title
stringlengths
26
159
content
stringlengths
414
63.9k
Ora Good Cat EV di Malaysia – warna pilihan Pistachio Green kini ditawarkan; 400 Pro dari RM139,800
Dilancarkan di Maalaysia pada November lalu, kini Great Wall Motors Ora Good Cat turut ditawarkan dengan pilihan warna baharu Pistachio Green seperti unit yang dipamerkan di Sunway Velocity Mall di Kuala Lumpur. Ia menyertai barisan warna pilihan lain termasuk Coral Blue, Sun Black, Mars Red, Hamilton White, Verdant Green dan Em Beige. Harga untuk Ora Good Cats adalah bermula dari RM139,800 untuk varian asas 400 Pro dan model spesifikasi penuh 500 Ultra pula berharga RM169,800. Kedua-duanya adalah harga atas jalan tanpa insurans. Untuk bahagian dalamnya, ia turut diberikan skema dua-tona seperti warna light cream ini yang digandingkan dengan sentuhan hijau, bersama serlahn jingga secara kontras. Malahan ia turut menambah motif tapak kaki kucing pada bahagian hadapan perehat tangan yang kelihatan sungguh comel. Untuk bahagian atas tempat duduk pula diserlahkan dengan seksyen berpetak hijau, juga seperti pada panel pintu. Selain itu, spesifikasinya masih sama seperti sebelum ini termasuk roda stereng pelbagai fungsi, dua port USB untuk penumpang hadapan dan corong USB untuk penumpang belakang, dan port USB untuk perakam video digital. Varian 400 Pro dilengkapi oleh bateri 47.8 kWh lithium iron phosphate (LFP) yang mampu memberikan jarak perjalanan 400 km, dan mengambil masa sekitar lapan jam untuk dicas penuh dari pengecas AC 6.6 kW menerusi sambungan Type 2. Manakala varian 500 Ultra pula menggunakan bateri dengan kapasiti 63.1 kWh dengan jarak perjalanan 500 km. Jarak yang dinyatakan ini adalah mengikut kitaran ujian NEDC. Ia mengambil lebih kurang 10 jam jika dicas menggunakan pengecas AC. Jika menggunakan pengecas pantas DC, status pengecasan dengan tahap 0-80% boleh diselesaikan sekitar 40 minit. Kedua-dua varian juga menampilkan motor elektrik yang dipasang di hadapan dengan kuasa 143 PS/210 Nm, membolehkan Ora Good Cat ini dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.9 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 152 km/j. Ora Good Cat juga diberikan paparan pelbagai-informasi dengan unit infotainmen skrin sesentuh 10.25-inci, yang turut menyokong penggunaan Apple CarPlay dan Android Auto. Untuk aspek keselamatan, kenderaan elektrik comel ini diberikan kawalan kelajuan adaptif, bantuan kelajuan pintar, AEB, amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan kelajuan rendah, amaran ketibaan lorong, bantuan kekal lorong dan bantuan pemusatan lorong. Walau bagaimana pun, 500 Ultra menerima ciri tambahan termasuk Wisdom Dodge System, kekal lorong kecemasan, bantuan tukar lorong dan pengesan titik buta, amaran pelanggaran belakang, amaran trafik lintasan belakang dan brek trafik lintasan belakang. Ora Good Cat di Malaysia turut diberikan pengecas rumah percuma, waranti umum lima-tahun/150,000 km dan waranti bateri lapan-tahun/180,000 km, serta lima tahun kos labur percuma bagi penyelenggaran berjadual.
Porsche Approved Pre-Owned Cars Day di JB, Penang Mei 2023 — jaminan 3-tahun Porsche Approved
Kereta Porsche direka dalam banyak bentuk dan saiz, tetapi ada satu perkara yang menyatukan semua itu: keupayaannya untuk memberikan pengalaman pemanduan yang mengujakan daripada seorang pemandu kepada yang berikutnya. Jadikan mimpi anda untuk memiliki ikon permotoran ini sebagai kenyataan di Porsche Approved Pre-Owned Cars Day yang bakal diadakan di Porsche Centre Pulau Pinang dari 20-21 Mei 2023 dan Porsche Centre Johor Bahru dari 27-28 Mei 2023. Di acara itu, anda boleh meneroka pelbagai barisan model Porsche terpakai yang disesuaikan untuk keperluan anda. Sama ada anda lebih cenderung untuk memanfaatkan kepelbagaian penggunaan SUV seperti Cayenne atau Macan, kereta sporty yang mewah seperti Panamera, model elektrik canggih dan berprestasi seperti Taycan, model pemanduan dinamik seperti 718 Boxster dan Cayman, atau kereta sport dengan sejarah panjang enam dekad seperti 911, sentiasa ada sebuah Porsche yang akan memikat hati. Eksklusif untuk acara ini, anda boleh berlapang fikiran bagi aspek pemilikannya, dengan adanya jaminan Porsche Approved yang disertakan sekali, memastikan anda tidak perlu ragu-ragu dengan model Porsche yang ingin dimiliki. Gambar Porsche Cayenne oleh Annice Lyn Jika ingin trade-in kenderaan sedia ada, Porsche Approved Pre-Owned Cars Day turut menawarkan program penilaian kenderaan yang termasuk sekali servis cucian kereta percuma ketika kereta anda dinilai di acara ini nanti. Setiap trade-in yang berjaya akan diberi juga ganjaran berupa baucar Porsche Lifestyle bernilai RM1,000, membolehkan anda menikmati kemewahan yang disediakan melalui koleksi Porsche Lifestyle. Jika sudah lama anda ingin menjadi pemilik kenderaan Porsche, Porsche Approved Pre-Owned Cars Day merupakan acara yang tepat untuk anda hadir. Berkunjunglah ke Porsche Centre Pulau Pinang (20-21 Mei 2023) dan Porsche Centre Johor Bahru (27-28 Mei 2023) dari pukul 10 pagi hingga 5 petang untuk merealisasikan impian anda.
Lebuhraya NKVE aktifkan laluan kontra antara Shah Alam-Subang – 11 malam-5 pagi pada 19 Mei-18 Jun
Klik untuk besarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memaklumkan mengenai pengaktifan laluan kontra di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) iaitu di antara Shah Alam–Subang di KM9.5 hingga KM11.7 di Lebuhraya NKVE bermula 19 Mei hingga 18 Jun 2023, mulai jam 11 malam hingga 5 pagi setiap hari sepanjang tempoh tersebut Ia adalah bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf Jambatan KTMB di KM11.25 (arah utara) yang merentangi laluan terbabit di NKVE. “Justeru, pengguna lebuh raya dari Shah Alam menghala ke Subang atau utara dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini sepanjang tempoh tersebut. “Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan kerja terbabit,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan. Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000, Chatbot PUTRI atau menerusi Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan. Pada hujung Mac lalu, PLUS mengumumkan terdapat penutupan lorong pada waktu malam secara berperingkat di antara KM10.5 hingga KM11.3 laluan Shah Alam-Subang dan KM11.7 hingga KM11.1 laluan Subang-Shah Alam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) mulai 30 Mac 2023 untuk kerja naiktaraf jambatan tersebut. Di mana ia dilaksanakan secara berperingkat selama tujuh bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada awal November 2023
KKR sedia berbincang dengan kementerian lain bagi cari solusi kurangkan kadar kemalangan jalan raya
Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya di kawasan berisiko, Kementerian Kerja Raya (KKR) bersedia berbincang dengan kementerian lain bagi mencari solusinya. Menurut Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pihaknya akan melaksanakan apa juga kaedah bagi menambah tahap keselamatan pengguna jalan raya. Usaha itu termasuk kemungkinan pemasangan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas), laporan Harian Metro. “Memang itu (pemasangan kamera Awas) adalah satu kaedah untuk kita mencegah kemalangan, kita boleh duduk berbincang bersama (Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri). Ia memberi amaran kepada pemandu untuk berjaga-jaga dan jangan terlalu laju, tetapi ini belum lagi dalam perancangan kita, ada kemungkinan,” katanya. Berdasarkan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) awal tahun ini, lebih 80% faktor utama kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan kematian di negara ini adalah berpunca daripada sikap manusia. Selain itu, berdasarkan kajian yang sama, faktor rekaan, infrastruktur dan keadaan jalan hanya menyumbang sekitar 13% kepada kemalangan maut di jalan raya. Manakala kira-kira 7% kemalangan menyebabkan kematian adalah berpunca daripada keadaan kelayakan jalan atau aspek teknikal kenderaan bermotor yang digunakan.
Subsidi bersasar untuk bahan api dijangka akan bermula awal tahun depan – Salahuddin Ayub
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengesahkan bahawa kerajaan dijangka melaksanakan pemberian subsidi bersasar untuk bahan api petrol RON95 dan diesel mulai awal tahun hadapan, lapor Berita Harian. Menurutnya keputusan itu dicapai menerusi perbincangan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Rabu lalu, dan ia akan dimulakan secara berperingkat dimulakan dengan bahan api diesel terlebih dahulu. Walau bagaimanapun mekanisma yang akan diguna pakai bagi pelaksanaan pemberian subsidi bersasar tersebut masih belum didedahkan oleh Salahuddin. Namun beliau ada menyebut satu pangkalan data bersepadu sedang diwujudkan oleh beberapa kementerian bagi memastikan perlaksanaannya nanti tepat dan berkesan. “Beberapa kementerian, termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Pengangkutan (MoT) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kini sedang menyiapkan pangkalan data bersepadu. “Pangkalan data bersepadu ini akan digunakan bagi proses penyelarasan data berkaitan. Semua agensi dan kementerian sudah ada pangkalan data masing-masing, cuma kita perlu selaraskan semuanya dan pastikan ia tepat serta berkesan bagi pelaksanaannya nanti,” katanya.
JPJ eBid: Siri FF dilanjut bidaan hingga 10 malam ini
Berita baik bagi anda yang frust selepas tidak berjaya untuk membida siri pendaftaran dari Putrajaya, FF menerusi JPJ eBid sepanjang tempoh yang diberikan pada 14-18 Mei 2023. Bidaan bagi siri ‘panas’ FF ini telah pun dilanjutkan sehingga jam 10 malam ini, 19 Mei. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya mengambil maklum aduan orang ramai tentang sistem JPJeBid yang tidak stabil apabila tempoh untuk pembidaan bagi nombor plat FF akan berakhir disebabkan trafik yang tinggi. Justeru, untuk berlaku adil, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melanjutkan masa pembidaan untuk 24 jam iaitu hingga 10 malam ini. Jadi, masih ada waktu lagi untuk anda membidanya. Untuk mengetahui cara-cara membida menerusi JPJ eBid, anda boleh KLIK PAUTAN INI. Seperti biasa, keputusannya akan keluar esok, 20 Mei 2023. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel. Dalam masa yang sama, Loke turut berkata, pihaknya akan berusaha untuk memantapkan sistem digital di bawah JPJ dan juga agensi-agensi lain di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). Malahan kelmarin beliau telah pun berjumpa dengan Jawatankuasa Penasihat Digital (JPD) kepada MOT bagi memberi nasihat penambahbaikan. Dengar cerita, ada bidaan untuk siri FF ini mencecah nilai jutaan Ringgit Malaysia. Panas betul siri FF ini. Sampai ada yang sanggup sediakan bajet yang tinggi untuk mendapatkannya.
Perodua Bezza pemanduan autonomous oleh Reka — projek AI untuk perisian dan pembelajaran mesin
Ketika berlangsungnya Malaysia Autoshow 2023 awal bulan ini, selain kenderaan dan model baru yang diperkenalkan, ada juga beberapa sisi lain yang turut dipamerkan, misalnya berkaitan teknologi autonomous untuk kepintaran buatan bagi sebuah Perodua Bezza. Ia dibangun dan dikendalikan oleh Reka, sebuah syarikat berkaitan automasi tempatan yang memberi tumpuan kepada kepintaran buatan, perisian dan pembelajaran mesin untuk pemanduan autonomous. Menurut Reka, projek kenderaan autonomous berpandukan kepintaran buatan di Reka bermula sejak 2016, dan sejak itu berkembang dengan kemajuan teknologi dan dalam tanggapan industri terhadap teknologi autonomous untuk tujuan industri. Dalam latihan ini, mereka menguji pemanduan tanpa pemandu menggunakan Perodua Bezza — seperti yang ditunjukkan dalam gambar — serta memberi tumpuan terhadap pembelajaran mesin dan perisian, jelas COO Reka Mohd Amri Mohd Din. Ini dapat dilihat daripada modifikasi yang dilakukan untuk pemanduan autonomous adalah melalui pertambahan perkakas dan aktuator yang dipasang kepada stereng, pendikit dan brek sebuah kereta produksi yang sebenar. Set sensornya terdiri daripada kamera, lidar dan radar yang memberikan data kepada kepintaran buatan yang ada dalam sistem autonomous yang sedang diuji itu untuk mengenal pasti dan memahami halangan, seterusnya membantu kereta untuk membuat keputusan untuk dikendalikan dan bagaimana ia merespon kepada keadaan berbeza dengan mengawal pendikit, stereng dan brek. Selain ujian demonstrasi dengan kelajuan berjalan kaki yang dilakukan di MAEPS ketika Malaysia Autoshow 2023 itu, kenderaan ujian autonomous ini hanya diuji khusus dalam laluan ujian kenderaan autonomous di Cyberjaya. Makmal Reka juga ada di situ untuk memudahkan urusan logistik untuk ujian tersebut dan pasukan yang mengendalikannya. Selain potensi untuk kenderaan autonomous ini digunakan di jalan awam, Reka juga berharap untuk mengetengahkan potensi teknologi ini untuk tujuan industri. “Kami telah menjalankan sebuah projek di Singapura yang mensasarkan peningkatan kecekapan dan mengurangkan kemalangan yang disebabkan oleh manusia. Dengan memprogramkan kenderaan autonomous agar mengutamakan keselamatan, kami mampu membangunkan penyelesaian yang cekap dan boleh dipercayai untuk kegunaan industri,” jelasnya. Selain untuk kegunaan automotif, pembangunan lain oleh Reka dalam lapangan ini juga telah membawa kepada penciptaan PLExyz, sebuah navigasi ruang tertutup untuk crowd analytics. Teknologi tersebut memanfaatkan AI dan algoritma pembelajaran mesin untuk menganalisa dan meramalkan pergerakan khalayak, yang menurut Reka sangat berguna untuk tujuan mengawal khalayak dalam pelbagai situasi. Potensi teknologi ini sangat luas, dan boleh memperbaiki keselamatan dan kecekapan dalam kegunaan industri atau awam.
Saham Geely dalam Aston Martin meningkat kepada 17%, ketiga terbesar selepas Yew Tree dan PIF
Bukan lagi menjadi rahsia bahawa syarikat automotif dari China, Geely kini sedang cuba untuk menguasai Aston Martin. Oktober tahun lalu, Geely menyatakan bahawa ia telahpun memegang sebanyak 7.6% kepentingan dalam jenama kereta sport British itu, dan terbaharu pegangan tersebut telah meningkat kepada sekitar 17%, lapor Motor1. Ini membolehkan Geely menjadi pemegang saham ketiga terbesar dalam Aston Martin Logonda, naik dari tangga keempat sebelum ini dan memintas kedudukan Mercedes-Benz. Buat masa sekarang, konsortium Yew Tree milik jutawan Kanada Lawrence Stroll masih pemegang saham terbesar syarikat itu, membolehkan Stroll kekal sebagai pengerusi Aston Martin. Ia diikuti oleh Public Investment Fund (PIF) milik Arab Saudi sebagai pemegang saham kedua terbesar. “Geely boleh menawarkan kepada kami pemahaman mendalam tentang pasaran pertumbuhan strategik utama China serta peluang untuk mengakses rangkaian teknologi mereka,” kata Stroll dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Bagi meningkatkan pegangan saham ini, Geely dilaporkan telah melabur sebanyak 234 juta pound sterling (RM1.3 bilion), Walau bagaimanapun, dalam perjanjian baharu yang telah dipersetujui Geely tidak dibenarkan untuk menaikkan pegangan sahamnya sehingga Ogos 2024. Sebagai pemegang saham ketiga terbesar, Geely kini diberikan ruang oleh lembaga pengurusan Aston Martin untuk melantik pengarah bukan eksekutif ke dalam Lembaga Pengarah syarikat itu sebagai wakil pemegang saham. Selain itu, Geely turut akan melantik seorang lagi wakilnya yang akan bertugas sebagai pemerhati. Motor1 turut memetik laporan dari Financial Times minggu lalu yang menyatakan bahawa CEO Geely Holding Group, Daniel Li Shufu berminat untuk mendapatkan pegangan dalam Aston Martin kerana beliau “sukakan jenama itu”, dan mahu mewujudkan sinergi. Geely merupakan pemilik kepada jenama Sweden, Volvo dan juga Polestar (yang kini sudah dikeluarkan dari Volvo untuk menjadi jenama kereta sport EV sendiri). Ia juga telah memwujudkan pelbagai jenama di bawahnya seperti Lynk & Co, Zeekr, Geometry, London Electric Vehicle Company, Radar Auto dan pelbagai lagi untuk mencakupi pelbagai segmen dalam pasaran. Pada 2017, Geely telah memuktamadkan perjanjian rakan strategik asing dengan Proton, menyaksikan ia berjaya memegang saham sebanyak 49.9% dalam jenama automotif dari Malaysia itu. Melalui perjanjian itu juga, jenama kereta sport British iaitu Lotus yang sebelum itu merupakan milik Proton telah dilepaskan kepada Geely dengan pegangan saham sebanyak 51%. Ketika pelancaran Proton X90 di Kuala Lumpur dua minggu lalu, Daniel Li turut hadir dan mengumumkan pelbagai perkembangan berkenaan kerjasama Proton dan Geely menerusi ucapannya.
Kenderaan elektrik mungkin diberi nombor plat khas
Kerajaan telah mengesahkan sedang meneliti struktur baharu bagi cukai jalan untuk kenderaan elektrik (EV), dalam usaha untuk memperhebatkan lagi penggunaan EV di sini. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kerajaan juga sedang meneliti beberapa insentif dan dasar lain bagi menarik minat orang ramai beralih kepada EV. Antaranya, menggunakan nombor pendaftaran khas untuk membezakan EV dengan kenderaan lain di jalan raya, laporan The Star. “Saya telah memaklumkan kepada JPJ untuk mengeluarkan beberapa insiatif lain bagi pengguna EV, seperti mungkin e-plat untuk EV. Kita juga boleh mempunyai nombor plat khas untuk EV, bagi membezakannya dengan kenderaan lain. Ini adalah perkara yang boleh kami bantu untuk menggalakkan penggunaan EV. Saya mengalu-alukan lebih banyak pandangan dan input,” katanya dalam Forum Pengangkutan dan Mobiliti Hijau di KL pada Selasa lalu. Plat EV khas mungkin sama dengan konsep yang dilaksanakan di Singapura, yang memperkenalkan plat nombor khas dengan awalan EVS untuk menandakan kenderaan elektrik yang dibuat di sana. Ia akan digunakan untuk 100 unit pertama EV Hyundai Ioniq 5 yang dipasang di republik itu. Loke berkata butiran mengenai perkara ini serta insentif lain akan didedahkan menjelang akhir tahun. “Perancangannya adalah untuk mengumumkan insentif ini bersama-sama dengan struktur cukai jalan EV baharu menjelang akhir tahun ini,” katanya.
Nombor plat UN keluaran USIM dibuka untuk bidaan dari esok hingga 25 Jun – harga bermula dari RM1,500
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menjadi satu lagi universiti tempatan yang melancarkan nombor pendaftaran (plat) khas kenderaan untuk dijual kepada orang ramai secara bidaan. Walaupun dikenali dengan nama singkatan USIM, plat yang dikeluarkan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Pengangkutan Jalan ini adalah bermula dengan huruf UN. Kelulusan penggunaan nombor plat UN ini telah diberikan kepada USIM pada Mac 2023 dan kini dilancar pada bulan Jun sambil menyambut ulang tahun pusat pembelajaran tersebut yang ke-23. Ia sekaligus memberi kenangan manis bagi USIM dan warganya. Satu perjanjian persefahaman juga telah ditandatangani antara USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd (anak syarikat USIM) dengan Syarikat Aquatwo, yang akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses pemasaran, penjualan/bidaan, pengurusan kewangan, lantikan enjin pemasaran, promosi serta sistem jualan nombor plat UN ini. Mereka yang berminat untuk memiliki plat UN ini boleh membuat bidaan melalui laman www.unplat.com.my bermula esok sehingga 25 Jun 2023. Menurut ketua pegawai eksekutif USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd, Ahmad Shukri Zulkifli, harga permulaan untuk nombor plat UN ini dibahagikan kepada beberapa kategori, dengan bermula daripada RM1,500 sehingga RM800,000 (UN1).
TT Komuniti “Apa Khabar Proton Lama Hari Ini” di Ibu Pejabat Proton Shah Alam; model rare keluar sarang!
Komuniti “Apa Khabar Proton Lama Hari Ini?” atau (AKPLHI) yang bertapak di Facebook Group bukanlah seperti kelab-kelab permotoran yang lain. Anda tidak perlu ada kereta dengan jenama Proton untuk menyertai komuniti ini, cukup sekadar dengan minat yang mendalam pada model-model lama Proton. Jadi jika anda melayari FB Group AKPLHI, anda tidak akan jumpa sebarang iklan jualan komponen kenderaan atau kereta terpakai. Tetapi laman berkenaan penuh dengan perkongsian sejarah kereta-kereta Proton yang mungkin anda tidak pernah jumpa di laman-laman lain. Sekian lama kesemua ahli hanya berpeluang berbual secara maya di laman FB Group tersebut, akhirnya pada hari Sabtu, 10 Jun lalu, AKPLHI mengadakan sesi “Teh Tarik” atau TT pertamanya dan memilih lokasi paling sesuai untuk acara tersebut iaitu di Pusat Kecermelangan (CoE) Proton, Ibu Pejabat jenama automotif nasional itu yang terletak di tepi Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran susur masuk Hicom Shah Alam. Perjumpaan ini bermula pada pukul 9 pagi di tempat letak kereta CoE. Ia dihadiri bukan sahaja Proton-Proton lama, tetapi beberapa model lebih baharu juga turut menyertai. Antara yang menjadi tumpuan adalah model-model C99 Proton, iaitu model-model prestasi dengan enjin 1.8 liter seperti Satria GTi dan Putra. Model-model sentuhan R3 juga memunculkan diri dalam sesi kali ini, antaranya beberapa buah Satria Neo R3, sebuah Satria Neo Clubsport dan juga sebuah Gen2 MME. Sudah tentu tak lengkap jika perhimpunan kereta Proton tanpa model generasi pertama Saga bukan? Beberapa Saga unik telah hadir Sabtu lalu, termasuk replika kereta rali Saga PERT Group S 2WD Karamjit Singh milik pengasas AKPLHI Allan Cham, Saga restorasi penuh dari Saga Pekak dan sebuah Saga Aeroback dalam spesifikasi asli edisi Knight 1.5S. Yang paling mencuri perhatian adalah sekumpulan Saga dari Bukit Kapar, Selangor yang bukan sahaja hadir dengan beberapa Saga sedan dalam kondisi yang cukup terjaga, malah mereka hadir dengan ‘segerombolan’ Saga Executive dan juga Limosine! Beberapa model Proton yang tidak berapa popular dari segi jumlah jualan juga boleh dijumpai dalam perhimpunan ini, antaranya Proton Tiara, Proton Savvy dan juga van Proton Juara. Dengan sambutan yang begitu menggalakkan dari perjumpaan pertama ini, komuniti AKPLHI merancang untuk membuat satu lagi perjumpaan selepas ini. Mungkin lebih banyak lagi model-model rare Proton akan keluar selepas ini?
UMW Toyota Motor jual 8,004 unit kenderaan untuk Mei 2023 — naik 18.3% dari April; YTD naik 8%, 39,990 unit
Bagi bulan Mei 2023, UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 8,004 unit kenderaan — terdiri daripada 7,875 unit untuk jenama Toyota, dan 129 unit untuk model Lexus. Ini meneruskan lagi corak peningkatan jualan bagi syarikat ini, dengan kenaikan 18.3% berbanding April 2023, yang menyaksikan sejumlah 6,767 unit terjual. Bagi jualan semasa bagi tahun ini pula (YTD), UMWT telah menyerahkan sebanyak 39,990 unit kenderaan setakat lima bulan pertama 2023, mencatatkan kenaikan 8% berbanding tempoh sama tahun lalu. Mei lalu juga merupakan tempoh sibuk untuk UMWT, yang baru saja membentangkan strategi untuk mencapai neutral karbon serta turut mempertontonkan model elektrik bZ4X. “Toyota mempunyai strategi pelbagai jalur ke arah mencapai nuetral karbon dan ini boleh dilihat melalui sistem janaan kenderaan yang mesra alam kami, setiap satunya dibangunkan untuk memenuhi keperluan unik pelanggan di bahagian berbeza seluruh dunia,” ujar Presiden UMWT, Datuk Ravindran Kurusamy. “Untuk Malaysia, kami percaya HEV merupakan pilihan paling sesuai ketika ini, mengambil kira sumber bahan api bagi penjanaan elektrik dan ketersediaan prasarana mengecas di luar bandar utama di Pantai Barat Semenanjung. Kami akan menambah lagi pengenalan model HEV untuk 2023 ini,” tambah beliau. Lexus juga menyaksikan pengenalan model generasi kelima RX pada Mei, yang ditawarkan untuk pasaran tempatan dalam satu varian tunggal RX 350 Luxury pada harga RM468,888 atas jalan tidak termasuk insuran. Hujung Mei, sebuah bilik pameran baru Lexus di Klang juga dibuka secara rasmi, dikenalikan oleh PCM Klang Motor.
TASKL 2023: 14 kereta ubahsuai dari Jepun dibawa – GT-R Top Secret terjual; lebih 91,000 pengunjung!
Selepas diumumkan Mac lalu, akhirnya acara Tokyo Auto Salon (TAS) yang julung kalinya di bawa ke Malaysia dengan nama Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur telah berjaya dilangsungkan di di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 9 hingga 11 Jun lalu. Acara ini dibuka secara rasmi oleh menteri perdagangan dan industri Senator Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari Jumaat malam, dan menurut penganjur TASKL telah berjaya menarik lebih dari 91,000 pengunjung selama tiga hari penganjurannya. TASKL ini berlangsung dalam ruang tertutup seluas 130,000 kaki persegi, iaitu melibatkan penggunaan Dewan 2,3 dan 4 di MITEC. Ia juga telah menarik minat sekurang-kurangnya 14 penala dari Jepun untuk menghantar kereta ubahsuai masing-masing ke Malaysia, dan ada juga yang membuka reruai di TASKL 2023. Antara jentera yang paling menarik perhatian adalah sebuah Nissan Skyline GT-R R32 binaan Garage Active dengan keselurahan panel badannya menggunakan gentian karbon, serta dipacu oleh enjin RB30 dari HKS bersama pengecas turbo sebesar pasu bunga membolehkan ia bernafas dengan kuasa 1,000 hp. Lebih perincian berkenaan R32 yang diberi nama Carbon-R ini boleh anda baca pada PAUTAN INI. Selain itu, Nissan GT-R R35 binaan penala ‘otai’ Jepun, Top Secret turut dibawa untuk dipamerkan. Apa yang menarik, jentera yang diberi nama sebagai Nissan GT-R TS R35GTR Gold berkuasa 815 PS itu dikhabarkan berjaya dijual oleh pengasas Top Secret iaitu Smokey Nagata kepada seorang rakyat Malaysia ketika TASKL ini berlangsung. Ada khabar angin yang menyatakan bahawa kereta tersebut dibeli oleh Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor (TPJ). Namun menerusi gurauan yang dibuat oleh putera berkenaan di laman Instagramnya menunjukkan pembelinya mungkin adalah individu lain. Antara jentera-jentera dari Jepun lain yang turut dibawa adalah termasuk Driving Performer GR86 Type R, HKS GR Supra Aero, MARS1 (diasaskan dari Toyota RAV4), Kuhl Racing Subaru Levorg, Sphere Racing Mitsuoka Orochi, Spoon Honda NSX dan GReddy Stance RZ34 iaitu Nissan Z baharu dengan kit badan lebar Pandem Rocket Bunny. Ada juga jentera-jentera buatan Amerika Syarikat tetapi menerima sentuhan dari penala Jepun di bawa ke TASKL ini iaitu sebuah Chevrolet Corvette dengan kit badan lebar, Ford Mustang dari Rohan Izawa Art Design dan juga Jeep Wrangler dari Rinei. Tidak ketinggalan, wakil dari benua Eropah iaitu sebuah Alpine A110 yang diubahsuai oleh Cars Hatano, diberi nama Ravage A110. Kereta ini menampilkan panel-panel badan gentian karbon yang dipadankan pada bahagian hadapan dan belakang, serta diberikan set rim unik yang dihasilkan bersama OZ. Turut menarik perhatian adalah Nissan Skyline GT-R R34 J-Tune milik Tunku Panglima Johor yang turut dipamerkan di TASKL ini. R34 berkenaan dibina khas hanya sebuah oleh sayap perlumbaan rasmi Nissan iaitu Nismo di fasilit Omori Factory mereka di Jepun. Lebih perincian berkenaan GT-R J-Tune ini boleh anda baca pada PAUTAN INI. Selain dari barisan-barisan kereta yang dibawa dari Jepun ini, TASKL 2023 turut menampilkan kereta-kereta ubahsuai tempatan yang bertarung dalam pertandingan Auto Styling. Tiga juri dilantik untuk mencari pemenang dalam pertandingan ini iaitu Smokey Nagata, Takemoto Yuki iaitu Ketua Editor Option Magazine, dan Hirofumi Nozaki iaitu Ketua Editor Auto Salon Online. Acara ini juga menyaksikan beberapa ikon sukan permotoran Jepun sanggup turun ke Malaysia untuk bertemu peminat masing-masing, antaranya Takuya Kai dan Daisuke Jomoto dari Spoon Sports dan juga Takahiro Ueno iaitu pemandu drift dan juga pengasas Vertex. Selain dari syarikat-syarikat penala, TASKL kali ini turut disertai oleh dua pengeluar Jepun yang bertapak di Malaysia iaitu Nissan dan Mitsubishi. Nissan menghasilkan empat model edisi khas TASKL yang masing-masing dibina hanya sebuah dan dijual hanya dalam acara ini, manakala Mitsubishi pula mempamerkan beberapa unit trak pikap Triton dan MPV Xpander yang telah diubahsuai. GALERI: Garage Active Nissan Skyline R32 GT-R Carbon-R di TASKL 2023 GALERI: Nissan Skyline GT-R R34 J-Tune milik Tunku Panglima Johor di TASKL 2023 GALERI: Koleksi replika kereta watak-watak Initial D di TASKL 2023 GALERI: Van-van dan MPV yang diubahsuai di TASKL 2023
Harley-Davidson X440 – lagi gambar awal didedah
Harley-Davidson India nampaknya telah menyiarkan beberapa lagi gambar untuk motosikal kapasiti rendah terbaru mereka yang dipanggil sebagai X440 di dalam media sosial, sebelum ia didedahkan sepenuhnya 3 Julai nanti. Model ini dihasilkan dengan kerjasama pengeluar motosikal antara yang terbesar di India, iaitu Hero Motorcorp, namun masih belum diberitahu sama ada cuma akan dijual di dalam negara itu ataupun juga dieksport ke negara lain. Siri gambar terbaru ini cuma menunjukkan motosikal tersebut berada di jalan sebenar dan bukannya setakat di dalam studio, sekaligus memberikan petunjuk kepada orang ramai bagaimana rupanya apabila digunakan, dengan terdapat penunggang di atas. View this post on Instagram A post shared by Harley-Davidson India (@harleydavidson_india) Sama seperti gambar yang didedahkan sebelum ini, kita sekali lagi dapat melihat perincian X440, yang termasuk rim aluminium, brek cakera tunggal di hadapan dan belakang, fork teleskopik, dua penyerap hentak di belakang, semua lampu jenis LED, ekzos di sebelah kanan serta klac yang menggunakan kabel. Bahagian meter pula menggunakan unit TFT. Spesifikasi teknikal motosikal ini masih belum didedahkan secara rasmi tetapi media dari India menjangkakan ia bakal tiba dengan enjin satu silinder 440 cc oil-cooled, dengan sistem suntikan bahan api dan kuasa sekitar 38 PS dan tork 30 Nm.
2,138 jalan berlubang telah ditampal – rekod hingga April 2023, babitkan jalan persekutuan Semenanjung
Sebanyak 2,138 jalan berlubang atau ‘potholes’ membabitkan jalan persekutuan Semenanjung Malaysia, setakat April 2023. Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad semasa sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Menurut beliau, untuk tahun 2022, sebanyak 8,519 jalan berlubang di jalan persekutuan Semenanjung Malaysia ditampal, laporan Harian Metro. Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga membangunkan satu sistem aduan dikenali Sistem Aplikasi Pemantauan Potholes (ASaPP) pada 2021 bagi memantau jalan berlubang melalui penggunaan telefon bimbit, tablet dan komputer. “Semua aduan berkaitan dengan tampalan jalan berlubang akan didaftarkan di dalam aplikasi ini. Jalan berlubang yang ditemui akan terus ditampal dan direkodkan dalam sistem ASaPP yang boleh dicapai oleh semua pihak terlibat iaitu ibu pejabat JKR Malaysia, JKR daerah dan syarikat konsesi penyelenggaran jalan persekutuan Semenanjung Malaysia,” katanya. Tambah beliau, di bawah program sifar jalan berlubang, kerja-kerja tampalan akan dilaksana dalam tempoh masa 24 jam daripada penemuan atau aduan kerosakan. Selain itu kerja-kerja itu perlu dipastikan kualiti tampalannya dengan merujuk kepada spesifikasi yang ditetapkan iaitu menggunakan rujukan Standard Specification for Roadwordks JKR/SPJ/2008. “Pihak JKR sentiasa memantau pelaksanaan kerja penampakan jalan berlubang bermula dari pemilihan bahan turapan yang diperolehi dari kuari yang telah diluluskan bagi menjamin hasil penampalan yang berkualiti dan dapat bertahan lama,” katanya. Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) yang ingin tahu sejauh mana KKR memastikan dasar sifar jalan berlubang dilaksana segera dan memastikan setiap kerja penampalan jalan yang dibuat mengikut spesifikasi ditetapkan.
Tempahan Honda WR-V sudah dibuka – pencabar Ativa akan dilancar suku ke-3 2023, 1.5L NA, CVT
Berita baik untuk anda yang menunggu alternatif kepada Perodua Ativa, hari ini Honda Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk SUV kompak segmen-B, iaitu Honda WR-V sudahpun dibuka secara rasmi! Model ini diumumkan akan mula dijual di pasaran tempatan bermula suku ketiga tahun ini (Julai hingga September), namun senarai harga dan varian untuk pasaran tempatan masih belum dinyatakan. Walau bagaimanapun, Honda Malaysia megesahkan bahawa WR-V akan ditawarkan dalam versi paling sporty iaitu WR-V RS di sini. Model berkenaan menerima perincian yang disahkan seperti gril hadapan unik bersama emblem RS, rim dua tona 17-inci dan lain-lain. WR-V pasaran Malaysia ini juga akan ditawarkan dengan perincian seperti cermin sisi auto-lipat, lampu hadapan LED automatik dengan lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED dan juga lampu isyarat membelok LED jenis sequential. Sistem bantuan pemanduan Honda Sensing juga turut ditawarkan yang memberikan fungsi termasuk sistem pemberitahu kereta hadapan bergerak (LCDN), cruise control adaptif (ACC), Sistem Brek Pengelak Pelanggaran (CMBS) bersama Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Pengelak Keluar Jalan (RDM), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB) “Kami sangat teruja untuk menjadi pengeluar pasaran besar Jepun pertama yang memperkenalkan SUV kecil serba baharu dalam segmen bukan nasional kepada rakyat Malaysia, yang akan dilancarkan pada suku ketiga 2023. WR-V serba baharu ini memberikan pengalaman unik kepada pelanggan kami dengan ciri tersendiri SUV Honda dengan menggabungkan gaya sporty, teknologi canggih, ciri keselamatan, prestasi terbaik dan jarak kelegaan tanah yang tinggi,” kata Hironobu Yoshimura, pengarah urusan dan CEO Honda Malaysia. “WR-V serba baharu ialah teman yang ideal untuk golongan dewasa muda dan keluarga yang mencari SUV Kecil yang menyerlahkan personaliti yang bertenaga dan berani untuk melengkapkan gaya hidup aktif mereka,” tambahnya lagi. Honda WR-V membuat kemunculan sulung globalnya di Indonesia pada November tahun lalu. Buat masa sekarang ia hanya diproduksi di fasliliti Honda di Karawang, Indonesia dan telah pun diimport ke Thailand dan dilancarkan di negara berkenaan awal bulan ini. Untuk Malaysia, WR-V ini dijangka akan diproduksi secara pemasangan tempatan (CKD) di Pegoh, Melaka bagi memastikan ia dapat dijual pada harga lebih kompetitif. Di Indonesia Honda WR-V dihasilkan bagi berhadapan terus dengan pasangan kembar Toyota Raize dan Daihatsu Rocky. Dan di sini, WR-V sudah tentu perlu bersaing dengan satu lagi kembar Raize dan Rocky iaitu Perodua Ativa. SUV Honda yang lebih kecil dari HR-V ini dihasilkan dengan dimensi panjang 4,060 mm, lebar 1,780 mm, tinggi 1,608 mm dan jarak roda sejauh 2,485 mm. Jadi berbanding Ativa, WR-V adalah 5 mm lebih pendek, 70 mm lebih lebar, 27 mm lebih rendah serta jarak roda 40 mm lebih dekat. Jarak kelegaan tanah WR-V ini adalah lebih tinggi dari Ativa iaitu 220 mm berbanding 200 mm sekaligus memberikan ia rupa lebih lasak. Ruang but SUV kompak Honda ini juga lebih besar dengan kapasiti 380 liter berbanding 369 liter pada saingannya dari Perodua. WR-V menerima enjin yang sama seperti Honda City iaitu unit 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 121 PS pada takat 6,600 rpm dan tork maksima 145 Nm pada takat 4,300 rpm, digandingkan dengan kotak gear CVT automatik dan hanya memacu roda hadapan. Jadi dari segi kuasa juga WR-V adalah lebih besar dari Ativa yang digerakkan oleh enjin 1.0L turbo tiga-silinder berkuasa 97 hp/140 Nm. Menurut Honda Malaysia, tempahan untuk WR-V ini boleh dibuat di semua 101 bilik pamerannya di seluruh negara atau secara atas talian menerusi aplikasi HondaTouch. Namun pelanggan boleh melihat sendiri dengan lebih dekat rupa sebenar SUV kecil ini dibeberapa pengedar terpilih seperti berikut:
SUKE Fasa 2 akan dibuka minggu ini – Kesas/Sri Petaling/Bukit Jalil ke Cheras-Kajang, satu plaza tol
Dalam masa hanya beberapa hari lagi, Fasa 2 bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan dibuka kepada orang awam. Kami sendiri telah mencuba laluan ini dalam satu pra tonton awal untuk media, dan ia menyambungkan Sri Petaling dan Bukit Jalil (laluan masuk di Lebuhraya Kesas) kepada persimpangan Cheras-Kajang, berhampiran Plaza Phoenix. Dengan pembukaan laluan ini, SUKE kini 99% lengkap, dengan hanya satu lagi persimpangan akan dibuka. Fasa 1 SUKE dibuka kepada orang awam pada 16 September 2022 lalu dan ia bermula di persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke Hulu Klang dengan laluan utama sepanjang 16.6 km, 11 persimpangan dan dua plaza tol iaitu Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang. Fasa 2 pula melibatkan laluan sejauh 7.8 km, bermula dari Sri Petaling (dipanggil sebagai persimpangan Sri Petaling), dan selain Kesas, ia juga bersambung dengan Lebuhraya KL-Seremban. Persimpangan seterusnya juga tidak jauh, iaitu persimpangan Sungai Besi, bersebelahan dengan stesen MRT laluan Putrajaya dan dihubungkan kepada Lebuhraya Besraya. Dari situ, SUKE mengikut laluan MRR2, tetapi berada di atas, sehinggalah Bandar Tasik Selatan dan melepasi Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sebelah kiri. Kemudiannya, SUKE membelok ke arah Alam Damai. Di sini, reka bentuk bertingkat bermula dengan trafik menghala ke Cheras-Kajang (KL) berada di atas dan laluan ke arah Sri Petaling berada di bawah. Dalam laluan Fasa 2 ini, satu lagi plaza tol, iaitu di Alam Damai akan dibuka, menjadikan keseluruhannya ada tiga tol di dalam SUKE. Setiap tingkat di laluan Alam Damai ini akan mempunyai plaza tol sendiri. Apabila Fasa 2 ini sudah dibuka, laluan utama lebuhraya SUKE akan lengkap dengan yang tinggal hanyalah persimpangan Alam Damai – akan dibuka sekitar bulan Ogos 2023. Bersebelahan plaza tol Alam Damai ini juga terdapat pusat kawalan utama SUKE, yang terletak dalam sebuah bangunan tinggi (jika dibandingkan dengan pusat kawalan lebuh raya lain) dan akan mempunyai kedai makan (juga akan dibuka kepada orang awam) di dalamnya. Secara keseluruhannya, lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 km (57.7 km jika dikira sekali dengan laluan susur keluar) mempunyai 14 persimpangan keluar, iaitu Sri Petaling, Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Cheras-Hartamas, Bukit Teratai, Tasik Tambahan, Permai, Kosas, Pekan Ampang, Ampang Point, Ulu Kelang, Hillview dan Bukit Antarabangsa. Laluan alternatif kepada Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR) ini turut dihubungkan kepada Kesas (Sri Petaling), Lebuhraya KL-Seremban, Sungai Besi Expressway (Besraya), Grand Saga, Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) dan Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE). Lebuhraya baru East Klang Valley Expressway (EKVE) juga akan bersambung dengan SUKE. Untuk bayaran tol di Alam Damai, CEO Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah memberitahu, beliau masih belum boleh mengumumkan harganya, dan ia akan dibuat oleh menteri kerja raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa majlis pelancaran Fasa 2 ini nanti. Apa yang diberitahu, ia tidak akan melebihi RM2.30 seperti di plaza tol Bukit Teratai dan Ampang.
Polis Klang Selatan tahan seorang bapa gara-gara benarkan anak berusia 11 tahun pandu kereta
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong mengesahkan pihaknya telah seorang bapa berusia 49 tahun di rumahnya di Pandamaran, Klang, tengahari semalam gara-gara membenarkan anak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta. Menurut beliau, bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan telah menerima satu klip video yang ditularkan di laman media sosial berdurasi 1.21 minit berkenaan seorang kanak-kanak lelaki memandu Proton Saga bernombor pendaftaran NCJ 3233. Kejadian berlaku pada Jumaat lalu (9 Jun 2023) jam 6 petang di Jalan Banting-Pandamaran (Jalan Kampung Pendamar, Klang). “Bertindak di atas maklumat tersebut, kami telah membuat serbuan di sebuah rumah di Pandamaran, Klang dan menahan lelaki terbabit bersama anaknya serta kereta berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 111 APJ 1987 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika disabit kesalahan, si bapa boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya serta hilang kelayakan daripada memandu atau mendapatkan mana-mana lesen memandu. “Siasatan juga dijalankan di bawah Sekesyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa maksud pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai dengan cara yang mungkin boleh menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya serta hilang kelayakan daripada memandu atau mendapatkan mana-mana lesen memandu,” kata Cha Hoong Fong menerusi kenyataan yang dikeluarkan. Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak leka dan sentiasa memgawasi gerak geri anak supaya tidak melakukan tindakan yang boleh mendatangkan bahaya terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Nampak gayanya masih ada lagi golongan ibu bapa yang tidak mengambil pengajaran di sebalik tindakan sebegini. Pada awal Mei lalu, sebuah Toyota Vios terbabas dan didapati ia dipandu oleh sepasang adik beradik lelaki yang masing-masing baru berumur tiga dan enam tahun. Kejadian berlaku di Langkawi dan ibu bapa kanak-kanak terbabit dipanggil polis untuk siasatan lanjut.
TASKL 2023: Smokey Nagata jual Nissan GT-R R35 Gold Top Secret kepada Tunku Panglima Johor?
Ketika berlangsungnya Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 hujung minggu lalu, agak kecoh di media-media sosial bahawa pengasas syarikat talaan dari Jepun, Top Secret iaitu Smokey Nagata berjaya menjual Nissan GT-R R35 Gold Top Secret yang dibawa untuk dipamerkan di acara tersebut kepada seorang rakyat Malaysia. Ketika ia berjaya dijual, identiti pembeli berkenaan tidak didedahkan. Namun khabar angin bertiup bahawa ia dibeli oleh Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor (TPJ) kerana putera berkenaan dilihat meluangkan masa yang agak lama dengan Smokey sambil membelek R35 berkenaan. Namun semalam, Tunku Abdul Rahman membuat hantaran story di akaun rasmi instagram miliknya, menyatakan bahawa ‘GT-R R35’ tersebut “sudah berada dalam tangan” tetapi ia tidak boleh dipandu. Story berikut pula mendedahkan bahawa putera berkenaan hanya bergurau dengan menunjukkan sebuah model skala R35 GT500 kecil yang diletak di atas tapak tangan, berlatar belakangkan sebuah Bugatti Veyron. Jadi sehingga kini, identiti pembeli GT-R R35 Top Secret tersebut masih lagi menjadi misteri. Sekirannya jentera berkenaan benar-benar dibeli oleh TPJ, mungkin tak lama lagi kelibat R35 berwarna emas itu dapat dilihat dipandu di sekitar Istana Bukit Serene atau di Bandaraya Johor Bahru? Top Secret R35GTR Gold ini adalah antara unit-unit R35 terbaharu yang dibina sendir oleh Smokey Nagata. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap demo car yang dibina oleh beliau akan dijual selepas itu, bagi membolehkannya membina jentera lain. TS R35GTR Gold ini masih dijana oleh enjin VR38DETT 3.8 liter V6, tetapi telah dirombak semula secara keseluruhan membolehkan kuasanya diekstrak sehingga 815 PS, berbanding hanya 570 PS untuk versi standard. Sistem ekzos juga dipertingkat dengan pemadanan sports catalyzer dari Trust, diadun dengan muffler titanium binaan Top Secret sendiri. Enjin tersebut masih dipadankan dengan kotak gear klac berkembar automatik enam-kelajuan GR6 dari Borg Warner, namun ia telah ditingkat taraf dengan penggunaan set klac juga dari Top Secret. Bagi memastikan kereta ini kekal stabil pada kelajuan lebih dari 300 km/j, ia dipadankan dengan kit aero rekaan Top Secret, terdiri dari set fender lebih lebar, bampar hadapan dan juga komponen-komponen dari material gentian karbon termasuk spoiler hadapan, skirt sisi dan juga spoiler gergasi pada penutup but belakang. Untuk mengurangkan beratnya, penutup bonet hadapan dan juga but belakang turut dihasilkan menggunakan material gentian karbon. Akhir sekali badan kereta ini disudahkan dengan warna emas ikonik Top Secret Candy Gold. Untuk bahagian roda, GT-R TS R35GTR Gold ini dipadankan dengan set rim O.Z Futura generasi baharu dari versi khas dibuat untuk Top Secret. Set rim berkenaan menampilkan saiz 20-inci dengan lebar 11j pada kesemua bahagian, tetapi dengan offset berbeza iaitu ET33 di hadapan dan ET10 di belakang. Ia dibalut dengan tayar Bridgestone Potenza RE71RS bersaiz 285/35R20 di hadapan dan 285/35R20 di belakang. Manakala untuk pengendalian, suspensi GTR ini ditingkat taraf menerusi pemadanan set coilover Top Secret Dumptronic yang menampilkan penyerap hentak Top Secret Time Attack SPL bersama spring dari Swift. Lengan-lengan suspensi asal juga tidak lagi digunakan dan diganti dengan komponen keluaran Top Secret. Bagi Tunku Abdul Rahman pula, kedatangannya ke TASKL juga adalah untuk mendedahkan GT-R yang sangat rare miliknya, iaitu Nissan Skyline GT-R R34 J-Tune yang hanya dibina sebuah sahaja oleh sayap perlumbaan Nissan iaitu Nismo di fasiliti Omori Factory di Jepun. Perincian berkenaan R34 J-Tune ini boleh anda baca pada PAUTAN INI. GALERI: Nissan Skyline GT-R R35 J-Tune milik Tunku Panglima Johor di TASKL 2023
Zeekr 001 dengan jarak gerak sejauh 1,000 km guna bateri CATL Qilin 140 kWj mula dijual di China
Shooting Brake EV keluaran jenama EV premium dari Geely, Zeekr 001 kini mula dijual dalam versi kemaskini 2023 untuk pasaran China, selepas ia didedahkan pada Januari lalu. Menurut laporan CarNewsChina, rupa bagi model kemaskini ini masih lagi sama, namun ia menerima tiga warna badan baharu, dan paling mustahak ia kini dilengkapi bateri baharu keluaran CATL yang mampu memberikan jarak gerak lebih jauh. Sebelum ini Zeekr 001 ditawarkan dengan dua jenis bateri – 86 kWj dan 100 kWj. Bateri kecil 86 kWj tersebut hanya ditawarkan untuk model AWD, yang membolehkan ia bergerak sejauh 546 km dalam kitaran CLTC. Manakala pek bateri 100 kWj lebih besar boleh dipadankan pada kedua-dua model, membolehkan model AWD bergerak sejauh 656 km dan model pacuan belakang bergerak sejauh 741 km. Untuk model 2023 ini, model pacuan roda belakang turut ditawarkan dengan bateri 140 kWj yang mampu untuk bergerak sejauh 1,032 km! Model tersebut menggunakan bateri CATL CTP 3.0 Qilin, yang mempunyai kadar penggunaan volum melebihi 72% dan ketumpatan tenaga mencapai 255 Wh/kg. Berbanding dengan pek bateri 4680, pek bateri Qilin ini menawarkan kuasa 13% lebih tinggi menggunakan kaedah kimia dan saiz pek bateri yang sama. Zeekr 001 pacuan roda belakang diberikan motor elektrik tunggal pada gandar belakang berkuasa 200 kW (272 PS) dan tork maksima 384 Nm. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat. Manakala untuk model pacuan semua roda, satu lagi motor yang sama diletakkan pada gandar hadapan, memberikan kuasa keseluruhan 400 kW (544 PS) dan tork maksima 768 Nm. Ini membolehkan ia memecut dari pegun hingga 100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat, serta mencapai kelajuan maksima melebihi 200 km/j. Antara perincian yang diberikan untuk model 2023 ini termasuk panel instrumen dengan skrin 8.8-inci, skrin kawalan pada bahagian tengah papan pemuka bersaiz 14.7-inci, skrin 5.7-inci pelbagai fungsi untuk penumpang belakang, upholsteri kulit Nappa dan pelbagai lagi. Untuk varian tertinggi, ia turut ditawarkan dengan pakej sport yang menampilkan rim aloi forged 22-inci, angkup brek hadapan enam omboh dari Brembo bersama cakera yang ditebuk, upholsteri Alcantara dan juga tempat duduk ala-perlumbaan. Zeekr 001 ini dijual pada harga bermula RMB 300,000 (RM193k) untuk model asas pacuan roda belakang dengan bateri 86 kWj, manakala model dengan bateri 140 kWj pula akan dijual pada harga bermula RM 403,000 (RM260k).
Dua laluan kontra dibuka di KESAS pada 18 dan 21 Mei untuk kerja pasang rasuk jambatan bagi projek WCE
Dua laluan kontra akan dibuka di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) pada 18 dan 21 Mei 2023 untuk membolehkan kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan merentasi lebuh raya itu dijalankan bagi projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE). Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali KESAS dan WCE, pelaksanaan laluan kontra itu dijalankan secara berperingkat bermula dari KM23.0 hingga KM23.5 di kedua-dua arah dari jam 10 malam hingga 5 pagi. Untuk tarikh 18 Mei, laluan kontra arah timur membabitkan arah Subang/Kuala Lumpur. Manakala laluan kontra arah barat (arah Shah Alam/Klang) pula diaktifkan pada 21 Mei. Sehubungan itu, pengguna KESAS diminta agar memandu dengan lebih berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda serta petugas trafik di lokasi berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja berkenaan.
MSBJ guna Honda Civic FE sebagai kereta peronda – sedan 1.5L turbo dengan pelekat ‘Penguatkuasa’
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah menerima Honda Civic FE baharu, yang akan digunakan sebagai kereta peronda rasmi dan pengiring trafik penguatkuasa di sekitar jajahannya. Kereta berkenaan diserahkan oleh Syarikat Shared Auto Cars, wakil pengedar Honda di Seksyen 15, Shah Alam. Dengan varian V, Civic berkenaan berharga RM143,700, diposisikan antara varian asas E dan RS. Ia dijanakan oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan 182 PS dan tork 240 Nm dari 1,700 hongga 4,500 rpm. Ia mampu dipecut dari 0-100 km/j dalam 8.4 saat dengan kelajuan maksimum mampu dicapai hingga 200 km/j. Kereta peronda berkenaan dilengkapi dengan pelekat biru sebagai warna utama, turut ditampilkan dengan perkataaan ‘Warden Trafik’ pada bahagian bonet. Manakala pada sisinya pula, dihiasi dengan pelekat biru, hijau dan merah, dengan pelekat ‘Penguatkuasa MBSJ’. Begitu juga dengan flash light biru pada bahagian bumbungnya. Walau bagaimana pun, tidak dinyatakan berapa unit Civic yang dihantar kepada MBSJ. Sebelum ini, PDRM juga menggunakan sedan segmen-C yang sama, tetapi generasi sebelum ini iaitu FC dengan enjin 1.8 liter NA yang mampu memberikan kuasa 141 PS/174 Nm.
Harga minyak 18-24 Mei – Semuanya masih dikekalkan
Bagi minggu bertarikh 18 hingga 24 Mei 2023, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api iaitu petrol RON 97 dan RON 95 serta diesel masih dikekalkan. Ini merupakan minggu ke-21 tiada perubahan bagi harga runcit petrol dan diesel. Di mana petrol RON 97 masih dikekalkan pada harga runcit RM3.35 seliter, selepas ia mengalami penurunan harga selama tiga minggu berturut-turut sepanjang Disember 2022. Manakala petrol RON 95 yang telah mencapai harga siling pula, ia masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter. Pada 13 Mac lalu, kerajaan berkata rancangan untuk memperkenalkan program subsidi bahan api bersasar masih diteruskan, namun akan dimulakan dengan diesel, manakala bagi petrol RON 95 akan ditangguhkan untuk tempoh lain. Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, subsidi yang disasarkan akan terlebih dahulu melibatkan elektrik dan diesel apabila ia dilaksanakan
Toyota, Daihatsu dan Suzuki bakal perkenalkan prototaip van mini EV komersil dengan jarak 200 km
Suzuki, Daihatsu dan Toyota akan mendedahkan rekaan prototaip sebuah van mini komersial dengan janaan elektrik yang dibangunkan bersama oleh ketiga-tiga syarikat itu. Prototaip EV itu akan membuat penampilan sulung semasa acara pameran yang memberi tumpuan kepada usaha industri automotif untuk mencapai neutraliti karbon. Acara itu, yang akan dianjurkan oleh Japan Automobile Manufacturers Association (JAMA) bermula 18-21 Mei, akan berlangsung bersekali dengan G7 Hiroshima Summit. Menurut hebahan rasmi, pembangunan prototaip berkenaan melibatkan teknologi elektrifikasi Toyota, sementara Suzuki dan Daihatsu membekalkan kepakaran mereka dalam menghasilkan kenderaan saiz kecil. Berdasarkan imej yang disediakan, versi produksi prototaip berkenaan akan dirujuk sebagai Suzuki Every, Daihatsu Hijet dan Toyota Pixis Van. Setiap jenama akan memperkenalkan versi van mereka sendiri dalam tahun ini, tetapi hanya Daihatsu yang ditugaskan untuk melakukan pengeluarannya. Van komersial mini ini juga melibatkan input daripada Commercial Japan Partnership Technologies Corporation (CJPT) untuk memastikan ia mempunyai spesifikasi optimum sebagai penyelesaian logistik jarak-terakhir (last mile) yang cekap. Jarak perjalanan bagi satu caj penuh van ini dianggarkan 200 km, dan pembangunan lanjut sedang dijalankan untuk memastikan kenderaan ini memenuhi keperluan pelanggan dalam industri penghantaran.
Mazda patenkan rekaan kereta sport enjin Wankel Rotary, hibrid 3 motor elektrik & pacuan semua roda
Pembuat automotif dari Hiroshima, Mazda dikesan telah memfailkan paten untuk sebuah kereta sport dengan enjin Wankel Rotary di Pejabat Paten dan Tanda Perniagaan Amerika Syarikat baru-baru ini. Paten berkenaan sebenarnya telah pun difailkan pada Jun 2021, namun ia baru dijumpai oleh The Drive selepas ia disiarkan kepada umum minggu lalu. Mazda memang terkenal menghasilkan kereta-kereta sport dengan enjin Wankel Rotary bermula dengan Mazda Cosmo Sport pada 1967, dan diakhiri dengan model RX-8 yang diproduksi bermula 2003 sehingga ditamatkan pengeluaran pada 2012 kerana enjin berkenaan tidak mampu lagi untuk lulus ujian emisi yang semakin ketat. Bagi paten terbaharu yang dilihat difailkan oleh Mazda ini, rekaan berkenaan nampaknya mempunyai solusi untuk ‘menghalalkan’ kembali enjin rotary untuk digunakan pada kereta sports, iaitu dengan dipadankan bersama sistem elektifikasi! Dalam fail berkenaan, dapat dilihat kereta sport tersebut diberikan enjin pembakaran dalaman yang diletakkan pada sebelah hadapan dan memacu roda belakang. Mazda menyebut secara spesifik ia adalah enjin Rotary, dan dilihat sangat kompak dan diletakkan hampir dengan bahagian tengah badan sama seperti kereta-kereta sport Rotary Mazda sebelum ini. Dalam dokumen tersebut Mazda turut menyebut bahawa unit rangkaian kuasa ini turut boleh menggunakan enjin salingan (enjin yang berfungsi dengan omboh biasa) selain dari enjin Rotary. Kemudian dapat dilihat, enjin tersebut turut digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 36 hp (25 kW) bagi bersama-sama memacu roda belakang. Tidak cukup dengan itu, gandar hadapan turut menerima sepasang motor elektrik masing-masing berkuasa 23 hp (17 kW) bagi memacu roda hadapan. Ini bermakna, kereta sport ini merupakan jentera pacuan semua roda dengan bantuan elektrifikasi, seakan konsep yang digunakan pada Honda NSX generasi baharu. Walau bagaimanapun, sistem hibrid yang digunakan ini bukanlah sistem yang menggunakan voltan tinggi, dan ia dilihat menggabungkan dua voltan berbeza dan mampu berfungsi secara bervariasi. Ia menggabungkan empat modul bateri 48-volt dalam satu pakej, namun jika lebih kuasa diperlukan, dua modul akan bergabung bagi beroperasi sebagai sistem 96-volt. Mazda menerangkan dalam fail paten berkenaan, rekaan ini dapat menghasilkan sistem yang ringan untuk sebuah kereta sports yang mempunyai satu enjin pembakaran dalaman, tiga motor elektik dan juga satu modul bateri hibrid. Adakah dengan terdedahnya fail paten ini kita boleh menjangkakan Mazda bakal menghasilkan semula kereta sport Rotary bagi menyambung legasi RX-2, RX-3, RX-4,RX-7 dan dan RX-9 sebelum ini? Sebenarnya ini bukan kali pertama Mazda memfailkan rekaan-rekaan yang mengujakan seperti ini. Sebelum ini Mazda pernah memfailkan paten untuk rekaan hampir seperti ini di Jepun, serta memfailkan paten enjin Wankel Rotary Turbo generasi baharu yang dijangka akan digelar sebagai enjin SkyActiv-R. Malah Mazda turut pernah mendedahkan model konsep yang digelar RX-Vision ketika berlangsungnya Tokyo Motor Show 2015, membayangkan rupa sebuah kereta sport Rotary generasi baharu. Namun hakikatnya dengan keadaan syarikat buat masa sekarang, Mazda mengakui ia masih belum mampu untuk menghasilkan kereta sport dengan enjin Rotary kerana pelaburan yang perlu dikeluarkan sangat tinggi dan ia tidak boleh dijual dalam jumlah yang banyak seperti model-model penumpang biasa. Penolong pengurus divisi pembangunan rangkaian kuasa Mazda, Yoshiaki Noguchi dalam laporan Autocar Januari lalu menyatakan bahawa jurutera-jurutera Mazda masih ‘mengidam’ untuk menghasilkan kereta sport Rotary, tetapi sekarang bukan masanya. “Apabila situasi syarikat lebih baik [berkaitan dengan melengkapkan pelancaran model-model elektriknya], kami boleh fikirkan impian tersebut sekali lagi,” katanya. Awal tahun ini Mazda telah memperkenalkan semula enjin Wankel Rotary pada model produksinya. Namun enjin generasi baharu yang dikenali dengan kod 8C, menampilkan hanya satu rotor berkapasiti 830 cc tersebut hanyalah sebagai enjin penambah jarak pada crossover hibrid PHEV Mazda MX-30 R-EV. Enjin rotary 8c itu berfungsi hanya untuk mengecas bateri lithium ion seperti tugas “generator pasar malam”, manakala MX-30 R-EV tersebut bergerak sepenuhnya dipacu motor elektrik. Namun menerusi enjin berkenaan, Mazda telah membuat pelbagai pembaharuan termasuk memberikan sistem suntikan bahan api terus, menggunakan bahan aluminium untuk binaan perumah rotor serta apex seal pada setiap bucu rotor direka lebih tebal dengan ukuran 2.5 mm bagi mengatasi masalah apex seal yang selalu ‘bocor’ pada enjin-enjin rotary sebelum ini. Jadi untuk masa terdekat, Mazda mungkin tidak akan muncul dengan model produksi kereta sport yang dipacu oleh enjin Wankel Rotary. Walau bagaimanapun, impian jurutera-jurutera Mazda untuk menghasilkan model sedemikian tidak pernah luntur seperti yang disebut oleh Noguchi. Sebab itulah Mazda akan terus membuat penambahbaikkan pada enjin Wankel Rotary tersebut apabila berpeluang, dan sentiasa menghasilkan pelbagai paten supaya apabila “tiba masanya” nanti, idea-idea tersebut boleh terus dipakai tanpa bermula dari awal.
Polis memperhebatkan Op Khas Motosikal Berkuasa Tinggi di seluruh negara – kerjasama JPJ, AADK
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan memperhebatkan lagi operasi khas ke atas motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara. Menurut Timbalan Pengarah JSPT, Deputi Komisioner Mohd Nasri Omar, pihaknya mengambil maklum mengenai aktiviti penunggang motosikal berkuasa tinggi yang sering menunggang pada kelajuan tinggi. Dalam masa yang sama, pelbagai kesalahan lalu lintas lain turut akan dikesan dalam operasi berkenaan, laporan Sinar Harian. “Sebagai langkah pencegahan, JSPT akan mengadakan Op Khas Motosikal Berkuasa Tinggi di seluruh negara yang mana tumpuan akan diberikan kepada penunggang yang melakukan kesalahan lalu lintas. “Umum mengetahui motosikal menjadi penyumbang tertinggi kemalangan jalan raya iaitu lebih 55 peratus berbanding kenderaan lain,” katanya sambil menambah pihaknya sentiasa memberi penekanan terhadap penunggang motosikal terutamanya melibatkan motosikal berkuasa tinggi dengan mengadakan Op Khas ini. Jelasnya, mereka yang terlibat dengan kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya boleh dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit salah boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000. “Semua pemilik motosikal berkuasa tinggi dinasihati supaya sentiasa berhemah di jalan raya, mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan. Tindakan lain juga boleh diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” ujarnya. Tambah Mohd Nasri, pelaksanaan OP Khas ini juga turut disertai oleh agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Audi Q8 e-tron 2023 EV kini di M’sia — versi advanced 50 quattro, 95 kWh, jarak 410 km, dari RM369k
Tiga bulan selepas mula dibuka untuk tempahan di sini, Audi Q8 e-tron 2023 akhirnya tiba di Malaysia. EV berkenaan didatangkan dalam spesifikasi “advanced 50 quattro” oleh pengedar rasminya PHS Automotive Malaysia (PHSAM), dengan harga bermula RM369,000 hingga RM379,000. Audi Q8 e-tron advanced 50 quattro dikuasakan oleh sepasang motor elektrik yang membekalkan sebanyak 340 PS (250 kW) kuasa dalam mod boost, serta 664 Nm tork. Kotak gearnya mengguerakan semua empat roda, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa enam saat. Laju maksimum ialah 200 km/j. Motor elektrik berkenaan menerima kuasa daripada bateri lithium-ion dengan kapasiti 95 kWh (89 kWh boleh diguna). Jarak perjalanan yang dinyatakan untuk EV ini ialah 410 km dengan kitaran WLTP dan kadar penggunaan tenaganya didakwa 24.0 kWh bagi 100 km digabungkan. Q8 e-tron merupakan SUV bersaiz besar, dengan ukuran dimensi 4,915 mm panjang dan 1,937 mm lebar, dengan jarak antara roda 2,928 mm. Model ini bersaing antara lain dengan model BMW iX, yang 38 mm lebih panjang dan 30 mm lebih lebar, dan jarak antara roda 72 mm lebih panjang. iX di yang dijual di sini, xDrive 40, memberikan 322 hp, 630 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.1 saat dengan jarak 425 km. Unit yang dilihat ini menggunakan rim 20-inci Graphite Gray dengan lima jejari serta suspensi udara adaptif. Kelangkapan luaran lain termasuk lampu LED, lampu belakang gabungan LED, bantuan lampu tinggi dan pek penggayaan hitam berkilat. Di dalam, kerusinya menerima balutan kulit mono.pur 550, papan pemuka juga balutan kulit buatan, butang hitam berkilat dan perincian ala aluminium. Ia juga datang dengan kokpit maya Audi plus, Audi connect untuk tunjuk arah dan infotainmen, antaramuka telefon pintar Audi, lampu kotak telefon Audi dan MMI Navigastion plus dengan maklum balas MMI. Kereta ini juga hadir dengan pengecas AC 11 kW. Ciri lain termasuklah kerusi larasan elektrik dengan kawalan lumbar empat-arah (Memory untuk pemandu), kawalan pendingin empat zon dan pintu belakang automatik. Aspek keselamatan pula lengkap dengan lapan beg udara, Audi pre sense depan dan belakang, kawalan melayar adaptif dengan penghad kelajuan, bantuan kecekapan, bantuan olengan dan belokan, amaran penukaran lorong dan bantuan lintasan trafik di belakang semuanya ada.
Renault Zoe E-Tech dilancar di Malaysia secara rasmi – RM165k-RM179k, langganan bermula RM2.8k sebulan
Selepas mula diprebiu pada Ogos tahun lalu, akhirnya Renault Zoe R-Tech 2023 kini secara rasmi mula dijual pada pasaran Malaysia. Penawarannya di pasaran tempatan oleh TC Euro Cars masih kekal dengan dua varian, bermula varian asas Zoe R110 dijual pada harga RM165,000, dan juga varian tertinggi Zoe R135 dijual pada harga RM179,000. Kesemua angka yang dinyatakan ini adalah harga atas jalan tanpa insuran termasuk waranti selama tiga tahun atau 100,000 km, serta waranti bateri EV diberikan selama lapan tahun atau 160,000 km dengan kapasiti minimum 70 peratus. TC Euro Cars turut menawarkan pakej langganan untun Zoe E-Tech ini dengan pelan bermula 12 hingga 36 bulan. Pelanggan yang berminat untuk melanggan Zoe baharu ini boleh mendapatkan Fixed Plan menerusi platform Renault Subscription. Ada tiga pelan yang ditawarkan iaitu setahun, dua tahun dan tiga tahun dengan kadar bermula RM2,799 sebulan untuk Zoe R110 dan RM2,999 sebulan bagi Zoe R135. Bayaran bulanan yang dikenakan untuk pakej langganan ini adalah termasuk kos insurans, kos servis biasa dan juga kabel Type 2 AC. Menurut TC Euro Cars, proses kelulusan Renault Subscription biasanya mengambil masa selama tiga hari bekerja, sekiranya semua dokumen dan syarat dipenuhi. Kedua-dua varian Zoe baru untuk pasaran Malaysia ini dilengkapi dengan bateri Z.E 50 baharu dengan kapasiti 52 kWh. Ini membolehkan EV kompak berkenaan bergerak sehingga 395 km untuk varian Zoe R110 dan 386 km bagi Zoe R135 (mengikut kitaran WLTP). Dengan pengecas AC dengan sambungan Type 2, bateri Zoe ini boleh penuhkan dari kosong dalam masa tiga jam menggunakan pengecas 22 kW (didakwa paling pantas dalam kelasnya), atau 9.5 jam dengan pengecas 7.4 kW. Pengecas pantas DC juga boleh digunakan (dengan sambungan CCS2), dan pada kadar 50 kW, membolehkan cas dari kosong hingga 80% dicapai dalam masa 70 minit. Kedua-dua varian ini hanya dibekalkan dengan motor elektrik tunggal untuk memacu roda hadapan. Zoe R110 menerima motor yang mampu menghasilkan 110 PS (80 kW) dan tork 225 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 11.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 135 km/j. Manakala Zoe R135 pula diberikan motor berkuasa 135 PS (100 kW) dan 245 Nm, membolehkan ia memecut dari pegun hingga 100 km/j lebih pantas dalam masa 9.5 saat, serta mencatakan kelajuan maksima lebih tinggi iaitu 140 km/j. Zoe baharu ini juga menampilkan fungsi B-mode, membolehkan ia dipandu dengan hanya satu pedal serta membantu penjanaan semula kuasa lebih baik. Mod Eco juga diberikan bagi membantu menjimatkan tenaga dengan mengawal fungsi tertentu kenderaan. Pemandu juga boleh melihat meter Eco yang disediakan untuk memerhatikan penggunaan tenaga. Dalam kabin, Zoe diberikan upholsteri fabrik baharu yang didakwa 100% dari bahan kitar semula menggunakan yarn sisir kasar, pertama dalam industri automotif. Yarn tersebut dibuat daripada tali pinggang keselamatan dan material plastik terbuang, diperolehi dan dikilangkan berdasarkan kepada kitaran prinsip ekonomi didakwa dapat membantu mengurangkan penghasilan CO2 sehingga lebih 60 peratus. Zoe R110 hadir dengan upholsteri fabrik kitar semula jadi berwarna hitam. Sementara Zoe R135 menerima tempat duduk berwarna hitam dengan kombinasi kulit dan fabrik. Upholsteri fabrik kitar semula yang sama turut digunakan pada band horizontal di tengah papan pemuka. Selain itu, material baharu yang lembut turut digunakan pada papan pemuka, sementara butang cruise control yang diletakkan di belakang stereng yang turut menampilkan material kitar semula PET. Zoe baharu ini juga menerima cermin hadapan akustik bagi mengurang impak bunyi bising dari luar. Menurut Renault, konsol tengah pada Zoe baharu ini menawarkan dua kali ganda ruang storan, merangkumi dua tempat meletak botol minuman dan satu ruang untuk pengecasan telefon tanpa wayar. Ruang but pula tidak berubah iaitu 338 liter. Untuk kelengkapan, Zoe R110 datang standard dengan lampu utama, lampu DRL dan lampu belakang LED, rim 16-inci, panel instrumen digital 10 inci, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh Easy Link 9.3-inci (sambungan Android Auto dan Apple CarPlay), enam pembesar suara, balutan fabrik, pendingin hawa automatik, cermin sisi larasan elektrik, e-shifter elektronik, brek parkir automatik, lampu kabin LED sepenuhnya, serta penderia undur. Bagi Zoe R135, ia turut ditambah dengan sistem navigasi yang boleh berfungsi secara offline, soket pengecas USB di tempat duduk belakang, pendingin hawa automatik, cermin pandang belakang elektrokromik, kamera undur, cermin sisi boleh lipat serta penderia parkir hadapan dan belakang. Bagi kelengkapan keselamatan pula, Zoe R110 datang standard dengan empat-beg udara, amaran penukaran lorong (LDW), kawalan kestabilan elektronik (ESC), anti-slip regulation (ASR), ABS, bantuan brek kecemasan (EBA) dan bantuan mula mendaki (HSA). Manakala Zoe R135 diberikan tambahan lampu tinggi adaptif. pemantau titik buta dan dan bantuan parkir bebas tangan (hands-free park assist). Pelanggan boleh memilih Renault Zoe R110 dalam warna badan solid hitam dan putih, manakala Zoe R135 pula boleh dipilih dengan pilihan warna hitam, biru, merah dan ungu. Setiap pembelian Renault Zoe baharu ini dilengkapi dengan kabel 22 kW Type 2, tidak termasuk pengecas boleh alih. Pelanggan yang membeli atau melanggan diberi pilihan memasang pengecas wallbox VESTAL 7 kW pada harga RM6,250 atau wallbox VESTEL 22 kW dengan harga RM6,950 sama ada di rumah atau pejabat mereka. Kos tersebut termasuk kabel sepanjang 15 meter. TC Euro Cars mengesyorkan pelanggan yang berminat untuk membeli atau melanggan Zoe baharu menerusi Renault E-Store bagi memudahkan proses pembelian secara digital. Bagi pelanggan terawal yang menempah, mereka dijangka akan menerima kereta masing-masing pada Jun atau Julai 2023. GALERI: Renault Zoe E-Tech R110
Hati-hati dengan penipuan atas jalan raya – pentingnya pasang dashcam pada kenderaan untuk bukti
Sejak kebelakangan ini kita sudah melihat banyak suspek kes penipuan (scam) atas jalan raya yang melibatkan kemalangan dengan tujuan membuat tuntutan insurans palsu ataupun mungkin mendapatkan pampasan daripada mangsa yang terlibat. Kini, tular satu lagi video yang mencadangkan perkara sama. Dimuat naik melalui akaun CEO OF EXPOSE di Twitter, video itu menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal yang secara tiba-tiba membrek di hadapan kereta yang dikatakan adalah mangsa dalam keadaan ini dan kemudiannya menyebabkan dia dilanggar pula oleh kereta di belakang akibat turut membrek. Tiada kenyataan sebenar daripada mangsa tersebut tetapi kenyataan yang dimuat naik bersama video itu menyatakan ini adalah salah satu cara penipuan kemalangan dan satu lagi kenderaan lain di belakang yang dikatakan bersekongkol dengan penunggang motosikal itu akan turut memberi kenyataan palsu untuk “menjayakan” penipuan mereka. SCAM ACCIDENT ! Modus Operandi : Beberapa orang penunggang motor India akan brake check depan anda, buat anda terlanggar diorang. Kereta belakang (gang mereka), akan jadi saksi keterangan palsu. Pastikan ada dashcam !!! pic.twitter.com/Ef3eiijD1X — CEO OF EXPOSE (@druglordfxdl) May 15, 2023 Tanpa laporan polis dan kenyataan sebenar daripada mereka yang terlibat, sukar untuk kita mengesahkan ini adalah kes penipuan sebenar, tetapi ia masih boleh diambil sebagai pengajaran untuk kita lebih berhati-hati di atas jalan raya. Cara yang paling berguna sudah tentu, jika kenderaan kita dilengkapi dengan kamera (dashcam) di hadapan dan belakang. Apabila terlibat dalam kes-kes mencurigakan seperti ini, rakaman tersebut boleh digunakan untuk membela diri sendiri.
Toyota Yaris Cross 2023 untuk ASEAN muncul di Indonesia – platform DNGA, kembar Perodua D66B?
Seperti yang kami laporkan tempoh hari, ini dia, Toyota Yaris Cross 2023 sudahpun membuat kemunculan sulungnya di Indonesia! Walau bagaimanapun untuk mengelakkan anda keliru, Yaris Cross yang muncul diperkenalkan ini bukanlah model sama seperti Yaris Cross yang kini sedang dijual di pasaran Jepun dan juga Eropah buat masa sekarang, tetapi ia adalah model yang dihasilkan khas untuk pasaran ASEAN. Berbeza dengan Yaris Cross JDM/Eropah yang dibangunkan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), Yaris Cross untuk ASEAN ini diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Untuk lebih spesifik, ia adalah SUV Segmen-B yang menggunakan platform DNGA-B, iaitu varian yang sama digunakan kembar MPV Daihatsu Xenia/Toyota Avanza dan Veloz/Perodua Alza serta Toyota Vios. Platform berkenaan memberikan Yaris Cross ini dimensi panjang 4,310 mm, lebar 1,770 mm, tinggi 1,615 mm dan juga jarak antara roda sejauh 2,620 mm. Toyota turut mengumumkan bahawa model ini mempunyai jarak kelegaan tanah setinggi 260 mm. Untuk memudahkan anda membayangkan saiznya, Yaris Cross ini hanya 20 mm lebih pendek, 30 mm kurang lebar, 6 mm lebih rendah berbanding Proton X50, namun hadir dengan jarak roda 20 mm lebih jauh dari SUV segmen-B dari Proton berkenaan. Manakala berbanding dengan ‘adiknya’ iaitu Toyota Raize/Perodua Ativa, Yaris Cross ini adalah 245 mm lebih panjang, 60 mm lebih lebar, 20 mm lebih rendah, dan jarak roda 95 mm lebih jauh. Dari segi rekaan, Yaris Cross ini seakan Corolla Cross dalam sekala lebih kecil. Pada bahagian muka, ia menerima gril seakan Corolla Cross tetapi diapit dengan lampu hadapan yang lebih nipis dan tajam, menampilkan jalur LED untuk lampu nyalaan siang bina dalam. Pada bahagian sisi, cermin tingkap paling belakang menampilkan garis bawah yang ‘sikat’ ke atas, selari dengan rekaan sisi lampu belakang. Ia juga menerima rel bumbung dan juga panel overfender pada setiap ruang tayar seperti pada Corolla Cross. Manakala di belakang, Yaris Cross nampak lebih sporty dari Corolla Cross dengan menampilkan rekaan lampu dan juga garis-garis yang lebih tajam. Pada bahagian kabin, Yaris Cross ini menerima papan pemuka yang direka fokus kepada pemandu. Ia menampilkan skrin sesentuh besar bersaiz 10.1-inci di atas liang pendingin hawa bahagian tengah untuk sistem infotainmen. Ia juga diberikan paparan instrumen digital bersaiz tujuh-inci untuk pemandu. Perincian lain yang turut diberikan termasuk panel-panel yang dibalut dengan material sentuhan lembut, ruang but yang mampu menampung sehingga empat bagasi besar, bumbung panaromik, lampu suasana kabin, sambungan dan juga pengecas telefon pintar tanpa wayar, tempat duduk larasan kuasa dan juga pintu tailgate elektrik. Ia juga menerima sistem telematik Toyota T intouch, kamera pemantau pandangan panaromik, amaran lintasan trafik belakang dan juga sistem bantuan pemanduan termaju Toyota Safety Sense. Toyota Yaris Cross ini ditawarkan dalam dua pilihan unit rangkaian kuasa iaitu versi petrol penuh dan juga versi hibrid petrol elektrik. Bagi model petrol sepenuhnya, ia dijana oleh enjin 2NR-VE 1.5 liter empat silinder berkuasa 106 PS dan tork maksima 138 Nm. Ini merupakan enjin yang sama boleh kita temui dalam perut Xenia/Avanaza/Velos/Alza, Perodua Myvi facelift serta Toyota Vios. Bagi model hibrid elektrik pula, ia menggandingkan enjin petrol 2NR-VEX 1.5 liter empat silinder yang menghasilkan kuasa 91 PS dan tork maksima 121 Nm, bersama motor elektrik berkuasa 80 PS dan tork maksima 141 Nm. Kedua-dua versi ini hanya memacu roda hadapan menerusi kotak gear CVT automatik. Toyota masih belum mengumumkan spesifikasi penuh untuk Yaris Cross dalam majlis pendedahan global ini. Ia dijangka akan diumumkan bersama harganya kelak apabila ia dilancarkan untuk dijual secara rasmi di sana tidak lama lagi. Adakah Yaris Cross ini akan turut ke Malaysia? Toyota Yaris Cross pasaran ASEAN ini sebelum ini dilaporkan dibangunkan dengan kod projek D03B, dan ia dikhabarkan merupakan kembar kepada SUV yang sedang dibangunkan oleh Perodua dengan kod projek D66B. Jadi tidak mustahil ini merupakan model pertama dari Perodua yang menampilkan teknologi hibrid elektrik (Ativa hybrid yang diperkenalkan dalam program langganan sebelum ini merupakan Daihatsu Rocky sebenar dari Jepun yang diganti dengan logo Perodua). Ia padan dengan beberapa petunjuk sebelum ini di mana D66B dilaporkan dibangunkan menggunakan asas platform DNGA-B dan akan dilancarkan pada tahun hadapan, manakala Presiden dan CEO Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengesahkan bahawa model hibrid pertama Perodua akan dilancarkan pada 2024, dan ia adalah model baharu sepenuhnya, bukan varian atau facelift dari model-model sedia ada.
Honda City facelift 2023 dilihat sedang diuji di M’sia
Honda City facelift 2023 mula dilihat sedang diuji di Malaysia, seperti yang dapat dilihat dalam gambar yang dikongsikan oleh pembaca paultan.org, Mayr Naru, yang merakamnya di Putrajaya. Honda City facelift ini membuat penampilan pertamanya di India pada Mac lalu. Dalam gambar ini, walaupun dikenakan pelekat samaran, bahagian belakangnya masih boleh dilihat dengan agak jelas. Kluster lampu belakang nampak masih sama seperti model semasa. Bahagian bawah bamparnya bagaimanapun memperlihatkan sedikit kelainan, dengan elemen ala diffuser di bahagian bawah tersebut. Kelainan rekaan luaran lain yang turut terlibat ialah palang krom yang lebih nipis serta gril honeycomb di depan, sementara bahagian bawah bampar depannya menerima rekaan baru untuk menempatkan kemasan hitam antara lampu kabus dan bukaan udara di tengahnya. Lampu LED pula bagaimanapun tidak berubah. Kelengkapan yang ada pada City facelift ini ketika pengenalannya ialah panel instrumen TFT warna penuh bersaiz tujuh inci, unit infotainmen skrin sentuh lapan-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, enam beg udara, pengilap automatik, lampu suasana, pengecas tanpa wayar, lapan pembesar suara, pendongin automatik dengan penapis kabin PM2.5, sistem tanpa kunci dan penghidup enjin, sunroof elektrik, penghadang matahari belakang manual dan peninjau tekanan tayar. Sistem janaan kuasa untuk pasaran India pula terdiri daripada unit 1.5 liter i-VTEC NA petrol yang menjana sebanyak 121 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,300 rpm. Ini disertai juga oleh unit 1.5 liter kitaran Atkinsion empat-silinder VTEC DOHC yang menjana 98 PS dan 127 Nm untuk City Hybrid, dan bertindak sebagai generator melalui motor elektrik untuk bateri pacuan hibrid, yang membekalkan kuasa kepada motor elektrik lain untuk bergerak, dengan kuasa 109 PS dan 253 Nm.
Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Thailand – bermula RM73k, rupa lebih lembut, masih 1.0L Turbo
Selepas muncul di Amerika Syarikat pada Oktober tahun lalu, Nissan Almera N18 dalam versi facelift terbaharu sudah pun sampai ke rantau ASEAN – seperti biasa, ia terlebih dahulu dilancarkan di pasaran Thailand. Penyegaran kali ini melibatkan sedikit perubahan dari segi rupa dan juga sedikit peningkatan dibuat pada perincian. Di Thailand, Almera 2023 ini ditawarkan dalam empat varian, bermula dengan varian asas Almera E dijual pada harga THB 549,000 (RM72,861), sehingga varian paling lengkap Almera VL dijual pada harga THB 699,000 (RM92,952). Seperti yang anda boleh lihat, perubahan paling ketara adalah dengan ‘pembedahan plastik’ yang dibuat pada muka. Lampu LED utama dengan jalur lampu nyalaan yang tajam dari versi sebelumnya masih dikekalkan, namun gril V-Motion dengan elemen sarang lebah ala-GT-R R35 sebelum ini telah diganti dengan rekaan V-Motion baharu yang lebih mirip gril MPV Nissan Serena C28. Berbanding bahagian tengah yang yang lebih sibuk, bahagian sisi bampar baharu ini pula direka dengan permukaan lebih ringkas berbanding sebelumnya. Lampu kabus yang melintang pada sebelah bawah nampak seakan sama dengan unit dari versi sebelum facelift. Walau bagaimanapun, rekaan pada sebelah sisi dan belakang nampaknya masih lagi sama termasuk unit rim aloi 15-inci, grafik lampu belakang dan juga rupa untuk kemasan diffuser pada bawah bampar. Secara keseluruhan rekaan baharu ini menjadikan rupa Almera N18 berkenaan lebih elegen dan ‘lembut’, kurang imej garang pada versi sebelum facelift. Seiring dengan rupanya, kini tiada lagi warna Monarch Orange ditawarkan, dan ia digantikan dengan warna hero baharu Gray Sky Pearl. Pembeli turut ditawarkan dengan pilihan tema dua-tona untuk warna terpilih yang memberikan warna hitam berkilat pada bumbung. Juga tiada sebarang perubahan besar dalam dilihat pada sebelah kabin di mana Almera masih diberikan rupa yang sama pada papan pemuka dan bahagian lain, kecuali kemasan-kemasan berwarna krim sebelum ini telah diubah dengan warna biru. Walau bagaimanapun, Almera facelift ini menerima lebih banyak menerima perubahan pada perincian. Ia kini sudahpun ditawarkan dengan servis terhubung NissanConnect – ia datang dengan aplikasi yang membolehkan pelbagai fungsi boleh dibuat secara kawalan jauh seperti kunci pintu, penghidup enjin, hon, lampu dan juga fungsi Car Finder bagi membantu pemilik mengetahui di mana kereta mereka. Ia juga datang dengan pengecas telefon pintar tanpa wayar serta sistem infotainmen NissanConnect menampilkan skrin lapan-inci, memberikan hubungan Apple CarPlay dan Android Auto, arahan suara, serta sistem navigasi menggunakan Google Maps. Almera facelift pasaran Thai ini juga diberikan tempat duduk premium ‘Quore Modure’ yang tidak menyerap atau memantulkan haba bagi memberikan lebih keselesaan. Untuk keselamatan, model ini menerima sistem keselamatan asas seperti Kawalan Dinamik Kenderaan, sistem brek ABS, EBD dan BA, bantuan mula mendaki, dan juga enam beg udara. Sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Nissan 360 Safety Shield juga ditawarkan, datang dengan fungsi seperti amaran lintasan trafik belakang, pengesan objek bergerak, amaran pelanggaran pintar hadapan, amaran titik buta, pemantau sekeliling pintar, bantuan lampu tinggi dan juga amaran keluar laluan. Tiada perubahan dibuat pada aspek mekanikal Almera facelift 2023 ini. Ia masih dijana oleh enjin HRA0 (dikenali dengan kod HR10DET di Malaysia) 1.0 liter tiga-silinder turbo yang menghasilkan 100 PS dan tork maksima 153 Nm, digandingkan dengan kotak gear CVT bagi memacu roda hadapan. Almera facelift 2023 ini diberikan pelbagai aksesori asli yang terdiri dari Iconic Package, Ignite Package dan Ultimate Package. Pelanggan yang memilih Iconic pakej akan menerima gril hadapan berwarna hitam, antena sirip yu pada bumbung, set pedal aloi, karpet lantai, dan kick plate. Manakala Ignite Package pula datang dengan lips pada bampar hadapan dan belakang, skirt sisi, dan juga spoiler ekor itik berwarna hitam berkilat. Bagi pembeli yang memilih Ultimate Package pula akan menerima semua perincian pada Iconic dan Ignite Package. Bagi Malaysia, Almera N18 ini mula dijual secara rasmi pada pasaran tempatan pada lewat 2020, iaitu sekitar setahun ia muncul di Thailand. Jadi mungkin kita akan ‘merasa’ Almera facelift ini hanya pada tahun hadapan? Apa pun anda boleh baca dahulu laporan pandu uji untuk Almera N18 sedia ada pada PAUTAN INI. GALERI: Nissan Almera N18 facelift 2023 pasaran Thailand GALERI: Aksesori asli Nissan Almera N18 facelift 2023 pasaran Thailand
Lexus RX 2023 muncul dalam iklan, tiba tak lama lagi?
Lexus Malaysia telah memuat naik teaser bagi model Lexus RX 2023 di laman Facebook mereka. RX generasi kelima itu didedahkan di peringkat global pada Jun 2022, dan menampilkan barisan enjin yang pelbagai, dengan semuanya unit empat-silinder ketika ini. Empat varian enjin yang ditawarkan semuanya: model paling asas RX350 dengan unit 2.4 turbo T24A-FTS yang menghasilkan 279 PS (275 hp) dan 430 Nm. Ini disertai pula oleh tiga varian hibrid — RX350h, RX450h+ dan RX500h F Sport Performance. RX350h menggunakan unit A25A-FXS 2.5 liter NA (190 PS dan 239 Nm) dengan sistem hibrid selari bersama bateri 1.6 kWh dan eCVT. Gabungan output RX 350h ialah 249 PS (246 hp) dan 316 Nm, dengan pacuan roda depan atau pacuan semua roda (E-Four). RX 450h+ plug-in hybrid pula menggunakan enjin A25A-FXS 2.5 liter NA empat-silinder, e-CVT dan 18.1 kWh lithium-ion dengan motor elektrik depan (182 PS/180 hp/134 kW) dan belakang (54 PS/54 hp/40 kW). Sistem ini menghasilkan output 309 PS (304 hp). RX500h yang paling tinggi pula memanfaatkan eAxle (motor elektrik belakang) dengan unit T24A-FTS 2.4 liter turbocas empat-silinder petrol. Dengan sistem hibrid selarinya snediri, ia dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan dan bukannya eCVT seperti yang lain. Enjin menggerakkan roda depan sementara motor elektrik menggerakkan roda belakang, menjadikannya sistem pacuan semua roda dengan output keseluruhan 373 PS (367 hp) dan 550 Nm tork. Di Thailand, hanya RX450h+ ditawarkan, dengan sistem plug-in hybrid dan enjin 2.5 liter NA. Ada dua varian di sana, iaitu Luxury AWD dengan harga 4.64 juta baht (sekitar RM602k) dan Premium AWD dengan harga 5.09 juta baht (sekitar RM661k). Lexus RX di Malaysia ketika ini ditawarkan dari RM429,888 bagi RX300 Premium hinggalah ke RM470,888 bagi RX300 F Sport. Varian mana agaknya RX generasi kelima ini akan tiba di Malaysia? Decades of well-deserved prestige foreshadows the absolute luxury that is to come. Start the countdown. Incomparable refinement is on its way. Posted by Lexus Malaysia on Sunday, 14 May 2023
Great Wall Motor Malaysia buka pusat pameran 4S di Subang Jaya, diuruskan oleh Superhub Auto Services
Great Wall Motor Malaysia telah membuka sebuah pusat pameran 4S dengan kerjasama Superhub Auto Services di sebuah tanah seluas tiga ekar di USJ 1 Subang Jaya, dengan menyediakan pelbagai khidmat untuk jenama di bawah GWM, termasuk Ora, Haval dan Cannon. Tapak pameran kereta di pusat pameran ini mempunyai keluasan 10,000 kaki persegi, dan di situ juga terdapat ruang rehat yang luas untuk pelanggan. Turut tersedia adalah bahagian mengetuk kenderaan, cat serta tujuh ruang servis. “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan pusat 4S dengan dewan pengalaman menyeluruh ini di USJ, dan ia merupakan satu bukti komitmen kami untuk memberikan servis cemerlang serta kepuasan kepada pelanggan,” kata pengarah urusan GWM Malaysia, Mike Cui. Pusat 4S GWM ini terletak di alamat Lot 61711, Plot A, Persiaran Subang Indah Kawasan Perindustrian Subang USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor, dan dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Kerajaan mungkin sambung konsesi tol lebuhraya sehingga 30 tahun separa kedua tahun ini – laporan
Bagi mengelakkan sebarang kenaikan tol, kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk menyambung tempoh konsesi pengendali lebuhraya di Semenanjung Malaysia sehingga 30 tahun, lapor MalayMail yang memetik laporan The Edge. Laporan tersebut memetik sumber yang tidak dinamakan menyatakan bahawa sekiranya cadangan itu mendapat kelulusan kabinet, ia akan diumumkan pada separa kedua tahun ini. “Saya diberitahu bahawa kerajaan sedang melihat untuk menaikkan tempoh sehingga 30 tahun untuk semua pemegang konsesi,” kata sumber tersebut kepada The Edge. “Ia mungkin akan diumumkan pada separa kedua tahun ini,” katanya lagi dan menambah kerajaan telah memaklumkan kepada beberapa pengendali lebuh raya tentang kemungkinan lanjutan tempoh konsesi itu. Satu lagi sumber yang rapat dengan syarikat konsesi mengaitkan tempoh konsesi yang mungkin akan dilanjutkan ini adalah kerana bagi mengelakkan sebarang kenaikan tol dalam masa yang sama untuk mengelak kerajaan dari membayar pampasan kepada pengendali-pengendali lebuhraya berkenaan. Manakala sumber ketiga pula memberitahu bahawa dengan tempoh konsesi yang lebih panjang membolehkan kadar bayaran tol dapat diturunkan. “Pemilik-pemilik lebuhraya mungkin perlu mengurangkan kadar tol sebagai pertukaran bagi tempoh konsesi yang lebih lama,” kata sumber tersebut. Satu lagi sumber pula mendakwa perjanjian untuk memanjangkan tempoh konsesi ini kini sedang dalam semakan kerajaan. “Rancangan untuk melanjutkan perjanjian konsesi untuk pengusaha lebuh raya sedang dikaji semula. Bagaimanapun, ia masih memerlukan kelulusan Kabinet,” kata sumber berkenaan. Pada 2020, kerajaan melalui Kementerian Kewangan yang ketika itu diterajui oleh Lim Guan Eng telah mengumumkan penurunan kadar tol sebanyak 18 peratus untuk lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad bermula 1 Februari tahun itu, dan ia kekal sehingga 2058. Ia dibuat dengan cara melanjutkan tempoh konsesi tol untuk tempoh tambahan 20 tahun lagi, menjadikan tempoh konsesi yang sepatutnya tamat pada 2038 kepada 2058.
JPJ eBid: Siri QRT dan QM_N bakal dibuka bidaan
Kali ini dua siri nombor pendaftaran terkini dari Sarawak bakal dibuka untuk bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), siri pertama, QRT, bakal dibuka bidaan mulai 13 Mei 2023. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 17 Mei. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 18 Mei 2023. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel. Manakala siri kedua pula, QM_N, bakal dibuka bidaan mulai 18 Mei 2023. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 22 Mei, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 23 Mei 2023. Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.
140 kes kemalangan maut dengan 146 kematian direkodkan dalam Op Selamat 20 sempena Aidilfitri
Sepanjang Op Selamat 20 yang dilaksanakan dari 20 hingga 27 April 2023 sempena Aidilfitri, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 140 kes kemalangan maut dengan 146 kematian. Ia menunjukkan peningkatan berbanding 139 kes kemalangan maut dengan 145 kematian pada Op Selamat 18 yang dilaksanakan sempena Aidilfitri tahun lalu. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, penunggang dan pembonceng motosikal menjadi penyumbang tertinggi angka kemalangan maut dengan 94 kematian, laporan Berita Harian. “Penunggang dan pembonceng motosikal kekal penyumbang utama bagi kes kematian sepanjang Op Selamat kali ini dengan 94 kematian. Ia menunjukkan peningkatan sembilan kematian berbanding 85 kematian yang dicatatkan semasa kempen Op Selamat 18 tahun lalu,” katanya. Beliau turut berkata, terbabas sendiri menjadi punca kemalangan iaitu sebanyak 44 kes, diikuti faktor memasuki laluan bertentangan sebanyak 20 kes serta keletihan atau mengantuk sebanyak 20 kes yang berlaku sepanjang Op Selamat 20 berkenaan.
BMW Motorrad R12 nineT bakal tiba hujung tahun ini
BMW Motorrad telah mendedahkan perincian awal untuk R12 nineT, yang akan dilancarkan secara rasmi hujung tahun ini sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun BMW Motorrad yang ke-100. Model ini juga akan menggantikan R nineT sedia ada sekarang, yang mana diperkenalkan buat pertama kali 10 tahun lepas. Hanya beberapa perincian asas disiarkan untuk R12 nineT ini, dengan antaranya termasuk penggunaan enjin boxer air/oil cooled, serta kapasiti yang berkait dengan nombor 12 pada nama model ini. Pada R nineT sekarang, ia menggunakan enjin boxer 1,170 cc yang mampu menghasilkan kuasa 109 hp dan tork 116 Nm. Tangki R12 nineT ini telah diubah, dengan mengambil inspirasi daripada tangki model boxer klasik BMW pada tahun 1970-an, dan salur udara luar pada bahagian tepi tangki kini sudah tiada. Pada bahagian tepi motosikal, bahagian yang sebelum ini kosong diletakkan dengan satu panel, juga seperti model klasik 70-an. Perubahan rekaan lain yang dibuat adalah termasuk mudguard hadapan baru dan lampu utama LED dengan panel perumah berwarna krom dan kemasan hitam di dalamnya, sementara panel instrumen analog/LCD berbentuk dua bulat masih dikekalkan. Paparan pada meter ini telah diubah dan mempunyai logo R12 di dalamnya. Menurut BMW lagi, model ini direka supaya mudah untuk diubah suai, sementara kelengkapan lainnya adalah termasuk fork USD di hadapan, suspensi belakang paralever, kerangka belakang yang boleh dicabut, ekzos di sebelah kiri, angkup brek hadapan monobloc empat piston dan pilihan pelbagai aksesori tambahan. BMW R 12 nineT BMW R 12 nineT BMW R 12 nineT BMW R 12 nineT BMW R 12 nineT BMW R 12 nineT BMW R 12 nineT BMW R 12 nineT BMW R 12 nineT BMW R 12 nineT BMW R 12 nineT BMW R 12 nineT
Toyota Yaris GR Sport 2023 dilancarkan di Indonesia – tema warna & grafik baharu, skrin 9-inci, ada MT & CVT
Selepas Thailand dan Malaysia, kini Indonesia juga telah mengemaskini hatchback segmen-B Toyota Yaris dalam versi 2023, yang memberikan sedikit perubahan perincian bahagian luaran dan dalaman untuk model yang sudahpun berada sekitar sembilan tahun dalam pasaran ini. Sama seperti sebelum ini, Yaris di Indonesia hanya tampil dalam versi GR Sport, tetapi dibahagikan kepada tiga spesifikasi berbeza. Ia bermula dengan varian paling murah Yaris GR Sport MT berharga RP326,100,000 (RM99k), Yaris GR Sport CVT 3AB berharga RP338,200,000 (RM102k) dan juga Yaris GR Sport CVT 7AB berharga RP345,000,000 (RM105k). Pada sebelah luar, Yaris pasaran Indonesia ini masih tidak menerima muka hammerhead seperti Yaris facelift 2023 pasaran Thailand dan juga Vios facelift 2023 pasaran Vietnam. Ketiga-tiga varian Yaris GR Sport 2023 pasaran Indonesia ini menerima perincian yang sama, tanpa perubahan pada kit badan dilihat. Apa yang berbeza cuma bahagian gril, cermin sisi, spoiler belakang dan juga set rim 16-inci (dengan tayar 195/50R16) kini hadir dalam kemasan hitam. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna badan tunggal iaitu Super White II, Attitude Black Mica dan Gray Mica, serta tiga pilihan warna badan dua tona (bumbung hitam) iaitu Super White II dan hitam, Red Mica Metallic dan hitam serta Citrus Mica Metallic dan hitam. Manakala pada bahagian bawah sisi ia kini menerima pelekat grafik dengan tema livery perlumbaan merah-hitam rasmi Toyota Gazoo Racing. Logo GR masih lagi dipadankan pada bampar hadapan dan juga di pintu tailgate belakang. Walaupun perubahan ini dilihat hanya bermain dengan tema warna, ia dilihat berjaya menaikkan imej lebih agresif pada Yaris GR Sport 2023 ini. Pada bahagian dalam pula, Yaris GR Sport ini dilihat menampilkan lebih banyak kemasan hitam berbanding sebelumnya. Yaris GR Sport MT dan 3AB CVT diberikan upholsteri separa kulit, manakala model 7AB CVT diberikan kulit penuh pada tempat duduk yang kini berwarna hitam sepenuhnya, serta disulam dengan logo GR pada perehat kepala. Manakala skrin tujuh-inci untuk sistem infotainmen sebelum ini telah digantikan dengan skrin sembilan-inci yang lebih besar. Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto masih diberikan, dan ia kini turut memberikan visual pemantau panaromik 360-darjah. Model dengan kotak gear CVT turut diberikan pedal penukar gear. Selain itu, logo GR kini turut boleh dilihat pada roda stereng dan juga karpet kaki. Untuk keselamatan, Yaris GR Sport di Indonesia ini hanya menerima sistem asas seperti VSC, bantuan mula-mendaki, ABS dengan EBD dan bantuan brek, dan cagak Isofix untuk kerusi keselamatan kanak-kanak. Model MT dan CVT 3AB hanya diberikan tiga beg udara, manakala varian 7AB hadir dengan tujuh-beg udara. Jadi dari segi kelengkapan, model pasaran Malaysia dilihat lebih lengkap kerana ia turut dipadankan standard dengan pakej bantuan pemanduan Toyota Safety Sense (TSS) menampilkan sistem seperti sistem pra-pelanggaran (PCS) dengan brek kecemasan automatik, amaran keluar laluan (LDA), pemantau titik buta dengan amaran lintasan trafik belakang. Tiada perubahann langsung dibuat pada aspek mekanikal, di mana Yaris GR Sport 2023 ini masih digerakkan dengan enjin Dual VVT-i 2NR-FE 1.5 liter empat silinder berkuasa 107 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 140 Nm pada takat 4,200 rpm. Bergantung pada varian, ia digandingkan dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau CVT automatik yang diberikan mod manual dengan tujuh-kelajuan maya.
JPJ sasar RM5b tahun ini hasil inisiatif pendigitalan
Untuk perolehan tahun 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan lebih RM5 bilion hasil pelaksanaan inisiatif pendigitalan. Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, tahun lalu kutipan hasil JPJ berjumlah RM4.92 bilion dan 64.5% perolehan disumbang melalui pembayaran cukai jalan dan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), laporan Bernama. “Kutipan hasil JPJ adalah antara tertinggi negara selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalau ikut statistik tahun lepas, kita berjaya kutip purata RM11 juta sehari,” katanya kepada pemberita semalam. Beliau turut berkata, inisiatif pendigitalan yang dilancarkan baru-baru ini memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan JPJ tanpa hadir ke pejabat. Menerusi 201 buah Kios JPJ di seluruh negara, ia telah mengutip hasil sebanyak RM120.7 juta menerusi perkhidmatan tersebut.
MOT sedang kaji struktur baharu cukai jalan bagi kenderaan elektrik – akan didedahkan hujung 2023
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengesahkan pihaknya sedang meneliti dan merangka struktur baharu cukai jalan bagi kenderaan elektrik (EV). Katanya, pengumuman mengenai struktur baharu itu dijangka diumumkan hujung tahun ini, selain diberikan perhatian utama dalam inti pati Belanjawan 2024 bagi kementerian tersebut. Selain itu, jelasnya, penstrukturan baharu cukai jalan kenderaan berkenaan penting kerana kerajaan terdahulu hanya memberikan pengecualian cukai jalan EV sehingga tempoh 2025, laporan Bernama. “Rata-rata pengguna bimbang dengan struktur cukai jalan bagi EV kerana kalau kita ikut formula lama (cukai jalan EV) impak kosnya tinggi dan boleh mencecah RM4,000 hingga RM5,000 setahun. Cukai jalan EV di Malaysia – klik untuk besarkan “Saya sudah arahkan pegawai-pegawai di MOT bagi untuk meneliti hal ini hasil maklum balas syarikat penyedia EV dan pengguna. Ini juga usaha kita untuk menggalakkan peralihan kepada penggunaan kenderaan itu,” katanya. Tambah beliau lagi, dasar mengenai penggunaan EV perlu jelas agar usaha kepada pertukaran mod pengangkutan yang lebih mampan dapat dilakukan. “Usaha itu selaras dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon yang menyasarkan negara mencapai 15% penggunaan EV dan kenderaan hibrid pada tahun ini dengan penyediaan 10,000 unit fasiliti pengecasan menjelang 2025,”katanya lagi.
Program kesetiaan Caltex Rewards dilancarkan
Chevron Malaysia Limited yang bertanggungjawab dalam mengendalikan perniagaan runcit stesen minyak Caltex di Malaysia telah pun melancarkan program kesetiaan Caltex Rewards. Penyertaan menerusi aplikasi CaltexGO, Caltex Rewards memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk mengisi minyak, membuat pembayaran, mengumpul mata ganjaran dan menebus nilainya dengan pelbagai hadiah menarik dalam transaksi yang sama. Program kesetiaan ini boleh digunakan di semua stesen minyak Caltex di Malaysia. Menurut Dean Gilbert, selaku Pengerusi Chevron Malaysia Limited, “Bagi pemandu kenderaan di Malaysia, kehadiran mereka secara kerap di stesen minyak adalah tugas rutin. Caltex Rewards menawarkan ganjaran untuk setiap kali anda mengisi minyak tanpa mengira jumlah tersebut. Sama ada anda mengisi mintak dengan nilai RM5 atau RM105, anda tetap menerima ganjaran dan boleh menebus mata ganjaran yang diperoleh dengan segera.” Menerusi Caltex Rewards ini, pelanggan yang pertama kali mendaftarnya bakal menerima 500 mata ganjaran bernilai RM5, boleh menebus nilai 100 mata ganjaran untuk mendapatkan RM1, dan juga bakal menerima 500 mata ganjaran pada hari ulangtahun kelahiran. Manakala setiap pengisian satu liter minyak, pelanggan akan menerima dua mata ganjaran dan jika ia dikumpul sehingga mencapai jumlah tertentu, boleh menebus mata ganjaran tersebut untuk mengisi minyak secara percuma. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati mata ganjaran khas dengan rakan kongsi Caltex terpilih termasuk FamilyMart, pasaraya Lotus dan juga Grab. Untuk menyertai program kesetiaan Caltex Rewards ini, anda boleh muat turun aplikasi CaltexGO menerusi App Store dan Google PlayStore.
Lexus RX 2023 didedah di Malaysia – tempahan dibuka bermula 17 Mei; varian RX 350 Luxury, harga RM469k
Lexus Malaysia hari ini memperkenalkan SUV terlaris keluarannya, RX generasi kelima untuk pasaran tempatan, dan akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Ia akan dijual pada harga RM468,888. Dengan itu, tempahan untuk model terbabit juga mula di buka di seluruh bilik pameran Lexus seluruh negara bermula 17 Mei 2023. Hanya ada satu varian akan dijual buat masa sekarang, iaitu RX 350 Luxury AWD. Model ini menggunakan Enjin 2.4 liter empat-silinder turbocas yang digandingkan bersama transmisi automatik lapan-kelajuan Direct Shift-8AT. Enjin ini menjana sebanyak 279 PS pada 6,000 rpm dan 430 Nm dari 1,700-3,600 Nm. Ia dibangun menggunakan platform GA-K, dan kini lebih lebar 25 mm dengan jarak antara roda yang juga lebih panjang sebanyak 60 mm, memberikannya imej yang lebih dinamik serta ruang lebih besar di dalam kabin. RX 350 Luxury 2023 serba baru ini hadir dengan wajah depan yang menonjol dan berbeza daripada yang lama. Ia hadir dengan rekaan badan spindle yang meluahkan identiti baru. Ia tidak sekadar menyerlahkan garis lengkung dan keseimbangan rekaan model ini semata-mata, tetapi turut membawakan fungsi dan prestasi dinamik untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih jitu. Gril baharu yang lebih halus dan bersahaja merupakan evolusi kepada RX, membawa penampilan sporty yang lebih kuat. Bucu hud depan juga dinaikkan, sementara bucu tingkap belakang direndahkan, menjadikan postur melintangnya lebih rendah dan rekaan luarannya lebih unik. Di dalam, luahan menawan bahagian luaran diteruskan lagi dengan rekaan kabin yang menggunakan konsep Tazuna yang lebih memberi tumpuan kepada manusia. Direka untuk menjadi kokpit yang mengutamakan pemandu, rekaan yang ditampilkan memberi hubungan yang lebih rapat antara kenderaan dan pemandu untuk pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan. Paparan 14-inci di tengah boleh disesuaikan dengan beberapa fungsi yang disepadukan ke dalam suis lembut. Kesan daripada semua ini adalah sebuah persekitaran yang model, jelas dan merangkum yang menjadikan pengelaman pemanduan RX lebih dinamik dan mudah. Untuk kemudahan penumpang, SUV ini turut dilengkapi dengan pengecas Qi tanpa wayar, 3 slot USB-C dan satu slot USB-A di depan, serta dua lagi slot USB-C di belakang. Untuk sistem bunyi, ia dilengkapi dengan Lexus Premium Sound System dengan 12 pembesar suara. Ruang kabin juga luas dengan 612 liter kapasiti. Dari aspek keselamatan, RX generasi baru ini menampilkan Lexus Safety System+ (LSS+) dalam versi baru yang dipertingkatkan. Ia kini menampilkan Panoramic View Monitor digital dengan pandangan 360-darjah kenderaan serta Rear Traffic Cross Alert, untuk membantu pemandu keluar dari ruang parkir yang sempit. Sebagai tambahan, RX 2023 ini turut dilengkapi dengan sistem E-latch untuk kedua-dua bahagian dalam dan luar pemegang pintunya. Sistem kawalan elektrik ini tidak hanya menjadikan operasi pintu lebih lancar, tetapi turut menghindarkan perlanggaran ketika penumpang ingin keluar dari kenderaan. Ketika memasuki kenderaan, pintu boleh dibuka dengan cara memegang pemegang tersebut dan menekan suis di belakangnya. Di dalam, pintu boleh dibuka dengan meletakkan tangan di pemegang perehat tangan dan menekan suis pembuka pintu dengan ibu jari. Seperti model-model Lexus yang lain, pembelian RX 350 Luxury AWD ini juga datang dengan perlindungan waranti pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan. Jadi sekiranya anda berminat dengan Lexus RX generasi baharu ini, jangan lupa untuk mana-mana bilik pameran Lexus esok untuk membuat tempahan terawal!
Tiket KTM ETS, tren Intercity untuk perjalanan Julai-Dis kini dibuka dalam talian – lebih awal, lebih murah
KTM Berhad telah mengumumkan tiket bagi perkhidmatan tren ETS dan KTM Intercity bagi separuh kedua tahun 2023 kini telah pun dibuka. Ia adalah bagi perjalanan dalam tempoh antara 1 Julai hingga 31 Disember 2023. Pengendali pengangkutan rel itu berkata, pengguna boleh membeli tiket menerusi aplikasi KTMB Mobile atau laman web rasmi KTM, dan pembayaran secara elektronik. Jadual tren bagi separuh kedua 2023 untuk ETS dan KTM Intercity adalah lebih kurang sama dengan jadual semasa dan ia boleh disemak menerusi dalam talian atau aplikasi MyRailtime. Dalam masa yang sama, KTMB turut manganjurkan kempen Travel Sama-Sama dan ini memberi peluang kepada para pengguna untuk menikmati diskaun sebanyak 25% dengan masukkan kod promo mengikut bulan perjalanan anda. Minimum empat orang dalam satu transaksi pembelian, mengikut terma dan syarat. Dengan membeli tiket lebih awal, anda juga berpeluang menikmati kadar tambang yang lebih fleksi dan menjimatkan. Jadi, rancang perjalanan anda terutamanya jika tarikh berkenaan melibatkan musim cuti persekolahan mahu pun perayaan.
GWM Cannon P12 dan P11 – spesifikasi awal model pasaran Malaysia didedah, enjin 2.0 diesel turbo, 8AT
Sebagai tambahan kepada Haval H6, Great Wall Motor Malaysia juga telah mengeluarkan spesifikasi awal untuk trak pikap GWM Cannon yang akan masuk ke negara kita tahun ini. Model ini akan ditawarkan dalam dua versi dual-cab, termasuk P12 yang lebih memberi fokus kepada penumpang, manakala P11 lebih kepada tujuan komersial. P12 dan P11 berkongsi ruang kargo belakang yang sama, berukuran 1,520 mm panjang, 1,520 mm lebar dan 540 mm tinggi. Begitu juga dengan jarak roda, iaitu 3,230 mm, tetapi ukuran badan antara keduanya adalah berbeza. Melihat kepada lembaran spesifikasi, P12 mencatat ukuran panjang 5,410 mm, lebar 1,934 mm dan tinggi 1,886 mm, manakala P11 mencatat panjang 5,425 mm, lebar 1,883 mm dan tinggi 1,882 mm. Anda boleh membezakan antara dua versi ini melalui bahagian hadapannya, di mana P12 mempunyai banyak kemasan krom pada gril serta lampu yang khas untuknya. Sementara itu, gril P11 pula lebih biasa, dan bahagian dalamnya menampilkan rekaan berbentuk berlian di sekeliling logo besar di tengah. Lampu utama P11 juga mempunyai sedikit lekuk di bahagian bawahnya dan tidak mempunyai DRL seperti P12. Begitu juga dengan bahagian belakang, di mana lampu P11 adalah lebih ringkas berbanding P12. Pada bahagian dalam, corong pendingin hawa pada papan pemuka P12 menggunakan bentuk jalur menegak, sementara pada P11 bentuknya adalah berlainan. Konsol tengah pada P12 juga dibuat lebih cantik dengan kemasan yang berkilat sesuai dengan kedudukannya sebagai versi yang lebih tinggi. Untuk enjin, kedua-dua versi Cannon ini digerakkan oleh enjin diesel turbo empat silinder 2.0 liter yang mampu menghasilkan sehingga 163 PS (161 hp atau 120 kW) dan tork 400 Nm. Ia dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan ZF dan sistem pacuan empat roda. Tetapan suspensi juga adalah sama antara dua versi ini, dengan di bahagian hadapan menggunakan double wishbone manakala di belakang menggunakan spring dedaun. Walaubagaimanapun, P12 mendapat stereng kuasa elektrik dan rim 18 inci (tayar 265/60), berbanding P11 yang cuma menggunakan stereng hidraulik dan rim 17 inci (tayar 245/70). Berkenaan kelengkapan, P12 datang dengan differential boleh kunci, beberapa mod pemanduan, lampu utama LED automatik, lampu belakang LED, cermin sisi larasan kuasa, pemijak kaki belakang, balutan kulit, tempat duduk larasan kuasa, penukar gear di stereng, panel instrumen digital tujuh inci, skrin sesentuh sembilan inci (dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay), pendingin hawa automatik (dengan corong di belakang) serta sistem tanpa kunci dan butang pemula enjin. Pada bahagian keselamatan dan bantuan pemandu, P12 dilengkapi dengan enam beg udara, kamera 360 darjah, brek parkir elektronik, sistem pengenalan tanda jalan dan ciri autonomous Level 2 yang termasuk Adaptive Cruise Control, Lane Departure Warning, Lane Keep Assist, Lane Centring Assist dan Autonomous Emergency Braking (AEB). GALERI: GWM Cannon P11 GALERI: GWM Cannon P12
Trailer filem Transformers: Rise of the Beasts baru sahkan Porsche 911 adalah Mirage, bukan Jazz!
Mungkin disebabkan fasa pandemik yang dilihat sudah berakhir di kebanyakkan negara, pelbagai filem menarik bakal tiba ke pawagam tahun ini. Bagi ‘kaki-kereta’, selain dari siri terbaharu The Fast and The Furious iaitu Fast X, satu lagi filem yang ditunggu untuk ditayangkan di pawagam tahun ini sudah tentulah Transformers: Rise of the Beast. Ini merupakan filem sambungan dari spin-off Bumblee Bee, dan sudah tentu ramai yang tidak sabar untuk melihat Optimus Prime beraksi dalam versi yang sama seperti versi asal generasi pertama animasi Transformers (Transformers G1), iaitu dalam penyamaran sebagai trak Freightliner FL86. Namun selain dari Optimus, ramai juga tertanya-tanya siapa watak Autobot yang berselindung disebalik Porsche 911 964 Carerra seperti yang boleh ditonton pada trailer sebelum ini? Mungkin ramai yang meneka ia adalah Jazz kerana watak tersebut muncul sebagai Porsche 935 Turbo ‘Moby Dick’ dalam animasi Transformers G1, namun dalam trailer terbaharu filem tersebut mendedahkan Porsche 911 berkenaan adalah sahabat kepada Jazz iaitu Mirage! Mirage (juga dikenali sebagai Dino) sebelum ini pernah muncul dalam filem Transformers: Dark of the Moon sebagai sebuah Ferrari 458. Manakala dalam animasi Transformers G1, Mirage adalah sebuah jentera Formula 1 Ligier JS11 lengkap dengan livery perlumbaan ‘Gitanes’ seperti yang pernah dipandu oleh Jacques Laffite pada tahun 1979. Untuk filem Transformers: Rise of the Beast, Porsche sendiri mengesahkan bahawa Mirage adalah 911 964 Carerra RS 3.8, iaitu model yang hanya dihasilkan sebanyak 55 unit. Model ini diperkenalkan pada 1993 berasaskan 911 Carerra RS, namun ia menerima enjin dengan kapasiti 200 cc lebih besar iaitu 3.8 liter. Selain enjin yang lebih berkuasa, 911 Carrera RS 3.8 ini juga dibina seringan mungkin dengan menggunakan hud dan pintu aluminium, cermin yang lebih nipis, dan tempat duduk belakang dibuka. Ini membolehkan model lebih agresif berkenaan ditimbang sekitar 270 kg lebih ringan dari Carrera biasa. Filem Transformers: Rise of the Beasts ini dikatakan adalah berasaskan siri kartun Transformers: Beast Wars, jadi filem ini juga turut akan menampilkan watak Optimus Primal dan Rhinox dari pihak Maximals. Ia juga akan menceritakan bagaimana Optimus Prime mula berasa bertanggungjawab untuk melindungi manusia di bumi. Penggambaran filem berkenaan dibuat di Brooklyn, Amerika Syarikat dan juga dibeberapa bahagian di Peru. Antara pelakon yang membintangi filem ini termasuk Anthony Ramos, Dominique Fishback, Luna Lauren Vélez dan Tobe Nwigwe. Peter Cullen akan kekal sebagai suara Optimus Prime manakala suara Ron Perlman akan digunakan bagi watak Optimus Primal. Filem ini dijangka bakal ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula bulan Jun ini. Selain Porsche 911 964, sebuah Nissan Skyline R33 juga bakal beraksi dalam filem berkenaan. Siapa watak yang berselindung disebalik R33 tersebut? Sama-sama kita nantikan!
GWM Haval H6 – spesifikasi awal model pasaran Malaysia didedah, hibrid 1.5T, 243 PS, transmisi DHT
Sebelum pelancaran rasmi Haval H6 Hybrid dibuat hujung tahun ini, Great Wall Motor Malaysia telah mendedahkan spesifikasi awal untuk SUV tersebut. Model pandu uji yang anda lihat ini bukanlah menggunakan spesifikasi sebenar model yang akan dipasarkan di Malaysia, tetapi wakil daripada syarikat itu memberitahu, spesifikasi yang dinyatakan tidak akan berbeza jauh dengan apa yang akan diterima oleh pelanggan Malaysia. Mencatat ukuran panjang 4,683 mm, lebar 1,886 mm, tinggi 1,724 mm dan jarak roda 2,738 mm, H6 akan bersaing dengan SUV segmen C seperti Honda CR-V, Proton X70 dan Mazda CX-5, tetapi mempunyai jarak roda lebih panjang dengan mengatasi Proton X70 (2,670 mm), Honda CR-V (2,660 mm) dan Mazda CX-5 (2,700 mm). Di bawah bonetnya terdapat enjin petrol empat silinder 1.5 liter berkuasa 167 PS dan 285 Nm, dipadankan bersama transmisi klac berkembar tujuh kelajuan serta motor elektrik 177 PS (130 kW) untuk menghasilkan kuasa keseluruhan 243 PS dan tork 530 Nm. Enjin hibrid series-parallel pacuan roda hadapan ini juga menggunakan transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dua kelajuan keluaran GWM sendiri, dan bukannya klac berkembar tujuh kelajuan seperti yang dilaporkan sebelum ini. Pada kelajuan rendah, motor elektrik akan menjadi penggerak utama, sementara enjin akan membantu pada kelajuan yang lebih tinggi – bergantung kepada keadaan. Melihat kepada casis, H6 menggunakan penyerap MacPherson di hadapan dan tetapan multi-link di belakang. SUV ini juga datang dengan stereng kuasa serta rim bersaiz 19 inci yang dibalut tayar 225/55. Berkenaan kelengkapan, H6 di dalam gambar mempunyai lampu utama LED matriks, lampu belakang LED, tempat duduk hadapan larasan kuasa, panel instrumen digital 10.25 inci, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 12.3 inci, lampu suasana, bumbung suria, enam beg udara, kamera 360 darjah dan sistem bantuan letak kereta. Untuk sistem bantuan pemandu ADAS pula, H6 dilengkapi dengan sensor ultrasonik, kamera dan juga radar untuk memberikan fungsi seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive Cruise Control, Traffic Jam Assist, Rear Cross Traffic Alert, Lane Change Assist dan Wisdom Dodge System yang boleh menjaga jarak selamat daripada kenderaan yang besar. H6 Hybrid akan mula dijual di Malaysia pada tahun 2023, dengan pelancaran rasminya dijangka berlaku pada suku keempat tahun ini. Setakat ini kita masih belum ada harga jualannya, tetapi melihat kepada spesifikasi, adakah anda rasa ia menarik jika dibandingkan dengan pesaing lain?
JPJ eBid: Siri FF dan MDT dibuka bidaan
Bagi yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri nombor pendaftaran terkini Wilayah Persekutuan Putrajaya, FF, ia adalah sempena dengan ulangtahun ke-77 penubuhan JPJ sendiri. Siri ini sudah pun boleh dibida mulai 14 Mei lalu, dan ia berlangsung selama lima hari iaitu sehingga jam 10 malam pada 18 Mei. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 19 Mei 2023. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel. Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Melaka pula, MDT, bidaannya bakal dibuka bermula 21 Mei 2023 dan akan berakhir jam 10 malam pada 25 Mei. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 26 Mei ini. Dah tak perlu nak dapatkan khidmat pihak ketiga termasuk runner yang adakalanya menetapkan kadar caj yang tidak masuk akal. Jadi, anda boleh lakukan sendiri bidaan ini. Untuk mengetahui cara-cara membida menerusi JPJ eBid, anda boleh KLIK PAUTAN INI.
Honda ZR-V 2023 dilancarkan di Eropah – hanya hadir dalam versi hibrid e:HEV 2.0L, asas dari Civic gen-11
ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION Selepas Amerika Syarikat dan Jepun, SUV segmen-C Honda ZR-V kini tiba di pasaran Eropah. Seperti barisan model-model Honda yang lain di benua berkenaan, ZR-V dipasarkan di Eropah hanya dalam versi hibrid, tanpa pilihan enjin 1.5 liter VTEC Turbo. Seperti yang diketahui sebelum ini, ZR-V merupakan crossover yang diasaskan dari Honda Civic generasi ke-11. Menurut Honda, dengan platform yang ringan dan keras, ZR-V telah dihasilkan bagi “memberikan karekter pemanduan dan tahap kelincahan tinggi, yang sering dikaitkan dengan hatchback sport.” Honda turut menyatakan bahawa SUV ini menawarkan stereng yang mudah untuk dikendali kerana menggunakan logik kawalan yang diperincikan serta komponen-komponen geseran rendah. Ia juga menerima sistem suspensi multilink untuk bahagian belakang bersama set bushing yang dioptimakan. ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ZR-V Hybrid pasaran Eropah ini dijana oleh sistem e:HEV yang menggandingkan enjin kitaran Atkinson 2.0 liter empat silinder dengan sistem suntikan bahan api terus bersama dua buah motor elektrik. Tiada sebarang angka kuasa disebut, namun untuk ZR-V pasaran Jepun, unit rangkaian kuasa yang sama menghasilkan kuasa 143 PS/189 Nm untuk enjin petrol dan 184 PS/315 Nm untuk motor utama yang memacu roda hadapan. Sama seperti sistem 1.5L e:HEV pada City dan HR-V hibrid, enjin petrol yang dibekalkan pada unit rangkaian kuasa ini dalam kebanyakkan masa hanya berfungsi sebagai generator untuk mengecas bateri. Sebuah motor bersaiz kecil dipadankan terus pada aci engkol berfungsi untuk menghidupkan enjin, manakala motor utama berfungsi untuk memacu roda hadapan. Ada masa-masa tertentu motor elektrik berkenaan turut bergabung tenaga dengan enjin petrol, dan sebab itulah ia masih diberikan transmisi E-CVT. ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION Di Amerika Syarikat, ZR-V dikenali dengan nama HR-V dan ia ditawarkan dalam versi 2.0L DOHC i-VTEC dan juga 1.5L VTEC Turbo. Manakala di Jepun, selain dari versi Hybrid, ZR-V juga hadir dalam versi 1.5L VTEC Turbo. China juga telah menerima ZR-V ini dalam pasaran, manakala Australia juga disahkan akan menerima model ini tidak lama lagi. Di kebanyakkan pasaran, Honda ZR-V ini mengisi ruang kosong antara penawaran HR-V dan CR-V. Ini kerana HR-V masih lagi kekal sebagai SUV segmen-B, sementara saiz CR-V pula semakin membesar menghampiri ke model segmen-D. Mungkin selepas ini ZR-V turut akan dibawa ke pasaran ASEAN termasuk Malaysia? ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION ALL-NEW ZR-V EXPANDS HONDA SUV LINE UP WITH A STYLISH, SPORTING, DYNAMIC OPTION
BMW R1250 R dan R1250 RS 2023 tiba di Malaysia – enjin boxer 1,254 cc 136 hp, harga dari RM114,500
Dua roadster terbaru daripada BMW Motorrad kini sudah tiba di Malaysia, iaitu R1250 R dan R1250 RS, dengan harga jualan yang ditetapkan pada masing-masing RM114,500 dan RM118,500. Harga ini tidak termasuk insurans dan diberikan bersama jaminan serta bantuan tepi jalan selama tiga tahun. Selain panel badan yang berbeza, dengan R1250 RS menggunakan fairing penuh manakala R1250 R menggunakan rekaan naked, asas dua motosikal ini adalah sama, dengan dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder penyejukan cecair/udara 1,254 cc ShiftCam yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 7,750 rpm dan tork 143 Nm pada 6,250 rpm. Transmisi mempunyai enam kelajuan. Dalam keadaan standard, dua motosikal ini datang dengan pelbagai sistem elektronik, termasuk Riding Modes Pro, Dynamic Traction Control, Dynamic Brake Control, Dynamic Engine Braking Control serta Integral ABS Pro. Untuk paparan informasi, ia menggunakan skrin TFT berwarna penuh yang disediakan dengan beberapa mod. Tidak cukup dengan itu, BMW Motorrad Malaysia juga telah memilih untuk memberikan terus pakej Comfort, Touring dan Dynamic pada dua motosikal ini secara standard, sekaligus melengkapkan ia dengan barangan seperti Keyless Ride, pemanas tangan, cruise control, tongkat tengah, tapak beg barangan tepi, Dynamic ESA serta Shift Assistant Pro (quickshifter). Dua varian disediakan bagi kedua-dua model ini, iaitu Sport dan Triple Black. Untuk R1250 R Sport, ia ditawarkan dalam warna Racing Blue, sementara R1250 R Triple Black datang dalam warna Blackstorm. Bagi R1250 RS pula, varian Sport disediakan dalam warna Light White, Racing Blue dan Racing Red manakala varian Triple Black datang dalam warna Blackstorm. GALERI: BMW R1250 R GALERI: BMW R1250 RS
Enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling kembali diaktifkan mulai 6 pagi pada 12 Mei 2023 – Rapid Rail
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan LRT, Monorel dan operator kepada perkhidmatan MRT di Lembah Klang telah mengumumkan perkhidmatan operasi tren di enam stesen LRT yang melibatkan Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur akan dibuka semula kepada pengguna bermula 6 pagi esok, 12 Mei 2023. Ini adalah susulan kerja pembaikan sementara (fasa pertama) struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya telah selesai, ujar Rapid Rail menerusi kenyataan yang dikeluarkan. Tambahnya, serentak dengan pembukaan stesen-stesen tersebut, perkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 yang digunakan sepanjang penutupan stesen akan ditamatkan. “Tren-tren yang perlu menjalani proses penyelenggaraan telah dibawa ke depoh LRT di Ampang dan tren-tren gantian akan digunakan bagi tujuan perkhidmatan operasi ini. Di mana tren-tren yang beroperasi tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan. “Faktor kegagalan ini adalah disebabkan oleh tren-tren tersebut tidak dapat kembali ke depoh bagi menjalani kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari 2023,” kata Rapid Rail lagi. Tambahnya, kerja-kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober 2023 dan seterusnya operasi perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling akan kembali beroperasi secara normal. Walau bagaimana pun, menurut Rapid Rail, jangkaan tersebut bergantung kepada penilaian dan kelulusan daripada pihak berkuasa yang terlibat. “Bagi melancarkan perjalanan penumpang, Rapid Rail akan mengaktifkan semula perkhidmatan bas perantara percuma (Bas LRT 10) yang akan menghubungkan Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara kedua-dua stesen berkenaan. Perkhidmatan bas perantara ini akan beroperasi menggunakan 10 buah bas dengan kekerapan setiap 10 minit. “Para penumpang juga mempunyai pilihan untuk menggunakan laluan rel alternatif yang mana penumpang yang ingin menuju ke Hang Tuah, boleh menaiki Laluan Monorel KL melalui Stesen Titiwangsa. Manakala penumpang yang ingin menuju ke Chan Sow Lin, boleh menaiki MRT Laluan Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa,” kata Rapid Rail. Penumpang juga digalakkan menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan info terkini. Anggota operasi rel dan Polis Bantuan Prasarana akan ditempatkan di stesen–stesen terlibat bagi membantu dan mengawal pergerakan penumpang. Pada 2 April lalu, operasi enam stesen terbabit dihentikan kerana tren yang digunakan untuk perkhidmatan antara Stesen Bandaraya ke Stesen Sentul Timur tidak lagi dapat memenuhi kriteria pengoperasian ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan. Ia susulan kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari lalu.
GAC GS3 generasi baru akan tiba di Malaysia terus dalam versi CKD pada 2024; 1.5 TGDI, ADAS Tahap 2
Jenama dari China, GAC Motor sudah pun masuk ke pasaran tempatan pada penghujung 2021, dibawa oleh Warisan Tan Chong Automotif (WTCA) dengan pelancaran model pertamanya SUV segmen-B GAC GS3 yang dibawa terus dari China (CBU). Selaras dengan rancangan yang didedahkan sebelum ini, hari ini WTCA secara rasmi memulakan inisiatif pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia. Menurut WTCA, projek CKD ini melibatkan pelaburan sebanyak RM60 juta, dan ia akan dimulakan dengan pemasangan GAC GS3 generasi baharu yang baru sahaja diperkenalkan pada pasaran China diikuti model GAC yang lain selepas ini. Projek ini bermula selepas 18 bulan WTCA dan GAC memeterai perjanjian kerjasama dengan WTCA dilantik sebagai pengedar tunggal jenama GAC Motor di Malaysia. Kos pelaburan tersebut turut meliputi kos naik taraf kilang Tan Chong di Segambut bagi memenuhi keperluan standard pemasangan model-model CKD dari GAC. Ini juga merupakan projek pemasangan GAC diluar China pertama di dunia. GAC GS3 generasi baharu yang akan terus dihasilkan secara CKD di Malaysia Bagi model CBU GAC GS3 generasi terdahulu yang sudah pun dijual di Malaysia merupakan versi pertama dijelmakan sebagai model pemanduan sebelah kanan, dan ia telah menerima sebanyak 130 perubahan berbanding model pemanduan sebelah kiri. Manakala bagi GS3 generasi baharu yang terus akan dihasilkan dalam versi CKD kelak, ia diasaskan dari platform baharu sepenuhnya, serta melibatkan perubahan pada unit rangkaian kuasa serta sistem elektronik. Produksi model ini dijadualkan akan bermula pada April tahun hadapan, manakala jualannya akan bermula pada pertengahan 2024. Berbanding model sedia ada yang dijana oleh enjin 1.5 liter empat silinder NA berkuasa 114 PS/150 Nm, model generasi baharu nanti akan menerima enjin 1.5 liter empat silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (T-GDI) generasi ketiga GAC Motor, menjana tork maksima 270 Nm bermula 1,400 hingga 4,500 rpm. Kotak gear Aisin enam kelajuan automatik konvensional pada model lama CBU juga tidak lagi akan digunakan, dan ia akan diganti dengan transmisi klac berkembar jenis basah (WDCT) automatik tujuh-kelajuan. Malah GS3 CKD generasi baharu ini juga disahkan akan menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dengan kebolehan pemanduan autonomi Tahap 2. GAC GS3 generasi baharu yang akan terus dihasilkan secara CKD di Malaysia “Kami yakin dengan pengalaman bertahun-tahun Kumpulan Tan Chong dan pelaburan terkini dalam fasiliti kami, kami akan memenuhi jangkaan GAC. Pasukan kami mempunyai kerjasama yang kukuh dengan pasukan GAC untuk memastikan kami dapat memenuhi Piawaian Kualiti GAC. GAC telah menetapkan standard yang sangat tinggi dalam industri automotif kerana mereka telah mendominasi kedudukan nombor 1 dalam Tinjauan Kualiti JD Power di China selama lapan tahun berturut-turut.” kata Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd. “GAC sentiasa meletakkan keutamaan tertinggi dalam menghasilkan kereta berkualiti tinggi. Kami yakin dengan pengalamannya yang luas dalam industri automotif, WTCA dapat memenuhi piawaian kualiti pembuatan kami yang tinggi,” kata Naib Presiden Kumpulan dan Pengerusi Antarabangsa GAC ​​Yu Jun. “Kami menjangkakan bahawa dengan pembangunan 3-5 tahun, pengeluaran dan jualan akan mencapai 50,000 unit. Bagi memenuhi sasaran ini, GAC akan terus menyelaraskan sumber dalaman dan luaran dan meningkatkan sokongan untuk pasaran Malaysia, mempercepatkan pelancaran model utama menambah baik matriks model, dan menyediakan kenderaan yang lebih pintar dan berkualiti tinggi produk untuk pengguna tempatan,” tambahnya. WTCA turut memberitahu bahawa kerjasama ini merupakan projek CKD pertama untuk GAC bagi rantau ASEAN. Selain dari operasi CKD, jumlah kos yang dilaburkan tersebut turut akan melibatkan jaringan pusat jualan dan khidmat selepas jualan. Bilik pameran flagship pertama GAC Motor sedang dibina di Seksyen 13 Petaling Jaya dijangka akan dibuka pada suku ketiga tahun ini, dan ia akan diikuti fasiliti lain dengan sasaran 70 bilik pameran akan disediakan di seluruh negara. “Bilik pameran flagship baharu itu akan mengalu-alukan semua pelanggan untuk melawat dan merasai hospitaliti GAC Motor dan kenderaan GAC Motor. Pelanggan digalakkan untuk memandu uji untuk merasai keunggulan produk,” tambah Tan Keng Meng. GALERI : GAC GS3 1.5L Premium CBU GALERI : GAC GS3 1.5L Standard CBU
Perodua Alza 2022 menang Malaysia Good Design Award – jenama automotif tunggal raih anugerah
Perodua Alza serba baharu telah memenangi Malaysia Good Design Award (MGDA), yang merupakan pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan untuk industri reka bentuk. Dianjurkan oleh Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM), sebuah agensi reka bentuk strategik di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Perodua merupakan satu-satunya jenama automotif yang menerima anugerah itu tahun ini. Dalam majlis anugerah berkenaan turut disampaikan pensijilan MGDA 2022 dan Certified Industrial Designer (CIDe), yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung MITI Datuk Seri Isham Ishak. “Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen Perodua untuk menyampaikan produk yang inovatif dan direka dengan baik kepada pelanggan kami,” kata Perodua menerusi catatan di halaman Facebook rasminya. Dilancarkan pada Julai tahun lalu, Alza generasi kedua ini dibangun menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan lebih besar berbanding model sebelumnya. Ia diberikan enjin NR 1.5L yang mampu menghasilkan sebanyak 105 hp dan 138 Nm tork pada 4,200 rpm. Enjin Dual VVT-i Euro 4 empat-silinder berkenaan digandingkan bersama kotak gear D-CVT yang sama digunakan untuk Ativa. Ia ditawarkan dengan harga RM62,500 bagi 1.5L X, RM68,000 untuk 1.5L H dan 1.5L AV pula berharga RM75,500. Anda boleh baca ulasan pandu uji Perodua Alza 2022 melalui PAUTAN INI.
12 konsesi lebuhraya setuju laksana sistem pembayaran tol terbuka mulai Sept 2023
Sejumlah 12 syarikat konsesi lebuhraya bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka di lebuhraya kendalian masing-masing mulai September ini. Sistem ini melibatkan pembayaran termasuk menggunakan kad debit dan kedit, selain masih menggunakan kaedah sedia ada seperti RFID dan Touch n’ Go. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, walau bagaimana pun, masih ada syarikat lain belum menyatakan persetujuan dan kerajaan berharap mereka akan tampil menyokong inisiatif baharu itu nanti. “Proses percubaan akan dilakukan pada Julai depan dan kerajaan akan meneliti semua aspek dalam memastikan tidak timbul masalah kepada pengguna selepas pelaksanaan sistem berkenaan. Ia tak boleh dibuat dengan tergesa-gesa,” katanya. Senarai syarikat konsesi lebuhraya yang bersetuju untuk pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka: Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA atau E9) Lebuhraya Pantai Baharu (NPE atau E10) Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH atau E12) Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE atau E35) Jambatan Pulau Pinang (E36) Lebuhraya Butterworth-Kulim (E15) Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP atau E11) Lebuhraya SPRINT (E23) Lebuhraya Shah Alam (E5) Terowong SMART (E38) Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX atau E20) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE atau E33) Menurut beliau lagi, perbincangan dengan syarikat konsesi lebuhraya mengambil masa yang lama kerana adalah penting untuk menilai risiko keselamatan yang akan timbul daripada menggunakan kad kredit atau debit sebagai pembayaran kadar tol. “Kami mahu memastikan semua isu keselamatan tidak berlaku, jadi kami tidak boleh tergesa-gesa melaksanakannya,” katanya. Pada Mac lalu, PLUS telah mengumumkan pengguna lebuhraya yang ingin menggunakan kad debit atau kredit untuk membayar tol boleh menggunakan lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk berbuat demikian. Sebelum ini, Nanta turut berkata, pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka ini adalah salah satu langkah untuk peralihan ke arah sistem Aliran Bebas Pelbagai-Lorong atau Multi-Lane Fast Flow (MLFF). Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasminya, Nanta turut berkata, DUKE juga akan menjadi lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) bagi menilai sistem MLFF selepas Lebuhraya BESRAYA. POC dijangka bermula pada penghujung Oktober 2023.
Harga minyak 11-17 Mei – Masih tiada perubahan
Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan, bagi minggu bertarikh 11 hingga 17 Mei 2023, harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api iaitu petrol RON 97 dan RON 95 serta diesel masih dikekalkan. Ini merupakan minggu ke-20 tiada perubahan bagi harga runcit petrol dan diesel. Di mana petrol RON 97 masih dikekalkan pada harga runcit RM3.35 seliter, selepas ia mengalami penurunan harga selama tiga minggu berturut-turut sepanjang Disember 2022. Manakala petrol RON 95 yang telah mencapai harga siling pula, ia masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter. Pada 13 Mac lalu, kerajaan berkata rancangan untuk memperkenalkan program subsidi bahan api bersasar masih diteruskan, namun akan dimulakan dengan diesel, manakala bagi petrol RON 95 akan ditangguhkan untuk tempoh lain. Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, subsidi yang disasarkan akan terlebih dahulu melibatkan elektrik dan diesel apabila ia dilaksanakan
Mitsubishi Triton, SUV XFC dan Colt hatchback baru bakal tiba tahun ini, Xpander Hybrid pada tahun 2024
Mitsubishi Motors baru-baru ini mendedahkan rancangan pengenalan produk mereka yang menjadi sebahagian daripada pelan perniagaan ‘Challenge 2025’ mereka. Ia didedahkan bersama dengan perolehan tahun kewangan 2022 (FY2022) yang bermula dari 1 April 2022 hingga 31 Mac 2023. Melihat dalam slaid pembentangan yang dibuat, FY2023 bakal menyaksikan pengenalan enam model, dengan dua daripadanya telah pun didedahkan iaitu ASX generasi kedua (Renault Captur yang dijenamakan semula), serta Delica Mini (menggantikan eK X Space). Untuk yang selebihnya, satu daripadanya adalah Xpander versi hibrid. Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, model tujuh tempat duduk itu hanya ditawarkan dalam satu versi enjin pembakaran dalaman di beberapa negara ASEAN (termasuk Malaysia), dan ini masih tidak berubah sehingga ia diberikan facelift pada tahun 2021. Setakat ini Mitsubishi masih belum memberikan perincian untuk Xpander HEV ini, tetapi gambar teaser yang disiar menunjukkan ia akan mempunyai corak lampu yang sama di hadapan. Selain itu, berdasarkan slaid yang ditunjukkan juga kita boleh menjangkakan ketibaan Xpander HEV ini pada tahun 2024 – FY2023 Mitsubishi bermula 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024. Trak pikap Triton generasi keenam juga akan membuat penampilan pertama Julai tahun ini, setelah ditunjukkan awal melalui XRT Concept di Bangkok International Motor Show 2023. Triton yang direka semula ini dilaporkan akan membuat peralihan kepada casis ladder frame yang dikongsi bersama Nissan Navara – tetapi diubah sedikit mengikut kesesuaian. Mitsubishi mendakwa platform ini adalah serba baru dan dibangunkan sendiri oleh mereka. Ia juga diberitahu akan dipadankan bersama enjin baru, dengan unit empat silinder diesel turbo 2.4 4N15 akan diganti dengan unit 4N16 yang sekarang ini digunakan pada Nissan Caravan. Pada Caravan, enjin ini digabungkan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan Jatco. Jika padanan sama digunakan pada Triton, ia merupakan satu naik taraf berbanding kotak gear automatik enam kelajuan sekarang. Dalam pembentangan awal Challenge 2025 sebelum ini, satu model tanpa nama yang dipanggil sebagai ‘Pickup BEV’ telah ditunjuk, dan ia dijangka akan menjadi sebuah versi elektrik bagi Triton generasi baru. Walaubagaimanapun, model ini tidak termasuk dalam rancangan produk yang akan dikeluarkan sehingga tahun 2025. Satu lagi model yang termasuk dalam senarai adalah versi produksi bagi XFC Concept, yang ditunjukkan di Vietnam Oktober tahun lalu. SUV kompak baru ini akan mula dijual di pasaran ASEAN tahun ini, dengan varian yang mempunyai kuasa elektrik juga berada dalam perancangan. Akhir sekali, pada FY2023 juga kita akan menyaksikan kemunculan semula nama Colt. Dirancang membuat penampilan pertama pada 8 Jun, Colt baru ini akan menggunakan platform CMF-B sama seperti Renault Clio generasi kelima. Penampilannya pula akan menjadi unik bagi Mitsubishi sendiri.
Honda ZR-V akan dilancar di Australia tak lama lagi – 1.5L VTEC Turbo & 2.0L Hybrid; ASEAN selepas ini?
SUV yang diasaskan dari platform Honda Civic generasi ke-11 iaitu Honda ZR-V sah akan dilancarkan di Australia lapor Drive.com.au. Saingan terus kepada Toyota Corolla Cross berkenaan didedahkan buat pertama kali di Amerika Syarikat pada April tahun lalu dengan nama HR-V, kemudian diperkenal sebagai ZR-V ketika dilancarkan di Jepun dan China. Untuk pasaran Australia, ZR-V akan ditawarkan dalam empat varian, di mana tiga varian di bawah iaitu VTi X, VTi L dan VTi LX akan dijana oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbo, sementara varian paling tinggi akan menerima unit rangkaian kuasa hibrid i-MMD dengan enjin petrol 2.0 liter dikenali sebagai ZR-V e:HEV. Sesuai dengan saiznya, di Australia ZR-V akan diletakkan pada posisi tengah antara SUV segmen-B Honda HR-V dan juga SUV segmen-C Honda CR-V. Buat masa sekarang harga untuk ZR-V pasaran Australia ini masih belum diumumkan. Honda ZR-V ini tampil dengan dimensi panjang 4,568 mm dan lebar 1,840 mm dan jarak roda 2,655 mm. Jadi berbanding Corolla Cross, ZR-V adalah lebih besar dengan 108 mm lebih panjang, 15 mm lebih lebar bersama jarak roda yang 15 mm lebih jauh. Bukan sahaja saiznya lebih besar, malah ZR-V turut menerima sistem suspensi jenis sistem multilink yang sama dengan Civic di belakang berbanding Corolla Cross yang hanya menggunakan torsion beam. Sebagai kembar kepada Civic, beberapa perincian turut dikongsi pada ZR-V ini, dan antara yang jelas adalah papan pemukanya. Bagi model pasaran Jepun, varian yang menerima enjin petrol sepenuhnya dijana oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang berkuasa 178 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 240 Nm bermula 1,700 hingga 4,500 rpm, digandingkan dengan kotak gear CVT. Manakala bagi varian hibrid, ia berkongsi unit rangkaian kuasa e:HEV yang sama seperti Civic Hybrid (sama seperti model pasaran Malaysia), menampilkan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson dengan sistem suntikan bahan api terus berkuasa 143 PS/189 Nm, bersama dua motor elektrik. Ia berfungsi sama dengan sistem 1.5L i-MMD pada City dan HR-V hibrid, di mana enjin petrol yang dibekalkan dalam kebanyakkan masa hanya berfungsi sebagai generator untuk mengecas bateri. Sebuah motor bersaiz kecil dipadankan terus pada aci engkol berfungsi untuk menghidupkan enjin, manakala motor utama yang memacu roda hadapan pula dibekalkan kuasa 184 PS (181 hp atau 135 kW) dan tork maksima 315 Nm. Ada masa-masa tertentu motor elektrik berkenaan turut bergabung tenaga dengan enjin petrol, dan sebab itulah ia masih diberikan transmisi E-CVT. Antara perincian yang sudah disahkan untuk ZR-V pasaran Australia ini adalah termasuk lampu hadapan LED adaptif, rim 17-inci untuk varian VTi dan 18-inci untuk varian lain, serta skrin 9.0-inci yang datang dengan sokongan Android Auto serta Apple CarPlay hubungan tanpa wayar. Ia juga akan menerima sistem keselamatan standard meliputi penderia parkir hadapan dan belakang, serta pakej bantuan pemanduan Honda Sensing yang memberikan fungsi termasuk brek kecemasan automatik, cruise control adaptif dan pengenal tanda trafik. Honda telah membuktikan bahawa ZR-V ini merupakan model yang benar-benar akan di bawa ke peringkat global, bermula dengan Amerika Syarikat, kemudian ke Jepun dan China, dan tak lama lagi akan ke Australia. Jadi tidak mustahil ZR-V ini turut akan mendarat ke pasaran ASEAN termasuk Malaysia. Honda HR-V generasi baharu sudah pun sampai ke Malaysia dengan saiz yang tidak berubah dari model generasi sebelumnya, manakala CR-V generasi baharu sah akan dilancarkan di sini tidak lama lagi menampilkan saiz yang lebih besar dari model sedia ada. Jadi anda rasa patutkan Honda Malaysia bawa ZR-V ke pasaran tempatan bagi mengisi ruang tengah antara HR-V dan CR-V kelak?
Promosi Honda Malaysia Mei 2023 — diskaun RM6k!
Masih di dalam bulan Raya ini, Honda Malaysia ada menjalankan kempen promosi “Sambut Bersama Bonus” sepanjang bulan Mei ini. Menariknya, ada antara promosi yang ditawarkan itu lebih baik daripada yang sebelumnya. Kempen ini adalah bagi kereta yang didaftarkan sepanjang Mei 2023, dengan penjimatan keseluruhan sehingga RM6,000. Promosi ini adalah bagi kereta yang dipasang pada 2023, dan bukannya stok tahun sebelumnya. Model yang ditawarkan dalam promosi ini ialah City, City Hatcback, Accord dan CR-V. Diskaun paling besar tentulah bagi kereta yang paling besar: Accord dalam segmen D menerima potongan sebanyak RM6,000. CR-V juga sama dengan diskaun RM6,000, jadi anda pilih yang mana? Semua lima varian bagi sedan segmen B, City — S, E, V, V Sensing dan RS — menerima potongan RM3,000, sedikit lebih banyak berbanding diskaun RM2,500 yang diberikan untuk semua lima varian City Hatchback. Jumlah penjimatan yang banya juga bagi unit kereta tahun 2023 yang diberikan oleh Honda ini. Dengan kos dan inflasi yang meningkat seperti yang sedang kita alami ketika ini, penjimatan yang diberikan sangat bermakna. Jika ingin memiliki kenderaan Honda, mungkin sekaranglah masanya. Pembiayaan sepenuhnya juga ada disediakan.
Hap Seng Smart jadi pengedar Pro-Net – EV smart #1 dijual di bilik pameran Mercedes-Benz mulai Q4 2023
Proton New Energy Technology (Pro-Net) telah melantik Hap Seng Smart sebagai pengedar bertauliah yang pertama untuk EV smart di Malaysia. Sebagai makluman, Pro-Net merupakan anak syarikat kepada Proton selaku pengedar dan pengimport kenderaan smart di Malaysia dan Thailand. Sementara itu, Hap Seng Group merupakan syarikat induk yang dinaungi oleh Hap Seng Smart, yang memiliki 50 tahun pengalaman dalam industri automotif. Syarikat ini juga mengendalikan beberapa pengedaran bagi jenama Mercedes-Benz di sini. “Pro-Net percaya kecemerlangan automotif adalah lebih baik berbanding mencipta kenderaan yang terbaik. Ia juga bermakna menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar dan komprehensif. Pengedar baharu ini menandakan kemasukan Pro-Net ke dalam pasaran automotif runcit premium, serta pasaran EV terbaharu di Malaysia,” kata Zhang Qiang, CEO Pro-Net. “Kerjasama antara Kumpulan Hap Seng melalui Hap Seng Smart dan Pro-Net mencerminkan bukan sahaja keyakinan kami terhadap daya tarikan universal pintar tetapi juga menunjukkan komitmen kami bagi mempromosikan masa depan mobiliti rendah karbon di Malaysia,” kata Harald Behrend, selaku CEO Kumpulan Hap Seng Consolidated dan Ketua Eksekutif Hap Seng Automotive Division. Bilik pameran smart pertama kelolaan Hap Seng Smart ini dijadualkan akan mula beroperasi pada suku keempat (Q4) tahun ini di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Disusuli dengan pembukaan bilik pameran lain di Balakong, Selangor, yang akan berdasarkan konsep kesenian, ditempatkan berhampiran Hap Seng Star Balakong Autohaus. Model smart pertama iaitu #1, akan mula dijual di pasaran tempatan pada suku ketiga (Q3) tahun ini. #1 merupakan kenderaan pertama oleh smart Automobile, hasil kerjasama antara Mercedes-Benz dan Geely, yang bertanggungjawab dalam rekaan EV terbabit.
Toyota Yaris Cross mula dijual di Indonesia – bermula RM109k, 1.5L NA & Hybrid; kembar Perodua D66B?
Selepas membuat kemunculan sulung global di Indonesia bulan lalu, Toyota Yaris Cross untuk pasaran ASEAN yang dibina berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) kini sudah mula dijual di negara berkenaan secara rasmi. Yaris Cross tersebut ditawarkan dalam tiga varian di Indonesia, bermula dengan varian asas Yaris Cross G dijual pada harga 351 juta rupiah (RM109k), diikuti Yaris Cross S berharga IDR407.7 juta (RM126.7k) dan varian tertinggi Yaris Cross S HV dijual pada harga IDR440.6 juta (RM136.9k). Bagi varian G dan S, ia menerima enjin petrol penuh 2NR-VE DOHC Dual VVT-i 1.5 liter empat-silinder NA. Enjin yang sama boleh ditemui dalam perut Perodua Myvi dan Alza tersebut menjana 106 PS (105 hp atau 78 kW) dan tork maksima 138 Nm. Enjin berkenaan digandingkan dengan kotak gear CVT automatik untuk memacu roda hadapan, tetapi untuk varian asas G Yaris Cross ini turut ditawarkan dengan kotak gear manual lima-kelajuan. Untuk varian tertinggi S HV pula, ia menerima unit rangkaian kuasa yang menggandingkan enjin petrol kitaran Atkinson 2NR-VEX 1.5 liter NA berkuasa 91 PS (90 hp atau 67 kW) dan tork 121 Nm, bersama motor elektrik berkuasa 80 PS (79 hp atau 59 kW) dan tork 141 Nm. Konfigurasi ini hanya menampilkan padanan kotak gear CVT automatik, manakala motor elektrik tersebut menerima kuasa dari bateri lithium ion. Model dengan penggunaan bahan api lebih rendah ini diberikan tangki bahan api 36 liter, berbanding model petrol penuh yang dibekalkan dengan tangki berkapasiti 42 liter. Secara spesifik, Yaris Cross ini merupakan SUV Segmen-B yang menggunakan platform DNGA-B, iaitu varian yang sama digunakan kembar MPV Daihatsu Xenia/Toyota Avanza dan Veloz/Perodua Alza serta Toyota Vios. Platform berkenaan memberikan Yaris Cross ini dimensi panjang 4,310 mm, lebar 1,770 mm, tinggi 1,615 mm dan juga jarak antara roda sejauh 2,620 mm. Toyota turut mengumumkan bahawa model ini mempunyai jarak kelegaan tanah setinggi 260 mm. Untuk memudahkan anda membayangkan saiznya, Yaris Cross ini hanya 20 mm lebih pendek, 30 mm kurang lebar, 6 mm lebih rendah berbanding Proton X50, namun hadir dengan jarak roda 20 mm lebih jauh dari SUV segmen-B dari Proton berkenaan. Manakala berbanding dengan ‘adiknya’ iaitu Toyota Raize/Perodua Ativa, Yaris Cross ini adalah 245 mm lebih panjang, 60 mm lebih lebar, 20 mm lebih rendah, dan jarak roda 95 mm lebih jauh. Kesemua varian Yaris Cross pasaran Indonesia ini mempunyai radius pusingan 5.2 meter. Ia menggunakan sistem stereng berkuasa elektrik (EPS), dengan kedudukan roda stereng yang boleh dilaras atas-bawah dan teleskopik. Model ini menggunakan topang McPherson untuk suspensi hadapan dan torsion beam untuk suspensi belakang. Brek cakera hadapan dan belakang juga standard untuk semua varian. Bagi pecahan kelengkapan pula, varian G menerima perincian standard seperti rim aloi 17-inci dengan tayar 215/60R17, lampu hadapan LED, lampu kabus hadapan, paparan instrumen digital dengan skrin tujuh-inci dan sistem infotainmen Display Audio dengan skrin sembilan-inci bersama sokongan Android Auto dan Apple Carplay hubungan tanpa wayar. Model paling asas ini juga menerima perincian lain seperti brek parkir elektronik dengan fungsi auto brake hold, sistem pendingin udara manual, upholsteri fabrik, enam-beg udara, pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, bantuan mula mendaki, penderia parkir, serta sistem kestabilan elektronik. Varian S pula menerima tingkat taraf seperti rim aloi 18-inci dengan tayar 215/55R18, pintu tailgate elektrik dengan akses tanpa sentuhan, tempat duduk pemandu larasan kuasa, pedal penukar gear, pilihan mod pemanduan (Eco, Normal dan Power), dashcam, upholsteri kulit, penghawa dingin automatik, sistem Display Audio dengan skrin 10.1-inci, pemantau pandangan panaromik dan juga kawalan salah pijak pedal. Model varian pertengahan ini juga dibekalkan dengan pakej bantuan pemanduan Toyota Safety Sense, yang memberikan sistem seperti Amaran dan Brek Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik), Amaran dan Pengelak Keluar Lorong, cruise control adaptif, Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan, Kawalan Kekal Lorong dan Lampu Tinggi Automatik. Untuk varian S HV pula, ia ditambah dengan bumbung panaromik bersama pelindung cahaya matahari berkuasa, paparan sistem hibrid pada skrin infotainmen, pengecas telefon pintar tanpa wayar serta lampu suasana kabin. Pelanggan yang membeli model S dan S HV tutut ditawarkan dengan kit GR Parts Aero Package yang menampilkan kemasan tambahan pada gril hadapan, dan berlakang serta pemadanan spoiler ‘ekor itik’ di belakang. PT Toyota-Astra Motor turut menawarkan beberapa aksesori asli seperti jaring kargo, penyegar udara dan juga dashcam untuk varian G yang tidak datang standard dengan kamera tersebut. Kesemua varian ditawarkan dengan warna badan Super White II, Greenish Gunmetal, Attitude Black Mica dan Dark Red, manakala warna Silver Metallic hanya untuk model bukan Hybrid. Varian S pula boleh dipilih dengan warna eksklusif Platinum White Pearl dan Spicy Scarlet. Istimewa untuk pembeli varian S HV pula, ia boleh dipilih dalam skema warna dua-tona dengan bumbung berwarna Attitude Black Mica, namun hanya untuk warna badan Platinum White Pearl, Silver Metallic dan Spicy Scarlet sahaja. Toyota Yaris Cross pasaran ASEAN ini sebelum ini dilaporkan dibangunkan dengan kod projek D03B, dan ia dikhabarkan merupakan kembar kepada SUV yang sedang dibangunkan oleh Perodua dengan kod projek D66B. Jadi tidak mustahil ini merupakan model pertama dari Perodua yang menampilkan teknologi hibrid elektrik (Ativa hybrid yang diperkenalkan dalam program langganan sebelum ini merupakan Daihatsu Rocky sebenar dari Jepun yang diganti dengan logo Perodua). Ia padan dengan beberapa petunjuk sebelum ini di mana D66B dilaporkan dibangunkan menggunakan asas platform DNGA-B dan akan dilancarkan pada tahun hadapan, manakala Presiden dan CEO Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengesahkan bahawa model hibrid pertama Perodua akan dilancarkan pada 2024, dan ia adalah model baharu sepenuhnya, bukan varian atau facelift dari model-model sedia ada. Jika benar ia akan dijelmakan sebagai Daihatsu, agaknya berapa pula harga jualannya di sini kelak?
Penunggang Ducati maut jatuh jejambat Lebuhraya SUKE angkara elak penungang lain lawan arus
Seorang penunggang Ducati Panigale maut akibat kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar penghadang sebelah kiri jalan di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, tengahari tadi. Kejadian menyayat hati itu berlaku selepas motosikal yang ditunggangi lelaki berusia 60an itu mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus, menyebabnya mangsa terhumban dan jatuh ke bawah jejambat lebuhraya berkenaan pada ketinggian kira-kira 30 meter manakala motosikalnya terseret ke tengah jalan. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail yang berkata pihaknya sedang mengesan penunggang motosikal yang melawan arus berkenaan yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian terbabit. “Hari ini kira-kira 1.30 tengahari IPD Ampang Jaya telah menerima makluman mengenai kemalangan terbabit. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa motosikal jenis Ducati Panigale yang ditunggang lelaki berusia 60an melalui jalan berselekoh apabila tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah bertentangan di bahu jalan sebelah kanan yang menyebabkan penunggang Ducati terbabit cuba untuk mengelak lalu terlanggar penghadang jalan sebelah kiri sebelum terhumban ke bawah jejambat. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Smart Sg, Klang. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Penunggang yang melawan arus berkenaan didapati meninggalkan lokasi dan tindakan mengesannya sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan. Tambah Mohd Azam, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang diteliti bersama pihak SUKE dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Beliau turut meminta saksi bebas supaya tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-13078348. Video mengenai kejadian hasil rakaman CCTV berdurasi 12 saat yang memaparkan motosikal melawan arus itu tular di media sosial. Malah pihak netizen turut mengecam tindakan penunggang yang tidak bertanggungjawab itu dan berharap pihak polis dapat memberkasnya segera serta dijatuhkan hukuman yang setimpal.
Mercedes-AMG A45S facelift 2023 dilancar di Malaysia – bermula RM510k, Street Style Edition RM540k
Serentak dengan pengenalan model facelift 2023 bagi Mercedes-Benz A-Class sedan V177 di Litar Antarabangsa Sepang pagi tadi, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan versi prestasi A-Class hatchback W177 paling berkuasa iaitu Mercedes-AMG A45S juga dalam versi facelift 2023. Model yang dikemaskini ini dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM509,888, dan khas untuk pengenalan versi facelift ini di Malaysia, MBM turut menawarkan model edisi terhad A45S Street Style Edition yang dijual pada harga RM539,888. Tiada perubahan yang diberikan pada unit rangkaian kuasa A45S ini, di mana ia masih dijana oleh enjin produksi 2.0L empat silinder turbo paling berkuasa di dunia, iaitu enjin M139 yang menghasilkan kuasa 421 PS pada takat 6,750 rpm dan tork maksima 500 Nm bermula 5,000 hingga 5,250 rpm. Enjin berkenaan masih digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik lapan-kelajuan AMG Speedshift 8G, dan kuasa dialirkan dengan agihan tork bervariasi ke kesemua empat roda menerusi sistem pacuan semua roda 4Matic+. Gandingan ini membolehkan A45S ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.9 saat dan mencapai kelajuan maksima 270 km/j. Untuk bahagian luaran, model facelift ini menerima lampu hadapan baharu sama seperti A-Class biasa, iaitu unit yang lebih ringkas menampilkan jalur LED lampu nyalaan siang pada bahagian ‘kening’ yang lebih nipis dan tidak lagi berbentuk-J. Gril AMG Panamericana masih diberikan, tetapi kini dengan bahagian kerangka sekeliling yang diprofil semula. Seperti model-model AMG yang lain, A45S facelift ini tidak diberikan logo bintang tiga-penjuru biasa pada muncng hadapan, sebaliknya menampilkan laureal wreath AMG. Di belakang, kluster lampu masih sama tetapi disegarkan dengan grafik LED baharu. Manakala spoiler bumbung bersaiz besar, diffuser yang agresif pada bahagian bawah bampar serta tip empat tip ekzos berbentuk oval masih lagi nampak sama. Mercedes-AMG A45S facelift pasaran Malaysia ini juga datang dengan bumbung panaromik dan Aerodynamics Package secara standard, menampilkan flic, splitter dan tambahan kemasan pada bampar hadapan. Ia juga hadir standard dengan AMG Night Package yang menampilkan beberapa panel kemasan luar diberikan warna hitam berkilat untuk rupa yang lebih agresif. Untuk roda, Mercedes-AMG A45S ini pula diberikan rim aloi ringan AMG 19-inci lima-jejari berkembar dalam kemasan hitam dan aloi digilap. Menurut Mercedes, rekaan rim ini turut mengambil kira faktor aerodinamik yang dioptimakan. Ia dibalut dengan tayar Continental SportContact 9 bersaiz 245/35ZR19. Bagi model edisi terhad AMG Street Style Edition, ia datang dalam warna asas Manufaktur istimewa iaitu Mountain Grey Magno dengan kemasan akhir hitam/Anthracite Matt. Ia juga menampilkan pelekat badan dengan grafik isitimewa AMG serta jalur-jalur serlahan berwarna oren bagi menyerlahkan lagi komponen-komponen Aerodynamics Package. Model istimewa AMG Street Style Edition ini juga menerima gril hadapan dengan rekaan berlainan, rim aloi forged AMG 19-inci pelbagai jejari yang lebih ringan, serta emblem-emblem model pada badan dalam kemasan hitam berkilat. Sama seperti A-Class biasa, pada sebelah dalam, model A45S facelift 2023 ini juga menerima papan pemuka dengan skrin berkembar masing-masing bersaiz 10.25-inci untuk paparan instrumen digital dan infotainmen. Touchpad pada konsol tengah yang digunakan untuk mengawal skrin infotainmen pada A45S ini juga sudah tidak ada dan bahagian berkenaan kini ditempatkan ruang storan bertutup bersama butang kawalan untuk sistem Dynamic Select dan lain-lain. Sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX) pada A45S facelift ini juga telah dipertingkat kepada versi NTG7, dan ia menampilkan pelbagai servis terhubung, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay hubungan tanpa wayar dan port pengecas lebih berkuasa. Khas untuk A45S ini, ia turut menerima pilihan paparan AMG istimewa yang tidak ada pada A-Class biasa, serta AMG Track Pace dan juga sistem bunyi surround dari Burmester. Selain itu, A-Class paling berkuasa ini juga menerima AMG Real Performance Sound, iaitu sistem yang menyalurkan bunyi enjin turbo yang lebih baik ke dalam kabin. Ia juga diberikan roda stereng AMG dengan rekaan baharu, bersama balutan gandingan kulit nappa dan gentian mikro Microcut. Ia juga datang standard dengan AMG Performance Seat Package Advanced menampilkan tempat duduk bucket larasan elektrik AMG, serta upholsteri gabungan kulit sintetik Artico dan gentian mikro Microcut untuk keseluruhan kabin. Selain itu, ia juga diberikan lampu suasana kabin 64-warna, serta menerima perincian-perincian AMG yang lain seperti panel-panel kemasan aluminium AMG, karpet kaki AMG, kemasan bendul pintu bernyala AMG. Untuk Street Style Edition pula, ia ditambah dengan kemasan-kemasan dalaman dengan serlahan oren termasuk pada benang jahitan, sulaman A45S pada perehat kepala tempat duduk, tulisan AMG pada kemasan bendul pintu, serta kapet kaki istimewa dengan tulisan “Street Style Edition”. GALERI: Mercedes-AMG A45S Street Style Edition 2023
Harga minyak 15-21 Jun – Semuanya dikekalkan
Untuk minggu bertarikh 15 hingga 21 Jun 2023, Kementerian Kewangan memutuskan bahawa tiada perubahan harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api iaitu petrol RON 97, RON 95 dan diesel. Di mana petrol RON 97 kekal pada harga RM3.37 seliter, selepas ia dinaikkan sebanyak 2 sen pada dua minggu lalu setelah 23 minggu tidak mengalami sebarang perubahan harga. Manakala harga runcit bagi RON 95 yang telah mencapai harga siling masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter. Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka siap menjelang akhir hujung tahun ini, dan ia akan diguna pakai untuk pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON 95 dan diesel tahun depan. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, pangkalan data bersepadu itu akan meneliti semua data sedia ada bagi membolehkan subsidi bersasar berkenaan diberikan kepada sasaran yang tepat.
Beberapa jalan di Petaling Jaya ditutup pada 18 Jun
Ini ada makluman buat penduduk Petaling Jaya. Pada Ahad ini, 18 Jun 2023, terdapat beberapa jalan di sekitar bandaraya berkenaan bakal ditutup bagi menjayakan acara larian Petaling Jaya 10K (PJ10K). Acara larian berkenaan akan bermula di Laman MBPJ di Jalan Yong Shook Lin, dan sepanjang jalan di PJ State akan ditutup dari jam 11 malam pada Sabtu (17 Jun) untuk kelancaran membuat persiapan bagi acara larian berkenaan. Jalan tersebut akan dibuka kembali untuk laluan trafik mulai jam 12.30 tengahari, Ahad ini (18 Jun). Manakala jalan yang terlibat dengan penutupan bagi kategori larian 10 km membabitkan Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Utara, Jalan Prof Khoo Kay Kim, Jalan Prof Diraja Ungku Aziz, Jalan Bukit 11/2, Jalan 12/13, Jalan 12/16, Jalan Kemajuan, Jalan 12/5, Jalan Timur dan Jalan Changgai 6/22. Di mana jalan-jalan berkenaan akan ditutup secara berperingkat dari jam 4.45 pagi hingga 11 pagi. Untuk peserta yang memasuki acara larian ini, kami sertakan sekali peta untuk parkir dan kawasan acara. Bagi penduduk kawasan terlibat atau pun yang ingin ke PJ pada Ahad ini, sila rancang perjalanan anda sewajarnya.
Mercedes-AMG SL43 dipertonton di M’sia — roadster 381 PS; 0-100 km/j dalam 4.9 saat; anggaran RM1 juta
Ketika pengenalan model Mercedes-Benz A-Class Sedan facelift hari ini, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut mempertontonkan model SL generasi ketujuh, yang pertama kali membuat penampilan globalnya pada November 2021. Kini diposisikan di bawah Mercedes-AMG, model R232 SL terkini telah menggantikan GT Roadster dan kembali dengan bumbung fabrik boleh lipat — SL terakhir dengan ciri ini adalah model R129 tahun 90an. SL yang dilihat ini merupakan varian SL43 yang diperkenalkan untuk pasaran global pada April lalu, untuk menyertai dua varian lain, SL55 4Matic+ dan SL63 4Matic+. Dua varian tersebut menggunakan enjin M177 4.0 liter biturbo V8 dan pacuan semua roda, manakala SL43 pula memanfaatkan enjin M139 2.0 liter turbocas empat-silinder sebaris dengan pacuan roda belakang. Unit M139 ini adalah enjin yang sama digunakan untuk versi prestasi tinggi 45 bagi model CLA, A-Class dan GLA, dengan kedudukan pacuan roda belakang tersebut. Yang membezakannya ialah, unit untuk SL menampilkan sistem turbo baru yang memanfaatkan pengecas turbo gas ekzos elektrik dari teknologi F1. Disepadukan secara langsung pada shaft pengecas turbo antara turbin di sisi ekzos dan kompresor di sisi intake, motor elektrik berkenaan mempunyai ketebalan sekitar 4 cm. Ini memutarkan shaft dalam rev rendah sehingga gas ekzos mengambil alih, membolehkan respon segera diperbaiki dari kedudukan kelajuan mendatar serta untuk seluruh julat kelajuan enjin. Pengecas turbo elektrik itu berfungsi antar kelajuan enjin sehingga 170,000 rpm dan memanfaatkan sistem 48-volt mild hybrid, yang disambung kepada belt-driven starter-generator (RSG). RSG ini mampu memberikan lonjakan sementara sebanyak 14 PS (13 hp atau 10 kW), dan dalam masa masa membolehkan mod melayar, pengumpulan tenaga serta peralihan lancar bagi fungsi Start/Stop enjin. Output keseluruhan sistem adalah 381 PS (375 hp atau 280 kW) pada 6,750 rpm dan 480 Nm tork dari 3,250 hingga 5,000 rpm. Ini dipadankan dengan transmisi automatik AMG Speedshift MCT 9G yang menghantar kuasa ke roda belakang. Dari segi prestasi, ia mengambil masa 4.9 saat u ntuk pecutan 0-100 km/j, dengan laju maksimum 275 km/j. Bumbung SL ini juga boleh dilipat dalam masa 15 saat, dalam kelajuan di bawah 60 km/j. Mercedes-AMG SL43 2023 ini tidak disenaraikan secara rasmi dalam laman web MBM, tetapi mereka yang berminat boleh menghubungi MBM untuk membuat tempahan khas, dengan harga anggaran bagi model ini sekitar RM1 juta.
Ducati DRE Racetrack Academy beri peluang peserta tuntut ilmu tunggangan litar dengan professional
Ducati dalam usaha untuk memberikan lebih nilai dan peluang kepada pemilik motosikal jenamanya untuk menikmati gaya hidup bermotosikal menganjurkan pelbagai acara seperti perjalanan ke World Ducati Week, menonton MotoGP di litar, track day dan pelbagai lagi. Bagi yang ingin belajar atau meningkatkan kemampuan menunggang, DRE Racetrack Academy adalah salah satu yang perlu disertai. Baru-baru ini ia berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), selama tiga hari dan melibatkan penyertaan pemilik dari pelbagai negara termasuk Indonesia, China, India, Filipina, Singapura, Malaysia. Meskipun nama “Racetrack” itu seakan menggambarkan acara ini serius tentang litar, peserta tidak sepatutnya rasa takut atau terancam untuk menyertainya kerana ia dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Introduction, Warm-Up, Evo dan Master. Jadi, tidak kiralah sama ada sudah biasa menunggang dalam litar ataupun tidak pernah langsung, anda boleh memilih kategori yang sesuai mengikut kemampuan diri yang sudah diketahui. Jika memang itu kali pertama anda masuk ke litar, kategori Introduction adalah saranan pertama, sementara jika sudah biasa, bolehlah memilih sama ada EVO ataupun Master. Terima kasih kepada Pirelli dan Ducati Malaysia, kami juga berpeluang untuk menyertai DRE Racetrack Academy ini, dengan penganjur meletakkan wakil kami, Durrani Sharom ke dalam kategori Intro kerana masih tidak mengetahui tahap kemampuan beliau. Sesi untuk setiap kategori dimulakan dengan teori pengenalan kepada tunggangan di dalam litar yang termasuk laluan lumba (racing line), tempat membrek (braking point) serta pelbagai lagi asas yang diperlukan untuk tunggangan dalam litar. Kemudiannya, peserta akan dibahagikan pula kepada kategori masing-masing, serta kumpulan yang lebih kecil sekitar empat hingga lima orang dengan satu pengajar. Menariknya tentang Ducati, mereka mempunyai barisan pengajar sendiri yang dipilih melalui proses mencabar dan terdiri daripada mereka yang bukan calang-calang, dengan kebanyakannya adalah pelumba atau bekas pelumba. Antara nama-nama terkenal yang terlibat untuk DRE Racetrack Academy kali ini di SIC adalah seperti Dario Marchetti (juga adalah pengarah teknikal DRE), Karel Abraham, Chaz Davies, Alex De Angelis, Ferruccio Lamborghini, Emilio Zamora serta Carlos Serrano. Apabila sudah dibahagikan dalam kumpulan masing-masing yang lebih kecil, pengajar dapat memberikan fokus yang lebih baik kepada setiap peserta, dengan setiap kali apabila masuk kembali ke pit selepas beberapa pusingan di dalam litar, pengajar akan memberitahu cara untuk memperbaiki tunggangan masing-masing. 240 240 Apa yang kami gemar dalam acara DRE Racetrack Academy ini, boleh dikatakan semua tenaga pengajar DRE cukup mesra dengan peserta sekaligus menimbulkan rasa senang untuk bertanyakan sebarang soalan. Jika tidak cukup dengan jawapan lisan, mereka juga akan menunjukkan cara yang betul dengan menaiki simulator khas yang disediakan. Dalam lima sesi masuk ke dalam litar sepanjang satu hari acara ini, salah satunya akan melibatkan pengajar merekod tunggangan peserta dari belakang menggunakan video (melekat di bahagian hadapan motosikal). Selepas selesai, video itu dimainkan semula pada skrin dan pengajar akan menunjukkan di mana bahagian yang boleh diperbaiki. Bagi kami, DRE Racetrack Academy adalah satu peluang yang tidak patut dilepaskan bagi seorang pemilik Ducati. Walaupun ia adalah acara berbayar (RM6,800 seorang untuk kategori EVO), ia dirasakan berbaloi kerana anda mendapat maklum balas berkenaan cara tunggangan dan langkah memperbaikinya daripada pengajar profesional. Bukan setakat itu, anda juga dapat membelasah Panigale V4S (berharga RM190k di Malaysia) dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa V3, di litar yang disenaraikan sebagai antara yang terbaik di dunia. Kemudian di penghujung hari, setiap peserta diberi sijil dan dapat menikmati beberapa aktiviti lain seperti pertunjukan lagak ngeri menggunakan motosikal. 240 240 240
Mercedes-Benz A-Class facelift 2023 kini di Malaysia – bermula RM234k, A200 dan A250 4matic, hanya sedan
Selepas didedahkan pada Oktober tahun lalu, model kemaskini untuk Mercedes-Benz A-Class generasi terkini sudah pun sampai ke pasaran Malaysia. Seperti versi sebelum ini, A-Class biasa untuk pasaran Malaysia dibuat secara pemasangan tempatan (CKD) di Pekan, Pahang dan ia hanya ditawarkan dalam versi sedan V177 dalam varian A200 Progressive Line dan A250 4Matic AMG Line. Bagi model asas A200 Progressive Line, ia dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM 238,888. Manakala untuk Mercedes-Benz A250 4Matic AMG Line pula, harga rasminya belum diumumkan, tetapi Mercedes-Benz Malaysia sudah mengeluarkan harga anggaran iaitu RM 264,000. Untuk model A200 Progressive Line, ia masih dibekalkan oleh penjana yang sama iaitu enjin petrol turbo 1.33L empat-silinder sebaris yang dibekalkan oleh Renault menghasilkan 163 hp pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 270 Nm bermula 2,000 hingga 3,500 rpm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan. Manakala bagi A250, enjin M260 2.0 liter turbo empat-silinder berkuasa 224 hp pada takat 5,500 rpm hingga 6,100 rpm dengan tork 350 Nm bermula 2,000 rpm hingga 4,000 rpm masih dikekalkan, tetapi kini diberikan sistem hibrid ringkas (MHEV) 48V dengan unit starter generator pacuan tali sawat (RSG) berkuasa 13 hp dan tork 150 Nm. Enjin berkenaan digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik lapan-kelajuan, dan seperti namanya, ia kini menerima sistem pacuan semua roda 4matic. Ini membolehkan model ini memecut dari dari 0-100 km/j dalam masa 6.4 saat dan mencapai kelajuan maksima 250 km/j. Model facelift ini menampil perubahan kecil pada sebelah luar, bermula pada bahagian muka di mana ia diberikan lampu hadapan LED baharu bersama lampu nyalaan siang yang kini lebih nipis dan tidak lagi berbentuk-L seperti versi sebelum ini. Kedua-dua varian diberikan lampu tinggi adaptif. Mercedes-Benz A200 Progressive Line (kiri) dan A250 4Matic AMG Line (kanan) Gril hadapan masih lagi berbentuk heksagon. Bagi model A200 Progresive line, ia menampilkan kemasan liang udara palsu pada setiap sisi yang kecil. Manakala untuk model A250 yang datang dengan kit AMG, ia menampilkan gril hadapan dengan elemen bintang tiga penjuru bagi menggantikkan elemen pin krom serta bampar “A-Wing profile” yang kini direka kurang bersegi. Di belakang, kluster lampu untuk A-Class facelift ini masih lagi nampak sama, tetapi menampilkan rekaan grafik berbeza. Manakala pada bampar, kedua-dua model A200 Progressive Line dan A250 AMG Line ini hadir dengan rekaan bahagian diffuser dan perumah tip ekzos yang lebih ringkas. Untuk roda, A200 menerima rim aloi ringan 17-inci lima jejari berkembar dalam kemasan dua-tona, manakala A250 pula diberikan set rim aloi ringan AMG 18-inci lima jejari berkembar dalam kemasan tremolite grey dan aloi digilap. Kedua-dua set rim ini didakwa memberikan kesan aerodinamik yang dioptimakan. Mercedes-Benz A200 Progressive Line (kiri) dan A250 4Matic AMG Line (kanan) Dalam kabin, bentuk papan pemuka versi facelift ini masih nampak sama seperti sebelum ini, menampilkan skrin berkembar masing-masing bersaiz 10.25-inci untuk paparan instrumen digital dan infotainmen. Tetapi touchpad pada konsol tengah yang digunakan untuk mengawal skrin infotain sudah tidak ada. Bahagian berkenaan kini ditempatkan ruang storan bertutup bersama butang kawalan untuk sistem Dynamic Select, bantuan parkir dan kawalan bunyi audio. Sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX) pada A-Class facelift ini juga telah dipertingkat kepada versi NTG7, dan ia menampilkan pelbagai servis terhubung, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay hubungan tanpa wayar dan juga gaya paparan yang kini boleh dipilih antara Classic, Sporty atau Discreet. Port pengecas telah diperingkat dengan memberikan fungsi cas pantas, serta diberikan tambahan port USB Type-C. Bagi kabin model A200 Progressive Line, ia diberikan tempat duduk jenis Comfort dengan upholsteri kulit sintetik Artico, serta kemasan panel-panel ala-gentian karbon gelap pada papan pemuka dan pintu. Manakala A50 AMG Line pula menerima imej lebih sporty menampilkan upholsteri gabungan kulit sintetik Artico dan gentian mikro Microcut serta serlahan jahitan merah. Kedua-dua varian ini menerima sistem keselamatan termasuk Active Parking Assist dengan kamera undur, Bantuan titik buta, bantuan amaran keluar kenderaan dan bantuan brek aktif. Bagi model A250, ia turut menerima tambahan Sports Brake System yang memberikan mengekalkan prestasi membrek walaupun ia digunakan secara agresif dalam masa yang lama.
Gracshaw lancar helmet berkonsepkan Jepun – enam pilihan grafik, dua visor, lulus SIRIM, harga RM420
Pengeluar helmet tempatan, Gracshaw hari ini telah melancarkan barisan helmet motosikal baru yang dipanggil sebagai Japan Edition. Ia menggunakan asas daripada bentuk helmet Gennex yang tersedia sebelum ini, namun diterapkan dengan rekaan berkonsepkan Jepun yang ditawarkan dalam enam pilihan iaitu Kurita, Tsuru, Japop, Tengu, Oda dan Karasu. Setiap rekaan yang digunakan pada Gracshaw Japan Edition ini dihasilkan sendiri oleh pereka Gracshaw, dan mempunyai maksudnya yang secara amnya boleh dikategorikan kepada cerita dongeng, budaya pop serta sejarah yang berkaitan Jepun. Selain rekaan unik, helmet Gracshaw Japan Edition yang dijual pada harga RM420 setiap satu ini turut menampilkan pelbagai ciri antaranya seperti visor gelap binaan dalaman, salur udara di depan, atas dan belakang serta span dalam yang boleh dicabut untuk dibasuh atau ditukar. Setiap pembelian juga akan diberi dengan beg helmet khas. “Ini adalah barisan helmet paling unik dan mengujakan pernah dihasilkan oleh Gracshaw dan kami mengambil masa hampir lapan bulan untuk membangunkannya dari satu konsep ke pengeluaran akhir. Visi kami adalah untuk menawarkan pelindung kepala yang menggabungkan kualiti, keselesaan serta gaya kepada penunggang,” kata pengurus bahagian pemasaran Double Site Marketing, Farizan Md Akir. Meskipun adalah model rekaan istimewa, Gracshaw Japan Edition ini tidak hanya akan dikeluarkan dalam jumlah yang terhad, dan Farizan juga memberitahu bahawa Gracshaw mempunyai perancangan untuk memasarkannya di negara jiran. Helmet ini turut mendapat pengiktirafan daripada SIRIM dan mencatat berat 1,500 gram (saiz L).
BHPetrol dan Maxis bekerjasama untuk terminal pembayaran luaran di stesen di Semenanjung Malaysia
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah memilih Maxis untuk menyertai pelaksanaan digitalisasi meluas BHPetrol untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di stesen runcit mereka. Menerusi kerjasama ini, Maxis sebagai penyedia rangkaian akan menyediakan SD-WA terurusnya (Software-Defined Wide Area Network) untuk menyokong terminal pembayaran di setiap pam minyak dan sistem kaunter bayaran (Point of Sale) di semua stesen runcit BHPetrol di Semenanjung Malaysia. Sebagai pengetahuan, SD-WAN adalah teknologi rangkaian yang menawarkan solusi kesalinghubungan yang fleksibel, boleh dinaik taraf, dan berpatutan sambil menggabungkan langkah-langkah keselamatan yang tersedia untuk memastikan perlindungan komunikasi secara menyeluruh. Menurut Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, hingga kini, SD-WAN Maxis telah dilaksanakan di lebih daripada 240 lokasi, dengan pelaksanaan di stesen-stesen lain dijangka selesai menjelang akhir tahun. “Kerjasama penting ini membolehkan Maxis menawarkan keupayaan unik dan pengalaman kami dalam menyediakan teknologi rangkaian generasi seterusnya. Kami bersedia untuk bekerjasama serta menyokong usaha transformasi digital BHPetrol,” katanya. Manakala Ir. Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol berkata, “Di mana kerjasama strategik ini selaras dengan komitmen kami untuk memanfaatkan kuasa digitalisasi dalam mempercepatkan pertumbuhan kami. Kami yakin bahawa kerjasama ini akan membolehkan kami memupuk lebih banyak inovasi, meningkatkan operasi, dan yang penting sekali, meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan di BHPetrol.” Sejajar dengan kerjasama ini, Maxis dan BHPetrol menawarkan rebat tunai eksklusif kepada pengguna Maxis dan Hotlink sehingga 30 Jun 2023. Pengguna hanya perlu memuat turun tawaran ini dari aplikasi Maxis
Ital Auto kini pengedar baharu Ferrari di Malaysia
Pada awal Mac lalu, dilaporkan bahawa hubungan kerjasama perniagaan antara Ferrari dan Naza Italia, yang telah bermula sejak tahun 2008, telah pun berakhir mulai 8 April 2023. Kini, selepas sebulan pembubaran kerjasama berkenaan, Ferrari telah mendedahkan identiti rakan kerjasama baharunya untuk pasaran Malaysia. Dalam kenyataan yang diedarkan kepada para pelanggannya, pengeluar kereta Itali berkenaan telah mengumumkan bahawa Ital Auto Malaysia telah dilantik sebagai pengimport bertauliah secara rasminya untuk pasaran Malaysia, bermula 5 Mei 2023. “Ital Auto telah menjadi pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Singapura sejak 2009, dan telah terbukti sebagai rakan kongsi yang efektif dan boleh dipercayai dengan menyampaikan pengalaman pelanggan yang luar biasa dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami. Kami yakin bahawa pangkalan pelanggan kami di Malaysia dan rantau ini akan terus menerima layanan terbaik,” kata Ketua Pegawai Komersil dan Pemasaran Ferrari Enrico Calliera dalam kenyataan yang dikeluarkan. Syarikat itu turut menambah Ital Auto Malaysia akan mengambil alih tempahan dan deposit pelanggan sedia ada untuk kenderaan Ferrari. Ital Auto yang merupakan sebahagian daripada multi-francias Kumpulan Komoco yang dimiliki oleh billionair Malaysia yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng. Selain Ferrari, Komoco turut mengendalikan beberapa jenama automotif lain di republik berkenaan, termasuk Hyundai dan Maserati. Walau bagaimana pun, tidak didedahkan bilakah bilik pameran Ferrari baharu kendalian Ital Auto ini akan mula beroperasi. Namun difahamkan, bilik pameran yang terletak di Glenmarie itu sedang dalam proses pembinaan.
GWM Haval H6 Hybrid dipertonton di Malaysia – enjin 1.5T hibrid 243 PS, transmisi DCT, lancar Q4 2023
Haval H6 telah dipertontonkan secara rasmi di Malaysia, sebelum ia dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Ia merupakan satu daripada dua model Haval yang telah disahkan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi oleh Great Wall Motor, sementara satu lagi adalah Jolion, yang juga hadir di acara Malaysia Autoshow 2023. Lencana HEV pada model yang dipamerkan ini menandakan ia adalah varian hibrid bagi H6, yang menggunakan enjin petrol empat silinder 1.5 liter berkuasa 167 PS dan 285 Nm, dipadankan bersama transmisi klac berkembar tujuh kelajuan serta motor elektrik 177 PS (130 kW) untuk menghasilkan kuasa keseluruhan 243 PS dan tork 530 Nm. Menurut wakil Great Wall Motor, spesifikasi H6 ini masih belum ditetapkan lagi, tetapi kenderaan yang dipamerkan dilihat mempunyai lampu utama LED, rim 19 inci (tayar 225/55), pintu but boleh buka secara elektrik serta lampu belakang LED bersama jalur yang bersambung di tengah. Pada bahagian dalam terdapat panel instrumen digital 10.25 inci, skrin sesentuh 12.3 inci untuk sistem infotainmen, pengecas tanpa wayar, tempat duduk hadapan larasan kuasa, bumbung suria boleh buka, tempat duduk balutan kulit/fabrik serta pendingin hawa automatik dengan corong di belakang. Pengesan radar yang berada di bampar hadapan juga memberi petunjuk ia akan mempunyai sistem bantuan pemandu tambahan. Berkenaan saiz, H6 mencatat ukuran panjang 4,683 mm, lebar 1,886 mm, tinggi 1,724 mm dan jarak roda 2,738 mm. Jika dibandingkan dengan SUV segmen C yang lain, Haval mempunyai jarak roda lebih panjang dengan mengatasi Proton X70 (2,670 mm), Honda CR-V (2,660 mm) dan Mazda CX-5 (2,700 mm). Meskipun H6 Hybrid ini masih belum dilancarkan di negara kita, ia sebenarnya sudah dijual di Thailand pada harga 1.349 juta baht (RM177,551) untuk varian Ultra. Bila tiba di Malaysia nanti anda rasa berapa harganya?
Toyota Yaris 2023 terima tingkat taraf kecil untuk pasaran Malaysia – tiada varian J, RM84k-RM88k
Toyota Yaris 1.5G 2021 Mac lalu, Toyota Yaris untuk pasaran ASEAN telah pun menerima satu lagi versi facelift yang diperkenalkan di Thailand – tiada model serba baharu yang diasaskan dari Vios generasi terkini menggunakan asas Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Nampaknya Malaysia juga menerima versi kemaskini Yaris untuk 2023 ini, namun tiada perubahan rupa diberikan, sebaliknya ia menerima beberapa tingkat taraf dari segi perincian. Untuk model tahun 2023 ini, UMW Toyota sudah tidak lagi menawarkan Yaris dalam varian paling asas J, sama seperti yang dibuat pada Vios. Jadi pembeli hanya boleh memilih sama ada Yaris 1.5 E yang dijual pada harga bermula RM83,300 dan juga varian tertinggi Yaris 1.5 G yang dijual pada harga RM87,600. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran. Ia juga masih menerima perlindungan waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jika anda rujuk balik dengan harga yang UMWT tawarkan selepas kemaskini pengenalan semula cukai jualan tahun lalu, harga untuk kedua-dua varian ini sebenarnya masih kekal sama. Seperti yang disebut tadi, tiada sebarang perubahan diberikan jika anda lihat Yaris 2023 ini pada sebelah luar, berbanding model pasaran Thailand yang kini menerima lampu dan bampar hadapan yang mungkin tidak sesuai dengan selera kita di Malaysia. Kedua-dua varian masih datang dengan perincian seperti lampu hadapan LED bersama fungsi follow-me-home, lampu nyalaan siang dan lampu kabus LED, lampu belakang LED, lampu kabus belakang halogen, cermin sisi auto-lipat, rim aloi 16-inci dan cermin hadapan akustik. Yaris E kekal diberikan pembuka pintu dengan warna badan, manakala Yaris G juga kekal dengan pembuka pintu dalam kemasan krom. Satu-satunya perincian baharu yang boleh anda lihat pada sebelah luar adalah Yaris 2023 kini datang standard dengan tag RFID. Jika anda masuk ke dalam kabin pula, dapat dilihat kedua-dua varian Yaris 2023 ini diberikan meter Optitron baharu yang menampilkan tema merah-hitam berbanding biru sebelum ini, sementara skrin pelbagai info 4.2-inci masih dikekalkan. Istimewa untuk varian tertinggi Yaris G, pemandu akan turut menerima roda stereng yang dibalut dengan kulit lebih lembut, dan buat pertama kali menerima pedal penukar gear di belakang roda stereng berkenaan. Toyota Yaris 1.5G 2021 Selain itu, kedua-dua varian Yaris 2023 ini menerima tingkat taraf port USB type C untuk penumpang belakang dan corak tempat duduk baharu. Manakala unit kamera perakam digital (dashcam) hadapan yang dipadankan secara standard untuk kedua-dua varian kini diberikan fungsi untuk dihubungkan kepada telefon pintar. Bagi perincian lain, kedua-dua varian ini masih mengekalkan ciri yang sama termasuk sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, mod pemandua Sport dan Eco, scuff plate bernyala, Sistem Telematik Kenderaan (VTS), kunci automatik berdasarkan penderia kelajuan, tujuh-beg udara, penderia parkir belakang, VSC, Traction Control, sistem brek ABS dan EBD serta BA, dan bantuan mula mendaki. Pakej bantuan pemanduan Toyota Safety Sense (TSS) juga masih diberikan pada kedua-dua varian Yaris 2023 ini menampilkan sistem seperti sistem pra-pelanggaran (PCS) dengan brek kecemasan automatik, amaran keluar laluan (LDA), pemantau titik buta dengan amaran lintasan trafik belakang serta kamera pemantau panaromik 360-darjah. Toyota Yaris 1.5G 2021 Bagi pecahan perincian setiap varian, Yaris E dibekalkan dengan roda stereng dan tombol gear urethane, sistem pendingin hawa manual serta empat pembesar suara. Manakala Yaris G pula menerima roda stereng dan tombol gear balutan kulit, pendingin hawa automatik, enam pembesar suara, cermin pandang belakang elektrokromik dan juga tambahan penderia parkir hadapan. Tiada perubahan juga diberikan pada aspek mekanikal. Kedua-dua varian Yaris 2023 ini masih dijana enjin Dual VVT-i 2NR-FE 1.5 liter empat silinder berkuasa 107 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 140 Nm pada takat 4,200 rpm. Ia digandingkan dengan kotak gear CVT automatik yang diberikan mod manual menampilkan tujuh-kelajuan maya. Empat warna badan masih ditawarkan untuk Yaris 2023 ini termasuk Red Mica Metallic, Platinum White Pearl dan Silver Metallic. Pembeli juga boleh memilih barisan aksesori asli seperti dashcam belakang berharga RM380, pengecas telefon tanpa wayar berharga RM490 serta kit badan berharga RM2,500.
Laluan motosikal di Plaza Tol Juru arah utara dilencongkan sementara pada 10-26 Mei – PLUS
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan lorong motosikal di laluan keluar Plaza Tol Juru (menghala ke utara/Sungai Dua) akan ditutup sementara selama tiga minggu mulai 10 hingga 26 Mei 2023, Ia adalah bagi kelancaran kerja pembaikan turapan lorong motosikal dan kerja berkaitan perabot jalan secara berperingkat di Plaza Tol Juru di Lebuhraya Utara-Selatan. “Kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan melalui tiga fasa pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, lorong motosikal di lokasi tersebut dibuka seperti biasa pada hari Sabtu dan Ahad. “Sehubungan itu, pengguna motosikal di laluan tersebut akan dilencongkan di laluan keluar paling kiri di Plaza Tol Juru sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut dijalankan. Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan. Sambung PLUS lagi, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan atau mendapatkan maklumat trafik dengan menggunakan Aplikasi PLUS atau menerusi Chatbot PUTRI. Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.
Sime Darby Motors buka pusat 3S BYD baharu di Lembah Klang – Ara Damansara, Glenmarie, Cheras
Sime Darby Motors (SDM) telah mengumumkan pelancaran pusat 3S BYD baharu di Lembah Klang. Yang pertama, terletak di Ara Damansara, dan dikendalikan oleh anak syarikat SDM iaitu Sime Darby Beyond Auto (SDBA). Dibangunkan dengan kos sekitar RM11 juta, pusat 3S ini terletak di kawasan seluas 19,375 kaki persegi, dilengkapi dengan kemudahan dan konsep peruncitan terkini yang senada dengan identiti jenama BYD. Fasiliti ini dikendalikan oleh 48 kakitangan, memiliki sejumlah emoat petak penyelenggaran yang mampu menyelenggara sehingga 270 kenderaan dalam sebulan. Pusat 3S BYD kedua pula terletak di Glenmarie, dan dikendalikan oleh BYD Sisma Auto. Dengan keluasan 21,527 kaki persegi, fasiliti ini menempatkan bilik pameran yang boleh mempamerkan sehingga sembilan unit kenderaan dan bahagian penyelenggaran pula dilengkapi 10 petak penyelenggaran. Bagi pusat 3S BYD ketiga pula, ia bertempat di Cheras dan dikendalikan oleh Millenium Autobeyond. Dengan kawasan fasiliti seluas 21,323 kaki persegi, ia turut menempatkan bilik pameran yang mampu mempamerkan empat unit kenderaan dan dilengkapi dengan lima petak penyelenggaran. Pelanggan boleh menikmati pelbaga kemudahan yang disediakan di ketiga-tiga pusat 3S BYD baharu ini termasuk ruang menunggu yang selesa, servis WiFi percuma, sudut mengecas peranti dan juga makanan ringan juga secara percuma. “Sebagai salah satu pemain utama dalam industri automotif, pembukaan tiga pusat 3S BYD ini adalah bukti komitmen kami ke arah memacu lebih banyak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di kalangan rakyat Malaysia sambil kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan bertaraf dunia kepada pelanggan BYD kami. “Kami berbesar hati dapat menjalin perkongsian yang kukuh dengan rakan kongsi pengedar kami – Sisma Auto dan Millenium Autobeyond – dan kami berharap dapat menawarkan rakyat Malaysia kenderaan dan penyelesaian BYD yang inovatif dan mampan yang memenuhi keperluan mobiliti mereka dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau,” kata CEO Kumpulan Sime Darby Datuk Jeffri Salim Davidson. Menjelang akhir 2023, SDBA mensasarkan untuk mengembangkan lagi rangkaian pengedarnya di seluruh negara, termasuk di wilayah utara dan selatan.
Toyota sudah tarik balik Vios dari pasaran Thailand susulan salah laku ujian pelanggaran oleh Daihatsu
Jika anda masuk ke laman sesawang rasmi Toyota Thailand, anda boleh lihat tiada lagi pilihan Yaris Ativ (atau dikenali sebagai Vios di Malaysia dan pelbagai pasaran lain) dipaparkan. Ini bermaksud jualan untuk sedan segmen-B yang dihasilkan bersama Daihatsu tersebut sudah pun ditarik balik dari jualan buat masa sekarang. Menurut laporan Reuters, jualan Yaris Ativ yang dihentikan di Thailand tersebut adalah susulan pengakuan yang dibuat oleh Daihatsu akhir bulan lalu menyatakan bahawa ia telah melakukan salah laku dalam ujian pelanggaran di Jepun, melibatkan empat model yang dihasilkan dari platform DNGA. Model-model terlibat adalah Vios/Yaris Ativ, Perodua Axia 2023, Toyota Agya dan sebuah lagi model yang akan dilancarkan. Daihatsu mengaku di atas perbuatan tersebut dalam sebuah kenyataan, dan menambah lebih 88,000 unit dari model yang terkesan itu telah dijual di Malaysia, Thailand, Indonesia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Mexico setakat ini. Apa yang berlaku adalah dalam ujian berkenaan Daihatsu telah mengubah suai struktur bahagian dalam panel pintu hadapan. Menurut laporan Reuters sebelum ini, ubahsuai tersebut dibuat bagi meminimumkan risiko panel plastik dalaman pintu tersebut boleh pecah dan terhasilnya bucu tajam yang akan mencederakan ketika beg udara sisi diaktifkan – namun ia hanya untuk unit-unit yang diuji, dan tidak ada pada model produksi sebenar yang dijual. Dalam satu sidang media yang di buat di Bangkok, CEO Toyota untuk rantau Asia Masahiko Maeda berkata bahawa masalah ini mungkin timbul kerana tekanan yang diberikan kepada Daihatsu untuk memendekkan masa pembangunan model berkenaan. Beliau turut menambah bahawa unit-unit yang telah dihantar kepada pengguna buat masa sekarang masih lagi selamat untuk digunakan. Laporan dari Reuters turut menyebut ketika ini Toyota sedang bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi menyambung semula jualan Yaris Ativ yang di produksi oleh kilang Toyota yang terletak di wilayah Chachoengsao, dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan. “Sekiranya pembangunan dibuat dalam keadaan yang betul, masalah seperti ini sudah tentu tidak akan berlaku,” kata Maeda. “Saya fikir hakikat bahawa ia tetap berlaku, bermakna terdapat sedikit tekanan ketika pembangunan,” katanya. Maeda turut menjelaskan bahawa saiz Vios yang besar turut menjadi faktor cabaran buat Daihatsu yang dikenali dengan kepakaran membina kereta dalam saiz lebih kecil. Untuk pasaran Malaysia, UMW Toyota dan juga Perodua mengeluarkan kenyataan rasmi yang senada, menyatakan bahawa pensijilan UN-R95 yang diterima untuk Vios dan Axia di Malaysia adalah sah. Ini bermakna kedua-dua syarikat tersebut memberi jaminan bahawa Vios dan Axia masih selamat digunakan di atas jalan raya, justeru tiada panggilan semula akan dibuat dan penghantaran tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan akan diteruskan seperti biasa.
Aveta Ranger Max 130 dipertonton di Malaysia – bakal dilancar tengah tahun ini, enjin 130 cc, sekitar RM6k
Semasa acara Malaysia Autoshow 2023 hujung minggu lalu, pengeluar motosikal tempatan, Aveta telah membuat pra tonton sebuah model baru yang dipanggil sebagai Aveta Ranger Max 130. Ia dijangka dapat dilancarkan untuk jualan sekitar bulan Jun atau Julai tahun ini Jika dibandingkan dengan Ranger 110 yang ditawarkan sebelum ini, Ranger 130 Max ini boleh dikatakan cuma berkongsi konsep sama, sementara motosikal itu sendiri menerima pelbagai peningkatan termasuk pada badan dan juga enjinnya. Spesifikasi penuh Ranger 130 Max masih belum didedahkan tetapi ia akan dipacu oleh enjin satu silinder 130 cc suntikan bahan api, bersama transmisi lima gear tanpa tuil klac tangan. Enjin ini boleh dihidupkan dengan butang elektrik ataupun penendang kaki. Seperti yang boleh anda lihat di dalam gambar, tiga Ranger Max 130 yang dibawa untuk pameran menggunakan pelbagai aksesori seperti kotak barangan, beg tepi atau hadapan, rak barangan, tong bahan api tambahan serta pelindung enjin. Walaupun begitu, Aveta Malaysia memberitahu, mereka masih belum membuat keputusan barangan apa yang akan diberi sebagai pakej bersama motosikal yang akan dijual pada harga sekitar RM6-7k. Dalam keadaan standard, Ranger Max 130 datang dengan tetapan brek cakera di hadapan dan dram di belakang, rim 18 inci di hadapan dan 16 inci di belakang, fork teleskopik di hadapan dan dua penyerap hentak dengan tabung gas di belakang, lampu hadapan LED serta meter digital berwarna.
Tindakan tetap diambil terhadap pemegang lesen 10 tahun yang lakukan kesalahan trafik – Menteri MOT
Walaupun anda memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun, tindakan penguatkuasaan tetap akan diambil sekiranya melakukan sebarang kesalahan trafik. Itulah yang dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke, yang berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai sistem yang mampu mengesan pesalah dan tindakan seperti penggantungan lesen atau menarik lesen bagi kesalahan tertentu tetap dilakukan, laporan Bernama. “Walaupun ada pihak mendakwa dengan cara ini orang tidak bayar saman dan sebagainya, kami ada cara lain iaitu digital. Kalau mereka ada kesalahan seperti kes kemalangan, hukuman gantung lesen mereka tetap dilakukan, bukan bermaksud pemegang lesen itu sudah bayar (lesen) tidak akan digantung,” katanya. Berkenaan dengan dasar baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu membenarkan pemegang lesen memandu bagi semua kategori mendapat diskaun 10% sekiranya memperbaharui tempoh 10 tahun, beliau berkata, “Cuma bayar RM270 berbanding RM300. Itu adalah dasar baharu yang kami perkenalkan untuk memudahkan orang ramai. Saya banyak mendapat maklum balas dan permintaan daripada orang ramai tempoh untuk memperbaharui lesen memandu dipanjangkan.”
Proton akan lancar satu model NEV baharu setiap tahun, latih 5,000 bakat tempatan bersama Geely
Ketika pelancaran Proton X90 semalam, pengerusi Geely Holding Group, Li Shufu mendedahkan Proton bakal melancarkan sekurang-kurangnya satu model kenderaan tenaga baharu (NEV) setiap tahun dengan bantuan pemindahan teknologi dari Geely. Menurutnya, kerjasama yang akan diberikan kepada Proton ini bakal memastikan jenama automotif Malaysia itu memenuhi kehendak pasaran automotif akan datang yang mahukan kenderaan yang lebih cekap penggunaan bahan api serta polisi kerajaan yang mahu mengurangkan pencemaran karbon dalam negara. Proton X90 merupakan NEV pertama yang dilancarkan oleh Proton. SUV dengan tiga baris tempat duduk berkenaan dijana dengan sistem elektrifikasi hibrid ringkas (MHEV) 48-Volt menggabungkan enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan sistem suntikan terus (TGDi) dan juga unit stater generator pacuan tali sawat (Belt-Driven Starter Generator atau BSG). Dengan sistem hibrid ringkas tersebut, X90 dapat menghasilkan kuasa keseluruhan 190 PS dan tork maksima 300 Nm, berbanding X50 Flagship dan X70 1.5T yang menggunakan enjin sama menghasilkan hanya 177 PS/255 Nm, serta didakwa mencapai penggunaan bahan api 15% lebih jimat. Terma NEV ini juga tidak terhad pada satu jenis sistem hibrid ini sahaja. Ia merangkumi pelbagai lagi teknologi lain seperti sistem hibrid penuh, hibrid plug-in (PHEV), elektrik penuh (EV), sel bahan api hidrogen (FCEV) dan sebagainya. Li Shufu turut menyatakan dengan pemindahan teknologi NEV dari Geely kepada Proton ini, ia akan turut seiring untuk melatih sekitar 5,000 bakat tempatan yang berkaitan dengan teknologi berkenaan dalam masa lima-tahun akan datang. Rancangan tersebut akan menggunakan sepenuhnya fasiliti Proton di Tanjong Malim, Perak di mana satu jaringan dan sistem ekologi lengkap untuk NEV tempatan akan diwujudkan di sana. Dalam perkembangan sama, sebelum ini Proton telahpun mengumumkan halatujunya dalam teknologi NEV ini. Selain dari MHEV, model-model dengan unit rangkaian kuasa PHEV dan juga EV sememangnya sudah ada dalam rancangan tersebut, namun garis masanya pengenalannya masih belum didedahkan. Proton sebelum ini sudahpun memeterai perjanjian dengan satu lagi jenama di bawah Geely Holding iaitu smart untuk menjadi pengedar EV jenama tersebut di Malaysia dan Thailand yang akan bermula tahun ini menerusi anak syarikatnya, Proton New Energy Technology (Pro-Net). Ini adalah antara sebahagian persediaan Proton bagi menghasilkan EV dengan jenamanya sendiri, dengan belajar untuk memasarkan EV dan menyediankan servis selepas jualan, serta menyediakan jaringan pengecas EVnya sendiri kelak. Buat masa sekarang Proton telahpun menghantar kumpulan pertama kakitangannya ke Hangzhou, China pada Disember lalu. Kesemua mereka ditempatkan di Institut Penyelidikan Geely di Ningbo bagi dilatih dalam pelbagai bidang yang melibatkan pembangunan, penyepaduan, pembuatan, dan jualan serta perkhidmatan untuk kenderaan generasi baharu termasuk EV yang bakal diperkenalkan secara beransur-ansur oleh Proton selepas ini. Sasaran awal Proton adalah untuk melancarkan model EV pertamanya pada 2027, dengan sela masa berkenaan diambil bagi membolehkan ia menghasilkan sebuah model EV dengan teknologi yang paling boleh diterima, mudah diselenggara, dan mampu dimiliki oleh penggunanya. Namun dengan gesaan kerajaan, baru-baru ini Proton mengumumkan bahawa rancangan ini akan dipercepatkan menjelang 2025. Walau bagaimanapun, masih tiada petunjuk model NEV kedua yang akan dilancarkan oleh Proton tahun hadapan. Untuk tahun ini, selain X90, Proton dijangka akan melancarkan satu lagi model serba baharu menjelang akhir tahun iaitu sedan segmen-C pengganti Proton Preve. Model yang dikhabarkan akan digelar sebagai Proton S50 berkenaan akan diasaskan dari Geely Emgrand, namun Proton akan menghasilkan versi lebih berkuasa dengan dijana oleh enjin 1.5 liter turbo dipadankan dengan kotak gear 7DCT, berbanding model pasaran China yang hanya menerima enjin 1.5 liter NA digandingkan bersama kotak gear CVT.
UMW Toyota jual 6,767 unit bagi April, YTD naik 9%
Sepanjang April 2023, UMW Toyota Motor telah menjual sebanyak 6,681 unit kenderaan Toyota dan 86 unit kenderaan Lexus di Malaysia. Ini mewakili penurunan 3% berbanding tempoh sama tahun lalu. Bagaimanapun jualan semasa tahunannya adalah 9% lebih tinggi; syarikat itu juga yakin sedang berada dalam landasan yang betul untuk mencapai sasaran pertengahan tahun, walaupun tempoh operasi lebih pendek sepanjang April kerana Hari Raya Aidilfitri. “Kami kekal yakin dengan kemampunan untuk mencapai pertumbuhan kukuh tahun ini. Kami juga telah menerima maklum balas meyakinkan terhadap model yang baru dilancarkan pada suku pertama 2023, terutamanya Toyota Vios serba baru, dan kami jangkakan ini akan menyumbang kepada pertumbuhan sepanjang tahun,” ujar Presiden UMWT, Datuk Ravindran K. Vios serba baru merupakan model terkini Toyota di Malaysia, dan UMWT menegaskan bahawa kualiti dan keselamatannya terjamin dan tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan. “Kami ingin menegaskan bahawa Toyota Vios serba baru mematuhi semua peraturan keselamatan dan tiada sebarang kompromi terhadap kualitinya. Keselamatan pelanggan dan kenderaan kami sentiasa menjadi keutamaan,” jelas Ravindran, merujuk kepada kes salah laku Daihatsu dalam ujian keselamatan. Dalam perkembangan lain, komitmen syarikat terhadap GR dan perlumbaan juga diteruskan, dengan Toyota Gazoo Racing Festival kini memasuki Musim 6. Perlumbaan 2 bagi Vios Challenge akan berlangsung pada hujung minggu pertama Jun. Untuk e-sukan, Toyota Gazoo Racing GT Cup kini memasuki tahun ke-enam. Menjelang kejuarannya bagi tahun 2023, UMWT akan memperkenalkan GR GT Cup Campus Tour untuk pelajar pula.
Perodua perlu tambah ABS dan ESC pada Axia E, jangan abai keselamatan asas – Wee Ka Siong
Bekas menteri pengangkutan, Dr. Wee Ka Siong menggesa Perodua menambah ciri-ciri asas pada model paling murahnya iaitu Axia generasi pertama dalam varian E yang dilancarkan semula minggu lalu, dijual pada harga atas jalan RM22,000. Beliau memuji usaha Perodua yang sentiasa memikirkan keperluan dan memahami kesukaran rakyat dengan mengeluarkan kenderaan mampu milik, namun ia perlulah dilengkapi sistem keselamatan asas seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau Anti-Lock Braking System dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) demi keselamatan pengguna dan orang ramai. Wee menyatakan bahawa beliau faham banyak isi rumah berpendapatan rendah terhimpit dalam kewangan mereka, tetapi mengurangkan spesifikasi keselamatan kenderaan bukanlah penyelesaiannya “Namun, janganlah kita berkompromi apabila ia menyentuh soal keselamatan pemandu, penumpang termasuk pengguna jalan raya yang lain. Spesifikasi tertentu seperti ABS, ESC dan Agihan Brek Elektronik – EBD (subsistem kepada ABS dan ESC) tidak boleh diketepikan sama sekali hanya kerana mahu menjadikan kenderaan tersebut sebagai ‘kereta rahmah’,” katanya dalam satu hantaran Facebook yang dibuat semalam. Beliau turut menambah bahawa kerajaan mesti mencari lebih banyak cara untuk membantu mereka yang terhimpit dengan beban kewangan ini, dan menawarkan kenderaan dengan spesifikasi keselamatan yang dikurangkan bukalah pilihan. Menurutnya, kajian telah menunjukkan bahawa ESC dan teknologi anti-gelincir lain bagi kenderaan boleh menghalang kira-kira 40 peratus kematian dan pelanggaran daripada kemalangan akibat hilang kawalan. “Itulah sebabnya Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah pentadbiran Tan Sri Liow Tiong Lai sebagai Menteri sebelum ini mewajibkan semua kereta baharu memiliki ESC mulai 1 Jun 2018. “Sejak berdekad, ABS dan ESC terbukti sebagai teknologi penting; yang dapat mengurangkan kemalangan. Semakin hari, kos untuk ciri ini juga telah berkurangan. “Ingatlah bahawa kenderaan yang tidak selamat bukan sahaja membahayakan pemandu tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya lagi dalam hantaran tersebut. Wee berkata beliau difahamkan bahawa spesifikasi Axia E adalah berdasarkan kelulusan yang diberikan di bawah NCAP pada tahun 2014. “Tetapi zaman telah berlalu, dan kita mempunyai pengetahuan serta kepakaran yang lebih baik dalam bidang ini,” katanya dan menambah beliau berharap Perodua melihat semula spesifikasi Axia E yang datang bukan sahaja tanpa ABS, EBD, dan ESC, malah ia juga tiada central lock untuk mengunci keempat-empat pintu kenderaan secara automatik. Wee turut menyatakan bahawa beliau bimbang sekiranya spesifikasi Axia E ini akan dijadikan rujukan pengeluar lain dalam menawarkan model-model mampu milik dalam pasaran tempatan dengan mengabaikan ciri-ciri keselamatan yang paling asas. “Semasa saya menjadi Menteri Pengangkutan, kami mewajibkan ABS untuk motosikal atas 150cc. Adakah pengeluar akan mencari jalan untuk mengurangkan lagi kos motosikal baharu dan menghapuskan ABS? “Saya membangkitkan kebimbangan ini dengan harapan Kerajaan akan memastikan kenderaan terus mengekalkan ciri keselamatan asas ini dalam kenderaan penumpang baharu. Jangan pula kita bergerak ke belakang dalam perkara penting seperti ini,” katanya lagi.
Suzuki V-Strom 800DE tiba di Malaysia – RM60,800
Selain GSX-8S, Suzuki hari ini juga melancarkan sebuah lagi model baru untuk pasaran Malaysia, iaitu V-Strom 800DE. Rupa ikonik model adventure ini masih dapat dilihat, termasuk dengan paruh hadapannya, tetapi sudah diterap dengan kelengkapan moden termasuk lampu LED bertingkat di hadapan. Fokus utama pada model ini adalah penggerak yang dikatakan serba baru, iaitu enjin dua silinder selari DOHC 776 cc dengan crankshaft 270 darjah serta pengimbang yang dipanggil sebagai Suzuki Cross Balancer. Kuasa enjin ini tidak didedahkan, dan ia dipadankan bersama transmisi enam kelajuan dengan klac Suzuki Clutch Assist System (SCAS). Empat mod tunggangan disediakan pada V-Strom 800DE, iaitu Active (A), Basic (B), Comfort (C) dan Gravel. Mod A adalah yang paling agresif dan C paling santai, sementara Gravel pula sesuai untuk tunggangan offroad kerana ia masih membenarkan tayar belakang tergelincir sedikit tanpa mengurangkan kuasa. Sistem kawalan cengkaman Suzuki Traction Control System (STCS) pada motosikal ini juga boleh dipilih dalam empat mod, ataupun ditutup terus, sementara ABS disediakan dalam dua mod, bersama tambahan pilihan untuk ditutup terus bagi roda belakang. Suspensi Showa dengan jarak gerak 220 mm dipasang pada V-Strom 800DE, dan ia terdiri daripada fork USD boleh laras di hadapan dan monoshock dengan tabung gas serta tombol pelaras pra beban di belakang. Apabila dipadankan dengan rim spoked 21 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, motosikal ini menyediakan jarak kelegaan dari tanah 220 mm dan tinggi tempat duduk 855 mm. Meskipun mempunyai karekter lasak, V-Strom 800DE masih diberikan ciri canggih seperti skrin TFT lima inci serta quickshifter yang diberikan secara standard. Selain daripada itu, ia juga dilengkapi tangki bahan api 20 liter, soket pengecas USB serta penghadang angin hadapan yang boleh dilaras tiga tahap (manual). Berat keseluruhan motosikal ini adalah 230 kg, sementara barangan lain seperti beg barangan, pemanas tangan, lampu kabus, tongkat tengah serta pelindung bawah enjin dijual secara berasingan sebagai aksesori pilihan.
Suzuki GSX-8S dilancar untuk pasaran Malaysia – import terus dari Jepun, 776 cc, harga RM50,800
Model naked kelas pertengahan Suzuki, yang diperkenalkan kali pertama kepada dunia sewaktu EICMA hujung tahun lalu, iaitu GSX-8S kini sudah dilancarkan untuk pasaran Malaysia, dengan harga RM tidak termasuk insurans. Model ini akan bersaing dalam pasaran antaranya dengan Kawasaki Z650, Yamaha MT-07 dan Aprilia Tuono 660. Kuasa penggerak GSX-8S datang daripada enjin dua silinder selari 776 cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api elektronik. Kotak gear enam kelajuan bersama sistem pacuan rantai digunakan untuk menyalurkan kuasa kepada roda belakang, dan rim menggunakan saiz 17 inci. Pada bahagian kokpit, informasi penting dipaparkan oleh panel instrumen TFT-LCD lima inci berwarna penuh, manakala bentuk badannya pula mengikuti model yang lebih besar iaitu GSX-S1000. Model baru ini menyediakan tiga mod tunggangan, dengan Mode A yang paling agresif, diikuti Mode B, dan Mode C lebih seperti mod hujan. Menggunakan sistem pendikit ride-by-wire, motosikal ini turut datang dengan kawalan cengkaman tiga tahap, bantuan rpm rendah untuk memudahkan pergerakan awal serta quickshifter secara standard. Memegang rodanya ke atas jalan adalah suspensi daripada Kayaba, dengan fork USD di hadapan, sementara sistem brek pula terdiri daripada cakera berkembar 310 mm bersama angkup empat piston Nissin di hadapan, dan cakera 240 mm di belakang. Berat keseluruhan GSX-8S adalah 202 kg, dan tempat duduknya mempunyai ketinggian 810 mm, manakala tangki bahan api pula berkapasiti 14 liter. Motosikal ini juga datang dengan sistem kawalan cengkaman dengan pilihan tiga mod dan juga boleh ditutup sepenuhnya. Semua tiga warna GSX-8S ini ditawarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Metallic Matt No.2/Glass Sparkle Black. Setiap pembelian datang dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.
Puspakom perkenalkan program PAR untuk elak pelanggan tertipu dan dimanipulasi orang tengah
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) telah memperkenalkan program Wakil Pelanggan Yang Diluluskan oleh Puspakom (Puspakom Approved Customer Representative atau PAR) sebagai langkah untuk memperkukuhkan integriti dan mengekalkan tahap amalan tertinggi di dalam semua urusan perniagaan. Langkah ini dilaksanakan agar semua operasi syarikat dapat dijalankan secara telus, professional dan saksama selaras dengan peraturan dan undang-undang yang termaktub. “Lazimnya, ramai pelanggan Puspakom menggunakan khidmat ”runner” atau orang tengah bagi urusan pemeriksaan kenderaan di pusat pemeriksaan. Bagaimana pun, ada segolongan orang tengah yang memanipulasi, mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan memberi maklumat palsu kepada pelanggan. Pelanggan kemudiannya membuat aduan bahawa Puspakom tidak telus, dan ini telah memberi persepsi buruk terhadap imej syarikat. “Bagi mengatasi isu-isu negatif dan amalan tidak beretika oleh sesetengah orang tengah ini, sistem PAR diperkenalkan. Melalui sistem PAR, Puspakom membuat saringan latar belakang akan dijalankan bagi semua runner dengan kerjasama pihak berkuasa . Mereka yang lulus saringan akan didaftar sebagai PAR,” kata CEO Puspakom, Shukor Ismail. Tambahnya, walau bagaimanapun, pihaknya masih mengalu-alukan orang ramai untuk hadir sendiri ke pusat pemeriksaan Puspakom. Malahan inisiatif ini tidak berniat untuk menafikan hak pelanggan untuk hadir sendiri ke cawangan Puspakom. Semua pelanggan yang ingin menggunakan khidmat orang tengah juga digalakkan untuk mendapatkan khidmat PAR melalui senarai PAR di laman web Puspakom iaitu www.puspakom.com.my.
Toyota sedang bangunkan model prestasi GR EV dengan transmisi manual, klac dan bunyi enjin
Pengerusi Toyota, Akio Toyoda mengesahkan bahawa sayap perlumbaan syarikatnya iaitu Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan kereta prestasi dengan unit rangkaian kuasa elektrik penuh (EV) tetapi diberikan karekter seperti sebuah kereta dengan enjin pembakaran dalaman yang memberikan perincian seperti bunyi enjin dan juga kotak gear manual lengkap dengan pedal klac. Bercakap kepada Autocar ketika perlumbaan Le Mans 24 Jam yang berlangsung hujung minggu lalu, Akio menyatakan bahawa dia sendiri terlibat dengan pembangunan model tersebut bagi memastikan ia memenuhi kriteria yang dimahukan, iaitu ia perlu seronok untuk dipandu seperti barisan model-model GR sedia ada termasuk GR86, GR Yaris, GR Corolla dan GR Supra. “Yang penting bukan unit rangkaian kuasa apa dipadankan pada kereta tersebut, tetapi tahap keseronokan pemanduannya tidak kira apa unit rangkaian kuasa yang diberikan. Saya sebenarnya berpeluang untuk memandu uji BEV GR yang sedang kami bangunkan baru-baru ini. Saya masih tidak tahu sama ada kereta itu akan dipasarkan atau tidak, tetapi keutamaan untuk menghasilkan kereta sebegini adalah ia perlu seronok untuk dipandu, tidak kira apa unit rangkaian kuasa yang digunakan,” kata Akio. Beliau turut menyatakan bahawa kereta tersebut akan dibangunkan dengan menerapkan banyak karekteristik sebuah kereta dengan enjin pembakaran dalaman, termasuk mempunyai pedal klac, kotak gear dan juga bunyi seakan enjin kereta sebenar. “Perbezaan terbesar antara BEV lain dengan unit yang sedang kami bangunkan adalah, apabila anda di dalam GR BEV, anda akan dengar bunyi enjin, walaupun anda tidak boleh bau petrol. Akan ada transmisi manual dan juga klac. Jika anda letakkan seseorang dalam kereta dan suruh dia pandu dan teka unit rangkaian kuasa yang diberikan, mereka tidak akan boleh memberikan jawapan tepat,” kata Akio. “Sama ada ia dibawa ke pasaran atau tidak, apa yang syarikat cuba lakukan adalah untuk meneroka idea apa yang tidak boleh kami hilang walaupun ia telah dijelmakan kepada BEV. “Saya boleh katakan dengan bangga ini merupakan contoh bagaimana Toyota telah berubah kepada sebuah syarikat di mana ahli-ahlinya boleh melihat idea yang kedengaran menarik, menghasilkan kereta dari idea mereka dan selepas itu bawanya untuk dipandu uji,” tambah Akio Sebelum ini divisi mewah Toyota iaitu Lexus ada mendedahkan unit prototaip EV yang dipadankan dengan kotak gear manual lengkap dengan pedal klac. Prototaip tersebut bukan sahaja menampilkan tuil yang membolehkan pemandu memilih bunyi enjin palsu yang dihasilkan seperti bunyi V8 atau empat-silinder sebaris, malah ia juga mempunyai takometer untuk membaca rpm dan memberikan kesan seakan “enjin mati” sekiranya pedal klac tidak dilepaskan dengan betul. Apa yang diperkatakan oleh Akio Toyoda berkenaan mungkin berkaitan dengan teknologi yang didedahkan oleh Lexus ini. Menurut Ketua Jurutera Lexus Electrified, Takashi Watanabe ketika mendedahkan teknologi berkenaan, bunyi enjin palsu yang dihasilkan akan disalurkan ke dalam kabin, tetapi ia tidak boleh didengar di luar. “Kami mahu pastikan kami akan terus menawarkan produk untuk peminat,” kata Watanabe.
Jualan Volkswagen Arteon di Amerika Syarikat akan dihentikan tahun depan; jualan rendah, tidak untung
Volkswagen mengumumkan bahawa jualan untuk coupe empat-pintu iaitu Volkswagen Arteon akan dihentikan di Amerika Syarikat tahun hadapan, selari dengan halatuju syarikat untuk menaikkan keuntungan jenama berkenaan, lapor Motor1. Arteon mencatatkan jumlah jualan yang agak rendah dan jatuh hampir 69% pada 2022, iaitu hanya 1,742 unit terjual di Amerika Syarikat sepanjang tahun lalu. Untuk rekod, Volkswagen berjaya menjual sebanyak 301,000 unit kenderaan di AS untuk tahun 2022. Walaupun jualan Arteon di negara berkenaan mencatatkan peningkatan lebih dari 1,000% untuk suku pertama 2023 berbanding tempoh sama tahun lalu, jumlah berkenaan hanyalah mewakili sebanyak 528 unit. Menurut CEO Volkswagen Passenger Cars Thomas Schäfer, syarikatnya kini mahu mengurangkan kerumitan pada barisan model yang dijual bagi mencapai keuntungan yang lebih tinggi. Syarikat itu juga mahu mengoptimakan kapasiti pada kilang bagi mengurangkan masa menunggu pelanggan yang sudah menempah kereta masing-masing. Buat masa sekarang Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) masih lagi menawarkan model Arteon ini pada pasaran tempatan dengan satu varian tunggal iaitu Arteon R-Line. Malah selepas jualan Passat dihentikan di sini pada Januari lalu, Arteon menjadi satu-satunya model Volkswagen empat pintu dengan but belakang yang ditawarkan di bilik pameran Volkswagen di Malaysia. Dengan “demam SUV” turut melanda pasaran Malaysia, agaknya berapa lama lagi Arteon boleh bertahan di sini?
Audi e-tron GT 2023 dilancar di M’sia – jarak gerak EV cecah 458 km, 646 PS; 0-100km/j 3.1s; dari RM588k
Jika anda pernah menonton filem Avengers: Endgame, mesti perasan jentera yang dipandu oleh Tony Stark bukan? Itulah Audi e-tron GT dan hari ini, sedan sport elektrik penuh tersebut telah pun dilancarkan di Malaysia, menyertai Q8 e-tron yang berada dalam barisan model e-tron yang dibawa masuk oleh PHS Automotive Malaysia’s (PHSAM). Pernah dinobatkan sebagai Kereta Prestasi Dunia 2022, ia pertama kali diperkenalkan pada Februari 2021 dan dibangunkan menerusi platform J1, yang berkongsi dengan Porsche Taycan. e-tron GT ini berukuran 4,989 mm panjang, 1,964 mm lebar, 1.414 mm tinggi dan jarak rodanya pula 2,900 mm. Barisan e-tron GT ini turut ditawarkan dengan beberapa varian dengan ciri kelengkapan yang tidak kurang hebatnya. Untuk model paling asas, e-tron GT quattro ditawarkan pada harga atas jalan RM587,990 tanpa insurans. Ia diberikan penjana kuasa elektrik pacuan-semua roda dengan motor elektrik pada setiap gandar, dengan satu di bahagian hadapan dipadankan bersama transmisi kelajuan-tunggal, sementara unit di belakang diberikan kotak gear dua-kelajuan. Dengan gabungan tersebut, ia memberikan jumlah keseluruhan kuasa mencecah 476 PS (469 hp atau 350 kW) dan tork 630 Nm, sekaligus membolehkan ia dipecut dari 0-100 km/j dalam 4.5 saat dan kelajuan maksimum cecah 245 km/j. Jika memerlukan ledakan kuasa yang lebih padu, terdapat mod boost yang boleh memyalurkan sehingga 530 PS (523 hp atau 390 kW) dan tork 640 Nm, jadi jentera boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam 4.1 saat. Motor elektrik berkenaan dijana oleh bateri lithium-ion dengan kapasiti tenaga kasar cecah 83.7 kWh yang memberikan jarak hingga 458 km mengikut standard WLTP. Untuk pengecasan, e-tron quattro menyokong maksimum AC input (Type 2) berkapasiti 11 kW, dengan pengecassan penuh mengambil masa sekitar sembilan jam. Sekiranya menggunakan pengecas pantas DC dengan input maksimum 270 kW, ia boleh memenuhkan bateri dari 5-80% dalam masa hanya 22.5 minit. Kelengkapan standard yang ditampilkan untuk varian ini termasuk roda aloi aerodynamic module style lima-jejari hitam 20-inci, controlled dampers (bukan suspensi udara), sistem bunyi e-tron sport, Audi drive select, lampu utama dan lampu belakang LED dengan isyarat membelok dinamik, pakej penampilan Hitam, bumbung suria panoramik, elemen dalaman kulit, roda stereng flat-bottomed tiga-jejari, upholstery kulit perforated , tempat duduk hadapan sport dengan larasan kuasa berserta fungsi memori untuk bahagian pemandu dan kawalan suhu tiga-zon. Untuk aspek hiburan pula, ia diberikan MMI Navigation plus dengan sistem MMI touch , yang merangkumi paparan skrin sesentuh 10.1-inci yang juga boleh digunakan bersama Android Auto dan Apple CarPlay menerusi antara muka telefon pintas Audi. Lain-lain paparan termasuklah kokpit maya 12.3-inci (kluster instrumen digital). Bagi sistem bantuan pemandu dan keselamatan, e-tron GT quattro didatangkan dengan ciri standard termasuk lapan beg udara, Audi pre sense untuk bahagian hadapan dan belakang (termasuk AEB), kawalan kelajuan adaptif (dengan pengehad kelajuan, efficiency assist swerve assist dan bantuan membelok), amaran ketibaan lorong, pemantauan titik buta serta bantuan trafik lintasan hadapan dan belakang. Jika ingin menaik taraf senarai kelengkapan, anda boleh menempah e-tron GT quattro dengan Pakej Dinamik yang membawakan peningkatan harga hingga RM661,990. Untuk ciri premium ini, anda bakal menerima lampu utama matrix LED dengan teknologi lampu laser, paparan utama, bumbung gentian karbon serta brek keluli dengan salutan tungsten carbide tahan lasak (lebih kurang sama dengan sistem Porsche Surface Coated Brake) dan kaliper brek merah. Klik untuk besarkan Peningkatan lain turut melibatkan elemen dalaman dalam kulik Nappa atay gentian mikro Dinamica serta sistem bunyi premium Bang & Olufsen. Untuk pengecas onboard AC, ia turut meningkatkan kapasiti pengecasa hingga 22 kW, mengurangkan masa pengecasan penuh sekitar 4 jam. Jika e-tron GT quattro tidak cukup menarik untuk anda, bolehlah mempertimbangkan varian tertinggi RS e-tron GT pula. Ia ditawarkan pada harga RM787,990 dan pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam 3.6 saat! Ia terhasil adengan gandingan motor elektrik yang mampu meledakkan kuasa tertinggi mencecah 598 PS (590 hp atau 440 kW) dan tork 830 Nm. Bagi pilihan “asas”, mod boost boleh meningkatkan kuasa hingga 646 PS (637 hp qtqu 475 kW), jadi pecutan 0-100 km/j dalam hanya 3.3 saat. Ia juga menawarkan jarak EV cecah 447 km dengan bateri berkapasiti tenaga yang sama seperti e-tron GT quattro. Klik untuk besarkan Bagi ciri kelengkapannya, ia hampir sama dengan e-tron quattro termasuk ditampilkan dengan Pakej Dinamik. tetapi ada ciri spesifik lain termasuk roda aloi concave module lima-jejari-berkembar hitam 21-inci, kulit Nappa/upholstery gentian mikro Dinamica, pakej penggayaan karbon Glossy, perumah cermin luaran karbon, pedal keluli tahan karat, serlahan dekoratif matte Carbon Twill , illuminated glossy carbon scuff plates dan headliner gentian mikro Dinamica hitam. Varian ini juga menerima sistem pemanduan yang lebih signifikan, termasuk controlled rear differential lock untuk sistem pacuan semua-roda quattro, stereng roda-belakang dan sistem suspensi udara adaptif. Setiap pembelian e-tron GT didatangkan dengan waranti standard dua-tahun dan bantuan tepi jalan lima-tahun. Pelanggan juga boleh membeli Audi Assurance Package (AAP) yang menambahkan lagi waranti kenderaan selama tiga-tahun/ Bateri EV juga diberikan waranti selama lapan-tahun/160,000 km. Berikut merupakan pecahan harga bagi barisan Audi e-tron GT: Audi e-tron GT quattro – RM588,790; RM600,790 dengan AAP Audi e-tron GT quatrro dengan Pakej Dinamik – RM667,790; RM679,790 dengan AAP Audi RS e-tron GT – RM793,790; RM808,790 dengan AAP GALERI: Audi RS e-tron GT 2023 GALERI: Audi e-tron GT quatrro dengan Pakej Dinamik
Hayden Haikal sasar juara keseluruhan Kejuaraan Thailand Junior Idemitsu Super Turbo minggu ini
Pelumba touring car muda negara, Hayden Haikal akan ke Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand hujung minggu ini dengan sasaran untuk menjadi juara keseluruhan untuk siri Kejohanan Thailand Junior Idemitsu Super Turbo 2023. Kejohanan tersebut sudahpun masuk ke pusingan ketiga yang juga terakhir minggu ini, dan tugas Hayden sebenarnya hampir selesai kerana dia kini mendahului carta pungutan mata untuk pelumbaan kategori Junior (enjin NA berkapasiti sehingga 1,550 cc) dengan kelebihan 1 mata berbanding pesaing terdekatnya. Pelumba yang baru berumur 18-tahun dan memandu Toyota Vios bernombor #437 pasukan Wing Hin Motorsport dari Malaysia itu sebelum ini jelas mendominasi kejuaraan tersebut, dengan memenangi tiga dari empat perlumbaan dalam dua pusingan bagi musim 2023 ini. Hayden cuma menghabiskan perlumbaan di tangga keenam pada Race 1 pusingan kedua, itu pun kerana Vios yang dipandunya mengalami kerosakan transmisi. Kotak gear Vios yang dipandunya tiba-tiba tersekat pada gear lima ketika Hayden mendahului perlumbaan, namun dia berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam walaupun dengan kereta yang hanya menpunyai gear lima. “Saya mempunyai peluang yang baik untuk menang (kejuaraan keseluruhan dalam kelas) dan saya mensasarkan untuk menang kedua-dua perlumbaan. Ia tidak mudah, saya hampir pasti tentang itu, tetapi ia perlu dilakukan sekarang atau ia tidak akan dicapai,” kata Hayden. Sekiranya Hayden berjaya memperolehi gelaran juara keseluruhan minggu ini, ia akan menjadi kemenangan bersejarah kerana ini hanya merupakan penyertaan musim pertamanya dalam kejohanan tersebut. “Pemandu dan juga kereta dari Thailand adalah sangat kompetitif, tetapi dengan mencapai keputusan seperti ini dalam tahun pertama kami bersaing dalam kejohanan baru sudah pun menjadi pencapaian yang baik. Semua pujian sepatutnya adalah untuk pasukan kerana kerja keras, komitmen dan usaha bagi memastikan kami bukan hanya kompetitif, tetapi terus dalam posisi untuk merebut kejuaraan.” katanya lagi. Sebelum ini Hayden sudahpun pernah berlumba di Thailand, bermula dengan Thailand Super Series Super Eco Championship 2022. Dia berjaya bergelar naib juara dalam kejohanan itu tahun lalu, dan meneruskan perlumbaan dalam kejohanan yang sama pada tahun ini, serentak dengan Kejohanan Idemitsu Super Turbo. Bagi anda yang mahu menonton dan memberikan sokongan kepada Hayden hujung minggu ini, anda tidak perlu ke Thailand kerana siaran langsung perlumbaan tersebut akan disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Super Turbo SEA Zone Challenge pada PAUTAN INI. Ia akan bermula pada pukul 12.50 pm pada hari Sabtu (17 Jun) untuk Race 1 dan pukul 3.05 pm pada hari Ahad (18 Jun) untuk Race 2.
Audi Q8 e-tron 2023 dilancarkan di M’sia — jarak EV hingga 487 km, pilihan Sportback; harga dari RM384k
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini melancarkan secara rasmi model elektrik Audi Q8 e-tron. Model ini hadir dalam dua bentuk badan, dengan setiap satunya dalam dua varian berbeza. Bermula dengan varian paling asas Q8 e-tron advanced 50 quattro, harga yang ditawarkan ialah bermula RM383,990. Penawaran variannya diikuti oleh Q8 e-tron S line 55 quattro (RM474,990), Q8 Sportback e-tron advanced 50 quattro (RM389,990) dan Q8 Sportback e-tron S line 55 quattro (RM484,990). Q8 e-tron merupakan SUV bersaiz besar dengan ukuran dimensi 4,915 mm panjang dan 1,937 mm lebar, dengan jarak antara roda 2,928 mm. Model ini bersaing antara lain dengan model BMW iX, yang 38 mm lebih panjang dan 30 mm lebih lebar, dan jarak antara roda 72 mm lebih panjang. iX di yang dijual di sini, xDrive 40, memberikan 322 hp, 630 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.1 saat dengan jarak 425 km. Bagi model paling asas Audi Q8 e-tron advanced 50 quattro, ia dikuasakan oleh sepasang motor elektrik yang membekalkan sebanyak 340 PS (335 hp atau 250 kW) kuasa dalam mod boost, serta 664 Nm tork. Kotak gearnya menggerakkan semua empat roda, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa enam saat. Laju maksimum ialah 200 km/j. Motor elektrik berkenaan menerima kuasa daripada bateri lithium-ion dengan kapasiti 95 kWh (89 kWh boleh diguna). Jarak perjalanan yang dinyatakan untuk EV ini ialah 410 km dengan kitaran WLTP dan kadar penggunaan tenaganya didakwa 24.0 kWh bagi 100 km digabungkan. Pengecas AC 11-kW (Type 2) mampu mengecas penuh baterinya dalam masa 9.15 jam, sementara pengecas pantas DC (CCS2) pula menyokong sehingga 150 kW maksimum, dengan kadar pengecasan 0-80% (SoC) dalam masa 28 minit. Antara kelengkapan yang ada untuk model ini ialah rim 20-inci Graphite Gray dengan lima jejari serta suspensi udara adaptif. Kelengkapan luaran lain termasuk lampu LED, lampu belakang gabungan LED, bantuan lampu tinggi dan pek penggayaan hitam berkilat. Di dalam, kerusinya menerima balutan kulit mono.pur 550, papan pemuka juga balutan kulit buatan, butang hitam berkilat dan perincian ala aluminium. Ia juga datang dengan kokpit maya Audi plus (kluster instrumen dengan skrin 12.3-inci) dan sistem infotainmen MMI Navigation plus dengan maklum balas MMI. Yang terakhir ini terdiri daripada paparan skrin sentuh beresolusi tinggi, dengan bahagian atasnya menampilkan unit 10.1-inci untuk sebahagian besar kawalan fungsinya. Bahagian bawahnya pula unit paparan 8.6-inci untuk kawalan pendingin dan ciri lain. Melengkapi ciri untuk model asas ini ialah antaramuka telefon pintar, Android Auto dan Apple CarPlay, lapan beg udara, kerusi depan larasan elektrik dengan fungsi memori untuk pemandu, kawalan pendingin empat zon, pintu belakang larasan kuasa, Audi pre sense depan dan belakang (termasuk AEB), kawalan melayar adaptif (dengan penghad kelajuan), amaran penukaran lorong, peninjau titik buta serta amaran lintasan trafik depan dan belakang. Q8 e-tron S line 55 quattro yang dijual pada harga RM456,000 menerima lebih banyak kelengkapan. Antaranya, ia menggunakan tahap kemasan dalaman dan luaran S line dan sistem janaan yang menghasilkan sebanyak 408 PS (402 hp atau 300 kW) dan 664 Nm dengan pacuan semua roda. Ini membolehkannya memecut 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat, dengan laju maksimum yang sama. Baterinya berkapasiti lebih besar dengan 114 kWh (106 kWh boleh guna) yang menjadikan jarak perjalanannya 481 km. Untuk pengecasan, AC boleh hingga kadar 22 kW, dengan pengecasan penuh dalam masa enam jam. Pengecasan pantas DC pula dinaikkan kepada 170 kW, dan kadar 0-80% dalam masa 31 minit. Tambahan kelengkapannya pula melibatkan rim 21-inci turbin lima-jejari, balutan kerusi kulit Valcona, lampu utama LED matrix, gril Singleframe dengan pencahayaan, bumbung kaca panoramik, scuff plate S line dengan lampu, stereng tiga-jejari, ioniser dan aroma pengudaraan, pintu dengan bantuan kuasa serta cermin luaran maya (kamera yang menggantikan cermin sisi). Untuk versi Sportback-nya pula, ruang but dikurangkan sedikit menjadi 528 liter. Q8 Sportback e-tron advanced 50 quattro hadir dengan sistem janaan yang sama seperti varian dengan bentuk badan biasa yang dinyatakan awal tadi — dengan angka prestasi juga sama, tetapi jarak perjalanan yang sedikit lebih baik, 415 km. Kelengkapan lainnya juga sama dengan versi bukan-Sportback. Jika ada perbezaanya, itu melibatkan suspensi udara sport, rim 20-inci Graphite Gray lima-jejari Aero, kulit Volcona, lampu LED Matrix, pakej Black Styling, angkup brek merah dan perincian Matte Brushed — semua ini tidak ditawarkan untuk Q8 e-tron advanced 50 quattro. Untuk Q8 Sportback e-tron S line 55 quattro pula, sistem janaan tetap sama dengan versi bukan-Sportback, dengan jarak yang sedikit lebih menjadi 487 km. Pengecas AC 22 kW dan DC 170 kW juga sama. Sedikit membezakan kelengkapannya ialah rim 21-inci Black Metallic lima-jejari Aero. Audi Q8 e-tron Advanced 50 Quattro 2023 Audi Q8 e-tron S Line 55 Quattro 2023 Audi Q8 Sportback e-tron Advanced 50 Quattro 2023
JPJ eBid: PQW dan VLA sedang dibuka bidaan
Untuk yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri plat nombor dari Pulau Pinang, PQW, telah pun dibuka bidaan sejak 15 Jun 2023. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 19 Jun ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 20 Jun 2023. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel. Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, VLA, bidaannya juga sedang dibuka sejak semalam, 16 Jun 2023 ini dan akan berakhir jam 10 malam pada 20 Jun 2023. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 21 Jun ini. Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.
SarkCyber tiba di Malaysia – skuter elektrik HC10 dan HC200 dipamer, pelancaran rasmi tidak lama lagi
Satu jenama motosikal elektrik baru tiba di Malaysia, iaitu SarkCyber, dengan mereka hadir ke pameran Malaysia Autoshow 2023, membawa dua model iaitu HC10 dan HC200. Jenama ini berasal dari China dan diedarkan di Malaysia oleh Superlux Auto. Setakat ini, harga untuk HC10 dan HC200 masih belum ditetapkan, tetapi menurut seorang wakil syarikat yang berada di kawasan pameran, ia akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi dan boleh digunakan secara sah di atas jalan raya awam. HC10 datang dengan pek bateri yang lebih besar, iaitu 60 volt dan 45 Ah. Motor elektrik 6.5 kW yang memacu motosikal ini terletak di tengah dan ia menggunakan tali sawat Gates untuk menghantar kuasa kepada roda belakang. Laju maksimum dihadkan kepada 90 km/j. Daripada kosong, bateri HC10 dikatakan boleh mencapai tahap 80% dalam masa dua jam apabila dicas menggunakan soket domestik biasa. Berat skuter elektrik ini adalah 156 kg jika datang dengan tetapan dua bateri dan ia boleh bergerak 150 km dengan sekali cas penuh. Pergi pula kepada HC200, skuter urban ini cuma mempunyai laju maksimum 75 km/j dan dipacu oleh motor elektrik 4.0 kW. Setelah dicas selama 3.5 jam, ia dikatakan boleh memberi jarak gerak 50 km, sementara berat keseluruhannya adalah 99 kg. GALERI: SarkCyber HC10 GALERI: SarkCyber HC200
Nissan Skyline GT-R R34 yang dipandu Paul Walker dalam Fast and Furious 4 terjual pada harga RM6 juta
Dalam sembilan filem dari franchais The Fast and The Furious, bagi penulis sendiri antara jentera terbaik pernah muncul adalah Nissan Skyline GT-R R34 berwarna biru, dipandu oleh watak Brian O’Conner (lakonan mendiang Paul Walker) dalam Fast and Furious 4 yang ditayangkan pada 2009. Ini kerana ia adalah kereta dengan JDM paling asli, tanpa kit aero dan grafik badan mengarut, bersama bahagian kokpit seperti sebuah kereta lumba sebenar yang pernah ditampilkan dalam siri filem tersebut. Kereta sebenar yang digunakan dalam filem itu juga sebenarnya telah di lelong oleh Bonhams baru-baru ini, dan ia terjual pada harga USD1.18 juta (sekitar RM5.25 juta), atau USD1.357 juta (sekitar RM6 juta) termasuk bayaran lain yang dikenakan! Ini bermakna R34 GT-R ini direkodkan sebagai Skyline GT-R paling mahal pernah dijual setakat ini, mengatasi rekod Nissan Skyline GT-R R33 Nismo 400R yang terjual pada harga 130 juta yen (sekitar USD1 juta atau RM4.3 juta) di Jepun awal tahun ini. Unit GT-R R34 sebenar yang dipandu oleh Paul Walker ini dikenali dengan nombor casis ‘BNR34-400109’. Untuk tampil dalam filem berkenaan, ia terlebih dahulu diubahsuai oleh Kaizo Industries. Unit tersebut sebenarnya dibeli sendiri oleh Kaizo Industries di Jepun dan di bawa ke Amerika Syarikat tanpa enjin. Ia diisytihar sebagai ‘kit car’ dengan enjin berasingan dan bukan kereta sebenar bagi membolehkan ia sah berada jalan di atas jalan raya, kerana ketika itu R34 masih lagi tidak dibenarkan untuk diimport masuk ke AS kerana ia tidak dibawa secara rasmi ke sana oleh Nissan, dan belum cukup 25-tahun untuk dibawa masuk secara sah sebagai kereta klasik. Selepas ia didaftarkan secara sah pada 2002, Kaizo membina semula R34 tersebut mengikut spesifikasi yang dimahukan oleh Paul Walker. Pada sebelah luar, R34 ini tampil dengan warna ikonik Bayside Blue, dan ubahsuai yang dibuat hanyalah pemadanan bampar hadapan dan skirt sisi dari Nismo, bonet hadapan dari East Bear serta diberikan set rim 19-inci Volk Racing RE30. Dalam kabin, Paul mahukan skrin paparan konsol tengah MFD Xenarc Display bersaiz besar bagi menggantikan skrin asal GT-R R34 yang didakwa berharga hampir GBP8,500 (sekitar RM46k), serta roll cage yang dibuat khas, tempat duduk belakang dicabut, serta pemadanan sepasang tempat duduk bucket OMP lengkap dengan tali pinggang perlumbaan lima-poin di hadapan. Selain itu, ia turut menerima roda stereng Momo Sport balutan Alcantara, set pedal Nismo V-Spec, serta skrin untuk pemain audio utama dari Sony. Enjin RB26DETT yang disumbat masuk ke dalam badan R34 ini juga menerima sentuhan semula dari Kaizo. Ia membabitkan pemadanan unit intercooler lebih besar dari Turbonetics, sistem ekzos Nismo NE-1 serta tekanan boost turbo yang ditingkatkan bagi membolehkan ia bernafas dengan 550 hp. Sistem brek turut dipertingkat dengan angkup enam omboh dan empat omboh di belakang dari Rotora. Manakala untuk pengendalian pula ditambah baik menerusi penukaran spring suspensi asal kepada komponen dari Nismo serta strut brace titanium dari ARC. Malangnya, kereta ini dirampas oleh Pihak Berkuasa Sempadan Amerika Syarikat setelah tamat penggambaran filem tersebut kerana dakwaan salah laku berkaitan bagaimana ia dibawa ke negara berkenaan. Ia kemudiannya dilepaskan dari rampasan tersebut pada tahun 2012, dan kemudian dieksport ke Jerman. Kereta tersebut tidak banyak berjalan ketika di Jerman, dan ia lebih banyak dipamerkan di Munich Motorworld. Ia kemudiannya dilelong oleh Bonhams, dan sesi lelongan tersebut telah tamatkan pada 5 Mei lalu.
Bermaz cari jenama EV China untuk di bawa ke M’sia, dilapor berbincang dengan Xpeng, Geely & Dongfeng
Bermaz Auto (BAuto), pengedar rasmi untuk jenama Mazda dan Kia di Malaysia dilaporkan sedang merancang untuk mengembangkan portfolionya dalam pasaran kenderaan elektrik penuh (EV) dengan mencari jenama EV dari China ke pasaran tempatan. Buat masa sekarang BAuto sudahpun mempunyai beberapa model EV dari jenama Mazda dan Kia yang dibawa ke Malaysia. Namun menurut laporan dari Affin Hwang Investment Bank (AHIB), sasaran BAuto kali ini adalah untuk mencari jenama yang boleh menjadi jenama utama EV dalam barisan portfolionya dan sedang berbincang dengan beberapa jenama EV dari China seperti Xpeng, Dongfeng dan Geely. Laporan itu menyebut strategi BAuto untuk bekerjasama dengan jenama EV sepenuhnya dari China sebagai jenama EV utama merupakan langkah yang betul, namun ia masih belum memuktamadkan sebarang perjanjian. “Sebarang kerjasama yang berjaya dengan mana-mana pemain EV China yang lebih besar ini akan menjadi nilai tambah bagi BAuto, tetapi pemain automotif sedia ada di negara ini juga mungkin sedang membuat rancangan strategik yang sama, dan oleh itu agak mencabar (untuk BAuto), terutamanya untuk berhadapan dengan saingan yang lebih besar dengan kedudukan kewangan dan rangkaian pengedaran yang lebih kukuh,” kata laporan itu. AHIB turut menyatakan sekiranya langkah ini dapat dilaksanakan, ia akan difokuskan untuk merendahkan harga dalam segmen tersebut bagi memberikan ruang lebih besar kepada BAuto untuk bergerak. “Namun begitu, dengan pilihan jenama EV China yang luas, jenama EV mampu milik seperti Hozon atau Wuling boleh memenuhi permintaan golongan berpendapatan rendah hingga sederhana dan paling penting menjadi pemacu volum bagi segmen EV syarikat tersebut. Ini boleh menjadi sudut yang menarik, pada pandangan kami,” kata laporan itu lagi. Walau bagaimanapun, Hozon sebenarnya sudah pun berada di pasaran Malaysia. Ia dibawa oleh GoAuto menerusi anak syarikatnya, Intro Synergy dengan memperkenalkan crossover EV Neta V secara rasmi ketika berlangsungnya Malaysia Autoshow 2023 minggu lalu. Manakala untuk Wuling, model Mini EV yang telah pun dijual di pasaran Indonesia dengan nama Wuling Air sebelum ini telah dilihat berada di Malaysia. Jenama tersebut belum lagi dirasmikan di pasaran tempatan, namun sebelum ini Tan Chong Motor Holdings (TCMH) dilaporkan bakal menjadi pengedar rasmi Wuling di Malaysia.
Toyota Vios terbabas di Langkawi, dipandu kanak-kanak berusia tiga dan enam tahun untuk ke kedai
Budak 6 tahun bawa kereta? Mana mak ayah dia? Bahaya wey. pic.twitter.com/qMquTRkchS — Bbiy. (@twtbiy) May 10, 2023 Tular pagi ini beberapa video yang memaparkan satu insiden berlaku di Pulau Langkawi, di mana sebuah Toyota Vios terbabas dan didapati ia dipandu oleh sepasang adik beradik lelaki yang masing-masing baru berumur tiga dan enam tahun. Menerusi video-video tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku malam tadi di mana kedua-dua beradik tersebut memandu kereta berkenaan untuk ke kedai, dan ia dipandu dengan cara abangnya mengawal roda stereng sementara adiknya pula mengawal pedal pendikit. Vios tersebut dilihat mengalami kerosakan yang agak teruk pada bahagian hadapan sebelah kiri susulan kejadian itu. Mujur tiada sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa berlaku ketika kereta tersebut terbabas. Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi diumumkan oleh pihak berkuasa berkenaan kejadian ini. Berdasarkan kejadian-kejadian yang hampir serupa berlaku sebelum ini, ibu bapa atau waris kanak-kanak ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur, memandu/menunggang kenderaan bermotor. Jadi sama-sama kita beringat, jangan lalai atau membenarkan kanak-kanak di bawah umur ini memandu atau menunggang kenderaan. Kita mungkin boleh sahaja membayar saman sekiranya didapati bersalah, tetapi bagaimana pula jika berlakunya sebarang kehilangan nyawa? Nasib baik Allah lindung… Allahmdulillah selamat, semoga lepas nie Semua kena hati2 takut terjadi lagi sebegini.. Budak… Posted by Honeyzone Langkawi on Tuesday, 9 May 2023
Yamaha panggil balik model R25 dan MT-25 di Msia
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini telah mengeluarkan notis panggilan semula untuk model YZF-R25 dan MT-25 keluaran September 2022 hingga Mac 2023. Sekiranya anda memiliki model yang disebutkan ini, anda boleh pergi ke laman web HLYM untuk memastikan sama ada motosikal anda terlibat atau tidak. Dalam notis yang dikeluarkan, HLYM memberitahu, panggilan balik ini dibuat bagi melakukan pemeriksaan terhadap laluan hos sistem brek motosikal tersebut, sama ada ia mengikuti spesifikasi standard yang sepatutnya ataupun tidak. HLYM juga akan menghantar notis kepada semua pemilik motosikal yang terlibat bermula minggu kedua bulan Mei 2023, dan mereka yang menerimanya disarankan terus menghubungi pengedar atau pusat servis berdaftar HLYM untuk membuat temu janji berkaitan panggilan balik ini. Dalam notis tersebut dinyatakan bahawa pemilik masih boleh menunggang motosikal seperti biasa sambil mengikut penjagaan seperti di dalam buku manual sementara menunggu temu janji dengan pusat servis, tetapi jika mereka merasakan motosikal mereka tidak selamat, mereka boleh menghantarnya ke pusat servis. Sportsbike R25 kali terakhir diberikan pembaharuan warna adalah pada bulan Mac yang lalu, dengan harga terkininya adalah RM22,998 tidak termasuk insurans, sementara MT-25 pula kali terakhir diberikan pembaharuan warna pada bulan September tahun lepas, dengan harganya pada waktu itu adalah RM21,500.
Toyota Hilux dinaikkan harga di M’sia – GR Sport naik RM9.2k, Rogue naik RM6k; Fortuner juga naik RM5k
UMW Toyota Motor (UMWT) telah menyemak semula harga bagi Hilux dan Fortuner di Malaysia, di mana ia melibatkan kenaikan harga bagi sesetengah varian untuk kedua-dua model berkenaan. Bermula dengan Hilus, varian 2.4 Single Cab 4×4 MT kini ditawarkan pada harga RM103,880, di mana ia melibatkan kenaikan sebanyak RM5,000 berbanding yang kami laporkan pada Januari lalu. Bagi varian manual dan automatik 2.4E 4×4 juga, naik harga sehingga RM5,000, kini masing-masing berharga RM117,880 dan RM119,880. Manakala kenaikan harga sebanyak RM6,000 melibatkan varian 2.4V 4×4 AT yang kini dijual pada harga RM145,880, begitu juga dengan 2.8 Rogue 4×4 AT yang kini berharga RM158,880. Untuk Hilux GR Sport yang dilancarkan pada Februari lalu dan menduduki varian tertinggi dalam barisan Hilux, mengalami kenaikan harga paling besar iaitu RM9,200, kini dijual pada harga RM169,080. Bagi barisan Fortuner pula, varian 2.4 AT 4×4 dan 2.8 VRZ AT 4×4 kini dinaikkan harga sebanyak RM5,000, iaitu masing-masing kini berharga RM189,880 dan RM230,880. Walau bagaimana pun varian janaan petrol 2.7 SRZ AT 4×4 dikekalkan harganya pada RM191,880.
GWM Haval Jolion Hybrid dipertonton di M’sia — pesaing X50 dan HR-V; 190 PS/375 Nm; tiba tahun ini
Selain Haval H6, Great Wall Motor juga akan memperkenalkan Haval Jolion untuk pasaran Malaysia tahun ini, menurut wakil rasminya. Model ini merupakan SUV segmen B dan dipertontonkan di sini dalam versi hibrid dengan output 190 PS dan 375 Nm tork. Sistem janaannya terdiri daripada enjin 1.5 liter NA empat-silinder petrol yang menghasilkan 95 PS pada 6,000 rpm dan 125 Nm dari 4,400-5,200 rpm. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan pacuan roda depan, dengan motor elektrik 156 PS (115 kW) dan 250 Nm. Dari segi ukuran, Jolion hadir dengan 4,472 mm panjang, 1,841 mm lebar, 1,619 mm tinggi dan jarak antara roda 2,700 mm. Ini menjadikannya lebih besar berbandung SUV segmen B lain seperti X50 (4,330 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,609 mm tinggi, 2,600 mm jarak roda) serta Honda HR-V (4,330 hingga 4,385 mm panjang, 1,790 mm lebar, 1,590 mm tinggi, 2,610 mm jarak roda). Spesifikasi akhir untuk pasaran tempatan belum didedahkan, tetapi unit yang dipamerkan ini lengkap dengan lampu utama LED dengan DRL yang menyerlah, rim 18-inci (saiz tayar 225/55), lampu belakang LED dan sunroof. Ruang dalaman pula menampilkan kluster instrumen digital tujuh-inci, sistem infotainmen dengan skrin sentuh 10.25-inci, kerusi balutan kulit, pendingin automatik, brek parkir elektronik (dengan Auto Brake Hold) dan dashcam. Radar penderia di depan dan kawalan pada stereng juga mencadangkan unit ini datang dengan sistem bantuan pemandu aktif seperti kawalan melayar adaptif dan AEB. Jolion sudah dilancarkan di Thailand, dengan pilihan tiga varian Tech, Pro dan Ultra. Buat masa ini, laman web GWM Thailand hanya memuatkan harga bagi Ultra pada 999,000 baht (RM131,688). Perincian lanjut untuk pasaran tempatan akan diketahui menjelang pelancaran rasminya kelak.
Proton jual 9,415 unit pada April 2023, naik 6.5% — YTD hampir 50k unit, naik 39.8% berbanding tahun lalu
Proton menjual sebanyak 9,415 unit kenderaan sepanjang April 2023, menjadikannya bulan keempat berturut-turut syarikat itu mencatatkan pertumbuhan jualan, berbanding tempoh sama tahun lalu. Jumlah berkenaan — termasuk untuk eksport — adalah 6.5% lebih tinggi berbanding April 2022, walaupun tempoh bekerja lebih pendek disebabkan Hari Raya Aidilfitri. Ini menjadikan jualan semasa bagi 2023 setakat ini (YTD) ialah 49,702 unit, naik 39.8% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu. Proton mendakwa syarikat itu menjadi satu-satunya daripada lima jenama teratas di Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan bagi April, yang telah menyumbang menjadikan perkongsian pasarannya sekitar 20.4%. April merupakan bulan yang perlahan untuk industri. Tempoh kerja yang pendek, serta menjadi pengakhiran kepada pesanan yang dibuat ketika skim pengecualian cukai Penjana antara perkara yang menjadi faktor. Proton memaklumkan yang model X50 menjadi model terlaris SUV segmen B dengan 2,644 unit dijual pada April. Proton juga mendakwa menjadi pendahulu segmen bagi sedan segmen B melalui Persona dengan 1,263 unit dan MPV segmen C melalui Exora dengan 465 unit. Selebihnya, Saga dijual sebanyak 3,949 unit, X70 sebanyak 756 unit dan Iriz dengan 338 unit. Untuk eksport, Proton mencatat jumlah terbaik tahun ini pada April dengan 187 unit dihantar. Jumlah eksport semasa tahun ini ialah 603 unit dan sebahagian besar daripada jumlah itu disumbangkan oleh Saga, diikuti X50 dan X70. “Jumlah eksport Proton bagi 2023 agak perlahan untuk mencapai sasaran disebabkan beberapa faktor ekonomi global. Bagaimanapun, kami kekal positif tentang pasaran luar tahun ini dan sedang bekerja bersama rakan niaga untuk meningkatkan lagi profil jenama serta untuk mempromosi produk,” jelas Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah. Ahad lalu, Proton menyambut ulang tahun ke-40 dan melancarkan model terbaru X90.
Proton X90 terima 5 bintang dalam ujian ASEAN NCAP
Proton X90 2023 telah pun diuji dalam ujian pelanggaran Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) dan menerima markah keseluruhan 83.75 mata. Ia sekaligus mengesahkan bahawa SUV segmen-D dengan tiga baris tempat duduk berkenaan menerima penarafan lima-bintang dalam ujian tersebut. Ujian berkenaan dibuat menggunakan protokol penilaian 2021-2025 terkini ASEAN NCAP di makmal CATARC di China bulan lepas, dan ia diuji dalam empat kategori iaitu perlindungan penumpang dewasa (AOP), perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), Bantuan Keselamatan (SA) dan juga Keselamatan Penunggang Motosikal (MS). Bagi kategori AOP, Proton X90 menerima markah 37.75 mata dari 40 mata keseluruhan. Manakala kategori COP pula ia menerima 17.79 mata dari 20 mata penuh, kategori SA diberikan 15.71 mata dari 20 mata penuh dan kategori MS pula diberikan 12.50 mata dari 20 mata penuh. X90 dipasarkan di Malaysia dalam empat varian berbeza iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship. Kesemua empat varian ini datang dengan enam-beg udara (hadapan, sisi dan tirai), serta perincian keselamatan asas termasuk brek ABS/EBD/BA dan kawalan kestabilan elektronik (ESC). Semua varian SUV ini juga menerima sistem keselamatan aktif seperti bantuan tukar lorong (pemantau titik buta), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), dan juga sistem amaran bukaan pintu belakang serta amaran pelanggaran belakang yang akan memberikan amaran apabila ada kereta yang datang dari belakang dalam kelajuan tinggi, serta akan memberikan nyalaan lampu hazard. Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) turut dipadankan pada X90, namun ia hanya diberikan untuk varian Premium dan Flagship. Ini bermakna model Standard dan Executive tidak menerima sistem seperti brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, cruise control adaptif dengan Stop & Go, amaran keluar lorong, kawalan kekal lorong dan bantuan kekal lorong kecemasan. Dua varian paling tinggi berkenaan juga hadir dengan sistem informasi tanda trafik (TSI), iaitu sistem yang mampu membaca tanda-tanda jalan dan ia telah diadaptasi untuk membaca tanda-tanda jalan di Malaysia. Tiga perincian iaitu RCTA, RCW dan TSI merupakan fungsi yang diperkenalkan buat pertama kali oleh Proton pada model keluarannnya. Sistem keselamatan lain yang turut dibekalkan termasuk lampu tinggi automatik (Premium dan Flagship sahaja), pemantau tekanan tayar (kecuali Standard), dan kamera 360-darjah dengan pandangan 3D (Executive, Premium dan Flagship sahaja, Standard diberikan kamera undur biasa). Hanya model Flagship datang dengan dashcam. Proton X90 dijual pada harga bermula RM123,800 untuk Standard, diikuti RM130,800 untuk Executive dan RM144,800 untuk Premium. Model Flagship pula dijual pada harga RM152,800. Anda boleh baca spesifikasi lengkap berkaitan X90 pada PAUTAN INI dan juga laporan pandu uji kami pada PAUTAN INI. Proton X90 1.5L Flagship 2023 Proton X90 1.5L Premium 2023
MForce Bike Holdings Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar rasmi motosikal elektrik Yadea di Malaysia
Selain mempunyai kawasan pameran untuk WMoto dan CFMoto di acara Malaysia Autoshow 2023 hujung minggu lalu, MForce Bike Holdings Sdn Bhd juga telah membuka satu kawasan pameran khas untuk jenama motosikal baru iaitu Yadea. Ini kerana MForce telah dilantik sebagai pengedar rasmi motosikal elektrik Yadea di Malaysia dan juga beberapa negara ASEAN lain, dengan memorandum persefahaman di antara kedua belah pihak telah ditandatangani sewaktu acara tersebut. Yadea adalah sebuah syarikat dari China yang sudah berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang penyelidikan, pengeluaran dan jualan penggerak dua roda elektrik termasuk basikal dan motosikal, bersama komponen serta aksesorinya. Syarikat ini mempunyai tujuh pusat pengeluaran di China, dan satu di Hanoi, Vietnam, manakala rangkaian jualannya pula mencecah sehingga 83 negara di seluruh dunia. Pada tahun 2020, Yadea menjadi syarikat pengeluar penggerak dua roda elektrik pertama yang mencecah jualan global 10 juta unit. Semasa acara Malaysia Autoshow, beberapa model Yadea telah dibawa untuk pameran, termasuk Keeness, Voltguard, Fierider, E8S Pro, X1, Tiker, G5S, Y1S Pro dan C1S Pro. Menurut wakil MForce, model ini akan diperkenalkan secara berperingkat ke pasaran Malaysia dan fasa pertama akan melibatkan 400 unit, dan dirancang dilaksanakan pada bulan Jun tahun ini.
Dataran Kemerdekaan Shah Alam ditutup dari laluan trafik bermula 6.30 petang ini hingga 6 pagi Isnin
Ini ada makluman buat penduduk Shah Alam. Terdapat penutupan jalan di tengah bandaraya Shah Alam sepanjang hujung minggu ini. Ia melibatkan Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sepanjang Jalan Persiaran Bandar Raya yang ditutup dari laluan trafik mulai jam 6.30 petang ini, hinggalan 6 pagi pada Isnin (26 Jun). Penutupan jalan berkenaan adalah bagi menjayakan Karnival Arus Merah Kuning dan Jelajah Madani yang berlangsung hujung minggu ini. Sebelum ini, kami melaporkan terdapat beberapa jalan di sekitar bandaraya ini bakal ditutup pada Ahad, 25 Jun 2023, bagi memberikan laluan untuk acara berbasikal PKNS Selangor International Race. Jalan yang terlibat ialah Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Kayangan, Persiaran Hishamuddin, Persiaran Sukan, Persiaran Raja Muda, Persiaran Dato’ Menteri, Persiaran Bestari, Persiaran Serai Wangi, Jalan Kristal 7/64 dan Jalan Pegaga U12/9. Di mana jalan berkenaan akan ditutup secara berperingkat mulai jam 6 pagi hingga 12 tengahari. Manakala Jalan Indah di Seksyen 14 pula akan ditutup sepenuhnya dari tengahmalam Sabtu hingga 6 pagi pada Ahad. Jadi cara terbaik ialah mengelak dari mendekati lalua berkenaan, jika boleh. Ikuti arahan petugas dan papan isyarat yang diletakkan. Untuk peserta yang terlibat dalam acara ini, berhati-hati sewaktu menunggang basikal.