda Civic dari generasi EG dan EK. Pada pusingan penyingkiran awal (anda boleh tonton pada 2:01:30 pada siaran langsung yang direkod di atas), Geely Coolray dengan nombor perlumbaan #150 berkenaan berjaya mengalahkan sebuah Honda Civic EG hatchback yang dilihat mengenakan panel badan sebelah hadapan ringan menggunakan material gentian karbon, serta corong udara besar menggantikan lampu hadapan sebelah kanan. Namun setelah kedua-dua kereta dilepaskan, nampaknya Geely Coolray yang masih menggunakan enjin tiga-silinder turbo memacu roda hadapan (seperti yang diberitahu pengulas) dengan mudah melepasi garisan penamat dengan meninggalkan Civic EG berwarna putih berkenaan di belakang. Dengan kemenangan tersebut membolehkan Geely Coolray tersebut terus bertanding dalam pusingan Winners Bracket. Ia kemudian muncul pada 3:29:15 untuk sekali lagi berlumba dalam pusingan Winners Bracket, kali ini berhadapan dengan sebuah lagi Honda Civic EG Hatchback berwarna biru. Sekali lagi Geely Coolray tersebut menang menentang Honda Civic EG, namun dengan catatan masa yang dicatatkan masih tidak melayakkannya untuk mara ke peringkat akhir. Awal bulan ini Proton telah pun mendedahkan versi konsep untuk Proton X50 R3 yang bakal diproduksi dalam jumlah terhad hanya 200 unit. Dengan potensi yang ada, mungkin kita boleh lihat model berkenaan akan menerima talaan lebih berkuasa dari model standard?
KTMB umum perkhidmatan tempahan van ride-pooling Kumpool kini ditawarkan di Stesen Subang Jaya
KTM Berhad (KTMB) telah mengumumkan perkhidmatan tempahan van ride-pooling yang kendalikan oleh Kumpool kini ditawarkan di Stesen KTM Subang Jaya. “Anda boleh menempah perkhidmatan ride-pooling dari Stesen KTM Subang Jaya untuk ke mana-mana destinasi dalam kawasan sekitar dengan harga promosi serendah RM1.00 sahaja. Sila muat turun aplikasi Kumpool di App Store atau Google Playstore,” kata KTMB menerusi laman Facebook rasminya. Sebelum ini, Kumpool pernah menawarkan perkhidmatan tempahan van ride-pooling ini di sekitar Johor Baharu. Kemudian ia meluaskan perkhidmatannya di Lembah Klang iaitu di sekitar Petaling Jaya sebelum diperkenalkan untuk Subang Jaya pula.
Great Wall Motor rancang bina kilang bateri baharu di Thai – produksi tempatan Ora Good Cat tahun depan
Menurut laporan Reuters, Great Wall Motor (GWM) bersedia dengan rancangan untuk melabur sehingga USD300 juta (RM138 juta) bagi membangunkan kilang pemasangan pek bateri baharu di Thailand. Menerusi temubual bersama Narong Sritalayon, Pengarah Urusan Great Wall Motor Thailand, yang berkatam produksi tempatan bagi Ora Good Cat bakal bermula tahun hadapan. Selain kilang bateri, GWM turut mecari peluang untuk membangunkan pusat pembangunan dan kajian (R&D) di Thailand untuk trak pikap elektrik. Bergantung pada subsidi kerajaan, pusat R&D baharu itu bagi menyokong hasrat negara untuk menjadi hab kenderaan elektrik (EV) serantau, selain memperkembangkan lagi R&D global GWM yang meliputi Eropah, Asia dan Amerika Utara. GWM bukan satu-satunya pengeluar kereta China yang melabur di Thailand, kerana BYD juga telah mengumumkan rancangannya untuk membuka rangkaian di negara itu. Walaupun begitu, Toyota dan Isuzu kekal sebagai kuasa dominan, dengan trak pikap jenama itu membentuk lebih separuh daripada jualan tahun lepas. “Saya fikir terdapat banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada pasaran unik Thailand bagi trak pikap,” kata Narong. Thailand menyasarkan untuk EV menyumbang 30% daripada pengeluaran automotifnya menjelang 2030 dan melangkah secara agresif dalam menarik pelaburan dengan menawarkan insentif kewangan kepada syarikat kereta serta pembeli kereta. Peningkatan komponen tempatan, termasuk pek bateri, akan membantu GWM memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh skim insentif kerajaan Thailand. Buat masa ini, model EV yang dijual oleh GWM di Thailand hanyalah Ora Good Cat, yang dilancarkan pada November 2021. Pengeluar kereta tersebut juga menjual model elektrifikasi Haval yang dikeluarkan di kilang General Motors di Rayong. Narong berkata kilang bateri itu mungkin memerlukan pelaburan sehingga satu bilion baht (RM133 juta) bergantung kepada saiz kemudahan yang akan diputuskan dalam tempoh enam bulan akan datang. SVOLT Energy Technology, anak syarikat GWM, akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan pek bateri di Thailand pada fasa awal. Permintaan dan sokongan kerajaan akan menjadi faktor penentu untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran di kilang bateri baharu, dab Narong menambah, kemudahan itu juga boleh menjadi pengeluar kontrak kepada pengeluar kereta lain.
Program bantuan MyLesen B2 dilancar – peruntukan RM2.7j untuk 9,000 individu dari kumpulan B40
Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution telah melancarkan program MyLesen B2 peringkat kebangsaan di Sungai Petani, Kedah, semalam. Program MyLesen B2 ini merupakan inisiatif kerajaan untuk menawarkan 9,000 rakyat Malaysia dari golongan B40 di seluruh negara untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 yang kosnya akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023. Ia melibatkan kos peruntukan secara keseluruhan mencecah RM2.7 juta iaitu RM300 untuk setiap peserta bagi mengambil kelas dan ujian Lesen Kelas B2 ini. “Memang fokus saya adalah pengangkutan awam, tetapi saya juga memahami bahawa kenderaan persendirian seperti motosikal agak penting untuk penduduk luar bandar pergi ke kerja, pasar atau sekolah. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membuka peluang dalam menceburi gig economy dan menambah pendapatan. Semoga para penerima boleh memanfaatkan program ini dan juga menjadi pemandu yang selamat dan berhemah,” kata Loke. Majlis di Sungai Petani ini menyaksikan kumpulan pertama seramai 306 peserta dari kumpulan B40, pelajar, OKU dan murid keperluan khas mengambil bahagian dalam program ini. Loke turut berkata, kerajaan berniat untuk mengembangkan lagi program MyLesen ini termasuk untuk lesen kenderaan awam (PSV) dan lesen Kelas E untuk bas.
BMW M3 Touring kini di Thailand – RM1.38 juta untuk wagon M3 Competition berkuasa 510 PS/650 Nm
Satu-satunya model M3 dalam badan wagon, BMW M3 Touring G81 kini sudahpun ditawarkan untuk tempahan pada pasaran Thailand. Model yang dihasilkan sempena ulangtahun ke-50 BMW M ini diumumkan dijual di negara berkenaan pada harga 10,399,000 baht, atau sekitar RM1.376 juta! Seperti yang diketahui, M3 Touring ini hanya hadir dalam versi paling berkuasa Competition. Jadi ia berkongsi unit rangkaian kuasa yang sama dengan versi sedan M3 dan coupe M4 Competition, iaitu enjin S58 3.0 liter enam silinder turbo berkembar, menghasilkan 510 PS pada takat 6,250 rpm dan tork maksima 650 Nm bermula 2,750 hingga 5,500 rpm. Tiada pilihan kotak gear manual untuk wagon ini, di mana kuasa hanya dialirkan menerusi transmisi lapan kelajuan automatik. Juga M3 wagon ini tidak ditawarkan dalam versi pacuan belakang sepenuhnya, dan ia secara mandatori diberikan sistem pacuan semua roda M xDrive. Gabungan sistem mekanikal ini membolehkan wagon M3 tersebut memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat (hanya 0.1 lebih lambat dari versi sedan dan coupe) serta mampu mencapai kelajuan 200 km/j dalam masa hanya 12.9 saat. Wagon ini mampu mencapai kelajuan maksima yang dihadkan secara elektronik pada 250 km/j, dan sekiranya anda memilih pakej M Driver, ia mampu mencecah kelajuan maksima 280 km/j, hanya 10 km/j lebih rendah berbanding M3 sedan dan M4 Coupe. Casis wagon ini juga ditala semula bagi memastikan badan yang lebih berat dan besar mampu beraksi sebaik versi sedan dan coupe. Struktur badan model ini diperkuatkan dengan memadankan lantai istimewa serta pendakap tambahan pada bahagian but bagi mengekalkan ketegaran torsi, serta diberikan penyerap hentak belakang yang dipertingkat. Penyerap hentak jenis adaptif serta stereng dengan nisbah bervariasi masih ditawarkan secara standard. Perincian prestasi lain adalah serupa dengan M3 dan M4, termasuk traction control 10-peringkat yang bersepadu dengan ECU, sistem brake-by-wire, cakera brek M Compound serta set rim aloi forged yang menampilkan saiz 19-inci di hadapan dan 20-inci di belakang. Pelanggan turut ditawarkan dengan opsyen brek karbon seramik serta tayar khas untuk litar. Selain dari bumbungnya yang lebih panjang, bahagian luar M3 Touring ini juga menerima penggayaan yang sama seperti M3 dan M4. Ini termasuk bahagian muka yang menampilkan gril hadapan yang tinggi, lampu hadapan trapezoid, liang udara pada penutup bonet, fender lebih lebar yang turut dilengkapi liang udara dan pelbagai lagi. Ia juga menerima diffuser belakang bersaiz besar yang turut menempatkan empat tip ekzos berbentuk-oval, dan spoiler bumbung pada bahagian atas pintu tailgate ini turut menerima Gurney Flap pada penghujung sayap. Namun ia tidak diberikan bumbung gentian karbon seperti M3 sedan dan M4, tetapi bumbung berkenaan masih dicat dengan warna hitam secara standard (opsyen untuk warna badan). Kabin M3 Touring ini juga seiras dengan saudara sedannya, menampilkan perincian seperti roda stereng M (dengan butang M1 dan M2), tombol gear unik dengan suis tetapan Drivelogic, butang penghidup enjin berwarna merah, tempat duduk M Sport serta pilihan tempat duduk bucket M Carbon. Ia juga menerima paparan instrumen digital BMW Curved Display 12.3-inci dan juga skrin sesentuh sistem infotainmen bersaiz 14.9-inci, yang beroperasi bersama BMW Operating System 8. Dengan bentuk badan wagon sudah tentu ia turut menampilkan praktikaliti lebih baik berbanding sedan. M3 Touring ini menerima ruang but berkapasiti 500 liter, dan ia boleh dibesarkan lagi sehingga 1,510 liter sekiranya tempat duduk belakang dilipat (nisbah lipatan 40:20:40). BMW M3 Touring G81 2022 ini telah disahkan sebagai wagon paling pantas di Nürburgring minggu lalu, dengan mencatatkan masa 7 minit 35.06 saat di litar ‘The Green Hell’ tersebut, atau sekitar 10 saat lebih pantas berbanding Mercedes-AMG C63S Estate W205.
smart #1 Brabus sah untuk Malaysia — varian prestasi dua motor AWD, 0-100 km/j dalam 3.9 saat akan tiba
Dalam pengumuman pelantikan lima lagi syarikat sebagai pengedar sah EV smart di Malaysia, Proton New Energy Technology (Pro-Net) turut menunjukkan secara tidak langsung varian smart #1 Brabus yang sepertinya sah akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Dalam satu gambar yang disertakan bersama hebahan media, dapat dilihat dua unit smart #1 yang tidak berpelekat samaran di belakang barisan pegawai. Yang di kiri ialah versi standard smart #1 dengan pacuan roda belakang dan menampilkan motor elektrik dengan janaan 272 PS (268 hp atau 200 kW) dan 343 Nm tork. Sementara kereta yang di sebelah kanan pula, dengan corong udara berdekatan bonet ialah varian Brabus yang menerima tambahan sebuah lagi motor elektrik di gandar depan untuk menjadikannya pacuan semua roda. Dengan dua motor elektrik ini, sistemnya menghasilkan sebanyak 428 PS (422 hp atau 315 kW) dan 543 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 3.9 saat (6.7 saat untuk versi biasa) dan laju maksimum 180 km/j. Ada juga kereta ketiga dengan pelekat samaran boleh dilihat, berkemungkinan sebuah lagi unit #1 Brabus yang dilihat sedang di uji di sini, yang memberi petunjuk bahawa varian prestasi ini juga akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. #1 menggunakan bateri lithium nickel manganese cobalt oxide (NMC) 66-kWh yang memberikan jarak WLTP 440 km bagi varian standard dan 400 km untuk varian Brabus. Selain corong bukaan tersebut, versi Brabus juga boleh dibezakan melalui angkup brek merah, serta kemasan jalur merah dan sayap di belakang. Ia juga datang dengan apron depan dan belakang yang lebih sporty, dengan bahagian dalaman juga khas untuk Brabus. Sebelum ini, smart #1 diumumkan bakal dirasmikan di sini dalam suku ketiga tahun ini kelak. Dengan pertambahan lima lagi pengedar, dan pendedahan varian melalui gambar yang dimaksudkan, kita sudah tidak terlalu lama dari tarikh pengenalannya.
Rupa model produksi sebenar Toyota Alphard dan Vellfire 2023 bocor; guna platform TNGA baharu
Toyota Alphard 2023 Model generasi baharu MPV premium Toyota Alphard dan Vellfire dijadualkan akan didedahkan di Jepun pada bulan hadapan. Namun sebelum sepatutnya kita melihat versi produksi sebenar kedua-dua model berkenaan, imejnya terlebih dahulu sudah bocor di internet. Seperti yang sudah dilihat pada imej bocor sebelum ini yang didakwa diambil dari brosur rasmi, Alphard masih tampil dengan gril hadapan bersaiz besar. Ia diapit dengan lampu hadapan yang direka dengan jalur LED nyalaan siang bina dalam yang nampak serasi dengan gril berkenaan. Manakala pada bahagian sisi bampar ia diberikan kemasan berbentuk-J yang menempatkan lampu kabus. Manakala untuk Vellfire, ia seperti biasa tampil lebih sporty dengan garis-garis lebih tajam. Vellfire menerima gril dengan jalur-jalur krom melintang, manakala lampu nyalaan siangnya pula direka dengan jalur tunggal yang tebal. Perumah lampu kabus pula direka lebih besar sebagai liang udara palsu. Toyota Vellfire 2023 Untuk bahagian belakang pula, Alphard diberikan lampu dengan grafik yang sama seperti lampu hadapan. Manakala Vellfire pula menerima rekaan grafik lampu berbentuk-U, serta jalur LED yang merentangi sepenuhnya pintu tailgate belakang. Alphard dan Vellfire generasi baharu diasaskan dari platform Toyota New Global Architecture (TNGA) dari varian GA-K. Ia tampil dengan rekaan tiang-A seperti kembar lebih kecil Noah dan Voxy, dengan panel direka lebih ke hadapan dan diberikan cermin suku sisi hadapan lebih besar bagi memberikan visual dari kabin lebih baik. Secara asasnya, bentuk badan Alphard dan Vellfire ini baharu ini menyerupai varian lebih mewahnya iaitu Lexus LM yang sudahpun didedahkan pada April lalu. Pada model generasi sebelumnya, Alphard, Vellfire dan LM bukan sahaja berkongsi kerangka badan, malah diberikan unit rangkaian kuasa yang sama – dijangka konsep yang sama akan diteruskan pada model generasi baharu ini. Lampu belakang Toyota Alphard (atas) dan Vellfire (bawah) Bagi model generasi terkini LM, ia hadir dengan pilihan enjin 2.0L empat silinder hibrid dan juga 2.0 liter empat silinder turbo. Versi dengan enjin V6 NA 3.5L tidak lagi ditawarkan pada LM generasi baharu ini. Namun pada set imej baharu yang bocor ini tidak memperlihatkan bahagian dalaman Alphard dan Vellfire 2023 berkenaan. Walau bagaimanapun sedikit perincian dalaman pada Alphard sudah tersebar dari imej sesi latihan produk sebelum ini, menampilkan bahagian dalaman dengan skrin infotainmen bersaiz besar pada papan pemuka, skrin sesentuh untuk penumpang belakang, dan juga bumbung panaromik untuk kabin belakang. GALERI: Pembentangan produk Toyota Alphard 2023 yang bocor sebelum ini
Proton Satria Cabriolet 1997 – ‘mati’ hidup kembali
Selepas Proton memiliki Lotus pada 1996, semangat inovasi dari pembuat kereta nasional itu betul-betul meledak. Ini kerana ketika zaman kerjasama penuh dengan Mitsubishi, peluang Proton untuk melakukan sebarang kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah terhad. Selepas mempunyai Lotus dalam tangan, dapat dilihat Proton ‘melepaskan’ geram dengan pelbagai projek yang jauh lebih menarik – kita dapat lihat Proton hadir dengan hot-hatch pertamanya iaitu Satria GTI pada penghujung 1998, dan memperkenalkan model yang bukan rebadge dari Mitsubishi pertamanya pada tahun 2000 iaitu Waja. Namun sebelum model-model produksi ini dikeluarkan, ada beberapa idea yang dihasilkan Proton dalam bentuk konsep, antaranya adalah Proton Satria Cabriolet yang muncul di Frankfurt Motor Show pada 1997. Ia didedahkan sendiri oleh CEO Proton ketika itu, YM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang menyatakan bahawa Cabriolet ini adalah salah satu variasi yang akan dibangunkan oleh Proton bersama Lotus berasaskan casis Wira, selain dari Estate dan juga Van. Namun sebenarnya prototaip yang diasaskan dari Proton Satria 1.6 ini adalah hasilkan bersama dengan kerjasama pembuat koc yang berpusat di California, Amerika Syarikat iaitu Metal Crafters Inc – pihak yang sama membantu Proton dalam menghasilkan trak pikap Arena yang muncul pada tahun 2002. Sebanyak dua unit prototaip Proton Satria Cabriolet ini dihasilkan, dan ia mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan. Ia didedahkan di Jerman untuk mendapatkan respon dari pengguna pasaran paling sukar untuk Proton di Eropah berkenaan, sebelum diproduksi mengikut rancangan asalnya iaitu untuk tahun 1998 dengan tiga varian enjin petrol iaitu 1.3L, 1.5L dan 1.6L. Walau bagaimanapun, versi produksi untuk Satria Cabriolet ini tidak pernah direalisasikan. Tiada kenyataan yang jelas dikeluarkan Proton mengapa projek Satria Cabriolet ini dibatalkan, tetapi menerusi khabar angin yang bertiup salah satu puncanya adalah kerana krisis ekonomi global yang berlaku pada 1998. Tetapi ini tidak menghalang Proton untuk membawa dua unit Satria Cabriolet ini untuk dipamerkan di pelbagai acara selain di simpan di Garaj Warisan Proton di kilangnya yang terletak di Hicom Shah Alam. Namun pada Julai 2020, kami temui dua buah Satria Cabriolet tersebut (berwarna ungu dan emas) dan juga pelbagai kereta lumba dan prototaip Proton serta Lotus di gudang Pickles Auction yang terletak di Jalan Klang Lama untuk di lelong. Kecewa melihat keadaan tersebut, kami serta beberapa media lain menaikkan artikel berkenaan kereta-kereta bersejarah yang mahu di lelong itu, dan hasilnya Proton telah menarik balik lelongan berkenaan. Namun ada beberapa kereta telah terlepas kepada pembida, antaranya Proton Satria Cabriolet berwarna ungu. Imej yang kami rakam ketika menemui Satria Cabriolet ini di Pickles Auction sekitar tiga tahun lalu Tetapi beberapa ketika selepas itu, Satria berkenaan diiklankan pula di internet untuk dijual, dan akhirnya ia kini menjadi milik Muhammad Jeya Raj dari Taiping, Perak. Ketika berlangsungnya acara Retro Havoc di The Curve, Damansara pada 27 Mei lalu, penulis berkesempatan bertemu dengan Jeya untuk mengorek dengan lebih dalam apa yang terjadi pada Satria Cabriolet ini sebenarnya. Menurut Jeya, ketika kereta-kereta berkenaan dilelong oleh Pickles Auction, dia lebih berminat terhadap kereta-kereta rali PERT dan bukan Satria Cabriolet tersebut. Ini kerana minat Jeya lebih kearah sukan permotoran sebenar dan terlibat dalam sukan drift. Walau bagaimanapun ketika melihat Satria Cabriolet ini diiklankan semula untuk dijual oleh individu yang membidanya dahulu, seolah-olah ada ‘soft spot‘ yang hadir dan memanggilnya untuk membeli dan merestorasinya semula. Jeya merasakan Satria ini merupakan salah satu khazanah negara yang perlu dipelihara, serta dia sendiri mempunyai perasaan sentimental terhadap Satria tersebut. Jeya menceritakan bagaimana terujanya dia mula-mula melihat kereta ini depan mata sewaktu berusia 18-tahun dahulu. Menurutnya ketika itu kereta ini dibawa oleh pasukan R3 bersama kereta lumba yang lain dan singgah sebentar di kampung halamannya iaitu di Ipoh. Sebagai seorang peminat Tengku Djan Ley yang ketika menerajui pasukan Proton R3, apabila pemandu trak yang membawa kereta-kereta tersebut membenarkannya membelek serta duduk di dalamnya termasuk Satria Cabriolet ini, peristiwa itu menjadi satu kenangan indah buat Jeya. Untuk makluman anda, kereta ini merupakan prototaip dan tidak pernah didaftarkan ke JPJ untuk kegunaan jalan raya. Jadi Jeya membeli kereta ini dengan harga yang agak tinggi untuk sebuah kenderaan tanpa geran, dan hanya berbekalkan resit dan dokumen pembelian bagi mengesahkan bahawa Satria Cabriolet ini rasmi menjadi miliknya. Selepas berjaya dengan pembelian Satria Cabriolet ini, ia terus di bawa ke Taiping. Jeya menyatakan bahawa sejak ia dibawa keluar dari Pickles Auction, pembida asal berkenaan tidak membuat sebarang kerja-kerja pemulihan kerana kekurangan dana. Kereta tersebut dalam keadaan yang agak teruk – lantai dan sebahagian panel badan perlu diperbaiki kerana telah berkarat, manakala suspensi serta komponen-komponen getah pada sistem mekanikal sudah pun mengeras kerana sudah terlalu lama. Jadi kerja-kerja restorasi telah pun dimulakan oleh Jeya dengan membuat kerja-kerja pembaikan badan, menyaksikan karat-karat telah dibuang dan disembur semula oleh IR Spray Taiping dengan warna ungu yang sama. Proses ini perlu dilakukan secara berhati-hati kerana komponen seperti bampar hadapan dan belakang, gril serta skirt sisi merupakan komponen one-off istimewa yang dihasilkan Proton, tak sama dengan Satria biasa. Menurut Jeya lagi, ada satu lengan pada sistem kerangka bumbung Satria ini yang telah patah. Komponen berkenaan sudah tentu tidak dijual di mana-mana kedai alat ganti, dan ia dihasilkan semula secara custom. Selepas itu bumbung fabrik Satria ini sudah boleh dibuka dan ditutup semula menggunakan sistem hidraulik asal. Apa yang membimbangkan Jeya adalah sekiranya cermin-cermin tingkap sisi Satria Cabriolet pecah, dan ia juga tidak sama dengan cermin dari Satria normal. Mujur setakat ini semua cermin tingkap berkenaan masih lagi dalam keadaan baik. Selepas itu semua komponen mekanikal pada suspensi dan ruang enjin ditukar dan dibaik pulih, dan Jeya menyatakan sekarang Satria Cabriolet ini sudah boleh dipandu seperti biasa. Manakala keempat-empat hab roda Satria ini disarungkan dengan rim Satria GTi – untuk mendapatkan rim asli seperti yang muncul ketika ia didedahkan di Frankfurt dahulu adalah hampir mustahil, dan Proton sendiri pernah mempamerkan Satria Cabriolet ini dengan rim dari Satria GTI. Buat masa sekarang, bahagian dalaman Satria Cabriolet ini masih lagi dalam keadaan asal, cuma ia sudah dibersihkan. Menurut Jeya selepas ini bahagian dalaman Satria ini turut akan direstorasi dengan sepatutnya, dan fabrik bumbung juga bakal digantikan dengan fabrik baharu. Jeya menyatakan sehingga kini dia telah membelanjakan puluhan ribu ringgit pada Satria Cabriolet ini. Tiada perancangan untuk dijual, namun Jeya menyatakan sekiranya ada pembeli yang menawarkan harga patut untuk Satria ini dia akan mempertimbangkan untuk menjualnya. Apa pun tahniah kepada Jeya, walaupun Satria ini terlepas dari tangan Proton, namun ia jatuh ke tangan yang betul dan ia kini menerima ‘layanan’ yang jauh lebih baik dari dibiar terus mereput di dalam gudang!
Ducati Panigale V4R dilancarkan di Malaysia – RM460k
Barisan model Panigale V4 yang ditawarkan oleh Ducati Malaysia kini bertambah dengan ketibaan versi terhebat iaitu Panigale V4R. Ia dijual pada harga RM458,900, sementara V4 biasa berharga RM159,900 dan V4S pula RM199,900 tidak termasuk insurans. Menggunakan enjin V4 Desmosedici Stradale 998 cc yang boleh dikerah sehingga 16,500 rpm pada gear enam, Panigale V4R menghasilkan kuasa sebanyak 218 hp pada 15,500 rpm dalam keadaan asal, sementara apabila dipasang dengan ekzos yang hanya boleh digunakan dalam litar, ia boleh bertambah sehingga 240.5 hp. Banyak bahagian di dalam enjin ini telah dinaik taraf, dengan antaranya termasuk connecting rod titanium “gun-drilled“, piston lima gram lebih ringan, intake cam dengan lift 1 mm lebih tinggi serta salur udara 5 mm lebih pendek. Bahagian klac pula 800 gram lebih ringan. Pakej aerodinamik pada model ini bertambah cekap dengan adanya sayap yang dapat memberikan lebih tekanan, tetapi lebih nipis dan ringan. Fairing bawah diubah untuk mengikut peraturan WSBK, sementara di bahagian kiri terdapat salur untuk menyejukkan sensor quickshifter. Suspensi V4R masih lagi boleh dilaras secara mekanikal, dengan di hadapan terdapat fork Ohlins NPX25/30 manakala di belakang menggunakan penyerap Ohlins TTX36 yang kedudukannya telah dilaras sedikit – menyebabkan kedudukan belakang motosikal terangkat 20 mm – dan mempunyai jarak gerak tambahan 4 mm. Untuk kegunaan dalam litar, Ducati menyediakan pilihan tambahan perisian Ducati Performance DTC EVO 3, yang membenarkan pemasangan dan kalibrasi tayar slick serta hujan, serta mengaktifkan lampu belakang berkelip, seperti yang diperlukan dalam perlumbaan apabila hujan, serta penambahan Pit Speed Limiter. Apabila dipasang dengan sistem ekzos titanium Akrapovic, berat motosikal ini akan berkurang lagi 5 kg dan ia akan diberikan dengan pemetaan khas untuk kegunaan litar, seterusnya meningkatkan kuasa kepada 237 hp (standard 218 hp). Turut menyumbang kepada pengurangan berat adalah rim magnesium yang menggantikan unit aluminium forged pada V4 biasa.
Toyota Innova Zenix 2023 sudah dilihat berada di Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi?
Untuk anda yang sedang menunggu kehadiran Toyota Innova Zenix 2023, ini ada berita baik – MPV tiga baris duduk itu kini sudahpun dilihat di Malaysia, menandakan tarikh pelancarannya semakin hampir! Gambar yang dimuat naik oleh laman facebook RiderAth ini menunjukkan beberapa unit Innova Zenix sedang dibawa di atas lori pengangkut, mungkin menuju ke bilik-bilik pameran Toyota? Innova Zenix membuat kemunculan sulung globalnya di Indonesia pada November 2022. Model gantian untuk Innova generasi terdahulu itu kini tidak lagi berkongsi casis Ladder Frame IMV dengan trak pikap Toyota Hilux, sebaliknya ia kini jauh lebih canggih dengan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) dalam varian GA-C. Jadi dapat dibayangkan bahawa Innova ini kelak memberikan pengendalian dan juga keselesaan yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Ia juga kini menampilkan konfigurasi enjin hadapan pacuan hadapan, berbanding pacuan belakang pada model sebelum ini. Rekaan ini sudah tentu akan memberikan ruang dalaman dengan lantai yang lebih rata dan lebih ruang. Walaupun diasaskan dari platform baharu, Innova Zenix masih dihasilkan dengan saiz yang hampir sama seperti model generasi sebelum ini. Ia menampilkan dimensi panjang 4,755 mm, lebar 1,850 mm dan jarak roda 2,850 mm. Ukuran ini menunjukan bahawa model baharu ini adalah 20 mm lebih panjang dan 20 mm lebih lebar, manakala jarak rodanya pula adalah lebih jauh berbanding Proton X90. Dengan platform baharu ini juga, Innova tidak lagi menampilkan bentuk pelik seperti model terdahulu. Namun Toyota masih memberikan imej seakan SUV kepada MPV ini. Malah ia juga masih direka agak tinggi dengan jarak kelegaan tanah 185 mm, serta mengekalkan sudut approach dan departure sama seperti Innova terdahulu. Di Indonesia Innova Zenix ini hadir dalam versi petrol penuh dan juga hibrid. Bagi model petrol, ia menerima enjin M20A-FKS 2.0 liter empat-silinder berkuasa 174 PS dan tork maksima 205 Nm – jauh lebih berkuasa dari enjin 1TR-FE 2.0L model sebelum ini yang menjana 139/183 Nm. Manakala model hibrid pula menggandingkan enjin Dynamic Force 2.0 liter berkuasa 152 PS dan tork maksima 187 Nm, bersama motor elektrik berkuasa 113 PS dan tork maksima 205 Nm – menghasilkan kuasa 186 PS secara keseluruhan. Motor berkenaan menerima kuasa dari bateri logam-nikel hidrida (Ni-MH) yang diletak di bawah kedua-dua tempat duduk hadapan. Kedua-dua versi unit rangkaian kuasa ini menerima kotak gear CVT (e-CVT untuk hibrid) bagi memacu roda hadapan. Ia dijual pada harga bermula 419 juta rupiah (RM128,658) untuk varian asas petrol G, sehingga 601.15 juta rupiah (RM184,589) untuk model hibrid spesifikasi tertinggi Q yang turut dilengkapi tempat duduk kapten pada baris kedua. Bagi pasaran Malaysia kelak, kita berkemungkinan besar turut akan menerima varian hibrid kerana sebelum ini UMWT Toyota telah mengumumkan bahawa satu lagi model HEV selepas Corolla Cross Hybrid akan dilancarkan tidak lama lagi. Jadi Innova Zenix ini mungkin akan memberikan cabaran yang sengit kepada SUV tiga baris tempat duduk Proton X90 yang baru dilancarkan awal bulan ini. Proton X90 dijana oleh enjin 1.5 liter turbo dengan sistem suntikan bahan api terus bersama sistem hibrid ringkas 48V, menghasilkan kuasa maksima 177 PS/255 Nm. Ia dijual pada harga bermula RM124k untuk varian asas Standard sehingga RM153k untuk varian Flagship yang turut menampilkan tempat duduk kapten pada baris kedua. Jadi yang mana anda rasa lebih menarik dan lebih berbaloi? Toyota Innova Zenix atau Proton X90?
RFID ada kekurangan daripada sudut teknikal; kerajaan sedang memperhalusi sistem MLFF – KKR
Kementerian Kerja Raya (KKR) mengakui terdapat kekurangan daripada sudut teknikal berkaitan pelaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di lebuh raya yang digunakan sekarang sehingga berlakunya kesesakan di plaza tol. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, KKR melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sudah meminta syarikat pengendali lebuh raya untuk membuat pelarasan lebih kerap di lorong-lorong RFID agar kecekapan dapat dipertingkatkan. Tambahnya, selain itu, hebahan kesedaran kepada pengguna juga dibuat supaya mereka mempunyai baki yang mencukupi semasa melalui plaza tol, laporan Bernama. “Saya juga ingin menyarankan supaya pengguna lebuh raya lebih peka dan bersedia untuk menyemak baki e-wallet sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan tiada gangguan semasa melakukan transaksi bayaran tol,” katanya sewaktu Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Kenyataan ini adalah bagi menjawab pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berkaitan mengapa sistem RFID masih mengalami masalah sehingga berlaku kesesakan di plaza tol dan apa rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah itu. Jelas Abdul Rahman lagi, mod pilihan pembayaran kepada pengguna juga akan dipelbagaikan selaras dengan hasrat kerajaan melaksanakan sistem kutipan tol secara Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) pada 2025. Buat masa ini, katanya, kerajaan sedang memperhalusi kaedah pelaksanaan sistem MLFF ini bagi memberikan keselesaan yang terbaik kepada pengguna lebuh raya dengan menyediakan lebih daripada satu kaedah pembayaran kadar tol. “Ini tidak langsung akan membantu pengguna mengatasi isu kekurangan baki sewaktu melalui gantri tol, seterusnya melancarkan pergerakan pengguna lebuh raya,” katanya.
GAC Trumpchi E9 dilancar di China – enjin PHEV 2.0 turbo, jarak gerak sehingga 1,032 km, dari RM213k
Pengeluar dari China, GAC Motor telah melancarkan Trumpchi E9 baru, yang merupakan sebuah MPV plug-in hybrid, yang dijual pada harga bermula 329,800 yuan (RM213,426) untuk varian Pro. Dua lagi varian yang lebih tinggi adalah Max, berharga 369,800 yuan (RM239,189) Grandmaster berharga 389,800 yuan (RM252,125). E9 mempunyai kaitan yang rapat dengan M8, iaitu sebuah lagi MPV Trumpchi yang dilancarkan September lalu. Tidak seperti M8, E9 bagaimanapun cuma ditawarkan dengan enjin plug-in hybrid petrol empat silinder turbo 2.0 liter berkemampuan 190 PS (188 hp atau 140 kW) dan tork 330 Nm. Enjin ini dipadankan bersama motor elektrik 182 PS (180 hp atau 134 kW) dan tork 300 Nm, serta kotak gear Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dua kelajuan. Secara keseluruhannya, penggerak ini boleh menghasilkan 373 PS (367 hp atau 274 kW), dan tork 630 Nm, membolehkan ia memecut 0-100 km/j dalam masa 8.8 saat. Sistem PHEV pelbagai mod ini juga datang dengan bateri lithium ion, dengan kapasiti tenaga 25.57 kWh, membenarkan ia bergerak sehingga 136 km dengan hanya menggunakan kuasa elektrik. Apabila disambung kepada sumber AC, baterinya mengambil masa 3.5 jam untuk penuh, sementara apabila menggunakan sumber DC, ia akan mengambil masa hanya 30 minit. GAC juga menyatakan bahawa MPV ini boleh memberi jarak gerak keseluruhan 1,032 km dan penggunaan bahan api 6.05 l/100 km. Memandangkan E9 mempunyai persamaan dengan M8, ia juga berkongsi jarak roda yang sama, iaitu 3,070 mm, manakala ukuran bahagian lain adalah panjang antara 5,193 mm kep 5,212 mm, lebar 1,893 mm dan tinggi 1,823 mm. Membezakan kedua model ini adalah rekaan, dengan E9 nampak kurang menonjol. Gril hadapan E9 contohnya, menggunakan kemasan jalur melintang yang lebih nipis, dan kemudiannya mempunyai beberapa jalur DRL berbeza panjang di bawah lampu utamanya. Profail E9 kelihatan sama seperti M8, tetapi d-pillar diwarnakan hitam untuk menghasilkan rupa bentuk bumbung yang terapung. Lampu yang penuh di sepanjang bahagian belakangnya kelihatan sama, dan sampai di hujung ia menggunakan pencahayaan berbentuk L memanjang ke bawah. Masuk ke dalam, papan pemuka E9 sama sahaja seperti M8, dan anda akan menemui banyak skrin. Sebagai permulaan, terdapat panel instrumen digital 12.3 inci di hadapan pemandu, kemudiannya skrin sesentuh 14.6 inci di tengah untuk sistem infotainmen dan satu lagi skrin 12.3 inci bertentangan dengan penumpang hadapan. Pergi ke tempat duduk belakang, setiap satu kerusi kapten mendapat skrin sesentuh lima inci, sementara satu lagi skrin 15.6 inci yang melekat di bumbung adalah untuk hiburan penumpang lain. Sekiranya 12 pembesar suara standard tidak mencukupi, pemilik boleh mendapatkan sistem bunyi Yamaha dengan pembesar suara, yang disediakan sebagai pilihan. Untuk kelengkapan lain, E9 boleh datang dengan rim 18 inci, cermin gelap, bumbung panoramik, lampu suasana, tempat duduk hadapan dan baris kedua larasan kuasa, pintu but bukaan elektrik, sistem tanpa kunci, pendingin hawa tiga zon, pengesan kualiti udara, balutan kulit serta pengecas tanpa wayar. MPV ini juga datang dengan pakej sensor yang boleh mempunyai sehingga 10 kamera, 12 radar ultrasonik dan radar gelombang empat milimeter. Kelengkapan ini kemudiannya dapat memberikan fungsi bantuan pemandu ADiGo Pilot, yang termasuk seperti brek kecemasan autonomous depan dan belakang, Lane Keep Assist, Adaptive Cruise Control, Traffic Jam Assist, Blind Spot Monitoring, Rear Cross Traffic Alert, Park Assist dan Around View Monitor.
China atasi Jepun sebagai pengeksport kenderaan baharu paling banyak di dunia; EV main peranan
Menurut laporan dari Nikkei Asia, China kini sudahpun mengatasi Jepun sebagai pengimport kenderaan baharu paling banyak di dunia untuk suku pertama 2023. Berdasarkan data dari Persatuan Pengeluar Automobil China (CAAM), eksport kenderaan dari negara berkenaan mencecah 1.07 juta unit pada Januari hingga Mac tahun ini, naik sebanyak 58%. Sebagai perbandingan, Persatuan Pengeluar Automobil Jepun (JAMA) pula mendedahkan bahawa Jepun telah mengeksport sebanyak 950,000 unit kenderaan untuk tempoh yang sama, atau naik 6% berbanding tempoh sama tahun lalu. China juga sudahpun diiktiraf sebagai pasaran automotif terbesar di dunia, mengatasi Amerika Syarikat sejak 2009. Kerajaan China kini sedang memberikan pelbagai insentif bagi mengembangkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) domestik. Inisiatif ini secara tidak langsung meningkatkan jumlah eksport automotif China untuk kenderaan dengan teknologi elektifikasi. Dalam suku pertama 2023 sahaja, jumlah eksport kenderaan teknologi baharu (NEV) yang termasuk EV meningkat sebanyak 93% berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 380,000 unit. Belgium, Australia dan Thailand merupakan pengimport terbesar model-model NEV dari China ini. Tesla China merupakan pengeksport NEV terbesar dengan jumlah 90,000 unit, diikuti SAIC Motor dengan 50,000 unit serta BYD dengan 30,000 unit. Manakala Rusia merupakan destinasi eksport paling popular untuk kenderaan-kenderaan buatan China pada suku pertama 2023 dengan jumlah 140,000, naik lebih dari tiga kali ganda berbanding setahun lalu. Berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022, Toyota, Volkswagen dan pembuat kereta lain menutup kilang masing-masing di Rusia dan keluar dari negara berkenaan, membolehkan pembuat kereta dari China menguasai pasaran di negara tersebut.
Lexus Klang dibuka secara rasmi – bilik pameran mesra alam pertama jenama berkenaan di Malaysia
Lexus Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan satu lagi outlet pengedar baharunya untuk kawasan Lembah Klang iaitu Lexus Klang. Fasiliti yang mula beroperasi bermula 1 Januari lalu ini diuruskan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd, didakwa sebagai bilik pameran mesra alam yang pertama bagi Lexus di Malaysia. Bilik pameran dan pengedaran ini terletak di Lot 1137, Jalan Kepayang, 41050 Klang, Selangor. Untuk perkhidmatan servis selepas jualan, pelanggan masih perlu ke pusat servis PCM Klang yang terletak di Sungai Rasah. Fasiliti Lexus Klang ini didakwa direka dengan teknologi pembangunan hijau terkini. Ia dilengkapi dengan pelbagai material lestari yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding material binaan tradisional. Antara yang anda boleh lihat termasuk perabot-perabot yang diperbuat dari bahan terpakai seperti tong dram dan sebagainya. Bilik pameran mewah tersebut juga menampilkan sistem tenaga yang efisien termasuk penggunaan pencahayaan LED dan juga penderia gerakan sebagai suis lampu. Pelbagai pokok-pokok hiasan dalaman turut diletak di dalam bilik pameran ini. Menurut Lexus Malaysia, pembukaan bilik pameran mesra alam ini adalah juga sejajar dengan komitmennya untuk mengurangkan jejak karbon dan merupakan sebahagian daripada lembaran baharu syarikat yang turut merangkumi usaha berterusan dalam mencapai neutral karbon menjelang tahun 2050. “Kami amat teruja untuk membuka bilik pameran mesra alam pertama Lexus di Klang dan berharap ia akan membuka laluan bagi usaha-usaha kelestarian lain pada masa akan datang. Kami amat berbangga untuk menawarkan pelanggan kami salah satu pengalaman terbaik dan paling sofistikated menerusi bilik pameran yang menggabungkan secara harmoni rasa hormat kami kepada bumi serta usaha yang diambil demi masa depan yang hijau,” kata Presiden Lexus Malaysia, Datuk Ravindran K. “Dengan menyepadukan material lestari dan teknologi menjimatkan tenaga dalam rekaan bilik pameran ini, kami mempamerkan komitmen dan keprihatinan syarikat terhadap kesejahteraan alam sekitar serta mengurangkan jejak karbon kami,” tambahnya lagi. Selain dari menyediakan khidmat jualan, Lexus Klang turut menawarkan urus niaga secara tukar-beli, bagi memudahkan pelanggan menaik taraf kenderaan jenama Lexus lama mereka kepada model yang lebih baharu. GALERI: Gambar rasmi bilik pameran Lexus Klang default
Tiga laluan kontra akan dibuka mulai 3 Julai ini bagi atasi isu kesesakan trafik di Kuala Lumpur – Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan pihaknya telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi melaksanakan laluan kontra yang membabitkan tiga lokasi sebagai langkah segera mengatasi masalah kesesakan jalan raya di ibu negara. Bakal dilaksanakan mulai 3 Julai ini, laluan kontra itu melibatkan laluan Tol Plus Sungai Besi ke Persimpangan Besraya iaitu dari arah selatan ke Kuala Lumpur, Jalan Maharajalela ke Taman Connaught dan Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak, laporan Bernama. Laluan kontra di Tol Plus Sungai Besi ke Persimpangan Besraya adalah sepanjang 2.4 km manakala pemanjangan laluan kontra dari Jalan Maharajalela ke Taman Connaught melibatkan jarak sepanjang 4 km. “Pembukaan laluan kontra di kedua-dua laluan itu dibuka kepada semua jenis kenderaan persendirian kecuali motosikal,” katanya. Manakala laluan kontra Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak melibatkan jarak 3 km khusus untuk kenderaan pengangkutan awam iaitu bas sahaja. Di mana tiada kenderaan persendirian dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksana jika ada kenderaan lain melaluinya. Jelas beliau, pembukaan ketiga-tiga laluan kontra itu bermula 6 pagi hingga 9 pagi bagi waktu pagi manakala pukul 5 hingga 7 petang bagi sesi petang. “Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menyediakan satu garis panduan untuk memastikan laluan kontra itu dilaksana dengan baik dan selamat. Tiada tempoh tertentu untuk laluan ini (ditutup) kerana kita akan lihat keberkesanannya, ada (laluan kontra) di Jalan Cheras masih dibuka sejak 20 tahun lepas dan sukar ditutup,” katanya. Beliau berkata perbincangan termasuk dengan ahli akademik sedang dilaksana bagi mencari punca utama kesesakan jalan raya selain menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Tambahnya, kajian DBKL mendapati terdapat enam juta kenderaan bergerak di ibu negara setiap hari. “Penggunaan pengangkutan awam ketika ini hanya satu juta atau 15% sehari berbanding enam juta atau 85% bagi kenderaan,” katanya.
Volvo Car Malaysia masukkan semua model Pure Electric dalam senarai model yang dijual dalam talian
Selepas melancarkan platform jualan dalam talian mereka tahun lepas, Volvo Car Malaysia (VCM) kini mengumumkan bahawa mereka ingin mengembangkan lagi usaha untuk menjual kenderaan secara terus kepada pelanggan dengan memasukkan semua model Pure Electric di dalam senarai. Dengan itu, sesiapa yang berminat untuk membeli sama ada model C40 atau XC40 Recharge Pure Electric kini boleh melakukan urusan secara terus dengan VCM. Melalui platform dalam talian itu, anda boleh melihat stok yang ada, jangkaan tempoh penghantaran, harga, memilih pengedar dan membuat bayaran secara selamat. “Sejak pengenalan platform jualan dalam talian ini, perjalanan pelanggan kami untuk memiliki sebuah Volvo telah bertambah baik secara dramatik melalui ketelusan dan paparan stok yang ada. Bermula hari ini, kami menawarkan semua model Pure Electric dalam platform ini dan akan berusaha untuk memasukkan lebih banyak model Volvo yang lain tidak lama lagi,” kata pengarah urusan VCM, Charles Frump. Sebagai bonus, pelanggan yang membuat tempahan sebarang model Pure Electric dari 1 Mei hingga 30 Jun tahun ini akan layak menerima baucar wallbox RM7,000 dan insurans Volvo Car Insurance selama setahun. Anda boleh melayari laman jualan dalam talian VCM melalui pautan ini.
Penutupan jalan pada waktu malam di Lebuhraya Kajang Silk dilaksanakan pada 26-27 Mei 2023
Klik untuk besarkan Ini ada makluman buat pengguna Lebuhraya Kajang Silk. Prolintas selaku pengendali lebuhraya terbabit telah mengumumkan penutupan jalan sementara di kedua-dua arah ke Kajang dan Putrajaya di Sungai Ramal berhampiran Food Valet dan JB Autoworld pada 26-27 Mei 2023 dari jam 10 malam hingga 6 pagi. Ia adalah bagi memberi laluan kepada aktiviti pemasangan struktur jejantas pejalan kaki baharu. Struktur jejantas tersebut akan siap dipasang dalam tempoh seminggu. Klik untuk besarkan Sepanjang penutupan jalan itu, pengguna yang menuju ke arah Putrajaya perlu membelok ke kiri selepas stesen minyak Shell bersebelahan N9 Food Court dan menggunakan jalan dalam selari dengan lebuh raya sehingga anda melepasi lokasi penutupan jalan tersebut. Bagi yang menuju ke Kajang/Cheras, ia melibatkan lencongan besar menerusi Bangi. Keluar dari susur E18 dan menuju ke Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan terus ke arah padang golf dan Econsave. Kemudian belok ke kiri di Jalan Reko dan kembali semula ke Lebuhraya Kajang Silk. Sila teliti laluan alternatif seperti mana yang dipaparkan pada gambarajah di atas, dan amalkan pemanduan selamat. Patuhi isyarat trafik dan papan tanda yang terletak di lokasi berkenaan.
Proton buka pusat 3S baharu di Puncak Jalil
Proton bersama rakan pengedarnya, Atiara Johan Group, telah pun melancarkan pusat 3S baharu yang terletak di Puncak Jalil. Dikendalikan oleh anak syarikat Atiara Johan, Jaya Johan Sdn Bhd, pusat 3S baharu itu menerapkan teknologi mesra alam dengan dilengkapi sistem solar. Ia juga menempatkan bilik pameran yang luas untuk keselesaan pelanggan yang ingin mendekati model Proton pilihan mereka, memperbaharui insuran serta ruang menunggu untuk pelanggan, ruang hidangan makanan dan minuman. Selain itu, ia turut menyediakan 10 ruang servis yang mampu menampung kapasiti sehingga 60 kereta sehari dan pusat alat ganti untuk memberikan perkhidmatan yang pantas. Perkhidmatan perantara untuk menghantar dan mengambil turut disediakan bagi kemudahan pelanggan yang tinggal berdekatan dan ingin pulang ke rumah atau dibawa ke tempat lain semasa menunggu kereta mereka diservis. Eric Moo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Atiara Johan, berkata bahawa pusat 3S baharu ini terletak dengan strategik berdekatan dengan Bukit Jalil dan Taman Equine, menjadikannya mudah bagi pelanggan di kawasan-kawasan ini untuk melawat dan menghantar kereta mereka untuk servis dan pembaikan. “Kami mengalu-alukan pelanggan jauh dan dekat untuk berkunjung ke premis baharu kami ini. Walaupun ia merupakan pusat 3S, kami juga menyediakan kerja-kerja mengecat badan kenderaan dengan sokongan pusat 4S Atiara Johan Sdn Bhd di Puchong,” ujarnya. “Pelanggan juga dijamin akan mendapatkan perkhidmatan menyeluruh yang berkualiti untuk semua keperluan kenderaan anda kerana ia dilengkapi dengan teknologi terkini dan mesin-mesin yang ditingkatkan,” kata Kok Kam Chyuen, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Johan Sdn Bhd. Pusat 3S baharu ini terletak di T 59674, Persiaran Puncak Jalil, Taman Puncak Jalil, PJU 6, 43300 Seri Kembangan. Ia merupakan cawangan ketiga Proton bagi Atiara Johan Group yang turut memiliki pusat 1S dan 4S Proton di Puchong.
MBSA umum bayaran parkir di kawasan jajahannya kini boleh dibuat menerusi aplikasi JomParking
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengumumkan pengguna kini boleh membayar kadar parkir di kawasan jajahannya dengan menggunakan aplikasi JomParking. Jika anda pengguna baharu bagi JomParking, ini ada berita baik untuk anda. Sempena dengan kerjasama MBSA, terdapat kod promo untuk pengguna baharu. Muat turut aplikasi ini dari Google Play atau App Store, daftar dan gunakan kod promo JPFREE untuk mendapatkan 100 token percuma. Sebelum ini, jiran sebelah Shah Alam, iaitu Majlis Bandaraya Subang Jaya telah mengumumkan kadar bayaran parkir dua jam boleh dibuat menerusi Touch n Go eWallet, selain aplikasi Setel. Terdahulu, ia hanya membenarkan penggunakan aplikasi Smart Selangor Parking dan Flexi Parking sahaja. Selain itu, JomParking juga digunakan sebagai salah satu aplikasi pembayaran parkir di jajahan MBSJ.
Laluan kontra waktu puncak khas untuk bas Rapid KL di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak – mulai 3 Julai
Berita baik untuk penumpang bas di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur. Rapid KL bakal menyertai DBKL untuk memperkenalkan lorong aliran waktu puncak sebagai sebahagian daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi mengurangkan kesesakan trafik. Pada asasnya, ia adalah aliran kontra untuk bas Rapid KL di Koridor Ampang yang melibatkan laluan yang melalui Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak. Buat pertama kalinya konsep ini diperkenalkan di Malaysia dan akan dimulakan pada 3 Januari ini. Tiga laluan bas akan terlibat – 300 (Pandan Indah – Lebuh Ampang), 303 (Taman Mulia Jaya – Lebuh Ampang) dan DS01 (LRT Ampang – Ampang Park/ KLCC). “Kami di Rapid Bus sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman penumpang kami. Satu komponen yang sangat kritikal ialah memastikan bas kami sampai ke perhentian tepat pada masanya. Susulan gesaan daripada kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan bas, kami menyasarkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bas Rapid KL dan meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Muhammad Yazurin Sallij. Rapid Bus mengatakan bahawa lorong sementara untuk bas sahaja pada waktu puncak pagi dan petang akan membantu meningkatkan ketepatan kekerapan bas, sekaligus memendekkan masa menunggu. “Aliran kontra ini akan membantu bas kami mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, yang sentiasa menjadi punca utama kelewatan untuk sampai ke perhentian. Kami berharap lebih ramai penduduk di kawasan Ampang menggunakan bas sebagai pilihan utama untuk menuju ke pusat bandar. Jimat, cepat dan mudah,” tambah Yazurin. Untuk pengetahuan anda, DS01 adalah laluan yang menghubungkan LRT Ampang ke Ampang Park dan KLCC. Apa yang unik tentang laluan ini, yang sebelum ini dipanggil Skip Stop Xpress, ialah ia merupakan laluan tanpa henti ke tengah-tengah KL. Tambang bagi perjalanan sehala hanyalah RM1.10.
Litar lumba drag dengan peruntukan RM20 juta tidak pernah dibahaskan dan diluluskan di Parlimen – KBS
Susulan luahan bekas Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaacob yang kecewa selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak meneruskan rancangan untuk membangunkan litar perlumbaan drag di setiap negeri, KBS memaklumkan bahawa peruntukan RM20 juta yang diumumkan oleh beliau menerusi Bajet 2023 tidak pernah dibahaskan di Parlimen dan tidak mendapat kelulusan. “Ini kerana Ismail Sabri telah membubarkan Parlimen sejurus selepas membentangkan belanjawan beliau. Oleh yang demikian, bajet tersebut tidak pernah disalurkan kepada KBS bagi pembangunan litar drag seperti yang diumumkan. “Selain daripada itu, bajet tersebut diumumkan tanpa mendapat data dan maklum balas daripada pihak KBS. RM 20 juta tidak cukup untuk pembinaan litar di setiap negeri,”kata KBS menerusi kenyataan media yang dikeluarkan. KBS turut berkata, pihak kementerian amat prihatin terhadap faktor keselamatan anak muda dan tidak berhasrat untuk membina litar berdasarkan konsep sekadar ada. Tidak dinafikan sukan permotoran di litar drag merupakan perlumbaan di platform yang baik dan bermanfaat untuk anak muda. Namun begitu, keselamatan pelumba, penonton dan semua yang terlibat perlu diberi keutamaan. “KBS sentiasa proaktif dan mencari kaedah-kaedah lain bagi memastikan sukan permotoran ini dapat terus dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal dan selamat walaupun kekangan kewangan ketika ini menghalang usaha pembinaan baharu litar-litar permotoran khasnya litar drag. “Antara usaha yang dilakukan adalah melalui projek menaiktaraf serta memperbaiki kemudahan sedia ada di bawah KBS seperti Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang mencapai spesifikasi antarabangsa serta Litar Lumba Tangkak di Johor bagi penggiat sukan permotoran tempatan,” katanya lagi. Tambahnya, pihak kementerian turut bekerjasama dengan Persatuan Bermotor Malaysia (MAM) selaku badan induk Sukan Permotoran dalam memastikan operator serta penganjur sukan permotoran ini dapat melaksanakan program atau aktiviti mereka di litar yang selamat dengan membuat penyenaraian litar-litar kekal yang telah disahkan (homologate) serta menyediakan spesifikasi minimum bagi litar sementara. “KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan sokongan MAM juga sedang giat membangunkan Garis Panduan Sukan Bermotor yang mana akan memberikan panduan mengenai sukan bermotor terutamanya melibatkan penganjuran acara termasuklah perlumbaan drag. Usaha yang digerakkan ini dapat mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif seterusnya mengurangkan risiko perlumbaan. Program [email protected] yang akan diadakan di seluruh negara melibatkan pengisian aktiviti seperti perlumbaan, bengkel sukan permotoran, Kelas Latihan Asas Sukan (KLASS) Permotoran, Kursus Akreditasi dan Pentauliahan serta melalui program RAKAN MUDA yang akan diberi nafas baru tidak lama lagi. Segala usaha ini diharap dapat merancakkan lagi pemerkasaan pembangunan sukan bermotor di Malaysia dan memberi manfaat kepada belia-belia di Malaysia,” jelasnya. Walau bagaimana pun, jangan dilupakan insiden CCT Battle of Champion yang membabitkan kemalangan maut di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak pada 1 Januari lalu dan juga Battle of The Kings (BOTK) 2022 di Litar Drag Antarabangsa Gong Badak, Terenggan pada Oktober lalu. Di mana kedua-dua kejadian melibatkan kemalangan jiwa yang membabitkan pelumba dan penonton acara lumba drag berkenaan. Dalam insiden CCT Battle of Champion, seorang pengusaha bengkel kenderaan maut selepas dirempuh sebuah kereta lumba ketika menyaksikan pertandingan berkenaan. Mangsa, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, dari Taiping, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, akibat kecederaan parah di kepala dan pendarahan di paru-paru. Manakala dalam penganjuran Battle of The Kings (BOTK) 2022, salah seorang pelumba yang mengambil bahagian, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin atau dikenali sebagai Apeh Jamal maut akibat kecederaan parah selepas kereta lumba yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas merempuh pokok di tepi litar. Di mana kedua-dua kejadian berkaitan dengan ciri keselamatan termasuk aspek tayar penghadang di litar yang tidak mencukupi selain ada pelumbahaan yang membabitkan penganjur tak patuh SOP pohon permit serta tiada kelulusan MAM. Maka, inilah salah satu tugas berat dan cabaran yang digalas oleh kementerian bertanggungjawab termasuk pihak yang diamanahkan bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang di masa akan datang.
Review Toyota Vios 2023 di Malaysia — dari RM90k
Toyota Vios 2023 generasi keempat menampilkan begitu banyak pembaharuan dan peningkatan berbanding model lamanya. Dilancarkan pada bulan Mac lalu, penawaran Vios terbaru ini hanya melibatkan dua varian sahaja: Vios E, yang dijual dengan harga RM89,600 atas jalan tidak termasuk insuran, dan diikuti oleh varian G dengan harga RM95,500. Berbanding penawaran sama sebelum ini, masing-masing varian berkenaan naik sebanyak RM4,000 dan RM5,100. Pembaharuan paling utama, Vios platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dengan dimensi yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Ukuran dimensi berkenaan adalah 4,425 mm panjang (+5 mm), 1,740 mm lebar (+10 mm) dan 1,480 mm tinggi (+5 mm). Lebih penting, jarak antara rodanya kini 70 mm lebih panjang dengan 2,620 mm. Untuk enjin, Vios 2023 menggunakan unit 2NR-VE 1.5 liter NA empat-silinder petrol yang menghasilkan 106 PS pada 6,000 rpm dan 138 Nm tork pada 4,200 rpm. Berbanding unit 2NR-FE sebelum ini, unit 2NR-VE berkongsi kapasiti enjin yang sama, dengan DOHC dan Dual VVT-i, tetapi janaan output berkurang satu PS dan dua Nm. Kuasa pula dihantar ke roda depan melalui unit D-CVT oleh Daihatsu yang menggabungkan pacuan tali sawat dengan gear. Gandingan ini memberikan pecutan lebih pantas dan penggunaan minyak 5.2 liter per 100 km. Turut tersedia ialah tiga mod pemanduan, termasuk Normal, Power dan Eco. Dalam kupasan video ini, kami meneliti dengan lebih dekat dan terperinci setiap aspek yang ditawarkan oleh Vios 2023 ini, terutamanya aspek pemanduan, penggunaan serta peraktikalitinya. Tidak ketinggalan adalah perbandingannya dengan pesaing paling rapat, Honda City, untuk melihat apa kelebihan dan kekurangan setiap satunya. Selepas menonton, nyatakan pandangan anda pula: adakah Toyota Vios 2023 ini telah membuat penampilan semula dengan memenuhi jangkaan atau sebaliknya? Toyota Vios G 2023
Honda Malaysia anjur kempen ‘Gen H’ untuk model hibrid – siri jelajah di KL, P.Pinang, JB bulan depan
Honda Malaysia (HM) telah melancarkan kempen untuk model dan teknologi hibrid yang dipanggil ‘Gen H’, dengan ‘H’ mewakili ‘Honda, Hybrid and Hype’. Bahkan syarikat ini juga akan menganjurkan siri jelajah di seluruh negara “untuk berkongsi pengalaman dan keseronokan teknologi hibrid dengan rakyat Malaysia”. Dalam acara Gen H, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman menggunakan teknologi hibrid e:HEV ciptaan Honda yang diterapkan dalam model City, City Hatchback, Civic dan HR-V. Kesemua model e:HEV ini merupakan varian tertinggi dalam kemasan RS. Siri jelajah ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk permainan arked, fun fair, bengkel, gerai makanan & minuman, seni graffiti oleh artis tempatan dan banyak lagi. Siri jelajah ini akan berlangsung pada bulan hadapan dan bermula di Linear Park, Taman Desa Tebrau, JB pada 3-4 Jun. Diikuti denggan di Juru Auto City, Pulau Pinang pada 10-11 Jun. Dan berakhir di tempat letak kereta C, Stadium Bukit Jalil, KL pada 17-18 Jun. Masuk adalah percuma. “Honda Malaysia merupakan pelopor dalam memperkenalkan teknologi hibrid di Malaysia sejak 19 tahun yang lalu apabila kami menawarkan teknologi Integrated Motor Assist (IMA) pada Civic Hybrid. Maklumbalas berhubung teknologi IMA ini positif dan kami memperkenalkannya pula Sport Hybrid i-DCD pada tahun 2017 menerusi model City dan Jazz Hybrid yang bernilai untuk wang, menyeronokkan untuk dipandu dan didorong prestasi, memenuhi pasaran massa. Ini secara berkesan mengubah persepsi kereta hibrid dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata CEO dan Pengarah Urusan HM Hironobu Yoshimura. Tambah beliau, “Hari ini, teknologi telah berkembang dengan ketara, dengan teknologi hibrid termaju kami yang terkini, e:HEV, sistem hibrid dua motor yang memberikan prestasi dan kecekapan yang berkuasa pada masa yang sama sambil mengekalkan DNA yang menyeronokkan untuk dipandu.” Penjana kuasa e:HEV hybrid bekerja amat berbeza dengan IMA dan i-DCD, di mana lebih banyak perbatuan ditempuhi tanpa ICE, menghasilkan penjimatan bahan api yang jauh lebih baik. Penjana kuasa 1.5L e:HEV pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020 menerusi City, dan ia merupakan pengenalan di peringkat dunia bagi varian sedan RS e:HEV. Kemudian, HM memperkenalkan e:HEV bagi City Hatchback dan HR-V pada tahun 2022. Versi terkini dan yang paling berkuasa untuk teknologi ini diperkenalkan pada November 2022 menerusi Civic FE. Penjana kuasa 2.0L mampu menghamburkan kuasa hingga 184 PS/315 Nm. Jika Civic turbo mampu dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.9 saat, Civic e:HEV pula 8.3-8.5 saat. Bagi penggunaan bahan apinya pula, 4.0 liter per 100 km bagi varian e:HEV dan 6.3 liter untuk turbo. Setakat ini, HM telah menjual lebih 2,800 unit City dengan teknologi e:HEV, lebih 1,600 unit untuk City Hatchback dan lebih 2,600 unit bagi HR-V Hybrid. Manakala hampir 600 unit untuk Civic e:HEV. “Selama lebih 30 tahun, Honda telah menyelidik dan membangunkan rangkaian kuasa elektrik untuk EV, kenderaan sel bahan api dan kenderaan hibrid. Ini kerana matlamat utama Honda adalah untuk mencapai neutral karbon dan menawarkan rangkaian elektrik dan hibrid dilihat sebagai bahagian penting dalam perjuangan kami. Ketika dunia berkembang dalam teknologi automotif, matlamat Honda adalah untuk membangunkan kenderaan yang menyeronokkan untuk dipandu dan mempunyai daya tarikan yang unik kepada pelanggan,” kata HM dalam satu kenyataan.
Toyota Raize Hybrid dan Daihatsu Rocky Hybrid lulus ujian semula UN R135 yang dilakukan secara dalaman
ProEXR File Description=Attributes=cameraAperture (float): 35.9994cameraFNumber (float): 8cameraFarClip (float): 1e+030cameraFarRange (float): 1e+018cameraFocalLength (float): 95cameraFov (float): 20.7935cameraNearClip (float): 0cameraNearRange (float): 0cameraProjection (int): 0cameraTargetDistance (float): 1e+018cameraTransform (m44f): [{0.597345, -0.800399, -0.0503996, -868.554}, {-3.46945e-018, 0.0628436, -0.998023, 131.175}, {0.801984, 0.596165, 0.0375393, 627.938}, {0, 0, 0, 1}]channels (chlist)compression (compression): ZipdataWindow (box2i): [0, 0, 4676, 3219]displayWindow (box2i): [0, 0, 4676, 3219]lineOrder (lineOrder): Increasing Yname (string): “”pixelAspectRatio (float): 1screenWindowCenter (v2f): [0, 0]screenWindowWidth (float): 1type (string): “scanlineimage”vrayChannelInfo (string): “{“Z”:{“alias”:117,”index”:9,”flags”:84},”oID04 TireR”:{“alias”:1000,”index”:16,”flags”:8212},”worldPositions”:{“alias”:143,”index”:32,”flags”:8292},”mID07 WindowGlass”:{“alias”:1000,”index”:13,”flags”:8212},”oID34 FrParts2″:{“alias”:1000,”index”:26,”flags”:8212},”refractionFilter”:{“alias”:120,”index”:36,”flags”:8228},”oID31 FrParts1″:{“alias”:1000,”index”:25,”flags”:8212},”lighting”:{“alias”:107,”index”:3,”flags”:10248},”oID28 etc1″:{“alias”:1000,”index”:24,”flags”:8212},”Alpha”:{“alias”:125,”index”:1,”flags”:16389},”RGB color”:{“alias”:126,”index”:0,”flags”:16385},”oID25 Sensor_etc”:{“alias”:1000,”index”:23,”flags”:8212},”mID04 TireWheel”:{“alias”:1000,”index”:12,”flags”:8212},”mID01 BodyColor”:{“alias”:1000,”index”:11,”flags”:8212},”oID40 SiderParts”:{“alias”:1000,”index”:28,”flags”:8212},”oID37 RrParts”:{“alias”:1000,”index”:27,”flags”:8212},”rawShadow”:{“alias”:112,”index”:7,”flags”:10248},”mID10 NumberMekki”:{“alias”:1000,”index”:14,”flags”:8212},”reflect”:{“alias”:102,”index”:5,”flags”:10248},”selfIllum”:{“alias”:104,”index”:10,”flags”:8200},”oID16 SideMirror”:{“alias”:1000,”index”:20,”flags”:8212},”ET_Car”:{“alias”:1000,”index”:29,”flags”: Toyota dan Daihatsu telah mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan ujian semula pensijilan UN R135 untuk model Toyota Raize Hybrid/Daihatsu Rocky Hybrid, iaitu ujian pelanggaran sisi yang melibatkan tiang. Kedua-dua model berkenaan disahkan lulus dalam ujian semula yang dibuat secara dalaman itu. Bagi ujian ini, kenderaan berkenaan perlu diuji dalam pelanggaran sisi dengan tiang pada kedua-dua sisi. Apa yang terjadi dalam ujian sebelum ini adalah Daihatsu hanya membuat ujian pelanggaran tersebut pada sebelah sisi penumpang. Ujian untuk sebelah sisi pemandu pula tidak dibuat, sebaliknya ia hanya menggunakan data dari keputusan pelanggaran bahagian penumpang untuk mendapatkan kelulusan ujian itu. Toyota mengesan ujian berkenaan tidak dibuat dengan betul setelah semakan semula dibuat susulan kes salah laku Daihatsu dalam ujian keselamatan terhadap model-model berasaskan platform DNGA sebelum ini melibatkan model-model termasuk Toyota Vios, Perodua Axia dan Toyota Yaris Cross. Menurut Toyota, ujian semula berkenaan dibuat semula pada Rabu lalu iaitu 24 Mei 2023 di Pusat Teknikal Shiga Daihatsu, Jepun. Buat masa sekarang, hasil ujian ini hanya terpakai untuk kegunaan dalaman Toyota, dan ia masih belum disahkan oleh pihak berkuasa. Toyota dan Daihatsu akan meneruskan prosedur seterusnya bagi membolehkan Toyota Raize Hybrid dan Daihatsu Rocky Hybrid dijual semula ke pasaran Jepun setelah ianya dihentikan sebelum ini kerana isu berkenaan. Sejumlah 78,440 kenderaan melibatkan 22,329 unit Rocky Hybrid dan 56,111 unit Raize Hybrid terlibat dalam insiden ini.
Masalah Suhu Enjin Panas/Overheat: sebab-sebab utama, panduan untuk penyelenggaraan kereta anda
Komponen sistem pendinginan kereta – (1) Radiator, (2) Termostat, (3) Pam Air, (4) Hos Cecair Enjin kereta yang menjadi panas merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh pemilik kereta, dan kebanyakan masalah ini berpunca daripada beberapa faktor utama. Kekurangan Cecair Pendingin Pertama, kekurangan cecair pendingin dalam sistem pendingin adalah penyebab utama. Sistem pendingin berfungsi untuk memindahkan haba daripada enjin ke atmosfera dan cecair pendingin ini memainkan peranan penting dalam proses ini. Cecair ini menyerap haba dari enjin dan membawanya ke radiator, di mana ia didinginkan oleh angin yang mengalir melalui radiator. Jika kebocoran atau ketidakcukupan penggantian cecair ini berlaku, ianya boleh menyebabkan enjin kereta menjadi panas. Cara terbaik untuk mencegah ini adalah dengan memeriksa tahap cecair pendingin secara berkala dan mengisi semula atau menggantinya apabila perlu. Termostat Rosak Kedua, termostat yang rosak juga boleh menjadi punca enjin kereta menjadi panas. Termostat adalah alat yang mengawal suhu enjin dengan mengatur aliran cecair pendingin. Ia membuka untuk membolehkan cecair pendingin mengalir ke enjin apabila suhu melebihi nilai tertentu dan menutup apabila suhu turun. Jika termostat rosak dan tidak dapat membuka atau menutup dengan betul, ini boleh menghalang aliran cecair pendingin, yang boleh menyebabkan suhu enjin meningkat. Memeriksa dan menggantikan termostat yang rosak secara berkala boleh membantu mencegah masalah ini. Pam Air Rosak Ketiga, pam air yang rosak juga boleh menjadi punca enjin kereta menjadi panas. Pam air, yang dikendalikan oleh tali serpentin enjin, memainkan peranan penting dalam sistem pendingin kereta. Ia mengalirkan cecair pendingin dari radiator ke enjin dan semula ke radiator. Jika pam ini gagal, ianya boleh menghalang aliran cecair dan menaikkan suhu enjin. Untuk mengelakkan ini, pemilik kereta harus memeriksa keadaan pam air dan menggantikannya jika perlu. Radiator Sumbat Keempat, radiator yang tersumbat adalah sebab lain yang kerap ditemui. radiator berfungsi untuk mendinginkan cecair pendingin sebelum ia mengalir kembali ke enjin. Namun, jika radiator ini tersumbat oleh kotoran, serpihan logam, atau endapan lain, ianya boleh menghalang proses penyejukan ini, menyebabkan enjin menjadi panas. Pemilik kereta harus memeriksa radiator secara berkala dan melakukan pembersihan atau flush jika perlu untuk memastikan ianya bebas dari sumbatan. Kipas Pendingin Rosak Selain dari itu, kerosakan pada kipas pendingin juga boleh menyebabkan enjin kereta menjadi panas. Kipas ini berfungsi untuk memindahkan udara melalui radiator, membantu mendinginkan cecair pendingin. Jika kipas ini gagal atau tidak berfungsi dengan baik, proses penyejukan ini boleh terganggu, yang boleh meningkatkan suhu enjin. Oleh itu, penting untuk memeriksa dan membaiki atau menggantikan kipas pendingin yang rosak. Hos Cecair Pendingin Bocor Hos cecair pendingin merupakan komponen penting dalam sistem pendingin kereta yang membawa cecair pendingin antara enjin, raditor, dan komponen lain. Ini berfungsi untuk memastikan cecair pendingin mengalir dengan lancar di seluruh sistem, membantu menjaga suhu enjin agar tetap optimal. Jika hos ini mengalami kerosakan, retak, atau kebocoran, ini boleh menyebabkan kehilangan cecair pendingin, yang pada gilirannya boleh menyebabkan enjin menjadi panas. Hos Cecair Pendingin Lama Selain itu, hos yang lama boleh menjadi keras atau lembik, yang boleh menghalang aliran cecair pendingin dan meningkatkan risiko pecah atau bocor. Oleh itu, adalah penting untuk memeriksa hos cecair pendingin secara berkala, mencari tanda-tanda aus atau kerosakan, dan menggantikannya jika perlu. Sebagai tambahan, ketika menggantikan hos, memastikan clamp yang mengikat hos ke komponen lain berada dalam keadaan baik juga sangat penting, kerana clamp yang lemah atau rosak boleh menyebabkan kebocoran. Akhir kata, pemahaman dan pengetahuan mengenai sebab-sebab umum enjin kereta menjadi panas sangat penting bagi pemilik kereta. Penyelenggaraan kereta yang betul, termasuk memeriksa dan menggantikan komponen yang rosak, boleh membantu mencegah masalah ini. Ini bukan sahaja untuk mengelakkan kerosakan yang mahal, tetapi juga untuk memastikan keselamatan mereka semasa memandu. Apa yang perlu dilakukan kalau enjin panas/overheat? Berhenti dan Matikan Enjin Jika anda melihat tanda-tanda bahawa enjin anda menjadi panas, seperti penunjuk suhu yang menunjukkan suhu yang tinggi atau asap keluar dari kap enjin, segera berhenti di tempat yang selamat dan matikan enjin kereta. Meneruskan memandu kereta dengan enjin yang panas boleh merosakkan enjin dan komponen lain. Periksa Sistem Pendingin Setelah enjin telah sejuk, periksa sistem pendingin kereta anda. Lihatlah tahap cecair pendingin dalam tangki penebat dan raditor (jika boleh), dan periksa hos cecair pendingin untuk sebarang kebocoran atau kerosakan. Hubungi Mekanik Jika anda tidak dapat mengetahui apa yang menyebabkan enjin menjadi panas, atau jika masalahnya melibatkan komponen seperti pam air atau termostat, hubungi mekanik profesional. Mereka memiliki keahlian dan alat yang diperlukan untuk mendiagnosa dan membaiki masalah enjin panas. Selenggara Kereta Anda Untuk mencegah masalah enjin panas di masa depan, pastikan anda melakukan penjagaan kereta yang betul. Ini termasuklah memeriksa tahap cecair pendingin secara berkala, mengganti cecair pendingin seperti yang disyorkan oleh pengeluar, dan memeriksa sistem pendingin untuk sebarang kerosakan atau kebocoran. Ingatlah, mencegah selalu lebih baik daripada membaiki. Oleh itu, memastikan sistem pendingin kereta anda dalam keadaan baik adalah kunci untuk mencegah masalah enjin panas.
Lexus TX 2024 akan muncul 8 Jun ini – SUV dengan tiga baris tempat duduk, ganti model RX L lama?
Pada 8 Jun ini, Lexus akan mendedahkan sebuah SUV yang dipanggil sebagai TX. Sebuah penambahan baru dalam barisan model mereka, TX akan datang dengan tetapan tiga baris tempat duduk, dan dikatakan bakal menggantikan tempat RX L yang pengeluarannya telah pun dihentikan. Setakat ini masih belum banyak perincian berkenaan TX, tetapi ada yang melaporkan ia menggunakan asas daripada Toyota Grand Highlander yang dibina atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA). Gambar teaser yang dikeluarkan memberi kita petunjuk awal rupa SUV ini, yang sememangnya mempunyai persamaan dengan Grand Highlander – tetapi dengan perincian tersendiri. Dalam keadaan yang terkini, Grand Highlander mencatat ukuran 5,116 mm panjang, 1,989 mm lebar, 1,781 mm tinggi dan jarak roda 2,946 mm. Sebagai perbandingan, RX L yang menggunakan asas daripada RX generasi keempat sebelum ini mempunyai ukuran jarak roda 2,790 mm, panjang 5,000 mm, lebar 1,895 mm dan tinggi 1,700 mm. Sekiranya dimensi TX adalah hampir sama dengan Grand Highlander, ia sepatutnya menawarkan lebih banyak ruang berbanding RX L. Sebelum ini Lexus tidak menawarkan RX versi jarak roda panjang, dan sebab itulah sekarang TX dibuat. Salah satu daripada gambar teaser yang disiar juga menunjukkan bahagian dalam TX, menampakkan susunan tempat duduk 2-2-2, dengan baris tengah menggunakan tempat duduk berasingan dan masin-masing mempunyai perehat tangan sendiri. Kita juga boleh melihat sedikit bahagian hadapan, yang mempunyai perehat tangan serta banyak butang untuk mengawal pelbagai fungsi kenderaan pada konsol tengah. Gambar panel pintu pula menunjukkan model ini akan datang dengan sistem buka pintu elektronik e-Latch, sistem bunyi Mark Levinson serta skrin sesentuh untuk sistem infotainmen.
Harley-Davidson India dedah teaser X 440 – kerjasama dengan Hero Motocorp, pengenalan rasmi Julai nanti
Harley-Davidson yang cuba memasuki segmen motosikal kelas pertengahan bukan setakat mengadakan kerjasama dengan syarikat China, QianJiang, tetapi juga dengan sebuah lagi syarikat dari India iaitu Hero Motocorp. Hasil pertama daripada kerjasama itu dirancang diperkenalkan kepada pasaran secara rasmi pada bulan Julai ini di India. Tapi sebelum pelancaran itu berlaku, Harley-Davidson India mengambil langkah menyiarkan beberapa gambar teaser yang menunjukkan bentuk penuh motosikal yang dipanggil sebagai X 440 tersebut secara jelas daripada beberapa sudut. Membawa gaya klasik, motosikal ini menggunakan lampu hadapan LED berbentuk bulat di hadapan, tempat duduk yang boleh dinaiki dua orang, tangki jenis teardrop serta ekzos yang terletak rendah di sebelah kanan. Rim menggunakan jenis aluminium manakala brek adalah jenis cakera hadapan dan belakang, dengan angkup Bybre. Spesifikasi teknikal motosikal ini masih belum didedahkan secara rasmi tetapi media dari India menjangkakan ia bakal tiba dengan enjin satu silinder 440 cc oil-cooled, dengan sistem suntikan bahan api dan kuasa sekitar 38 PS dan tork 30 Nm. Turut boleh dilihat melalui gambar ini adalah semua lampu jenis LED, fork USD, dua penyerap hentak di belakang, panel meter TFT, tongkat tengah, pemegang yang lebar serta tempat letak kaki yang berada di bahagian tengah.
Penutupan jalan di Shah Alam esok; persimpangan Persiaran Perbandaran ditutup malam hingga 31 Mei
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengumumkan terdapat beberapa penutupan jalan pada 6.30 pagi hingga 9.30 pagi esok (27 Mei) sempena dengan Larian Perpaduan Selangor. Acara larian terbabit membabitkan laluan sekitar Taman Tasik Shah Alam, melepasi Persiaran Tasik, Persiaran Dato Menteri dan Bulatan Permai, sebelum membuat pusingan-U di Bulatan Bestari dan tamat di Persiaran Masjid. Sila elak laluan di laluan berkenaan esok pagi. Dalam masa yang sama, MBSA turut mengumumkan persimpangan lampu isyarat di Persiaran Perbandaran akan ditutup hingga 31 Mei ini, setiap malam dari jam 9 malam hingga 4 pagi keesokan harinya. Pengguna jalan raya masih boleh membelok ke kiri atau kanan dan membuat pusingan-U untuk meneruskan perjalanan melalui Persiaran Perbandaran. Sila lihat peta grafik di atas sebagai panduan. Berhati-hati ketika memandu.
Honda Malaysia sudah jual lebih dari 7,600 unit model hibrid e:HEV RS; City, City Hatchback, HR-V & Civic
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa model-model yang dijana oleh unit rangkaian kuasa hibrid e:HEV yang dijual oleh Honda Malaysia terlalu mahal dan tidak berbaloi untuk dibeli. Namun angka membuktikan segalanya – Honda Malaysia mengumumkan bahawa sehingga kini sebanyak lebih dari 7,600 unit model dari varian e:HEV ini telah terjual pada pasaran tempatan! Dari jumlah keseluruhan tersebut, lebih 2,800 unit adalah City RS e:HEV, 1,600 unit City Hatchback RS e:HEV, 2,600 unit HR-V e:HEV dan hampir 600 unit adalah Civic RS e:HEV. Bagi meraikan jumlah jualan yang memberangsangkan tersebut, Honda Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan acara ‘GEN H’ yang mewakili ‘Honda, Hybrid dan Hype’. Acara tersebut akan dilangsungkan di tiga lokasi berbeza Semenanjung Malaysia pada bulan hadapan, dan ia disasarkan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mengetahui lebih banyak berkenaan teknologi hibrid e:HEV yang ditawarkan dalam barisan model Honda Malaysia buat masa sekarang. Ia akan bermula di Linear Park Taman Desa Tebrau, Johor Bahru pada 3 hingga 4 Jun (10 pagi-10 malam), diikuti Juru Auto City Pulau Pinang pada 10 hingga 11 Jun (11 pagi hingga 11 malam), dan Grand Finale akan di buat di tempat letak kereta C Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 17 hingga 18 Jun (10 pagi-10 malam). Tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada pengunjung untuk kesemua acara ini. Antara aktiviti yang disediakan termasuk permainan-permainan fun fair dan arked, sesi pandu uji, bazar gaya hidup dan makanan, seni grafitti bersama artis tempatan, serta pelbagai acara interaktif yang akan dibuat di kawasan yang luas. “Honda Malaysia adalah perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid kepada rakyat Malaysia 19 tahun lalu apabila kami menawarkan teknologi Integrated Motor Assist (IMA) dalam Civic Hybrid. Respon terhadap teknologi IMA adalah positif dan kami terus memperkenalkan Sport Hybrid i-DCD pada tahun 2017 pada model City dan Jazz hibrid yang berbaloi dimiliki, seronok dan berprestasi untuk dipandu, memenuhi pasaran massa. Ia berkesan mengubah persepsi kereta hibrid dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata pengarah urusan dan CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura. “Hari ini, teknologi telah berkembang dengan ketara, dengan teknologi hibrid termaju kami yang terkini, e:HEV, sistem hibrid dua motor yang memberikan prestasi berkuasa dan kecekapan pada masa yang sama sambil mengekalkan DNA Honda yang menyeronokkan untuk dipandu,” tambahnya. Honda Malaysia memperkenalkan unit rangkaian kuasa e:HEV ini buat pertama kali pada 2020 menerusi Honda City RS e:HEV, yang juga membuat kemunculan sulung globalnya ketika itu sebelum ia diperkenalkan pula di Thailand. Varian 1.5 liter e:HEV itu kemudiannya diperkenalkan pula pada City Hatchback RS dan juga HR-V RS e:HEV pada 2022. Pada November 2022, Honda Malaysia memperkenalkan pula varian e:HEV dengan enjin 2.0 liter menerusi Civic RS e:HEV. Motor elektrik berkuasa 184 PS dan tork segera 315 Nm bermula 0 rpm berkenaan secara tidak langsung menjadikan Civic RS e:HEV berkenaan sebagai Civic paling berkuasa dalam barisan model yang ditawarkan oleh Honda Malaysia buat masa sekarang. Nak tahu macam mana sistem hibrid ini berfungsi? Jemput baca ulasan pandu uji kami untuk Honda City RS e:HEV pada PAUTAN INI dan Honda Civic RS e:HEV pada PAUTAN INI.
Toyota Alphard dan Vellfire 2023 – imej dari brosur rasmi bocor sebelum didedahkan secara rasmi Jun ini
Model generasi baharu untuk MPV ikonik Toyota iaitu kembar Alphard dan Vellfire dilaporkan bakal didedahkan pada bulan Jun ini. Namun laman Car and Drive dari Jepun memberikan laporan yang lebih istimewa – ia disertakan dengan imej bocor model baharu tersebut yang didakwa diambil dari brosur rasmi. Berdasarkan imej berkenaan, Alphard masih tampil dengan gril hadapan bersaiz besar. Ia diapit dengan lampu hadapan yang direka dengan jalur LED nyalaan siang bina dalam yang nampak serasi dengan gril berkenaan. Manakala pada bahagian sisi bampar ia diberikan kemasan berbentuk-J yang menempatkan lampu kabus. Manakala untuk Vellfire, ia seperti biasa tampil lebih sporty dengan garis-garis lebih tajam. Vellfire menerima gril dengan jalur-jalur krom melintang, manakala lampu nyalaan siangnya pula direka dengan jalur tunggal yang tebal. Perumah lampu kabus pula direka lebih besar sebagai liang udara palsu. Alphard dan Vellfire generasi baharu diasaskan dari platform Toyota New Global Architecture (TNGA) dari varian GA-K. Ia tampil dengan rekaan tiang-A seperti kembar lebih kecil Noah dan Voxy, dengan panel direka lebih ke hadapan dan diberikan cermin suku sisi hadapan lebih besar bagi memberikan visual dari kabin lebih baik. Secara asasnya, bentuk badan Alphard dan Vellfire ini baharu ini menyerupai varian lebih mewahnya iaitu Lexus LM yang sudahpun didedahkan pada April lalu. Pada model generasi sebelumnya, Alphard, Vellfire dan LM bukan sahaja berkongsi kerangka badan, malah diberikan unit rangkaian kuasa yang sama – dijangka konsep yang sama akan diteruskan pada model generasi baharu ini. Sedikit perincian lain pada Alphard sudah tersebar dari imej sesi latihan produk sebelum ini. Ia termasuk bahagian lampu belakang yang kini direka lebih nipis bersama grafik LED seiras lampu nyalaan siang hadapan, serta bahagian dalaman dengan skrin infotainmen bersaiz besar pada papan pemuka, skrin sesentuh untuk penumpang belakang, dan juga bumbung panaromik untuk kabin belakang. GALERI: Pembentangan produk Toyota Alphard 2023 yang bocor sebelum ini
Toyo Open Country A/T 3 kini di Malaysia — tayar AT untuk SUV, 4×4 dan trak; 14 saiz; harga dari RM500
Ketika pengenalan tayar Proxes Sport 2, Toyota Malaysia turut membuat penampilan pertama bagi tayar Toyo Open Country A/T III (OPAT3) untuk pasaran tempatan. OPAT3 ini merupakan tayar semua permukaan untuk SUV, 4×4 dan trak pikap, dan model generasi terbaru ini menampilkan alun sisi yang dipertingkat untuk memberikan cengkaman lebih baik di permukaan mencabar. Tayar OPAT3 ini menggantikan model Open Country A/T Plus, dengan aspek utama yang diberikan peningkatan ialah kendalian permukaan kering, dengan manfaat untuk cengkaman off-road. Carta sesawang Toyo juga menunjukkan ada peningkatan kebisingan: perkara yang memang perlu dijangka untuk tayar AT. Menurut pengeluar dari Jepun ini, indeks cengkaman OPAT3 di kawasan sentuhannya naik mencecah 41% berbanding model OP Plus yang digantikannya: ini sebuah penambahbaikan yang signifikan. Indeks cengkaman ini dikira daripada corak elemen yang berkesan untuk cengkaman dalam kawasan sentuhan antara tayar dan permukaan. Ini semua disumbangkan oleh rekaan corak bunga, yang menerapkan corak kebisingan rendah, cengkaman off-road yang lebih baik dan perlindungan daripada kerosakan akibat penembusan batu. Turut ada ialah blok cengakaman. Jika diteliti corak bunga tayar ini, boleh kelihatan blok dan alun zig zag — ia memperbaiki cengkaman daripada kesan bucunya, serta yang kedua mempertingkat prestasi off-road. Tayar AT Toyo terbaru ini, yang dipasang pada kenderaan demo Mitsubishi Triton dan Toyota Hilux GR Sport — turut menampilkan ciri rekaan dinding sisi yang khas untuk lebih ketahanan dan perlindungan daripada kerosakan luaran. Tayar Open Country A/T III ditawarkan dalam 14 saiz, dari 15 hingga 20-inci, dengan harga bermula dari RM500 hingga RM1,200 sebuah.
Hayden Haikal menang perlumbaan kali ketiga Idemitsu Super Turbo Championship 2023 di Thailand
Pelumba touring car muda negara Hayden Haikal terus menggungguli siri Kejohanan Idemitsu Super Turbo 2023 di Thailand dengan memenangi Race 2 dan tempat keenam dalam Race 1 pada pusingan kedua perlumbaan tersebut yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram pada 19 hingga 21 Mei lalu. Hayden yang baru berumur 18-tahun memandu Toyota Vios bernombor #437 pasukan Wing Hin Motorsport jelas mendominasi kategori Junior siri berkenaan- kelas dengan enjin NA berkapasiti sehingga 1,550 cc – dengan memenangi tiga dari empat perlumbaan musim 2023 yang sudah berlangsung setakat ini. Malah Hayden turut menjadi antara pencabar kepada jentera-jentera turbo yang lebih berkuasa dalam kategori lebih tinggi. Namun untuk mencapai keputusan cemerlang ini bukan satu tugas mudah buat Hayden. Vios yang dipandunya mengalami kemalangan pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat. Tetapi dengan usaha pasukannya yang berjaya memperbaiki kereta berkenaan hanya dalam masa tiga jam, Hayden berjaya mencatatkan masa ketiga terpantas pada sesi kelayakan pada hari yang sama. Cabaran getir terus dihadapi oleh Hayden di mana dia berhadapan dengan masalah transmisi apabila perlumbaan sudah masuk ke babak pertengahan, dan ketika itu dia sedang mempertahankan kedudukan pendahulu perlumbaan dalam kategori Junior dan ke-12 secara keseluruhan. Dengan hanya gear lima yang berfungsi, Hayden masih dapat menamatkan perlumbaan 12 lap di litar sepanjang 4.554 km itu di tempat ke-6 dalam kategorinya serta ke-21 secara keseluruhan! “Saya dapat bersaing dengan baik dengan pendahulu kelas dan saya berjaya menjarakkan diri darinya sehinggalah tiba-tiba kereta yang saya pandu tidak boleh diturunkan gear dari gear 5. Syukur kami dapat menyelesaikan masalah tersebut untuk perlumbaan kedua pada hari Ahad,” kata Hayden. Segalanya dicurahkan pada Race 2 hari berikutnya di mana Hayden berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam kelasnya dan ke-8 secara keseluruhan. Nasib menyebelahi Hayden kali ini apabila pemenang perlumbaan kemudiannya dikenakan penalti kerana melanggar peraturan, membolehkan Hayden diisytihar sebagai juara Race 2 dalam kategorinya. Siri Idemitsu Super Turbo Championship untuk musim 2023 sudahpun bermula pada Mac lalu, dan musim ini merupakan penyertaan pertama buat Hayden dalam kejohanan tersebut. Dengan menang tiga dari empat perlumbaan, Hayden kini mendahului carta pungutan mata juara keseluruhan dalam kelas Junior. Pusingan ketiga dan juga yang terakhir untuk Idemitsu Super Turbo Championship 2023 ini akan berlangsung pada 16 hingga 18 Jun nanti, juga di Litar Antarabangsa Chang. “Kami akan bersatu semula, dan dengan pengalaman serta pelajaran yang ditimba minggu ini, fokus kami kini adalah mensasarkan kemenangan keseleuruhan kejuaraan,” kata Hayden. Di Malaysia, Hayden merupakan bintang muda yang menyerlah dalam siri perlumbaan Vios Challenge Toyota Gazoo Racing Festival, dan pernah menjadi juara kategori Sporting dan Super Sporting, menewaskan pelumba-pelumba yang jauh lebih berpengalaman.
Toyo Proxes Sport 2 dilancar di Malaysia — tayar UHP generasi kedua, 31 saiz 18″ hingga 20″, dari RM700
Toyo Tires kini telah memperkenalkan tayar Toyo Proxes Sport 2 untuk pasaran Malaysia, sebuah tayar ultra prestasi tinggi (UHP) sebagai lanjutan kepada penawaran Toyo Proxes Sport. Model baru ini dipertingkatkan kemampuan breknya serta prestasinya ketika basah. “Proxes Sport 2 dioptimumkan untuk janaan enjin tork tinggi, untuk memberikan kendalian mengujakan untuk semua pemandu lincah. Melalui komitmen kami untuk inovasi dan kecemerlangan, kami yakin siri tayar ini akan menjadi pilihan utama bagi pemandu yang menginginkan tayar ultra prestasi tinggi,” ujar Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia, Tan Song Chye. Proxes Sport 2 diberikan penambahbaikan di tiga bahagian — kompaun asymmetric baru, rekaan struktur baru dan rekaan corak bunga baru. Ini menjadikan kemampuannya jarak brek dalam keadaan keringnya ialah 4% lebih pendek berbanding Proxes Sport, sementara jarak brek dalam keadaan basah pula 16% lebih pendek berbanding model lama. Kompaun bunga asymmetric yang ada di separuh bahagian dalam tayar ini berbeza berbanding kompaun bahagian paling luar. Menggunakan Teknologi Nano Balance Toyo, sebahagian paling dalam menerima rekaan matrik polimer anjal dan silika penyuraian tinggi, sementara sebahagian luarnya menerima rekaan matriks polimer elastik dan silika terkumpul dengan kawalan penyuraian. Idea di sebalik corak kompaun asymmetric itu ialah untuk mempunyai kompaun yang anjal untuk bahagian dalam serta kompaun keras di bahagian luar. Yang di dalam meningkatkan sentuhan dengan permukaan jalan, sementara yang di luar memperkukuhkan bentuk ketika bebanan berat. Dengan ini, kendalian dan membrek dapat ditambah baik. Kompaun corak asymmetric berkenaan disokong oleh struktur lebih kuat, menampilkan lapisan atas yang lebih keras dan lingkaran keras maksimum. Corak ini juga menerapkan rekaan taper dinamik dengan alun sisi yang memperbaiki prestasi membrek dengan menekan tekanan bucu alun ketika membrek. Ini memberikan sentuhan permukaan dengan agihan sekata dan mempertingkatkan kekerasan blok. Toyo Proxes Sport 2 ini datang dalam 31 saiz dari 18-inci hingga 20-inci, merangkumi tayar untuk kereta segmen C hinggalan kelas eksekutif kompak premium, seperti yang ditunjukkan oleh model kenderaan yang digunakan untuk demonstrasi — BMW 3 Series, Mercedes-Benz C-Class dan Lexus IS. Harga pula bermula antara RM700 hingga RM1,300 setiap satu.
Jualan kenderaan di M’sia pada April 2023 turun 41%
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengeluarkan data jualan kenderaan untuk bulan April 2023, menyaksikan sejumlah 46,583 unit kenderaan telah dihantar kepada pembeli. Ini melibatkan penyusutan sebanyak 41% berbanding bulan Mac 2023 dengan mencatatkan jualan sebanyak 78,849 unit. Tidak menghairankan apabila Mac 2023 mencatatkan jumlah tertinggi memandangkan semua syarikat kereta berusaha untuk memenuhi tempahan yang dibuat dalam tempoh pengecualian cukai jualan. MAA turut berkata jumlah jualan bulan lalu turut terdorong dengan cuti Hari Raya serta hari bekerja yang lebih pendek. Berbanding bulan yang sama pada tahun lalu, April 2023 mencatatkan jumlah yang lebih rendah sebanyak 19%, manakala April 2022 pula dengan jualan sebanyak 57,606 unit. Walau bagaimana pun, jualan keseluruhan industri setakat ini bagi tahun 2023 adalah sebanyak 239,183 unit berbanding 217,452 unit pada 2022. Untuk bulan Mei 2023, MAA menjangkakan jumlah jualan lebih tinggi berbanding April 2023 disebabkan isu rantaian bekalan yang semakin berkurangan dan tempoh hari bekerja yang lebih panjang. Untuk produksi pula, April 2023 menyaksikan sejumlah 41,160 unit kenderaan dipasang, lebih rendah berbanding 76,069 unit yang direkodkan pada Mac 2023. Malahan jumlah produksi pada bulan lalu juga kurang berbanding tempoh yang sama pada April 2022 yang menghasilkan sebanyak 54,734 unit. Bagi jumlah keseluruhan produksi setakat ini, sehingga akhir April 2023, ia merekodkan sejumlah 239,554 unit, lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu sebanyak 208,894 unit.
Siri pendaftaran FF catat kutipan RM34.2 juta, tertinggi sejak JPJeBid dilancarkan – RM950k untuk FF 8
Siri nombor pendaftaran dari Putrajaya, FF, yang dibuka bidaannya menerusi JPJ eBid baru-baru ini telah berjaya menjana hasil kutipan tertinggi dalam sejarah nombor pendaftaran JPJ dengan jumlah RM34,296,327. Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, seramai 34,032 orang telah menyertai bidaan bagi siri tersebut dan seramai 8,348 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing. “Ini menunjukkan satu sistem atas talian yang telus boleh menjana hasil yang lebih tinggi untuk kerajaan. JPJ akan terus berusaha untuk memperluaskan dan menambahbaik perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” kata Loke menerusi sidang media di Parlimen pagi ini. Menurut beliau, nombor pendaftaran FF 8 menerima nilai bidaan tertinggi mencecah RM950,000, diikuti dengan FF 9 bernilai RM911,999. Manakala nombor pendaftaran FF yang turut menerima bidaan tertinggi ialah FF 3 (RM639,000), FF 2 (RM638,000) dan FF 7 (RM633,000). Bagi nombor pendaftaran FF 199, ia menerima 34 bidaan iaitu tertinggi dalam bidaan FF, disusuli dengan FF 51 dengan 32 bidaan. Manakala FF 155, FF 555 dan FF 1688 masing-masing dengan 29 pembida.
Pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 dan diesel berdasarkan sistem PADU – Salahuddin Ayub
Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini akan digunakan untuk pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON 95 dan diesel tahun depan. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, pangkalan data bersepadu itu akan meneliti semua data sedia ada bagi membolehkan subsidi bersasar berkenaan diberikan kepada sasaran yang tepat, laporan Harian Metro. “Kabinet sudah bincang isu subsidi bersasar RON95 dan diesel yang akan dilaksanakan tahun depan. Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sudah dimaklumkan, segera teliti semua data daripada pelbagai agensi kerajaan supaya dapat disepadukan dengan sistem PADU yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini. “Ia bagi selaras semua data pelbagai agensi kerajaan yang ada. Apabila kita kuat kuasakan subsidi bersasar ini, kita akan pastikan ia benar-benar tepat sasarannya, tiada ketirisan. Itu yang kita harapkan,” katanya. Pada Khamis lalu, beliau telah mengesahkan bahawa kerajaan dijangka melaksanakan pemberian subsidi bersasar untuk bahan api petrol RON95 dan diesel mulai awal tahun hadapan Katanya, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan pada MTEN pada Rabu lalu, dan ia akan dimulakan secara berperingkat dimulakan dengan bahan api diesel terlebih dahulu.
KPDN tegaskan sebarang kontrak ‘sambung bayar’ untuk pembelian kenderaan adalah tidak sah
Kaedah pemilikan kenderaan secara ‘sambung bayar‘ sudah lama digunakan dalam masyarakat dan membawa pelbagai insiden yang menyebabkan ramai pihak teraniaya, sama ada pada pihak pemilik asal atau pembeli. Justeru, Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam sekali lagi menegaskan bahawa sebarang kontrak yang ditandatangani bagi tujuan sambung bayar kenderaan adalah tidak sah. Menurutnya dalam laporan Sinar Harian, di bawah perjanjian sewa beli yang dimeterai antara pemunya dengan penyewa, terdapat satu syarat di mana penyewa tidak boleh menjual kenderaan tersebut tanpa kebenaran pemunya dan ia merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Sewa Beli 1967 iaitu memfraud pemunya. Ingin diingatkan di sini pemunya adalah bermaksud bank atau institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kenderaan, manakala penyewa pula adalah pelanggan yang membeli kenderaan tersebut menerusi pembiayaan dari pihak bank. Azman menjelaskan walau bagaimanapun penyerahan hak-hak di bawah perjanjian sewa beli adalah dibenarkan di bawah Seksyen 12 Akta Sewa Beli 1967 dengan kebenaran pemunya. “Sekiranya penyewa berniat untuk menyerahkan haknya ke atas kenderaan di bawah perjanjian sewa beli, penyewa terbabit hendaklah merujuk dan memaklumkan niatnya kepada pihak pemunya (institusi kewangan) bagi mendapatkan kebenaran serta kelulusan pemunya. “Seterusnya jika pemunya bersetuju, perjanjian sewa beli di atas nama penyewa tidak akan ditamatkan tetapi dokumen ‘assignment’ disediakan oleh bank untuk ditandatangani oleh penyewa asal, bank dan penyambung bayar dengan mengekalkan hak serta liabiliti penyewa asal sepanjang tempoh assignment berkuat kuasa dengan syarat penyambung bayar tiada dalam senarai hitam institusi kewangan,” katanya. Beliau kemudiannya menerangkan bahawa istilah ‘sambung bayar’ yang sering digunakan sekarang disifatkan sebagai penyerahan hak milik kenderaan dan kepentingan penyewa kepada mana-mana orang tanpa kebenaran serta kelulusan pemunya (institusi kewangan) di dalam satu perjanjian sewa beli yang masih berkuat kuasa. Menurutnya lagi, pada kebiasaannya aktiviti sambung bayar ini berlaku di luar pengetahuan pemunya (institusi kewangan) di mana penyewa akan membuat rundingan secara terus bersama pihak penyambung bayar akan niatnya untuk ‘menjual’ kenderaan yang masih tertakluk di bawah suatu perjanjian sewa beli. “Penyambung bayar pula hanya perlu menyediakan bayaran pendahuluan yang kecil dan menyambung bayaran ansuran bulanan kepada pemunya bagi pihak penyewa. “Kebiasaannya, persetujuan antara penyewa dengan pihak penyambung bayar akan dimeterai melalui suatu kontrak bertulis atau berjabat tangan sahaja,” jelasnya. Azman menyatakan antara sebab berlakunya aktiviti sambung bayar adalah penyewa tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan, penyambung bayar dalam senarai hitam institusi kewangan, penyambung bayar tidak perlu menyediakan wang pendahuluan yang banyak selain proses pembelian kenderaan yang mudah. Beliau menjelaskan pembelian kereta sambung bayar ini bukan sahaja menyukarkan institusi kewangan untuk mengesan kenderaan jika pihak penyambung bayar gagal membayar ansuran bulanan kenderaan, malah penyewa juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. “Selain itu, penyewa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 38 Akta Sewa beli 1967 dan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. “Ini juga berkemungkinan mengakibatkan berlaku penipuan sekiranya pihak penyambung bayar gagal membuat bayaran ansuran kepada institusi kewangan seperti yang telah dipersetujui dan boleh menyebabkan nama penyewa disenarai hitamkan,” katanya. Azman turut menyatakan penyewa juga mungkin akan menerima saman di atas kesalahan-kesalahan yang tidak dilakukan dan boleh disabitkan dengan aktiviti jenayah yang dilakukan oleh pihak penyambung bayar.
JPJ eBid: Siri ANA kini dibuka untuk dibida
Untuk yang mencari-cari plat nombor pendaftaran bagi kenderaan baharu, ini ada lagi pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia sudah pun boleh dibida menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri plat nombor dari Perak, ANA, telah pun dibuka bidaan sejak 20 Mei 2023. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 24 Mei ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 25 Mei 2023. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel. Dah tak perlu nak dapatkan khidmat pihak ketiga termasuk runner yang adakalanya menetapkan kadar caj yang tidak masuk akal. Jadi, anda boleh lakukan sendiri bidaan ini. Untuk mengetahui cara-cara untuk membida menerusi JPJ eBid, anda boleh KLIK PAUTAN INI.
Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize dihentikan di Jepun; kesalahan ketika ujian keselamatan dikesan
Susulan kes salah laku Daihatsu dalam ujian keselamatan terhadap model-model berasaskan platform DNGA sebelum ini melibatkan model-model termasuk Toyota Vios, Perodua Axia dan Toyota Yaris Cross, pakar penghasilan kereta kompak Jepun yang bernaung di bawah Toyota tersebut menjalankan siasatan dalaman lanjut berkenaan proses perolehan pensijilan R95 itu. Siasatan itu kemudiannya telah menemui bahawa ada lagi salah laku dalam ujian telah dilakukan membabitkan kembar Toyota Raize Hybrid dan Daihatsu Rocky Hybrid. Kedua-dua model berkenaan didapati menjalani ujian UN R135 yang tidak sempurna. Bagi ujian ini, kenderaan berkenaan perlu diuji dalam pelanggaran sisi dengan tiang pada kedua-dua sisi. Apa yang terjadi dalam ujian kali ini adalah Daihatsu hanya membuat ujian pelanggaran tersebut pada sebelah sisi penumpang. Ujian untuk sebelah sisi pemandu pula tidak dibuat, sebaliknya ia hanya menggunakan data dari keputusan pelanggaran bahagian penumpang untuk mendapatkan kelulusan ujian itu. Sejumlah 78,440 kenderaan melibatkan 22,329 unit Rocky Hybrid dan 56,111 unit Raize Hybrid terlibat dalam insiden ini. Buat masa sekarang, jualan kedua-dua model berkenaan dihentikan sementara waktu di Jepun, dan langkah seterusnya yang akan diambil masih sedang dibincangkan. Seperti yang disebut di atas, insiden kali ini hanya melibatkan model yang menerima unit rangkaian kuasa hybrid yang tidak dijual pada pasaran ASEAN. Namun pada September tahun lalu, Perodua ada menawarkan 300 unit Ativa Hybrid yang sebenarnya merupakan Rocky Hybrid JDM yang di bawa dari Jepun untuk satu program langganan khas untuk pelanggan terpilih. Buat masa sekarang Perodua masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan status Ativa Hybrid berkenaan.
Honda WR-V 2023 dengan kotak gear 6-kelajuan manual kini dijual di Indonesia dengan harga RM83k
Ketika membuat penampilan sulung global di Indonesia pada November tahun lalu, SUV segmen-B Honda WR-V hanya hadir dengan pilihan kotak gear CVT. Dan kini setelah sekitar enam bulan dijual, pembeli di Indonesia kini ditawarkan pula dengan WR-V yang dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan. Walau bagaimanapun, kotak gear manual ini hanya boleh dipilih menerusi varian paling asas iaitu WR-V E MT. Ia dijual pada harga Rp 269.4 juta (RM83k), lebih murah berbanding WR-V E CVT yang dijual pada harga Rp.271.9 juta (RM84k). “Honda WR-V E transmisi manual ini kami tawarkan untuk memenuhi permintaan pelanggan, terutamanya dari luar Pulau Jawa yang ada keperluan dan keadaan bentuk muka bumi yang lebih bervariasi. Dengan tetap menampilkan pelbagai kelebihan dari Honda WR-V, kami percaya varian ini akan memberikan lebih banyak pilihan dengan nilai yang lebih besar bagi pelanggan.” kata pengarah pemasaran jualan dan inovasi perniagaan PT Honda Prospect Motor, Yusak Billy. Kedua-dua varian E MT dan CVT ini berkongsi perincian yang sama. Antaranya ialah rim aloi 16-inci kemasan perak, lampu hadapan halogen, lampu kabus LED, bar LED pada lampu kombinasi belakang dan cermin sisi lipatan berkuasa. Manakala dalam kabin, kedua-duanya juga menerima kelengkapan seperti skrin sesentuh kapasitif 7-inci untuk sistem infotainmen Display Audio, hubungan telefon pintar, suis arahan suara, empat pembesar suara, port kuasa untuk tempat duduk belakang, dan juga sistem penghawa dingin dengan kawalan digital. Kesemua varian WR-V dijana dengan enjin 1.5 lite DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 121 PS pada takat 6,600 rpm serta tork maksima 145 Nm pada takat 4,300 rpm – didakwa sebagai paling berkuasa dalam kelasnya. Tiga warna badan ditawarkan untuk WR-V E MT dan CVT ini iaitu Crystal Black Pearl, Meteoroid Gray Metallic, dan Taffeta White. Thailand juga telah menerima Honda WR-V yang diimport dari Indonesia ini. Honda Malaysia sudah pun mengesahkan WR-V turut akan dilancarkan di pasaran tempatan pada suku ketiga tahun ini. Berdasarkan imej spyshot yang dilihat serta strategi yang lazimnya digunakan oleh Honda Malaysia, WR-V dijangka turut akan diproduksi secara tempatan (CKD) menerusi kilang Honda di Pegoh, Melaka. GALERI: Honda WR-V 2023 varian RS dan E pasaran Indonesia
DS4 dikesan sedang diuji di jalan raya di Malaysia
Mungkin ada yang tertanya-tanya, model hatchback apa yang memakai trade plate ini? Dikesan di Pulau Pinang oleh Farizul, ini merupakan model DS4 generasi semasa, yang pertama kali didedahkan oleh Citroen pada Februari 2021. DS4 generasi kedua ini diperkenalkan tiga tahun selepas pelancaran model asalnya – yang sebelum ini dikenali sebagai Citroen DS4 – yang tidak lagi dikeluarkan. Hatchback lima pintu ini mendapat banyak inspirasi daripada model konsep Aero Sport Lounge ini direka untuk menarik pembeli crossover dan juga hatchback. Jika dibandingkan dengan model generasi sebelumnya, DS4 baru ini lebih panjang dan rendah, dengan ukuran dimensi 4.4 meter panjang, 1.83 meter lebar dan 1.47 meter tinggi. Ia dibina atas Efficient Modular Platform (EMP2) versi dipertingkat, yang dapat membenarkan ia menggunakan tambahan penggerak elektrik, binaan lebih ringan serta menepati keperluan keselamatan terkini. Imej luarannya kelihatan ranggi dengan kehadiran ciri kelengkapan termasuk lampu nyalaan siang LED yang menyerlah, pemegang pintu jenis flush dan roda aloi yang besar dengan penawaran saiz 19- dan 20-inci. Untuk enjin jenis pembakaran dalaman, DS4 disediakan dengan pilihan unit petrol PureTech 130 hp, 180 hp dan 225 hp, serta unit diesel BlueHDi 130 hp, sementara untuk plug-in hybrid pula ia menggunakan gabungan enjin petrol 180 hp bersama motor elektrik 110 hp untuk menghasilkan kuasa keseluruhan 225 hp. Semua penggerak ini datang dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan. Jadi apa yang DS4 buat di sini? Mungkin anda terlepas info ini. Untuk pengetahuan anda, Stellantis mempunyai hab ASEAN di Gurun, Kedah selepas ia mengambil alih kilang pengeluarannya dari Naza pada tahun 2021. Sejak pengambil alihan tersebut, kita telah beberapa kali terjumpa beberapa model kenderaan yang sedang diuji di jalan raya kita, termasuklah Opel Mokka, Citroen C4 dan sedan DS9. Mungkin sekadar ujian cuaca panas dan penggumpulan data sahaja. Barangkali. Bermaz yang kini mengendalikan jenama Peugeot (selain Kia da Mazda) di Malaysia, namun tidak mengambil alih jenama Citroen dan DS. Apa pun, jika model ini diperkenalkan di pasaran Malaysia, adakah ia akan menerima sambutan yang menggalakkan? Kongsikan pendapat anda bersama kami. GALERI: DS4 2021 DS4
JPJ eBid: Siri VKX dan SWH dibuka bidaan
Kali ini giliran siri nombor pendaftaran terkini dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Sabah dibuka untuk bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), siri nombor pendaftaran terkini dari WPKL, VKX, telah pun dibuka bidaan mulai hari ini, 26 Mei 2023. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 30 Mei. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 31 Mei 2023. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel. Manakala siri nombor pendaftaran terkini Sabah, SWH, akan boleh mula dibida pada 2 Jun 2023. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 6 Jun, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 7 Jun 2023. Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.
Hari Bebas Kenderaan PJ pada Ahad ini, 28 Mei – beberapa jalan bakal ditutup secara berperingkat
Hari Bebas Kenderaan PJ untuk edisi tahun 2023 bakal dilaksanakan pada Ahad ini, 28 Mei, bertempat di Laman MBPJ, Seksyen 52. Untuk menjayakan pelbagai acara yang telah diaturkan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengumumkan beberapa jalan di sekitar PJ akan ditutup. Menurut MBPJ, penutupan jalan membabitkan lokasi program iaitu di sepanjang Jalan Yong Shook Lin iaitu bermula dari IJM Land hingga Menara Choy Fook On pada tarikh berkenaan dari jam 6 pagi hingga 12 tengahari. Manakala penutupan sebelah jalan berperingkat turut dilaksanakan bagi menjayakan salah satu programnya iaitu PJ Fun Purple Walk. Acara larian ini akan bermula di Laman MBPJ dan melalui Jalan Selangor-Jalan Sultan-Jalan Penchala-Jalan Templer-Jalan Selangor-Jalan Sultan-Jalan Yong Shook Lin dan tamat di Laman MBPJ. Penutupan jalan terbabit adalah secara berperingkat dari jam 6 pagi hingga 9 pagi. Untuk acara Hari Bebas Kenderaan PJ ini, orang ramai berpeluang menyertai pelbagai acara yang dianjurkan, selain bebas untuk berlari, berbasikal dan meluncur di jalan raya yang bebas dari laluan trafik, sepanjang pentupan jalan pada waktu yang ditetapkan. Selain PJ Fun Purple Walk, acara lain yang turut dianjurkan termasuklah pertandingan lato-lato, pertandingan memasak, pertandingan mewarna, permainan tradisional, Teater Bangsawan, zumba, jualan barangan terpakai, saringan kesihatan dan banyak lagi.
Ford Ranger Raptor 2.0L diesel 2023 dilancar di M’sia pada 9 Jun ini, boleh didapati mulai 8 Jun; ROI dibuka
Ford Ranger Raptor terkini yang dijual di Malaysia ialah varian 3.0L biturbo V6 petrol, dengan kuasa 397 PS dan tork 591 Nm. Tidak lama lagi, versi diesel pula akan diperkenalkan seperti mana yang diumumkan oleh pengedarnya di sini, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), yang mendedahkan jentera ini boleh didapati mulai 8 Jun ini, dan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada 9 Jun 2023. Enjin diesel bagi Ranger Raptor dipacukan oleh unit 2.0 liter bi-turbo diesel, yang mampu menghasilkan kuasa hingga 210 PS dan tork 500 Nm. Turut dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan. Angka kuasa ini lebih kurang dengan yang dihasilkan oleh Ranger Raptor generasi sebelumnya. Pelancaran Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel akan disempurnakan di MRANTI Open Space berhadapan Pavilion Bukit Jalil, dan 300 tempahan pertama untuk varian ini akan menerima pemasangan sistem perakam dashcam Kenwood dengan kamera hadapan quad-HD dan kamera belakang HD penuh. Pelanggan juga bakal menerima diskaun one-off bernilai RM500 untuk Ford Ranger Getaways, yang boleh ditebus sewaktu menerima Ranger Raptor diesel ini. Ford Ranger Raptor 3.0L V6 2022 di Malaysia Suspensi trak pikap ini lebih kurang sama dengan versi 3.0L V6 twin-turbo yang direka semula sepenuhnya, kini dengan lengan kawalan atas dan bawah aluminium, diberikan sistem Watt’s Linkage pada gandar belakang, bersama penyerap hentak off-road dengan strok panjang yang masih dibekalkan oleh Fox. Penyerap hentak tersebut menampilkan injap pirau dalaman 2.5-inci bersama Teflon yang disalut minyak bagi mengurangkan geseran sehingga 50% berbanding model sebelum ini. Karekter lantunan semula, kadar spring, ketinggian kenderaan dan tetapan injap kini ditala bagi memberikan keseimbangan terbaik antara prestasi atas jalan raya serta off-road. Buat masa ini, Ranger Raptor 3.0L V6 ditawarkan pada harga atas jalan RM259,888 tanpa insurans, manakala model tertinggi untuk Ranger biasa, Wildtrak pula berharga RM169,688 tanpa insurans. Dengan kapasiti enjin yang lebih kecik, Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel dijangkakan ditetapkan harga dengan dua varian tersebut. Apa pun kena nantikan pelancarannya awal bulan hadapan. GALERI: Ford Ranger Raptor 3.0L V6 Twin-Turbo Ecoboost 4WD 10AT 2022 di Malaysia
KTM 450 SMR 2024 diperkenal – penampilan baharu
Baru berada dalam bulan Mei tahun 2023, KTM sudah memperkenalkan versi baru bagi supermoto terkenal mereka, iaitu 450 SMR. Bagi yang suka mengejar teknologi, anda bagaimanapun tidak perlu risau kerana model baru ini hanya diberikan perubahan grafik sahaja. Dalam keadaan sebelum ini juga, 450 SMR sudah cukup berkemampuan, dengan KTM memanggilnya sebagai satu tanda aras dalam dunia supermoto, bermula dengan enjin satu silinder SOHC 450 cc 63 hp yang mempunyai berat cuma 27 kg dan dilekapkan kepada casis baru yang diperkenalkan pada model tahun 2023. Motosikal khas untuk kegunaan litar ini menggunakan transmisi lima kelajuan, dengan klac slipper SUTER, yang boleh menjadikan roda belakang lebih stabil apabila penukaran gear dibuat sambil membrek kuat. Quickshifter juga datang secara standard. Pada bahagian suspensi, 450 SMR menggunakan padanan fork WP XACT 48 mm dan monoshock WP XACT, dengan kedua-dua boleh dilaras sepenuhnya. Brek menggunakan unit daripada Brembo, dengan cakera 310 mm serta angkup empat piston di hadapan, dan cakera 220 mm dengan angkup dua piston di belakang. Kelengkapan lain yang diberikan bersama 450 SMR adalah dua mod kuasa, launch control, traction control, tangki bahan api 7.2 liter, pemegang Neken, rim Alpina bersaiz 16.5 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, penghidup enjin elektrik serta bateri Li-ion.
EON Berhad dilantik jadi pengedar rasmi smart di Malaysia – smart #1 bakal dijual mulai suku ke-4 2023
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) telah melantik cabang pemasaran automotif DRB-HICOM, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) sebagai pengedar rasmi smart Malaysia. Menurut PRO-NET, pelantikan EON adalah sebagai sebahagian daripada keluarga smart Malaysia bagi menambah jumlah pengedar elit yang dilantik. Sebelum ini, PRO-NET mementerai perjanjian dengan Hap Seng Smart manakala lima lagi pengedar baharu bakal diumumkan kelak. Tambahnya, kerjasama tersebut juga mampu meningkatkan kesedaran dan keterlihatan jenama kenderaan elektrik (EV) di kalangan pembeli kereta di Malaysia ke arah memperkenalkan SUV smart #1 pada suku ke-empat tahun 2023. Sebagai salah satu pengedar pelbagai jenama terbesar negara yang mewakili jenama automotif terkenal termasuk Proton, Audi, Mitsubishi dan Volkswagen, pelantikan EON mencerminkan komitmen PRO-NET untuk menembusi pasaran EV yang semakin rancak di Malaysia, kata PRO-NET. Dalam masa yang sama, perkongsian ini mempamerkan satu lagi pencapaian bersejarah bagi Proton dan kumpulan anak syarikatnya sejak hampir empat dekad lalu, di mana syarikat itu dan EON mempelopori evolusi industri automotif Malaysia apabila EON dilantik sebagai pengedar kereta Proton eksklusif dan yang pertama. “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan jenama yang kukuh dan dipercayai di dalam industri automotif. PRO-NET yakin dengan pengetahuan dan pegalaman luas EON ditambah dengan capaian pelanggan DRB-HICOM yang sangat luas akan mewujudkan sinergi ideal yang mampu mendorong wawasan smart Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. “Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan yang mempunyai prestasi cemerlang di dalam industri ini untuk memperkenalkan pelbagai produk, perkhidmatan dan pengalaman jenama premium,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “EON komited untuk menyumbang ke arah kejayaan perkongsian baharu ini. Kami diterajui oleh pasukan dinamik yang mempunyai pengalaman yang luas. Ia memberi kelebihan kepada kami untuk mewujudkan sinergi dengan smart Malaysia bagi memenuhi permintaan untuk smart #1 dalam usaha menghasilkan impak ketara kepada pasaran tempatan,’ kata Akkbar Danial, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM. PRO-NET turut percaya kecemerlangan automotif bukan hanya sekadar mencipta kenderaan terbaik malah turut menyediakan kemudahan yang mewah dan pegalaman yang unik kepada pelanggan. Pelantikan pengedar baharunya adalah sebahagian daripada strategi smart Malaysia untuk menjadikan jenama auto terbaru-premium, pintar dan elektrik sepenuhnya menjadi teman pemanduan dalam bandar yang ideal kepada para pembeli EV di Malaysia. Sebahagian daripada strategi ini ialah memperkenalkan aplikasi pintar yang membolehkan pelanggan memulakan perjalanan digital dan menikmati perkhidmatan dalam talian – daripada mendapatkan maklumat produk sehinggalah kepada membuat pesanan dan pembayaran dengan mudah dan selesa. Selain itu, ia juga menyediakan akses mudah kepada peta pengecasan EV dan kemudahan pengecasan DC, yang membolehkan pemilik kereta smart sentiasa memastikan kereta eletrik mereka boleh dicas sepanjang perjalanan bagi menikmati rutin pemanduan harian yang lebih baik. Pengedar smart juga dilengkapi dengan sokongan perkhidmatan dan jualan sepenuhnya untuk memberi pelanggan ketenangan fikiran selain menawarkan pengalaman premium dan perkhidmatan tambahan lain termasuk perkhidmatan baik-pulih dan pengecasan pantas serta pusat pengedaran. “Pasukan kami telah mencapai kemajuan yang menakjubkan sejak kami mula beroperasi pada tahun lalu, dan dengan kehadiran model terbaharu smart #1 yang mengujakan, kami yakin bahawa kami mampu memberikan sumbangan besar kepada masa depan mobiliti elektrik untuk pasaran Malaysia. “Pelantikan pengedar yang bereputasi tinggi adalah salah satu strategi utama kami. PRO-NET akan mengumumkan beberapa lagi pelantikan pengedar baharu smart kelak” tambah Zhang Qiang.
JPJ gesa pemilik kenderaan kemaskini alamat masing-masing supaya mudah untuk dihubungi atau dijejaki
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggesa agar pemilik kenderaan mengemaskini alamat masing-masing bagi memudahkan pihak berkuasa menghubungi mereka, terutamanya bagi memaklumkan kepada pemilik sekiranya kenderaan mereka disita oleh jabatan terbabit. Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, dengan mempunyai alamat yang betul akan membolehkan jabatan mengenal pasti pemilik kenderaan dan menjalankan tindakan sewajarnya bagi kenderaan yang disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan. Ini termasuk pelepasan semula kenderaan kepada pemilik apabila kes itu telah diselesaikan, laporan The Star. “Cabaran timbul apabila pemilik gagal menuntut kenderaan mereka atau tidak menerima notis yang diperlukan kerana perubahan alamat,” katanya. Bagi menyelesaikan isu ini, Mohd Zaki menekankan kepentingan pemilik kenderaan mengemaskini alamat terbaharu mereka. Beliau berkata kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kenderaan yang disita dilelong apabila pemilik gagal menuntutnya. Mohd Zaki berkata demikian semalam dalam acara lelongan awam JPJ Kuala Lumpur, di mana sebanyak 96 kenderaan telah dilelong dengan nilai keseluruhan mencecah RM214,690.
Projek litar perlumbaan drag di setiap negeri harus diteruskan, majukan sukan permotoran – Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menyarankan agar pembinaan litar perlumbaan drag di setiap negeri dapat diteruskan, sebagaimana yang diumumkan dalam Bajet 2023 ketika beliau mengetuai pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia sebelum ini. Katanya, peruntukan sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan litar perlumbaan drag untuk memberi peluang kepada belia membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran betul, laporan Bernama. Katanya, litar perlumbaan drag itu juga akan menjadi platform terbaik untuk menarik lebih ramai tenaga pengajar profesional untuk melatih belia dan seterusnya melahirkan bakat baharu dalam sukan permotoran negara. “Kekurangan platform dan kompleks sukan permotoran ini menjadi satu daripada punca peningkatan masalah sosial dalam kalangan belia seperti perlumbaan haram, aktiviti samseng jalanan dan melepak,” katanya. Tambahnya, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dicadang supaya melawat litar perlumbaan drag yang telah siap dibina di Terengganu dan Johor bagi memahami tujuan cadangan, aspirasi serta minat golongan muda terhadap sukan permotoran. “Di Johor, pembinaan adalah pada kadar minimum seperti litar dan pagar keselamatan sahaja berbanding di Terengganu yang menelan kos lebih tinggi kerana mempunyai tempat duduk grandstan. Manakala litar drag di Jempol, Negeri Sembilan yang siap dibina tahun lepas hasil usaha sama agensi swasta, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri juga hanya melibatkan kos RM1.3 juta,” jelasnya lagi. Semalam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata cadangan kerajaan terdahulu untuk membina litar perlumbaan drag khas di setiap negeri tidak akan diteruskan kerana akan menanggung kos penyelenggaraan yang sangat tinggi selain perlu diselia oleh pakar terlatih.
Kerangka subsidi bersasar siap 75%, mungkin dibentangkan dalam Bajet 2024 – Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan kerangka pelaksanaan pemberian subsidi bersasar sudah hampir dimuktamadkan dengan perbincangan mengenainya ketika ini sudah 75% selesai. Katanya, hasil perbincangan mengenai kerangka itu yang membabitkan pelbagai jawatankuasa kemudian akan dibentangkan di Kabinet sebelum sebarang keputusan lanjut dimuktamadkan, laporan Bernama. “Ia masih lagi diperhalusi. Ia (subsidi bersasar) sudah dimulakan iaitu di Tabung Haji kepada mereka yang menunaikan haji baru-baru ini. (Kumpulan) T20, M40 dan B40 ada kadarnya dan T20 langsung tidak diberi (subsidi), elektrik juga sudah mula. Jadi, sudah tiba masanya untuk diesel dan RON95,” katanya. Dalam masa yang sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan perincian mengenai kerangka itu akan dimaklumkan pada sesi pembentangan Belanjawan 2024 yang dijadualkan pada Oktober ini. Menerusi pendekatan itu, kerajaan tidak lagi melihat kepada asas pendapatan isi rumah semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira beberapa faktor dalam menentukan pendapatan boleh belanja. Ahmad Maslan turut mengulas saranan pakar ekonomi agar kerajaan tidak hanya bergantung kepada nilai pendapatan bulanan, sebaliknya turut mengambil kira jumlah tanggungan golongan T20, memaklumkan perkara itu ada dibincangkan di peringkat jawatankuasa khas pelaksanaan inisiatif berkenaan. Bagaimanapun, perbincangan mengenai perkara itu dan beberapa aspek lain berkaitan golongan T20 masih berlangsung dan belum ada keputusan yang dimuktamadkan setakat ini, katanya. “Kita memang ambil kira golongan T20 peringkat bawah yang akan disesuaikan nilai pendapatan bulanan dengan jumlah tanggungan mereka. Mungkin akan ada pertimbangan khusus bagi golongan ini, tetapi ia tidak terpakai bagi golongan T20 kelas menengah atau atas,” katanya. Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kerajaan dijangka akan melaksanakan pemberian subsidi bersasar, termasuk untuk petrol RON95 dan diesel mulai tahun depan. Ia akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi meneliti semua data sedia ada bagi membolehkan subsidi bersasar berkenaan diberikan kepada sasaran yang tepat,
BMW i5 dan BMW 5 Series G60 2024 — M60 xDrive sehingga 601 hp; AirConsole permainan dalaman
BMW 5 Series kini memasuki model generasi kelapannya dengan kod nama G60, dan disertai buat pertama kalinya oleh model elektrik sepenuhnya, BMW i5 G60 sedan selepas kurang tujuh tahun pengenalan BMW 5 Series generasi G30 pada Oktober 2016. 5 Series G60 juga bertambah saiznya berbanding model G30, dengan ukuran 5,060 mm panjang (+97 mm), 1,900 mm lebar (+32 mm), 1,515 mm tinggi (+36 mm) serta jarak antara roda 2,995 mm (+20 mm). Bagi model elektriknya, ia hadir dalam varian RWD i5 eDrive40 dan AWD i5 M60 xDrive dual-motor. Varian eDrive40 dilengkapi motor di gandar belakang yang menghasilkan 340 hp dan sehingga 430 Nm tork dengan Sport Boost atau Launch Control yang diaktifkan. Ini membolehkannya mencapai 0-100 km/j dalam enam saat, dan laju maksimum 193 km/j. BMW i5 M60 xDrive yang lebih berkuasa pula memanfaatkan dua motor yang menghasilkan 601 hp dan sehingga 820 Nm tork dengan Sport Boost atau Launch Control yang diaktifkan, membolehkan ia mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat, dengan laju maksimum dihadkan kepada 230 km/j. Kedua-dua eDrive40 dan M60 xDrive mendapatkan kuasanya dari pek bateri yang terletak di bawah badan kereta dengan kapasiti boleh guna 81.2 kWh, dengan jarak perjalanan mengikut kitaran WLTP antara 497 km hingga 582 km bagi eDrive40, dan 455 km hingga 516 km bagi M60 xDrive. Kedua-dua varian ini menerima fungsi Max Range yang baru, memperbaiki jarak bateri sehingga 25% melalui penghad kuasa dan nyah-aktif beberapa fungsi keselesaan. Combined Charging Unit (CCU) bagi G60E BMW i5 menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW sebagai standard, dan sehingga 22 kW sebagai pilihan. Pengecasan pantas DC pula menyokong sehingga 205 kW DC, membolehkan pengecasan 10-80% dalam masa 30 minit. Bagi varian dengan enjin biasa, 5 Series G60 ini menampilkan dua unit mild-hybrid empat-silinder — satu petrol dan satu diesel — dalam tiga varian ketika pelancarannya: 520i sedan dengan 208 hp, dan 520d dengan 197 hp serta varian xDrive AWD-nya. Varian enjin biasa yang tidak ditawarkan di Eropah termasuklah 530i dan 530i xDrive G60 yang ada untuk pasaran Amerika Syarikat, yang menggunakan unit 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol yang menjana 255 hp dan 400 Nm tork, sementara varian 540i xDrive memanfaatkan unit 3.0L enam-silinder sebaris turbo dengan output 375 hp dan 520 Nm tork, mampu mencapai 540 Nm sementara dengan bantuan sistem 48-volt mild-hybrid. Beberapa perkara masih kekal dengan model ini: agihan beban 50:50 antara gandar depan dan belakang, sementara jejak trek depan dan belakangnya ditambah sedikit. Suspensi M Sport, sistem brek M Sport dan Adaptive Suspension Professional adalah standard untuk M60 xDrive. Tataan suspensi bagi i5 dan 5 Series baru ini terdiri daripada jenis double wishbone di depan dan tetapan five-link di belakang. Tayar standard ialah 245/45R19 bagi i5 eDrive40, sementara M60 xDrive menerima 245/45R19 di depan dan 275/40R19 di belakang. Tayar standard bagi 520i, 530d dan 520d xDrive G60 pula ialah 225/55R18. Turut ada pilihan rim 21-inci dengan tayar prestasi. Ditawarkan sebagai pilihan juga adalah penyerap hentak kawalan elektronik, Integral Active Steering dan pengurusan dinamik menegak bary, begitu juga dengan Adaptive M Suspension Professional yang terdiri daripada Active Roll Stabilisation dengan Active Roll Comfort. Kelengkapan ciri bantuan pemandu bagi model generasi ini diterajui oleh Driving Assistant Professional yang ditawarkan sebagai pilihan, yang terdiri daripada Bantuan Stereng dan Penukaran Lorong dan Jarak, dengan fungsi Stop & Go. Di negara ia dibenarkan seperti AS, Canada dan Jerman, Highway Assistant boleh mengambil alih kendalian dalam lorong sehingga 130 km/j. BMW juga mendakwa ciri global pertama bagi G60/G60E 5 Series ini dengan Active Lane Change Assistant, yang mengambil kira pengesahan mata. Dengannya, kenderaan boleh mencadangkan penukaran lorong, yang boleh disahkan oleh pemandu dengan cara melihat ke cermin luar untuk mengesahkan pergerakan tersebut. Dalam keadaan trafik yang mengizinkan, Active Lane Change Assistant boleh menjalankan pergerakan stereng secara automatik. Juga stadard bagi barisan 5 Series baru ini ialah ciri Parking Assistant dengan Reverse Assist. Ketika menggunakan ciri pilihan Parking Assist Professional, belokan parkir sehingga 200 meter boleh dikawal dari dalam kenderaan, atau melalui telefon pintar dari luar kenderaan. Maklumat di dalam model terbaru ini dipapar melalui dwi-skrin melengkung dan BMW Intelligent Personal Assistant, menampilkan BMW Operating System 8.5 terkini yang akan disediakan juga untuk model-model lain. Ini menawarkan QuickSelect, yang membolehkan fungsi dicapai secara langsung tanpa perlu melalui submenu. Capaian keterhubungan di dalam 5 Series G60 kini melibatkan permainan video dalam kenderaan: BMW OS 8.5 membawakan platform AirConsole yang menawarkan permainan video ketika kereta pegun, misalnya ketika penumpang sedang menunggu ketika bateri kenderaan dicas. Pelancaran rasmi bagi BMW 5 Series G60 akan diadakan pada Oktober nanti, dengan model elektrik i5 menjadi pemuka utamanya untuk pasaran global. Pasaran tertentu — seperti AS — akan turut menerika varian mild-hybrid dan PHEV, yang terakhir ini mungkin diperkenalkan pada 2024. Laman untuk pendaftaran minat juga sudah mula muncul di laman web BMW Malaysia, jadi kepada yang berminat untuk memiliki BMW i5 ini, klik di sini untuk mendaftar. Lakukannya segera, kerana ada ura-ura mengatakan i5 akan tiba di Malaysia dalam masa yang agak awal disebabkan pelepasan cukai EV CBU import. Barisan 5 Series G60 BMW i5 eDrive 40 G60 BMW i5 M60 xDrive G60 BMW 5 Series G60 iDrive
Harga minyak 25-31 Mei – Masih tiada perubahan
Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan bagi minggu terakhir bulan Mei iaitu 25 hingga 31 Mei 2023, harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api iaitu petrol RON 97 dan RON 95 serta diesel masih dikekalkan. Ini merupakan minggu ke-22 tiada perubahan bagi harga runcit petrol dan diesel. Di mana petrol RON 97 masih dikekalkan pada harga runcit RM3.35 seliter, selepas ia mengalami penurunan harga selama tiga minggu berturut-turut sepanjang Disember 2022. Manakala petrol RON 95 yang telah mencapai harga siling pula, ia masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter. Pada 13 Mac lalu, kerajaan berkata rancangan untuk memperkenalkan program subsidi bahan api bersasar masih diteruskan, namun akan dimulakan dengan diesel, manakala bagi petrol RON 95 akan ditangguhkan untuk tempoh lain. Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, subsidi yang disasarkan akan terlebih dahulu melibatkan elektrik dan diesel apabila ia dilaksanakan
Trademark Toyota Raize Space difail — Ativa 3-baris?
Toyota dan Daihatsu ketika ini mungkin mempunyai sebuah lagi produk yang menggunakan asas DNGA yang sedang diusahakan, dan kali ini berdasarkan SUV segmen A Toyota Raize/Daihatsu Rocky/Perodua Ativa. Sebuah tanda dagang (trademark) baru telah difailkan pada Disember 2022 untuk nama Toyota Raize Space. Walaupun tidak diketahui bagaimana rupanya produk yang bakal menggunakan nama Raize Space ini, tidak sukat untuk mengandaikan bahawa ia akan menggunakan asas Raize/Ativa. Dan, dengan kata Space itu pula, ia seperti memberi petunjuk kepada adanya ruang yang lebih luas. Jadi, adakan ini nanti akan jadi MPV segmen A dengan tiga barisan tempat duduk? Toyota dan rakan bersekutunya itu kini mempunyai dua produk MPV segmen B yang berbeza. Ada Perodua Alza/Toyota Veloz yang menggunakan platform DNGA, dan Toyota Sienta yang menggunakan platfrom TNGA. Keduanya mempunyai jarak antara roda yang panjang, dengan ukuran 2,750 mm. Ini juga tidaklah terlalu jauh beza saiznya dengan MPV segmen B seperti Mitsubishi Xpander dan Hyundai Stargazer, masing-masing dengan ukuran 2,775 mm dan 2,780 mm bagi jarak antara rodanya. Ini perbezaan ukuran antara Ativa dan MPV 3-baris segmen A dan B: Dari jadual ini, dapat dilihat yang Honda berhasil mengeluarkan sebuah kenderaan 3-baris tempat duduk dengan ukuran antara rodanya hanya 2,662 mm melalui BR-V generasi pertama. Nissan pula sempat memperkenalkan MPV panjang kurang daripada 4 meter dan jarak roda 2,450 mm dalam bentuk Datsun GO+. Tidak mustahil untuk menghasilkan sebuah MPV tiga-barisan dengan jarak roda di bawah 2,700 mm, tetapi itu memerlukan pertimbangan rekaan dan kejuruteraan yang teliti. Jarak roda yang lebih pendek bermakna keluasan ruang kabin perlu dipertaruhkan. Jika ia sebuah kenderaan dengan barisan ketiga yang hanya sesuai untuk kanak-kanak, Raize Space boleh juga menjadi seperti Ativa, tetapi dengan ruang but lebih besar, yang ada kerusi lipat khas sekiranya perlu digunakan. Agaknya produk yang mana satu lebih masuk akal untuk pasaran Malaysia ketika ini?
JPJ eBid: Siri SMK dan JWG bakal dibuka bidaan
Bagi yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri nombor pendaftaran terkini Sabah, SMK, bidaan bakal bermula 25 Mei 2023, dan ia berlangsung selama lima hari iaitu sehingga jam 10 malam pada 29 Mei. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 30 Mei 2023. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel. Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Johor pula, JWG, bidaannya juga bakal dibuka pada tarikh yang sama iaitu 25 Mei 2023 dan akan berakhir jam 10 malam pada 29 Mei. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 30 Mei ini. Dah tak perlu nak dapatkan khidmat pihak ketiga termasuk runner yang adakalanya menetapkan kadar caj yang tidak masuk akal. Jadi, anda boleh lakukan sendiri bidaan ini. Untuk mengetahui cara-cara membida menerusi JPJ eBid, anda boleh KLIK PAUTAN INI.
Honda kekal dalam F1 – bekalkan enjin untuk Aston Martin bermula 2026; kuasa enjin & motor 50/50
Honda mengumumkan bahawa ia akan terus kekal bersaing dalam perlumbaan Formula 1 – selepas tamat kontrak untuk membekalkan enjin kepada pasukan Red Bull pada penghujung 2025, pengeluar automotif Jepun itu akan mula membekalkan enjin kepada pasukan Aston Martin pula. Bermula musim 2026 nanti, pasukan F1 Aston Martin akan digelar sebagai pasukan Aston Martin Aramco Honda. Buat masa sekarang jentera F1 Aston Martin AMR23 berlumba dengan enjin yang dibekalkan oleh Mercedes, manakala Honda pula buat masa ini masih membekalkan enjin kepada pasukan Red Bull bersama pasukan ‘junior’nya, Scuderia AlphaTauri. Selepas tamat kontrak bersama Honda, Red Bull sebelum ini sudahpun mengumumkan bahawa ia akan membangunkan sendiri unit rangkaian kuasanya dengan dibantu oleh pengeluar automotif dari Amerika Syarikat iaitu Ford. Untuk enjin baharu yang akan dibekalkan kepada Aston Martin kelak, Honda akan membangunkannya berdasarkan undang-undang baharu F1 yang akan diguna bermula musim 2026. Undang-undang berkenaan disasarkan untuk membawa F1 ke arah neutral karbon menjelang 2030. Dengan undang-undang baharu tersebut, setiap jentera F1 yang bertanding perlu menggunakankan unit rangkaian kuasa hibrid dengan kuasa enjin dan motor elektrik dalam nisbah 50/50, serta menggunakan bahan api 100% mampan. Secara spesifiknya, enjin pembakaran dalaman pada jentera F1 2026 nanti perlu dikurangkan kuasanya, manakala kuasa dari motor elektrik pula perlu ditingkatkan sekitar tiga kali ganda berbanding sekarang. Jadi penyedia unit rangkaian kuasa ini perlu menghasilkan kuasa yang lebih besar menerusi sistem pemulihan kuasa, termasuk sistem untuk mengubah kuasa kinetik dalam situasi seperti membrek kepada kuasa elektrik. Menurut Honda, unit rangkaian kuasa F1 yang dibina dengan undang-undang baharu ini kelak adalah konsisten dengan halatuju perlumbaan itu kearah neutral karbon. Dengan undang-undang ini memberikan peluang kepada Honda untuk membangunkan teknologi masa hadapan yang sememangnya seiring dengan hala tuju berkenaan, membuatkan Honda percaya ia perlu terus kekal dalam F1. “Salah satu sebab utama keputusan kami untuk menyahut cabaran baharu dalam F1 ialah perlumbaan terulung di dunia ini sedang berusaha untuk menjadi siri perlumbaan mampan, yang sejajar dengan hala tuju Honda ke arah neutraliti karbon, dan ia akan menjadi platform yang akan memudahkan pembangunan teknologi elektrifikasi kami,” kata CEO Honda, Toshihiro Mibe. Honda F1 with Scuderia Toro Rosso “Honda adalah sebuah syarikat yang mempunyai sejarah berkembang dengan menyahut cabaran dan memenangi perlumbaan bertaraf dunia. Dengan peraturan baharu 2026, faktor utama untuk menang ialah motor elektrik yang kompak, ringan dan berkuasa tinggi dengan bateri berprestasi tinggi yang mampu mengendalikan output kuasa besar dan pantas, bersama teknologi pengurusan tenaga. “Kami percaya bahawa teknologi dan pengetahuan yang diperoleh daripada cabaran baharu ini berpotensi digunakan secara langsung pada kenderaan elektrik produksi besar-besaran kami pada masa hadapan, seperti model sports elektrik flagship, dan teknologi elektrifikasi dalam pelbagai bidang, termasuk eVTOL yang sedang dalam penyelidikan. dan pembangunan,” tambah Mibe. eVTOL yang dimaksudkan oleh Mibe adalah vertical take-off and landing vehicles, atau kenderaan yang boleh berlepas serta mendarat secara menegak, atau dengan kata mudah ada yang menggelarnya sebagai “kereta terbang”. Dan satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian dari apa yang disebut Mibe ini adalah “model sports elektrik flagship” yang akan dibangukan oleh Honda menggunakan teknologi baharu dari F1. Bila menyatakan tentang menggunakan teknologi perlumbaan untuk kereta jalanraya, Honda bukan bergurau – tengok sahaja teknologi enjin VTEC dan juga sistem suspensi double wishbone yang dibangunkan oleh Honda untuk model produksi jalan raya biasa, jelas menerapkan rekaan dari kereta-kereta lumbanya.
Kerajaan sedang muktamadkan pekeliling stesen pengecas EV, bakal dibentang Jun ini – Menteri KPKT
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming mengesahkan pihaknya sedang memuktamadkan pekeliling berkaitan Prosedur Permohonan dan Kelulusan Pemajuan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV). Katanya, pekeliling itu dirangka bagi menerangkan dua aspek utama iaitu tatacara dan prosedur permohonan kelulusan pemasangan serta garis panduan perancangan penyediaan stesen pengecasan EV di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT). Kemudian ia akan dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang dijangka diadakan pada Jun depan, laporan Berita Harian “Tatacara permohonan membabitkan proses memudah cara pemasangan stesen pengecasan EV dari segi prosedur permohonan dan tempoh kelulusan PBT. Garis panduan perancangan turut menggariskan keperluan minimum penyediaan tempat letak kenderaan bagi stesen pengecasan EV bagi semua jenis pembangunan sedia ada dan baharu, termasuk di perumahan berbilang tingkat atau berkepadatan tinggi. “Pekeliling ini seterusnya akan diterima pakai agensi pelaksana di peringkat Persekutuan, negeri, PBT dan pemain industri, sekali gus menggalakkan penggunaan EV serta merancakkan usaha pengurangan karbon,” katanya dalam jawapan bertulis bagi soalan yang dikemukakan oleh Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) mengenai perancangan mewajibkan pemasangan alat pengecas di kediaman bertingkat atau berkepadatan tinggi. Sebagai maklumbalas mengenai jawapan tersebut, Chean Chung berharap aspek keselamatan dan risiko kebakaran wajar disesuaikan dengan keperluan teknologi semasa. Katanya, aspek berkenaan perlu dipertimbangkan memandangkan kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikatakan sukar diterima bagi alat atau stesen pengecasan di dalam bangunan, terutama di tempat letak kenderaan bawah tanah. “Saya juga meminta KPKT segera menyelaraskan garis panduan atau tatacara pihak JBPM supaya proses adaptasi iklim sebagai agenda utama negara tidak diperlahankan. Saya mengalu-alukan pekeliling EV yang bakal diluluskan pada Jun depan. Ini penting bagi memacu pertumbuhan dan pemilikan EV, selain membantu menyahkarbonkan ekonomi negara,” katanya.
Kymco KRV 200 masuk pasaran Eropah – enjin 175 cc 17 hp, tork 15.6 Nm, casis sporty seperti skuter maxi
Kymco telah memperkenalkan sebuah model baru untuk pasaran Eropah, iaitu KRV 200, dengan ia dikatakan menjadi satu permulaan bagi produk generasi baru jenama itu yang dipanggil sebagai Power Transmission Module (PTM). Akronim ini juga dikatakan membawa gambaran inovasi teknologi yang ada pada KRV 200, di mana ia adalah skuter dengan saiz lebih kecil pertama yang menggunakannya selain skuter maxi. Antara keistimewaan yang dibawa oleh KRV 200 adalah enjin dan keseluruhan transmisi CVT dipasang pada kerangka, dan tidak bergerak seperti skuter biasa. Kemudiannya, ia membawa karekter sporty dengan di hadapan terdapat fork 33 mm dan di belakang terdapat monoshock yang bersambung kepada lengan ayun. Tetapan ini juga membawa kepada pembahagian berat 50/50 antara bahagian hadapan dan belakang skuter. Menggerakkan KRV 200 adalah enjin satu silinder empat strok 175 cc dengan sistem suntikan bahan api, mampu menghasilkan kuasa sehingga 17 hp pada 8,000 rpm dan tork 15.6 Nm pada 6,250 rpm. Untuk mendapatkan tunggangan yang lebih selamat, pengguna boleh mengaktifkan sistem kawalan cengkaman dengan menekan butang yang terdapat pada bahagian kiri pemegang. Kedua-dua brek hadapan dan belakang skuter ini menggunakan sistem cakera, dengan masing-masing bersaiz 270 mm dan 234 mm, dan ia didatangkan terus dengan sistem ABS dual-channel secara standard. Menghubungkan skuter kepada jalan adalah rim 13 inci dengan tayar 110/70 di hadapan dan 130/70 di belakang. Kelengkapan lain yang terdapat pada skuter ini adalah termasuk ruang simpanan bawah tempat duduk yang boleh menempatkan helmet fullface, lampu LED, panel meter LCD, berat keseluruhan 143 kg, tangki bahan api 7.4 liter dan dua soket pengecas USB.
Volkswagen Touareg 2023 facelift dalam teaser terbaru — lancar 24 Mei, lampu IQ.Light, lampu logo belakang
Di peringkat global, Volkswagen sedang mempersiapkan pengenalan model SUV Touareg 2023 secara rasmi. Pertama kali ditunjuk pada Februari lalu, pengeluar Jerman itu sekali lagi mengeluarkan teaser bagi model facelift generasi ketiga itu. Dalam video pendek berkenaan, ia mempamerkan perubahan yang dilakukan terhadap SUV tersebut, dengan tumpuan kepada lampu. Touareg terbaru ini datang dengan lampu utama IQ.Light HD matrix oleh Volkswagen sendiri, yang terdiri daripada 38,400 unit mikro LED. Klusternya juga datang dengan DRL LED bentuk L dan dihubungkan ke bahagian jalur nipis di depan. Bahagian belakang, lampunya menerima sedikit perubahan rekaan dan kini menampilkan jalur lampu melintang, serta logo dengan pencahayaan pertama di Eropah untuk model Volkswagen. Sebelum ini, ciri logo seperti itu hanya ditawarkan di pasaran China dan Amerika Syarikat. Perubahan visual lain termasuklah gril dan bampar depan baru, dengan rekaan bukaan udara lebih menonjol, sementara di belakang turut diberikan sedikit pembaharuan. Ruang dalaman pula tidak banyak berubah, dan menurut Volkswagen turut melibatkan ciri bantuan suara yang lebih baik serta perehat lengan serta panel konsol yang lebih lembut berdasarkan maklum balas pelanggan. Lain-lain peningkatan, SUV ini turut diberikan sesor beban bumbung yang baru yang boleh mengesan kotak di bumbung dan menyesuaikan kawalan kestabilan elektronik. Gear gelung logan standard dan pilihan gear dalam dua kebuk suspensi udaranya juga turut diberikan tetapan baru untuk mencapai julat yang lebih luas bagi keselesaan dan prestasi. Varian yang akan tetap ditawarkan pula termasuklah Touareg R eHybrid, yang di dalam penawaran semasanya menampilkan enjin 3.0 liter turbocas V6, sebuah motor elektrik, bateri lithium-ion 14.1 kWh dan transmisi automatik Tiptronic lapan-kelajuan. Sistem berkenaan memberikan output keseluruhan 462 PS dan 700 Nm tork. ⏰ It is about time to continue a one-of-a-kind success story… ➡️ The new #VWTouareg – May 24th, 2023 pic.twitter.com/aikMLd3sI4 — Volkswagen News (@volkswagen) May 22, 2023
Kerajaan tiada rancangan mansuhkan tol – menteri
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan buat masa sekarang kerajaan masih tiada rancangan untuk mengambil alih konsesi lebuhraya dari pihak swasta bagi menghapuskan bayaran tol, lapor MalayMail. Nanta memberikan kenyataan tersebut dalam satu jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Padang Besar Rushdan Rusmi berkenaan apa strategi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi menghapuskan bayaran tol di lebuhraya. Menurut menteri tersebut langkah untuk mengambil alih syarikat konsesi tol ini tidak dapat dibuat kerana ia akan melibatkan implikasi kewangan yang besar terhadap kerajaan. Namun beliau turut menyatakan kerajaan akan mempertimbangkan semula cadangan itu selepas keadaan kewangan dan fiskal negara membenarkan. “Untuk makluman ahli yang dihormati, kerajaan komited dan fokus dalam agendanya menangani kos sara hidup yang meningkat dan mengurangkan beban kepada rakyat. “Walaubagaimanapun, pada masa ini, kerajaan tidak merancang mengambil alih konsesi lebuh raya yang sedang beroperasi memandangkan implikasinya terhadap kewangan adalah besar,” katanya. Dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) tahun lalu, Pakatan Harapan (PH) masih lagi menyebut berkenaan bayaran tol yang mahu dimansuhkan. Ia dimasukkan dalam bahagian berkaitan peningkatan kos sara hidup, dan “menilai semula konsesi lebuhraya” menjadi salah satu tunjang utamanya. “Pentadbiran Pakatan Harapan menunjukkan komitmen untuk menilai semula perjanjian konsesi semua lebuhraya dan berunding untuk mendapatkan harga yang terbaik, yang akan membawa kepada pengurangan kadar tol sehingga 18% bagi Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2). PH juga akan terus berusaha untuk mengurangkan tol PLUS dengan matlamat akhir untuk memansuhkan bayaran tol dan mengembalikan PLUS sebagai pemilikan awam,” tulis manifesto berkenaan. Baru-baru ini juga ada khabar menyatakan bahawa konsesi syarikat lebuhraya akan dilanjutkan sehingga 30 tahun bagi memastikan kadar bayaran tol kekal dan tidak akan dinaikkan.
PLUS umum penutupan lorong antara KM263.75-KM262.75 arah utara berhampiran Terowong Menora
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan penutupan lorong kiri dan tengah sepanjang 1.6 kilometer (menghala ke Terowong Menora) di antara KM263.75 hingga KM262.15 (arah utara) bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar di Lebuhraya Utara-Selatan yang sedang dilaksanakan hingga jam 5 petang ini. Penutupan lorong berkenaan adalah bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan Papan Tanda Elektronik (Variable Message Signs). “Sepanjang tempoh tersebut, laluan kontra akan diaktifkan sekiranya perlu bergantung kepada keperluan semasa untuk membantu melancarkan pergerakan trafik di laluan terbabit. “Justeru, pengguna lebuh raya yang menghala ke utara/Kuala Kangsar/Pulau Pinang dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini sepanjang tempoh tersebut,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan. Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan kerja terbabit.
Proton sedang hasilkan sedan S50 yang lebih hebat dari Geely Emgrand di pasaran China dan Filipina?
Proton S50 hasil bayangan digital Theophlius Chin Ketika Proton memperkenalkan X70 pada akhir 2018, ramai yang mengatakan bahawa Proton kini hanya ‘menukar logo’ kereta jenama China untuk dijual di Malaysia. Namun hakikatnya, X70 telah pun menerima kejuruteraan tempatan untuk menukar posisi pemanduan sebelah kiri (LHD) ke sebelah kanan (RHD) kerana Geely tidak pernah menghasilkan model RHD. Kerja-kerja tersebut bukan hanya melibatkan penukaran kedudukan komponen, malah sebenarnya Proton pula menghasilkan rekaan semula pada bahagian tertentu pada kerangka badan dan juga komponen, dan kemudian ujian keselamatan pelanggaran juga perlu dibuat semula. Untuk X50 pula, jurutera Proton turut melakukan proses yang sama, disamping menala semula pengendalian SUV segmen-B berkenaan menggunakan pengetahuannya yang dipelajari ketika bersama dengan Lotus, agar model tersebut lebih sesuai digunakan pada permukaan jalan di Malaysia. Proton juga memadankan enjin 1.5 liter Turbo tanpa sistem suntikan bahan api terus yang lebih mampu milik pada varian-varian lebih rendah untuk X50, di mana enjin berkenaan tidak pernah lagi digunakan oleh mana-mana model yang ditawarkan oleh Geely di pasaran lain. Proton S50 hasil bayangan digital Theophlius Chin Dan baru-baru ini, Proton telah memperkenalkan SUV segmen-D X90 dengan sistem hibrid ringkas. Menerusi model ini, Proton nampaknya memberikan sentuhan yang lebih banyak bagi disesuaikan untuk pasaran tempatan. Berbanding asas X90 iaitu Geely Houyue pasaran China yang hanya diberikan sistem suspensi belakang ringkas jenis torsion beam, Proton memadankan sistem suspensi jenis multilink yang lebih jitu untuk modelnya. Sistem berkenaan bukan hanya terus diambil dari Geely Okvango pasaran Filipina, sebaliknya ia diolah dan ditala semula oleh Proton. Hasilnya, ia bukan sahaja memberikan pengendalian yang lebih jitu, malah X90 juga dapat memberikan keselesaan yang lebih baik. Malah X90 juga hadir dengan tempat duduk kapten pada baris kedua pada varian Flagship – perincian ini belum pernah diberikan pada Houyue dan Okavango pada mana-mana pasaran lain dalam dunia. Untuk model seterusnya yang akan dilancar oleh Proton menjelang akhir tahun ini iaitu sedan yang dijangka akan diberi nama Proton S50, ia berkemungkinan akan menerima lebih banyak sentuhan dari Proton berbanding model asasnya yang dijual di China dan Filipina iaitu Geely Emgrand. Geely Emgrand pasaran China Emgrand merupakan sedan yang diasaskan dari platform BMA, iaitu platform sama digunakan pada model seperti Proton X50/Geely Binyue dan Lynk & Co 06. Ia adalah sedan yang dihasilkan untuk berhadapan dengan model-model segmen-B seperti Toyota Vios dan juga Honda City. Di China dan Filipina, Emgrand dijana oleh enjin 1.5 liter empat silinder tanpa pengecas turbo, digandingkan dengan kotak gear CVT – perincian setara yang membolehkan ia bertanding dengan model seperti Vios dan City. Namun Emgrand mempunyai kelebihan dari segi saiz – ia dihasilkan dengan dimensi 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, 1,460 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,650 mm, iaitu saiz yang hampir masuk ke kelas segmen-C. Jika dibandingkan dengan Honda Civic FE, Emgrand hanya hanya 40 mm lebih pendek, dan ia adalah 18 mm lebih lebar. Kerangka asas Emgrand ini juga didakwa mendapat sentuhan talaan jurutera Geely bukan sahaja di China, malah di Eropah bagi mendapat prestasi NVH pada tahap premium. Geely menyatakan bahawa bunyi yang dihasilkan di dalam kabin ketika kelajuan pepura enjin hanya pada tahap 37 desibel, manakala kadar geseran udara yang rendah pada tahap 0.27 juga menghasilkan bunyi yang senyap ketika kereta ini bergerak. Dengan kelebihan ini, Proton nampaknya mahu S50 bertanding terus dalam kelas segmen-C untuk berhadapan dengan Honda Civic dan Toyota Corolla disini. Perkara ini telah disebut oleh CEO Proton Dr Li Chunrong pada Mac lalu. Dr. Li mengesahkan S50 merupakan model serba baharu dan tidak akan menggantikan mana-mana model yang sedang dijual di bilik pameran Proton buat masa sekarang. Jadi ia bukanlah sedan segmen-B yang akan menggantikan Proton Persona yang kini masih lagi dijual, tetapi sedan segmen-C yang akan menggantikan tempat Proton Preve. Preve sudah tidak dijual selepas versi kemaskini terakhir diperkenalkan pada 2018. Malah sama ada ia kebetulan atau tidak, jarak roda 2,650 mm pada Emgrand adalah sama sepenuhnya dengan Preve. Untuk membolehkan S50 bertanding sebagai sebuah sedan segmen-C sebenar, ia dijangka tidak akan menggunakan enjin 1.5L NA dan kotak gear CVT seperti Emgrand, sebaliknya bakal dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan. Proton sebelum ini sudah pun menyatakan dengan jelas pembangunan untuk enjin 1.6 liter Campro Turbo yang digunakan oleh Preve sebelum ini sudahpun ditamatkan, dan enjin utama yang akan digunakan pada model-model serba baharunya selepas ini adalah enjin 1.5L Turbo yang dikenali dengan kod dalaman GEP3 tersebut. Enjin berkenaan kini sudahpun dipasang sendiri oleh Proton di kilangnya di Tanjong Malim dengan tingkat taraf pelaburan mencecah RM1.8 bilion. Bukan itu sahaja, malah 70% dari komponen enjin berkenaan kini dibuat oleh vendor-vendor Proton dalam Malaysia, dan Proton menyatakan bahawa ia mampu untuk memasang 180,000 unit enjin tersebut setahun. Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada S50 akan menerima enjin 1.5L Turbo yang menerima sistem suntikan bahan api konvensional (PFI) berkuasa 150 PS/226 Nm seperti X50 varian Premiun dan ke, bawah ataupun dalam versi dengan sistem suntikan bahan api terus berkuasa 177 PS/255 Nm. Ini kerana sebelum ini Proton ada menyatakan bahawa enjin 1.5L Turbo PFI yang belum lagi digunakan pada mana-mana model Geely tersebut akan digunakan dalam barisan model baharunya selepas ini, khususnya model-model yang akan dibangunkan secara tempatan dalam tempoh masa sehingga 2025. Dalam gambar intipan terbaharu yang dimuatnaik oleh laman facebook The Ajerul baru-baru ini, Proton S50 nampaknya bakal dilengkapi satu lagi sistem yang lebih canggih berbanding Emgrand iaitu sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS). Ia disahkan kerana pada unit sedan prototaip yang dilihat sudahpun dipadankan dengan gril signatur Infinite Weave Proton tersebut turut dipadankan dengan kamera monokular pada bahagian atas cermin hadapan. Trade plate yang digunakan pada bahagian hadapan juga dilihat mempunyai lubang empat segi, yang mungkin digunakan untuk menguji radar gelombang milimeter. Dengan kelengkapan-kelengkapan tersebut, berkemungkinan sistem ADAS pada S50 ini akan memberikan pemanduan autonomi Tahap 2 yang memberikan fungsi bukan sahaja brek kecemasan automatik, malah sistem cruise control adaptif dengan bantuan kekal/pengelak keluar lorong. Dari segi suspensi, tidak mustahil juga S50 akan menerima sistem multilink untuk bahagian belakang berbanding hanya torsion beam pada Emgrand. Masih lagi belum ada petunjuk yang menyokong kemungkinan ini, namun disebabkan beberapa faktor seperti enjin yang lebih berkuasa mungkin akan menjadi faktor untuk Proton memilih sistem suspensi lebih baik tersebut. Malah Proton Preve juga sebelum ini sudahpun menggunakan sistem multilink, tidak mustahil penggantinya ini akan menggunakan sistem yang sama. Lagipun pada X90 Proton telah membuktikan ia tidak ragu-ragu untuk memilih multilink berbanding torsion beam, mungkin pilihan yang sama akan dibuat pada S50 ini kan? Pasti ramai yang tertunggu-tunggu pelancaran S50 ini kan? Mana tidaknya, selepas tiga buah SUV, ini adalah sedan serba baharu pertama yang akan diperkenalkan Proton, yang memang terkenal menghasilkan sedan-sedan yang bagus seperti model generasi pertamanya Proton Saga, dan model-model lain seperti Waja dan Preve. S50 ini mungkin akan menjadi sedan paling sempurna untuk Proton kelak dengan platform termaju, enjin dan transmisi yang padu bersama talaan pengendalian Proton, tanpa masalah seperti yang dihadapi Preve seperti kotak gear CVT dan penggunaan bahan api yang tidak efisien dan sebagainya. Buat masa sekarang Honda Civic mungkin berada selesa di hadapan sebagai sedan segmen-C paling laris di Malaysia. Namun selepas pengenalan S50 ini kelak, kedudukan itu mungkin tergugat kerana Proton mungkin dapat menjual sedan segmen-C ini dalam julat harga seperti sedan segmen-B iaitu sekitar RM70k hingga RM90k.